Langkau ke kandungan utama

Hendak Gagal Atau Berjaya?


-->
PENDAHULUAN
Di dunia yang dikatakan serba membangun ini, ada satu hukum ciptaan manusia yang mudah dan menjadi amalan sejak sekian lama.  Sekiranya kita berjaya dan kaya, kita akan dihormati, disanjung dan diletakkan di depan. Sekiranya kita kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di belakang terpinggir hingga ke Lokap kerana menjaga Anak Celebral Palsy.
Menyakitkan?  Sememangnya hukum ciptaan manusia itu menyakitkan.  Ia tidak termaktub di dalam mana-mana kitab undang-undang tetapi dengan mudah ia menjadi amalan.
Yang berjaya memang seronok kerana dilayan seperti manusia.  Yang gagal tentu kurang seronok dan kecewa.  Di situlah silapnya, sekiranya kecewa, pastinya terus berada dalam kegagalan dan kemiskinan. Orang diamanahkan Zakatpun tak nak pandang walau sebelah mata.  Sebaliknya, sekiranya kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya tentu berbeza.  Ingat, manusia mempunyai banyak hak.  Antaranya adalah hak membangunkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat dan hak mencipta kejayaan.
Seolah-olah dunia ini hanya menyebelahi orang yang berjaya sahaja.  Bahkan orang yang rapat dengan kitapun lebih mengutamakan yang berjaya.  Terpaksalah diterima, sekiranya gagal dan miskin, memang letaknya di tepi dan dipinggirkan.  Bahkan, Polispun ambil jalan mudah untuk melokapkan orang.  Begitu juga dengan tingkah laku mak mertua.  Apabila cucu-cucu berkumpul, mana-mana anak daripada menantu yang gagal dan miskin mungkin dikata, ”Budak nakal, lasak”.  Kebetulan sekiranya anak kita ada bersama dan kita ini berjaya dan kaya, dikatanya anak kita, “Budak aktif”.
Paling menghiris hati adalah semasa hari perayaan, misalnya Hari Raya Aidilfitri.  Kita pula miskin, rumahpun sudah condong, beberapa darjah ke utara.  Duduklah kita di tangga menunggu tetamu.  Bapa saudara kitapun lalu dengan kereta yang hebat tapi tidak singgah, menolehpun tidak, honpun tidak tetapi terus pergi ke rumah saudara di sebelah sana yang kedudukannya lebih hebat daripada kita.  Tidak mengapa, balik nanti tentu beliau singgah. Tetapi sekali lagi bapa saudara kita tidak singgah, menolehpun tidak, honpun tidak.  Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati kita.  Nak harapkan kepada Dr Rozieta Shaary, lebih memburukkan keadaan bokali.
Kita menentang sistem yang membezakan antara gagal dan berjaya kerana kita tahu, harta benda, pakaian hanyalah selaput yang menutupi.  Yang penting adalah empunya diri.  Tetapi kita tidak terdaya menentangnya. Mereka ramai dan hukum ini diguna pakai secara meluas, univedrsal.  Ia seperti seorang dua yang menentang pencemaran alam, tetapi yang merosakkan, yang melepaskan asap, yang menebang pokok, yang melepaskan gas CPC, yang meratakan bukit, yang berangan-angan meratakan gunung dan yang menggunakan plastik itu lebih ramai.
Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita sekarang ini miskin dan gagal?  Seperti yang kita katakan tadi, kita ada hak.  Gunakan hak yang ada bagi mengubah kehidupan daripada menyakitkan kepada yang menyenangkan. Duduk diam dan mengeluh hanya menambah kemiskinan dan kegagalan.  Terlebih rehat, terlebih tidur hanya melebihkan hutang.  Yang buta teringin hendak celik, mengapa pula yang celik teringin hendak buta?
