Langkau ke kandungan utama

AL HIKAM

NOTA PENERBIT
بِسۡمِ للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ
Ilmu ketuhanan amat berguna untuk dijadikan rujukan dan peringatan kepada setiap insan yang bergelar Muslim.  Ilmu Allah maha luas untuk manusia yang kerdil menerokainya.  Namun kita dituntut untuk menimbanya sebanyak mungkin.
MUQADDIMAH
Tuhan yang mengisi hati para walinya dengan kasih sayangnya dan mengistimewakan jiwa mereka dengan memperhatikan kebesarannya dan mempersiapkan sir (rahsia) mereka untuk menerima bahan makrifatnya, maka hati nurani mereka merasa bersuka-ria dalam kebun makrifatnya dan roh mereka bersuka-suka di dalam malakutnya, sedang sir mereka berenang di lautan jabarut, maka keluar dari alam fikiran mereka berbagai permata ilmu dan dari lidah mereka mutira hikmat/pengertian.  Maha suci Allah yang memilih mereka untuk mendekat padanya dan mengutamakan mereka dengan kasih sayangnya.
Maka terbahagi antara salik dan majdzub dan menyintai dengan yang dicintai, mereka tenggelam dalam cinta zatnya dan timbul kembali kerana memperhatikan sifatnya.
Ilmu Tasawuf yang dahulunya atau hakikatnya ilmu tauhid untuk mengenal Allah, maka termasuk semulia-mulia ilmu terbesar dan tertinggi sebab ia sebagai intisari daripada syariat, bahkan menjadi sendi utama dalam agama Islam.   Allah berfirman:  
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku”.  (Adz Dzaariyaat 51/56).
Sama-samalah kita menimba ilmu Allah sebanyak dan seikhlas mungkin agar dapat kita menginsafi kelemahan diri dan membaiki diri kita dari masa kesemasa, mudah-mudahan kita akan tergolong di dalam golongan muslim sejati dan diredhai.
Ilmu tasauf ialah untuk mengenal Allah, maka termasuk semulia-mulia ilmu terbesar dan tertinggi, sebab ia sebagai inti sari daripada syariat, bahkan menjadi sendi yang utama dalam agama Islam.  Firman Allah:  Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengenaliku.  (Adz Dzaariyaat 51/65).
Kerana pengertian ilmu tauhid telah berubah nama menjdi ilmu kalam, ilmu filsafat yang sama sekali, seolah-olah tidak ada hubungan dengan akhlaq dan amal usaha, maka timbul nama ilmu tauhid yang dijernihkan kembali dari sumber yang asal diajarkan dan dilakukan oleh Nabi Saw dan sahabatnya.
Dari ilmu tauhid inilah dapat memancar nur hakikat, sehingga dapat menilai semua soal hidup dan penghidupan ini dengan tuntutan Allah dan perlaksanaan RasulAllah Saw.
Mengenal Allah, sehingga antaramu dengan Allah tidak ada perantaraan (Al Junaid).
Melakukan semua akhlak yang baik menurut sunnaturrasul dan meninggalkan semua akhlak yang rendah.  (Al Junaid).
Melepas hawa nafsu menurut sekehendak Allah.  (Al Junaid).
Merasa tiada memiliki apapun, juga tidak dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah.  (Al Junaid).
Kita hendaklah mengenal asmaa’ Allah dengan penuh keyakinan, sehingga menyedari sifat-sifat dan af’al Allah di alam semesta ini.
Ilmu tauhid ini diajarkan oleh Nabi Muhammad Saw. melalui wahyu dan melaksanakannya lahir batin sehingga diikuti oleh para sahabat-sahabatnya ra.
Ilmu tauhid ialah untuk mendidik hati sehingga mengenal zat Allah, sehingga berbuah kelapangan dada, bersih hati dan berbudi pekerti luhur menghadapi semua makhluk.
Abu Hasan Asyayadzli ra berkata:  Perjalanan Ahli Tauhid iaitu:-
1.             Takwa kepada Allah lahir batin dalam peribadi sendiri atau di muka umum.
2.             Mengikuti sunnaturrasul dalam semua kata dan perbuatan.
3.             Mengabaikan semua makhluk dalam kesukaan atau kebencian mereka.  (tidak menghiraukan apakah mereka suka atau benci).
4.             Rela (redha) menurut hukum Allah ringan atau berat.
5.             Kembali kepada Allah dalam suka dan duka.
Untuk takwa harus berlaku wara’ (menjauhi semua yang makruh, syubahat dan haram) dan tetap istiqamah dalam mentaati semua perintah, yakni tetap tabah tidak berubah.
Untuk sunnataurasul harus selalu waspada dan melakukan budi pekerti yang baik.
Untuk tidak hirau pada makhluk dengan sabar dan tawakkal (berserah diri kepada Allah Taala).
Untuk Redha pada Allah dengan terima qana’ah/tidak rakus dan menyerah.
Untuk kembali kepada Allah dalam suka duka dengan bersyukur dalam suka dan berlindung kepadanya dalam duka, berpokokkan:
1.             Semangat yang tinggi.
2.             Berhati-hati dari yang haram atau menjaga kehormatan.
3.             Baik dalam perkhidmatan sebagai hamba.
4.             Melaksanakan kewajipan dan
5.             Menghargai (menjunjung tinggi) nikmat.
Sesiapa yang tinggi semangat pasti naik tingkat darjatnya dan sesiapa yang meninggalkan larangan yang diharamkan Allah, maka Allah akan menjaga kehormatannya.
Sesiapa yang benar dalam taatnya, pasti mencapai tujuan kebesarannya/kemuliaannya.
Sesiapa yang melaksanakan tugas kewajipannya dengan baik, maka bahagia hidupnya.
Sesiapa yang menjunjung nikmat, bererti mensyukuri dan selalu menerima tambahan nikmat yang lebih besar.
Jangan anda melangkah kaki kecuali untuk sesuatu yang dapat mencapai keredhaan Allah; jangan duduk di Majlis kecuali yang aman dari murka Allah yakni yang bukan maksiat;  Jangan bersahabat kecuali kepada orang yang dapat membantu membuat taat kepada Allah;  Jangan memilih sahabat karib kecuali orang yang menambah keyakinan terhadap Allah.  Sedang yang demikian itu, kini sangat jarang ditemui. (Abdus Salam Bin Masyisy ra).
Kata syaid Ahmad Al Badawi ra.  “Perjalanan kami berdasarkan Kitab Allah dan Sunaturrasul saw”.
1.             Benar dan jujur.
2.             Berhati bersih.
3.             Menepati janji
4.             Menanggung tugas dan derita.
5.             Menjaga kewajipan.
Seseorang yang benar-benar dalam syariat ada 12 tanda (Syarat mesti dibuat untuk jadi waliyullah).
1.             Benar-benar mengenal Allah (mengerti benar Tauhid dan mantap iman keyakinan kepada Allah).
2.             Menjaga benar-benar perintah Allah.
3.             Berpegang teguh pada sunnaturrasul saw.
4.             Selalu berwudhu (bila berhadas segera membaharui wudhu).
5.             Rela menerima hukum Qadha Allah dalam suka duka.
6.             Yakin terhadap semua janji Allah.
7.             Putus harapan dari semua apa yang di tangan makhluk.
8.             Tabah, sabar menanggung berbagai derita dan gangguan orang.
9.             Rajin mentaati perintah Allah.
10.         Kasih sayang terhadap semua makhluk Allah.
11.         Tawadhu, merendah diri terhadap yang lebih tua atau lebih muda.
12.         Menyedari selalu bahawa syaitan itu musuh yang utama.
Sarang syaitan itu berada dalam hawa nafsu dan selalu berbisik untuk mempengaruhi anak Adam.
Sesungguhnya syaitan itu musuhmu, maka waspadalah selalu dari tipu daya musuh itu.  (Fathir 35/6).
Hai Abdul-Aal:  “Berhati-hatilah daripada cinta dunia sebab itu bibit dari segala dosa dan dapat merosakkan amal salih”.  (Ahmad Al Badawy).
Cinta pada dunia itu pokok (sumber) segala kejahatan (hadis).
Sesungguhnya Allah selalu menolong (membantu) orang yang takwa dan orang yang benar-benar berbuat baik (An Nahl 16/128).
Orang boleh kaya dunia, tetapi Nabi saw melarang cinta kepda dunia, seperti nabi Sulaiman as dan para sahabat yang kaya, kita harus menundukkan dunia.  Dunia tidak boleh diletakkan dalam hati.
Kasihanlah anak yatim dan berikan pakaian pada orang yang tidak berpakaian.  Beri makan kepada orang yang lapar dan hormatilah tamu dan orang gharib (perantau), semuga dengan begitu anda diterima oleh Allah.  Perbanyakkanlah zikir, jangan sampai termasuk golongan orang yang lalai di sisi Allah.  Ketahuilah bahawa satu rakaat di waktu malam lebih baik dari seribu rakaat di waktu siang dan jangan mengejek bala/musibah yang menimpa seseorang.
Jangan berkata ghaibah atau namimah (menyebut keburukan orang atau mengadu domba antara seorang dengan yang lain).  Jangan membalas, mengganggu pada orang yang mengganggumu.  Maafkan orang yang aniaya padamu.  Berilah pada orang yang bakhil padamu.  Berlaku baik pada orang yang jahat padamu.  Sebaik-baik manusia akhlak budi pekertinya ialah yang semprna imannya.  Siapa yang tidak berilmu, maka tidak berharga di dunia dan akhirat.  Siapa yang tidak sabar, tidak berguna ilmunya.  Siapa yang tidak dermawan tidak mendapat keuntungan dari kekayaannya.  Siapa tidak sayang sesama manusia, tidak mendapat hak syafaat di sisi Allah.  Siapa yang tidak sabar tidak mudah selamat.  Siapa yang tidak bertaqwa tidak berharga di sisi Allah.  Siapa memiliki sifat-sifat ini tidak mendapat tempat di syurga.
Berzikirlah pada Allah dengan hati yang hadir (khusyu’ dan berhati-hati daripada lalai, sebab lalai itu menyebabkan hati beku.  Serahkan dirimu kepada Allah.  Relakan hati menerima bala ujian sebagaimana kegembiraanmu ketika menerima nikmat dan kalahkan hawa nafsu dengan meninggalkan syahwat.
Panduan Bersandar Bulat Kekpada Rahmat Allah
1.             Setengah dari tanda bahawa seorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya sesuatu kesalahan (dosa).
Kalimah:  Laa Ilaha illallah.  Tiada Tuhan bererti tidak ada tempat bersandar, berlindung, berharap kecuali Allah, tidak ada yang menghidupkan dan mematikan, tiada yang memberi dan menolak melainkan Allah.
Zahirnya syariat menyuruh kita berusaha, beramal, sedang hakikat syariat melarang kita meyandarkan diri pada amal usaha itu, supaya tetap bersadar pada kurnia rahmat Allah.
Kalimah:  Laa haula wala quwata  illa billahi.  Tidak ada daya untuk mengelakan diri dari bahaya kesalahan dan tidak ada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia rahmatnya semata-mata.
Katakanlah hanya kerana merasakan kurnia rahmat Allahlah kamu boleh bergembira dan itulah yang lebih baik (berguna) bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri (Yunus 10/58).
Sedang bersandar pada amal usaha itu bererti lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq, hidayat kepadanya yang akhirnya pasti ia ujub, sombong, merasa sempurna diri sebagaimana yang telah terjadi pada Iblis ketika diperintah bersujud kepada Adam.
(Al Araf /12).
Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pokok, binatang dan manusia, maka janganlah menyukutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-oleh merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat taufik hidayat dan kurnia Allah.
Kita harus bertauladan pada Nabi Sulaiman as ketika ia menerima nikmat kurnia Allah, ketika mendapat istana raja Balqis.
Bila kita telah menerima nikmat daripada Allah, hendaklah kita melihat ini sebagai ujian pada kita, apakah aku bersyukur (berterima kasih atau kufur (lupa) pada Allah).  Maka siapa yang bersyukur, maka syukur itu untuk dirinya.  Sesiapa yang kufur, maka Tuhanku zat yang terkaya lagi pemurah (tidak berhajat sedikitpun dari makhluknya, bahkan makhluk yang berhajat kepadanya (An Naml 27/40).
2.             Keinginan untuk tajrid (melulu beribadat, tanpa berusaha dunia), padahal Allah masih menempatkan engkau pada golongan orang-orang yang harus berusaha (kasab) untuk mendapat keperluan sehari-hari, maka keinginanmu itu termasuk sahwat hawa nafsu yang samar (halus).  Sebaliknya keinginanmu untuk berusaha kasab, padahal Allah telah menempatkan dirimu pada golongan orang yang melulu beribadat tanpa kasab, maka keinginan yang demikian bererti menurun dari semangat dan tingkat yang tinggi.
Kewajipn seseorang hamba, menyerah kepada apa yang dipilihkan oleh majikannya.  Lebih-lebih apabila majikan itu Allah yang mengetahui benar-benar apa yang menguntungkan baginya dan yang menyusahkannya.  Tanda bahawa Allah menempatkan dirimu dalam golongan orang yang harus berusaha, apabila terasa ringan bagimu, sehingga tidak menyebabkan tertinggalnya sesuatu kewajipan dalam agamamu, juga menyebabkan kau tidak tamak (rakus) terhadap hak orang lain.
Tanda bahawa Allah telah mendudukkan dirimu dalam golongan hamba yang tidak berusaha kasab.  Apabila Tuhan memudahkan bagimu keperluan hidup dari jalan yang tidak tersangka, kemudian jiwamu tetap tenang ketika terjadi kekurangan, kerana tetap ingat dan bersandar kepada Tuhan dan tidak berubah dalam menunaikan kewajipan-kewajipan.  Syaitan sebagai musuh manusia, tidak suka bila melihat manusia itu tenaang maka ia datang membisikkan kepada manusia, supaya tidak puas terhadap apa yang telah diberikan Allah kepadanya dan selalu membayangkan kepadanya kesenangan, kemewahan, ketenangan orang lain untuk membangkitkan sifat tamak (rakus), iri hati terhadap apa yang bukan bahagiannya, sehingga apabila ia melepaskan sifat yang tenang tenteram itu untuk menurutkan sifat tamak rakusnya.
Berkata syaitan:  “Tuhan tidak melarang kamu mendekati pohon ini melainkan supaya kamu tidak dapat mencapai kedudukan Malaikat atau tidak dapat kekal dalam syurga” (Al Araf 7/20).
Maka membisikkan syaitan, ia berkata:  “Hai Adam sukakah aku tunjukkan kepadamu pohon Khuldi, (sesuatu yang dapat mengekalkan) dan kekayaan yang takkan habis (rosak). (Taha 20/120).
Seorang berkata:  Beberapa kali saya meninggalkan usaha kasab tetapi terpaksa kembali berkasab sehingga akhirnya akulah yang ditinggalkan oleh kasab itu, maka tiadalah aku kembali kepadanya.  Seorang murid merasa, bahawa untuk sampai kepada Allah dan masuk dalam barisan para wali dengan sibuk pada ilmu zahir dan bergaul dengan sesama manusia agak jauh dan tidak mungkin, lalu ia pergi menghadap kepada gurunya, tiba-tiba sebelum ia sempat bertanya, guru bercerita:  Ada seorang terkemuka dalam ilmu zahir, ketika ia dapat merasakan sedikit dari perjalanan ini, ia datang kepadaku berkata:  aku akan meninggalkan kebiasaanku untuk mengikuti perjalananmu.
Bukan itu yang harus kamu lakukan, tetapi tetaplah dalam kedudukanmu, sedang apa yang akan diberikan Allah kepadamu pasti sampai (tercapai) kepadamu (olehmu).
Perjuangan Tidak Mengubah Takdir
3.             Kekerasan semangat perjuangan, tidak dapat menembusi tirai takdir, kekeramatan atau kejadian-kejadian yang luarbiasa dari seorang wali itu tidak dapat menembus keluar dari takdir, maka segala apa yang terjadi semata-mata dengan takdir Allah.
Dan kamu tiada dapat menentukan kemahuan kamu mengenai sesuatu pun, kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (At Takwir 81/29)
Dan tiada kamu menghendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah.  Sungguh Allah Maha Mengetahui lagi Bijaksana (al Insaan 76/30).
4.             Istirehatkan dirimu (fikiranmu) daripada kerisauan mengatur keperluan duniamu, sebab apa yang sudah dijamin (diselesaikan) oleh lainmu, tidak usah kau sibuk memikirkannya.
Sebagai seorang hamba wajib dan harus melulu mengenal kewajipan, sedang jaminan upah ada di tangan majikan, maka tidak perlu risau untuk memikirkan bagi mengatur, kerana khuatir kalau apa yang telah dijamin itu tidak tiba atau terlambat, sebab ragu terjadap jaminan Allah tanda kurangnya iman.
Tanda Buta Matahati
5.             Kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, disamping kelalaian terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanatkan (ditugaskan) kepadamu, membuktikan butanya mata hatimu.
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu dan Dialah jua Yang Maha Mendengar (al Ankabut 29/60).
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solah dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.  Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan Ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Taha 20/132).
Kerjakan apa yang menjadi kewjipanmu terhadap kami dan kami melengkapi bagimu bahagian kami.  Di sini ada 2:   Satu yang dijamin oleh Allah, maka jangan menuduh (su’uz zhan) terhadap Allah.  Kedua yang dituntut oleh Allah, maka jangan kau abaikan.
Hambaku taatlah semua perintahku dan jangan memberitahu kepadaku apa yang baik bagimu, (atau jangan megajari kepadaku apa yang menjadi hajat keperluanmu).
Mengapakah orang-orang mengagungkan orang kaya, pemboros dan menghina ahli-ahli ibadat dan mengikuti tuntutan quraan hanya yang sesuai dengn hawa nafsu mereka, sedang yang tidak sesuai dengan hawa nafsunya ditinggalkan (diabaikan), pada hal yang demikian itu bererti mempercayai sebahagian kitab Allah dan mengabaikan (kafir) terhadap sebahagian isi kitab Allah.  Mereka berusaha untuk mencapai apa-apa yang  dapat dicapai tanpa usaha iaitu bahagian yang pasti tiba dan ajal yang tertentu dan rezeki yang menjadi bahagiannya, tetapi tidak berusaha untuk mencapai apa yang tidak dapat dicapai kecuali dengan usaha, iaitu pahala-pahala yag besar dan amal-amal ibadat dan dagangan yang tidak akan rosak.
Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang diamanahkan (ditugaskan) kepadamu. (Ibrahim alkhawwash).
Sesiapa yang berusaha untuk mencapai apa yang sudah dijamin  dan mengabaikan apa yang ditugaskan kepadanya, maka bererti buta mata hatinya kerana sangat bodohnya.
Pengertian Penerimaan Doa
6.             Janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukannya, bukan pada waktu yang engkau tentukan.
Tuhanmulah yang menjadikan segala yang dikehendakinya dan memilihnya sendiri, tiada hak bagi mereka untuk memilih.
Sebaiknya seorang hamba yang tidak mengetahui apa yang akan terjadi mengakui kebodohan dirinya, sehingga tidak memilih sesuatu yang tampak baginya sepintas lalu baik, padahal ia tidak mengetahui bagaimana akibatnya, kerana itu bila Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana memilihkan untuknya sesuatu, hendaknya rela dan menerima pilihan Tuhan yang Maha Belas Kasih lagi Mengetahui dan Bijaksana itu, walaupun pada lahirnya pahit dan pedih rasanya, namun itulah yang terbaik baginya, kerana itu bila berdoa, tetapi masih belum juga tercapai keinginannya, janganlah putus harapan.
Kamu diwajibkan berperang untuk menentang pencerobohan, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semua itu sedang kamu tidak mengetahuinya.  (Al Baqarah 2/216).
Allah berfirman:  Sesungguhnya telah dikabulkan doa kamu berdua (Musa dan Harun);  Oleh itu hendaklah kamu tetap menjalankan perintahku seterusnya dan janganlah kamu menurut jalan orang-orang yang tidak mengetahui peraturan janjiku.  (Yunus 10/89)
Maka terlaksananya kebinasaan Fir’aun yang bererti setelah diterima doa itu sesudah 40 tahun.
RasululAllah saw bersabda:  Pasti diterima  doamu itu selama tidak gopoh, iaitu berkata:  Aku telah berdoa dan tidak diterima.
Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya atau dihindarkan daripadanya bahaya atau diampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau untuk memutus hubungan silaturahim. (Anas ra).
Maka bila kau minta afiah kepada Allah, mintalah menurut apa yang ditentukan oleh Allh untukmu, maka sebaik-baik seorang hamba ialah yang menyerah menurut kehendak Tuhannya dan mempercayai bahawa yang diberi Tuhan itulah yang terbaik  baginya meskipun tidak seperti kemahuan hawa nafsunya.
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadanya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?  Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah?  Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).  (An Naml 27/62).
Keadaan terpaksa itu, bila merasa tidak ada sesuatu yang diharapkan selain semata-mata kurnia Allah, tidak ada sesuatu yang dapat dijadikan perantara baik dari luar yang berupa benda atau dari dalam dirinya sendiri.
Jangan Ragu Terhadap Janji Allah
7.             Jangan sampai meragukan kamu, terhadap janji Allah, kerana tidak terlaksananya apa yang telah dijanjikan itu, meskipun telah tertentu tiba masanya, supaya tidak menyalahi pandangan mata hatimu atau memadamkan nur cahaya hatimu (sirmu).
Manusia sebagai hamba tidak mengetahui bilakah Allah akan menurunkan kurnia rahmatnya, sehingga manusia jika melihat tanda-tanda ia menduga (mengira) mungkin telah tiba saatnya, padahal bagi Allah belum memenuhi semua syarat yang dikehendakinya, maka bila tidak terjadi apa yang telah dikira-kira itu, hendaknya tiada ragu terhadap kebenaran janji Allah.
Sebagaimana yang terjadi dalam Sulhul-Hudaibiyah, ketika Rasulullah saw menceritakan impiannya kepada sahabat, sehingga mereka mengira bahawa tahun itu mereka akan dapat masuk Mekkah dan melaksanakan ibadah Umrah dengan aman sejahtera (iaitu mimpi Nabi saw yang tersebut surah Al Fath 48/27).  Sehingga ketiga gagal tujuan umrah kerana ditolak oleh bangsa Quraisy dan berlaku perjanjian sulhul-Hudaibiah, bagi Umar dan sahabat-sahabat lainnya menganggap sebagai mengecewakan, maka ketika Umar ra memajukan beberapa pertaanyaan, dijawab oleh Nabi saw:  Aku hamba Allah dan utusannya dan Allah tidak akan mengabaikan aku.
Dalam menghadapi ujian Allah.  Sehingga berkata Rasulullah dan orang-orang yang beriman yang ada bersertanya:  Bilakah datangnya pertolongan Allah?  Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah) (Al Baqarah 2/214).
8.             Apabila Tuhan membukakan bagimu suatu jalan untuk makrifat (mengenal padanya), maka jangan menghiraukan soal amalmu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak membukakan bagimu, melainkan ia akan memperkenalkan diri kepadamu.  Tidakkah kau ketahui bahawa makrifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepadamu, sedang amal perbuatanmu hadiah daripadamu, maka di manakah letak perbandingannya antara hadiahmu dengan pemberian kurnia Allah kepadamu.
Makrifat (mengenal) kepada Allah, itu adalah puncak keuntungan seorang hamba, maka apabila Tuhan telah membukakan bagimu suatu jalan untuk mengenal kepadanya, maka tidak usah kau hiraukan berapa banyak amal perbuatanmu meskipun masih sangat sedikit amal kebaikanmu.  Sebab makrifat itu suatau kurnia pemberian langsung dari Allah, maka ia sekali-kali tidak tergantung kepada banyak atau sedikitnya amal kebaikan.
Apabila aku menguji hambaku yang beriman, kemudian ia tidak mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, maka aku lepaskan ia dari ikatanku dan aku gantikan baginya daging dan darah yang lebih baik dari yang asal dan ia boleh memperbaharui amal, sebab yang lalu telah diampuni semua. (Riwayat Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda Allah berfirman).
Allah telah menurunkan wahyu kepada salah seorang Nabi saw.  Aku telah menurunkan bala (ujian) kepada seorang hamba maka ia berdoa dan tetap aku tunda permintaannya, akhirnya ia mengeluh, maka aku berkata kepadanya:  Hambaku, bagaimana aku akan melepaskan daripadamu rahmat jestru bala itu mengandungi rahmatku.
Kerana dengan segala kelakuan kebaikanmu engkau tidak dapat sampai ke tingkat yang akan aku berikan kepadamu, maka dengan bala itulah engkau dapat mencapai tingkat dan keudukan di sisi Allah.
9.             Beranika warna jenis amal perbuatan, kerana bermacam-macam pula pemberian kurnia Allah yang diberikan kepada hambanya.
Kerana itu tiap orang salih yang menuju ke suatu maqam (tingkat) harus mengerti dalam ibadat yang mana ia rasakan nikmat ibadat, maka di situlah akan terbuka baginya, apakah dalam solat atau puasa dan lain-lainnya.
Jiwa Amal Ialah Tulus Ikhlas
10.         Amal perbuatan itu sebagai kerangka yang tegak, sedang ruh (jiwanya), ialah terdapatnya rahsia ikhlas (ketulusan) dalam amal perbuatan itu.
Keikhlasan seseorang dalam amal perbuatannya menurut tingkat kedudukannya maka keikhlasan orang abrar, apabila amal perbuatan itu telah bersih dari riya’ yang jelas maupun yang samar sedang tujuan amal perbuatan mereka selalu hanya pahala yang di janjikan oleh Allah kepada hambanya yang ikhlas.  Dan ini  terambil dari ayat:  Iyyaka na’budu.  Hanya kepadamu kami menyembah dan tiada kami mempersekutukan engkau dalam ibadatku ini kepada sesuatu yang lain.
Adapun keikhlasan orang-orang muqarrabin ialah menerapkan pengertian   “Laa haula waala quqqata Illa billah”.  Tiada daya untuk mengelakkan dan tiada kekuatan untuk berbuat apapun kecuali dengan pertolongan dari Allah, tiada daya kekuatan sendiri, sedang semua itu hanya daripada Allah, ia merasa bahawa semua amal perbuatan semata-mata kurnia Allah kepadanya, sebab Allah yang memberi hidayat dan taufiq, ini diambil dari ayat:  “Iyyaka nasta’in”  Hanya kepadamu kami mengharap bantuan pertolongan, sebab kami sendiri tidak berdaya. 
Amal orang abrar dinamakan amal lillah:  Beramal kerana Allah.  Sedang amal muqarrabin dinamakan:  amal lillah:  beramal dengan bantuan kurnia Allah.  Amal lillah menghasilkan sekadar memperhatikan hukuman lahir, sedang amal billahi menebus ke dalam perasaan hati.  Seorang guru berkata:  Perbaikilah amal perbuatanmu dengan ikhlas dan perbaikilah keikhlasanmu itu dengan perasaan tidak ada kekuatan sendiri, sedang semua kejadian itu hanya semata-mata kerana bantuan Allah.
11.         Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan, sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka tidak sempurna hasil buahnya.
Tiada sesuatu yang lebih bahaya bagi seorang yang beramal, daripada menginginkan kedudukan dan terkenal di tengah-tengah masyarakat umum, termasuk keinginan hawa nafsu yang utama.
Rasulullah saw bersabda:  Sesiapa yang merendah diri maka Allah akan memuliakannya dan siapa yang sombong (besar diri), Allah akan menghinanya.
Tidak benar-benar bertujuan kepada Allah, siapa yang ingin masyhur (terkenal) (Ibrahim Bin Ad-ham ra.).
Demi Allah tiada seorang hamba yang sungguh-sungguh ikhlas pada Allah, melainkan ia merasa senang, gembira jika ia tidak mengetahui kedudukan dirinya. (Ayyub Assakh-tiyaany ra).
Sesungguhnya sedikit riya’ itu sudah termasuk syirik.  Dan siapa yang memusuhi seorang waliyullah, bererti telah berperang kepada Allah.  dan Allah kasih sayang pada hamba yang takwa, yang tersembunyi (tidak terkenal), yang bila tidak ada, tidak dicari dan bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal  Hati mereka sebagai pelita hidayat, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran.  (HR Mu’adz Bin Jabal ra).
Abu Hurairah ra berkata:  Ketika kami di majlis Rasulullah saw, tiba-tiba Rasulullah saw berkata:  Esok pagi akan ada seorang ahli syurga yang solat bersama kamu.  Abu Hurairah berkata:  Aku harap semoga akulah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu.  Maka pagi-pagi aku solat di belakang Rasulullah saw dan terus menetap di majlis itu setelah orang lain pulang.  Tiba-tiba ada seorang hamba berkulit hitam berkain compang-camping datang berjabat tangan dengan Rasulullah saw sambil berkata:   Ya Nabiyallah, doakan semuga aku mati syahid.  Maka Rasulullah saw pun berdoa.  Sedang kami mencium bau kasturi dari badannya.  Kemudian aku bertanya:  Siapakah orang itu ya Rasulullah?  Jawab Nabi:  Ya benar.  Ia hamba sahaya dari bani fulan.
Abu Hurairah berkata:  Mengapa tidak kau beli dan kau merdekakannya ya Nabiyallah?  Jawab Nabi:  Bagaimana aku akan dapat berbuat demikian, bila Allah akan menjadikannya seorang raja di syurga.  Hai Abu Hurairah, sesungguhnya di syurga itu ada raja dan orang-orang terkemuka.  Dia ini salah seorang raja dan juga terkemuka.  Hai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah kasih kepada makhluknya yang suci hati, yang samar, yang bersih, yang terurai rambut, yang kempis perut kecuali dari hasil yang halal, yang bila akan masuk mengadap raja – tidak diizinkan, bila meminag wanita bangsawan – tidak ditgerima, bila tidak ada – tidak dicari, bila hadir – tidak dihirau bila sakit – tidak dijenguk bahkan bila mati – tidak dihadiri jenazahnya.
Ketika sahabat bertanya:  Tunjukkan kepada kami seorang dari mereka?  Jawab Nabi:  Iaitu Uwais Alqarni, seorang berkulit coklat, lebar kedua bahunya, sedang tingginya selalu menundukkan kepalanya sambil membaca quraan, tidak terkenal di bumi, tetapi terkenal di langit, andaikan ia bersungguh-sungguh minta sesuatu kepada Allah pasti diberinya.  Di bawah bahu kirinya ada bekas belang sedikit.  Hai Umar dan Ali jika kamu bertemu padanya, maka mintalah kepadanya supaya membacakan istighfar untukmu.
12.         Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati (jiwa) sebagaimana menyendiri untuk masuk ke medan berfikir (tafakur).
Rasulullah saw bersabda:  Perumpamaan teman yang tidak baik, bagaikan tukang besi yang membakar besi;   Jika engkau tidak terbakar oleh percikan apinya, maka terkena bau busuknya.
Allah mewahyukan kepada Nabi Musa as:  “Hai putera Imran waspadalah selalu dan pilihlah untuk dirimu teman (sahabat) dan tiap teman (kawan) tidak membantumu untuk berbuat taat (bakti) kepadaku, maka ia adalah musuhmu”.
Allah mewahyukan kepada Nabi Daud as:  “Hai Daud, mengapakah engkau menyendiri?”  Jawab Daud:  “Aku menjauhkan diri daripada makhluk untuk mendekat kepadamu”.  Maka Allah berfirman:  “Hai Daud, waspadalah selalu dan pilihlah untukmu kawan-kawan dan tiap kawan yang tidak membantu untuk berbakti kepadaku, maka itu adalah musuhmu dan akan menyebabkan keras hatimu serta jauh daripadaku.
Nabi Isa as bersabda:  Jangan berkawan dengan orang-orang yang mati, nescaya mati hati mu.  Ketika ditanya:  “Siapakah orang-orang yang mati itu?”  Jawabnya:  “Mereka yang rakus kepada dunia”.
Rasulullah saw bersabda:  “Yang sangat aku khuatirkan terhadap umatku ialah kelemahan dalam iman keyakinan”.
Nabi Isa as bersabda:  Berbahagialah orang yang perkataannya zikir dan diamnya berfikir dan pandangannya perhatian.  Sesungguhnya orang yang sempurna akal ialah yang selalu memperbaiki dirinya dan selalu bersiap atau beramal atau berbekal untuk menghadapi hari kemudian sesudah mati.
Sahl Bin Abdullah Attustary ra berkata:  “Kebaikan itu terhimpun dalam 4 jenis dan dengan itu tercapai darjat wali (disamping melakukan semua kewajipan-kewajipan agama iaitu:
1.             Lapar.
2.             Diam.
3.             Menyendiri dan
4.             Menghidupkan malam.
Iman Tidak Masuk Ke Dalam Hati Yang Keruh
13.         Bagaimana akan dapat terang hati seorang yang gambar dunia ini terlukis dalam cermin hatinya.  Atau bagaimana akan pergi menuju kepada Allah, padahal ia masih terikat oleh syahwat hawa nafsunya.  Atau bagaiman akan dapat masuk ke hadrat Allah, Padahal ia belum bersih dari kelalaiannya yang di sini diumpamakan dengan janabatnya.  Atau bagaiman mengharap supaya mengerti rahsia yang halus, padahal ia belum taubat dari kekeliruan-kekeliruannya.
Berkumpulnya 2 hal yang berlawanan dalam satu tempat dan masa, mustahil (tidak mungkin), sebagaimana berkumpul antara diam dengan gerak, antara cahaya terang dengan gelap.  Demikian pula nur iman berlawanan dengan gelap yang disebabkan kerana selalu berharap kepada sesuatu selain Allah.  Demikian pula berjalan menuju kepada Allah harus bebas dari belenggu hawa nafsu supaya sampai kepada Allah.
Bertakwalah kepada Allah dan Allah yang akan mengajarkan kepadamu segala hajat keperluanmu (Firman Allah).
Sesiapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui, maka Allah akan mewariskan kepadanya pengetahuan apa-apa yang belum ia ketahui.
Bacalah Subhanallah tanpa merasa keraguan.  Apabila jiwa (hati) manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa, nescaya akan terbang ke alam malakut (di langit), kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmat. (Abu Sulaiman).
Alam Terang Kerana Nur Ilahi
14.         Alam itu kesemuanya  berupa kegelapan, sedang yang meneranginya hanya kerana tampaknya haq (Allah) padanya, maka siapa yang melihat alam kemudian tidak melihat Allah di dalamnya, atau padanya atau sebelumnya atau sesudahnya, maka benar-benar ia telah disilaukan oleh nur cahaya, dan tertup baginya suria (nur) makrifat oleh tebalnya awan benda-benda alam ini.
Alam semesta yang mulanya tidak ada (adam) memang gelap, sedang yang menzahirkannya sehingga berupa kenyataan, hanya kekuasaan Allah padanya, kerana itu siapa yang melihat sesuatu benda alam ini, kemudian tidak terlihat olehnya kebesaran kekuasaan Allah yang ada pada benda itu, sebelum atau sesudahnya bererti ia telah disilaukan oleh cahaya.  Bagaikan ia melihat cahaya yang kuat, lalu mengira tidak ada bola yang menimbulkan cahaya itu.  Maka semua seisi alam ini bagaikan sinar sedang yang hakiki (sebenarnya) terlihat itu semata-mata kekuasaan zat Allah swt.
Bukti Kekuasaan Allah
15.         Diantara bukti-bukti yang menunjukkan adanya kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepadanya dengan hijab yang tidak ada wujudnya (bayang-bayangan hijab) di sisi Allah.
Sepakat para arifin bahawa segala sesuatu selain Allah tidak ada, ertinya tidak dapat disamakan adanya sebagaimana adanya Allah, sebab adanya alam terserah kepada kurnia Allah, bagaikan adanya bayangan yang tergantung selalu kepada benda yang membayanginya.  Maka siapa yang melihat bayangan dan tidak melihat kepada yang membayanginya, di sini terhijabnya.
Firman Allah:  Segala sesuatu rosak hancur kecuali zat Allah.
Rasulullah saw membenarkan perkataan pujangga yang berkata:  “Perhatikanlah, bahawa segala sesuatu selain Allah itu palsu belaka.
Dan tiap nikmat kesenangan dunia, pasti akan rosak lenyap.
16.         Bagaimana dapat dibayangkan bahawa Allah dapat dihijab oleh sesuatu padahal Allah yang menzahirkan (menampakkan) segala sesuatu.
17.         Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu, padahal dia (Allah) yang tampak zahir pada segala sesuatu.
18.         Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal dia yang terlihat dalam tiap sesuatu.
19.         Bagaimana akan dapat ditutupi oleh sesuatu, padahal ia yang tampak pada tiap segala sesuatu.
20.         Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal dia lebih jelas (tampak) dari segala sesuatu. 
21.         Bagaimana mungkin akan dihijab oleh sesuatu, padahal dia yang esa (tunggal) yang tidak ada disampingnya sesuatu apapun.
22.         Bagaimana akan dihijab oleh sesuatu, padaal dia (Allah) lebih dekat kepadamu dari segala sesuatu.
23.         Bagaimana akan mungkin dihijab oleh sesuatu, padahal andaikan tidak ada Allah, nescaya tidak akan ada segala sesuatu.
Demikian tanpak jelas sifat-sifat Allah di dalam tiap-tiap sesuatu di alam ini, yang semua isi alam ini sebagai bukti kebesaran, kekuasan, keindahan, kebijaksanaan dan kesempurnaan zat Allah yang tidak menyerupai sesuatu apapun dari makhluklnya.  Sehingga bila masih ada manusia yang tidak mengenal Allah maka benar-benar ia telah silau oleh cahaya yang amat terang dan telah terhijab dari suria makrifat oleh awan tebal yang berupa alam sekitarnya.
24.         Alangkah ajaibnya, bagaimana tampak wujud di dalam adam (tidak ada).  Atau bagaimana dapat bertahan sesuatu yang hancur itu, di samping zat yang bersifat qidam.
Sesuatu yang hakikatnya tidak ada bagaimana dapat tampak ada wujudnya?  Hakikat adam (tidak ada) itu gelap, sedangkan wujud itu bagaikan nur terang.  Demikian pula batil dan hak.  Batil itu harus rosak hancur.  Sedang hak itulah yang harus tetap kuat bertahan.
25.         Tiada meninggalkan sedikitpun dari kebodohan, siapa yang berusaha akan mengadakan sesuatu dalam suatu masa, selain dari apa yang dijadikan oleh Allah di dalam masa itu.
Sungguh amat bodoh seorang yang akan mengadakan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Allah.
Tiada suatu saat yang berjalan melainkan di situ pasti ada takdir Allah yang dilaksanakan.
Firman Allah:  Tiap hari (tiap saat) dia (Allah) menentukan urusan.
Menciptakan, menghidupkan, mematikan, menuliskan, menghias dan sebagainya.  Maka sebaiknya seorang hamba menyerah dengan rela hati kepada hukum ketentuan Allah pada tiap waktu, sebab ia harus percaya kepada rahmat dan kebijaksanaan kekuasaan Allah.
26.         Menunda amal perbuatan (kebaikan) kerana menantikan kesempatan yang lebih baik, suatu tanda kebodohan yang mempengaruhi jiwa.
Kebodohan itu disebabkan oleh:
1.             Kerana ia mengutamakan duniawi.   Padahal Allah berfirman:
Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia, padahal akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya.
2.             Penundaan amal itu kepada masa yang ia sendiri tidak mengetahui apakah ia akan mendapatkan kesempatan itu, atau kemungkinan ia dilanda oleh ajal (mati) yang telah menantikan masanya.
3.             Kemungkinan azam, niat dan hasrat itu menjadi lemah dan berubah.
Kata pujangga:  Janganlah menunda sampai besuk, apa yang dapat engkau kerjakan hari ini.
Waktu sangat berharga, maka jangan engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga.
27.         Jangan anda meminta kepada Allah supaya dipindah dari suatu hal kepada yang lain, sebab sekiranya Allah menghendakinya tentu telah memindahmu, tanpa mengubah keadaanmu yang lama.
Ada seorang soleh biasa bekerja dan beribadat, lalu lalu ia berkata:  “Andaikan aku boleh mendapatkan untuk setiap hari 2 keping roti, nescaya aku tidak susah bekerja dari melulu beribadat.  Tiba-tiba ia tertuduh dan kerananya ia harus masuk penjara dan tiap-tiap hari ia menerima 2 keping roti, kemudian setelah beberapa lama ia menderita dalam penjara, ia berfikir.  Bagaimana sampai terjadi demikian ini?  Tiba-tiba teringat dalam perasaannya:  Engkau meminta 2 keping roti dan tidak meminta selamat maka kami (Allah) memberi permintaanmu.  Setelah itu ia meminta keampunan dan membaca istighfar, maka ketika itu pula pintu penjara terbuka dan dilepaskan dari penjara.
Setelah Allah menjadikan manusia dengan segala hajat keperluannya, sehingga tidak perlu manusia khuatir atau ragu atau jemu terhadap sesuatu pemberian Allah, meskipun berbentuk penderitaan bala pada lahirnya, sebab hakikatnya nikmat besar bagi siapa yang mengetahui hakikatnya, sebab tidak ada sesuatu yang tidak terbit dari rahmat kurnia dan hikmat Allah Taala.
28.         Tiada berkehendak semangat seorang soleh (yang berjalan menuju kepada Allah) untuk berhenti ketika terbuka baginya sebahagian yang ghaib, melainkan segera diperingatkan oleh suara hakikat.  Bukan itu tujuan dan teruslah berjalan ke depan.  Demikian pula tiada kelihatan baginya keindahan alam, melainkan diperingatkan oleh hakikatnya:  Bahawa kami semata-mata sebagai ujian, maka janganlah tertipu hingga menjadi kafir.
Abu Hasan Attustary berkata:  “Di dalam jalan menuju kepada Allah jangan menoleh kepada yang lain dan pergunakan selalu zikir kepada Allah, itu sebagai benteng pertahananmu.  Sebab segala sesuatu selain Allah, akan menghambat perjalananmu.
Abul Hasan (Ali) Asysyadzily ra berkata:  “Jika engkau ingin mendapat apa yang telah dicapai oleh para Waliyullah, maka hendanya engkau mengabaikan semua manusia, kecuali orang-orang yang menunjukkan kepadamu jalan menuju Allah, dengan teori yang tepat atau perbuatan yang tidak menyalahi Kitabullah dan sunnaturrasul.  Abaikan dunia tetapi jangan mengabaikan sebahagian untuk mendapat bahagian yang lain, sebaliknya hendaknya engkau menjadi hamba Allah yang diperintah mengabaikan musuhnya.  Apabila engkau telah dapat melakukan 2 sifat itu, iaitu mengabaikan manusia dan dunia maka tetaplah tunduk kepada hukum ajaran Allah dengan Istiqamah dan selalu tunduk, Istighfar.
Supaya engkau benar-benar merasa diri sebagai hamba Allah dalam semua yang engkau kerjakan atau engkau tinggalkan dan menjaga hati perasaan, jangan sampai merasa seolah-olah di dalam alam ini ada kekuasaan lagi selain Allah, yakni bersungguh-sungguh dalam menanggapi (memahami).
Tiada daya dan tiada kekuatan sama sekali, kecuali dengan bantuan pertolongan Allah.
Maka apabila masih merasa ada kekuatan diri sendiri bererti belum sempurna mengaku diri hamba Allah.  Sebaliknya bila telah benar-benar perasaan La haula wala quwata illa billah itu dan tetap demikian beberapa lama nescaya Allah membukakan untuknya pintu rahsia-rahsia yang tidak pernah mendengar dari manusia seisi alam.
Tujuan Doa Permintaan
29.         Permintaan dari Allah mengandungi pengertian menuduh Allah, khuatir tidak memberi kepadamu.  Dan mintamu kepada Allah supaya mendekatkan dirimu kepadanya, bererti engkau masih jauh dari padanya.
Memintamu kepada Allah untuk mencapai kedudukan dunia akhirat, membuktikan tiada malumu kepadanya dan permintaanmu kepada sesuatu selain dari Allah menunjukkan jauhmu dariadanya.  Permintaan seorang hamba kepada Allah terbahagi dalam 4 macam dan kemudikan kesemuanya itu tidak tepat bila diteliti lebih jauh dan mendalam.
Permintaan kepada Allah mempunyai pengertian menuduh, sebab sekiranya ia percaya bahawa Allah akan memberi tanpa meminta, tidak akan meminta, maka kerana khuatir tidak diberi apa yang diperlukannya menurut pendapatnya atau menyangka Allah melupakannya dan lebih jahat lagi bila ia merasa berhak, tetapi oleh Allah belum juga diberi.  Dan permintaanmu untuk taqarrub, menunjukkan bahawa engkau merasa ghaib daripadanya. Sedang permintaanmu sesuatu dari kepentingan-kepentingan duniawi membuktikan tiada malunya daripadanya, sebab sekiranya engkau malu dari Allah tentu tidak merasa ada kepentingan bagimu selain mendekat kepadanya.  Sedang bila engkau minta dari sesuatu selain Allah, membutktikan jauhmu daripadanya, sebab sekiranya engkau mengetahui bahawa Allah dekat kepadamu tentu engkau tidak akan meminta kepada lainnya.  Kecuali permintaan yang semata-mata untuk menurut perintah Allah.  Hanya inilah yang tepat benar.
30.         Tiada suatu nafas terlepas daripadamu, melainkan disitu pula ada takdir Allah yang berlaku di atasmu.
Sebab pada tiap nafas hiduip manusia pasti terjadi suatu taat atau, nikmat atau bala’(ujian).  Bererti nafas yang keluar sebagai wadah bagi sesuatu kejadian, kerana itu jangan sampai nafas itu terpakai untuk maksiat dan perbuatan yang terktuk oleh Allah.
31.         Jangan menantikan selesai (habisnya) perintang-perintang untuk lebih mendekat kepada Allah, sebab yang demikian itu akan memutuskan engkau dari kewajipan menunaikan  hak terhadap apa yang Allah telah tempatkan engkau di dalamnya.  (Sebab yang demikian itu memutuskan kewaspadaanmu terhadap kewajipanmu).
Abdullah Bin Umar ra berkata:  “Jika engkau berada di waktu senja, maka jangan menunggu tibanya pagi, demikian pula jika engkau berada di waktu pagi, jangan menunggu petang.  Pergunakan kesempatan di waktu muda, sihat, kuat dan kaya untuk menghadapi masa tua, sakit, lemah dan miskin”.
Sahl Bin Abdullah Attustary berkata:  “Jika tiba waktu malam maka jangan mengharap tibanya siang hari, sehingga engkau menunaikan hak Allah, waktu malam itu.  Dan menjaga benar-benar hawa nafsumu, demikian pula bila engkau berada pada pagi hari.
Firman Allah:  Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al Anbiyaa’ 21/35).
Ujian itu beruapa sehat, sakit, kesukaran, kelapangan, kaya dan miskin.  Untuk ujian kekuatan atau ketetapan beriman/bertuhan kepada Allah sampai di mana syukurnya menerima nikmat dan bagaiman sabarnya menghadapi ujian kesukaran bala’.
32.         Jangan hairan atas terjadinya kesukaran-kesukaran selama engkau masih di dunia ini, sebab ia tidak melahirkan kecuali yang layak atau asli menjadi sifatnya.
Abdullah Bin Mas’ud ra berkata:  “Dunia adalah kerisauan dan dukacita, maka apabila terdapat kesenangan di dalamnya bererti laba dan keuntungannya”.
Ja’far Asshaddiq ra berkata:  “Siapa yang meminta sesuatu yang tidak dijadikan oleh Allah, bererti meletakkan dirinya dan tidak akan diberi”.  Ketika ditanya:  “Apakah itu”?  Jawabya:  “Kesenangan di dunia”.
Junaid Al Baghdady ra berkata:  “Aku tidak merasa keji terhadap apa yang menimpa pada diriku, sebab aku telah berpendirian bahawa dunia ini tempat kerisauan dan ujian dan alam ini diliputi oleh bencana, maka sudah selayaknya ia menyambut aku dengan segala kesukaran, kerisauan, maka apabila ia menyambut aku dengan kesenangan maka itu bererti suatu kurnia dan kelebihan.
Rasulullah saw berkata kepada Abdullah Bin Abbas:  “Jika engkau dapat beramal kerana Allah dengan rela dan keyakinan, maka laksanakanlah dan jika tidak dapat, maka sabarlah.  Maka sesungguhnya sabar menghadapi kesukaran itu suatu keuntungan yang besar”.
Umar Bin Khatthab ra berkata kepada seorang yang dinasihatinya:  “Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala dan apabila engkau tidak sabar tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdsosa.
Tidak Akan Berhenti Permintaan Yang Terus Kepada Allah
33.         Tidak akan terhenti suatu permintaan yang semata-mata engkau minta (engkau sandarkan) kepada kurnia (kekuasaan) Tuhanmu dan tidak mudah tercapai permintaan (pengharapan) yang engkau sandarkan kepada kekuatan dan daya supaya serta kepandaian dirimu sendiri.
34.         Suatu tanda akan lulusnya seorang pada akhir perjuangannya, jika selalu tawkkal menyerah kepada Allah sejak mula perjuangannya.
Seorang arif berkata:  “Siapa yang menyangka bahawa ia akan dapat sampai kepada Allah, dengan Perantaraan sesuatu selain Allah, pasti akan putus kerananya.  Dan siapa dalam ibadatnya bersandar pada kekuatan dirinya disertakan oleh Allah kepada kekuatan dirinya.  Yakni, hanya sampai di situ saja dan tidak dapat mencapai bahagian-bahagian yang hanya dapat dicapai dengan tawakkal menyandarkan diri kepada Allah.
35.         Siapa yang terang (makmur) waktunya dengan taat di masa salik (permulaannya), pasti akan terang pula di masa akhirnya (sampainya) dengan cahaya nur makrifat.
Siapa yang kuat tawakkalnya di masa bidayah (permulaan), maka akan terang terus hingga masa sampainya ke hadirat Tuhannya.
36.         Apa yang tersembunyi dalam rahsia ghaib, iaitu yang berupa nur Ilahi dan makrifat,  pasti akan tampak bekas (pengaruhnya) pada anggota lahir.
Abu Hafash berkata:  “Bagusnya adab kesopanan lahir, membuktikan adanya adab yang di dalam batin’.
Rasulullah saw ketika melihat seorang yang bermain-main dengan tangannya ketika solat, maka Rasulullah saw bersabda:  Andaikan khusuk hati orang itu, nescaya khusuk semua anggota badannya.
Abu Talib Almakky berkata:  “Allah telah menunjukkan tanda bukti seorang kafir, iaitu bila disebut nama Allah saja, mereka mengejek dan enggan mahu menerima.
Firman Allah:  Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik.  Apabila disebut nama Allah semata-mata (didalam doa dan sebagainya), geligelemanlah serta liar hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat  dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.  (Az Zumar 39/45).
Allah menyatakan perbezaan antara jiwa orang mukmin yang merasa puas jika dikatakan kepadanya.  Ini dari Allah, sedang orang kafir tidak merasa puas, bahkan keberatan kepadanya sesuatu terjadi semata-mata kerana kekuasaan dan kehendak Allah.  Dan ini pula merupakan perbezaan antara iman tauhid dengan syirik.
37.         Jauh berbeza antara orang yang berdalil adanya Allah menunjukkan adanya alam, dengan orang yang berdalil bahawa adanya alam inilah yang menunjukkan adanya Allah.  Orang yang berdalil adanya Allah menunjukkan adanya alam, iaitu orang yang mengenal hak dan meletakkan pada tempatnya, sehingga menetapkan adanya sesuatu dari asal mulanya.  Sedang orang yang berdalil adanya alam menunjukkan adanya Allah, kerana ia tidak sampai kepada Allah.  Maka beilakah Allah itu ghaib sehingga memerlukan dalil untuk mengetahuinya.  Dan bilakah Allah itu jauh sehingga adanya alam ini dapat menyampaikan kepadanya.
Allah berfirman:  Dan Allah  mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), supaya kamu bersyukur (An Nahl 16/78).
Memang asal mula kejadian manusia bodoh tidak mengetahui apa-apa, kemudian Allah memberinya alat untuk mengetahui dan mengenalnya, pendengaran, penglihatan, perasaan dan fikiran, semua alat mengenal Allah itu supaya manusia bersyukur, sebab dengan bersyukur itu manusia sempurna dan sejahtera hidupnya, iaitu setelah mengenal kepada Tuhan Allah yang menjadikan dan menjamin segala hajat keperluannya.
38.         Hendaknya membelanjakan tiap orang kaya menurut kekayaannya, ialah mereka yang telah sampai kepada Allah.  Dan orang yang terbatas rezekinya iaitu orang sedang berjalan menuju kepada Allah.
Orang yang telah sampai kepada Allah, kerana mereka telah terlepas dari kurungan melihat kepada sesuatu selain Allah, ke alam tauhid maka luaslah pandangan mereka, maka mereka berbuat di alam mereka lebih berleluasa. Sebaliknya orang yang masih merangkak-rangkak di dalam ilmu dan faham yang terbatas, mereka inipun mengeluarkan sekadarnya.
39.         Orang-orang salih (yang menuju kepada Allah) telah mendapat hidayat dengan nur (pelita) ibadat yang merupakan amalan untuk taqarrub (mendekat) kepada Allah, sedang orang-orang yang telah sampai, mereka tertarik oleh nur yang langsung dari Tuhan bukan sebagai hasil ibadat, tetapi semata-mata kurnia rahmat Allah.  Maka orang-orang salih menuju ke alam nur, sedangkan yang telah sampai berkecimpung di dalam nur, sebab orang yang telah sampai itu telah bersih dari segala sesuatu selain Allah.
Allah berfirman:  Katakanlah Allah kemudian biarkan yang lain-lain di dalam kesibukan mereka berkecimpung (bermain-main).
Hakikat tauhid itu bila telah tidak melihat pengaruh-pengaruh sesuatu selain Allah dan inilah yang bernama haqqul yaqin dan melihat, merasa adanya pengaruh dari suatu selain Allah itu hanya permainan belaka dan itu bersifat penipuan atau munafiq.
Katakanlah:  Allah, yakni jangan menganggap/melihat ada sesuatu selain Allah yang dapat kau harap, kau takuti atau berkuasa sebab semua harapan kepada sesuatu selain Allah bererti syirik, terang atau samar, besar atau kecil dalam pengertian syirik hampir tiada berbeza.
40.         Usahamu  untuk mengetahui ciri-ciri yang masih ada di dalam dirimu, itu lebih baik dari usahamu untuk terbukanya bagimu tirai ghaib.
Kata orang arif:  Jadilah hamba Allah yang selalu ingin mencapai Istiqamah dan jagan menjadi hamba yang menuntut keramat.  Istiqamah bererti menunaikan kewajipan, sedang keramat bererti menuntut kedudukan.  Sedang karamah atau kedudukan yang diberikan Allah kepada seorang wali itu, sebagai hasil dari istiqamah.
Istiqamah bererti tetap dalam Ubudiyah, tidak berubah iman kepercayaannya kepada Allah, ketuhanan Allah, kekuasaan Allah dan kebijaksanaan Allah, baik dalam sehat atau sakit, senang atau susah, suka atau duka, kaya atau miskin.
41.         Alhaq iaitu Allah Ta’ala, tiada terhijab oleh sesuatu apapun, sebab tidak mungkin adanya sesuatu yang dapat meghijab Allah Ta’ala.  Sebaliknya manusialah yang terhijab sehingga tidak dapat melihat adanya Allah.  Sebab sekiranya ada sesuatu yang menghijab Allah, bererti sesuatu itu dapat menutupi Allah dan andaikata ada tutup bagi Allah, bererti wujud Allah dapat terkurung dan sesuatu yang mengurung itu dapat menguasai yang dikurung, padahal Allah yang berkuasa atas semua makhluknya.
Tinggalkan Segala Sifat ang Menyalahi Kehambaan
42.         Keluarlah dari sifat-sifat kemanusiaanmu (yakni yang jelek dan rendah), ialah semua sifat yang menyalahi kehambaanmu, supaya mudah bagimu untuk menyambut panggilan Allah dan mendekat kepadanya.
Sifat-sifat manusia yang berhubungan dengan faham agama terbahagi dua:  Lahir iaitu yang dilakukan dengan anggota jasmani dan batin iaitu yang berlaku dalam hati (rohani).  Sedang yang berhubung dengan anggota lahir juga terbagi dua:  Yang sesuai dengan perintah bernama taat dan yang menyalahi perintah bernama maksiat.  Demikian pula yang berhubungan dengan hati terbahagi dua:  Yang sesuai dengan hakikat (kebenaran) bernama iman dan ilmu dan yang berlawanan dengan hakikat kebenaran bernama nifaq dan kebodohan.
Sifat-sifat yang jelek (rendah) iaitu:  Hasad, iri hati, dengki, sombong, mengadu domba, meropak dan gila pangkat, sangat cinta pada dunia dan tamak, rakus dan sebagainya.
Sifat-sifat yang buruk ini akan timbul cabang-cabangnya yang berupa permusuhan kebeincian, merendah terhadap orang kaya, menghina orang miskin, bermuka-muka, sempit dada, hilang kepercayaan terhadap jaminan Allah, kejam, tidak malu dan sebagainya.
Apabila seorang telah dapat mengusir dan membersihkan diri dari sifat-sifat yang rendah, yang bertentangan dengan kehambaan itu, maka pasti ia akan sanggup menerima dan menyambut pimpinan Tuhan seperti di dalam ayat-ayat al quraan atau yang berupa pimpinan dan contoh yang diberikan oleh Rasulullah saw dan dengan demikian bererti ia telah mendekati hadrat Tuhan.
Sifat ubudiyah (kehambaan) ialah patuh taat terhadap semua perintah dan larangan, mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan tanpa membantah dan merasa keberatan.
Pokok Segala Maksiat Kerana Ingin Memuaskan Nafsu
43.         Pokok dari semua maksiat dan kelalaian serta syahwat itu, kerana ingin memuaskan hawa nafsu.  Sedang pokok dari segala ketaatan, kesedaran dan kesopanan akhlak budi, ialah kerana ada pengekangan (penahanan) terhadap hawa nafsu.
“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku;  Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).  Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun, lagi maha mengasihani”.  (Yusuf 12/53).
Abu Hafsh berkata:  Siapa yang tidak menuduh hawa nafsunya sepanjang masa, dan tidak menentangnya dalam segala hal dan tidak menariknya ke jalan kebaikan, maka ia telah tertipu.  Dan siapa yang memandang padanya dengan merasa sudah baik, bererti telah membinasakannya.
Al Junaid berkata:  Jangan percaya hawa nafsumu, meskipun telah lama taat kepadamu, untuk berbuat ibadat kepada Tuhanmu.
Al Bushiry dalam burdahnya berkata:  Lawan hawa nafsu dan syaitan dan jangan menurutkan keduanya, meskipun keduanya itu memberi nasihat kepadamu untuk berbuat kebaikan, tetap engkau harus curiga dan berhati-hati.
Sebaik-baik Sahabat
44.         Dan sekiranya engkau berkawan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya.  Maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu, sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seorang yang sudah dapat mengekang (menahan) hawa nafsunya.
Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya, sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya hanya semata-mata untuk keredhaan Allah dan bersih dari dorongan hawa nafsu.  Sebalikmnya apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
Seorang itu akan mengikuti pendirian sahabat karibnya, kerana itu hendaknya seseorang itu memperhatikan, siapakah yang harus dijadikan kawan. (Hadis).
Siapa bergaul dengan orang-orang yang baik, akan hidup mulia.  Dan yang bergaul dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, pasti tidak mulia.
Ilmu Yakin, Ainul Yakin, Haqqul Yakin
45.         Sinar Matahati itu dapat memperlihatkan kepadamu dekatnya Allah kepadamu.  Dan matahati itu sendiri dapat memperlihatkan kepadamu ketiadaanmu kerana wujud (adanya) Allah, dan hakikat matahati itulah yang menunjukkan kepadamu, hanya adanya Allah, bukan ‘adam (ketiadaanmu) dan bukan pula wujudmu.
Syu’aa’ulbashirah iaitu cahaya akal.  Ainul bashirah iaitu cahaya ilmu dan haqqul bashirah iaitu cahaya ilahi.
Orang-orang yang menggunakan akal mereka, masih merasa adanya dirinya dan dekatnya kepada Tuhan (yakni Allah selalu meliputi mereka dan mengurung mereka).  Sedang orang-orang yang menggunakan nurul ilmu merasa dirinya tidak ada jika dibanding dengan adanya Allah.  Sedang ahli hakikat hanya melihat kepada Allah dan tidak melihat apapun di sampingnya.  Bukannya mereka tidak melihat adanya alam sekitarnya, tetapi kerana alam sekitarnya itu tidak berdiri sendiri, tetapi selalu berhajat kepada Allah, maka adanya alam ini tidak menarik perhatian mereka, kerana itu mereka menganggap bagaikan tidak ada.
46.         Telah ada Allah dan tiada suatu disampingnya dan ia kini sebagaimana adanya semula.
Demikianlah contoh maqam fana’, tiada melihat sesuatu kecuali Allah.  Bagaikan seorang di dalam gedungnya, kemudian ia mengisi rumah dengan segala perabot dan boneka atau patung, lalu ditanya:  “Siapakah yang ada di dalam gedung itu?  Jawabnya:  Hanya ia seorang, yakni semua boneka dan berhala itu tidak dapat disebut sebagai teman atau kawannya.  Demikian orang ahli  hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat disebut disamping Allah.
Jangan Berharap Kepada Sesuatu Selain Allah
47.         Jangan melanggar/melampaui niat tujuanmu (hasrat harapanmu) kepada lain-lainnya.  Maka Tuhan yang maha pemurah itu tidak dapat dilewati oleh sesuatu harapan (angan-angan).
Perasaan yang luhur enggan membuka hajat keperluannya kepada orang yang tidak dermawan dan tidak ada yang dermawan pada hakikat yang sebenarnya kecuali Allah Taala.
Al Junaid berkata:  “Al Karim (Dermawan) itu ialah yang memberi hajat keperluan sebelum diminta”.
Adapula pendapat:  “Al Karim ialah yang tidak pernah mengecewakan harapan orang yang berangan-angan (berharap)”.
Al Karim iaitu apabila berkuasa memaafkan dan bila berjanji menepati dan bila memberi lebih memuaskan dari harapan dan tidak hirau berapa pemberiannya dan kepada siapa memberinya.
48.         Jangan mengadu/meminta sesuatu hajat kepada selain Allah, sebab ia sendiri yang memberi/menurunkan hajat itu kepadamu.  Maka bagaimanakah sesuatu selain Allah akan dapat menyingkirkan sesuatu yang diletakkan oleh Allah.  Siapa yang tidak dapat menyingkirkan bencana yang menimpa dirinya sendiri, maka bagaimanakah akan dapat menyingkirkan bencana dari lainnya.
Tibanya sesuatu bencana itu menyebabkan engkau berhajat kepada bantuan pertolongan, maka dalam tiap hajat jangan mengharap kepada selain Allah, sebab segala sesuatu selain Allah itu juga berhajat seperti kau.  Sebab siapa yang menyandar (menggantungkan nasib) pada sesuatu selain Allah, bererti tertipu oleh sesuatu bayangan khayal, sebab tidak ada yang tetap selain Allah yang selalu tetap kurnia dan nikmat rahmatnya kepadamu.
