Catatan

Memahami Tasauf

بِسۡمِ للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ Dengan terrbitnya nor Islam, setiap makhluk di dunia ini serta isinya telah dianugerahkan dengan kebahagiaan, keselamatan serta kedamain.  Hal ini bersesuaian dengan kehendak Allah Taala dengan mengutuskan RasulAllah Nabi Muhammad saw sebagai rahmatan lil ‘alamin. Allah taala memerintahkan manusia supaya memakmaurkan dunia ini, malah manusia dianugerahkan kebebasan untuk menggali segala kurniaan Tuhan selagi ianya berlandaskan persyaratan tidak menyalahi kententuan yang telah digariskan Allah taala serta memelihara kesucilaan, kehormatan serta memartabatkan peradaban manusia itu sendiri. Dalam usaha memakmurkan dunia yang diwarnai dengan pelbagai ragam ini, sering kali ianya membawa manusia lupa akan nilai-nilai kemuliaan dan kehormatan yang telah dimahkotakan ke atas diri manusia itu sendiri. Dengan keupayaan akal yang telah diberikan Allah taala, manusia telah dapat menghasilkan dan menikmati kenikmatan, baik di atas permukaan bumi ini mahupun yang ter…
Catatan terbaharu