Begini keadaan kita hari ini, beginilah keadaan kita seterusnya.  Malah bertambah teruk.  Ini kerana, Allah tidak sekali-kali mengubah nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri terlebih dahulu. Pertolongan daripada Allah hanya datang sekiranya seseorang menolong dirinya terlebih dahulu. Allah hanya memberi sekiranya seseorang itu memberi kepada dirinya dan kepada Allah terlebih dahulu. Semakin besar pemberian kita kepada diri kita dan Allah, semakin besarlah perolehan kita.
Perolehan kita bukanlah digunakan bagi menunjuk-nunjuk tetapi bagi keselesaan kita sekuarga dan juga kebaikan. Kebaikan menutup dan menghapuskan keburukan, kejahatan.  Dengan apa yang kita hendak membeli kebaikan sekiranya diri kita gagal, miskin dan terpinggir?  Bila masa kita hendak melakukan kebaikan sekiranya sepanjang masa hanya digunakan bagi menyesali nasib diri yang gagal?  Di mana hak kita sebagai manusia?
Kata orang, “Sekiranya kita tidak mampu menentang mereka, lebih baik kita menyertai mereka”.  Kita sekarang dalam gelombang di mana yang berjaya dan kaya diberi keutamaan, jadi kita perlu berusaha menyertai mereka yang berjaya dan kaya.
HANYA ADA SATU PILIHAN
Orang kata, dalam hidup ini terlalu banyak pilihan.  Memang kata orang itu benar.  Sekiranya kita ke Kedai hendak membeli sabun, ada berbagai-bagai jenis sabun.  Sekiranya kita hendak menjadi doktor, ada berbagai-bagai jenis doktor.
Tetapi dalam keseluruhan hidup ini hanya ada satu pilihan kita.  Pilihannya adalah sama ada naik ataupun turun, sama ada berjaya ataun gagal.  Itulah sahaja pilihan yang ada.
Sejak zaman purba lagi, manusia tidak boleh kekal, pada suatu tahap.  Pusingan dunia ini, perubahan  di sekeliling menjadikan seseorang sama ada naik ataupun turun.  Ini yang selalu dilupakan oleh ramai manusia.
Sepanjang masa, tarikan dan tolakan sentiasa terjadi.  Tolakan, menolak kita naik  dan tarikan menarik kita turun. Ia sama dengan kisah zaman Jepun.  Apabila Toronaga menyuruh kita memanjat pokok kelapa dengan muncung senapang diacukan kepada kita.  Lajulah kita memanjat pokok kelapa.  Tolakan dari bawah menyebabkan kita naik ke atas.  Tarikan dari atas iaitu matlamat kita mendapatkan kelapa disokong dengan tolakan dari bawah iaitu keperluan dan ini menjadikan kita bergerak pantas memanjat pokok kelapa.
Tidak ada manusia dapat bertahan pada sesuatu tempat bagi jangka masa yang lama sekiranya beliau tidak berusaha mempertahankannya, sama ada hidupnya terus naik ataupun turun disebabkan oleh peredaran masa dan keadaan sekeliling.
Tidak ada yang kekal di dunia ini melainkian Tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga dan neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus beku di situ.  Sama ada ia turun ataupun naik.
Jadi, di mana kedudukan kita sekarang?  Daripada situ, kita perlu mengakui yang kedudukan kita di situ tidak kekal – sama ada turun ataupun naik.  Itu sahaja pilihannya.
Sejak zaman purba lagi, proses menurun lebih mudah berbanding proses naik.  Mendaki gunung lebih sukar berbanding menuruni gunung.  Memanjat pokok kelapa lebih sukar berbanding meluncur turun.  Ini dilakukan lagi dengan apa yang kita lihat dan dengar.  Sekiranya dahulu pada tahun 70-an dan 80-an, ada seorang dua yang dihebohykan kaya dan berjaya.  Lihat keadaan hidupya sekarang.  Bagaimana?  Adakah kini mengayuh basikal ataupun memandu Mercedes model terbaru?  Naik ataupun turun?  Sekiranya naik, apa yang dilakukan selama ini? Adakah beliau duduk diam?