Athaa’ Al Khurasani berkata:  “Saya bertamu dengan Wahb Bin Munabbih di suatu jalan, maka saya berkata:  “Ceritakan kepadaku suatu hadith yang dapat saya ingat, tetapi ringkaskanlah.  Maka berkata Wahb:  “Allah telah mewahyukan kepada Nabi Daud as:  “Hai Daud, demi kemuliaan dan kebesaranku, tiada seorang hambaku yang meninta tolong kepadaku dengan sungguh-sungguh kepadaku, tidak padan yang lain dan saya ketahui yang demikian dari niatnya, kemudian orang itu akan diperdaya oleh penduduk langit yang tujuh dan bumi yang tujuh, melainkan pasti aku akan menghindarkannya dari semuanya itu, sebaliknya demi kemuliaan dan kebesaranku, tiada seorang yang berlindung kepada seorang makhlukku, tidak kepadaku dan aku ketahui yang demikian dari niatnya melainkan aku putuskan ia dari rahmat yang dari langit, dan aku longsorkan bumi di bawahnya, dan tidak aku hiraukan dalam lembah jurang yang mana ia binasa.
Muhammad Bin Hussin Bin Hamdan berkata:  Ketika saya di majlis Yazid Bin Harun, saya bertanya kepada seorang yang duduk di sampingku:  Siapakah namamu?  Jawabnya:  Saied.  Saya bertanya:  Siapakah gelaranmu?  Jawabnya:  Abu Usman.  Lalu saya bertanya tentang keadaannya.  Jawabnya:  Kini telah habis belanjaku;  Lalu saya tanya:  Dan siapakah yang engkau harapkan untuk kepentinganmu itu:  Jawabnya:  Yazid bin Harun.
Maka saya berkata kepadanya:  Jika demikian, maka ia tidak menyampaikan hajatmu dan tidak akan membantu/meringankan keperluamnmu.  Dia bertanya:  Dari mana engkau mengetahui hal itu?  Jawabku:  Saya telah membaca dalam sebuah kitab:  Bahawasanya Allah telah berfirman:  Demi kemuliaanku dan kebesaranku dan kemurahanku dan ketinggian kedudukanku di atas arsy.  Aku akan mematahkan harapan orang yang mengharap kepada selainku dengan kekecewaan dan akan aku pakaikan kepadanya pakaian kehinaan di mata orang dan aku singkirkan ia dari dekatku dan aku putuskan dari hubungaku.  Mengapa ia mengharap selainku dalam kesukaran, padahal kesukaran itu ditanganku dan aku yang dapat menyingkirkannya dan mengharap kepada selainku sertga mengetuk pintu lain, padahal kunci pintu-pintu itu terturup, hanya pintuku yang terbuka bagi siapa mengharapkan aku untuk menghalaukan kesukarannya lalu aku kecewakan?  Siapakah yang pernah mengharapkan aku kerana besar dosanya, lalu aku putuskan harapannya?
Atau siapakah yang pernah mengetuk pintuku, lalu tidak aku bukakan?  Aku telah mengadakan hubungan yang langsung antaraku dengan angan-angan dan harapan semua makhlukku, maka mengapakah kau bersandar kepada selainku.  Dan aku telah menyediakan semua harapan hambaku, tetapi tidak puas dengan perlindunganku, dan aku telah memenuhi langitku dengan makhluk yang tidak jemu bertasbih kepadaku dari para Malaikat dan aku perintahkan mereka supaya tidak menutup pintu antaraku dengan para hambaku, tetapi mereka tidak percaya kepada sabdaku.  Tidakkah  mengetahui bahawa siapa yang ditimpa oleh bencana yang aku turunkan, tiada yang dapat menyingkirkannya selain aku, maka mengapakah aku melihat ia dengan segala angan-angan harapannya selalu berpaling daripadaku, mengapakah ia tertipu oleh selainku.  Aku telah memberi kepadanya dengan kemurahanku apa-apa yang tidak ia minta, kemudian aku yang mencabut daripadanya lalu ia tidak minta kepadaku untuk mengembalikannya dan minta kepada selainku.  Apakah aku yang memberi sebelum diminta, kemudian jika dimintai lalu tidak memberi kepada peminta?  Apakah aku bakhil (kikir), sehingga dianggap bakhil oleh hambaku.  Tidakkah dunia dan akhirat itu semua milikku?  Tidakkah semua rahmat dan kurnia itu di tanganku?  Tidakkah dermawan dan kemurahan itu sifatku?  Tidakkah hanya aku tempat semua harapan?  Maka siapakah yang dapat memutuskannya daripadaku. Dan apa pula yang diharapkan oleh orang-orang yang mengharap, andaikan aku berkata kepada semua penduduk langit dan bumi:  Mintalah kepadaku, kemudian aku memberi kepada masing-masing orang apa yang terfikir pada semuanya, lalu aku beri semua itu tidak akan mengurangi kekayaanku meskipun sekecil debu?  Maka bagaimana akan berkurang kekayaan yang lengkap, sedang aku yang mengawasinya?  Alangkah sial (celaka) orang yang putus dari rahamatku. Alangkah kecewa orang maksiat kepadaku dan tidak memperhatikan aku dan tetap melakukan yang haram  dan tidak malu kepadaku.  Maka orang itu berkata:  Ulangilah keteranganmu itu, lalu menulisnya.  Kemudian ia berkata:   Demi Allah setelah ini saya tidak usah menulis suatu keterangan yang lain.
Mesti Selalu Berbaik Sangka Terhadap Allah
49.         Jika engkau tidak bersangka baik (husnudh dhan), terhadap Allah Taala kerana sifat-sifat Allah yang baik itu, sangkalah baik kepada Allah kerana kurnia pemberiannya kepadamu.  Tidakkah selalu ia memberi nikmat dan kurnianya kepadamu?
Apabila engkau tidak dapat berbaik sangka terhadap Allah, kerana Allah itu bersifat Rabbul alamin (Tuhan yang mencipta, melengkapi, memelihara dan menjamin seisi alam, Arrahman, Arrahim.  Pemurah lagi Penyayang).  Maka sudah selayaknya engkau harus berbaik sangka kepada Allah, kerana tiada henti-hentinya nikmat kurnia Allah atas dirimu dan anak keluargamu.  Yakni sejak engkau berupa mani hingga matimu.
Dan sebaik-baik husnudhdhan (baik sangka) terhadap Allah, di waktu menerima nikmat Allah yang berupa ujian (bala), bagaikan ayah yang merotan putera yang amat disayangi demi untuk kebaikan putera itu sendiri.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.  Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.  (Al Baqarah 2/216).
Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.  Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.  Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).  (An Nissa’ ­4/19).
Jabir ra berkata:  “Bersabda Rasulullah saw:  Siapa yang dapat melakukan husnudhdhan (baik sangka) kepada Allah, sehingga ia tiada mati kecuali tetap dalam husnudhdhan terhadap Allah, maka harus berbuat demikian”.
Dan dami sesungguhnya Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana kami berikan Al Quraan kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu  menyambut dan menerimanya dan kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah petunjuk, bagi kaum Bani Israel.   (Asajadah 32/23).
Abu Hurairah ra berkata:  Bersabda Nabi saw bermaksud:  Sesungguhnya baik sangka terhadap Allah itu, sebaik-baik kelakuan ibadat kepada Allah.  (Atau:  Sesungguhnya baik sangka terhadap Allah itu dari sebab baiknya ibadat kepada Allah).
Ibnu Mas’ud ra bersumpah:  Demi Allah tiada seorang yang baik sangka terhadap Allah, melainkan pasti sebab kebaikan itu semuanya di tangan Allah, maka apabila Allah telah memberi husnudhdhan, bererti Allah akan memberi apa yang disangkanya itu.  Maka Allah yang memberinya husnudhdhan bererti akan melaksanakannya.
Abu Saied Al Khudry ra berkata:  Rasulullah saw menziarahi orang sakit, maka Rasulullah bertanya kepada orang yang sakit itu:  Bagaimanakah sangkamu terhadap Tuhanmu?  Jawabnya:  Ya Rasulullah husnudhdhan.  Maka bersabda Nabi saw:  Sangkalah sesukamu kepada Allah, maka Allah selalu akan memberi apa yang disangka oleh orang mukmin.
50.         Keajaiban yang sangat menghairankan (ajaib) terhadap orang yang lari dari apa yang sangat diperlukan dan tidak dapat lepas daripadanya dan berusaha mencari apa yang tidak akan kekal padanya.  Sesungguhnya bukan mata kepala yang buta, tetapi yang buta ialah matahati yang di dalam dada.
Seorang yang melarikan diri dari panggilan Tuhan untuk berbuat ibadat semata-mata kerana ingin memuaskan hawa nafsu syahwatnya, nyata-nyata sebagai tanda buta matahatinya, sebab ia telah mengutamakan bayangan daripada hakikat, mengutamakan yang sementara dan meninggalkan yang kekal abadi, mengutamakan yang rosak daripada yang tetap kekal untuk selamanya.
Jangan Berpindah Dari Satu Syirik Ke Sayirik Yang Lain
51.         Jangan berpindah dari satu alam ke alam yang lain, bererti sama dengan himar (keledai) yang berputar di sekitar penggilingan, ia berjalan menuju ke tempat tujuan, tiba-tiba ia sampai di tempat yang ia mula-mula berjalan, tetapi hendaklah engkau pergi dari semua alam menuju kepada pencipta alam.  Sesungguhnya kepada Tuhanmu puncak segala tujuan.
Jangan berpindah dari syirik yang terang ke alam syirik yang samar.  Amal kebaikan yang dinodai oleh riya', suma'ah (mengharap pujian orang), tidak dianggap oleh syariat/tidak diterima oleh Allah.  Apabila telah bersih dari semua itu, kemudian beramal terdorong oleh kerana menginginkan, kedudukan atau kekayaan atau kekeramatan dunia atau akhirat, sebab itu masih termasuk dalam hawa nafsu, tetapi belum mencapai tujuan ikhlas yang bererti bersih dari segala tujuan selain melulu kepada Allah.  Kerana itu selama berpindah dari alam ke alam tidak berbeza dengan keldai yang berputar di sekitar penggilingan, tetapi seharusnya sekali berangkat dari alam langsung menuju pencipta alam.
Kerana itu Nabi Isa as pernah berkata kepada sahabat hawariyyin:  Semua yang ada padamu dari berbagai nikmat kesenangan itu terus dari kurnia Allah kepadamu, maka manakah kiranya yang lebih besar harganya (nilainya)?  Apakah pemberiannya ataukah yang memberi?
Sesungguhnya kepada Tuhanmu itulah puncak segala tujuan.
Sebab siapa yang telah mendapatkan Allah, bererti telah mencapai segala sesuatu, baikpun urusan dunia mahupun urusan akhirat.
52.         Dan perhatikan sabda Nabi saw:  Maka siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulullah (kerana menurut perintah Allah dan Rasulullah), maka hijrahnya akan sampai diterima oleh Allah dan Rasulullah. Dan siapa yang hijrah kerana kekayaan dunia yang akan didapat, atau kerana perempuan yang akan dikhawini, maka hijrahnya terhenti pada apa yang ia hijrah kepadanya.  Perhatikan sabda Nabi saw ini dan perhatikan persoalan ini jika engkau mempunyai kecerdasan fahaman.
Dan yang utama dalam hadith ini ialah sabda Nabi saw bahawa hijrah yang tidak berniat ikhlas kepada Allah akan terhenti pada tujuan yang sangat rendah dan tidak bererti dan tidak akan mencapai keredhaan Allah. Seorang minta nasihat kepada Abu Yazid al Busthami, maka berkata Abu Yazid:  Jika Allah menawarkan kepadamu akan diberi kekayaan dari Arsy sampai ke bumi, maka katakanlah:  Bukan itu ya Allah, tetapi hanya engkau ya Allah tujuanku.
Abu Sulaiman Addarani berkata:  Andaikan aku disuruh pilih antara masuk syurga jannatul Firdaus dengan solat 2 rakaat nescaya saya pilih solat 2 rakaat.  Sebab di dalam syurga saya dengan bahagianku dan dalam solat aku dengan Tuhanku.
Asysyibli ra berkata:  Berhati-hatilah dari ujian Allah, meskipun dalam perintah Kulu wasyarabu (Makan dan minumlah).  Sebab dalam pemberian nikmat itu ada ujian untuk diketahui, siapakah yang silau dan lupa kepadanya setelah menerima nikmat dan siapa yang tetap padanya sebelum dan sesudah menerima nikmat.
Seorang penyair berkata:  Solat dan puasa kerana sesuatu yang ia harapkan, sehingga setelah tercapai hajatnya tidak solat dan tidak puasa.
Harus Memilih Kawan
53.         Jangan berkawan dengan seorang yang tidak membangkitkan semangat taat kepada Allah, amal kelakuannya dan kata-katanya tidak memimpin engkau ke jalan Allah.
Seorang akan mengikuti pendirian (kelakuan) temannya, kerana itu tiap orang harus memilih siapakah yang harus didekati sebagai kawan (teman).
Sufyan Astsaury berkata:  Siapa yang bergaul dengan orang ramai harus mengikuti mereka dan siapa mengikuti mereka harus bermuka-muka pada mereka dan siapa yang bermuka-muka kepada mereka, maka binasa seperti mereka pula.
Sahl bin Abdullah berkata:  Berhati-hatilah (jangan) berkawan dengan 3 jenis manusia:
1.             Pejabat pemerintah yang kejam.
2.             Ahli quraa' yang bermuka-muka dan
3.             Orang Tasawuf yang bodoh tentang hakikat Tasawuf.
Ali bin Abi Thalib ra berkata: Sejahat-jahat teman yang memaksa engkau bermuka-muka dan memaksa engkau minta maaf atau selalu mencari alasan.
54.         Kemungkinan engkau berbuat kekeliruan (dosa), maka ditampakkan kepadamu sebagai kebaikan, oleh kerana persahabatanmu kepada orang yang jauh lebih rendah akhlak (iman) daripadamu.
Bersahabat dengan yang lebih rendah budi, iman itu, sangat bahaya, sebab persahabatan itu pengaruh mempengaruhi, percaya mempercayai, sehinga dengan demikian sukar sekali untuk dapat melihat atau memperbaiki kesalahan sahabat yang kita sayangi, bahkan kesetiaan sahabat akan membela kita dalam kesalahan dan dosa kekeliruan itu, yang dengan itu kami pasti akan binasa kerananya.
Sedang seorang tidak dapat memperbaiki diri sendiri, kecuali dengan kacamata orang lain. Tetapi jika justeru kacamata orang lain itu pula mengabui kita, maka bahanyalah yang pasti menimpa pada kita.
55.         Tidak dapat dianggap kecil/sedikit amal perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas dan tidak dapat di anggap banyak amal yang dilakukan oleh seorang yang tidak ikhlas.
Ali bin Abi Thalib ra berkata:  Tumpahkan semua hasrat keinginanmu itu kepada usaha untuk diterimanya amal perbuatanmu, sebab tidak dapat dianggap kecil/sedikit amal perbuatan yang diterima oleh Allah.
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Haabiil dan Qaabiil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah).  Lalu diterima koban salah seorang diantaranya (Haabiil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qaabiil).  Berkata (Qaabiil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”.    (Haabiil). Menjawab:  “Hanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa. (Al Maidah 5/27).
Abdullah Bin Mas'ud ra berkata:  “Dua rakaat yang dilakukan oleh seorang alim yang mengerti dan ikhlas (tidak rakus kepada dunia), lebih baik dari ibadat orang-orang ahli ibadat sepanjang malam”.
Abu Sulaiman Addarany bertanya kepada Ma'ruf Al Karkhi:  “Mengapakah orang-orang itu kuat taat sampai sedemikian rupa banyaknya”?  Jawabnya:  “Kerana mereka telah membersihkan hati mereka daripada cinta kepada dunia, andaikata masih ada sedikit cinta dunia, tidak akan diterima dari mereka amal perbuatan itu”.
Seorang salih mengeluh kepada Abu Abdillah Alqurasy:  “Bahawa ia telah berbuat berbagai amal kebaikan, tetapi belum dapat merasakan kelazatan amal kebaikan itu dalam hatinya”.  Jawab Abu Abdullah Alqurasy: “Kerana engkau masih memelihara puteri iblis iaitu kesenangan dunia dan lazimnya ayah itu selalu menziarahi puterinya”.
56.         Baiknya amal perbuatan itu, sebagai hasil dari baiknya budi dan hati dan baiknya hati itu sebagai hasil dari kesungguhan istiqamah pada apa yang diperintah oleh Tuhan (yakni tidak bergerak dari apa yang didudukkan oleh Tuhan).
Amal yang baik itu hanya yang diterima oleh Tuhan dan itu pasti kerana baik dalam segi keikhlasan kepada Allah, dan tidak mungkin ikhlas kecuali jika ia mengerti benar-benar kedudukan dirinya terhadap Tuhannya.  Abu Hamid Alghazzaly berkata:  Tiap tingkat dalam kepercayaan/keyakinan itu mempunyai ilmu dan hal (perasaan) dan amal perbuatan.
Ilmu-yakin (keyakinan yang didapat dari pengertian teori pelajaran).  Ainul yakin keyakinan yang diperolehi dari fakta kenyataan lahir setelah terungkap/terbuka).
Haqqu-yakin (keyakinan yang benar-benar langsung dari Allah) dan tidak dapat diragukan sedikitpun, iaitu keyakinan yang mutlak.
Jangann Meninggalkan zikir
57.         Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir.
Semoga Allah menaikkan darjatmu daripada zikir dengan kelalaian, kepada zikir yang disertai ingat (sedar) terhadap Allah, kemudian naik pula dari zikir dengan kesedaran ingat, kepada zikir yang disertai rasa hadir, dan dari zikir yang disertai rasa hadir kepada zikir hingga lupa terhadap segala sesuatu selain Allah.  Dan yang demikian itu bagi Allah tidak sukar (tidak berat).
Memindah (menaikkan) dari satu tingkat ke lain tingkat (darjat), zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah dan ringan.
Abu Qasim Alqusyairy berkata:  Zikir itu simbol wilayah (kewalian) dan pelita penerangan untuk sampai dan tanda sihatnya permulaannya dan menunjukkan jernihnya akhir puncaknya dan tiada suatu amal yang menyamai zikir, sebab segala amal perbuatan itu ditujukan untuk berzikir, maka zikir itu bagaikan jiwa dari segala amal.  Sedang kelebihan zikir dan keutamaannya tidak dapat dibatasi.
Oleh itu, ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangku), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatku).  (Al Baqarah 2/152).
Hadis Qudsy, Allah berfirman:  Aku selalu mengikuti sangkaan hambaku terhadap diriku dan aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaku.
Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian).  Akupun berzikir padanya dalam diriku dan jika ia berzikir padaku di depan umum, akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya dan bila ia mendekat padaku sejengkal aku mendekat padanya sehasta dan bila ia mendekat padaku sehasta, aku mendekat padanya sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari).
Abdullah Bin Abbas ra berkata:  Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hambanya melainkan ada batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.  (Ali 'Imraan 3/190).
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):  “wahai Tuhan kami!  Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.  (Ali 'Imraan 3/191).
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang banyak-banyaknya.  (Al Ahzaab 33/41).
Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.  (Al Ahzaab 33/42).
Berzikira dan bertasbihlah Pagi, siang, petang, malam di darat, di laut di udara, pergi dan diam, yakni pada segala tempat dan masa, bagi yang kaya, miskin, sehat, sakit, terang-terangan atau sembunyian dengan lisan atau hati dan pada segala hal keadaan.
Tanda Hati Yang Mati
58.         Sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu tidak merasa sedih (susah) kerana tertinggalnya suatu amal perbuatan kebaikan (kewajipan), juga tidak menyesal jika berbauat dosa.
Sesiapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih/menyesal atas perbuatan dosanya maka ia seorang mu'min (beriman).  (Hadis).
Abdullah bin mas'ud berkata:  ketika kami dalam majlis Rasululallah saw tiba-tiba datang Zaidul Khoir. Berkata nabi saw, tanyakanlah kemungkinan sesuatu yang sukar itu aku sudah pernah ditannyanya. Berkata zaid:  saya akan bertanya kepadamu tanda orang yang disukai oleh Allah dan yang tidak disukai (yang dimurkai)?  Jawab nabi saw.  Untung, untung, bagaimanakah keadaanmu kini hai Zaid. Jawab Zaid;  Aku kini suka kepada amal kebaikan dan orang-orang yang melakukan amal kebaikan, bahkan suka tersebarnya amal kebaikan itu dan bila aku ketinggalan merasa menyesal dan rindu pada kebaikan itu dan bila aku berbuat amal sedikit atau banyak, tetap aku yakin akan pahalanya.  Jawab nabi saw:  ya itu dia, andaikan Allah tidak suka kepadamu, tentu engkau disiapkan untuk melakukan yang lain dari itu dan tidak peduli di jurang yang mana engkau akan binasa.  Berkata zaid:  Cukup-cukup, lalu ia berangkat pulang.
59.         Jangan sampai terasa bagimu kebesaran sesuatu dosa itu, hingga dapat merintangi engkau dari husnudhdhan (baik sangka) terhadap Allah taala, sebab siapa yang benar-benar mengenal Allah Taala, maka akan menganggap kecil  dosanya itu disamping keluasan kemurahan Allah.
Merasa besar suatu dosa itu baik, jika menimbulkan rasa akan bertaubat dan niat tidak akan mengulanginya untuk selamanya.  Tetapi jika merasa besarnya dosanya itu akan menyebabkan putus dari ramat Allah, merasa seolah-olah rahmat dan maaf Allah tidak dapat memaafkan padanya maka perasaan yang demikian itu lebih bahaya baginya dari dosa yang telah dilakukannya, sebab putus harapan dari rahmat Allah itu dosa besar dan itu perasaan orang kafir semata-mata.
Abdullah Bin Mas'ud ra berkata:  seorang mukmin melihat dosanya bagaikan bukit yang akan runtuh sendang orang munafik melihat dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihujung hidungnya, maka diusir dengan tangannya.  Nabi saw telah bersabda:  Demi Allah yang jiwaku ada di tangannya, andaikan kamu tidak berbuat dosa nescaya Allah akan mematikan kamu dan mendatangkan suatu kaum yang berbuat dosa lalu istighfar (minta ampun) dan diampunkan bagi mereka itu.
Nabi saw bersabda:  Andaikan perbuatan dosa itu tidak lebih baik bagi seorang mukmin daripada ujub (merasa sombong kerana amal kebaikannya), maka Allah tidak akan membiarkan seorang mukmin berbuat dosa untuk selamanya.
Sebab ujub itu menjauhkan seorang hamba dari Allah, sedang dosa itu menarik hamba mendekat kepada Allah.  Dan ujub merasa besar diri, sedang dosa merasaa kecil dan rendah diri di sisi Allah.
60.         Tidak ada dosa kecil jika Allah menghadapi engkau dengan keadilannya dan tidak bererti dosa besar jika Allah menghadapimu dengan kurnianya.
Nabi saw bersabda: Tidak ada ertinya dosa besar jika disertai dengan istighfar (minta ampun) dan tidak dapat dianggap dosa keil jika dikerjakan terus meneruas.
Yahya Bin Mu’adz ra berkata: Jika Allah menggunakan keadilannya tidak bererti segala amal kebaikan dan bila Allah menghadapi dengan kurnianya maka tidak ada ertinya segala dosa.
Yahya Bin Mu’adz ra dalam berdoa ia berkata: Tuhanku jika engkau kasih kepadaku, engkau ampunkan semua dosaku, tetapi jika engkau murka kepadaku tidak engkau terima amal kebaikanku.
61.         Tiada suatu amal kebaikan yang dapat diharapkan diterima oleh Allah, melebihi dari amal yang terlupa olehmu adanya dan remeh/kecil dalam pandanganmu kejadiannya.
Amal kebaikan yang pasti diterima oleh Allah, iaitu jika merasa bahawa amal itu semata-mata terjadi kerana taufik hidayah dari Allah, kemudian ia tidak berbangga dengan amal itu dan tidak merasa seolah-olah sudah cukup baik dengan adanya amal itu. Kerana amal itu telah ditujukan kepada keredhaan Allah, maka tidak usah diingat-ingat lagi. Sebab siapa yang merasa sudah beramal, jarang sekali yang tidak merasa ujub/bangga dengan amalnya itu. Dan itu suatu bahaya bagi amal itu.
Hidayat, Taufik Dari Allah Untuk Kesejahteraanmu
62.         Sesungguhnya Tuhan memberikan kepadamu waarid (ilmu pengertian atau perasaan dalam hati, sehingga mengenal dan merasa benar-benar kebesaran kurnia rahmat Allah), hanya semata-mata supaya kau mendekat dan masuk ke hadirat Allah.
63.         Allah memberikan kepadamu waarid itu semata-mata untuk menyelamatkan engkau dari cengkaman benda-benda dan membebaskan dari perbudakan segala sesuatu selain Allah.
64.         Allah memberikan kepadamu (waarid kurnianya) supaya engkau keluar/terlepas dari kurungan bentuk kejadian dan sifat-sifatmu, ke alam luar yang berupa makrifat mengenal kebesaran kekuasaan dan kurnia Tuhanmu.
Dalam 3 pelajaran berkenaan dengan waarid (kurnia Tuhan) yang pertama diberikan kepadamu, supaya kau ringan melakukan taat ibadat dan mendekat ke hadirat Allah, tetapi kemungkinan masih kurang ikhlas, maka diturunkan waarid yang kedua untuk melepaskan dari tujuan kepada sesuatu selain Allah, sedang waarid yang ketiga untuk melepaskan dirimu dari sifat-sifat wujud yang sempit kepada alam melihat kebesaran Tuhan yang tidak terbatas, sehingga lupa kepada diri dan hanya ingat kepada Allah semata-mata.
65.         Nur (cahaya-cahaya) iman, keyakinan dan zikir itu semua sebagai kenderaan yang dapat menghantarkan hati manusia ke hadirat Allah serta menerima segala rahsia daripadanya.
66.         Nur (cahaya terang) itu sebagai tentera yang membantu hati, sebagaimana gelap itu tentera yang membantu hawa nafsu.  Maka apabila Allah akan menolong seorang hambanya, dibantu dengan tentera nur Ilahi dan dihentikan bantuan kegelapan dan kepalsuan.
Nur (cahaya terang) yang berupa tauhid, iman dan keyakinan itu sebagai tentera pembela pembantu hati, Sebaliknya kegelapan syirik dan ragu itu sebagai tentera pembantu hawa nafsu, sedang perang yang terjadi antara keduanya tidak kunjung berhenti dan selalu menang kalah.  Dan di sinilah terlihat jelas pengertian.
Siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya.  Dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang dapat menunjukinya.
Sesaiapa yang diberi petunjuk (hidayah) oleh Allah maka ialah yang mendapat petunjuk hidayat dan siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak akan engkau dapatkan perlindung atau pemimpin untuknya.
67.         Nur itulah yang menerangi (membuka) dan bashirah (matahati) itulah yang menentukan hukum dan hati yang melaksanakan atau meninggalkan.  Nur itulah yang menerangi baik dan buruk, lalu dengan matahati ditetapkan hukum dan setelah itu maka hatinya yang melaksanakan atau menggalkannya.
Bergembira Atas Taat Kerana Kurnia Allah
68.         Jangan merasa gembira atas perbuatan taat (bakti) kerana engkau merasa telah dapat melaksanakannya, tetapi bergembiralah atas perbuatan taat itu, kerana ia sebagai kurnia taufik, hidayat dari Allah kepadamu.
Katakanlah:  Kerana merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah mereka harus gembira.  Itulah yang lebih baik daripada yang dapat mereka kumpulkan.  (Yunus 10/58).
Gembira atas perbuatan taat itu jika kerana merasa mendapat kehormatan kurnia dan rahmat Allah sehingga dapat melakukan taat, maka itu baik.  Sebaliknya jika gembira kerana merasa diri sudah kuat dan sanggup melaksanakan taat, maka ini menimbulkan ujub/sombong dan bangga yang akan membinasakan amal taat itu.
69.         Allah telah memutuskan orang-orang yang berjalan menuju kepadanya dan yang telah sampai padanya, daripada melihat/mengagumi amal (ibadat) dan keadaan diri mereka.  Adapun orang yang masih sedang berjalan, kerana mereka dalam amal perbuatan ibadat itu belum dapat melaksanakan dengan ikhlas menurut apa yang diperintahkan.  Adapun orang-orang yang telah sampai maka kerana mereka telah sibuk melihat kepada Allah, sehingga lupa pada amal perbuatan sendiri.
Sehingga bila ada perbuatan diri, maka itu  hanya kurnia taufik dari Allah semata-mata.  Tanda bahawa Allah telah memberi taufik hidayat pada seorang hamba, apabila disibukkan hamba itu dengan amal perbuatan taat,  tetapi diputuskan daripada ujub dan bagga dengan amal perbuatan itu kerana merasa belum tepat mengerjuakannya atau kerana merasa bahawa perbuatan itu semata-mata kekurnia Allah sedang ia sendiri merasa tiada berdaya untuk melaksanakan, andaikan tiada kurnia rahmat Allah.
Sifat Tamak Rakus Sumber Segala Kehinaan
70.         Tidak akan berkembang biak berbagai cabang kehinaan itu, kecuali di atas bibit tamak (kerakusan).
Sifat tamak (rakus) itu adalah bibit dari segala macam kehinaan dan kerendahan.
Abu Bakar al Warraq Alhakiem berkata:  Andaikan sifat tamak itu dapat ditanyai, sipakah ayahmu?  Pasti jawabnya:  Ragu terhadap takdir Allah.  Dan bila ditanya:  Apakah pekerjaanmu?  Jawabnya:  Merendahkan diri.  Dan bila ditanya:  Apakah tujuanmu?  Jawabnya:  Tidak dapat apa-apa.  Ketika Sayyidina Ali Bin Abi Thalib ra baru masuk ke masjid jami’ di Basran, didapati banyak orang yang memberi ceramah di dalamnya.  Maka ia menguji mereka dengan beberapa pertanyaan dan yang ternyata tidak dapat menjawab dengan tepat, diusir dan tidak diizinkan memberi ceramah dan ketika sampai ke majlis Al Hasan Al Basry, ia bertanya:  Hai pemuda, saya akan bertanya kepadamu sesuatu, jika engkau dapat menjawab, aku izinkan engkau terus mengajar di sini, tetapi jika engkau tidak dapat menjawab, aku usir engkau sebagaimana teman-temanmu yang telah aku uzir itu.  Jawab Al Hasaan:  Tanyakan sekehndakmu.
Syadina Ali ra bertanya:  Apakah yang dapat mengukuhkan agama?  Jawab Al Hasan: 
Wara’ (yakni berjaga-jaga diri/menjauh dari segala syubhat dan haram).  Lalu ditanya:  Apakah yang dapat merosak agama?  Jawabnya:  Tamak (rakus).  Syadina Ali ra berkata kepadanya:  Engkau boleh tetap mengajar di sini, orang yang seperti engkau inilah yang dapat memberi ceramah kepada orang ramai.
Seorang guru berkata:  Dahulu ketika dalam permulaan bidayahku di Iskandariyah, pada suatu hari ketika aku akan membeli suatu keperluan dari seorang yang mengenal aku, timbul dalam perasaan hatiku mungkin ia tidak menerima wangku ini, tiba-tiba terdengar suara yang berbunyi.  Keselamatan dalam agama hanya dalam memutuskan harapan dari sesama makhluk.
Wara’ dalam agama itu menunjukkan adanya keyakinan dan sempurnanya bersandar diri kepada Allah.
Wara’ iaitu jika sudah merasa tiada hubungan antara dia dengan makhluk, baik dalam pemberian, penerimaan atau penolakan dan semua itu hanya terlihat langsung dari Allah Taala.  Sahl Bin Abdullah berkata:  Di dalam iman tidak ada pandangan sebab perantara, sebab itu hanya dalam Islam sebelum mencapai iman.
Semua hamba pasti akan makan rezekinya, hanya mereka berbeza-beza:  Ada yang makan rezekinya dengan bekerja keras iaitu kaum buruh, ada yang makan rezekinya dengan menunggu iaitu pedagang yang menunggu lakunya barangnya.  Ada yang makan rezeki melalui penipuan seumpama Tabung Haji dan 1MDB yang berpakat membeli hartanah dengan harga mahal bagi memberi ruang 1MDB untuk pulih dari berhutang yang banyak.  Adapun yang makan redzekinya dengan rasa mulia, iaitu orang sufi yang merasa tidak ada perantara dengan Tuhan.
71.         Tiada sesuatu yang dapat memimpin/menuntun engkau seperti angan-angan (bayangan yang kosong).
Wahm ialah tiap-tiap angan-angan teradap sesuatu selain dari Allah, yang bererti angan-angan terhadap sesuatu yang tidak mungkin terjadi.
72.         Engkau bebas merdeka dari segala sesauatu yang tidak engkau perlukan dan engkau tetap menjadi hamba kepada apa yang engkau harapkan (inginkan).
Andaikan tidak ada keinginan-keinginan yang palsu, pasti orang akan bebas merdeka tidak akan diperbudak oleh sesuatu yang tidak bererti (berharga).
Contohnya:  Burung helang rajawali yang terbang tinggi di angkasa lepas, sukar bagi seorang untuk menangkapnya tetapi ia melihat sepotong daging yang tergantung pada perangkap, maka ia turun oleh sifat tamaknya dari angkasa itu, maka terjebak oleh perangkap itu sehingga ia menjadi permainan anak-anak kecil.
Fateh Al Maushily ketika ditanya tentang contoh orang yang menurutkan syahwat hawa nafsu dan sifat tamaknya, sedang tidak jauh dari tempat itu ada dua anak yang sedang makan roti, yang satu hanya makan roti, sedang yang kedua makan roti dengan keju, lalu yang makan roti ingin keju, maka ia berkata kepada temannya.  Berilah kepadaku keju.  Jawab temannya.  Jika engkau suka saya jadikan anjingku, saya beri keju.  Jawab yang minta.  Baiklah.  Maka lalu diikat lehernya dengan tali sebagai anjing dan dituntun.  Berkata Fateh kepada orang yang bertanya.  Andaikata anak itu tidak tamak pada keju, nescaya tidak menjadi anjing.
Seorang murid ingin menjamu gurunya, lalu ia membawa keluar roti tanpa lauk pauk dan tergerak dalam hati murid, sekiranya ada lauk pauk tentu lebih sempurna.  Kemudian setelah selesai dimakan oleh guru apa yang dihidangkan itu, bangunlah guru itu keluar ke penjara bersama murid tadi untuk ditunjukkan berbagai macam orang yang dihukum, baik yang dipukul atau dipotong tangan dan lain-lainya. Lalu berkata guru kepada muridnya;  Semua orang-orang yang kau lihat itu, iaitu orang yang tidak sabar makan roti saja tanpa lauk pauk.
Ada seorang yang baru dikeluarkan dari penjara yang masih terikat kakinya dengan rantai, ia meminta-minta sepotong roti kepada orang, maka dikatakan oleh orang yang diminta.  Andaikata sejak dahulu engkau terima dengan sepotong roti, maka takkan terikat kakimu itu.
Ada seorang melihat hakim sedang makan buah-buahan yang jatuh di sungai, maka orang itu berkata:  Hai hakim, sekiranya engkau kerja dengan Raja, tentu engkau tidak sampai makan buah yang jatuh dalam sungai.  Maka dijawab oleh Hakim.   Adaikan engkau suka menerima makanan ini, tidak usah menjadi buruh Raja (budak raja).
73.         Sesiapa yang tidak suka menghadap (mendekati) kepada Allah dengan halusnya pemberian kurnia Allah. Maka akan diseret supaya ingat kepada Allah dengan rantai ujian (bala).
Sesiapa yang sedar, tidak suka zikir kepada Allah ketika sihat afiat dan murah rezeki, maka akan dipaksa supaya zikir kepada Allah dengan tibanya bala bencana.  Maka dalam kedua hal itu, Allah berkenan akan menuangkan nikmat kurnia yang sebesar-besarnya kepada hambanya.
Bersyukur Dapat Mempertahankan Nikmat
74.         Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat Tuhan, maka bererti berusaha untuk hilangnya nikmat itu dan siapa yang syukur atas nikmat berereti telah mengikat nikmat itu dengan ikatan yang kuat kukuh.
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu:  “Demi sesungguhnya  Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras.  (Ibrahim 14/7).
Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadanyalah kamu meraung meminta pertolongan.  (An Nahl 16/53).
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya.  (Adh Dhuha 93/11).
Annu’maan Bin Basyir ra berkata:  Bersabda Nabi saw, Siapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka tidak akan dapat mensykukuri nikmat yang banyak, dan siapa yant tidak berterima kasih kepada sesama manusia bererti tidak syukur kepada Allah.
Syukur ialah merasa dalam hati dan menyebut dengan lidah dan mengerjakan dengan anggota badan.
Al Junaid bedrkata:  Ketika saya baru berrusia 7 tahun hadir dalam majlis Assariyussaqati, tiba-tiba saya ditanya:  Apakah erti syukur  Jawabku:  Syukur ialah tidak menggunakan suatu nikmat yang diberi Allah untuk perbuatan maksiat.  Assary berkata:  Saya khuatir kalau bahagianmu dari kurnia Allah hanya dalam lidahmu belaka.  Berkata Al Junaid:  Maka kerana kalimat yang dikeluarkan oleh Assary itu, saya selalu menangis, khuatir kalau benar apa yang dikatakan oleh Assary itu.
75.         Hendaknya kau merasa takut jika kau selalu mendapat kurnia Allah, sebaliknya kau tetap dalam perbuatan maksiat kepadanya jangan sampai kurnia itu semata-mata istidraj (dipesong) oleh Allah.
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.  Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit  (kejurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.  (Al A’raaf 7/182).
Istidraj, iaitu mengulur, memberi terus menerus supaya bertambah lupa kemudian dibinasakan, juga bererti memperdaya.
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya.  Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka.  Kami timpakan mereka secara megejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).  (Al An Am 6/44).
Demikian contoh istidraj.  Tiap berbuat dosa ditambah dengan nikmat dan dilupakan minta ampun istighfar.
76.         Setengah dari tanda kebodohan muriad jika ia berbuat salah lalu ditangguhkan hukumannya, lalu ia berkata:  Andaikata termasuk dosa tentu sudah diputuskan bantuan dan sudah dijauhkan.  Ingatlah adakalanya telah diputuskan bantuan (kurnia) dengan jalan yang ia tidak merasa, meskikpun hanya berupa tidak ada tambahan baru dan adakalanya pula ia telah dijauhkan padahal ia tidak mengetahui, meskipun jauh itu hanya berupa membiarkan engkau menurut hawa nafsumu.
Abdul Qasim Al Junaid ra berkata:  Ketika saya sedang menunggu jenazah bersama orang ramai yang akan disembahyangkan di masjid Assyuniziyah, tiba-tiba ada seorang miskin meminta-minta, maka dalam perasaan hatiku:  Andaikan orang itu bekerja sedikit-sedikit supaya tidak meminta-minta, tentu akan lebih baik baginya.  Kemudian ketika pada malam harinya, saya akan mengerjakan wirid yang biasa saya kerjakan pada tiap malam, terasa sangat berat dan tidak dapat berbuat apa-apa, sambil duduk akhirnya tertidurlah mataku.  Tiba-tiba mimpi orang ramai datang membawa orang miskin itu di atas talam dan orang ramai itu berkata kepadaku.  Makanlah daging orang ini sebab engkau telah mengghibah padanya.  Maka langsung saya sedar dan saya tidak merasa ghibah padanya hanya tergerak dalam hati, tapi saya diperintahkan harus minta halal kepada orang itu, maka tiap hari saya berusaha mencari orang itu, akhirnya bertemu di tepi sungai sedang mengambil daun-daunan yang baik untuk dimakan dan ketika saya memberi salam kepadanya, langsung ia berkata:  Apakah akan mengulangi lagi hai Abdul Qasim?  Jawabku:  Tidak.  Maka ia berkata:  Semoga Allah mengampunkan kamin dan kamu.
Tanda seorang mendapat taufik itu ada tiga:
1.             Mudah mengerjakan amal kebaikan, padahal ia tidak ada niat dan bukan tujuannya.
2.             Berusaha untuk berbuat maksiat, tetapi selalu terhindar daripadanya.
3.             Selalu terbuka baginya keperluan dan hajat kepada Allah Taala.
Tanda seorang yang dihinakan oleh Allah ada tiga:
1.                  Sukar melakukan ibadat/taat, padahal ia sudah berusaha sungguh-sungguh.
2.                  Mudah terjerumus ke dalam maksiat, padahal ia berusaha menghindarkannya.
3.                  Tertutupnya pintu berhajat kepada Allah, sehingga merasa tidak perlu berdoa dalam segala hal.
Rasulullah saw bersabda:  Tuhan telah mendidik saya sebaik-baik didikan dan menyuruhku melakukan akhlak yang sebaik-baiknya.
Ambilah hati mereka dengan suka memaafkan, dan anjurkan perbuatan-perbuatan yang baik dan mudah dan abaikanlah orang-orang yang masih bodoh, (jangan ditutntut) mereka yang masih bodoh itu.
Seorang sufi kehilangan anak, hingga tiga hari tidak mendapat beritanya, maka ada orang berkata kepadanya?  Mengapa engkau tidak minta kepada Allah supaya mengembalikan anak itu kepadamu?  Jawabnya.  Tentangku terhadap putusan Allah itu akan lebih berat bagiku daripada hilangnya anak.
Abu Sulaiman Addarany ra berkata:  Allah telah mewahyukan kepada Nabi Daud as:  Sesungguhnya aku menjadikan syahwat hanya untuk orang-orang yang lemah dari para hambaku, kerana itu awaslah jangan sampai hatimu tertawan oleh syahwat itu, maka seringan-ringan siksa untuknya ialah aku mencabut manisnya rasa cinta kepadaku dari dalam hatimu. 
Dalam sebahagian wahyu Allah kepada Nabi Daud as:  Hai Daud berpeganglah pada ajaranku dan tahanlah nafsumu untuk kesenangan dirimu, jangan sampai engkau tertipu daripadanya, nescaya engkau terhijab dari cintaku, putuskan syahwatmu kerana aku, sebab aku hanya memberikan syahwat itu untuk hambaku yang lemah, untuk apakah orang-orang yang kuat akan memuaskan syahwat, padahal ia akan mengurangi kelazatan bermunajat kepadaku, sebab aku tidak merelakan dunia ini untuk kekasihku, bahkan aku bersihkan ia daripadanya.  Hai Daud, jangan engkau mengadakan antaraku dengan engkau suatu alam yang dapat menghijab engkau kerana mabuk pada malam itu daripada cinta kepadaku, mereka hanya perompak di tengah jalan terhadap hambaku yang baru berjalan.
Usahakan untuk meninggalkan syahwat dengan banyak berpuasa.  Hai Daud cintalah Aku dengan memusuhi hawa nafsumu dan tahanlah dari syahwatnya, nescaya engkau melihat kepadaku dan engkau tidak akan dapat melihat yang terbuka antaraku dengan engkau.
Ibrahim Bin Adham ra berkata:  Seorang tidak akan mencapai darjat orang salihin, sehingga melalui enam rintangan.
1.             Menutup pintu kemuliaan, membuka pintu kehinaan.
2.             Menutup pintu nikmat, membuka pintu kesukaran.
3.             Menutup pintu istirehat, membuka pintu perjuangan.
4.             Menutup pintu tidur, membuka pintu jaga.
5.             Menutup opintu kekayaan, membuka pintu kemiskinan.
6.             Menutup pintu harapan, membuka pintu bersiap menghadapi maut.
Ibrahim Al Khawaash ra berkata:  Ketika saya dalam perjalanan tiba-tiba merasa lapar, kemudian sampai ke kota Array, maka berkata dalam hati:  Di sini saya ada banyak sahabat, jika saya bertemu tentu mereka akan menjamu saya, ketika telah masuk ke kota, tiba-tiba saya melihat perbuatan-perbuatan mungkar yang mana saya merasa berkewajipan harus nahi mungkar.  Tiba-tiba saya ditangkap dan dipukul oleh orang ramai.  Sehingga bertanya dalam hati:  Mengapa saya dipukul orang pada hal saya ini lapar.  Tiba-tiba di ingatkan dalam hatiku:  Engkau mendapat hukuman itu kerana kau mengharap dijamu oleh sahabat-sahabatmu.
Sesungguhnya seringan-ringan siksaku terhadap orang alim jika ia mengutamakan syahawatnya daripada cintaku, akan aku haramkan daripada merasakan kelazatan bermunajat kepadaku.  (Firman Allah).
Istiqamah Dalam Wirid Tanda Kurnia Besar
77.         Jika kau melihat seorang yang ditetapkan oleh Allah dalam menjaga wiridnya dan sampai lama tidak juga menerima kurnia (keistimewaan) dari Allah, maka jangan kau remehkan pemberian Tuhan kepadanya kerana belum terlihat padanya tanda orang arif atau keindahan orang cinta pada Allah, sebab sekiranya tidak ada waarid (kurnia Allah), maka tidak mungkin adanya wirid.
Hamba Allah yang mendapat keistimewaan dari Allah ada 2 jenis.  Abrar dan Muqrrabin.  Adapun hamba yang muqarrabin itu, maka mereka yang telah dibebaskan dari kepentingan dunia, yang hanya sibuk menunaikan ibadat kepada Tuhan, kerana merasa sabagai hamba yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan mereka ini yang disebut arifin muhibbin.  Adapun orang Abrar, mereka yang masih merasa banyak kepentingan di dunia, disamping kewajipan-kewajipan taat ibadat kepada Allah dan mereka yang dinamakan orang zahid abid dan masing-masing mendapat kurnia sendiri-sendiri di dalam tingkat darjatnya yang terus dari Allah Taala.
Sebenarnya seorang yang mendapt taufik hidayat dari Allah sehingga istiqamah dalam menjalankan suatu wirid (kelakuan taat/ibadat), bererti telah mendapat kurnia dan rahmat yang besar sekali, sebab ia bererti telah diberi kurnia oleh Allah untuk membuka dan menghasilkan lain-lain kurnia kebesaran dari Allah.
78.         Ada kaum, yang ditempatkan olelh Allah dalam, bahagian ibadat semata-mata dan ada kaum yang diistimewakan oleh Allah dengan kecintaannya.  Masing-masing kami (Allah) memberi kurnia dan pemberian-pemberian dan pemberian Tuhanmu tidak terbatas.
Allah sendiri yang memilih hambanya, maka ada yang dipilih untuk melaksanakan ibadat yang lahir. Para abid dan zahid, ada pula yang dipilih oleh Allah untuk kesayangan (kekasih) Allah dan mereka ini orang-orang arif muhibbin yang tidak ada tempat dalam hati mereka kecuali zikrullah semata-mata.  Menganggap dunia ini kosong tidak ada apa-apa kecuali Allah yang mencipatakan dan melaksanakan segala sesuatu.
79.         Jarang sekali terjadi kurnia besar dari Allah itu kecuali secara mendadak (tiba-tiba),  supaya tidak ada orang yang mengaku bahawa ia dapat kerana telah mengadakan persiapan untuk menerima kurnia itu.
Allah mewahyukan kepada Nabi Musa as:  Tahukah engkau mengapakah aku mengangkat engkau sebagai Nabi yang terus mendengar kalamku?  Jawab Musa:  Engkau yang lebih mengetahui. Bersabda Tuhan:  Ketika aku larikan semua kambing Nabi Syuaib yang kau pelihara itu sehingga dengan susah payah engkau mengejar kambing-kambing itu untuk mengembalikannya, tetapi kemudian setelah kembali semuanya engkau tidak marasa jengkel marah, maka itulah sebabnya.
Dalam hadis, seorang pelacur yang memberi minum kepadea anjing, tiba-tiba Allah bersyukur kepadanya dan mengampunkan semua dosanya.  Demikianlah kehormatan dari kurnia-kurnia besar dari Allah itu, tidak dapat dicapai oleh manusia dan selalu diberikan oleh Allah secara tiba-tiba, supaya tidak ada orang berbangga dengan amal perbuatannya.
80.         Siapa yang selalu menjawab segala pertanyaan dan menceritakan segala yang dilihat dan menyebut segala apa yang ia ingat (ketahui), maka ketahuilah bahawa yang demikian itu tanda kebodohan orang itu.
Menjawab segala pertanyaan yang berhubungan ilmu batin yang dituangkan Allah dalam hati orang ariffin menunjukkan adanya kebodohan, demikian pula jika menceritakan segala yang dilihat, sebab semua itu berupa rahsia Allah yang diberikan kepada seorang hambanya, maka jika diterangkan kepada yang bukan ahlinya, hanya akan menjadikan ejekan dan pendustaan belaka.  Kerana itu yang menerangkan (menceritakan) bererti bodoh.
81.         Sesungguhnya Allah menjadikan akhirat untuk tempat pembalasan bagi hamba yang mukmin, sebab dunia ini tidak cukup tempat untuk diberikan kepada mereka, juga kerana Allah akan memberikan balasan pahala mereka di tempat yang tidak kekal.
Rasulullah saw bersabda:  Sesungghuhnya tempat pecut kuda di dalam syurga lebih berharga (baik) dari dunia seisinya.
Rasulullah saw menceritakan apa yang disabdakan oleh Allah Taala:  Aku telah sedikan untuk hambaku yang salihin, apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata atau didenganr oleh telinga atau tergerak dalam hati manusia.
Tanda Diterimanya Amal
82.         Siapa yang dapat merasakan buah dari amal ibadatnya di dunia ini, maka itu dapat dijadikan tanda diterimanya amal itu oleh Allah kelak.
Buah dari amal ibadat di dunia ini ialah merasakan lazat amal itu, sehingga terasa sebagai nikmat yang tidak ada bandingnya.  Atabah Al Ghulam berkata:  Saya melatih diri solat malam 20 tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat bangun malam.  Tsabit Al Bunany ra berkata: Saya melatih membaca Quraan 20 tahun setelah itu baru saya merasakan nikmat membaca Quraan.
Abu Turaab berkata:  Jika seorang bersungguh-sungguh dalam niat amalnya, dapat merasakan nikmat dalam melakukannya merasakan manisnya amal ketika melakukannya dan amal yang sedemikian sifatnya, itulah amal yang diterima dengan kurnia Allah.  Al Hasan berkata:  Carilah manisnya amal itu pada 3, maka bila kamu telah mendapatkannya bergembiralah dan teruskan mencapai tujuanmu, apabila belum kamu dapatnya ketahuilah bahawa  pintu masih tertutup iaitu ketika membaca Quraan dan berzikir dan ketika sujud.
Ada pula yang menerangkan:  Dan ketika bersedekah dan ketika bangun malam.   Sejak bilakah kau merasa telah mengenal Allah?  Iaitu setiap kali saya akan berbuat pelanggaran terhadap ajarannya merasa malu daripadanya.
Jika Ingin Mengetahui Nasib Diri
83.         Jika kau ingin mengetahui kekdudukanmu di sisi Allah, maka perhatikan di dalam bahagian apa Allah menempatkan kau.
Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaknya memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya.  Maka sesungguhnya Allah menempatkan/mendudukkan hambanya, sebagaimana hamba itu mendudukkan Allah dalam jiwanya (hatinya).
Alfudhail Bin Iyaadh ra berkata:  Sesungguhnya seorang hamba dapat melakukan taat ibadat kepada Tuhan itu hanya menurut kedudukannya di sisi Tuhan atau perasaan imannya terhadap Tuhan atau kedudukan Tuhan di dalam hatinya.
Wahab Bin Munabbih berkata:  Saya telah membaca dalam kitab-kitab Allah yangh dahulu.  Firman Allah:  Hai anak Adam, taatilah perintahku dan jangan engkau beritahu kepadaku apa keperluan yang baik bagimu.  (Yakni engkau jangan mengajari kepadaku apakah yang baik bagimu).
Sesungguhnya aku telah mengetahui kepentingan hambaku, aku memuliakan siapa yang patut pada perintahku dan menghina siapa yang meremehkan perintahku.  Aku tidak mengiraukan kepentingan hambaku, sehingga hambaku memperhatikan hakku (yakni kewajipannya terhadap aku).
84.         Apabila Allah telah memberi rezeki kepamu berupa perasaan puas melakukan taat (ibadat) pada lahirmu, dan merasa cukup kaya dengan Allah dalam hatimu, sehingga benar-benar tidak ada sandaran bagimu kecuali Allah.  Maka ketahuilah bahawa Allah telah melimpahkan kepadamu nikmat lahir batin.
Seorang hamba ditutntut dua perkara iaitu menurut perintah dan meninggalkan larangan pada lahirnya dan bersandar/berharap kepada Allah pada batinya.  Kerana itu siapa yang diberi rezeki oleh Allah demikian, bererti telah merima kurnia nikmat Allah yang lengkap lahir batin.
Sebaik-baik Yang Patut Anda Minta Pada Allah
85.         Sebaik-baik yang patut engkau minta dari Allah, ialah apa-apa yang Allah menyuruh kamu.
Sebaik-baik yang harus engkau minta keada Allah supaya engkau tetap dalam iman, patuh taat pada semua perintah dan larangan, istiqamah dalam pengabdian diri ke hadirat Allah.  Itulah sebaik-baik yang harus engkau minta, baik untuk dunia mahupun untuk akhirat, sebab hanya itulah bahagia yang tiada tara bandingannya.
Kerana itu sebaik-baik doa:  Ya Allah aku mohon kepadamu, redhamu dan syurga dan aku berlindung kepadamu dari murkamu dan api neraka.
86.         Sedih kerana tidak dapat melakukan suatu amal ibadat yang disertai oleh rasa malas untuk melakukannya, itu suatu tanda bahawa ia terpedaya (tertipu) oleh syaiatan.
Jika ketinggalan suatu amal kebaikan merasa sedih, tetapi bila mendapat kesempatan tidak segera melakukannya, maka itu suatu tanda telah dipermainkan syaitan.
Bersabda Nabi saw:  Sesungguhnya Allah suka pada tiap hati yang selalu berdukacita.
Abu Ali Addaqqad berkata:  Seorang yang menyesal, dapat menempuh jalan menuju kepada Allah dalam tempoh satu bulan, apa yang tidak dapat ditempuh oleh orang yang tidak merasa menyesal (sedih) dalam beberapa tahun. Kerana itu termasuk dalam sifat utama bagi Rasulullah saw.  Mutawashilul ahzan, daa’imul fikr.  Rasulullah saw selalu merasa berdukacita dan selalu berfikir.
Rabi’ah Al Adawiyah mendengar seorang berkata:  Alangkah sedihnya.  Maka berkata Rabi’ah:  Katakanlah:  Alangkah sedikitnya rasa sedihku, sebab bila engkau benar-benar merasa sedih, tidak berkesempatan untuk bersuka-suka.
87.         Bukan seorang arif itu, orang yang bila ia menunjuk sesuatu ia merasa bahawa Allah lebih dekat dari isyaratnya, tetapi orang arif itu ialah yang tidak mempunyai isyarat, kerana merasa lenyap diri dalam wujud Allah dan diliputi oleh pandangan (syuhud) kepada Allah.
Siapa yang masih mempunyai pandangan kepada sesuatu selain Allah, maka belum sempurna sebagai seorang (yang mengenal kepada Allah).  Tetapi seorang arif yang sesungguhnya ialah yang merasakan kepalsuan segala sesuatu selain Allah, sehingga pandangannya tiada lain melainkan kepada Allah.
Perbezaan Rajaa (Harapan) Dengan Lamunan
88.         Pengharapan yang sesungguhnya ialah yang disertai amal perbuatan kalau tidak demikian, maka itu hanya angan-angan (lamunan) belaka.
Rasulullah saw bersabda:  Seorang yang sempurna akal ialah yang memperbaiki dirinya dan bersiap untuk menghadapi maut, sedang orang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsu dan mengharap perbagai macam harapan.
Ma’ruf Alkarkhi berkata:  Mengharap syurga tanpa amal perbuatan itu dosa dan mengharap syafa’at tanpa sebab bererti tertipu dan mengharapkan rahmat dari siapa yang tidak engkau taati perintahnya berereti kebodohan.
Al Hasan ra berkata:  Sesungguhnya ada beberapa orang yang tertipu oleh angan-angan keinginan pengampunan, sehingga mereka keluar dari dunia (mati), sedang belum ada bagi mereka suatu hasanat (kebaikan) sama sekali.  Sebab mereka berkata:  Kami baik sangka terhadap Allah, pada hal berdusta dalam pengakuan itu, sebab andaikan mereka baik sangka terhadap Allah, tentu baik pula perbuatannya.  Al Hasan lalu membacakan ayat Quraan:  Itulah persangkaanmu terhadap Tuhan telah membinasakan kamu, maka kamu termasuk orang-orang yang rugi.
Al Hasan berkata: Hai hamba Allah berhati-hatilah kamu dari angan-angan (lamunan) yang palsu, sebab itu sebagai jurang kebinasaan, kamu akan cuai kerananya, demi Allah tidak pernah Allah memberi pada seorang hamba kebaikan semata-mata kerana angan-angan belaka, baik untuk dunia mahupun untuk akhirat.
89.         Tujuan permintaann orang arif kepada Allah, hanya semoga dapat bersungguh-sungguh dalam kehambaan dan tetap dalam menunaikan kewajipan terhadap Tuhan.
Abu Madyan berkata:  Jauh berbeza antara orang yang semangat keinginannya  hanya bidadari dan gedung, dengan orang yang keinginannya selalu bertemu kepada Tuhan yang menciptakan dan yang mempunyai gedung.  Sungguh-sungguh dalam sifat kehambaan:  Ialah berakhlak dan beradab sebagai seorang yang patuh taat kepada tannya.
Suka Duka Itu Rahmat Allah
90.         Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Allah mengubah-ubah keadaanmu dari sedih ke gembira, dari sihat ke sakit, dari kaya ke miskin, dari terang ke gelap, supaya mengerti bahawa engkau tidak bebas dari hukum ketentuannya, supaya selalu engkau berdiri di atas landasan (Tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah Taala).
Allah berfirman:  Supaya kamu tidak sedih (menyesal) terhadap apa yang terlepas dari tanganmu dan tidak gembira atas apa yang diberikan kepadamu.
91.         Orang arif jika merasa lapang lebih khuatir (takut), daripada jika berada dalam kesempitan dan tidak dapat tegak di batas-batas adab dalam keadaan lapang itu kecuali sedikit sekali.
Abu Bakar Assiddiq ra berkata:  Kami diuji dengan kesukaran, maka kami tahan sabar, tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kelapangan), hampir tidak sabar (tahan).
Yusuf Bin Husain Arrazy menulis surat kepada Al Junaid:  Semoga Allah tidak memberi kepadamu rasa kelazatan hawa nafsumu, sebab jika engkau merasakan kelazatannya, maka tidak akan merasa kebaikan untuk selamanya.
92.         Di dalam masa kelapangan (baseth) hawa nafsu dapat mengambil bahagiannya kerana gembira, sedang dalam masa sempit (qabdh) tidak ada bahagian sama sekali untuk hawa nafsu.  Kerana itu manusia lebih aman dalam kesempitan, kerana hawa nafsu taidak dapat memperdaya.
Abul Hasan Assyadzily ra berkata:  Alqabdhu wal basthu (risau hati dan riang hati) selalu silih berganti dalam perasaan tiap hamba, bagaikan silih berganti siang dan malam.  Dan sebabnya qabdh (risau hati) itu salah satu dari tiga.  Kerana dosa atau kehilangan dunia atau dihina orang.  Maka adab seorang hamba, jika merasa berdosa harus segera bertaubat dan jika kehilangan dunia, harus rela dan menyerah kepada hukum Allah dan bila dihina orang harus sabar.  Dan jagalah dirimu jangan sampai kamu merugikan dirimu dua kali, yakn dengan perbuatanmu sendiri dan hinaan (aniaya) lain orang.  Dan apabila terjadi qabdah (risau hati) itu tidak diketahui sebabnya, maka harus tenang menyerah.  Insya Allah jika tenang menyerah, tidak lama akan sirna masa gelap dan berganti dengan terang, ada kalanya gerang bintang iaitu ilmu atau sinar bulan iaitu tahuhid atau matahari iaitu makrifat, tetpi jika tidak tenang dimasa gelap (riasau hati) mungkin akan terjerumus dalam kebinasaan.
Adapun dalam masa suka (riang hati), maka sebabnya adalah satu dari tiga.  Kerana bertambahnya kelakuan ibadat (taat) dan bertambahnya ilmu makrifat atau kerana bertambahnya kekayaan atau kehormatan dan yang ketiga kerana pujian dan sanjungan orang kepadanya.  Maka adab seorang hamba:  Jika merasa bertambah taat ibadatnya dan ilmu makrifatnya harus merasa bahawa itu semata-mata kurnia Tuhan dan berhati-hati janganh sampai merasa bahawa itu dari kerajinan sendiri.  Dan jika mendapat tambah keduniaan, maka ini pula yang harus dianggap bahawa itu semata-mata kurnia Allah dan harus waspada jangan sampai terkena bahayanya.
Adapun jika berupa pujian sanjungan orang kepadamu, maka kehambaanmu mengharuskan bersyukur kepada Allah yang telah menutup kejahatanmu, sehingga orang ramai hanya mengenal kebaikanmu, semata-amata.
Pemberian Dan Penolakan Allah
93.         Ada kalanya Allah memberi kepadamu kekayaan (kesenangan) dunia, tetapi tidak memberi kepadamu taufik hidayatnya dan ada kalanya Allah menolak (tidak memberi) kamu dari kesenangan dunia dan kemewahannya, tetapi memberi kepadamu taufik dan hidayatnya.
Muhyiddin Ibn Araby berkata:  Jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi dan jika segera diberi permintaanmu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar.  Kerana itu utamakan tidak dapat daripada dapat dan sebaiknya seorang hamba tidak memilih sendiri, tetapi menyerah sebulat-bulatnya kepada Tuhan yang menjadikannya, yang mencukupi segala keperluannya.
94.         Apabila Allah membukakan bagimu pengertian (faham) tentang penolakannya, maka berubahlah penolakan itu bererti (menjadi) pemberian.
Apabila Tuhan telah memperlihatkan kepadamu hikmat kebijaksanaannya dalam apa yang dijauhkannya daripadamu, maka itu bererti suatu kurnia Tuhan kepadamu, sehinga terasa olehmu keselamatanmu dunia dan akhiratmu.
95.         Alam ini lahirnya berupa tipuan dan batinnya, sebagai peringatan maka hawa nafsu melihat lahir tipuannya, sedangkan mata hati memperlihatkan peringatannya (akibatnya).
Allah berfirman:  Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar;  Maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kermurahan) Allah (lalu kamu lalai dan menderhaka).  (Fathir 35/5).
Allah berfirman:  Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syrga maka sesungguhnya ia telah berjaya.  Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebeaerananya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.  (Ali Imraan 3/185).
Nabi Isa as berkata:  Celakalah kamu wahai ulama yang tidak jujur (su’) perumpamaanmu bagaikan selokan kotoral.  Luarnya bersimen baik dan dalamnya penuh kotoran basi.
96.         Jika engkau ingin mendapatkan kemuliaan yang tidak rosak, maka jangan membanggakan kemuliaan yang rosak.
Kemuliaan yang tidak rosak hanya kemuliaan dengan Allah bersandar diri kepada Allah, sebab Allah kekal tidak rosak.  Ada pun jika berbangga dengan kekayaan, kebangsaan, kedudukan, maka semua itu palsu, rosak dan tidak kekal, maka siapa yang bersandar/berbangga dengan kepalsuan/bayangan, maka pasti binasa dan rosak bersama dengan apa yang dibanggakan itu.
Allah berfirman: (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.  Tidaklah patut mereka (orang-orang Munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah , (diberikannya kepada sesiapa yang dikhendakinya).  (An Nissa’ 4/139).
Hikayat:  Seorang datang kepada raja Harun Arrasyid untuk memberi nasihat tiba-tiba Harun Arrasyid marah kepadanya, lalu memerintahkan kepada pengawalnya supaya mengikat orang itu bersama dengan keldainya yang nakal, supaya mati ditendang keldai.  Setelah perintah itu dilaksanakan, tiba-tiba keldai itu lunak kepada orang yang dihukum.  Kemudian Harun menyuruh supaya dimasukkan ke dalam rumah dan pintunya ditutup dengan simen supaya mati di dalamnya, tiba-tiba orang yang di penjara itu telah ada di kebun, sedangkan pintu rumah tetap tertutup, maka dipanggil oleh Harun Arrasyid dan ditanya:  Siapa yang mengeluarkan engkau dari rumah?  Jawabnya:  Yang memasukkan saya dalam kebun.  Dan siapa yang memasukkan kamu ke dalam kebun?  Jawabnya yang mengeluarkan aku dari rumah.  Kemudian menyuruh pengawalnya membawa orang itu di atas kenderaan keliling kota, dan memberitahu kepada orang ramai.  Ingatlah bahawa Harun Arrasyid akan menghina seorang yang dimuliakan oleh Allah, maka tidak dapat.
Seorang datang kepada seorang arif sambil menangis, maka ditanya oleh orang arif (wali).  Mengapa engkau menangis?  Jawabnya:   Kerana guruku telah mati.  Berkata orang arif:  Mengapakah engkau berguru kepada orang yang mati?
97.         Singkatnya jalan yang sesungguhnya, ialah jika terlipat untukmu jarak-jarak dunia ini, sehingga engkau dapat melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu daripada dirimu sendiri.
Ath thayyu:  Terlipatnya bumi, sehingga jarak yang sejauh-jauhnya dapat ditempuh dengan satu langkah sudah sampai.
Ath thayyu, juga bererti menghabiskan masa siang malam dengan solat dan puasa semata-mata.
Dalam lain keterangan Ibn Atha berkata:  Andaikan nur keyakinan itu telah terbit terang dalam hatimu, pasti engkau akan dapat melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu  daripada engkau akan pergi ke sana dan pasti dapat melihat segala keindahan dunia ini diliputi oleh suramnya kerosakan/kehancuran yang bakal menimpa kepadanya.
98.         Pemberian dari makhluk itu suatu kerugian dan penolakan dari Allah itu suatu pemberian dan kurnia.
Ali Bin Abi Thalib ra berkata:  Jangan merasa adanya yang memberi nikmat kepadamu selain Allah.  Dan anggaplah segala nikmat yang engkau terima dari selain Allah itu sebagai kerugian (Yakni di antara engkau dengan Allah tidak ada badan perantara, maka semua nikmat yang engkau terima semata-mata dari Allah dan bila terjadi engkau merasa menerima nikmat dari sesama manusia, maka itu sebagai kerugian bagimu).
Seorang Hakim  berkata:  Menanggung budi kebaikan manusia itu lebih berat daripada sabar kerana kekurangan (ketiadaan).
Pemberian dari makhluk, pada umumnya menyebabkan terhijab dari Allah, sehingga tidak ingat pada Allah dan merasa berhutang budi kepada sesama manusia dan inilah letak kerugian moral.  Sebaliknya penolakan yang menyebabkan ingat kepada Allah itu bererti suatu kurnia nikmat besr dari Allah.
99.         Maha Agung Tuhan, jika seorang hamba beramal cuai (segera) akan dibalas kemudian hari.
Pahala Taat Di Dunia
100.     Cukup menjadi balasan Allah atas ketaatanmu, jika Allah redha (rela) menjadikan engkau ahli taat/ibadat.
Taufik dan hidayah yang diberikan Allah kepada seorang hamba itu sebagai kurnia yang sebesar-besarnya bagi seorang hamba, sebab dengan hidayat dan taufik itulah seorang hamba dapat menerima nikmat dan bahagia dunia akhirat.
101.     Cukup sebagai pembalasan Allah pada orang-orang yang beramal, apa yang telah dibukakan oleh Allah dalam hati mereka dari kegemaran melakukan taat dan apa yang diberikan Allah kepada mereka yang berupa kesenangan berzikir, keputusan berkhalwat, menyendiri dengan Allah.
Tidak ada suatu nikmat di dunia yang menyamai (menyerupai) nikmat syurga, kecuali nikmat yang dirasakan oleh ahli zikir dalam perasaan hati mereka daripada kelazatan berzikir di tengah malam.
102.     Siapa yang menyembah kepada Allah kerana mengharap sesuatu atau untuk menolak bahaya siksa atas dirinya, maka belum menunaikan hak kewajipannya terhadap sifat-sifat Allah.
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as.  Sesungguhnya orang yang sangat aku kasih kepadanya ialah yang beribadat bukan kerana upah pemberian, tetapi semata-mata kerana aku berhak untuk disembah.  Dalam Kitab Zabur ada tersebut:  Dan siapakah yang lebih kejam dari orang yang menyembahku kerana syurga atau neraka, apakah andaikan aku tidak membuat syurga dan neraka, tidak berhak untuk disembah.
Bersabda Nabi saw:  Jangan berlaku sebagai seorang hamba yang busuk jika takut, lalu bekerja dan jangan berbuat sebagai buruh yang busuk jika tidak dibayar tidak bekerja.
Sebab sebenarnya pemberian Allah kepada hamba itu sudah lebih dari yang diharapkan iaitu hidupnya, nafasnya, pancainderanya dan kesihatannya dan lain-lainnya.
Abu Hazim berkata:  Saya malu menyembah Allah kerana pahala, seperti buruh yang busuk jika tidak dibayar tidak bekerja atau menyembah kerana takut siksa seperti budak yang curang jika tidak takut siksa tidak bekerja, tetapi saya menyembah Allah kerana cinta kepadanya.
Sufyan Astsaury minta nasihat dari Rabi’ah Al Adawiyah, maka berkata Rabi’ah.  Engkau seorang yang baik, andaikan engkau tidak cinta kepada dunia.
Ujian Tauhid Dalam Pemberian Dan Penolakan Allah
103.     Apabila Allah memberi kurnia kepadamu, maka dia akan menunjukkan kepadamu kurnia belas kasihnya dan apabila menolak pemberiannya atasmu, maka ia akan menunjukkan kepadamu kekuasaannya, maka ia dalam semua itu memperkenalkan, diri kepadamu dan menghadapkan kepadamu dengan kehalusan pemberian pemeliharaannya kepadamu.
Keharusan tiap hamba harus mengenal Tuhan, dengan segala sifat-sifat kebesarannya.  Maka siapa yang tidak suka mengenal dengan sifat Mu’thi.  Wahhab (pemberi) harus ia mengnenal Allah dengan sifat:  Mani’ (menolak) Mutaqaim (membalas) Qahhar (memaksa).  Tetapi apabila telah mengenal hikmat rahmat Allah maka terasa bahawa semua itu semata-mata kurnia Allah kepada hambanya.
Sufyan Astsaury bertemu dengan Abu Habib Al Badry dan memberi salam.  Abu Habib bertanya:  Engkaulah Sufyan Astsaury yang terkenal itu?  Jawabnya:  Benar, semoga Allah memberkahi apa yang dikatakan orang ramai itu.  Lalu berkata Abu Habib.  Hai Sufyan, tidak ada suatu kebaikan melainkan berasal dan Tuhan.  Jawab Sufyan:  Benar.  Ditanya:  Mengapakah kamu tidak suka bertemu pada siapa yang tiada kebaikan kecuali dari padanya.  Hai Sufyan:  Penolakan Allah kepadamu itu bererti pemberian kurnianya kepadamu, sebab ia tidak menolak kerana bakhil atau tidak ada, hanya ia menolak permintaanmu itu kerana kasihnya kepadamu dan untuk menguji kamu.  Hai Sufyan, sesungguhnya aku masih senang duduk dengan engkau tetapi bersamamu itu ada kesibukan, kemudian Abu Habib menuju ke kambingnya dan membiarkan Sufyan Astsaury.
104.     Sesungguhnya sebab terasa pedihnya penolakan Allah kepadamu itu, kerana engkau tidak mengerti hikmat rahmnat Allah dalam penolakan (tidak memberi harapanmu) itu.
Tidak sempurna iman keyakinan seorang terhadap Allah, sebelum ia memiliki dua sifat:
1.             Percaya penuh kepada Allah, yakni menyandar dan berharap hanya kepada Allah.
2.             Dan syukur (terima kasih) kepada Allah kerana dihindarkan daripadanya apa yang diujikan kepada lain-lain orang iaitu yang berupa kekayaan dunia.
Juga tidak sempurna iman keyakinan hamba sebelum ia mengerti bahawa pemberian Allah sesuatu yang bermanfaat dan penolakan Allah itu kerana mudarat bahaya.
105.     Mungkin Allah membuka untukmu pintu taat, tetapi belum dibukakan bagimu kabul (penerimaan), sebagaimana ada kalanya ditakdirkan engkau berbuat dosa, tetapi menjadi sebab sampaimu (mendekatmu) kepada Allah.
Abu Hurairah ra berkatra:  Bersabda Nabi saw:  Demi Allah yang jiwaku ada di tangannya, andaikan kamu tidak berbuat dosa, nescaya Allah menyingkirkan (mematikan) kamu dan diganti dengan orang-orang yang berbuat dosa lalu meminta ampun kepada Allah, iaitu diampuni oleh Allah.
Dosa Yang Menyebabkan Bertaubat Lebih Baik dari Taat
Yang Menimbulkan Ujub (Sombong)
106.     Maksiat (dosa) yang menimbulkan rasa rendah diri dan memerlukan rahmat Allah, lebih baik dari perbuatan taat yang membangkitkan rasa sombong, ujub dan besar diri.
Abu Mad Yan ra berkatra:  Perasaan rendah diri seorang yang telah berbuat maksiat dosa, itu lebih baik dari kesombongan seorang yang taat.  Ada kalanya seorang hamba berbuat kebaikan (hasanat) yang menimbulkan rasa ujub sombong, sehingga dapat menggugurkan segala amal-amal yang sebelumnya dan ada kalanya seorang berbuat dosa yang menyedihkan hatinya, sehingga timbul rasa takut kepada Allah dan menyebabkan keselamatan dirinya.
Asysya’by meriwayatkan dari Alkhalil Bin Ayyub, bahawasanya seorang abid (ahli ibadah) Bani Israil ketika ia berjalan ia dinaungi oleh awan, tiba-tiba ada seorang pelacur Bani Isra’il, maka tergerak dalam hati pelacur itu:  Ini seorang abid Bani Isra’il, aku ingin mendekat kepadanya semoga aku mendapat rahmat Allah kerana mendekat kepadanya.  Maka ketika pelacur itu mendekatkan kepada abid itu, tiba-tiba abid itu mengusir dengan berkata:  Nyah engkau dari sini.  Maka Allah menurunkan wahyu kepada Nabi saw bahawa Aku (Allah) mengampunkan dosa pelacur itu dan membatalkan amal abid itu.  Maka berpindah awan dari atas kepala abid ke atas kepala pelacur itu.
Al Harits Al Muhasiby berkata:  Allah menghendaki supaya anggota lahir itu sesuai dengan batinnya (hatinya), maka apabila sombong congkak orang alim/abid, sedang pelacur itu bertawaduk merendah diri, maka ketika itu si pelacur lebih taat kepada Allah dari abid dan alim.  Ada pula kejadian ketika seorang abid Bani Israil sedang sujud, tiba-tiba dipijak kepalanya oleh seseorang, maka berkata abid itu:  Angkat kakimu, demi Allah tidak akan mengampunkan engkau.  Maka Allah menjawab:  Hai orang yang bersumpah dengan namaku, bahkanh engkau yang tidak diampunkan kerana kesombonganmu.  Al Harits dalam komentarnya berkata:  Dia bersumpah kerana merasa diri besar di sisi Allah, maka kesombongan, ujub itulah yang tidak diampunkan oleh Allah.
107.     Dua nikmat yang tidak ada sesuatu makhluk yang terlepas dari keduanya iaitu nikmat ciptaan dan nikmat kelanjutan.
Kerana tiap makhluk asalnya tidak ada, maka nikmat yang pertama diterimanya ialah nikmat ciptaan Allah yang menjadikannya (mewujudkannya), kemudian dilanjutkan dengan nikmat kelanjutan hidup itu, yakni melengkapi keperluan hidup, sebab bila tidak dilengkapi keperluan, tidak akan dapat bertahan hidup.
108.     Pada pertamanya Allah memberi kepadamu nikmat mewujudkan (menjadikan), kemudian nikmat yang kedua:  Melengkapi keperluan-keperluan wujudmu yang terus-menerus (yang kedua:  Terus menerusnya bantuan Allah kepadamu).
Allah berfirman:  Allah menuangkan kepadamu nikmat lahir dan batin yang terang dan yang samar, yang terasa dan yang tidak terasa.
Allah berfirman:  Dan ketahuilah bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya);  kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran;  akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu;  perkara-perkara yang kamu benci;  maka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus.  (Al Hujuraat 49/7).
(mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberianh dari Allah dan (ingatlah), Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.  (Al Hujuraat 49/8).
Dzun Nun Al Misr berkata:  Siapa yang di dalam tauhid itu merasa seolah-olah sebagai hasil kecerdasannya sendiri, maka tauhid itu tidak dapat menyelamatkannya dari api neraka, sehingga merasa bahawa tauhidnya itupun kurnia dari Allah Taala.
Seorang apabila telah merasa asal kejadiannya dari Allah dan kelanjutannyapun dari Allah, merasa bahawa sifat fakirnya itu memang asli pada kejadiannya dan ia tidak dapat melepaskan diri dari Tuhan yang dihajatkannya pada tiap detik dalam wujudnya.
109.     Keperluanmu itu adalah sifat semulajadi dalam zat kejadianmu, sedang sebab-sebab (kejadian-kejadian) yang menghinggapi dirimu itu untuk mengingatkan engkau apa yang tersembunyi bagimu dari sifat semulajadimu itu, sedang keperluan yang semulajadi itu tidak dapat dihindarkan oleh sesuatu yang sementara (fantasi).
Apabila telah nyata bahawa wujudmu itu pemberian (ciptaan) Tuhan, demikian pula segala hajat keperluan tiap detik untuk kelanjutan hidup, itupun pemberian Tuhan, maka nyata, bahawa keperluan dan kemiskinanmu itu semulajadi dalam kejadianmu, maka jika engkau merasa seolah-olah tidak berhajat kerana sudah hidup, maka hal itu sesuatu yang hinggap sementara terasa ketika engkau lupa dari asal kejadianmu, maka Allah memberi padamu peringatan berupa penyakit, lapar, haus, panas, dingin dan lain-lainnya untuk memperingatkan kepada asalmu.  Sedang segala sesuatu yang fantasi atau sementara tidak dapat merubah yang semulajadi.
Sebaik-baik Semasa Hidupm, Ketika Menyedari Kekurangan,
Kerendahan Diri
110.     Sebaik-baik saat dalam masa hidupmu, ialah saat-saat di mana engkau merasa dan mengakui keperluanmu dan kembali kepada adanya kerendahan dirimu.
Sebaik-baik saat dalam masa hidupmu, ialah saat ingat kepada Tuhan dan putus hubungan dengan segala sesuatu yang lain.  Iaitu pada saat merasakan benar-benar keperluanmu kepada Tuhan.  Sedang segala sesuatu yang lain tidak dapat menolong meringankan keperluanmu.  Dan pada saat tidak ada pandangan yang lain dari Allah, maka pada saat itu murnilah pengertian tauhidmu kepada Allah.
111.     Apabila Allah telah menjemukan engkau dari makhluk, maka ketahuilah bahawa Allah akan membukakan untukmu perasaan jinak dan senang kepada Allah.
Apabila engkau telah merasa jemu kepada makhluk, kerana merasa bahawa mereka tidak bermanfaat bagimu, bahkan ada kalanya membawa bahaya bagimu, maka disaat yang sedemikian engkau merasa jinak senang kepada Allah, Riwayat Abu Yazid Al Busthamy ketika ia diperlihatkan oleh Allah alam malakut, kemudian ditanya:  Adakah sesuatu yang menyenangkan engkau?  Jawabnya:  Tidak, Maka dikatakan kepadanya:  Engkau hamba Allah yang sesungguhnya.
112.     Apabila Allah telah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuialah bahawa Allah akan memberi kepadamu.
Abdullah Bin Umar ra berkata Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang telah mendapat izin untuk berdoa, bererti telah dibukakan baginya pintu rahmat dan tiada dimintai, sesuatu yang lebih disukai oleh Allah daripada dimintai maaf dan selamat dunia akhirat.
Lain hadis:  Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang telah diberi kesempatan berdoa, maka tidak akan diharamkan dari ijabah (diterimanya doa).  Anas Bin Malik ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Apabila Allah kasih sayang pada seorang hamba, maka dituangkan kepadanya bala’, maka bila ia berdoa, berkata Malaikat:  Suara yang sudah terkenal.  Dan berkata Jibril:  Tuhanku, hambamu fulan, sampaikan hajatnya, jawab Allah:  Biarkan hambaku, aku suka mendengar suaranya  Maka apabila hamba berkata:  Ya Rabbi.  Jawab Tuhan:  Labbaika hambaku, tiada engkau berdoa melainkan aku sambut dan tiada engkau minta suatu melainkan pasti aku berikan, imma (ada kalanya) aku segerakan untukmu atau aku simpan untukmu yang lebih baik bagimu atau aku tolak dariadamu bala’ yang lebih besar dari itu.
Sifat Orang Arif (Wali)
113.     Seorang arif tidak kunjung hilang rasa hajat keperluannya dan tidak pernah merasa tenang atau bersandar pada sesuatu selain Allah Taala.
Seorang arif (wali) iaitu yang tetap merasa berhajat kepada Allah, sebab memang tidak ada sesuatu yang dapat memuaskan kepadannya selain Allah.  Juga kerana sedar benar-benar terhadap kekuasaan Allah disamping kelemahan dan keperluan diri sendiri kepada Allah.
114.     Allah telah menerangi alam dengan cahaya makhluknya dan menerangi hati dengan nur (cahaya) sifatnya, maka kerana itu terbenam cahaya alam dan tidak dapat terbenam nur (cahaya) hati dan sir.  Kata seorang syair:  Sesungguhnya matahari siang itu berbenam di waktu malam.  Tetapi matahari hati tidak pernah terbenam.
Sahl Bin Abdullah ketika ditanya tentang makanan (qut) Jawabnya:  Huwa alhayyul ladzi laa yamut (Ia yang hidup dan tiada mati).  Penanya berkata:  Saya tidak bertanya tentang makanan itu, tetapi makanan yang menegakkan (menguatkan).  Jawabnya:  Ilmu ketika ditanya:  Makanan sehari-hari yang lain?  Jawabnya:  Zikir.  Ditanya:  Makanan Jasmani?  Jawabnya:  Apa urusanmu dengan jasmani, biarkan pada yang membuat pada mulanya dia akan menerusi selanjutnya, jika kerosakan kembalikan kepada yang membuat, tidakkah sudah lazim, buatan sesuatu jika rosak dikembalikan kepada yang membuat untuk diperbaiki.
Allah menerangi alam dengan nur (cahaya) bulan, bintang dan matahari yang semua itu makhluk yang rosak dan berubah, tetapi Allah menerangi hati (sir) dengan nur (cahaya), ilmu dan makrifat yang langsung dan sifat-sifat Allah, maka kerananya tidak dapat suram terbenam.
115.     Seharusnya terasa ringan kepedihan bala yang menimpa kepadamu, kerana engkau mengetahui bahawa Allah yang menguji padamu, maka Tuhan yang menimpakan kepadamu takdirnya itu.  Dia pula yang telah biasa memberi kepadamu sebaik-baik apa yang dipilihkan untukmu (dialah yang membiasakan kau merasakan sebaik-baik pilihannya (pemberiannya).
Abu Ali Addaqqaq berkata:  Suatu tanda bahawa seorang itu mendapat taufik kurnia Allah, ialah terpeliharanya iman (tauhid) di waktu menghadapi bala ujian bencana.
Mungkin kamu tidak suka pada sesuatu, padahal itu baik untukmu.
Abu Thalib Al Makki berkata:  Manusia tidak suka miskin, hina dan penyakit, padahal itu semua mungkin baik baginya untuk bekal di akhirat, sebaliknya ia suka kaya, sehat dan ternama/terkenal padahal semua itu bahaya di sisi Allah dan buruk akibatnya.
Al Junaid berkata:  Ketika saya tidur di tempat Assariyu Saqathy, tiba-tiba saya dikejutkan, lalu ia berkata:  Ya Junaid, saya telah mimpi seolah-oleh berhadapan dengan Allah, lalu Allah berkata kepadaku:  Hai Sari, ketika aku menjadikan makhluk maka semua mengaku cinta kepadaku, kemudian aku menjadikan dunia, maka lari daripadaku 90% dan tinggal hanya 10%, kemudian aku membuat syurga, maka lari daripadaku dari sisanya itu, kemudian aku membuat neraka, maka lari daripadaku 90% dari isiasanya itu, kemudian aku turunkan bala maka lari daripadaku 90% dari sisa-sisa itu.  Maka aku berkata kepada sisa yang tinggal itu:  Dunia kamu tidak mahu, syurga juga kamu tidak suka, neraka kamu tidak takut, dari bala musibat juga kamu tidak lari, maka apakah keinginanmu?  Jawab:  Engkau telah mengetahui keinginan kami.  Aku berkata:  Aku akan menuangkan kepadamu bala yang tidak akan sanggup menanggungnya walau bukit yang besar.  Sabarkah kamu?  Jawab mereka:  Apabila engkau yang menguji, maka terserahlah kepadamu (berbuatlah sekehendakmu), maka mereka itulah hambaku yang sebenarnya.
Semua Takdir Kejadian Mengandungi Rahmat
116.     Siapa yang mengira terlepasnya hikmat kurnia Allah daripada bala ujian yang ditakdirkan oleh Allah, maka yang demikian itu disebabkan kerana dangkalnya pandangan imannya.
Rasulullah saw bersabda:  Jangan menuduh tidak baik terhadap segala apa yang telah ditakdirkan Allah untukmu.
Rasulullah saw bersabda:  Jika Allah kasih pada seorang hamba, maka diuji dengan bala, maka jika sabar dipilihnya dan jika telah rela maka diistimewakan.
Abu Hurairah ra berkata:  Bersabda Rasulullah saw:  Siapa yang dikehendaki oleh Allah untuknya kebaiakan, maka diujinya dengan musibah bala.
Abu Hurairah dan Abu Said ra keduanya berkata:  Bersabda Rasulullah saw:  Tiada sesuatu yang mengenai seorang mukmin berupa penderitaan atau kelelahan (penat) atau risau hati/fikiran melainkan kesemuanya itu akan menjadi penebus dosanya.  (Bukhary, Muslim).
Ibn Mas’ud ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Tiada seorang muslim yang terkena musibah bala gangguan atau penyakit dan yang lebih ringan dari itu melainkan Allah menggugurkan dosanya bagaikan gugurnya daun pohon.
Dangkalnya (cetek) pandangan, sehingga tidak dapat melihat adanya hikmat rahmat kurnia Allah dalam takdir musibah bala itu, hanya kerana lemahnya iman keyakinan dan tidak adanya husnudzhan terhadap AllahTaala yang maha bijaksana dan pemberi rahmat.
Imran Bin Husain ra menderita penyakit buang air tiga puloh tahun tidak dapat bergerak dari tempat tidurnya, sehingga dibauatkan lubang di bawah tempat tidur untuk kencing dan buang airnya, pada suatu hari datang saudaranya Al Alaa’ atau Mutharrif Bin Asysyikhkhir, lalu menangis melihat penderitaan Imran Bin Alhusain, maka ditanya oleh Imran:  Mengapakah engkau menangis?  Jawabnya:  Kerana saya melihat keadaanmu, berkata Imran:  Jangan menangis, kerana saya suka apa yang disukai oleh Allah untukku.  Kemudian Imraan berkata:  Saya akan berkata kepadamu semoga bermanfaat bagimu, tetapi jangan engkau buka kepada lain orang, sehingga aku mati.
Sesungguhnya para Malaikat berziarah kepadaku dan memberi salam kepadaku, sehingga saya merasa senang dengan adanya mereka.  Urwah Bin Azzubair ra ketika menderita sakit yang diputuskan oleh doktor harus dipotong betisnya, maka ketika akan diberi ubat tidur oleh doktor supaya tidak terasa sakit semasa dipotong betisnya itu.  Berkata Urwah:  Jangan diberi ubat tidur, tetapi teruskan pembedahan tanpa ubat tidur.  Dan ketika digergaji betisnya tidak terdengar keluhan, kecuali ucapan Hasbi (cukup bagiku yakni rahmat Allah).  Dan setelah selesai pembedahan, beliau menyuruh pembantunya suaya mencuci dan membungkus potongan betisnya itu dan menguburkannya di kuburan kaum muslimin, lalu ia berkata:  Allah telah mengetahui bahawa kaki itu tidak pernah saya gunakan berjalan kepada maksiat, lalu ia berkata:  Ya Allah, jika engkau ambil maka banyak sisanya, jika engkau memberi bala masih banyak selamatnya.
117.     Tidak dikhuatirkan padamu bingung jalan, tetapi yang dikhuatirkan atasmu daripada menangnya hawa nafsu atas akal dan imanmu.
Jalan untuk menuju kepada Tuhan sudah jelas, cukup bimbingan dari kitab Allah atau sunnah Rasaulullah.  Baik ketika berbuat taat atau maksiat atau mendapat nikmat atau bala.  Jika berbuat taat hendaknya merasa itu sebagai kurnia Allah, jika berbuat dosa lekas membaca Istighfar dan bertaubat, jika menerima nikmat harus syukur, jika menderita bala harus sabar.  Tetapi yang dikhuatirkan padamu ialah bermaharajalelanya hawa nafsu, sehingga lupa terhadap Tuhan dan tidak mengenal tuntutan/jalan Tuhan.
118.     Maha suci Allah yang telah menutupi rahsia-rahsia keistimewaan orang wali (arif) dengan tampaknya sifat-sifat yang umum pada manusia.  Dan telah terang terlibat kebesaran ke Tuhanan Allah dengan menunjukkan kepada manusia sifat-sifat kehambaan dan kerendahan makhluknya.
Rahsia-rahsia kebesaran ilmu makrifat yang diberikan oleh Allah kepada para wali yang arif ditutupi oleh Allah dengan tampaknya sifat dan keadaan yang biasa umum bagi semua manusia, sebaliknya Allah telah memperlihatkan sejelas-jelasnya kebesaran ketuhanannya dengan menunjukkan sifa-sifat kelemahan dan keperluan untuk hambanya.
119.     Jangan menuntut Tuhan kerana terlambatnya permintaan yang telah engkau minta kepada Tuhan, tetapi hendaknya engkau betulkan dirimu, tuntut dirimu supaya tidak terlambat melaksanakan kewajipan-kewajipanmu terhadap Tuhanmu.
Jika tidak tercapai hajat permintaanmu, maka jangan engkau mempunyai sangkaan jahat terhadap Allah, sebab Allah tidak dapat dituntut terhadap apa saja yang diperbuat, tetapi hendaknya permintaanmu itu semata-mata untuk menunjukkan sifat kehambaan  kepada Allah, dan hajat keperluanmu kepadanya.  Sebab terhadap segala kepentinganmu Allah tidak usah diingatkan, bahkan Allah telah melengkapi segala keperluanmu sebelum kau mengerti apakah hajat keperluanmu yang sebenarnya. Maka sebaiknya bila kau menyerah sebulat-bulatnya tanpa undur dan tanpa usul apa-apa kepada Allah, hanya itulah yang dapat menenangkan jiwa fikiranmu.
Jangan Menuntut Tuhan, Tetapi Tuntutlah Kekurangan-
kekuranganmu
120.     Apabila Allah telah menjadikan engkau pada lahirnya menurut perintahnya dan dalam hatimu menyerah bulat kepadanya, maka bererti Tuhan memberi kepadamu sebesar-besar nikmat kurnianya.
Sebesar-besar nikmat kurnia Tuhan kepada hambanya ialah jika Allah telah memberi taufik hidayat kepada hamba untuk melakukan segala perintah kemudian ditambah dengan kekuatan menyerah tawakkal kepada Allah dalam batinnya.  Sebab seorang dengan dua nikmat lahir batin itu telah mencapai keperluan dunia dan akhirat sekaligus.
Sebab manusia hanya diperintah supaya beribadat dengan tulus ikhlas menuju kepada Allah, tentang segala kepentingan hajatnya sudah dicukupi oleh Allah, maka tidak usah menurutklan hawa nafsu yang tidak pernah puas.
121.     Bukan semua orang yang telah nampak terang kekeramatannya itu bererti telah sempurna pembersihannya (dari penyakit-penyakit hawa nafsu) atau penyaringannya (yakni dalam kalangan/golongan para wali).
Kekeramatan yang diberi Allah kepada para wali, tujuannya untuk memperkenalkan dengan kenyataan bukti, bahawa kekuasaan Allah tidak tergantung (terikat) kepada sebab dan kebiasaan, bahkan sebab kebiasaan itu sering menghijab manusia dari qudrat kekuasaan Allah, sebagai awan yang menutup sinar matahari keesaan Allah.  Maka yang silau oleh kekeramatan itu terhina, tetapi yang tetap menembus awan itu kepada kekuasaan Allah, sehinga tetap hubungannya tidak terputus.
Seorang sahabat Sahel Bin Abdullah bertkat:  Adakalanya jika saya wuduk tiba-tiba air itu mengalir di tangan saya berupa cairan emas dan perak.  Jawab Sahel:  Apakah engkau tidak mengerti bahawa anak kecil jika menangis dihibur dengan boneka supaya diam.
Abu Nasher Assarraj berkata:  Saya bertanya kepada Al Hassan Bin Salim:  Apakah erti kekeramatan, sedang mereka telah dimuliakan oleh Allah sehingga sanggup mengabaikan dunia dan meninggalkannya dengan suka rela, tetapi bagaimana lalu diberi kemuliaan (keramat) batu berubah menjadi emas, apakah ertinya  itu?  Jawabnya:  Bukannya Allah memberikan kerana kotornya, tetapi diberi itu untuk dijadikan hujjah menekan bisikan nafsu (hawa nafsu) yang selalu khuatir tidak dapat rezeki, sehingga oleh Allah diperlihatkan yang demikian, sehingga dapat berkata:  Bahawa Tuhan yang dapat mengubah batu menjadi emas, dapat mendatangkan rezeki dan memberi dari jalan yang tidak disangka.
Ishaq Bin Ahmad berkata kepada Sahel:  Nafsuku ini selalu merasa khuatir tidak dapat makan.  Maka berkata Sahel:  Engkau ambil batu itu dan minta kepada Allah supaya diujadikan makan untuk engkau makan.  Ishaq beretanya:  Jika berbuat demikian, maka siapa pimpinan (tauladanku) dalam berbuat demikian?  Jawab Sahel:  Bertauladanlah kepada Nabi Ibrahim ketika berkata:  Hai Tuhan perlihatkan kepadaku bagaimana caranya engkau menghidupkan sesuatu yang telah mati, supaya tenteram hatiku (nafsuku) sebenarnya aku telah percaya teapi nafsu ini tidsak puas, kecuali jika telah melihat dengan mata kepala.
122.     Tidak akan meremehkan wirid, kecuali orang yang bodoh (sangat tolol).  Kurnia Allah (waarid) terdapat di akhirat, tetapi wirid akan habis dengan habisnya dunia.  Dan sebaik-baik (seutama-utama) yang harus diperhatikan oleh seseorang itu yang tidak kunjung habis, wirid itu sebagai perintah Allah kepadamu, sedang waarid (kurnia) itulah hajat keperluanmu dari Allah.  Maka di manakah letak bandingan antara perintah Allah kepadamu dengan pengharapanmu dari Tuhan.
Wirid ialah segala macam bentuk ibadat lahir batin baik yang wajib mahupun sunat,  Sedang waarid, Pemberian-pemberian Tuhan dalam hati hamba yang berupa keterangan, nur cahaya dan kesenangan berbuat ibadat, taufik dan hidayatnya.
Seorang Hamba menjalankan kewajipannya, daripada melonjak-lonjak kepada apa yang menjadi hak Allah semata-mata.  Terutama wirid itu hanya berlaku masih hidup di dunia ini saja, sedang waarid akan lanjut sampai ke akhirat.
Rasulullah saw bersabda:   Amal yang sangat disukai oleh Allah ialah yang dawam (terus menerus) meskipun sedikit.  Al Hasan Albasry berkata:  Siapa yang sama hari ini dengan kelmarin, maka ia rugi dan siapa yang hari ini lebih buruk dari kelmarinnya, maka ia mahrum (tidak dapat rahmat) dan siapa yang tidak bertambah bererti berkurang dan siapa yang makin berkurang amalnya, maka mati lebih baik baginya.  Ketika Al Junaid ditegur orang kerana memegang tasbih di tangannya:  Tuan dalam kedudukan yang demikian itu masih saja menggunakan tasbih.  Jawab Al Junaid:  Alat yang telah menyampakkan kami, maka tidak saya tinggalkan.   Al Jujnaid berkata:  Orang arif menerima semua amal (wirid) itu sebagai tugas dari Allah, kerana itu mereka akan kembali mengadap kepada Allah dengan kebiasaan wirid (ibadat) yang ditugaskan oleh Allah itu.  Dan andaikata seribu tahun tidak akan mengurangi sedikitpun dari amal wiridku, kecuali jika ia terhalang untuk melakukannya.Datangnya kurnia bantuan Allah itu menurut persiapan, dan terbitnya nur cahaya Ilahi menuurut bersihnya (jernihnya) hati.
123.     Datangnya kurnia bantuan Allah itu menurut persiapan dan terbitnya nur cahaya Ilahi menurut bersihnya (jernihnya) hati.
Kerana itu ada tuntunan.  Bersihkan hatimu dari segala sesuatu selain Allah, nescaya kami (Allah) akan mengisi (memenuhi)nya dengan pengertian-pengertian makrifat dan rahsia-rahsia keyakinan.  Kerana itu tiap-tiap waarid (pemberian kurnia) itu tergantung kepada wirid.  Apabila wirid itu timbul dari hati yang suci bersih, maka datangnya waarid demikian terang bersihnya, demikian pula bila wirid itu tetap terus, maka waaridnya pun demikian tidak berhenti.  Allah tidak jemu memberi sehingga kamu jemu beramal.
124.     Seorang yang lalai dalam tauhidnya bahawa segala sesuatu itu berjalan menurut ketentuan takdir Allah, jika pagi hari dia bingung apakah yang harus dikerjakan, sedang seorang yang sempurna akal tauhidnya memikirkan apakah yang akan ditakdirkan oleh Allah baginya hari itu.
Memang pertama yang bergerak dalam hati fikiran tiap orang pada pagi hari menurut timbangan tahuhid imannya kepada Allah, maka orang yang lalai terhadap peraturan Allah dan kebijaksanaannya, ia bingung mengatur dirinya dan apa yang harus diperbuatnya hari itu, sebaliknya yang sehat akan iman tauhidnya kepada Allah, selalu teringat kepada kekuasaan dan kebijaksanaan Allah, maka ia dengan tenang hati menantikan apa yang akan diberikan Allah kepadanya hari itu.
Umar Bin Abdil Aziz berkata:  Kini aku tidak merasa kesenangan kecuali dalam ketentuan-ketentuan takdir Allah.
Abu Mad Yan ra berkata:  Usahakan dengan sungguh bila dapat, supaya hatimu tiap pagi dan petang menyerah bulat-bulat kepada Allah, semoga Allah melihat kepadamu dengan pandangan rahmatnya, nescaya termasuk orang bahagia dunia dan akhiratmu.
Siapa yang melihat kepada Allah tidak terlihat dirinya sendiri dan siapa yag melihat pada dirinya sendiri, tidak terlihat kepada Allah.  Kerana itu jika engkau menghadapi sesuatu hal, perhatikan hatimu ke mana condongnya, jika langsung kepada kekuatanmu, maka terputus dari Allah.  Dan jika langsung kepada kekuasaan Allah, bererti engkaulah yang telah sampai kepada Allah, sedang alam ini semuanya dalam genggaman Allah.  Dan tiap pagi harus berdoa demikian:  Ya Allah kini aku berada di waktu pagi, tiada menguasai diriku untuk kebaikan atau menolak bahaya atau mati atau hidup atau bangkit sesudah mati dan aku tidak dapat mengambil kecuali yang engkau beri dan tidak dapat menghindari sesuatu keculi yang engkau hindarkan.  Ya Allah, pimpinlah aku kepada jalan yang engkau redhai (restui) baik dalam perkataan atau amal perbuatan di dalam taat kepadamu, sungguh engkau yang besar kurnianya.
Doa Abu Hasan Asysyadzily:  Ya Allah sungguh segala sesuatu ada di tanganmu dan tetutup daripadaku dan aku tidak mengetaui apa yang harus aku pilih untuk diriku, maka pilihkanlah apa yang baik bagiku dan bawalah aku dalam hal yang amat baik serta terpuji akibatnya dalam agama, dunia dan akhirat, sungguh engkau atas segala sesuatu maha berkuasa.
125.     Sesungguhnya yang menyebabkan kerisauan hati (perasaan) orang-orang ahli ibadat dan zahir dari segala sesuatu itu, disebabkan kerana mereka masih terhijab/tidakmelihat Allah ddalam apa yang mereka lihat itu, tetapi andaikan mereka telah melihat Allah dalam tiap sesuatu, pasti tidak akan risau dari (terhadap) segala sesuatu.
Ahli ibadat ialah mereka yang bertaqarrub (mendekat) kepada Allah dengan berbagai amal ibadat.  Sedang orang zahid ialah orang yang bertaqarrub kepada Allah dengan jalan tawakkal (menyerah).  Kedua-dua golongan ini selalu ingin menjauh dari sesama makhluk, disebabkan mereka merasa bahawa makhluk itu hanya sebagai perintang dan penghalang mereka, sehingga tidak dapat khusyuk tetap taqarrubkepada Allah.l  Tetapi sekiranya mereka lebih mendalam makrifat terhadap Allah, tentu mereka tidak dapat terhalang oleh sesuatu apapun, sebab Allah berada pada segala sesuatu, maka tidak ada sesuatu yang melupakan dari Allah, bahkan sebaliknya mengingatkan kebesaran kekuasaan Allah Taala.
126.     Allah menyuruh engkau semasa hidup di dunia ini memperhatikan alam buatan Allah, dan kelak di akhirat Allah akan memperlihatkan kepadamu kesempurnaan zatnya.
Allah berfirman;  Katakanlah:  Perhatikanlah apa yang di langit itu?
Allah berfirman :  Berapa wajah pada hari kiamat itu berseri-seri (bercahaya).  Kerana ia dapat melihat kepada Tuhannya.
Pengelihatan seorang hamba kepada Allah menurut apa yang dibukakan oleh Allah, maka selama hidup di dunia Allah memperlihatkan kepada mereka kebesaran kekuasaannya dan kelak di akhirat akan dibukakan hijab sehingga langsung melihat zatnya.
127.     Allah telah mengetahui, bahawa engkau tidak sabar jika tidak melihat kepada Allah, maka Allah memperlihatkan kepadamu apa-apa yang asli buatan Allah.
Kerinduan yang berupa ingin melihat kepada Allah itu, termasuk kurnia yang besar dari Allah dan ini termasuk maqam ihsan, maka terhadap orang-orang yang telah sampai ke maqam ini, Allah menganjurkan sabar melihat buatan-buatan Allah lebih dahulu untuk diperlihatkan zat Allah di akhirat.
Tuntutan Supaya Benar-benar Dalam Iqamatussolat
128.     Ketika Allah mengetahui bahawa engkau mudah jemu, maka Allah membuat bermacam-macam cara taat dan ketika Allah telah mengtahui bahawa engkau juga bersifat rakus, maka dilarang lakukan solat dalam beberapa waktuk, supaya semangatmu tertuju pada sempurnanya solat bukan sekadar solat, sebat bukan semua orang yang solat itu sempurna solatnya.
Iqmatussolat (tegak sempurnanya solat) iaitu dengan menjaga syarat, rukunya.  Kemudian setalah sempurna, menjaga khusyuk dalam solat, supaya dalam solat tidak ingat sesuatu melainkian kepada Allah semata-mata dan setelah itu merasa bahawa solatnya itu semata-mata kurnia pemberian Tuhan kepadanya.
129.     Solat itu sebagai penyucian hati dari kotoran dosa dan untuk pembuka pintu ghaib.
Rasulullah saw bersabda:  Sesungguhnya perumpamaan solat itu, bagaikan sungai mengalir di muka pintu salah seorang, maka ia mandi daripadanya tiap hari 5 kali, apakah ada sisa dari kotorannya?  Jawab sahabat:  Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun.  Maka sabda Nabi saw:  Demikian pula contoh dari solat 5 waktu, menghapuskan dosa.
Juga Solat sebagai pembuka pintu ghaib, sebab bila hati telah bersih dan selalu berhubungan dengan Tuhannya, pasti lambat laun akan terbuka baginya tirai/pintu ghaib.
130.     Solat itu sebagai tempat bermunajat (menyampaikan hajat kepada Allah), serta memanjatkan puji syukur.  Dan sebagai tempat pembersihan hati dari berbagai kotoran.  Terbuka bebas di dalamnya datangnya berbagai rahsia-rahsia Tuhan.  Dan terbit terang padanya cahaya-cahaya ilmu dan makrifat.
Allah berfirman:  Tegakkan solat itu untuk zikir (ingat) kepadaku.
Sesungguhnya seorang hamba bila ia berdiri solat, maka Allah membuka untuknya tirai hijab dan langsung dihadapinya dan berdiri tegak para Malaikat dari atas bahunya hingga langit, mengikuti solatnya itu ditaburi rahmat dari langit hingga ubun kepalanya.  Dan dipanggil oleh suara:  Andaikata orang yang bermunajat ini mengetahui siapakah yang diajak bicara, tidak akan berhenti (memutuskan) solatnya.  Dan sesungguhnya pintu-pintu langit terbuka untuk orang yang solat.  Dan sesungguhnya Allah membanggakan barisan orang-orang yang solat di hadapan Malaikatnya.
Dalam Kitab Taurat ada tersebut demikian:  Hai anak Adam, jangan malas untuk berdiri solat di hadapanku sambil menangis, maka akulah Allah yang telah mendekat dari hatimu dan kerana ghaib engkau telah dapat melihat cahayaku.
Muhammad Bin Ali Attirmidzy berkata:  Allah telah memanggil orang-orang yang berstaubat supaya solat 5 waktu, kerana rahmat kasihan kepada mereka dan menyediakan berbagai macam hidangan supaya seorang hamba itu dapat merasakan pada tiap bacaan dan gerak itu kurnia pemberian-pemberiannya, maka gerak itu bagaikan makanan, sedang bacaan itu bagaikan minuman.  Dan hidangan itu disediakan oleh Allah tiap hari 5 kali, supaya tidak ada lagi sisa kotoran atau debunya.
131.     Allah telah mengetahui kelemahanmu, maka ia menyederhanakan bilangannya (iaitu hanya 5 waktu) dan Allah mengetahui pula bahawa engkau sangat berhajat, maka ia memperbanyak pahalanya melipat gandakan pahalanya.
Sehingga tiap hasanat kebaikan sekurang-kurannya mendapat 10 kali lipat gandanya.
132.     Apabila engkau menuntut upah/pahala untuk sesuatu amal perbuatan, pasti engkau juga akan dituntut kesempurnaan dan keikhlasanmu dalam amal perbuatan itu.  Dan bagi seorang yang merasa belum sempurna, harus merasa cukup puas jika ia telah selamat dari tuntutan.
Khair Annassaj berkata:  Timbangan amalmu itu sesuai dengan perbuatanmu, kerana itu mintalah kemurahan kurnianya dan itulah yang baik bagimu.  Al Wasithy berkata:  Ibadat-ibadat itu lebih dekat kepada mengharap maaf dan ampun daripada mengharap pahala dan upah.
Annash-rabadzy berkata:  Ibadat-ibadat itu bila diperhatikan kekurangan-kekurangannya, lebih dekat kepada mengharap maaf daripada mengharap pahala dan upah.
Allah berfirman:  Katakanlah hanya kerana kurnia dan rahmat Allah mereka boleh bergembira, sebab itu lebih baik bagi mereka dari segala apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri.
133.     Jangan menuntut upah (ganti) terhadap amal perbuatan yang kau sendiri tidak ikut berbuat, cukup besar upah balasan Allah bagimu, jika Allah menerima amal itu.
Allah Berfirman:  Dan Allah yang menjadikan engkau dan apa yang engkau perbuat (kerjakan) (As Saaffaat 37/96)
Ibrahim Allaqqany berkata:  Dan Allah yang menjadikan hamba dan segala perbuatannya.  Dia pula yang memberikan taufik untuk siapa yang akan sampai (mendekat) kepadanya.
134.     Jika Allah akan menunjukkan kurnianya kepadamu, maka ia yang menjadikan dan menamakan amal itu perbuatanmu.
Allah berfirman:  Hai hambaku yang beriman, hai orang-orang yang beriman.  Padahal Allah yang memberikan iman itu.  Kerana itu jawapan hamba:  Engkau yang memberikan kurnia kepadaku, sehingga aku berbuat taat, padahal saya sendiri tiada berdaya dan tidak berkekuatan kecuali semata-mata dengan pertolonganmu.
Sahel Bin Abdullah ra berkata:  Jika seorang hamba berbuat kebaikan, lalu ia berkata:  Engkau yang memberi kurnia, taufik dan memudahkan kepadaku, nescaya Allah memuji kepada hamba itu dengan firmannya:  Hambaku, engkau telah berbuat taat dan (taqarrub) mendekat kepadaku.  Sebaliknya jika hamba itu merasa beramal tidak ingat kepada taufik pertolongan Allah, maka Allah mengabaikan (berpaling) sambil berfirman:  Aku yang memberi taufik hidayat dan aku yang membantu memudahkan itu kepadamu.
Dan apabila berbuat kejahatan lalu berkata:  Engkau yang menakdirkan dan menghukum sereta memutuskan (yakni saya tidak ikut bersalah).  Jawab Tuhan:  Hai hambaku, kaulah yang salah, bodoh dan berbuat maksiat pelanggaran.  Sebaliknya jika hamba yang berbuat dosa itu berkata:   Aku telah berbuat salah kerana aku bodoh zalim pada diriku sendiri.  Maka dijawab oleh Tuhan:  Hambaku aku yang menentukan, menakdirkan dan menutup segala mengampunkan.
135.     Tiada batas akhirnya keburukanmu jika Allah mengembalikan engkau kepada kekuatan usaha daya upayamu sendiri dan tidak ada habisnya kebaikanmu, jika Allah memperlihatkan kemurahannya kepadamu (pada diriku).
Rasulullah saw bersabda:  Ya Allah perbaikilah urusanku semuanya dan jangan kau serahkan urusanku kepada diriku sendiri walau selip matapun.
Bersandarlah Kepada Sifat Tuhan Dan Buktikan Kehambaanmu
136.     Bersandarlah selalu kepada sifat-sifat ke Tuhanan Allah dan perhatikan sungguh-sungguh sifat-sifat kehambaanmu sendiri.
Ingatlah selalu sifat-sifat ketuhanan Allah, iaitu:  Kaya, Kuasa, Mengetahui, Mulia dan Kuat, sedang sifat-sifat kehambaanmu ialah:  Miskin, lemah, bodoh, hina dan tidak berdaya.  Kerana mengingati selalu kepada sifat-sifat ketuhanan, maka kita harus bersabar diri kepadanya untuk mendapatkan apa hajat keperluan kita itu.  Tidak ada jalan lain melainkan bersaandar kepada Tuhan untuk mencapai semua hajat keperluan itu.
137.     Allah melarang engkau mengakui apa-apa yang bukan hakmu dari hak-hak lain orang. Apakah mungkin akan membolehkan kepadamu mengakui sifat-sifat Allah padahal ia Tuhan yang memelihara, mengatur dan menjamin seisi alam.
Ibn Abbas ra berkata:  Rasulullah saw telah bersabda:  Allah telah bersabda:  Kesombongan itu pakaianku (selendangku) dan kebesaran itu sebagai sarungku, maka siapa akan bersaingan dengan aku dalam salah satu sifat itu, aku lemparkannya ke dalam neraka.
Memang sebaik-baiknya hamba ialah yang mengakui dan menyedari sifat-sifat hamba dan sejahat-jahat hamba ialah yang tidak menyedari kehambaan dirinya, bahkan merasa seolah-oleh memiliki kekuatan/kekuasaan, kemuliaan yang semata-mata hak Tuhan dan sifat-sifat utama bagi Allah Taala.  Jika seorang hamba menginginkan semua itu dapat dengan menyandarkan diri kepada Tuhan Allah yang memiliki semua itu.
Rasulullah telah bersabda:  Tiada seorang yang lebih cemburu dari Allah kerana itu Allah mengharamkan segala perbuatan yang keji.  Dan kerana itu pula Allah takkan mengampunkan orang yang menyekutukannya dengan sesuatu apapun,  Kerana itu pula sifat-sifat kesempurnaan Allah, tidak boleh dikurangi walau sedikitpun.
138.     Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal engkau sendiri tidak mengubah dirimu dari kebiasaannya. 
Kharqul awaa’id:  Ialah kekeramatan, kejadian-kejadian yang luar biasa seperti berjalan di atas air, terlipatnya bumi sehingga dapat pergi ke hujung barat dan timur dalam selangkah kaki dan makan dari seisi alam sekehendaknya dan tidak ada doanya yang tertolak.
Bagaimakah kau akan dapat mencapai yang demikian itu, sesuatu yang menyalahi adat kebiasaan umum, padahal kau sendiri belum dapat mengekang hawa nafsu dan kehendakmu, padahal kau belum dapat melepaskan kehendakmu untuk menurut dan menyerah pada kehendak Allah.  Dan kehendak Allah itu, ialah yang teratur dalam ajaran tuntunan syariat, baik yang tersebut dalam Quraan atau hadis Rasullallah saw.
Kekeramatan yang luar biasa itu tidak akan diberikan oleh Allah, kecuali pada orang yang melenyapkan kehendak sendiri, kerana sangat puas kepada kehendak Allah dan pilihannya.  
139.     Bukannya tujuan utama itu hanya sekadar minta (berdoa), tetapi tujuan yang utama ialah jika kau mengetahui adab terhadap Tuhanmu.
Iaitu menerima apa yang diberi oleh Tuhan tanpa merasa kurang atau kecil.  Sebagai kebiasaan tuan (majikan) mencukupi keperluan hambanya, demikian pula kewajipan seorang hamba menyerah saja kepada kebijaksanaan aturan Tuhannya.
140.     Tiada sesuatu yang dapat menyegerakan tercapainya permintaan hajatmu seperti keadaan terpaksa dan tiada sesuatu yang dapat menyegerakan tibanya pemberia-pemberian kurnia Allah seperti merasa rendah diri dan sangat fakir miskin.
Allah berfirman:  Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadanya dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?  Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Alah?  Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu). (An Naml 27/62).
Orang mudh-thar (yang terpaksa) itu ialah yang merasa sudah tidak ada daya dan tidak ada kekuatan lain yang dapat menolongnya, baik dari luar atau dari dirinya sendiri, kecuali satu iaitu Allah semata-mata.  Orang demikianlah yang pasti segera tercapai hajat keperluannya dan itulah yang bernama tauhid  (mengesakan Allah).  Hal orang ini bagaikan orang yang akan ten ggelam di lautan atau tersesat di hutan belukar yang seram sekali. 
Allah berfirman:  Sungguh Allah telah membantu kamu (memenangkan kamu) dalam perang Badar, ketika kamu dalam keadaan hina dan rendah diri tidak berdaya. 
Allah berfirman:  Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yangdijinakan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan ) dalam perjalanan.  (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.  Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui, lagi maha bijaksana.  (At Taubah 9/60).
Ketiga-tiga hal inilah yang paling cepat untuk menyampaikan atau mendatangkan kurnia pemberian Tuhan.
Seorang yang terpaksa kerana benar-benar telah merasa tidak ada lagi yang dapat menolongnya, kecuali rahmat kurnia Allah, sebab ia sendiri telah begitu miskin dari segala apa yang dapat digunakan untuk memacing apa-apa dari Tuhan, maka hanya bergantung pada rahmat kurnia Tuhan semata-mata.  Maka dengan demikia ia merasa rendah betul, sebab ia minta tetapi tanpa sesuatu yang diajukan untuk layaknya ia menerima pemberian itu.
Rasulullah bersabda:  Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata, kalimat ini suatu kekayaan dari kekayaan syurga.
Bererti orang yang mempergunakannya, maka ia bagaikan hidup dalam syurga, sebab ia merasa puas dengan jaminan Allah dan nikmat pemberiannya.
141.     Andaikan engkau tidak dapat sampai kepada Allah, kecuali sesudah habis lenyap semua dosa dan kekotoran syirik, nescaya engkau tidak akan sampai kepadanya untuk selamanya, tetapi jika Allah akan menarik/menyampaikan engkau kepadanya, Ia menutupi sifatmu dengan sifatnya dan kekuranganmu dengan kurnia kekayaannya.  Maka Allah menyampaikan engkau kepadanya dengan apa yang diberikan olehnya kepadamu, bukan kerana amal perbuatanmu yang engkau hadapkan kepadanya.
Abdul Hasan Asysyadzily berkata:  Seorang wali tidak akan sampai kepada Allah, jika ia masih ada syahwat atau usaha ikhtiar sendiri.  Kerana itu jika Allah tidak menarik hambanya dan membiarkannya dengan usaha ikhtiarnya sendiri, takkan sampai kepada Allah untuk selama-lamanya.  Kerana itu jika Allah akan menarik dan segera menyampaikan hambanya, maka ditampakkan padanya sifat-sifat Allah.  Sehingga mati kehendak dan ikhtiar usaha sendiri dan segera menyerah kepada iradat kehendak dan putusan pemberian Tuhan, maka ketika itu ia sampai kepada Allah kerana tarikan Allah, bukan kerana amal usahanya sendiri, sampai kerana kurnia Allah bukan kerana ibadat dan taatnya kepada Allah.
142.     Andai kata tidak ada kebaikan tutup dari Allah nescaya tidak ada amal yang layak untuk diterima.
Syarat untuk diterima tiap amal itu adalah ikhlas, tulus kepada Allah, tetapi manusia teruji dengan sombong diri, merasa sudah cukup beramal lebih jahat lagi jika ia riyak dengan amal perbuatannya dan mengharap pujian atas amal perbuatan itu.
Kerana demikian tabiat tiap hamba, maka sukar untuk dapat diterimanya segala amal perbuatannya, kecuali mengharap rahmat kurnia dan kesabaran Allah semata-mata.
Abu Abdullah Al Qurasyi berkata:  Jika Allah menuntut mereka tentang keikhlasan, maka lenyaplah semua amal perbuatan mereka dan apbila telah lenyap semua amal perbuatan mereka, bertambahlah hajat keperluan mereka, maka dengan itu mereka lalu melepaskan diri daripada bergantung kepada segala sesuatu dan apabila ia telah bebas dari segala sesuatu kembalilah mereka kepada Allah dalam keadaan telah bersih dari segala sesuatu, meskipun amal perbuatan  sendiri atau tenaga kekuatan diri sendiri.  Atau hikmat ke 142 ini dapat diertikan demikian.  Andaikan tidak kerana baiknya kurnia Allah yang menutupi kekurangan-kekurangan kita dalam semua amal perbuatan kami, maka tidak akan ada amal perbuatan yang dapat diterima oleh Allah.  Maka nyata bahawa diterimanya amal taat itu hanya kurnia dan rahmat Allah semata-mata.
143.     Engkau lebih memerlukan maaf dan kesabaran Allah, ketika engkau berbuat taat, melebihi daripada keperluanmu ketika engkau berbuat maksiat dosa.
Kemuliaan seorang hamba hanya ketika bersandar diri kepada Tuhannya dan jatuhnya seorang hamba bila ia telah melihat dan berbangga dengan dirinya sendiri.  Sedang manusia ketika berbuat taat merasa dirinya sudah baik lalu berbangga dengan amal perbuatannya itu, kemudian menghina orang lain.  Pada hal amal perbuatannya itu jika diperhati dalam hal keikhlasannya tidak mungkin akan diterima, bahkan amal itu semua hanya amal perbuatan yang palsu dan tidak berharga di sisi Allah.  Allah telah menurunkan wahyu kepada seorang nabi:  Beritahukan kepada hamba-hambaku yang siddiqin (yang sungguh-sungguh beribadat kepadaku), janganlah kamu tertipu oleh kesombongan dengan amal perbuatanmu itu, kerana apabila aku menegakkan benar-benar keadilanku pasti aku akan menyiksa mereka dan tidak (bukan) suatu kezaliman terhadap mereka.  Dan katakan kepada hamba-hambaku yang telah berbuat dosa.  Janganlah kamu berputus harapan dari rahmatku, sebab tidak ada suatu dosa yang tidak dapat aku ampunkan. 
Abu Yazid Al Bustamy berkata:  Taubat kerana berbuat maksiat itu cukup hanya satu kali, sedang taubat setelah berbuat taat harus seribu kali, sebab taat yang diliputi oleh ujub sombong itu berubah menjadi maksiat yang besar dan orang tidak akan menyedarinya.  Sebabgaimana terjadi jatuhnya iblis dari singgahsana kehormatannya.
144.     Tutup Allah itu terbahagi 2, (1) tertutup dari berbuat maksiat (dosa) dan tertutup dalam perbuatan maksiat (dosa).  Manusia pada umumnya meminta kepada Allah supaya ditutupi dalam perbuatan dosa, kerana khuatir jatuh kedudukannya dalam pandangan sesama manusia, tetapi orang-orang yang khusus meminta kepada Allah, supaya ditutupi daripada maksiat (dosa), jangan sampai berbuat dosa kerana takut jatuh dari pandangan Allah.
Allah berfirman:  Mereka sembunyi dari sesama manusia, tetapi tidak sembunyi dari Allah yang selalu berserta mereka.
Allah berfirman:  Mereka yang munafik bermuka-muka kepada orang (riya’) dan tiada ingat zikir kepada Allah kecuali sedikit sekali.
Ady Bin Hatim ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Kelak pada hari qimat ada beberapa orang yang dibawa ke syurga, tetapi setelah melihat segala kesenangan yang tersedia dan merasakan hawa enaknya, tiba-tiba diperintahkan menghalau mereka dari syurga, sebab mereka tidak ada bahagian dalam syurga itu, maka kembalilah mereka dengan penuh penyesalan.  Sehingga mereka berkata:  Ya Tuhan, andaikan engkau masukkan kami ke dalam neraka sebelum memperlihtkan kepada kami syurga dan segala yang disediakan untuk para walimu, nescaya akan lebih ringan bagi kami jawab Tuhan:  Memang kami sengaja yang demikian, kamu dahulu jika sendirian berbuat segala dosa-dosa yang besar, tetapi jika bertemu pada orang-orang berlagak khusyuk bermuka-muka pada manusia berlawanan dengan apa yang dalm hatimu, kjamu takut kepada sesama manusia dan tidak takut kepadaku, mengagumkan sesama manusia dan tidak mengagumkan aku, condong kepada manusia dan tidak condong kepaku, maka hari ii aku rasakan siksaku yang sepedih-pedihnya, disamping diharamkan atas kjamu segala rahmatku.
145.     Siapa yang menghormati kepadamu, sebenarnya hanya menghormati keindahan tutup Allah kepadamu, oleh kerana itu seharusnya pujian itu pada Tuhan yang menutupi engkau bukan pada orang yang menuji dan terima kasih kepadamu.
Tiap orang pasti ada cela kebusukannya yang andaikan diketahui oleh lain orang, pasti akan membenci dan tidak suka padanya, tetapi yang menyebabkan adanya orang yang memuji dan menghormati padanya,m bukan semata-mata kerana kebaikannya, tetapi kerana Allah menutupi kebusukan dan cacatnya, maka pujian itu seharusnya kembali kepada Tuhan yang menutupi kebusukan (aibnya), bukan kepada orang yang tidak mengegtahui kebusukannya.  Tiap orang pasti mempunyai ciri-ciri dan kekurangan-kekurangan yang ia malu jika diketahui oleh lain orang, kerna itu jika terjadi ada orang memuji kepadanya tidak lain kerana indahnya tutup yang dipasang oleh Allah pada dirinya.  Sehingga tertutup cela kekurangannya dan terlihat bagusnya semata-mata. Kerana itu wajib ia bersyukur memuji kepada Allah yang menutupi dan tidak pada manusia yang memujinya kerana tidak tahu keburukannya.
146.     Sebenarnya bukan sahabatmu, kecuali yang bersahabat kepadamu, setelah ia mengetahui benar-benar keburukanmu dan tiada yang demikian itu kecuali Tuhanmu yang maha mengetahui.  Sebaik-baik sahabatmu ialah yang selalu memperhatikan kepentinganmu, bukan kerana sesuatu kepentingan yang diharap daripadamu untuk dirinya.
Dan yang sedemikian itu juga tidak ada, kecuali Tuhan Allah sendiri tiada lain-lainnya.  Sedangkan ayah dan ibu masih juga ada kepentingan-kepentingan dan pengharapan-pengharapan  daripadamu, sedangkan di dunia tidak ada manusia yang kasih sayang kepadamu sebagaimana ayah dan ibu, demikian pula masih tidak sunyi dari harapan dan kepentingan. 
Andaikan Nur Imanmu Telah Terang, Pasti Dapat Melihat Akhirat
147.          Andaikan nur keyakinan itu telah menerangi hatimu, nescaya engkau dapat meliht akhirat itu lebih dekat kepadamu sebelum engkau melangkah kaki kepadanya, juga nescaya engkau akan dapat melihat segala kecantikan dunia ini, telah diliputi kemuraman kerosakan yang bakal menghianggapinya.
Rasulullah saw berkata:  Sesungguhnya nur cahaya jika masuk dalam hati, terbuka lapanglah dada untuknya.  Ketika Nabi saw ditanya:  Ya Rasulullah apakah yang demikian itu ada tandanya?  Jawab Nabi saw:  Ya, iaitu merenggangkan diri dari dunia tipuan dan condong pada akhirat yang kekal dan bersiap-siap untuk menghadapi maut (mati) sebelum tibanya.
Anas ra berkata:  Ketika Rasulullah saw sedang berjalan berjumpa dengan seorang pemuda dari sahabat Anshar, Rasulullah terus bertanya:  Bagaimanakah keadaanmu hai Haritsah pada pagi ini?  Jawabnya:  Saya kini menjadi seorang mukmin yang sungguh-sungguh.  Rasulullah berkata:  Hai Haritsah perhatikan perkataanmu, sebab tiap kata itu harus ada bukti hakikinya.  Maka berkata Haritsah:  Ya Rasulullah jiwaku jemu dari dunia, sehingga saya bangun malam dan puasa siang hari, kini seolah-olah aku berhadapan dengan arsy dan melihat ahli syurga sedang ziarah menziarahi antara satu dengan yang lain, sebagaimana seolah-olah aku melihat ahli neraka sedang menjerit-jerit di dalamnya:  Bersabda Nabi saw:  Engkau telah melihat, maka tetapkanlah (jangan berubah).  Seorang hamba yang telah diberi nur iman dalam hatinya  Haritsah berkata:  Ya Rasulullah doakan aku mati syahid, maka Nabi saw berdoa untuknya.
Pada suatu hari ketika ada penggilan untuk berjihad (Hai kuda Allah segeralah), maka dialah yang pertama menyambut dan yang pertama mati syahid.  Dan ketika ibunya mendengar berita bahawa anaknya telah mati syahid, ia datang bertanya kepada Rasulullah saw:  Ya Rasulullah beritahukan kepadaku tentang Haritsah putraku, jika ia di syurga aku tidak akan menangis atau menyesal, tetapi jika lain dari itu, maka aku akan menangis selama hidupku di dunia.  Jawab Nabi saw:  Hai ibu Haritsah, bukan hanya satu syurga tetapi syurga di dalam syurga-syurga .  Dan Haritsah telah mencapai firdaus yang tertinggi.  Maka kembalilah ibu Haritsah sambil tertawa dan berkata:  Untung-untung bagimu hai Haritsah.
Anas ra juga berkata:  Pada suatu hari Mu’adz Bin Jabal masuk ke tempat Nabi saw sambil menangis, maka ditanya oleh Nabi saw:  Bagaimanakah keadaanmu pagi ini hai Mu’adz?  Jawab Mu’adz:  Aku pagi ini mukmin benar-benar kepada Allah.  Bersabda Nabi saw:  Tiap kata-kata yang benar itu harus ada bukti hakikatnya, maka apakah bukti pernyataanmu itu?  Jawab Mu’adz:  Ya Nabiyallah, kini jika aku berada di waktu pagi merasa mungkin tidak sampai petang dan jika petang merasa tidak mungkin sampai pagi dan tiap melangkahkan kaki merasa mungkin tidak dapat melangkahkan yang lain dan terlihat kepadaku seolah-olah manusia semua telah dipanggil untuk menerima suratan amal bersama dengan Nabi-nabi dan berhala-berhalanya yang disembah selai dari Allah, juga seolah-olah saya melihat siksa ahli neraka dan pahala ahli syurga.  Maka bersabda Nabi:  Engkau telah mengetahui, maka tetapkanlah.
Rasulullah saw ketika memberitahukan kepada sahabat-sahabatnya hal gugurnya sahabat Zaid Bin Haritsah dan Ja’far Bin Abi Thalib dan Abdullah Bin Rawahah ra berkata:  Demi Allah mereka tidak akan senang, andaikan mereka masih berada di antara kami.  Rasulullah memberitakan demikian dengan air mata yang berlinang-linang.
148.     Tiada sesuatu benda yang menghijab engkau dari Allah, tetapi yang menghijab engkau persangkaanmu adalah sesuatu disamping Allah:  Sebab segala sesuatu selain dari Allah itu pada hakikatnya tidak maujud (tidak ada) sebab yang wajib ada hanya Allah, untuk diadakan atau ditiadakan.
Seorang arif berkata:  Adanya makhluk semua ini bagaikan adanya bayangan pohon di dalam air, maka ia tidak akan menghalangi jalannya kapal (perahu) maka hakikat yang sebenarnya tiada sesuatu benda apapun yang ada maujud di samping Allah untuk menghijab engkau dari Allah hanya engkau sendiri menyangka bayangan itu sebagai sesuatu yang maujud.