Sekiranya turun, apa yang dilakukan selama ini?  Adakah selama ini beliau mengatakan, “Saya lain, saya sudah stabil”  Kerana perasaan dirinya sudah stabil,  lebih dripada orang lain, beliau lupa dalam hidup ini sama ada akan naik ataupun turun menyebabkan beliau tidak berbuat apa-apa.  Kepercayaan yang keadaan hidup akan terus kekal selamanya menyebabkannya meluncur turun.
Adakah semua kerana takdir?  Kita wajib percaya dengan qada dan qadar.  Kita hanya tahu takdir kita pada masa lalu, tapi bagaimana takdir pada masa hadapan?  Jangan sekali-kali kita lupa firman Tuhan,   ‘Tuhan tidak akan mengubah ...’(Ar Ra’d 13/11).  Kita diberi hak mengubah, mencorakkan hidup kita ini.
Tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan Tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga dan neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus beku di situ.  Sama ada ia turun ataupun naik.
Jika dahulu orang bertanya, “Rumah kamu ada telefon?”  Sekarang orang bertanya, “Apa nombor telefon kamu?” Ini membuktikan tidak ada yang kekal.  Sekiranya dahulu, tahun 60-an, 70-an bahkan 80-an telefon dianggap sebagai aset, kini dianggap sebagai benda biasa.  Sekiranya mesin faks dianggap benda ajaib pada sekitar tahun 80-an, kini ia adalah benda yang paling tidak ajaib.  Sekiranya beberapa tahun dahulu e-mel dianggap sebagai menambahkan prestij, kini orang jual ikan di pasarpun ada e-mel.  Pada tahun 80-an, satu lagi benda ajaib muncul iaitu telefon bimbit, kini buruh kasarpun sudah membimbit telefon.  Sekiranya dahulu mempunyai set kumputer menambahkan seri ruang tamu , kini kanak-kanak belum tadikapun sudah pandai mengendalikan komputer. Tidak ada yang kekal di dunia ini.
Manusia dan benda-benda di sekeliling kita ini hanya ada satu pilihan, sama ada naik ataupun turun. Bagaimana dengan pokok rambutan di depan rumah kita?  Semakin subur ataupun sudah tumbang?  Tidak ada yang kekal.  Sama ada naik ataupun turun.  Hiduppun betitu.  Bagaimana kehidupan kita?
Apa khabar pula rakan sekolah yang dahulu sama-sama didenda oleh guru kelas?  Bagaimana kehidupannya? Adakah naik ataupun turun?  Sekiranya naik, apa yang diusahakannya selama ini? Sekiranya turunpun, lihat juga apa yang diusahakannya selama ini.
Dahulu, guru sentiasa ditempatkan di kepala hidangan, kini kerja guru kurang dihormati kerana sebahagian guru ada yang kurang akal.  Mengajar menggunakan emosi bukan mengajar menggunakan akal.  Guru yang kurang berilmupun ramai.  Yang mencabul anak muridpun ada.  Dahulu apabilka dengar kerja kerani, orang kampung mengatakan, “Wah!”  Kini apabila kita mengatakan pengurus belum tentu orang kampung ambil tahu kerana hendak menjadi pengurus adalah murah, hanya lebih kurang RM55 sahaja. Daftar satu perniagaan dan kita boleh meletakkan pengurus sebagai jawatan kita.  Tidak ada yang kekal disanjung dalam hidup ini.  Dahulu apabila pelakon masuk kampung, orang kampung heboh.  Kini apabila pelakun ataupun penyanyi masuk kampung, ramai yang buat tidak tahu, ataupun nampak tetapi buat tidak nampak  Malah ramai yang mencebik.  Bagaimana dengan kaki pukul yang konon ceritanya, setiap hari memukul orang?  Dengan khabar hari ini beliau pula yang setiap hari dipukul oleh Polis.  Tidak ada yang kekal sama ada naik ataupun turun.