Lain contoh:  Seorang yang bermalam di suatu tempat, tiba-tiba pada malam hari ketika ia akan buang air, terdengar suara angin yang menderu masuk ke lubang sehingga persis sama dengan suara harimau, maka ia tidak berani keluar, tiba-tiba pada pagi hari ia tidak melihat bekas-bekas harimau maka ia tahu bahawa itu hanya tekanan angin yang masuk ke lubang, maka ia tidak tertahan kerana harimau, hanya kerana perkiraan adanya harimau.
149.     Andaikata Allah tidak zahir pada benda-benda alam ini, tidak mungkin adanya penglihatan padanya dan andaikan Allah menzahirkan sifatnya pasti lenyaplah alam bendanya.
Allah berfirman:  Ketika Allah bertajali kepada bukit, hancurlah (lenyaplah) bukit itu, sedang Nabi Musa jatuh pengsan.
Rasulullah saw bersabda:  Hijab Allah itu berupa cahaya, andaikan dibuka pasti akan terbakar segala sesuatu yang menghadapinya.
150.     Allah yang menzahirkan segala sesuatu, kerana dia (Allah) yang bersifat batin dan Allah yang meliputi adanya segala sesuatu sebab Allah itulah yang zahir (jelas) paada tiap-tiap sesuatu.
Sebab Alat pengelihatan manusia ini serba gelap, tidak hanya cukup dengan mata dan benda yang dilihat, harus dibantu oleh nur cahaya yang menerangi mata dan benda yang akan dilihat.  Sedang Allah itulah yang Nums samaawati wal’ardhi.  Allah itulah yang menerangi langi dan bumi.
151.     Allah mengizinkan engkau melihat alam sekitarmu, tetapi Allah tidak mengizinkan engkau berhenti pada benda-benda alam sebagaimana firman Allah:  Katakanlah perhatianlah apa yang di langit-langit itu, Allah membukakan bagimu jalan untuk mengerti, kerana itu ia tidak berkata:  Perhatikanlah langit-langit itu.  Supaya tidak menunjukkan kepadamu adanya benda-benda itu.
Sebab benda-benda itu adalah buatan yang rosak dan tdak kekal, maka jangan sampai tertipu sehingga kau sangkakan berdiri sendiri, seolah-olah terlepas dari ketentuan Allah.
Dalam kitab Latha ‘ifu-iman tersebut:  Alam benda ini tidak ditegakkan untuk engkau perhatikan, tetapi untuk engkau perhatikan padanya kebesaran kekuasaan Tuhan, yang mengatur.
152.     Alam ini ada bila ditetapkan oleh Allah, tetapi alam ini musnah lenyap dengan keesaan zat Allah.
Keesaan Zat Allah yang tidak bersekutu atau berbanding itu melenyapkan segala apa saja, yakni tetap Allah yang tunggal dan segala sesuatu selain Allah bayangan belaka dan bekas buatan Allah.
153.     Orang-orang memuji padamu disebabkan oleh apa yang mereka sangka ada padamu, kerana itu engkau harus mencela dirimu kerana apa-apa yang benar-benar engkau ketahui pada dirimu.
Jangan sampai engkau tertipu oleh pujian orang-orang yang tidak mengetahui hakikatmu, sehingga seolah-olah mereka sudah sempurna dan merasa layak dipuji, bahkan sebaliknya itu engkau harus berdoa:
Ya Allah jadikan aku lebih baik dari apa yang merreka sangka dan ampunkan bagiku apa-apa (dosa-dosa) yang tidak mereka ketahui.  Dan jangan dituntut dengan apa yang mereka katakan.
Siapa yang merasa senang dengan pujian orang terhadap dirinya, bererti ia telah mengizinkan (memberi kesempatan) kepada syaitan untuk masuk dan merosak iman dan fikirannya.
Sifat Orang Mukmin Jika Dipuji
154.     Seorang mukmin jika dipuji orang, malu pada Allah kerana ia dipuji dengan sifat yang tidak ada pada dirinya.
Seorang mukmin yang sesungguhnya ialah yang tidak merasa dirinya mempunyai sifat-sifat yang layak untuk dipuji sebab ia hanya merasa mendapat kurnia Allah jika ia dapat berbuat sesuatu yang baik dan sama sekali bukan dari usaha kekuasaan dan kehendak sendiri.
155.     Sebodoh-bodoh manusia iaitu orang yang meninggalkan (mengabaikan) keyakinan yang sungguh ada padanya, kerana menurut persangkaan yang ada pada orang-orang.
Kekurangan-kekurangan dan dosa-dosa yang telah dilakukannya atau kerendahan akhlak dan kelemahan imannya sendiri.  Sedang persangkaan orang lain yang mengira baik padanya kerana kebodohannya dan tidak mengetahui apa yang di balik tirai yang tertutup fantasi lahir yang baik itu.  Kerana itu jika ia tidak sedar diri terhadap sesuatu yang yakin itu, kerana menurutkan perkiraan orang lain, maka nyata ia sebodoh-bodoh manusia.
Al Harits Al Muhasiby mengumpamakan orang yang senang dengan pujian orang itu, bagaikan orang yang senang dengan ejekan orang padanya:  Andaikata ada orang berkata:  kotoranmu itu tidak berbau atau berbau harum, kalu engkau gembira dengan keterangan pujian yang demikian, padahal engkau sendiri jijik dan berbau busuk.  Maka ketahuilah bahawa kotoran dosa dan jiwa itu lebih busuk dari kotoran (najis) manusia.
Seorang hakim dipuji oleh orang awam, maka ia menangis lalu ditanya:  Mengapakah engkau menangis padahal orang itu memujimu?  Jawabnya:  Ia tidak memujiku, melainkan setelah mengetahui bahawa ada padaku sifat-sifat yang sama dengan sifat-sifatnya.
156.     Jika Allah melepaskan lidah orang-orang memuji-muji kepadamu, padahal nyata-nyata engkau tidak layak untuk mendapat pujian yang sedemikian itu, maka harus engkau memuji kepada Allah sebagai layaknya (haknya).
Engkau memuji kepada Allah yang telah menutupi kekurangan-kekuranganmu dan aib (cela) mu itu dan jangan sekali-kali tertipu oleh pujian orang yang bodoh yang tidak mengetahui hakikkat yang sebenarnya.
157.     Orang-orang zahid (ahli ibadat) jika merasa ketakutan, kerana melihat pujian itu dari sesama makhluk, sebaliknya orang arif jika dipuji merasa gembira kerana mengerti benar-benar bahawa pujian itu langsung dari Allah raja yang hak.
Kerana itu Rasulullah mengajarkan secara umum  Siratkan (hamburkan) tanah di buka orang yang memuji-muji.
Sedang Rasulullah sendiri ketika dipuji dengan qasidah oleh Hassan dan Ka’ab Bin Zubair, Rasulullah saw menunjukkan kegembiraan bahkan melemparkan serban kepada Ka’ab Bin Zuhair.
Suatu tanda bahawa ia seorang arif bila ia tidak berubah dalam pujian mahu celaan orang, sebab yang diperhatikan hanya semata-mata hubungannya kepada Allah.
Tanda Kedewasaan Dalam Iman Tauhid
158.     Apabila engkau ketika diberi merasa gembira kerana pemberian dan jika ditolak merasa sedih kerana penolakan, maka ketahuilah yang demikian itu sebagai tanda masih adanya sifat-sifat keanak-anakan padamu dan belum bersungguh-sungguh dalam sifat kehambaanmu kepada Allah.
Selama engkau masih selalu berubah-ubah suasana hatimu ketika menerima nikmat atau ujian bala, maka nyata bahawa masih dipengaruhi oleh hawa nafsu dan belum bersungguh-sungguh dalam kedudukan kehambaan kepada Allah dan pengerian terhadap hikmat rahmat Allah terhadap sekalian makhluknya.
159.     Jika terlanjur (terjadi) perbuatan dosa, maka yang demikian itu jangan sampai menyebabkan patah hatimu untuk mendapatkan istiqamah kepada Tuhanmu, sebab kemungkinan yang demikian itu sebagai dosa yang terakhir yang telah ditakdirkan bagimu.
Perbuatan dosa itu tidak menyalahi istiqamah dalam kehambaan, asalkan jangan terus menerus dan merupakan kegembiraan dalam melakukannya, tetapi bila semata-mata kerana terlanjur, dengan tidak ada sifat gembira dalam melakukan perbuatan itu, bahkan segera bertaubat daripadanya.  Sebab manusia tidak akan mungkin dapat mengelak diri dari takdir yang telah tertulis baginya.  Kerana itu terjadinya perbuatan dosa jangan sekali-kali memyebabkan putus asa dari tetapnya istiqamah dalam kehambaan kepada Allah swt.
160.     Apabila engkau ingin dibukakan oleh Allah pintu harapan, maka perhatikan kebesaran nikmat-nikmat dan rahmat Allah yang berlimpah-limpah kepadamu.  Dan bila engkau ingin dibukakan bagimu pintu ketakutan, maka perhatikan amal perbuatranmu terhadap Allah.
Jika engkau selalu memperhatikan kebesaran dan padatnya nikmat rahmat Allah kepadamu, pasti engkau akan selalu optimis dan berharap baik atau bersangka baik, sebaliknya jika engkau selalu memperhatikan kecurangan dan kekuranganmu terhadap Allah, maka pasti timbul daripadamu rasa takut kepada Allah.  Dan kedua perasaan ini iaitu takut dan berharap kepada Allah, memang sifat-sifat yang harus ada pada tiap mukmin.
Adakalanya KerisauanMenambah Keksedaran Tauhid
161.     Mungkin engkau mendapat kurnia ilmu makrifat pada saat gelapnya kesedihan, apa-apa yang tidak engkau dapatkan pada saat terangnya nikmat kesenangan.  Kamu tidak mengetahui yang manakah yang lebih dekat bagimu manfaat keuntungannya.
Adakalanya manusia kerana nikmat ia jatuh binasa dan adakalanya juga kerana bala, maka ia mendapat kurnia yang sebesar-besarnya dari taufik hidayat serta iman dan makrifat terhadap Allah.
Kerana manusia tidak mengetahui maka sebaiknya ia menyerah dengan rela dan tidak cerewet terhadap pemberian dan aturan Allah.
Hati Dan Sir Itulah Tempat Terbitnya Nur Iman
162.     Tempat terbitnya berbagai nur cahaya Ilahi itu dalam hati manusia dan rahsia-rahsianya.
Bintang ilmu dan bulan makrifat dan matahari tauhid semuanya bersarang dan terbit hanya pada hati manusia.
Rasulullah saw bersabda:  Allah telah berfirman:  Tidak cukup untukku langit dan bumiku, tetapi yang cukup bagiku hanya hati hambaku yang beriman (mukmin).
Abdul Hasan Asysyadzily berkata:  Andaikan Allah membuka penerangan nur seorang mukmin yang berbuat dosa, nescaya memenuhi antara langit dan bumi, maka bagaimanakah dengan nur cahaya seorang mukmin yang taat.  Abu Abbas Almarsy berkata:  Andaikan Allah membuka hakikat kewalian seorang wali, nescaya akan disembah orang, sebab ia bersifat dengan sifat-sifat Allah swt.
Andaikan Allah membuka nur cahaya hati para walinya, nescaya akan sirna cahaya matrahari, bukan kerana kuat nur para wali itu tetapi kerana nur matahari dan bulan dapat hapus dengan gerhana, sedang nur para wali itu tidak ada gerhananya.
Sesungguhnya matahari terbenam di waktu malam.  Sedang matahari hati itu tidak terbenam untuk selamanya.
163.     Nur cahaya yang tersimpan dalam hati itu datangnya dari nur yang datang langsung dari perbendaharaan ghaib.
Nur keyakinan yang ada dalam hati orang-orang arif itu salurannya langsung daripada nur yang berasal dari perbendaharaan ghaib.  Allah telah menerangi alam benda yang lahir ini dengan nur cahaya benda buatannnya dan Allah menerangi hati batin itu dengan nur cahaya sifat-sifatnya.
164.     Nur cahaya yang dicapai dengan pancaindera menerangkan bagimu bekas-bekas buatan Allah yang berupa benda, sebaliknya nur iman keyakinan dapat menunjukkan kamu hakikat sifat-sifat Allah.
Dengan nur cahaya matahari engkau melihat benda-benda alam, tetapi dengan nur iman keyakinan engkau dapat langsung melihat kepada Allah yang menjadikan benda alam.
165.     Adakalanya hati itu terhenti pada sinar cahaya-cahaya itu, sebagaimana terhijabnya nafsu dengan patnya benda-benda makhluk.
Hijab yang dapat merintangi atau menghijab manusia berjalan kepada Allah itu adakalanya nurani dan adakalanya kegelapan, maka bila yang menghentikan perjalanan menuju kepada Allah berupa ilmu pengetahuan, maka itu bernama hijab nurani, sebaliknya jika yang menghalangi perjalanan itu adat kebiasaan dan syahwat, maka bernama kegelapan benda dunia.  Hati dapat silau oleh nur cahaya, sebagaimana silaunya nafsu dengan kegelapan benda, sedang Allah di balik itu semuanya.
166.     Allah sengaja menutupi nur hati itu dengan pekerjaan-pekerjaan yang lahir kerana sayang kepadanya jangan sampai dibuang dengan terbuka begitu saja, atau khuatir daripada lidah yang menyiar-nyiarkannya.
Juga Allah menutup nur cahaya kewalian para walinya kerana rahmatnya terhadap kaum mukminin, sebab sekiranya terbuka itu rahsia kewalian pada seorang, pasti akan mewajibkan bagi orang yang terbuka hatinya itu, kewajipan-kewajipan yang mungkin tidak dapat melaksanakannya dan dengan demikian bererti telah terjerumus dalam dosa derhaka.
Tidak Ada Tanda Bagi Seorang Wali
167.     Maha suci Allah yang sengaja tidak mengadakan suatu bukti (tanda) untuk para walinya, kecuali sekadar untuk mengenal kepadanya, sebagaimana tidak menyampaikan (mempertemuan) dengan mereka kecuali pada orang yang akan disampaikan kepada Allah.
Abul Abbas Almarsy berkata:  Untuk mengenal seorang waliyullah itu lebih sukar daripada mengenal kepada Allah, sebab Allah mudah dikenal dengan adanya bukti-bukti kebesaran, kekuasaan dan keindahan  ciptaannya, tetapi untuk mengetahui seorang makhluk yang sama-sama dengan engkau:  makan minum dan menderita segala penderitaanmu sungguh sangat sukar.  Tetapi jika Allah memperkenalkan engkau dengan seorang wali, maka Allah menutupi sifat-sifat manusia biasanya dan memperlihatkan kepadamu keistimewaan-keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepda wali itu.
Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman:  Para waliku dibawah naunganku, tiada yang mengenal mereka dan mendekat kepada seorang wali, kecuali jika Allah memberikan tufik hidayatnya supaya ia langsung juga mengenal kepada Allah dan kebesarannya yang diberikan kepada seorang manusia yang dikhendakinya.
Abu Ali Al Jurjany berkata:  Seorang wali itu ialah orang yang fana (lupa pada dirinya dan tetap (baqa’) dalam musyahadah dan melihat Tuhan.  Allah yang mengatur segala-galanya, maka kerana itu berturut-turut datang kepadanya nur Ilahi.  Dalam Al Quraan:  Para wali ialah mereka yang beriman dan bertakwa.  Dalam lain riwayat:  Ialah mereka yang mengakui Rabbunallah (Tuhan kami Allah) dan istiqamah (tetap tidak berubah).  Dari itu merekalah yang merasa hidup aman tidak takut dan tidak berdukacita di dunia dan akhirat.
168.     Mungkin Allah memperlihatkan kepadamu sebahagian dari ghaib di alam malakut (di atas langit), tetapi sengaja Allah menutupi daripadamu rahsia-rahsia para hambanya.
Adakalanya Allah membukakan untuk seorang wali alam malakut sehingga ia mengetahui segala sesuatu yang ghaib dalam alam malakut, tetapi kerana rahmat Allah kepadanya tidak dibukakan padanya jalan untuk mengetahui rahsia-rahsia sesama manusia, supaya tidak turut campur dalam urusaan dan kebijaksanaan Allah yang berlaku pada semua hambanya.
Sahl Bin Abdullah ketika ditanya oleh muridnya:  Bagaimanakah mengenal waliyullah itu?  Jawabnya:  Allah tidak memperkenalkan mereka kecuali kepada orang-orang yang serupa dengan mereka atau kepada orang yang bakal mendapat manfaat dari mereka (yakni untuk mengenal dan mendekat kepada Allah).  Sebab apabila didedahkan sehingga mudah dikenal orang, maka timbul kewajipan bagi siapa yang sudah mengenal pada wali itu harus percaya dan tidak boleh menentang, mengingkari mereka, sebab menentang langsung bererti kekafiran, kerana itu rahmat kebijaksanaan Allah telah menetapkan para wali itu dengan hijab basyariah (kebiasan manusia). 
Firman Allah swt:  Allah itu wali (pelindung pemelihara) orang yang beriman atau orang mukminin.
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman:  Siapa yang mengganggu (menganiaya) seorang waliku, maka langsung aku istiharkan perang kepadanya.
169.     Siapa yang dapat melihat rahsia-rahsia manusia, pada hala ia tidak meniru sifat rahmat Tuhan, maka pengetahuan itu menjadi bala baginya dan sebagai sebab untuk tibanya bahaya bagi dirinya sendiri.
Siapa yang dibukakan kasyaf baginya sehingga dapat melihat rahsia-rahsia sesama manusia, tetapi tidak meniru sifat rahmat dan ampunan Tuhan, maka kasyaf yang demikian itu bererti suatu ujian yang berat baginya, bahkan akan berupa sebab untuk tiba bencana bagi dirinya.
Rasulullah saw bersabda:  Tidak tercabut perasaan rahmat belas kasih itu terkecuali dari hati orang yang celaka.
Rasulullah saw bersabda:  Orang yang belas kasih, dikasihi oleh Allah (Arrahman), kerana itu rahmatilah (kasihanilah) orang di bumi nescaya kamu di kasihi oleh yang di langit.
Diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim as pernah tergerak dalam hati kecilnya seolah-olah ia sangat belas kasih terhadap makhluk, maka diangkat oleh Allah ke tempat untuk dapat melihat penduduk bumi dan segala perbuatan mereka, tiba-tiba setelah ia melihat berbagai macam perbuatan-perbuatan hamba-hamba Allah, ia berdoa:  Ya Allah binasakanlah mereka orang-orang yang derhaka itu.  Jawab Allah:  Aku lebih kasih sayang pada hambaku daripadamu hai Ibrahim, turunlah engkau hai Ibrahim, sebab mereka mungkin bertaubat dan kembali kepadaku.  Ali Bin Abi Thalib ra berkata:  Bersabda Nabi saw:  Ketika Allah memperlihtkan kepada Ibrahim as. Malakutassamawati (kekuasaan Allah di langit dan bumi), tiba-tiba ia melihat orang yang berbuat maksiat, langsung ia berdoa, maka binasalah orang itu.  Kemudian yang kedua demikian pula dan yang ketiga.  Maka Allah berfirman:  Hai Ibrahim, engkau seorang yang mustajab doa, maka jangan anda gunakan untuk membinasakan hambaku, sebab hambaku itu salah satu dari tiga kemungkinan, jika ia bertaubat maka aku ampunkan baginya atau aku keluarkan daripadanya turunan yang bertasbih (mengagungkan aku) atau ia kembali menghadap kepadaku, maka terserah bagiku untuk mengampunkan atau menyiksa.
Bahkan ada keterangan bahawa sebab ia diperintah menyembelih anaknya itu kerana kejamnya terhadap orang-orang yang berbuat dosa maksiat.  Juga ada riwayat:  Ketika Ibrahim as memegang pisau untuk menyembelih putranya ia berkata:  Ya Allah, ini puteraku, buah hatiku, manusia yang tercinta padaku.  Tiba-tiba ia mendengar jawapan, ingatlah ketika engkau meminta kepadaku untuk membinasakan hambaku, apakah engkau tidak mengetahui bahawa aku amat kasih pada hambaku sebagaimana kasihmu terhadap anakmu, maka jika engkau minta padaku untuk membunuh hambaku.  Aku minta padamu untuk membunuh anak kandungmu, satu lawan satu bahkan yang mulai itu yang lebih kejam.
170.     Bahagian hawa nafsu dalam perbuatan maksiat itu jelas terang, tetapi bahagiannya dalam perbuatan taat itu halus samar dan untuk megubati yang samar itu amat sukar menyembuhkannya.
Hawa nafsu selalu mengambil bahagian dalam taat atau maksiat, adapun bahagiannya dalam maksiat, maka terang, nyata iaitu kelazatan yang dirasakannya, yang berakhir dengan bencana, sedang bahagiannya dalam perbuatan taat sangat halus dan samar sekali sukar untuk diketahunya, kecuali bagi orang yang waspada dan berpandangan jauh.
Bahagian hawa nafsu dalam taat iaitu:  Riya’ untuk dilihat orang, dipuji orang, disanjung orang ternama di tengah-tengah masyarakat, terkenal terhormat dan dipercaya orang.  Sebab amal yang tidak dapat bahagian hawa nafsu hanya dalam amal perbuatan yang ikhlals melulu kepada Allah, untuk mencapai keredhaan Allah.
Kemungkinan Kemasukan Riyaa’ Di Tempat Yang Tersembunyi
171.     Ada kemungkinan masuknya riya’ dalam amal perbuatanmu dari arah yang tidak ada orang yang melihat kepadamu.
Beramal di muka orang untuk dilihat orang itu riya’ yang terang jelas.  Beramal sendirian tidak ada orang yang mengetahui lalu ingin disanjung dihormati, bahkan jika ada keperluan supaya lekas-lekas orang membantu kepadanya atau bila membeli sesuatu supaya dikurangi harganya dan sekiranya ada orang yang tidak hormat padanya, ia mengharap semoga terkena siksa atau balasan Allah, ini semuanya termasuk riya’ yang samar.  Rasulullah saw bersabda:  Syirik itu ada yang lebih samar dari jalannya semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
Dan riya’ termasuk dari syirik yang samar, iaitu beramal tidak kerana Allah Taala.
Ali Bi Abi Thalib ra berkata:  Kelak pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang-orang yang zahid dan fakir:  Tidakkah telah dimurahkan (diturunkan) harga barang-barang untuk kamu, tidakkah jika kamu berjalan lalu diberi salam lebih dahulu, tidakkah jika kamu berhajat (kepentingan) segera disampaikan segala hajatmu.  Di dalam lain hadis:  Kini tidak ada pahala bagimu, sebab semua pahalamu telah kamu terima semasa hidup di dunia.
Abdullah Bin Al Mubarak meriwayatkan dari wahb Bin Munabbih:  Ada seorang ahli ibadat berkata kepada kawan-kawannya:  Kami setelah meninggalkan harta kekayaan ini tidak khuatir menyeleweng dari jalan Allah, tetapi kami khuatir kalau-kalau kami telah meyeleweng dari agama melebihi dari penyelewengan orang yang banyak harta dan anak buah, kerana ada di atara kami yang ingin dihormati, disanjung kerana agamanya, jika berhajat minta lekas disampaikan hajatnya kerana merasa beragama.  Jika membeli sesuatu minta dimurahkan kerana merasa beragama,.  Ketika berita nasihat ini sampai kepada raja, maka datanglah raja dengan rombongannya yang besar sekali  untuk berziarah kepada guru yangbernasihat demikian kepada kawan-kawannya itu dan ketika terdengar kepadanya bahawa raja akan ziarah kepadanya, segera ia minta kepada kawannya berbagai macam makanan, lalu ia makan dengan rakus, sehingga ketika raja bertanya:  Manakah orang yang memberi nasihat demikian itu?  Dijawab:  Itulah orang yang sedang makan.  Maka raja bertanya:  Bagaimakah keadaanmu?  Jawabnya:  Seperti orang banyak, baik-baik saja.  Maka ketika raja melihat keadaan itu ia berkata kepada rombngannya:  Tidak perlu datang kepada orang ini, tidak ada kebaikan baginya, lalu kembali raja.  Tiba-tiba orang itu berkata:  Alhamdulillah yang menghalaukan engkau daripadaku dan menjadikan engkau mencela padaku.
Yusuf Bin Al Husain Arrazy berkata:  Sesuatu yang amat berharga di dunia ini ialah ikhlas, berapa kali aku bersungguh-sungguh untuk menghilangkan riya’ dari dalam hatiku, tiba-tiba ia tumbuh dalam lain corak (warna).
172.     Keinginanmu untuk diketahui orang, tentang sesuatu dari keistimewaanmu itu, sebagai bukti tidak adanya kejujuranmu dalam kehambaanmu.
Keistimewaan yang diberikan Allah kepada makhluk itu berupa ilmu atau amal soleh, yang seharusnya dalam mengamal keduanya itu harus semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah asalkan sudah selesai dengan Allah itulah yang penting, kerana itu jika dipergunakan unuk pameran dann ditonjol-tonjolkan untuk mendapat pujian orang, maka nyata bahawa rasa kehambaannya kepada Allah belum betul (belum jujur).
Nabi Isa as berkata:  Jika orang berpuasa, maka hendaknya meminyaki rambutnya dan membasahi bibirnya, supaya jika dilihat orang disangka tidak puasa, begitu pula jika bersedekah hendaknya memberi dengan tangan kanan dan disembunyikan dari tangan kiri dan jika solat harus menutup tabir rumahnya, sebab Allah memberi pujian itu sebagaimana memberi rezeki.
Abu Abdullah Al Qurasyi berkata:  Siapa yang tidak puas dengan pendengaran dan penglihatan Allah dalam amal perbuatan dan perkataannya, maka pasti kemasukan riya’.
Allah berfirman:  Apakah engkau tidak merasa cukup dengan Tuhanmu, bahawa ia menyaksikan dan mengetahui segala sesuatu.
Abul Khair Al Aqtha berkata:  Siapa yang ingin supaya amal diketahui orang, maka itu riya’ dan siapa yang ingin diketahui orang hal keistimewaannya maka itu pendusta.
Abu Abbas Almasry berkata:  Siapa yang ingin terkenal, maka ia bukanya terkenal dan siap yang ingin tersembunyi, maka ia bukanya tersembunyi dan siapa yang benar-benar merasa sebagai hamba Allah, maka terserah pada Allah apakah diterangkan atau disembunyikan.  Yakni sama saja yang penting ia beramal kerana Allah.
Puaskan Dirimu Dengan Pandangan Allah Kepadamu
173.     Hilangkan pandangan makhluk kepadamu kerana puas dengan penglihatan Allah kepadamu dan lupakan perhatian (menghadapnya) makhluk kepadamu, kerana melihat bahawa Allah menghadap kepadamu.
Shal Bin Abdullah Attustary berkata kepada kawan-kawannya:  Seorang tidak dapat mencapai hakikat kewalian sehingga menghilangkan pandangan orang dari fikirannya, sehingga tidak meliht apa-apa di dunia, hanya ia dengan Tuhan yang menjadikannya, sebab tidak ada seorangpun yang dapat menguntungkan atau merugikan.  Atau menghilangkan perasaan diri (hawa nafsunya) sehingga tidak menghiraukan orang dan tidak segan atau takut kepada mereka, apa saja yang akan terjadi.
Mengharap kepuasan dari semua manusia itu suatu tujuan yang tidak mungkin tercapi dan sebodoh-bodoh manusia siapa yang berusaha untuk mendapatkan apa yang tidak mungkin tercapai.
Lukman Alhakim ketika memberi nasihat kepada puteranya, diajak masuk ke pasar dengan berkenderaan himar ia yang befkenderaan dan anaknya yang menuntun.  Orang mencela:  Orang tua kejam, dia berkenderaan dan anaknya disuruh berjalan.  Kemudian ia suruh anaknya naik, tiba-tiba orang mencela:  Dua orang naik satu himar,  Lalun turun Lukman dan anaknya tetap di atas, tiba-tiba ada orang mencela;  anak kurang ajar, bapa dijadikan buruh menuntu.  Kemudian turun keduanya menuntuk himar, tiba-tiba orang mencela.  Bodoh benar, himar tidak dinaiki hanya dituntun semata-mata.  Tujuan Lukman untuk menunjukkan kepada puteranya bahawa orang yang beramal atau mengambil-ambil hati orang tidak selamat dari celaan mereka.
Kerana itu seorang yang sempurna akal fikiran di dalam beramal hanya menuju kepada hak, benar dan diredhai Allah, hanya itu saja yang dikerjakan.
Muhammad Bin Aslam ra berkata:  Ada kepentingan apakah saya pada manusia padahal sejak saya dalam punggung ayah seorang diri, lalu di dalam perut ibu juga seorang diri dan keluar di dunia juga seorang diri, (yakni tidak melalui bantuan manusia) hingga mati dan masuk kubur juga seorang diri dan menghadapi persoalan alam kubur sampai kemudan menghadap kepada Allah dan masuk syurga atau neraka juga seorang diri, maka apakah keperluan saya dengan manusia?
Al Harits Almuhasiby ra ketika ditanya tentang tanda orang yang sungguh-sungguh ikhlas kepada Allah.  Jawabnya: Seorang yang benar-benar ikhlas iaitu yang tidak hirau (menghiraukan) di nilai apa saja oleh sesama manusia, asalkan ia sudah benar hubungannya dengan Allah dan tidak ada orang yang mengetahui walau sekecil dubu dari amal kebaikannya dan tidak takut jika ada orang mengetahui amal perbuatannya yang tidak baik.  Sebab jika ia merasa enggan untuk diketahui orang kebusukannya, bererti ia ingin dipuji atau besar dalam pandangan orang dan itu tidak termasuk kelakuan atau akhlak orang yang benar-benar ikhlas.
Orang Arif Yang Mengenal Dan Cinta Pada Allah
174.     Siapa yang benar-benar mengenal kepada Allah, maka pasti dapat melihatnya pada tiap-tiap sesuatu.
175.     Dan siapa yang fana dengan Allah, pasti ia lupa (ghaib) dari segala sesuatu.
176.     Dan siapa yang cinta pada Allah, tidak akan mengutamakan sesuatu yang lainnya.
Demikianlah siapa yang benar-benar mengenal kepada Allah, pasti ia selalu ingat pada Allah, pada tiap sesuatu apapun yang ia lihat, ia dengar dan rasa.  Sebab tidak ada sesuatu melainkan menunjukkan keindahan, kekuasaan dan ciptaan Allah.  Kerana itulah siapa yang telah fana dengan Allah, maka segala sesuatu yang ada di depannya seolah-olah seperti kosong dan bayangan belaka.  Sedang siapa yang betul-betul cinta kepada Allah, maka pasti ia tidak akan mengutamakan sesuatu apapun selain Allah yang telah dicintainya itu, bahkan ia akan sanggup mengorbankan segala kepentingan dan hawa nafsunya di dalam mencapai keredhaan Allah swt.
Sebab hakikat dari semua pancaindera, penglihatan, pendengaran dan perasaan itu semua bukan semata-mata kerana adanya mata, telinga dan lidah atau hidung, tetapi semua memerlukan nur ilahi yang langsung dari Allah, sehingga terangnya mata tanpa terangnya benda yang dilihat, tidak memungkinkan terlihat benda itu, maka dari kedua-duanya tetap memerlukan nur ilahi yang langsung untuk pancaindera dalam mencapai sesuatu apapun.  Maksa dengan pandangan yang sedemikian orang arif selalu melihat pada Allah pada tiap apa saja yang dipandangnya.  Yang setelah melihatnya fana dengan Allah dan lupa (ghaib) dari segala sesuatu selain Allah, kemdian cinta yang tidak ada taranya kepada Allah.
177.     Sesungguhnya yang menghijab engkau daripada melihat Allah itu kerana sangat dekatnya Allah kepadamu.
178.     Sesungguhnya terhijabnya Allah dari penglihatanmu kerana sangat terangnya dan samar dari penglihatan itu kerana besarnya sinar cahaya nurnya.
Alat pancaindera manusia sangat terbatas, maka untuk mencapai sesuatu harus tepat pada ukuran yang tertentu, jika sangat jauh tidak dapatg dicapai  maka demikian pula jika sangat dekat, tidak dapat dicapai.  Demikian pula terangnya sesuatu yang akan dicapai harus dalam ukuran yang memungkinkan, sehingga gelapa tidak dapat dicapai, demikian pula jika sangat terang menyilaukan juga tidak dapat dilihat.  Kedua sebab ini sebenarnya bukan hijab sebab sesuatu itu tidak dapat terhijab oleh zatnya sendiri, tetapi yang nyata kini yang menjadi hijab itu hanya kelemahan alat yang ada pada manusia itu sendiri.  Kata pujangga dalam gubahan syairnya:  Dengan cahaya dapat menjadi terang semua yang engkau lihat dari bentuk gambar lukisan dan dengan nur itu juga ada benda-benda alam ini, tidak dapat diragukan.
Tetapi ia menjadi samar kerana sangat terangnya sehingga tidak tercapai oleh pancaindera, tetapi dapat dicapai oleh orang yang tajam matahatinya.
Maka apabila engkau melihat dengan matahatimu, tidak akan menemukan sesuatu yang terlukis pada benda-benda itu selain daripadanya.
Apabila engkau mencari sesuatu hakikat dari lainya, maka nyata engkau masih tergelincir oleh kebodohanmu sendiri.
Jangan Menyangka Bahawa Doamu Itu Yang Menyebabkan Pemberian Allah
179.     Jangan sampai doa permintaanmu kepada Allah itu engkau jadikan sebagai alat (sebab) untuk mencapai pemberian Allah, nescaya akan kurang pengertianmu (makrifatmu) kepada Allah, tetapi hendaknya doa permintaanmu semata-mata untuk menunjukkan kerendahan kehambaan dan menunaikan kewajipan terhadap kemuliaan kebesaran dan kekayaan Tuhanmu.
Abu Nasher Assarraj berkata:  Saya telah bertanya kepada guru-guru tentang apakah kepentingan doa bagi orang yang telah menyerah bulat kepada Allah?  Jawabnya:  Berdoa itu ada 2 tujuan:  Pertama:  Untuk menghias lahir kita dengan doa, sebab doa itu salah satu bahagian daripada khidmat kepada Allah, maka ia ingin berbuat demikian.  Kedua:  Berdoa semata-mata kerana menurut perintah Allah.  Sebab faedahnya doa itu untuk menunjukkan/memperlihatkan adanya hajat keperluan dan kemiskinan diri di hadapan Allah.
Abu Hasan berkata:  Janganlah yang menjadi tujuan dari doamu itu tercapainya hajat keperluanmu, maka jika demikian bererti terhijab engkau dari Allah, tetapi harus tujuan doa untuk bermunajat berbisik-bisik kepada (dengan) Allah yang memeliharamu, menciptakan dikrimu.  Dan bala bencana yang memaksakan engakau berdoa kepada Allah itu, lebih baik daripada menerima nikmat, kesenangan yang melupakan kepada Allah dan menjauhkan daripadanya.
180.     Bagaimanakah mungkin permintaanmu yang datang kemudian itu dapat menjadi sebab pemberian Allah yang telah diputuskan lebih dulu.
Keputusan Allah dalam menentukan peraturan alam sudah ditentukan dalam azal sebelum adanya alam ini dan termasuk juga segala keperluan hajat hidup semua makhluk tidak kecuali engkau hai manusia, kerana itu jangan menyangka bahawa Allah seolah-olah lupa terhadap hajat keperluanmu, sehingga sekiranya tidak engkau ingatkan mungkin tidak diberi, kalau demikian kepercayaanmu terhadap Allah, bererti benar-benar engkau belum mengenal Allah dalam sifat kesempurnaannya.  Suatu contoh:  Umpama, jika ada seorang ayah dianggap oleh anaknya, andaikan tidak diingatkan oleh anaknya nescaya ia melupakan keperluan anaknya itu, maka bagaimanakah ayah yang demikian itu.  Sedangkan Allah tidak dapat diumpamakan dengan ayah itu, sebab Allah maha sempurna, maha mengetahui, mencukupi, bijaksana dalam memelihara seisi alam.
181.     Maha suci hukum (putusan) Allah yang telah pasti dalam azal, jika disandarklan (digantungkan) kepada sebab musabab.
Segala sesuatu yang terjadi dalam alam ini, hanya semata-mata dari qudrat iradat (kekuasaan dan kehendak) Allah secara mutlak,sehingga tidak boleh dikatakan kerana ini atau  itu.
182.     Perhatian Allah kepadamu bukan kerana sesuatu yang timbul daripadamu, buktinya:  Di manakah engkau ketika Allah menetapkan kurnianya kepadamu di dalam azal itu dan disaat Allah menentukan pemeliharaannya padamu, belum ada di saat itu doa atau amal yang ikhlas atau lain-lain hal, bahkan tidak ada apa-apa ketika itu selain semata-mata kurnia dan kebesaran pemberian Allah.
Perhatikan pemeliharaan Allah kepadamu sejak engkau berupa mani yang sama sekali belum dapat berdoa atau beramal, tetapi perlengkapan yang diberikan Allah kepadamu tidak berkurang sedikitpun dan demikianlah selanjutnya hingga engkau lahir, kecil, dewasa dan tua tetap tidak berubah kurnia Allah kepadamu tidak bersandar kepada amal atau doamu, tetapi semata-mata kekuasaan dan kehendak Allah yang mutlak dan kurnianya yang tiada tara bandingannya dan tiada henti-hentinya.
Allah melengkapi hajat keperluan di saat engkau sendiri belum mengerti apa saja hajat keperluamnmu yang penting yang tidak dapat tidak harus engkau mempunyainya, yang sekiranya satu sahaja dikurangi bererti tidak sempurna bentuk kejadianmu itu.
183.     Allah telah mengetahui bahawa semua hamba-hamba ingin mendapat rahsia (kebesaran) Allah, maka Allah berfirman:  Allah sendiri yang menentukan rahmat kurnia yang besar itu pada siapa yang dikehendakinya.  Juga Allah yang mengetahui andaikan manusia (para hamba) itu dibiarkan begitu saja, mungkin mereka meninggalkan amal usaha kerana berserah kepada keputusan Azal, kerana itu Allah berfirman:  Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat pada orang-orang yang berbuat kebaikan dan memperbaiki amal perbuatannya.
Semua orang ingin untuk mencapai rahsia kurnia yang besar-besar, maka kerananya mereka kejar dengan doa dan amal soleh tetapi lalu Allah berfirman:  Allah sendiri yang menentukan rahmatnya itu terhadap sesiapa yang dipilihnya sendiri.  Allah lebih mengetahui di mana ia meletakkan risalahnya.  Tetapi di samping itu Allah tidak mematahkan hati semangat orang yang akan menginginkannya, kerana itu Allah menunjukkan tanda-tanda yang mendekatinya, ialah mereka yang berbuat baik dan memperbaiki perbuatan amal usahanya.  Bukan amal kebaikan itu yang mendatangkan/menyebabkan tibanya kurnia, hanya ia sebagai tanda belaka, tertapi tidak mempengaruhi kehendak putusan Allah dan kebijaksanaannya.
Kehendak Allah Yang Menentukan Segala Sesuatu
184.     Langsung kepada kehendak Allah harus bersandar segala sesuatu, (yakni tidak boleh terjadi sesuatu apapun tanpa kehendak Allah).  Sedang kehendak Allah tidak bersandar kepada sesuatu apapun.
Allah berfirman:  Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yangdiliputi oleh ombak bertindih ombak; di  sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya) gelap gelita berlapis-lapis apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali.  Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah – menurut undang-undang peraturannya – mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).  (An Nur 24/40) .
Dan jika Allah menghendaki, tentulah dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama Allah yang satu);  Akan tetapi Allah  menyesatkan sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturannya)  dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang perturannya);  dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan.  (An Nahl 16/93).
Allah memilih sendiri dengan ilmu dan kebijaksanaannya, manusia tidak berhak bertanya mengapakah atau bagaimanakah terhadap kebijaksanaan Allah.
Allah tidak dapat ditanya tentang apa yang dijadikan (dibuat) dan semua makhluk akan ditanya tentang amal perbuatan mereka.
185.     Adakalanya seorang arif terdorong oleh rasa adab dan menyerahnya kepada kebijaksanaan Tuhan, ia tidak minta apa-apa kepada Tuhan, kerana berserah dan merasa puas dengan bahagian pemberian Allah dan kerana sibuk berzikir sehingga tidak sempat meminta-minta.
Abu Hazim Al A’raj ra berkata:  Jika saya tidak diberi kesempatan berdoa, nescaya lebih berat bagiku dariada tidak diterimanya doaku.  Abul Qasim, Al Qusyairi berkata:  Waktu itu berbeza-beza adakalanya lebih utama berdoa dan adakalanya lebih baik diam tidak berdoa.
Apabila hati condong kepada doa lebih baik berdoa dan bila condong kepada diam tidak berdoa, maka lebih baik tidak berdoa.  Dan adab itu lebih banyak condong kepada rela, puas sehingga tidak berdoa dan cukup memperbanyak zikrullah.
186.     Sesungguhnya yang harus diingatkan itu hanya orang yang mungkin lupa dan yang harus ditegur itu hanya mereka yang mungkin lalai.
Abu Bakar Al Wasithi ketika diminta untuk berdoa, ia berkata:  Saya khuatir jika saya berdoa, lalu ditanya:  Bila engkau minta hak milikmu, bererti engkau telah menuduh kami dan bila engkau minta sesuatu yang bukan hakmu, bererti telah menyalahgunakan kewajipanmu unuk memuji padaku dan bila engkau rela maka berjalan segala sesuatu sebagaimana yang telah kemi putuskan dalam azal sejak dahulu kala sebelum menjadikan makhluk.
Abdullah Bin Munazil berkata:  Sejak 50 tahun saya tidak pernah berdoa minta kepada Allah, juga tidak ingin didoakan oleh lain orang, sebab segala sesuatu berjalan menurut apa yang telah deitetapkan oleh Allah dalam azal, sedang saya telah merasa puas dengan itu.
187.     Tibanya saat-saat kesukaran (kemiskinan serba kekurngan sehingga merasa rendah dan hina diri), itu sebagai hari raya gembira bagi para murid (yakni orang yang sedang melatih diri untuk taqarrub kepada Allah).
Saat-saat tibanya kesukaran bala yang menyebabkan manusia merasakan kerendahan dan kehinaan dan kemiskinan diri di hadapan Allah, itulah saat dan masa yang terbaik untuk mendapat belas kasih Allah dan mendekat kepada Allah.  Kerana itu bagi seorang murid (salik) yang sedang berjuang melawan hawa nafsu, saatffaat yang demikian itu sebagai saat kemenangan melawan hawa nafsu sehingga saat-saat yang saat-saat itu bagi mereka bagaikan hari raya yang sangat menggembirakan, sebab tunduknya hawa nafsu, bereri hilangnya rasa kesombongan ujub atau besar diri.
188.     Mungkin engkau mendapat kelebihan kurnia dan kebesaran dari Allah pada saat-saat ujian bala kesukaran itu, yang tidak bisa engkau dapatkan dengan puasa dan solat.
Demikianlah pengertian bahawa bala ujian itu sebagai nikmat batin (samar-samar).
189.     Berbagai macam ujian bala (serta kekurangan) itu, bagaikan hamparan untuk hidangan pemberian-pemberian kurnia Allah.
Apabila Allah akan memberi kurnia besar kepada seorang hambanya, tatapi ternyata dari amal ibadah lahirnya, tidak mencukupi untuk menerima pemberian itu, maka Allah menguji padanya dengan bala dan disitulah tertebusnya berbagai dosa, kemudian dinaikkan ke tingkat yang telah disediakannya itu.
190.     Jika engkau ingin datangnya pemberian-pemberian kurnia besar dari Allah keadamu, maka bersungguh-sungguhlah dalam mengakui (membuktikan) kehambaanmu iaitu kemiskinan, keperluan, kerendahanmu di hadapannya.
Maksud firman Allah:  Sesungguhnya yang berhak menerima pemberian-pemberian (sedekah) itu, hanyalah mereka yang betul-betul fakir miskin.
Buktikan Sifat Hambamu, Necaya Allah Mengasihimu
191.     Buktikan dengan sungguh-sungguh sifat-sifat kekurnganmu, nescaya Allah membantu engkau dengan sifat-sifatnya (kesempurnaannya).  Akuilah kehinaanmu nescaya Allah menolong padamu dengan kemuliaannya, akuilah kekuranganmu nescaya Allah menolong keadamu dengan kekuasaannya, akuilah kelemahanmu nescaya Allah menolong padamu dengan kekuatannya.
Sifat-sifat yang asli pada seorang hamba itu ialah:  Fakir, kurang, lemah dan hina.  Maka apabila benar-benar engkau mengakui semua sifat-sifatmu sebagai hamba itu, nescaya mudah selalu mendapat kurnia rahmat dan bantuan Allah.  Abu Ishaq (Ibrahim) Al Harawy berkata:  Orang-orang salihin telah memilih tujuh sifat dan menjauhi tujuh sifat lawannya:  Iaitu memilih fakir (kekurangan) kemiskinan dariada kekayaan, memilih kelaparan dari kekenyangan, memilih kerendahan diri dari kebesaran, memilih kehinaan dariada kemuliaan, memilih kerendahan (tawaduk) dan pada kesombongan, memilih kesusahan daripada kesenangan, memilih maut daripada hidup.
Sebab-sebab dari sifat-sifat kaya, kenyang, kedudukan (pangkat), mulia, senang (gembira) itu semua akan mengubah seseorang, lupa akan sifat kehambaannya, sehingga terjerumus dalam kesombongan, kebanggaan, ujub dan lain-lain sifat yang semuanya akan membawa kepada murka Allah atau bersaingan dengan Allah.  Sehingga apabila engkau telah sungguh-sungguh mengakui sifat-sifat kehambaanmu kemudian diberi kaya, mulia, kuasa dan kuat, merasa bahawa itu semua dari Allah bukan dari diri sendiri, dan bukan dari lain-lain Allah, di sinilah kemurnian tauhid tidak ada Tuhan dan tidak ada daya kekuatan, melainkan dengan bantuan pertolongan Allah semata-mata tanpa ada perantara dari luar atau dari dalam diri sendiri.
192.     Adakalanya dibei rezeki kekeramatan (keistimewaan) seorang yang belum sempurna istiqamahnya.
Hakikat kekeramatan (keistimewaan itu ialah istiqamah dan kesempurnaan istiqamah itu, ialah sungguh-sungguhnya iman dan mengikuti benar apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw lahir batin.
Abul Abbas Almarsi berkata:  Bukannya kebesaran itu bagi orang yang terlipat baginya dunia ini sehingga dalam, satu detik ia telah sampai ke Makah dan lain-lain negara, tetapi kebesaran itu ialah orang yang dilipatkan baginya sifat-sifat hawa nafsunya,sehingga ia langsung di sisi Tuhannya.  Abul Hasan Assadzili berkata:  Tiap kekeramatan yang tidak disertai keredhaan terhadap Allah, maka orangnya bererti tertipu dan akan binasa.  Sahl Bin Abdullah ra berkata:  Sebenar-benar kekeramatan ialah berubahnya akhlak yang jahat kepada akhlak yang baik.  Ada pula yang berkata:  Kamu jangan hairan dari seorang yang tidak menaruh apa-apa dalam sakunya, tetapi ketika ia ingin sesuatu dimasukkan tangannya ke dalam saku dan mendapat apa yang diinginkan.  Tetapi kamu boleh hairan dari seorang yang menaruh apa-apa dalam sakunya, kemudian setelah diraba dengan tangannya, tiba-tiba tidak ada apa-apa dan tidak berubah imannya (keperayaannya) terhadap Allah.
Abu Yazid Al Busthami berkata:  Andaikan ada orang berjalan di atas air atau duduk di udara, maka jangan kamu tertipu olehnya sehingga kamu perhatikan ia bagaimana terhadap perintah dan larangan Allah dan Rasulullah.  Sebab syaitan dapat bergerak dari timur ke barat dalam sekejap mata dan dia tetap maluun (terkutuk).
193.     Suatu tanda bahawa Allah telah menetapkan engkau dalam suatu kedudukan, bila engkau didudukkan dalam hal itu dengan mendapatkan buah-buah hasilnya.  Ini sama dengan hikmat no. 2.
194.     Siapa yang mengajar kerana memandang kebaikan dirinya, maka ia akan diam jika ia berbuat salah (dosa) dan siapa yang mengajar dengan pengertian kebaikan Allah baginya (padanya) maka ia tidak akan diam bila ia berbuat salah (dosa).
Siapa yang memberi nasihat tentang kebaikan dengan pengertian kerana ia merasa sudah baik, maka bila sesuatu saat ia tergelincir dalam dosa, maka akan mersa malu untuk memberi nasihat atau mengajar orang lain, tetapi bila ia ketika mengajar itu pandangannya semata-mata kurnia rahmat dari Allah kepada makhluknya, maka tidak akan merasa malu kalau pada sesuatu saat ia tergelincir dalam dosa dan kesalahan, sebab merasa berbuat kebaikan itu hanya semata-mata kurnia rahmat Allah.
Abul Abbas Almarsi ra berkata:  Manusia terbahagi 3:  Pertama ialah golongan yang selalu memperhatikan apa-apa yang daripadanya kepada Allah, Kedua:  Golongan yang selalu hanya ingat pemberian-pemberian kurnia Allah pada dirinya.  Dan ketiga:  Golongan yang hanya memandang bahawa semua dari Allah kembali kepada Allah.  Golongan pertama:  Selalu memikirkan kekurangan diri dalam menunaikan kewajipan , sehingga selalu berdukacita. Golongan kedua:  Selalu melihat semua itu adalah kurnia Allah, maka ia selalu gembira.  Dan golongan ketiga:  Telah lupa pada dirinya sendiri, hanya teringat bahawa asal dari Allah akan kembali kepada Allah, maka terserah kepada Allah.
Abul Hasan Assyayadili ra berkata:  Pada suatu malam saya membaca surah Qula’udzu birabbinnas, hingga akhir surah.  Tiba-tiba terasa bagaiku bahawa:  Syarrul was wasil khannaas, yang berbisik dalam hati itu, menyusup antara kau dengan allah, untuk melupakan engkau dari kurnia-kurnia Allah, yang halus-halus dan samar dan mengingatkan engkau kepada perbuatanmu yang jahat/dosa.
Tujuannya untuk membelokkan engkau dari  husnudzan kepada su’udhzan terhadap Allah Taala, maka waspadalah.  Abul Hasan Assyadili ra berkata:  Seorang arif itu ialah seorang yang telah mengetahui rahsia-rahsia kurnia Allah di dalam berbagai macam ujian bala yang menimpa sehari-hari.  Dan juga mengetahui mengakui kesalahan-kesalahannya di dalam lingkungan belas kasihAllah kepadanya.  Ia berkata pula:  Sedikitnya amal dengan mengakui kurnia Allah, lebih baik dari banyak amal dengan merasa kekurangan diri sendiri.  Yakni seolah-olah mempunyai kekuatan sendiri untuk berbuat baik, hanya sekarang belum baik. Sehingga selalu bercita-cita memikirkan bagaimana dapatnya lebih baik, padahal ia harus menyerah disamping minta saja kepada Allah, sebab jika Allah belum memberi maka tetap tidak ada perubahan pada dirinya berdasarkan pengertian.
Dan siapa yang berserah diri kepaqda Allah, maka Allah sendiri yang akan mencukuipi/melengkapi kekurangannya. 
Dan tiada daya upaya atau kekuatan kecuali dengan bantuan dan pertolongan Allah semata-mata.
Nur Hikmah Para Ulama Di Lidah Mereka
195.     Nur ahli hikmat (ahli makrifat) selalu mendahului perkataan mereka, kerana itu di mana telah mendapat penerangan dari nur itu sampalah kelimat yang dikatakan oleh mereka itu.
Yang dimaksud dengan ahli hikmat (ahli makrifat) ialah kekuatan iman keyakinan mereka, bahawa segala sesuatu langsung ditangan Allah yang tidak bersekutu, kerana bila mereka akan menyampaikan nasihat, maka terlebih dahulu kontak hubungan mereka kepada Allah taala hanya minta taufik dan hidayat petunjuk daripadanya.  Kerana hanya Allah yang mengatur kalimat yang keluar dari lidah penasihat dan Allah pula yang mengatur pendengaran yang mendengar.
Rasulullah saw bersabda:  Pokok dari segala hikmat itu ialah takut kepada Allah.
Allah berfirman:  Sesungguhnya yang benar-benar takut kepada Allah hanyalah para ulama.
Ulama yang tidak takut kepada Allah, adalah ulama suu’ (penipu umat).  Siapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah hidayat imannya, maka tidak bertambah dekat kepada Allah, bahkan bertambah jauh.
196.     Tiap-tiap kalimat yang keluar, pasti membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.
Tiap-tiap bekas pasti mengeluarkan yang terisi di dalamnya.  Terjadi seorang mencela:  Mengapakah hati orang sekarang tidak khusuk dan matapun tidak mencucurkan air mata.  Maka dijawab oleh Muhammad Bin Wasi:  Kemungkinan yang demikian itu dari engkau sendiri, sebab bila nasihat itu kelauar dari hati yang ikhlas pasti masuk ke dalam hati.  Sebaliknya yang hanya berupa gubahan lidah dan fantasi belaka, maka ia akan masuk dari telinga kanan dan keluar dari telinga kiri.  Abul Abbas Almarsi berkata:  Keadaan hamba ini hanya ada 4 macam:  Nikmat, bala, taat dan maksiat.  Maka jika di dalam nikmat kewajipan hamba bersyukur kepada Allah dan jika menerima bala harus sabar dan jika dapat melakukan taat harus merasa taufik hidayat dari kurnia Allah dan bila terelincir dalam dosa maksiat maka harus membaca istighfar.
197.     Siapa yang telah mendapat izin dari Allah untuk berkata-kata (menerangkan), maka segala kata-katanya dapat di mengerti oleh pendengarannya dan semua isyarat petunjuknya dapat terang jelas bagi mereka.
Orang yangdiizinkan itu ialah yangberbicara Lillahi wa bil lahi wa fillah.  Kerana Allah dan dengan bantuan Allah dan dalam tuntunan hukum Allah.
Hamdun Bin Ahmad Bin Umarah Alqashshar ketika ditanya:  Mengapakah kata-kata orang dahulu jauh lebih berguna dari ajaran kita ini?  Jawabnya:  Kerana mereka berbicara (berkata) untuk kemuliaan Islam dan keselamatan jiwa dan untuk mendapat keredhaan Allah.  Sedang kami berbicara untuk kemuliaan diri dan mencari dunia dan keredhaan (penerima) makhluk.  Al Junaid berkata:  Kalimat yang benar itu hanya yang diucapkan setelah mendapat izin.
Allah berfirman:  Mereka tidak dapat berkata-kata, kecuali yang diizinkan oleh Arrahman (Allah) dan berkata benar (tepat).
198.     Adakalanya ilmu hakikat itu tampak pudar cahayanya jika engkau belum mendapat izin untuk mengeluarkannya.
Siapa yang belum sempurna sifat-sifatnya, belum diizinkan untuk menerangkan hakikat dan bila ia menerangkannya pasti akan terlihat suram cahayangnya, kerana ia sendiri masih diliputi sesuatu yang berlawanaan dengan hakikat itu dan kerana itu pula ditolak oleh pendengarannya.
Abul Abbas Almarsy berkata:  Seorang wali itu lebih dahulu telah dipenuhi oleh ilmu dan pengertian makrifat, sehingga hakikat itu menjadi keyakinan dan terlihat terang baginya, kerana itu jika melepaskan kalimat seolah-olah mendapat izin dari Allah dan kalimat yang dikeluarkannya itu berhias indah bukan buatan, maka langsung diterima oleh pendengarannya.
199.     Kata-kata kalimat mereka itu, walaupun kerana luapan perasaan yang penuh dalam hati, yang tidak dapat ditahan atau kerana tujuan memberi petunjuk pada seorang murid.  Yang pertama itu hal keadaan orang yang masih salik (sedang berjalan), sedang kedua:  Hal keadaan orang yang sudah matang dan mendalam besar-besar dalam ilmu hakikat.
Jika seorang salik (yang sedang berjalan) menuju hakikat itu berkata-kata bukan kerana  luapan hatinya, nescaya ia hanya merupakan dakwa (pengakuan) yang palsu belaka, demikian pula orang yang sudah di puncak jika bicara bukan untuk memberi petunjuk kepada murid, bererti ia telah membuka rahsia yang tidak diizinkan  Sedang lazimnya ia diam tidak bicara sebab ia selalu dalam adab hadrat Allah Taala.
Allah berfirman:  Telah tunduk semua suara-suara itu kepada Arrahman (Allah), maka tidak terdengar kecuali bisik-bisikan semata-mata.
200.     Ibarat (kata-kata) itu sebagai makanan bagi pendengar yangberhajat dan memelukannya dan engkau tidak mendapat apa-apa daripadanya kecuali yang engkau makan.
Bagaimanapun aneka warnanya hidangan, maka yang berguna bagi tiap orang hanya yang dimakannya dan masing-masing makan kesukaannya, memilih yang difahaminya.
Terjadi ada 3 orang sama-sama mendengar suara yang berkata:  Ya sa’tara birri maka masing-masing menerima kalimat itu sendiri-sendiri, yang satu berkata:  Saya telah mendengar suara itu berkata:  Is’a tara birri.  Berusahalah nescaya engkau akan melihat (mendapat) kurnia pembarianku.  Yang kedua berkata:  Saya telah mendengar:  Assa’atatara birri:  Pada saat itu juga engkau akan mendapat (melihat) kurnia pemberianku.  Yang ketiga berkata:  Saya telah mendengar:  Ma ausa’a birri:  Alangkah luasnya kurnia pemberianku.
Allah berfirman:  Disiram dengan satu macam air, tetapi kami lebihkan yang satu dari yang lain dalam rasa makanannya.
Allah berfirman:  Masing-masing golongan telah mengetahui di mana tempat minumnya.
Muhyiddin (Muhammad) Bin Al Arabi ra berkata:  Pada suatu hari kami mendapat undangan dari teman di Zuqaqil qanadil di Mesir, tiba-tiba di situ bertemu dengan guru-guru dan setelah hidangan dikeluarkan,di situ ada suatu wadah dipakai untuk tempat kencing, tatapi kerana sudah tidak terpakai lagi, maka dipakai juga untuk tempat makanan, maka setelah selesai orang-orang makan tiab-tiba wadah itu berkata:  Kerana kini saya telah mendapat kehormatan dari Allah untuk tempat makanan guru-guru ini, maka sejak kini saya tidak rela untuk dipakai tempat kotoran, kemudian ia belah dua.
Syaikh Muhyiddin bertanya kepada hadirin:  Apakah yang kamu telah mendengar?  Jawab mereka:  Ya, kami mendengar ia berkata:  Sejak saya dipakai tempat makan untuk guru-guru, maka saya tidak mau menjadi tempat kotoran lagi.  Berkata Muhyiddin:  Tidak begitu katanya.  Bertanya para hadirin:  Lalu berkata apa?  Jawab Muhyidin:  Demikian pula hatimu setelah medapat kehormatan dari Allah dijadikan tempat iman, maka janganlah rela ditempati najis-najis, syirik, maksiat dan cinta dunia.
201.     Ada kalanya orang yang membicarakan (menerangkan) tentang suatu maqam (tingkat) dalam kewalian itu, seorang yang ingin sampai kepadanya dan baru mengintai.  Adakalanya orang yang membicarakan itu orang yang telah sampai ke dalamnnya dan yang demikian itu kabur, kecuali terhadap orang yang tajam mata hati (terang hati nuraninya).
202.     Tidak layak bagi seorang salik (yang baru merangkak dalam jihad melawan hawa nafsu) membuka atau menerangkan apa yang telah ia dapat daripada kurnia Tuhan, sebab yang demikian ini akan mengurangi pengaruhnya ke dalam hatinya sendiri dan merosak (menghalangi) kesungguhannya terhdap Tuhan.
Rahsia-rahsia yang diberikan oleh Tuhan kepada seorang salik harus disimpan baik-baik dan jangan didedahkan kepada sesama manusia, kecuali kepada yang dapat memimpinnya.  Sebab bila ternyata bahawa ia dapat menyimpan rahsia-rahsia Tuhan yang diberikan padanya, ia akan mendapat kepercayaan untuk rahsia-rahsia yang lebih besar.
Bila selalu didedahkan bererti pandangannya belum bulat kepada Allah, tetapi masih selalu mengharap apa-apa kepada sesama makhluk.
Adab Untuk Menerima Pemberian Orang
203.     Jangan menghulurkan tangan untuk menerima pemberian makhluk, kecuali bila merasa bahawa yang memberi itu sebenarnya Tuhanmu, maka bila engkau telah sedemikian, maka terimalah dari mereka yang sesuai dengan ilmu pengetahuanmu.
Sebab bila engkau masih merasa ada sesuatu selain Allah yang dapat membantu kepadamu, maka tauhidmu belum benar (murni) menerima pengertian keesaan Allah dalam kalimat:  Laa ilaaha illallah dan laa haula walaquwwata illa billahi.
Allah menjadikan dan memberi rezeki yang menghidupkan dan mematikan.  Ini semua hak kekuasan Allah semata-mata, sehingga kalau ada pemberian itu dari tangan siapa saja datangnya, harus tidak boleh lupa bahawa itu langsung dari Allah yang menyuruh salah satu hamba pesuruhnya, menyampaikan kepadamu.
Khalid Al Juhany ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang kedatangan hadiah/sedekah dari temannya tanpa minta-minta dan mengharap-harap dalam hatinya, maka hendaknya diterima, sebab yang demikian itu sebagai rezeki yang dihantar oleh Allah kepadanya.
Dalam lain riwayat ada tambahan.  Dan bila ia tidak memerlukannya kerana sudah cukup, maka hendaknya diberikan kepada orang lebih berhajat daripadanya.
Ibrahim Al Khawwas berkata:  Seorang sufi tidak harus memilih jalan tidak berusaha, terkecuali jika memang sudah cukup keadaannya.  Abu Abdullah Al Qurasyi berkata:  Selama keinginan berusaha itu kuat dalam perasaan nafsu, maka berkasab usaha itu lebih utama.
Umar Bin Alkhattab ra berkata:  Rasulullah saw selalu memberi kepada saya, maka saya berkata:  Berikan kepada orang yang lebih berhajat dari saya.  Rasulullah berkata:  Terimalah dan pergunakan atau sedekahkan dan tiap harta yang datang kepadamu dengan tidak engkau harapkan atau engkau minta, maka terimalah dan yang tidak jangan engkau angan-angan (harap-hrapkan).  Al A’masy (Sulaiman) ra berkata:  Ada seorang pemuda yang datang kepada Ibrahim Attaimy untuk memberi hadiah wang sebangan 2,000 dirham, sambil berkata:  Terimalah wang ini, ini bukan dari raja, juga bukan wang syubahat dan lain-lainnya.  Jawab Ibrahim:  Semoga Allah memberkahi hartamu dan membalas engkau kebaikan dan terima kasih.  Lalu ditolaknya wang itu.  Setelah pergi pemuda itu saya bertanya:  Ya Aba Imran, mengapakah engkau tolak pemberian itu, demi Allah Isterimu tidak mempunyai gamis.  Jawab Ibrahim:  Benar, tetpai anak itu masih muda, belum banyak pengertian/pengalaman, saya khuatir kalau ia kembali ke kampungnya lalu memberi tahu kepada teman-temannya:  Saya telah memberi kepada Ibrahim 2,000 dirham,maka hilang pahalanya dan hilang pula wangnya.
Rasulullah saw bersabda:  siapa yang menolak rezeki yang diberi oleh Allah tanpa minta-minta, maka sesungguhnya ia telah menolak pemberian Allah.
204.         Adakalanya seorang arif itu malu meminta hajatnya kepada Tuhannya kerana merasa rela (puas) dengan kehendaknya, maka bagaimana tidak akan malu minta hajatnya kepada makhluknya.
Sahel Bin Abdullah berkata: Tiada sesuatu nafas atau hati melainkan diperhatikan oleh Allah pada tiap detik,baik siang atau malam, maka apabila Allah melihat dalam hati itu ada hajat kepada sesuatu selain Allah, nescaya Allh mendatangkan iblis untuk hati itu.
Abu Ali Addaqqaq berkata: Sesuatu tanda dari makrifat, tidak minta hajat keperluan kecuali kepada Allah, baik besar mahupun kecil. Contohnya: Nabi Musa rindu ingin melihat Allah ia berkata: Robbi arini andhur ilaika. Dan ketika berhajat roti berdoa: Ya Tuhan sungguh aku terhadap apa yang engkau berikan kepadaku dari makanan itu sangat berhajat.
Nabi Ibrahim as ketika akan dilempar ke dalam api ia didatangi oleh Jibril dan ditanya: Apakah ada hajat? Jawannya: Kepadamu tidak. Dan kepada Allah? Ya. Jika demikian mintalah kepada Allah. Jawab Ibrahim: Hasbi min su ali ilmuhu bilahi (Cukup bagiku, ia mengetahui halku sehingga tidak usaha saya minta padanya).
Allah berfirman: Ada suatu kalimat hikmat: Kul min kaddi yaminika waaraqi jabinika,fain dha’ufat yaqinuka fas’alil maula ya’inuka.
Makanlah dari hasil usaha dan peluh dahimu, maka apabila lemah keyakinanmu minalah kepada Tuhan nescaya ia membantu kepadamu.
Abul Hasan assyadzily ketika ditanya tentang ilmu kimia jawabnya: Keluarkan semua makhluk dari dalam hatimu dan utuskan harapanmu untuk mendapat sesuatu selain yang telah ditentukan Tuhan untuk engkau.
205.         Jika kabur bagimu 2 hal, maka perhatikan (lihatlah) mana yang lebih berat terhadap hawa nafsu, maka ikutilah, sebab tidak akan terasa berat terhadap hawa nafsu kecuali yang hak.
Jika kabur dan sukar bagimu untuk membezakan, apakah amal itu baik atau buruk, diredhai oleh Allah atau dimurkai Allah, maka umpamakan sekiranya engkau mati sedang berbuat itu, jika tidak gentar menghadapi mati dalam mengerjakan itu, maka kerjakanlah. Sebab itu sebagai tanda perbuatan itu hak dan benar.
Tanda Menurutkan Hawa Nafsu

206.         Setengah daripada tanda menurutkan hawa nafsu, ialah rajin dalam mengerjakan yang sunat-sunat, tatapi malas untuk mengerjakan yang wajib.
Muhammad Bin Abil Ward berkata: Kebinasaan manusia terjadi dalam 2 hal. Mengerjakan yang sunat dan mengabaikan yang wajib (fardhu). Dalam amal perbuatan hanya mementingkan bahagian lahir (luar), dan mengabaikan bahagian hati (yakni niat dan keikhlasan beramal).
Al Khawwash berkata: Terputusnya makhluk dari Allah, kerana 2 hal. Mengejar 
amal-amal sunat dan meninggalkan yang wajib. Memperbaiki lahirnya amal, tetapi tidak memperatikan keikhlasan beamal, sedang Allah tetap tidak menerima amal perbuatan kecuali jika ikhlas dan tepat menurut tuntunan syariat.
Allah berfirman: (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Al Baqarah 2/112).
207.         Allah sengaja mengikat amal taat itu dengan waktu yang tertentu untuk tidak menahan engkau daripada mengerjakannya kerana kebiasaan kelalaian dan kemalasanmu yang suka menunda-nunda, tetapi Allah memperluas waktunya supaya tetap ada bagimu kesempatan memilih waktu yang lebih tepat/ringan atau lebih khusyuk.
Sebab apabila waktu itu tidak ditetapkan, nescaya manusia akan menunda –nunda yang akhirnya tidak sampai berbuat dan diperluas waktu bagi orang yang betul-betul masih sibuk, sehingga ia berbuat setelah tenang dan dapat mengerjakan dengan lebih sempurna.
208.         Allah mengetahui kurang semangatnya hamba untuk mengerjakan taat maka diwajibkan kepada mereka melakukan taat dan ditarik mereka itu dengan rantai kewajipan: Tuhanmu kagum dari kaum yang ditarik masuk ke syurga dengan rantai.