Paling dekat, apa perbezaan antara hari ini dan semalam?  Adakah hari ini lebih baik dari semalam ataupun lebih menurun dari semalam?  Orang yang berjaya dalam hidup ini adalah orang yang kehidupannya, kebaikannya, amalnya lebih baik dari semalam.  Juga keburukan, kejahatan, kegagalan, busuk hati dan dengki menjadi kurang dari semalam.
Ramai yang tidak tahu, tidak menyedari dalam hidup ini hanya ada satu pilihan iaitu sama ada naik ataupun turun, sama ada berjaya ataupun gagal.  Adalah penting mengetaui hukum ini kerana daripada hukum ini kita boleh tahu di mana kedudukan kita sekarang.  Jika tidak tahu di mana kedudukan sekarang, bagaimana hendak menentukan arah tuju kita?  Di dalam bangunana yang besar biasanya disediakan pelan bangunan yang turut disertakan dengan perkataan “Kita berada di sini.  Dari pelan itu kita menentukan arah yang dituju.  Begitu juga jika sekiranya sesat di hutan, kita tidak mempunyai peta, tidak tahu “Kita berada di sini”, kita semakin sesat.
Samalah hanya dalam hidup ini, apabila tidak tahu di mana kedudukan sekarang, apa pilihan yang ada? Sama ada naik ataupun turun, kita tidak tahu tempat tujuan kita.  Bagaimana kita dapat sampai sekiranya kita sendiri tidak tahu ke mana yang hendak dituju?
Dalam hidup ini tidak ada pilihan yang membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap.  Jangan sekali-kali mengatakan, “Saya sudah stabil....”  Sebaik sahaja mengatakan begitu, kita sudah menurun menuju kegagalan.  Di sisi kita ada 2 jalan iaitu jalan menuju kejayaan dan jalan menuju kegagalan;  Pilihan di tangan kita.
Jika kita berada di jalan kejayaan, ingat, disamping jalan kejayaan itu ada jalan kegagalan.  Sama ada kita terus berada di jalan kejayaan ataupun akan terbas ke jalan kegagalan  Sekiranya sekaranag kita berada di jalan kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan jalan kejayaan.  Sama ada kita terbabas ke jalan kegagalan yang lebih gagal ataupun kita melonjak ke jalan kejayaan.  Sama ada naik ataupun turun.  Sama ada berjaya ataupun meluncur gagal.
Kita tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi kita boleh membentuk masa hadapan kita.
SUKA MENDENGAR CAKAP ORANG
Ia dikatakan sebagai punca utama.  Mendengar cakap orang di ibaratkan menukar diri menjadi sampah yang boleh ditendang, dihanyutkan dan dibuang sesuka hati.
Mendengar cakap orang juga ibarat membiarkan diri menjadi lalang, ditiup ke sana sini mengikut arah angin. Boleh juga diibaratkan seperti membiarkan orang lain menguruskan diri kita.  Di mana hak kita? Sekiranya mendengar cakap orang, memang kita seolah-olah tidak berhak pada diri kita sendiri.  Hak kita diambil oleh orang lain – hak itu diergunakan sepenuhnya bagi mengurus diri kita.  Hidup siapa yang kita jalani?  Hidup sendiri ataupun hidup orang lain?
Terlalu banyak perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari.  Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya di jalan kejayaan, minggu depan kita melihatnya sudah berada dalam kegagalan – hanya kerana mendengar cakap orang.  satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke alam kegagalan.