Kewajipan Dalam Agama Hanya Mewajibkan Masuk Syurga

209.         Allah mewajibkan kepadamu, berbuat taat, padahal yang sebenarnya hanya mewajibkan kepadamu masuk ke dalam syurganya (dan tiada mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata-mata supaya masuk ke dalam syurganya).

Sebenarnya segala kewajipan-kewajipan yang diwajiabkan oleh Allah kepada hamba semua itu semata-mata untuk kepentingan dan kemaslahatan hamba-hamba itu sendiri, sedang Allah sedikitpun tidak ada kepentingan manafaat atau madharrat. Abul Hasan Asshadily berkata: Hendaknya engkau mempunyai satu wirid, yang tidak engkau lupakan selamanya, iaitu mengalahkan hawa nafsu dan cinta kepada Allah swt.
Nafas manusia ini sebagai amanat dari Tuhan, dan sebagai titipan wadah yang harus diisi. Dan hak ke Tuhanan tetap berlaku pada tiap detik yang harus dilakukan oleh hamba.
Abul Hasan berkata: Pada tiap waktu (saat/detik) ada bahagian yang mewajibkan kepadamu hai manusia terhadap Allah swt.

210.         Siapa yang merasa ganjil (tidak mungkin) dapat diselamatkan oleh Allah dari pengaruh hawa nafsu syahwatnya atau dihindarkan dari kelalaiannya, maka bererti ia telah memperlemah kekuasaan Allah, sedang Allah atau segala sesuatu maha berkuasa.

Tuntunan iman harus percaya terhadap qudrat (kekuasan) Allah secara mutlak tanpa kecuali. Sesungguhnya Allah atas segala sesuatu maha berkuasa. Qudrat Allah tergantung pada iradatnya, sehingga tidak ada sesuatu yang terjadi tanpa iradat dan qudratnya, apabila Allah berkehendak, maka berjalanlah qudratnya dengan perintahnya. Sesungguhnya perintah Allah jika menghendaki sesuatu, hanya berkata: Kun, maka terjadilah apa yang dikehendakinya pada saat yang ditentukannya menurut apa yang dikehendakinya.
Kepercayaan terhadap taqdir kekuasaaan Allah yang demikian itu, jangan ada seorang patah harapan dari rahmat Allah walau bagaimanapun keadannya. Tetapi jangan mempermainkan atau meremehkan kekuasaan Allah itu.
Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang maha pengampun, lagi maha mengasihani. (Az Zumar 39/53).

211.         Adakalanya (kemungkinan) kegelapan-kegelapan (dosa/maksiat dan syahwat) itu tiba padamu, untuk mengingatkan kepadamu kebesaran nikmat yang diberikan Allah kepadamu.
Sebelum menndapat taufik hidayat seorang hamba dalam berbagai kegelapan, sehingga berbuat segala taufik hidayat. Ia hidup dalam alam cahaya, sehingga dengan demikian ia dapat merasakan bagaimana nikmat/rahmatnya iman hidayat, padahal ia telah lama berkecimpung dalam lumpur/jurang kegelapan syahwat dosa dan kejahatan itu. Sebab adakalanya nilai sesuatu itu tidak dapat dirasakan kecuali bila telah merasai lawannya, dalam peribahasa: Kesihatan itu bagaikan mahkota di atas kepala tiap orang yang sihat, tdak ada yang melihatnya kjecuali orang-orang yang sakit.

212.         Siapa yang tidak mengenal harga nikmat ketika adanya nikmat itu, maka ia akan mengetahui harga kebesaran nikmat setelah tidak adanya (lenyapnya).
Sariy Assaqathi berkata: Siapa yang tidak menghargai nikmat, maka akan dicabut nikmat itu dalam keadaan ia tidak mengetahui.
Al Fudhail Bin Iyad ra berkata: Tetapkanlah mensyukuri nikmat, sebab jarang sekali nikmat yang telah hilang akan datang kembali. Sesungguhnya yang sangat mengetahui nikmat air itu, hanya orang yang benar-benar haus.
Rasulullah saw bersabda: Jika seorang melihat pada orang yang lebih daripadanya kekayaan dan sihatnya, maka hendaklah juga melihat kepada orang yang lebih menderita daripadanya.
Dalam lain riwayat Rasullah saw bersabda: Lihatlah kepada orang-orang yang di bawamu dan jangan melihat pada orang yang di atasmu, maka yang demikian itu lebih tepat untuk tidak meremehkan nikmat yang diberikan Allah kepadamu.
Orang yang bahagia (untung) itu ialah yang dapat pengertian dengan pengalaman (dengan kejadian) yang terjadi pada lain orang. Juga telah tersebut pelajaran hikam: Siapa yang tidak mensyukuri nikmat bererti membiarkannya hilang dan siapa yang mensyukurinya bererti telah mengikat nikmat itu dengan tali ikatnya.
213.         Jangan membingungkan keadamu datangnya kurnia nikmat Allah yang bertimbun-timbun untuk menunaikan kewajipan mensyukurinya, sebab perasaan yang demikian bererti merendahkan harga dirimu sendiri.
Engkau diperintah mensyukuri nikmat Allah menurut kadar kekuatan yang diberikan Allah kepadamu, bukan sebanyak atau sebesar nikmat yang diberikan, sebab itu tidak mungkin engkau akan dapat menunaikannya, tetapi memberi nikmat yang besar sesuai dengan kebesaran Allah, sedangkan engkau diharuskan mensyukuri nikmat menurut kadar kelemahan/kekuatanmu.
Nabi Daud as berkata: Tuhanku anak Adam ini telah engkau beri pada tiap rambut ada nikmat di atas dan di bawahnya, maka bagaimana akan dapat menunaikan syukurnya kepadamu. Jawab Allah: Hai Daud, Aku memberi sebanyak-banyaknya dan rela menerima yang sedikit dan untuk mensyukuri nikmat itu bila engkau mengetaui bahawa nikmat yang ada padamu itu daripadaku.
Umar Bin Abdul Aziz ra berkata: Tidaklah Allah memberikan suatu nikmat kepada hamba, kemudian hamba itu mengucap: Alhamdu lill ah, melainkan nilai pujian Alhamdu lillah itu jauh lebih besar dari nikmat yang diberikan itu.

Bermaharajalelanya Hawa Nafsu, Penyakit Yang Sangat Berbahaya
214.      Meresapnya rasa manis hawa nafsu dalam hati merupakan penyakit yang sukar diubati (disembuhkan).

Hati itu tempat iman, keyakinan dan makrifat dan semua itu sebagai ubat, tetapi apabila kecintaan kepada dunia dan syahwat telah menguaai/memenuhi hati, maka tidak ada tgempat untuk ubatnya, maka disitulah letak kesukaran untuk mengubatinya, sehingga sukar disembuhkannya.  Rasulullah bersabda: cinta kepada dunia itulah induk/pokok dari segala dosa.
Rasulullah saw bersabda:  Cinta kepada dunia itulah induk/pokok dari segala dosa

215.      Tidak dapat mengeluarkan (mengusir) syahwat dari dalam hati kecuali rasa ketakutan yang menggetarkan atau rindu yang menggelisahkan.
Syahwat hawa nafsu yang sudah mendalam, mempunyai kekuatan yang luar biasa, kerana itu maka tidak dapat mengusirnya. Kecuali kekuatan yang lebih besar. Takut yang menggetarkan ialah takut terhadap balasan seksa Allah atau rindu pada apa yang dijanjikan oleh Allah. Makla bila ada rasa ketakutan yang sungguh-sungguh atau rindu yang menggelisahkan, maka syahwat hawa nafsu dapat ditekan.

216.      Sebagaimana Allah tidak menerima amal yang dipersekutukan dengan lainnya, demikian pula Allah tidak suka pada hati yang bersekutu. Amal perbuatan yang dipersekutukan kepada sesuatu selain Allah tidak akan diterima oleh Allah dan hati yang bersekutu tidak menghadap kepadanya (Allah).
Amal perbuatan yang bersekutu ialah riya’, sum’ah dan yang dibuat-buat dan hati yang bersekutu iaitu yang masih merasa cinta kepada lain Allah dan mengharap atau takut atau menyandar kepada selain Allah.

217.         Beberapa nur Ilahi hanya diizinkan oleh Allah untuk sampai ke hati dan ada beberapa nur Ilahi yang lainnya diizinkan oleh Allah untuk masuk ke dalam hati.
Nur Ilahi hanya sampai ke hati, tetapi tidak masuk ke dalam,maka orang yang mendapat nur ini masih dapat melihat Tuhan dan dirinya, dunia dan akiratnya, yakni cinta dunia dan cinta akhirat cinta diri dan cinta Tuhan. Adapun nur Ilahi yang langsung masuk ke dalam hati,maka tidak ada pandangan kecuali Allah, tidak ada yang dicinta, diharap, disembah melainkan Allah semata-mata.  Apabila nur iman masuk di luar hati, maka orang masih cinta Allah dan dunia, tetapi apabila nur iman menembus ke dalam, hati, maka hanya cinta kepada Allah tidak ada lainnya. Jika nur iman di luar hati bernama Islam dan jika msuk ke dalam hati barulah bernama iman..
Nur Iman Tidak Masuk Dalam Hati Yang Penuh Dengan Benda
218.      Adakalanya nur Ilahi turun kepadamu, tetapi didapatkan hati masih penuh dengan keduniaan/hawa nafsu, maka ia kembali ke tempat yang ia turun daripadanya. Kosongkan hatimu dari segala sesuatu selain Allah, nescaya Allah akan memenuhinya dengan makrifat dan rahsia-rahsia.
Nur Ilahi adakalanya datang ke hati, tetapi ia merasa tidak ada tempat kerana itu ia kembali ke tempat asalnya, Maka oleh sebab demikian, maka bila engkau ingin mendapatkan nur Ilahi itu, hendaknya engkau kosongkan hatimu dari keduniaan dan segala sesuatu selain Allah. Hikmat ini sama dengan hikmat yang berbunyi: Bagaimana akan terang hati sedang gambar-gambar keduniaan masih melekat dalam cermin hatinya.

219.      Jangan merasa lambat datangnya kurnia pemberian Allah kepadamu, tetapi hendaknya engkau merasakan kelambatan dirimu untuk menghadap kepada Tuhan.
Jangan merasa datangnya kurnia pemberian Allah yang lambat, tetapi rasakan kelambatan dirimu untuk membulatkan iktikad yang baik kepada Tuhanmu

220.      Kewajipan-kewajipan di dalam waktu dapat diqadhanya, tetapi hak-hak yang disediakan oleh Allah dalam waktu tidak dapat diulangnya. Sebab tiada suatu waktu melainan ada hak kewajipan yang baru dan perintah yang ditekankan, maka bagaimanakah engkau akan menyelesaikan hak lainnya, sedang engkau belum menyelesaikan hak Allah dalam waktu itu.
Kewajipan dalam waktu seperti solat, puasa jika tidak dikerjakan dalam waktunya dapat diqadha’inya, tetapi hak-hak waktu itu sendiri yakni apa yang disediakan oleh Allah untuk waktu itu, jika tidak diambil, tidak dilaksanakan menurut tuntunannya, tidak dapat diqadha’inya, iaitu waktu menerima nikmat atau taat, atau teruji dengan bala dan maksiat, iaitu masa yang harus bersyukur dan masa di mana ia harus sabar atau istighfar, apabila telah berubah masanya maka berubahlah hak kewajipannya, sehingga tidak dapat digunakan untuk mengqadha’i apa yang tertinggal pada masa yang telah lampau itu.
Rasulullah saw bersabda: Siapa yang diberi lalu syukur, diuji lalu sabar, dianiaya lalu memaafkan dan berdosa lalu minta ampun
Kemudian Rasulullah saw diam sejenak. Sahabat bertanya: Kemudian apakah ya 
Rasulullah saw untuknya? Jawab Nabi saw: Merekalah yang pasti mendapatkan kesejahteraan dan merekalah orang yang mendapat petunjuk hidayat.
221.      Yang telah hilang dari umur (usia) hidupmu tidak dapat ditarik kembai, sedang yang telah berhasil bagimu, tidak dapat dinilai harganya.
Waktu itu sangat berharga kerana itu jangan digunakan kecuali untuk sesuatu yang berharga. Ada pula kata: Waktu itu adalah wang.
Kata ahli syair: saat-saat dalam usia hidupmu itu bagaikan berlian yang sangat berharga, kerana itu jadikanlah masa dan saat-saat yang berarga itu untuk mencapai kejayaan dunia akhiratmu dan kebahagiaan.
Rasulullah saw bersabda: Tiada suatu saat/masa yang datang pada seorang hamba, kemudian ia tidak berzikir kepada Allah dalam saat itu, melainkan saat itu akan merupakan penyesalan pada hari qiamat. Kelak pada hari qiamat saat-saat umur manusia pada tiap hari dan malam itu akan diperlihatkan berupa 24 almari yang berbaris, maka dapat melihat masing-masing almari itu penuh dengan nikmat pembalasan, terhadap amal perbuatan yang dilakukan pada saat itu, adapun saat-saat yang tidak beramal apa-apa di dalamnya, maka almarinya pun kosong, maka di situlah letak penyesalan yang tidak terhingga. Dan sesal kemudian tetap tidak berguna.
222.   Tiada engkau menyintai sesuatu melainkan pasti engkau menjadi hamba dari apa yang engkau cinta itu dan Allah tidak suka bila engkau menjadi hamba sesuatu selain dariadanya
Cinta pada sesuatu itu menjadikan buta dan pekak.
Rasulullah saw bersabda: Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba baju, permadani dan isteri, celaka dan rugi dan umpama kena duri semoga tidak keluar.
Al Junaid berkata: Engkau takkan mencapai hakikat ubudiyah (kehambaan) selama engkau masih diperbudak oleh sesuatu selain Allah, iaitu harta, isteri atau lain-lainnya.
Kepentingan Taat Untuk Manusia Sendiri
223.   Tidak berguna bagi Allah taatmu dan tidak mudarat (bahaya) pada Allah maksiat (dosa) dan sesungguhnya Allah menyuruh kamu berbuat taat dan melarang kamu dari maksiat (dosa) itu untuk kepentinganmu sendiri
Allah Tuhan yang mha sempruna, kesempurnaan Allah tidak memerlukan apa-apa, sedang semua makhluk sebagai hamba Tuhan tetap berhajat kepada Tuhan. Maka kerana rahmat Allah untuk kepentingan kemaslahatan hamba, maka mengadakan perintah dan larangan, perintah dan larangan itusedikitpun tidak berguna atau merugikan bagi Allah.
Dalam Hadith Allah bersabda: Hai hambaku, andaikan orang yang pertama hingga yang terakhir dari kamu, Manusia dan Jin semua berbuat takwa-takwa (sebaik baik) hati seorang di antara kamu, maka yang demikian itu tidak menambah kekayaanku sedikitpun dan sebaliknya jika kamu itu berbuat sejahat-jahat perbuatan seorang di antara kamu, maka yang demikian itu tidak menguranngi kekuasaan kerajaanku sedikit pun, kecuali sebagai kurangnya air laut jika diambil dengan jarum, hai hambaku sesungguhnya amal perbuatanmu aku catat untukmu kemudian aku serahkan kembali kepadamu, maka siapa yang mendapat kebaikan, hendaknya mengucap Alhamdullillah dan siapa yang mendapatkan kejahatan maka jangan menista kecuali dirinya sendiri.
224.   Tidak menambah kemuliaan (kejayaan) Allah datang (menghadap)nya orang yang taat kepadanya dan tidak mengurangi kemuliaan Allah menjauhnya orang yang menjauh daripadanya.
Sebab sifat kemuliaan/kejayaan Allah adalah sifat zatnya, kerana itu tidak dapat bertambah dan tidak berkurang, Allah zat yang mulia sebelum adanya makhluk dan tetap kejayaan kemudian itu sesudah menjadikan makhluk.
225.   Sampaimu kepada Allah itu ialah sampaimu kepada ilmu yakin atau makrifatmu yang sempurna terhadap Allah, (sehingga bagaikan melihat: Ka annakatarahu: Seolah-olah engkau melihat kepada Allah). Kalau tidak demikian, maka maha suci (maha agung) Allah untuk disambung oleh sesuatu atau bersambung dengan sesuatu.
Kerana soal sampai kepada Allah itu berbeza antara semua orang yang sampai, sebab iman itu suatu kurnia Allah yang tidak dapat dicapai oleh apapun juga dan itu pertama jalan untuk sampai kepada yakin yang bernama ilmu yakin, ‘ainul yakin dan hak ku yakin. Maka apabila seorang telah beriman dan tiada ragu dan makin hari makin bertambah kuat/tebal imannya hingga berupa keyakinan, maka di saat itulah manusia bererti telah sampai kepada Tuhan Allah swt.
226.   Dekatmu kepada Allah itu sekira kau selalu seolah-olah melihat dan memperhatikan dekatnya Allah kepadamu kalau tidak demikian, maka dari manakah engkau itu dengan dekatnynya Allah.
Allah berfirman: Jika hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya: Aku dekat.
Dan kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (Al Waaqi’ah 56/85).
Allah berfirman: Dan kami (Allah) lebih dekat kepada manusia dari urat nadinya (urat lehernya).
Maka hakikat dekatmu kepada Allah jika engkau selalu ingat seolah-olah melihat dekatnya Allah kepadamu.
227.   Hakikat ilmu yang diturunkan Allah kepada orang-orang arifin ketika tajali itu mujmal (singkat), tetapi setelah tertangkap terjadinya penerangan (keterangan)nya ayat: Maka apabila lami bacakan, ikutilah bacaannya, kemudian kami sendiri yang akan menerangkannya (penjelasan perincian).
Ilmu ialah sesuatu yang kita dapat dengan belajar dan hakikat ialah ilmu yang berupa ilham dari Allah ke dalam hati tanpa perantara. Abu Bakar Alwarraq berkata: Ketika saya sedang berada di hutan Bani Israil tiba-tiba tergerak dalam hatiku bahawa ilmu hakikat itu berlawanan dengan ilmu syariat, mendadak terlihat padaku seorang di bawah pohon (umghailaan) menjerit sambil memanggil: Hai Abu Bakar tiap-tiap hakikat yang bertentangan dengan syariat, maka itu kekufuran.
Hakikat itu juga dapat disebut ilmu laduni yang tereus dari Allah
Nur Iman Bila Tiba Mengubah Adat kebiasaan
228.   Apabila datang (tiba) wirid (kurnia iman) dan Tuhan kepadamu, maka langsung merombak/melenyapkan segala kebiasaan-kebiasaanmu. Ayat: Sesungguhnya raja-raja itu jika masuk ke dusun (kota) merombak segala keadaan.
Apabila kurnia iman telah masuk ke dalam hati seorang, maka sanggup merubah merombak segala adat kebiasaan yang telah menjadi tabiat manusia itu, demikianlah yang dibuktikan oleh Nabi Muhammad saw dengan para sahabatnya dan sampai kepada tabi’in yang mengikuti benar-benar tuntunan iman takwa kepada Allah.
229.   Warid (kurnia Iman dari Tuhan) itu memang datangnya dari yang menang dan mengalahkan segala yang lainnya, kerana itu bila warid tiba, maka tiada sesuatu yang berhadapan padanya melainkan dimusnahkannya. Ayat: Tetapi kami melemparkan itu hak di atas yang bathil, maka melenyapkannya, maka tetaplah bathil itu musnah (hancur).
230.   Bagaimanakah Allah akan dapat terhijab dengan sesuatu, padahal yang digunakan hijab itu, juga Allah jelas ada padanya dan tetap hadir.
Bagaimanakah Allah akan terhijab dengan sesuatu, padahal sesuatu yang terlihat itu semata-mata nur Ilahi dan pada segala tempat Allah berada dan hadir, tidak pernah ghaib. Kerana itu disebut dalam hadis qudsi: Hijab Allah ialah nur, yang apaila dibuka nescaya dapat membakar apa saja yang diperlihatkannya, jangankan manusia akan dapat bertahan sedang bukit hancur dan Nabi Musa pengsan sebelum melihat secara langsung. Demikianlah rahmat Allah menghijab kita untuk keselamatan kita sendiri menurut hikmatnya.
231.   Jangan berputus harapan untuk diterimanya amal perbuatan yang engkau kerjakan dengan tidak khusyuk (hadir hati di dalamnya), sebab masih ada kemungkinan amal itu diterima pada hal belum dapat dilihat buahnya dengan segera.
Meskipun dalam alam perbuatan belum mencapai hadirnya hati dan manis taat yang dilakukan itu, maka jangan terburu-buru putus harapan untuk diterimanya amal itu, meskipun masih dalam taraf sekadar taqarrub kepada Allah dan merasa bahawa itu kurnia Allah kepadanya, maka yang demikian itu sudah cukup baik.
232.   Jangan membanggakan (gembira) terhadap suatu warid (yakni kecondongan hati untuk berbuat taat) yang belum engkau ketahui buahnya, sebab bukan yang diharapkan dari awan itu sekadar hujan, tetapi tujuan utamanya ialah adanya buah dari pohon-pohon.
Contohnya amal ibadat solat, jangan terburu-buru merasa bangga dan gembira, kerana sudah dapat solat, selama belum merasakan buah solat sebagaimana yang tersebut dalam ayat: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.
Inilah buahnya solat, maka selagi belum mendapat buah yang demikian, jangan merasa bangga atau gembia, tetapi disamping itu jangan putus harapan untuk diterimanya meskipun belum berhasil buahnya.
233.   Jangan minta tetapnya itu warid setelah kau merasakan (mendapatkan) buah terangnya nur (cahaya dan tertangkap semua rahsia-rahsianya, maka cukup bagimu mengabdi kepada Allah sehingga tidak memerlukan sesuatu yang lainnya, sebab tidak ada sesuatu yang dapat mencukupi sehingga tidak berhajat kepada Allah.
Ketahuilah bahawa semua isi alam dan segala nur, tingkat-tingkat maqam kewalian dan lain-lainnya itu, semata-mata kurnia Allah kepada anak Adam, kerana itu manusia tidak boleh bergantung kepada semua itu, adanya itu atau tidak adanya sama saja, tidak boleh menggoncangkan jiwa manusia, selama ada Allah yang memberi itu semua. Dunia dibuat oleh Allah yang memberi itu semua. Dunia dibuat oleh Allah untuk manusia dan manusia dijadikan untuk mengabdi kepada Allah. Kerana itu manusia perlu merasa kaya dengan adanya Allah, sehingga tidak boleh menyandar (menggantungkan) pada sesuatu selain Allah.
234.   Keinginanmu untuk tetapnya sesuatu selain Allah itu sebagai bukti bahawa kau belum bertemu pada Allah dan kerisauanmu kerana kehilangan sesuatu selain Allah itu sebagai bukti tidak adanya hubunganmu dengan Allah atau sebagai tanda belum sampaimu kepada Allah.
Bertemunya manusia kepada Tuhan dan sampainya kepadanya, inilah punca harapan dan dengan itulah ia mencapai kebahagiaan dan kerajaan yang besar, bahkan dengan itu ia akan lupa dan terhibur dari segala sesuatu selain Allah.
Abu Sulaiman Addarany ketika ditanya: Apakah yang terdekat dari segala sesuatu yang orang bertaqarrub (mendekat) kepada Allah? Jawabnya: Supaya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu tidak ada sesuatu yang diinginkan kecuali Allah, baik di dunia mahupun di akhirat. Dan itulah bukti bahawa ia telah mencapai tingkat yang besar, tetapi selam ia masih menginginkan tatapnya sesuatu atau risau kerana tidak adanya sesuatu, maka itu suatu bukti bahawa ia belum mencapai hakikat tingkat yang besar itu. Dan harus segera memperbaiki dirinya.
Semua Rasa Nikmat Itu Kerana Iman
235.   Nikmat itu meskipun beraneka bentuk warnanya hanya disebabkan oleh kerana melihat dan dekat kepada Allah, demikian pula seksa walau bagaimapun aneka macamnya hanya kerana terhijabnya dari Allah, maka sebabnya seksa itu kerana adanya hijab dan sempurna nikmat itu ialah melihat kepada zat Allah yang mulai.
Allab berfirman: Berapa wajah manusia kelak berseri-seri, dapat melihat wajah Tuhannya.
Nikmat dekat kepada Allah, lebih-lebih melihat kepada Allah itu memang tiada bandingnya, sehingga apabila manusia di syurga ditanya oleh Tuhan: Apakah yang kamu rasa kurang dan yang akan kamu minta? Jawab mereka: Kami cukup puas dan tidak ada hasrat untuk minta apa-apa lagi, sebab sudah cukup puas , tiab-tiba dibukakan oleh Allah hijab untuk melihat wajah (zat) Allah, maka di situlah mereka merasa tidak ada nikmat yang lebih besar daripada melihat kepada zat Allah swt.
236.   Semua yang dirasakan oleh hati (perasaan/fikiran) dari berbagai macam kerisauan itu, maka semata-mata kerana masih tertahan belum dapat melihat musyahadah kepada Tuhan Allah swt.
Firman Allah menceritakan ketika Abu Bakar Assiddiq ra bersama Rasulullah di gua Tsur, di mana Abu Bakar risau dan sedih hati, langsung oleh Rasulullah diingatkan:
Jangan risau/sedih sesungguhnya Allah berserta kami.
Asysyibly berkata: Siapa yang benar-benar mengenal Allah tidak akan risau atau berduka cita untuk selama-lamanya.
Allah berfirman: Ingatlah, sesungguhnya para waliyullah itu tidak merasa takut dan tidak merasa duka cita.
Rasulullah saw bersabda kepada Abu Bakar Assiddiq ketika di gua Tsur: Bagaimanankah perasaanmu hai Abu Bakar terhadap 2 orang yangditigai oleh Allah (disertai/dilindungi oleh Allah).
237.   Setengah dan kesempurnaan nikmat Allah kepadamu, jika Allah memberi rezeki yang cukup dan menahan daripadamu apa yang dapat menyesatkan kamu.
Allah berfirman:  Ingatlah!  Sesungguhnya jenis manusia yang tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya).  (Al ‘Alaq 96/6).
Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.  (Al ‘Alaq 96/7).
Sa’ad Bin Abi Waqqash ra berkata:  Saya telah mendengar Rasulullah saw besabda:  Sebaik-baik rezeki yang mencukupi dan sebaik-baik zikir yang samar.  Abu Dardaa’ ra berkata:  Rasaulullah saw bersabda:  Tiada terbit atau terbenam matahari melainkan disisinya ada 2 Malaikat yang berseru, seruan itu dapat didengar oleh semua makhluk kecuali manusia dan Jin:  Hai sekalian manusia silakan kembali kepada Tuhan, sesungguhnya yang sedikit tetapi mencukupi itu lebih baik dari yang banyak hingga melalaikan (menyesatkan).
Allah berfirman:  Pergunakan semua yang diberikan Allah kepadamu (iaitu yang berupa hidup pancaindera, akal, fikiran, tenaga dan harta kekayaan) untuk mencapai kebahagiaan dan keuntungan akhirat dan jangan kau lupakan bahagaianmu daripada dunia.
Kepentingan yang pertama dan utama ialah keselamatan akirat, adapun dunia maka ia sambil lalu jika tidak lupa.  Sebab siapa sungguh beramal untuk akhirat maka dunianya terjamin untung dan puas, sebaliknya jika amal usahanya hanya untuk dunia maka baginya tidak bertambah dari ketetapan Allah dan akhiratnya rugi tidak dapat apa-apa.
Rasulullah saw bersabda:  Bukannya kekayaan itu dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan yang sesungguhnya ialah kaya hati/tenang jiwa.
Sesungguhnya seringan-ringan hukumanku terhadap seorang alim jika ia condong kepada keduniaan, akan aku cabut daripadanya kelazatan bermunajat kepadaku.

238.   Kurangilah kesenanganmu dengan dunia, supaya berkurang pula kedukaanmu pada dunia.
Seorang ditanya: Mengapakah engkau tidak pernah risau? Jawabnya: Kerana saya tidak menyimpan barang yang akan merisaukan/menyusahkan bila hilang, sebab yang menyenangkan itulah pula yang menyusahkan, jika sedikit maka sedikit pula dan bila banyak yang disenangi tentu banyak pula yang akan menyusahkan.
Hikayat seorang memberi hadiah kepada raja sebuah gelas dari pirus yang bertaburkan permata yang sangat berharga, maka kerana sangat gembira raja menerimanya. Ia menunjukkan hadiah itu pada seorang Hakim (ahli hikmat): Bagaimana pendapatmu tengtang gelas ini? Jawab Hakim: Pendapatku itu suatu bala dan kefakiran. Tanya raja: Bagaimana pendapatmu itu? Jawabnya: Jika pecah berupa bala sebab tidak dapat dicantum dan tidak ada gantinya, jika tercuri kau sangat perlu kepadanya sehingga menjadi fakir kepadanya. Maka tiada lama tiba-tiba gelas itu pecah, maka benar raja merasa mendapat bala dan sangat menyesal, lalu berkata: Benar, kata Hakim itu.
Seorang yang berakal sihat iaitu orang yang tidak terpengaruh oleh sesuatu jika ada (tiba) menyebabkan sibuk dan bila hilang menyebabkan menyesal dan bingung.  Al Junaid berkata: Seorang yang berakal sihat itu ialah yang menyelidiki segala sesuatu, mencari yang lebih utama untuk dikerjakan dan didahulukan dari lain-lainnya dan selalu mengikuti petunjuk Allah dan Rasulullah, dalam membezaqkan apa yang berguna atau mudarat bagi dunia dan akhiratnya.

239.   Jika engkau tidak ingin dipecat, maka jangan memangku jawatan yang tidak akan tetap bagimu untuk selamanya.
240.   Jika engkau tertarik oleh permulaannya, pandangan luarnya (lahir), maka akan menjemukan engkau pada akhirnya, jika engkau terpengaruh oleh pandangan lahir, maka akan dilarang oleh hakikat batinnya (akan dicegah oleh hakikat batinnya).
Memang kedudukan itu pada lahirnya menarik tetapi pada hakikatnya amanat yang berat jarang orang yang selamat dari bahaya fitnahnya.
Allah berfirman: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (Semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keamplunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat. Dan (ingnatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al Hadid 57/20).
Rasulullah saw bersabda: Cinta dunia itu pokok dari segala dosa.

241.   Sesungguhnya Allah sengaja menjadikan dunia ini tempat kerosakan dan sumber kerusuhan, untuk menjemukan kau terhadap dunia.
Rasulullah bersabda: Jauhkan dirimu dari tipuan dunia, nescaya Allah suka/kasih kepadamu. Dan jauhkan dirimu dari hak-hak orang, nescaya disukai orang.
Imam Ali ra menulis surat kepada Salman Alfarisy ra: Sesungguhnya dunia ini bagaikan ular licin pegangannya, namun membunuh bisanya (racunnya), kerana itu abaikanlah (berpalinglah) daripadanya dan dari apa yang mengagumkan engkau, kerana sedikitnya yang dapat engkau bawa sebagai bekal dan jangan risau terhadapnya kerana engkau yakiin akan berpisah padanya dan letakkan kesenanganmu dalam kewaspadanmu terhadap apa-apa yang ada di dalamnya, sebab orang di dunia apabila ia mulai senang tenang langsung dibawa kejurang bahaya dan binasa.
Seorang Hakim berkata: Dunia ini bagaikan impian orang tidur, kesenangannya bagaikan bayangan awan, kejadian-kejadian bagaikan anak panah yang mengenai sasarannya, sedang syahwat-syahwatnya bagaikan sesuatu yagn beracun dan godaannya bagaikan gelombang yang besar.

242.   Allah telah mengetahui bahawa engkau tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa teori (kata-kata), kerana itu Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya, untuk memudahkan bagimu cara meninggalkannya.
Sebab mansia bila menderita ujian-ujian Allah yang berupa bala, maka ia tidak senang dunia, lalu ingin mati, ingin berpisah dari dunia yang fana ini. Bala yang biasa diujikan Allah ialah kemiskinan, penyakit, kelaparan, ketakutan, kehilangan harta, kematian dan lain-lainnya yang menimbulkan kecemasan manusia dan tiada ketenangan hidup.

Ilmu Yang Berguna

243.   Ilmu yang berguna ialah yang meluas dalam dada sinar cahayanya dan membuka penutup hati.

Ilmu yang berguna (bermanfaat) itu ialah mengenal zat Allah dan sifat serta asma (nama) dan perbuatan Allah.  Juga mengerti bagaimana mengabdi diri kepada Allah serta beradab kepadanya.
Nabi Daud as berkata:  Ilmu di dalam dada bagaikan lampu dalam rumah.  Iman Malik Bin Anas ra berkata:  Bukan yang bernama ilmu itu kepandaian atau banyak meriwayatkan, tetapi ilmu itu hanya nur yang diturunkan Allah dalam hati manusia.  Dan bergunanya ilmu itu untuk mendekatkan manusia kepada Allah dan menjauhkannya dari kesombongan diri.

Al Junaid berkata:  Ilmu itu ialah mengenal Tuhanmu dan tidak melampaui kedudukan dirimu (yakni menyedari kehambaanmu).

244.   Sebaik-baiknya ilmu itu, yang disertai oleh rasa takut kepada Allah swt.

Allah berfirman:  Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggi yang kekal, dengan limpah kurnianya semata-mata.  Kami tidak akan merasa penat lelah di situ dan kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu.  (Fathir 35/28).
Rasulullah saw bersabda:  Orang yang menuntut ilmu agama itu, Allah menjamin rezekinya.
Rasulullah saw bersabda:  Sesungguhnya para Malaikat meletakkan sayapnya pada orang yang menuntut ilmu, kerana suka (gemar) pada apa yang dituntut.  Rasulullah saw berlindung kepada Allah:  Allahumma inni a’udzu bika min ilmin laa yanfa’ (Ya Allah aku berlindung kepadamu dari ilmu yang tidak berguna).  Ilmu yang tidak berguna iaitu yang tidak menimbulkan rasa takut kepada Allah.
Al Junaid ketika ditanya:  Apakah ilmu yang berguna?  Jawabnya:  Ialah yang menunjukkan engkau kepada Allah dan menjauhkan dari menurutkan hawa nafsu syahwatmu.
Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang cinta dunia, berbahaya akhiratnya dan siapa yang cinta akhirat, berbahaya dunianya.  Ingatlah kamu harus mengutamakan yang kekal abadi daripada yang lekas rosak dan hancur.

245.   Ilmu itu jika disertai rasa takut kepada Allah, maka itu yang menguntunkan bagimu, jika tidak maka itu bahaya bagimu.

Rasulullah saw bersabda:  Tiap hari di manaku tidak bertambah ilmu yang mendekatkan aku kepada Allah, maka bererti tidak berkat bagiku terbit matahai pada hari itu.
Rasulullah saw bersabda:  Akan keluar pada akhir zaman orang yang mencari (mencuri) dunia dengan topeng agama, memperlihatkan (memakai) di muka orang bulu domba kerana lunak, lidahnya lebih manis dari madu, tetapi hatinya, hati serigala.
Allah berkata kepada mereka:  Apakah kamu akan menentangku atau mempermainkanku, maka demi kebesaranku, aku akan menurunkan kepada mereka ujian fitnah, sehingga orang yang sabar tenang menjadi kebingungan.
Rasulullah saw bersabda:  Akan tiba suatu masa pada umat manusia, tiada tinggal dari Quraan kecuali tulisannya saja dan Islam hanya namanya belaka.
Hati manusia kosong dari petunjuk hidayat dan masjid hanya penuh jasad manusia yang tak berhati takwa, sejahat-jahat manusia waktu itu ialah para ulama’, sebab dari mereka sumber fitnah dan kepada mereka sendiri pula kembalinya fitnah tersebut.
Abu Hurairah ra berkata:  Bersabda Nabi saw:  Siapa yang belajar ilmu agama, tidak untuk mencdapai keredaan Allah, tidak mempelajarinya kecuali untuk mencapai suatu kepentingan dunia, maka ia tidak akan mendapat (merasai) bau syurga pada hari qiamat.
Al Hasan ra berkata:  Seksa bagi seorang alim itu matinya hati.  Ketika ditanya:  Bagaimana matinya hati itu?  Mencari dunia dengan menjual amal akhirat.
Dan lebih jahat lagi jika ia menjilat-jilat (mengampu) kepada raja (pemerintah) untuk mencari keuntungan dari wang haram atau syubahat, maka yang demikian terang terangan menentang murka Allah.
Abud Darda’ ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Allah telah menurunkan wahyu pada salah seorang Nabi:  Katakanlah kepada orang-orang yang belajar fikih agama, tidak untuk kepentingan agama dan belajar tidak untuk diamalkan, mereka mencari dunia dengan amal akhirat, memakai bulu kambing, tapi hati mereka hati serigala, lidahnya lebih manis dari madu dan hatinya lebih pahit dari jadam, apakah mereka akan mempermainkan Aku atau mengejek padaku, pasti akan aku turunkan kepada mereka fitnah ujian, sehingga orang yang tenang sabar menjadi bingung.
Rasulullah saw bersabda:  Sesungguhnya Allah akan memperkuat/menyebar luaskan agama ini dengan lidah seorang yang lacur/lancung Farqad Assindy bertanya pada Abul Hasan Al Bashry suatu masalah dan setelah dijawab, ia berkata:  Para fuqahaa’ (ahli-ahli ilmu fiqih) berbeza dengan keteranganmu itu.  Berkata Abul Hasan:  Pernahkah engkau melihat dengan mata kepalamu orang faqih (yang alim fiqih) itu.  Seorang faqih ialah yang zuhud (tidak rakus) terhadap dunia, yang gemar akhirat, yang waspada dalam agama, yang tetap pada taat ibadahnya, yang warak, tidak melukai kehormatan sesama muslim, yang menjauhi harta mereka, yang rajin beribadat, yang mengikuti sunnaturrasul, yang tidak membenci orang yang di atasnya dan tidak menghina orang yang di bawahnya, yang tidak mencari dunia dengan ilmu yang diajarkannya oleh Allah.

Berkata pengarang kitab Azzubad:  Seorang alim yang tidak mengamalkan ilmunya akan diseksa sebelum penyembah berhala.  Dan siapa yang bertambah ilmu tetapi tidak berambah baik budi akhlaknya dan takutnya kepada Allah, maka tidak bertambah dekat kepada Allah, bahkan bertambah jauh dari Allah Taala.

246.   Apabila menyakitkan hatimu (menyedihkan hatimu) tidak menghadapnya orang-orang kepadamu atau celaan orang-orang kepadamu, maka selidikilah apa yang diketahui Allah dari perbuatanmu (maka betulkanlah keadaan diri yang sebenarnya menurut apa yang diketahui oleh Allah), maka apabila engkau belum puas dengan apa yang sebenarnya telah diketahui oleh Allah itu, maka bala yang menimnpa kepadamu kerana tidak puas terhadap yang telah diketahui oleh Allah itu, lebih besar dari bala sekadar diganggu oleh sesama manusia.

Sebenarnya seorang hamba hanya memperhatikan redha dan murka Tuhannya saja, tidak gembira kecuali jika diredhai oleh Tuhan dan tidak sedih kecuali jika dimurkai oleh Tuhan, adapun puji dan celaan orang, maka tidak harus dihiraukan, sebab jika engkau di sisi Allah baik, maka biarpun dicela oleh semua manusia nescaya engkau tetap baik dan untung, sebaliknya jika engkau busuk di sisi Allah, maka walaupun engkau dipuji-puji oleh semua manusia, maka engkau tetap terseksa dan binasa.  Contohnya para Nabi, Rasul dan wali mereka tidak selamat dari makian orang.  Kerana itu kewajipanmu ialah membereskan dan memperbaiki hubunganmu dengan Allah, asal sudah beres sudah cukup baik.

Hikmat Adanya Gangguan orang Kepadamu

247.   Memang sengaja Allah melaksanakan gangguan terhadap dirimu dari tangan orang-orang itu, supaya engkau tidak jinak kepada mereka.  Sengaja Allah menjengkelkan (menjemukan) engkau dari segala sesuatu, supaya tidak ada sesuatu yang melupakan engkau daripada Allah (supaya tidak ada yang mengganggu engkau untuk ingat kepada Allah).

Abul Hasan Asysyadzily berkata:  Larilah dari kebaikan (bantuan) orang, melebihi dari larimu dari kejahatan orang kepadamu, sebab kebaikan orang itu langsung membahayakan hatimu, sedang kejahatan mereka hanya membahayakan jasmanimu dan bahaya jasmani itu lebih ringan dari bahaya hati.  Bahaya kebaikan orang kepadamu, jika kamu jinak, senang, menyandar, berharap kepada mereka.  Sesungguhnya jika ada musuh yang mendekatkan engkau kepada Allah lebih baik dari teman/kawan yang memutuskan engkau dari Allah.
Abdussalam Bin Masyisy ra berkata:  Ya Allah ada orang-orang yang minta kepadamu supaya semua orang jinak kepadanya, maka telah engkau perkenankan dan mereka puas dengan itu, sebaliknya saya minta supaya semua makhluk menjauh daripadaku sehingga tidak ada bagiku tempat berlindung dan berharap kecuali kepadamu.
Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang memberi kepadamu kebaikan (hadiah), maka lekas engkau balas dengan yang seimbang maka jika tidak dapat kamu membalas, maka doakanlah orang itu.  (Yakni supaya tidak merasa berhutang budi padanya).  Doanya:  Jazaka Allahu khoira  (Semuga Allah membalasmu kebaikan).  Muhammad Bin Al Hasan berkata:  Ketika saya sedang berputar-putar di bukit Lubnan, tiba-tiba ada seorang pemuda yang keluar dari bukit, hangus bandannya oleh serangan angin samum, maka ketika pemuda melihat padaku, tiba-tiba melarikann diri, lalu saya kejar dan ketika ia telah berhenti saya minta nasihat kepadanya, maka ia berkata:  Berhati-hatilah daripada Allah, kerana Allah itu sangat cemburu, ia tidak suka melihat dalam hati hambanya sesuatu selainnya.  (Yakni tidak boleh ada dalam hati hambanya sedikitupun dari syirik).  Jangan sampai ada dalam hati perasaan:  Barangkali orang akan menolong atau membantu padaku.

248.   Jika engkau telah mengetahui bahawa syaitan itu tidak pernah lupa kepadamu, maka engkau jangan lupa terhadap Tuhan yang nasibmu ada di tangannya.

Allah berfirman:  Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya);  sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.  (Faatir 35/6).
Yakni waspadalah daripadanya, kerana ia sebagai musuh yang tidak ada masa damainya.
Abul Abbas Almarsy berkata:  Dalam memahami ayat ini ada suatu kaum yang berfahaman bahawa mereka diperintah untuk memusuhi Syaitan, maka mereka mengerakkan segala tenaga untuk memusuhi, tatapi lain golongan mengertikan:  Sesungguhnya,  Syaitan musuhmu dan aku (Allah) kekasihmu, maka orang-orang ini sibuk kepada yang dicintai dan lupa pada musuhnya, akhirnya Allah sendiri yang melindungi kekasihnya dari gangguan syaitan sebagai musuh itu.
Abu Hazim berkata:  Siapakah Syaitan itu sehingga harus ditakuti, demi Allah ia sudah pernah diikuti tetapi sama sekali tidak berguna menurut kepadanya, begitu pula ketika dilanggar maka juga tidak dapat beruat apa-apa.
Abu Sulaiman Addarany berkata:  Tidak ada makhluk yang lebih rendah dari Syaitan dan andaikan Allah tidak menyuruh kami berlindung kepada Allah dripadanya, nescaya saya tidak merasa gentar sama sekali daripada Syaitan.
Dzinnun Almisry berkata:  Jika Syaitan itu dapat melihat engkau dari arah yang tidak dapat anda melihatnya, maka Allah melihat padanya dari arah yang dia tidak melihat kepada Allah, kerana itu berlindunglah kepada Allah dari gangguan Syaitan.
Malik Bin Dinar berkata:  Suatu musuh yang dapat melihat padamu sedang kau tidak dapat melihatnya, sungguh sukar perlawanannya, kecuali jika dilindungi oleh Allah.
Abu Saied Alkhudry berkata:  Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda:  Iblis berkata kepada Tuhan:  Demi kemuliaan dan kebesaranmu, saya tetap akan menyesatkan anak Adam selama ada roh dikandung badannya, maka dijawab oleh Allah:  Demi kemuliaan dan kebesaranku:  Aku tetap akan mengampunkan anak Adam selama mereka minta ampun (membaca istighfar) kepadaku.

249.   Sengaja Allah menjadikan Syaitan sebagai musuhmu, supaya engkau jemu pada Syaitan dan berlindung kepada Allah, demikian pula Allah tetap menggerakkan hawa nafsumu supaya engkau tetap selalu menghadap kepada Allah untuk melwan hawa nafsu.

Allah swt berfirman:  Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.  (An Nahl 16/99).
Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.  (An Nahl 16/100).
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku;  Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).  Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun lagi maha mengasihani.  (Yusuf 12/53).
Kata pujangga:  Sungguh aku telah diuji dengan 4 musuh yang selalu melempar aku dengan anak panah yang dapat menembus.  Iaitu:  Iblis, dunia, hawa nafsu dan syahwat.  Ya Tuhanku hanya engkau yang dapat menyelamatkan aku.
Allah menjadikan Syaitan sebagai musuh manusia ini suatu nikmat besar bagi manusia, sebab dengan demikian manusia selalu harus berlindung dan mendekat kepada Allah, untuk menjaga keselamatan diri dari Syaitan (musuhnya) itu.  Sebab dia sendiri tidak akan sanggup melawan musuhnya yang ganyut dan sangat samar itu, kecuali dengann perlindungan Allah.

Erti Tawadhuk Yang Sebenarnya

250.   Siapa yang merasa diri bertawaduk, maka bererti ia benar-benar sombong, sebab tidak mungkin ia merasa tawaduk kecuali kalau ia merasa besar/tinggi, kerana itu bila engkau menetapkan bahawa dirimu itu besar/tinggi, maka benar-benar engkau telah sombong (mutakabbir).  Maka apabila engkau menetapkan dirimu bertawaduk (merendah diri) yakni padahal engkau itu seorang besar dan tinggi, maka itu bererti engkau benar-benar telah sombong (mutakabbir).

Seorang yang merasa bertawaduk (merendah diri) itu disebabkan ia merasa besar/tinggi, hanya saja ia merendah dan perasaan besar/tinggi diri itulah hakikat kesombongan dan itu pula erti takabbur yang dikatakan oleh Nabi saw:  Alkibru batharul haqqi wa ghamth unnas (Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghina orang lain).  Menghina orang lain disebabkan merasa diri besar dan tinggi, mulia.