Sekarang, imbas kembali kehidupan masa lalu, kemudian menyusur sampai ke hari ini.  Apa impian kita masa lalu dan apa pencapaian kita?  Adakah menepati impian kita?  Sekarang, kita tinjau semula, adakah impian yang tidak tercapai itu akibat daripada mendengar cakap orang?  Sekiranya kita berjaya mencapai impian – adakah impian itu dapat dicapai hari ini sekiranya pada masa lalu kita mendengar cakap orang? Begitulah pentingnya kesan cakap orang.  Mendengar cakap orang hanya memusnahkan hidup sendiri.
Tidak ada 2 manusia yang serupa,  Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza.  Kita mengatakan yang ini cantik, kawan kita mengatakan yang itu lebih cantik.  Kita mengatakan suara itu lebih merdu, kawan kita pula mengatakan tidak merdu.  Kita mengatakan sedap, beliau mengatakan tidak sedap. Kita mengatakan undilah PAS, beliau mengatakan undilah kita yang berpendidikan pondok.
Apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut sudut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan daripada sudut pandangan kita.  Kata orang yang kita dengar bukan daripada sudut pandangan kita.  Jadi, apa yang kita resapkan ke dalam otak dan badan adalah perspektif orang.  Sahlah, sekiranya kita mendengar dan mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang menguruskan hidup kita.
Jangan bertanya kepada orang yang tidak tahu.  Sekiranya kita mendengar jawapannya, bermakna kita membiarkan diri diurus oleh orang lain.  Cara mengelakkan diri diurus oleh orang lain adalah:
1.                  Jangan bertanya kepada orang yang disahkan tidak tahu.
2.                  Jangan bertanya jalan sekiranya tidak sesat.
3.                  Jangan bertanya kepada orang yang tidak pernah melakukan.
4.                  Jangan meminta pendapat orang yang disahkan mempunyai peribadi buruk.
5.                  Mengingatkan diri yang diri diurus oleh diri sendiri.
6.                  Jika ada yang tela hati memberikan pendapat, katakan dalam hati yang pendapat itu adalah pendapatnya, bukan pendapat kita.  Tidak ada kena-mengena dengan kita.
Sentiasa ingat, di sekeliling kita ini dipenuhi dengan unsur-unsur negatif.  Manusia yang dengki, iri hati, busuk hati, kecewa lebih ramai berbanding yang baik hati, jujur dan ikhlas.  Orang yang negatif – Cakapnyapun berunsur negatif, cuba mempengaruhi kita supaya seangkatan dengannya.  Bahkan, orang ini kadang-kadang tidak sedar apa yang diucapkan, tidak ada niat bagi menarik kita bersama dengan mereka.  Tetapi, oleh kerana unsur negatif sudah sebati dengan mereka, tentulah kata-kata mereka ini tanpa disedari, juga berfunsur negatrif.  Yang mendengarnya pula menjadi mangsa.
Hari ini, sekiranya kita mahu mengelak daripada punca kegagalan, elakkan sama sekali mendengar cakap orang. Tidak ada siapa yang menanggung akibat daripada kegagalan diri kita melainkan diri kita sendiri. Masa depan kita adalah hak kita.  Masa depan itu rosak sekiranya hari ini kita mendengar cakap orang. Siapa yang bertanggungjawab sekiranya kita gagal?  Ada mereka mengatakan,  “Ini salah saya sebab saya dahulu yang mempengaruhi kamu, jadi, inilah gantgi ruginya, sebuah banglo, kereta Porsche, duit ....”
Tuhan menganugerhahkan 2 telinga dan satu otak.  Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan meletakkan otak di antgara 2 telinga.  Salah satu sebabnya – kita  boleh mendengar cakap orang tetapi hendaklah mendengar daripada kedua-dua belah pihak.  Kata-kata yang sampai di telinga perlu ditimbang dan dibuat keputusan oleh otak sendiri. Bukan otak orang lain.
HIDUP ATAS SUDUT PANDANGAN ORANG LAIN
Satu lagi cara gagal dan punca ini selalunya berpanjangan sekiranya kita menghendaki ia kekal, ia akan kekal bersama kita seumur hidup.