251.   Bukan orang yang tawaduk itu, seorang yang bila bertawaduk lalu merasa bahawa ia telah mengalah/merendahkan dirinya, tetapi orang tawaduk itu ialah yang bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapatkan kedudukan itu
.
Asysyibly berkata:  Siapa yang merasa diri berharga, maka ia tidak bertawaduk (maka tidak ada bahagian dalam tawaduk).
Abu Sulaiman Addarany berkata:  Seorang hamba tidak dapat bertawaduk kepada Allah, hingga mengetahui kekdudukan dirinya (letak dirinya).  Abu Yazd berkata:  Selama seorang itu merasa ada orang yang lebih jahat daripadanya, maka ia sombong.  Dan ketika ditanya:  Bilakah seorang itu bertawaduk?  Jawabnya:  Jika tidak merasa ada kedudukan atau kemuliaan dan tawaduk seseorang itu menurut kadar makrifatnya terhadap Tuhan dan dirinya.
Muhammamd Bin Mugatil ketika diminta doa oleh orang ramai, ia menangis sambil berkata:  Semoga bukan sayalah yang menyebabkan kamu menderita bala bencana ini.  Dan tanda bahawa ia benar-benar bertawaduk, jika ia tidak marah ketika dihina atau dicela.

252.   Hakikat tawaduk (tawaduk yang sungguh-sungguhnya) ialah yang timbul kerana melihat/memperhatikan kebesaran Allah dan terbukanya sifat-sifat Allah.  Tawaduk dalam pendapat ahli tauhid, adalah kesombongan, sebab siapa yang merasa dirinya ada kemuliaan dan kedudukan, maka perasaan yang demikian itu sebagai kesombongan.

253.   Tidak ada sesuatu yang dapat mengeluarkan (melepaskan) engkau dari sifat kesombonganmu, kecuali jika engkau melihat sifat-sifat Allah.
Yakni selama engkau tidak memperhatikan dan ingat selalu kepada sifat ketuhanan, kebesaran dan kekuasaan Allah, maka selama itu engkau merasa besar, kuasa dan congkak (sombong).  Selama engkau tidak melihat sifat kesempurnaan Allah, maka selama itu juga engkau tidak mengakui kekurangan-kekurangan atau kehambaan dirimu terhadap Allah.

Orang Mukmin Sibuk Memuji Allah

254.   Seorang mukmin sibuk memuji syukur kepada Allah, sehingga tidak sempat memandang diri (memuji diri) sendiri, sebagai mana ia sibuk menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap Allah, sehingga lupa kepentingan diri
.
Memuji diri ialah merasa telah berbuat amal kebaikan.  Sedang hakikat mukmin itu apabila tidak merasa mempunyai kebaikan sendiri, hanya semua itu semata-mata pemberian kurnia Allah, sebagaimana ia lupa kepentingan diri sendiri kerana sibuk menunaikan kewajipan-kewajipannya terhadapa Allah Taala.

255.   Bukan seorang yang menyintai itu yang meminta apa-apa dari yang dicintai, tetapi sesungguhnya seorang yang cinta kasih itu, ialah yang berkorban untukmu, bukan yang engkau memberi apa-apa padanya.

Abu Abdullah Alqurasyi berkata:  Hakikat kasih/cinta itu, bila engkau telah dapat memberikan keseluruhanmu kepada yang engkau cinta, sehingga tidak ada sisa apa-apa bagimu.
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Isa as:  Apabila aku melihat hati hambaku, tidak ada padanya cinta dunia dan akhirat, nescaya aku penuhi hati itu dengan cinta kepadaku.
Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as:  Hai Daud, sungguh aku telah mengharamkan cintaku untuk masuk ke dalam hati di mana dalam hati itu ada cinta kepada selainku.

Hawa Nafsu Bagaikan Lapangan Untuk Perjuangan

256.   Andaikan tidak ada lapangan perjuangan melawan hawa nafsu (syahwat), pasti tidak dapat terbukti perjalanan orang-orang yagn menuju kepada Allah, sebab memang tidak ada jarak antaramu dengan Allah untuk dijalani (ditempuh) dengan kenderaan dan juga tidak pernah putus antaramu dengan Allah, sehingga dapat disambung oleh hubunganmu.

Berjalan menuju kepada Allah, ialah memutuskan, segala rintangan syahwat hawa nafsu dan adat kebiasaan yang akan menghambat.  Tidak mungkin hidup (tenang) hati nurani kecuali setelah mematikan pengaruh hawa nafsu.  Nikmat yang terbesar ialah bila telah dapat bebas dari pengaruh tipu daya hawa nafsu, sebab hawa nafsu itu sebagai tirai yang tebal antara engkau dengan Allah Taala.
Haatim Al Asham berkata:  Siapa yagn akan masuk golongan kami harus dapat membunuh hawa nafsunya 4 kali:  Mati yang merah iaitu menahan (mengekang) hawa nafsu.  Mati yang hitam iaitu sabar tabah menanggung gangguan orang.  Mati yang putih iaitu tahan lapar dan mati yang hijau dapat memakai pakaian bertampal (cumpang-camping).  Shal Bin Abdullah ra berkata:  Rahsia nafsu belum pernah terbukti kecuali dalam penyataan Firaun ketika ia berkata:  Ana rabukumul a’la (Akulah tuhanmu yang tertinggi).
Tidak mungkin dapat terlepas dari belenggu hawa nafsu, kecuali dengan memerhatikan dan melaksanakan ajaran-ajaran syariat lahir batin, tanpa mengurangi atau berlebihan, tanpa cuai dan malas.
A’isyah ra berkata:  Rasulullah saw telah bersabda:  Laksanakan amal perbuatan itu sekuat tenagamu, sesungguhnya Allah tidak jemu menerima dan memberi pahala, hingga kamu jemu beramal.  Dan seutama-utama amal perbuatann itu ialah yang terus menerus (dawam) diakukan meskipun sedikit.
Abul Qasin Alqusyairy berkata:  Hakikat membunuh hawa nafsu itu, ialah lepas bebas dari tipu dayanya dan tidak memperhatikan sesuatu yang timbul daripadanya dan menolak segala pengakuan-pengangkuanya dan tidak bingung (sibuk) untuk mengaturnya dan tetap menyerahkan segala urusan itu kepada Allah swt dengan melepaskan usaha ikhtiar dan kehendak sendiri, sehingga lenyap dan hapus sama sekali pengaruh hawa nafsu itu terhadap kemanusiaannya.  Adapun sisa-sisa yang berupa gambaran kerangkanya, maka itu tidak berbahaya.  Demikianlah jalan untuk membunuh hawa nafsu yang dapat segra mencapoai haderatal-qudsi (tempat yang suci luhur), yang sesuai dengan tuntutan syariat dan hakikat yang menjadi pelita bagi tiap salik yang menempuh jalan untuk mendekat kepada Allah.
Kerana itulah Rasulullah saw berpesan daripada Abu Dzar untuk banyak membaca:  Laa haula walaa quwwata illa billahi.

257.   Allah sengaja menempatkan engkau dalam alam yang pertengahan antara alam mulk (dunia) dan alam malakut (ghaib) untuk memberimu pengetahuan tentang kebesaran kedudukan diantara semua makhluk dan bahawa enngkau sebagai permata yang dilipiuti/dikelilingi oleh wadah tempatnya yang berupa alam ini.
Abul Abbas Almarsya ra berkata:  Isi alam ini semua bagaikan hamba tunduk padamu hai manusia, sedang engkau hanya hamba Allah Taala sematra-mata.
Tersebut dalam kitab-kitab Allah yang terdahulu:  Hai anak Adam, Akulah (Allah kepentinganmu/keperluanmu) yang tidak dapat engkau abaikan, kerana itu tetaplah engkau pada apa yang engkau perlukan itu.
Allah berfirman:  Hai anak Adam, Aku jadikan segala sesuatu untukmu dan aku jadikan engkau untukku, kerana itu jangan sibuk dengan apa yang pasti datang kepadamu, sehingga meninggalkan apa yang engkau jadikan untuknya.
Allah berfirman:  Dialah Allah yang menjadikan untuk kamu semua apa yang di bumi.
Allah berfirman:  Tiadalah aku menjadikan Manusia dan Jin kecuali supaya beribadat kepadaku.
Al Wasithy dalam mentafsirkan ayat:  Sungguh kami (Allah) telah memuliakan anak Adam (manusia).  Yakni kami serahkan kepada mereka alam seisinya supaya mereka tidak bingung atau tertipu oleh sesuatu dan supaya bulat melulu beribadat (mengabdikan diri kepada Allah).

258.   Sesungguhnya alam dapat mencukupi engkau hanya dari sudut jasmanimu semata-mata, tetapi tidak memuaskan engkau dalam hal kerohanianmu.
Kerana badan jasmani sejenis dengan benda-benda alam, maka di situlah letak hajat keperluan badan jasmanimu, sebaliknya rohanimu sama sekali tidak sejenis dengan benda-benda alam ini, bahkan jauh berbeza, maka kerananya tidak perlu engkau harus menggantungkan soal dengan kebendaan dan seharusnya hanya berhubungan kepada Allah Taala.
Ahmad Bin Khadharawaih ketika ditanya:  Amal perbuatan aplakah yang utama?  Jawabnya:  Menjaga hati jangan sampai condong, menoleh/menghadap pada sesuatu selain Allah Taala.

259.   Orang yang ada di alam dunia dan belum tebuka baginya lapangan ghaib, tetap terkurung dengan (oleh) syahwat dan adat kebiasaannya dan terkepung oleh kepentingan-kepentingan kerangka badannya.

Demikianlah keadaan manusia yang belum terbuka nur iman dalam hatinya sehingga tidak mengenal Allah, medan (lapangan) perjuangannya hanya terkurung pada kebendaan belaka untuk pemuasan hawa nafsu dan syahwat semata-mata.
Allah telah berfirman:  Hambaku, jadikanlah perhatianmu 100 % kepadaku, nescaya aku cukupi segala hajat kepentinganmu  (keperluamu), selama aku dengan engkau, engkau dalam kedudukan hamba dan selama engkau dengan aku, maka engkau di tempat yang dekat, mintalah apa saja untuk dirimu.

Manusia Tunduk Pada alam Selama Belum Mengenal

260.   Engkau tetap terikat oleh alam benda, selama engkau belum melihat yang mencipta alam, tetapi bila engkau telah melihat pencipta alam, maka alam ini akan tunduk kepadmu.

Selama masih ada hajat keperluan kepada alam benda, maka engkau tertap menjadi budak hamba kebendaan, tetapi bila engkau telah sedar bahawa benda ini tidak bergerak sendiri, bahkan tergantung pada penciptanya, maka ketika engkau sedar yang demikian, engkau tidak berhajat lagi kepada alam benda dan merasa kaya cukup dengan pencipta alam benda, sehingga benda itupun tunduk kepadamu dengan izin Allah penciptanya.
Asysyiby berkata:  Tidak pernah tergerak di dalam hati orang yang mengenal kepada Allah pencipta alam ini, sesuatu dari hal alam benda.  Yakni seorang yang benar-benar telah mengenal Allah, sama sekali tidak merasa perlu kepada kebendaan.

261.   Adanya sifat-sifat khushusiyah (kewalian) itu, tidak melazimkan, lenyapnya sifat-sifat manusia yang biasa dan umum.  Sesungguhnya contoh/perumpamaan khushusiyah itu bagaikan terangnya matahari di waktu siang, tampak di ufuk tetapi bukan dari ufuk,. Ada kalanya terbit nur cahaya sifat-sifat Allah pada gegelapan kejadian wujudmu dan ada kalanya dicabut yang demikian itu dripadamu, maka kembali engkau kebatas-batas asal kejadianmu, maka terang siang itu bukan daripadamu dan kepadamu tetapi ia datang menjelang padamu

Sifat-sifat khushusiyah (kewalian) seperti kasyaf terhadap sesuatu hal atau kekuatan yang istimewa untuk berbuat dan mengadakan sesuatu, itu semua tidak melazimkan lenyap sifat-sifat manusia yang biasa, seperti kebodohan, kemiskinan dan kelemahan.  Sama dengan sinar matahari terhadap benda-benda yang tadinya gelap mendapat cahaya matahari maka berubah menjadi terang, tetapi jika terbenam matahari itu kembali benda-benda itu kepada kegelapannya, sebab cahaya matahari itu tidak termasuk sifat zatnya, maka apabila menerima nur tajalli maka tampak keluar daripadanya sifat-sifat Allah yang menerangi zatnya itu tetapi bila ditarik kembali nur tajalli itu, maka kembalilah sifat-sifat yang asli pada manusia.  Maka sifat-sifa khushusiyah (keistimewaan/kewalian) itu bukan sifat manusia yang asli, hanya menjelma (datang) kepadanya, pada sifat-sifat yang ditentukan Allah sendiri yang memberi itu.

262.   Terbukti dengan adanya makhluk (alam) atas adanya nama-nama Allah dan dengan nama-nama itu atas adanya sifat dan dengan pastinya adanya, sifat-sifat itu atas adanya zat Allah, sebab muhal (tidak dapat diterima oleh akal) adanya sifat yang berdiri sendiri tanpa zat.  Maka orang-orang yang maj-dzub pertama terbuka (terlihat oleh mereka kesempurnaan zat Allah, kemudian menurun melihat sifat-sifat Allah dan menurun pula melihat (bersandar) kepada nama-nama Allah, sehingga menurun melihat makhluk buatan Allah, sebaliknya orang salik dari bawah naik ke atas, maka puncak orang salik sampai kepermulaannya orang maj-dzub dan permulaan orang salik itulah penghabisan orang maj-dzub, tetapi tidak bererti sama dalam segala-galanya, hanya saja dada kalanya bertemu dijalanan yang satu ketika sedang mendaki dan yang lain sedang menurun.

Adanya makhluk alam ini menunjukkan (membuktikan) adanya nama-nama Allah:  Qaadir aliem, hakiem, murid dan adanya nama-nama itu pasti adanya sifat-sifat:  Qudrat, iradat, ilmu dan tiap-tiap sifat pasti berdiri di atas zat sebab sifat tidak berdiri sendiri, maka pasti pula adanya zat Allah.  Sedang sifat makhluk (manusia) ada yang maj-dzub (yakni langsung dibukakan oleh Allah dan sampai kepada ilmu/mengenal Allah) bukan dari bawah/saluran yang umum dan ada yang melalui jalan biasa dari bawah ke atas iaitu orang yang disebut orang salik.  Dan keduanya selama belum mencapai puncak akhirannya belum dapat dijadikan guru yang dapat ditiru.  Orang maj-dzub jika belum mengetahui perjalanan orang salik dan orang salik juga belum sampai ke puncak yang dapat (dibukakan) bagi orang maj-dzub.

263.   Tidak dapat diketahui nilai (kebesaran) nur hati dan sir itu, kecuali dalam alam malakut yang ghaib, sebagaimana matahari, bulan, bintang itu hanya terang di dalam mulk (dunia ini).

264.   Terasanya kelazatan buah taat ketika hidup di dunia, sebagai bukti (berita gembira) bagi orang yang beramal atas adanya pahala yang segera di akhirat kelak.

Rasulullah saw telah bersabda:  Pasti akan dapat merasakan kelazatan iman, siapa yang benar-benar rela bertuhan kepada Allah, bernabikan Nabi Muhammad saw dan beragama Islam.
Buah iman itu ialah betambahnya keyakinan, merasa senang melakukan ibadat, bertambah puas menerima segala ajaran tuntunan Allah dan Rasulullah saw.  Maka sikap yang dapat merasakan semua itu, sebagai tanda diterima amal dan akan mendapat pembalasan pahala kelak di akhirat, sebagaimana telah medapat rasa lazat dan enaknya di dunia.

265.   Bagaimana engkau akan minta upah terhadap suatu amal yang Allah sendiri yang bersedekah kepadamu amal itu atau bagaimanakah engkau minta balasan atas suatu keikhlasan, padahal Allah sendiri yang memberi hidayah keikhlasan itu kepadamu.

Amal yang boleh minta upah, ialah apabila amal itu menguntungkan atau menghindarkan kerugian terhadap siapa yang engkau beramal untuknya, sedang amal ibadat itu semuanya tidak menguntungkan Tuhan dan tidak menolak mudarat terhadap Tuhan, bahkan semua amal itu kembali kepada orang yang beramal sendiri.  Lebih-lebih amal perbuatan itu sebagai sedekah dari Tuhan, sedang keikhlasan beramal itu suatu hadiah yang sangat berharga dari Tuhan pula.
Al Wasithy berkata:  Menuntut balasan atas amal taat itu disebabkan oleh kerana lupa terhadap kurnia pemberian Allah.
Abul Abbar Bin Atha’ullah ketika ditanya:  Amal perbuatan apakah yang terdekat kepada murka Allah?  Jawabnya:  Melihat diri dan perbuatannya dan lebih dari itu menuntut upah/balasan atas kelakuan amalnya.

266.   Segolongan (sebahagian) orang nur imannya mendahului daripada zikirnya dan sebahagian zikirnya mendahului nur iamanya dan ada pula golongan yang beriringan antara nur dengan zikirnya dan ada pula kaum yang tidak ada zikir dan tidak ada nur.  Na’udzu billahi min dzalika.  (Kami berlindung kepada Allah dari golongan yang tidak ada zikir dan tidak ada nur itu).  Ada yang berzikir untuk mendapatkan nur terang hatinya, maka disebut berikir dan ada yang telah terang nur hatinya, inipun juga berzikir.  Sedang orang yang sama/berbanding antara zikir dengan nurnya, maka dengan zikirnya dapat hidayat dan dengan nurnya dapat diikuti.

Golongan yang mendapat nur sebelum zikir ialah sebahagian tersebut dalam ayat:  Allah menentukan rahmatnya pada siapa yang dikehendakinya.
Sedang golongan yang berzikir kemudian mendapat nur ialah yang tersut dalam ayat:  Dan mereka yang benar-benar berjuang dalam jalan keredhaanku, pasti aku pimpin (tunjukkan jalan kami).
Abul Abbas Almarsy berkata:  Manusia ada 2 macam, ada yang mendapat kurnia Allah, sehingga berbuat taat kepada Allah dan ada pula yang dengan taatnya kepada Allah mencapai kebesaran kurnia Allah.
Allah berfirman:  Allah memilih untuk kurnianya siapa yang dikehendakinya dan memberi petunjuk kepadanya, siapa yang sungguh-sungguh datang kembali kepadanya.

267.   Tidak terjadi zikir pada lahirnya kecuali timbul dari pemikiran dan kesedaran/penglihatan batin.

Tiap zikir yang terjadi  pada seseorang itu, pasti disebabkan adanya kesedaran ingat akan kebesaran dan mengharp kurnia pemberian Allah.

268.   Allah memperlihatkan zatnya kepadamu, sebelum ia menuntut kepadamu harus mengakui kebesarannya, sehingga nyata mengakui ketuhanannya segala makhluk yang lahir dan nyata hakikat keesaannya dalam hati dan sir perasaan.

Allah bertajali ke dalam hasti tgiap orang, menurut kadear kekuatan tingkat orang itu, sehingga iman tiap orang itupun menurut apa yangf diperlihatkan olehAllah daripaa kebeswaran kekuasaannya  Apabila Allah telah bertajalli kepada seorang hambanya, maka tampak pada orang ini bahawa semua makhluk ini seolah-olah mengakui ketuannnya, sebagaimana makin yakin dalam hati sanubarinya (rasa keesaannya)  Allah yang tidak bersekutu dalam zat, sifat, af’aal,kekuasaan, kebesaran dan hikmat kebijaksanaan semua ajaran, jaminan dan peraturannya.

Allah Memuliakan manusia Dengan Zikir

269.   Allah telah memuliakan engkau dengan 3 kehormatan  (kemuliaan) kebesaran:  Menjadikan engkau berzikir padanya, padahal andaikan tidak ada kurnianya, nescaya tidak patut (layak) engkau berzikir padanya.  Dan menjadikan engkau terkenal dengan zikir itu, kerana Allah sendiri yang menisbahkan zikir itu kepadamu.  Dan menjadikann engkau terkenal (tersebut) di sisi Allah, maka dengan demikian Allah telah menyempurnakan (melengkapi) nikmatnya kepadamu.

Allah berfirman:  Demi sungguh zikir Allah kepada hamba itulah yang lebih besar (daripada zikir hamba terhadap Allah).
Dan bagi hamba berzikir kepada Allah itulah kemuliaan/kebesaran hamba dan kekayaannya yang tidak ada lebih besar dari itu.
Abu Hurairah ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Allah berfirman:  Aku selalu mengikuti persangkaan hambaku dan aku selalu mendampinginya selama ia berzikir padaku, jika ia zikir padaku dalam hatinya aku ingat padanya dalam zatku dan bila zikir padaku di muka umum aku ingati dia dalam umum yang lebih baik dari golongannya dan bila ia mendekat padaku sejengkal aku mendekat padanya sehasta dan bila ia mendekat padaku sehasta, aku mendekat padanya sedepa dan bila datang kepadaku berjalan, aku datang kepadanya berlari.
Allah berfirman:  Berzikirlah kamu kepadaku nescaya aku (Allah) berikir kepadamu.

270.   Adakalanya umur (usia) itu lanjut (panjang) masanya tetapi sedikit manfaatnya dan adakalanya umur itu pendek (singkat) masanya, tetapi banyak (besar) manfaatnya.  (Yakni :  Kurnia yang didapatinya dari Allah banyak).

271.   Siapa yang diberi berkat umur (usianya, maka dapat mencapai dalam masa yang singkat dari kurnia Allah yang tidak dapat dihitung oleh kata-kata dan tidak dapat dikejar oleh isyarat.  (Yakni tidak terhitung dan tidak terbatas).

Usia (umur) yangt berkat itu ialah jika Allah memberi kesedaran terhadap seseorang untuk mempergunakan kesempatan yang ada padanya  untuk amal kebaikan, sebab ada kalanya amal kebaikan jika tepat pada sasarannya dapat mencapai apa yang tidak tercapai dalam masa seribu bulan.
Rasulullah saw bersabda:  Amal kebaikan (albirr) itu menambah umur.  Bukan bertambah masanya, tetapi kebesaran hasil yang diperolehi pada usia itu.  Abdul Abbas Almarsy berkata:  Alhamdullillah wakt-waktu kami semuanya berupa lailatul-qadri;  Yakni semua waktu-waktunya diisi penuh dengan kelakuan dan amal yang berguna.

272.   Kekecewaan yang serendah-rendah kekecewaan ialah jika kosong dari segala kesibukan/kerja, tetapi kemudian tidak menghadap kepada Allah atau sedikti rintangan, kemudian tidak pergi kepadanya (Allah).

Siapa yang cukup mendapat kesempatan untuk taqarrub (mendekat) kepada Allah, lalu tidak dipergunakannya, maka yang demikin itu suatu kekecewaan dan kehinaan yang tidak ada bandingannya, sebab tiap detik bagi anak Adam, dapat dipergunakan untuk menebus dosa dan segera masuk syurga, kerana itu bila kesempatan itu disia-siakan hingga akhirnya masuk ke dalam jurang neraka, maka itulah contoh kehinaan dan kekecewaan yang sangat rendah.
Allah berfirman:  Berjuanglah kamu baik dalam keadaan ringan atau berat.
273.   Fikir itu ialah jalannya perasaan hati di dalam lapangan makhluk benda-benda alam ini.
Berfikir yang dianjurkan Allah kepada makhluknya, ialah memperhatikan kebesaran kekuasaan Allah yang telah dijelmakan pada makhluk yang dijadikan di alam ini.
Rasulullah saw melihat suatu kaum, maka ditanya:  Mengapakah kamu?  Jawab mereka:  Kami sedang memikirkan zat Allah.  Maka sabda Nabi:  Berfikirlah (perhatikanlah) makhluk Allah dan jangan memikirkan zat Allah, maka sungguh kamu tidak dapat mencapainya (menjangkaunya), atau membatasi kebesarannya.
Berfikir Itulah Pelita Hati
274.   Fikiran itu sebagai pelita hati, bila ia padam, maka tidak ada penerangan baginya.

Kerana itu hati yang tidak suka merenungkan kebesaran kekuasaan Allah maka selalu gelap, kerana diliputi oleh kebodohan dan tipu daya.

275.   Fikiran itu 2 macam:  Fikiran yang timbul dari iman percaya dan fikiran yang timbul kerana melihat kenyataan, maka yang pertama bagi orang salik yang mengambil dalil:  Adanya makhluk menunjukkan adanya khalik, ialah mereka ahli iktibar.  Sedang yang kedua bagi mereka yang terbuka hijab hingga dapat melihat kenyataan dengan matahatinya.

Dan yang kedua ini berdalil:  Adanya yang menjadikan itulah yang menunjukkan adanya benda yang dijadikan.
Yang pertama iaitu orang salik, dari bawah ke atas, sedang orang majdzub dari atas ke bawah.
Orang yang memikirkan (memperhatikan) adanya alam (makhluk) ada yang langsung melihat pada yang menjadikan, sehingga ia berkata:  Kerana adanya pencipta, maka terjadilah yang dicipta, sebaliknya ada yang berpengaruh oleh bendanya, sehingga berkata:  Adanya ciptaan ini menunjukkan adanya pencipta.
Surat Penjelasan Ibn Athaa’allah Kepada Muridnya
276.   Berkata Ibn Atha’allah dalam surat yang ditulis untuk kawan-kawannya:  Amma ba’du:  Sesungguhnya bidayah (permulaan) itu bagaikan cermin yang memperlihatkan nihayah (puncak akhirnya).  Dan siapa yang sejak mula (bidayahnya) selalu bersandar kepada Allah, maka pasti akhir (nihayahnya) akan sampai kepada Allah.

277.   Dan yang harus dikerjakan ialah amal ibadat yang kau sukai serta sekatan dalam melakukannya untuk taqarrub kepada Allah, sedang yang harus diabaikan ialah hawa nafsu dan urusan dunia yang akan lenyap, yang sering mempengaruhi.

Kerana itu harus mengutamakan yang tetap kekal abadi dan mengabaikan yang sementara dan pasti musnah lenyap.  Abdullah Bin Ishaq Alghafiqy berkata:  Pada suatu malam ketika saya berjalan ke Masjidil Haram (Mekkah) bertamu seorang yang sedang membersaihkan tanah, maka saya kira ia gila atau miskin (kelaparan), lalu saya tegur:  Hai orang, untuk apakah kau main-main tanah?  Jawabnya:  Apakah ini tanah?  Sambil memberikan kepadaku segengam, tiba-tiba itu tepung.  Maka tergerak dalam hatiku ini seorang waliyhullah, kemudian saya duduk mendekatinya sambil berkata kepadanya:  Doakanlah saya, maka ia berdoa:  Semoga Allah memberitahu kepadamu kebesaran apa yang kau minta itu, sehingga ringan bagimu meninggalkan segala kepentingan dunia yang fana ini.
278.   Dan bahawasanya siapa yang yakin bahawa Allah menuntut dan menyuruh kepadanya melakukan ibadat, pasti ia bersungguh-sungguh menghadap kepada Alah dan siapa yang mengetahui bahawa segala urusan itu di tangan Allah, maka pasti bulat tawakkal menyerah kepada Allah.

279.   Dan bahawasanya bangunan alam ini pasti rosak binasa sendi-sendinya dan lenyap semua kesenangan barang berharganya.

280.   Maka orang yang sempurna akal, ialah yang lebih suka (gemar) pada apa yang kekal daripada yang rosak lenyap.  Kerana telah terang nur hatinya dan tampak tanda-tanda bukti nur itu pada seri mukanya.

Sahl Bin Abdullah berkata:  Siapa yang senang pada sesuatu yang tidak layak disenagi, maka ia telah mendatangkan kesusahan yang tidak ada habisnya.

281.   Maka ia memalingkan muka dari dunia ini dan mengabaikan dengan memejamkan mata dan berjalan terus (meletakkannya di belakangnya), maka tidak menganggapnya sebagai tanah air atau tempat tinggal.

282.   Bahkan terus bangkit semangat ingin segera sampai kepada Allah dan terus berjalan menuju kepadanya, sambil berharap pertolongan Allah untuk segera sampai kepada Allah.

Abu Muhammad Al Jariry berkata:  Siapa yang menyangka bahawa ada sesuatu amal perbuatannya dapat menyampaikan ke tujuan keinginannya baik yang tinggi atau yang rendah, maka ia telah sesat dari jalannya.
Rasulullah saw bersabda:  Tidak dapat menyelamatkan seorang itu amalnya sendiri, (Yakni tidak ada amal perbuatan yang dapat menyelamatkan orang lain).
Hanya semua itu tergantung pada kurnia rahmat Allah semata-mata.  Kerana itu untuk mencapai segala hajat tujuan harus langsung kembali mengharap rahmat kurnia Alalh.
283.   Maka tetap terus kenderaan semangatnya tidak berhenti bahkan tetap terus berjalan, sehingga berlabuh (berhenti) di hadratil qudsi (di sisi Allah) di atas hamparan kesenangan, tempat berbisik/bermunajat, berhadapan, bercakap-cakap, musyahadah dan bertemu sehingga hadrati  qudsi itu menjadi sarang hati mereka, ke sana mereka kembali dan di sana pula mereka tetap tinggal.

Semanngat yang tidak padam bagaikan kenderaan yang tidak kunjung berhenti perjalanan, keuali setalah sampai stesyen (pelabuhan) yang berupa hadratul-qudsi, di mana Allah sendiri yang menyenangkan, membuka nur hati dan selalu di sisi Allah.

284.   Maka apabila mereka tiba di langit (yakni menunaikan) hak kewajipan atau turun ke bumi (yang bererti) menurutkan hawa nafsu, maka keduanya itu dengan izin dan keyakinan yang mendalam.  Kerana itu tidak menunaikan kewjipan dengan menyalahi adab atau kelalaian, demikian pula bila menurutkan hawa nafsu, bukan semata-mata dorongan syahwat yang meluap atau kesenangan duniawi, tetapi mereka masuk dalam kedua-dua bahagian itu dengan bantuan pertolongan Allah dan untuk keredhaan Allah, menurut pimpinan Allah, serta berharap kepada Allah.

285.   Katakanlah:  Ya Tuhan, masukkanlah saya dalam kebenaran dan keluarkanlah saya dalam kebenaran pula supaya tetap pandanganku bulat pada kekuasaan dan kekuatanmu ketika engkau memasukkan saya demikian pula penyerahan dan taatku melulu kepadamu ketika engkau mengeluarkan saya.

Dan berikan untukku langsung daripadamu kekuatan (bukti) yang membantu padaku dan membantu kawan-kawanku dan tidak membantu nafsu dan musuh-musuhku membantu saya untuk mengenal kelemahan diri dari nafsuku dan melenyapkan saya dari kekurangan perasaanku.
Selalu minta bantuan Allah supaya dapat istiqamah dan untuk kesempurnaan hal, dalam menghadapi jiwa nafsu dan perasaan.

286.   Jika matahati memandang bahawa Allah itu tunggal dalam segala pemberian kurnianya, maka syariat menyuruh harus berterima kasih (syukur) pula kepada sesama makhluk.

Allah berfirman:  Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;  Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;  (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu bapamu dan (ingatlah), kepada akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).  (Lukman 31/14).
Annu’man Bin Basyir ra berkata:  Rasulullah saw bersabda:  Siapa yang tidak mensyukuri pemberian yang sedikit, maka tidak akan dapat menysyukuri yang banyak.  Demikian pula siapa yang tidak syukur (terima kasih) kepada sesama manusia, maka bererti tidak bersyukur kepada Allah.
Hakikat yang sebenarnya bahawa segala nikmat itu hanya kurnia Allah semata-mata, sedang syariat mengharuskan manusia syukur terima kasih kepada sesama manusia.
Manusia Dalam Menanggapi Nikmat

287.   Dan manusia dalam menghadapi nikmat pemberian Tuhan terbagi tiga:
Orang yang lalai terhadap Tuhan dan sangat memuncak kelalaiannya.  Orang ini sangat kuat jiwa lahiriahnya sangat terpengaruh oleh pancainderanya, hingga padam sama sekali jiwa rohaninya (kesucian jiwanya), maka ia melihat bantuan/kebaikan itu hanya semata-mata dari sesama makhluk dan sama sekali tidak melihatnya dari Allah Tuhan Rabbul-alamin.  Jika yang demikian ini berupa i’tiqad keyakinan, maka syiriknya jelas atau sekadar dianggap sebagai sebab yang andaikan tidak ada sebab itu tidak terjadi itu kurnia, maka ini syirik juga tatapi samar.

Mereka ini jika ditanya:  Siapakah yang memberi kepadamu?  Jawabnya:  Allah, tetapi andaikan tidak ada fulan itu tentu tidak ada pemberian atau kurnia ini.

288.   Orang Ahli hakikat yang telah melupakan makhluk kerana terus melihat kepada Allah raja yang hak dan lupa dari sebab muysabab kerana teringat kepada yang menentukan sebab dan menjadikannya.  Orang ini sebagai hamba yang menghadapi hakikat yang nyata baginya terang cahayanya dan sedang berjalan pada jalannya, telah sampai pada puncaknya, hanya ia sedang tenggelam dalam alam cahaya, sehingga tidak kelihatan bekas-bekas makhluk, lebih banyak lupanya terhadap alam daripada ingatnya dan bertemunya pada Allah dari renggangnya dan lenyaplah dirinya dari tetapnya perasaannya dan lupanya terhadap makhluk daripada ingatnya pada mereka.

289.   Dan yang sempurna ialah seorang hamba yang minum dari nur tahhid, maka ia bertambah kesedarannya dan lenyap dari melihat sesuatu selain Allah, kemudian bertambah dekatnya, maka dekatnya kepada Allah tidak mempengaruhi (menutup) pisahnya, demikian pula pisahnya tidak menutupi dekatnya, fananya dari makhluk tidak menghalangi tetap ingatnya, demikian ingatnya kepada makhluk tidak merintangi fananya, dapat menempatkan segala sesuatu pada tempatnya dan memberi pada tiap sesuatu haknya.
Nasihat Abu Bakar ra Kepada Aisyah ra
290.   Abu Bakar Assiddiq ra telah berkata kepada Aisyah ra ketika Allah menurunkan ayat yang menerangkan kesuciannya dari tuduhan-tuduhan orang munafik yang diturunkan kepada Rasulullah saw:  Hai Aisyah bersyukur (terima kasihlah) kepada Rasulullah saw.  Jawab Aisyah:  Demi Allah, saya tidak akan bersyukur melainkan kepada Allah.  Abu Bakar menunjukkan kepadanya tingkat kedudukan yang lebih sempurna iaitu baqaa’ yang mengakui adanya makhluk.  Sedang Allah telah berfirman:  Syukurlah kepadaku dan kepada kedua ayah bondamu.  Juga Rasulullah saw bersabda:  Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih terhadap sesama manusia.  Tetpai Siti Aisyah ra ketika itu sedang terpengaruh dari perasaannya, lupa dari semua makhluk, sehingga tidak melihat sesuatu kecuali zat Allah yang esa dan maha kuasa.

291.   Ketika Ibn Atha’ Allah ditanya tentang sabda Nabi saw dan telah diberi oleh Allah kepuasanku dalam solat.  Apakah itu khusus untuk Rasulullah saw sendiri atau juga umatnya mendapat (bahagian?)  Jawabnya:  Sesungguhnya kesenangan melihat kebesaran Jalalullah itu menurut kadar kekuatan makrifatnya terhadap apa yang dilihat itu, sedang makrifat Rasulullah saw tidak dapat disamakan dengan makrifat lain-lainnya, kerana itu tidak ada kesenangan (kepuasan) seperti kesenangannya.  Dan kami katakan bahawa kesenangan itu dalam solat, kerana melihat kebesaran yang dilihatnya, sebab Nabi sendiri telah mengisyaratkan dalam sabdanya:  Di dalam solat dan tidak berkata solat, sebabNabi saw tidak akan puas/senang hatinya selain kepada Tuhannya.  Bagaimana tidak demikian, padahal ia sendiri menganjurkan untuk mencapai tingkat itu dalam sabdanya:  Sembahlah Allah seakan-akan engkau melihat kepadanya.  Dan mustahil jika melihat Allah dan melihat lain-lainnya di samping Allah.

Jika ada orang berkata:  Adakalanya kesenangan itu kerana solat (dengan solat), sebab solat itu sebagai kurnia yang timbul langsung dari sumber pemberian Allah, maka bagaimana tidak akan gembira dengan itu dan bagaimana tidak menjadi puncak kesenangan kerananya, sedang Allah telah berfirman:  Katakanlah Hanya dengan (kerana) kurnia dan rahmat Allah itulah mereka harus bergembira.  Maka ketahuilah bahawa dalam ayat itu juga telah ada isyarat untuk jawapan terhadap pertanyaan ini bagi orang yang memperhatikan rahsia kata-katanya.  Sebab Allah berkata:  Maka dengan itulah mereka harus bergembira.  Dan tidak berkata:  Dengan itulah engkau bergembira ya Muhammad saw.  Seolah-olah berkata:  Katakan kepada mereka supaya mereka bergembira dengan pemberian kurnia itu, tetapi kegembiraanmu hanya dengan yang memberi kurnia itu, sebagaimana tersebut dalam ayat:  Katakanlah:  Allah, kemudian biarkan mereka dalam kesibukan mereka berkecimpung.
Solat itu sebagai pemberian Allah yang terbesar untuk hambanya, sebagaimana tersebut dalam sabda Nabi saw:  Tidak diberikan kepada seorang hamba di dunia ini sesuaatu yang lebih baik daripada diizinkan baginya untuk solat 2 rakaat.  Sebab soat itu sebagai hubungan langsung antara hamba dengan Allah, bertemu, berkata-kata dan berkhalwat.  Di situlah seseorang menyatakan kehambaan, kerendahan, kehinaan, hajat dan keperluannya.
Manusia Dalam Menghadapi Nikmat

292.   Manusia di dalam menghadapi nikmat kurnia Allah terbahagi 3:
1.         Gembira dengan nikmat itu,bukan kerana yang memberikannya, tetapi semata-mata kerana kelazatan dan kepuasan hawa nafsu dari nikmat itu, maka ini termasuk orang lalai (ghafil), orang ini sesuai dengan firman Allah:  Sehingga bila mereka telah puas gembira dengan apa yang diberikan itu.  Kami tangkap mereka dengan tiba-tiba (kami seksa mereka dengan tiba-tiba).
2.         Orang yang gembira dengan nikmat kerana ia merasa bahawa itu kurnia yang diberikan Allah kepadanya, ini sesuai dengan firman Allah:  Katakanlah:  Kerana merasa mendapat kurnia dan rahmat Allah, maka dengan sebab itulah mereka sepatutnya gembira, yang demikian itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.
3.         Orang yang hanya gembira dengan Allah, tidak terpengaruh oleh kelazatan lahirnya nikmat dan tidak kerana kurnia Allah, sebab ia sibuk memperhatikan Allah sehingga terhibur dari segala lainya, maka tidak ada yang terlihat padanya kecuali Allah, ini sesuai dengan firman Allah:  Katakanlah:  Hanya Allah, kemudian biarkan mereka dalam kesibukan mereka berkecimpung (main-main).
Asysyibly berkata:  Syukur itu jalan melihat pada yang memberi, bukan melihat nikmat pemberiannya.
Abul Aziz Almahdawy berkata:  Siapa yang tidak melihat pemberi nikmat di dalam nikmat itu, maka nikmat itu hanya berupa istidraj (dilulu) dan berubah menjadi bala.
Abu Hamid (Muhammad) Alghazzaly membuat contoh:  Seorang raja memberi hadiah kuda pada rakyatnya, maka dalam menerima nikmat pemberian hadiah ada 3 macam:
1.         Merasa gembira kerana ia mendapat sesuatu yang berguna dan berharga, sesuai dengan maksud tujuannya dan dapat menyampaikan hajat keinginannya.  Orang yang sedemikian ini tidak memperhatikan raja sama sekali, pandangannya hanya semata-mata pada kuda, diberi raja atau mendapat di hutan tiada beza baginya.
2.         Orang yang gembira bukan kerana kudanya, tetapi kerana mersa diberi, diingati, dikasihi oleh raja, orang ini dapat membezakan antara pemberian raja dengan ia mendapat di hutan.
3.         Orang yang merasa gembira kerana dengan pemberian itu, ia dapat menggunakan untuk lebih mendekat kepada raja, sehingga dapat lebih meningkatkan kedudukannya di sisi raja.

293.   Allah telah mewahyukan kepada Nabi Daud as:  Hai Daud katakan kepada orang-orang siddiqin:  Dengan aku mereka hendaknya bersenang gembira dan dengan berzikir menyebut namaku hendaknya mereka merasakan nikmat.

Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi Daud as, supaya menyampaikan firman Allah kepada orang-orang yang benar-benar dalam iman percaya kepada Allah, supaya mereka hanya senang kepada Allah tidak pada lain-lainnya dan supaya mereka merasakan nimat dalam berzikir kepada Allah
.

294.   Semoga Allah menjadikan kesenangan (kegembiraan) kami dan kamu dengan Allah dan dengan rela (redha) terhadap apa-apa yang dari Allah, semoga Allah menjadikan kami dari golongan yang mengerti segala sesuatu daripada Allah dan jangan menjadikan kmai dari golongan orang yang ghafil (lalai) dan semoga Allah menjadikan kami dijalanan orang-orang muttaqin dengan kurnia dan kemurahan Allah swt.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nota Automotif (P115 - 1, 2, dan 3)

KESELAMATAN BENGKEL Menghindari perkara-perkara yang mendatangkan bahaya terhadap:- 1. Diri Sendiri 2. Diri Orang Lain 3. Peralatan dan mesin-mesin Tujuan Mengelakkan dari terjadi kemalangan masa kerja. Keadaan Tempat Kerja 1. Peredaran udara yang baik 2. Kerbersihan, Kering, tiada berminyak dan lapang 3. Terang dan cukup cahaya 4. Pengadang-pengadang pada mesin-mesin bergerak 5. Pakaian yang sesuai, Elakkan pakai tali pinggang, tali leher, lanyard dan lain-lain. 6. Peralatan elektrik serta masin berkeadaan baik dan boleh digunakan. Pahat tidak berbentuk cendawan, penggunaan spana yang betul. 7. Berhati-hati semasa kerja dan jangan bergurau 8. Gunakan keberatan lutut dan paha bila mengangkat benda berat. KESELAMATAN BILIK ELEKTRIK Terdedah kepada kejutan elektrik 1. Tangan sentiasa kering semasa memegang alat elektrik 2. Peralatan elektrik, plug, wire, soket, fius berkeadaan baik dan boleh digunakan. 3. Wire bumi (earth) baik dan berfungsi. 4. Jangan sentuh wire t

SOALAN OBJEKTIF AUTOMOTIVE

SOALAN OBJEKTIF AUTOMOTIVE 1) Pilih jawapan yang betul. a) Logam adalah satu benda, apabila dibakar ia akan menjadikan “basic oxide”. b) Logam ialah satu benda, apabila dibakar, menjadikan “basic oxide” c) Logam ialah satu benda, apabila dibakar menjadi “basic oxide” dan bila bercampur air akan menjadi alkali atau asid. d) Logam ialah satu benda, bila dibakar akan menjadi “basic oxide” dan bila bercampur air akan menjadi asid. 2) Utuk mengimpal logam keluli lembut (mild steel) menggunakan. a) Api biasa b) Api lebih oksigen c) Api lebih aksitilin d) Semu api tidak digunakan. 3) Soldering bit diperbuat daripada apa ? a) Steel b) Plastik c) Tembaga Merah (Copper) d) Timah 4) Biasanya palam pencucuh (Spark plug) boleh digunakan hingga: a) 5,000 batu b) 7,000 batu c) 10,000 batu d) 15,000 batu. 5) Bearing clearance, di bearing utama (main bearing) sesebuh engine dapat diukur dengan menggunakan: a) Feeler gauge b) Plastic gauge c) Oil gauge d) Kertas nipis 6) Leng