Bahkan sekiranya kita tidak menghendaki, tetapi kita merelakan, pasti punca ini harus kekal sehingga akhir hayat kita.  Satu kehidupan yang sia-sia.
Apa sebenarnya maksud hidup atas sudut pandangan orang lain?  Pernahkah kita menyebut, ‘Nanti apa apa orang lain kata’?, ‘Nanti apa pula kata jiran-jiran’. ‘Nanti apa pula kata emak mertua aku’.  Jika pernah menyebut begitu bermakna kita pernah hidup atas sudut pandangan orang lain.  Apa yang kita lakukan seolah-olah perlu kelulusan orang lain.
Walaupun bukan dalam bentuk kata-kata tetapi kita mesti ingat komunikasi bukan melaui kata-kata sahaja. Komunikasi juga boleh terjadi melalui pandangan.  Hanya melalui pandangan sahaja, hidup kita dikuasai oleh orang lain – sekiranya kita membenarkan.
Pandangan mereka itu kebanyakannya berbentuk kuasa bagi meluluskan ataupun sebaliknya.  Contoh paling mudah, kita biasa menjadi pelanggan tetap kedai A. Suatu hari kita terpaksa membeli di kedai B. Adakah kita mengelak-elak supaya tidak dilihat oleh pekedai A?  Sekiranya benar kita mengelak, bermakna kita lebih mementingkan pandangan pekedai itu berbanding keperluan kita sendiri.  Itulah contoh kecil bagaimana kita membenarkan orang lain menguruskan diri kita dengan padndangan mereka. Kita lebih mementingkan pandangan orang lain.
Daripada contoh di atas, kita mungkin berkata:  “Mahu menjaga hati”.  Bagus sekiranya begitu kerana kita orang Timur terkenal dengan budi bahasa.  Apa yang lebih penting adalah, disamping kita berbudi bahasa, kita juga mempunyai hak ke atas diri sendiri.  Jangan sampai hak ke atas diri kita tergadai kerana mementingkan perasaan orang lain.  Sekiranya boleh, biarlah hak kita tertunai dan dalam masa yang sama kita menjaga hati orang lain.  Pekedai A tadi, adakah beliau menjaga hati kita?  Pernahkah beliau mengucapkan terima kasih kepada kita selama ini?  Apa pula sumbangan kepada kita selepas datuk, ayah dan anak-anak kita menjadi pelanggan tetap di kedainya?  Bila kali terakhir beliau memberikan gula-gula (Microwave) kepada anak kita?
Tidak ada keadilan.  Kita hendak menjaga hati mereka tetapi mereka membalas kita dengan mengurus hidup kita melalui pandangan.  Kita hendak menjaga hati mereka tetapi mereka seperti tidak pernah tergerak bagi menjaga hati kita.  Apabila kita berjaya, mereka dengki dan menyebarkan berita bukan-bukan.  Apabila kita gagal, merekalah orang pertama yang mengutuk habis-habisan.  Apabila kita susah, mereka lari dulu, apabila kita senang merekalah yang mendekati kita terlebih dahulu.
Mereka dengan mudah mengurus hidup kita tetapi adakah mereka menguruskan keperluan dan cita-cita kita? Adakah mereka mengisi beras di tempayan rumah kita?”  Membayar bil?  Menyediakan wang dan peluang bagi masa depan kita?  Bukankah semuanya tertanggung pada bahu kita?  Jadi, mengapa kita memusnahkan hidup sendiri hanya kerana mementingkan pandangan orang lain?  Hidup siapa yang kita urus dan alami?  Kita dengan bangga boleh mengatakan,  “Ini hidup saya, cara saya, masa depan saya”, tapi di saat yang sama kita mengatakan “Nanti apa pula kata ...”  Pada saat yang sama kita memberhentikan dengan serta merta usaha yang membentuk masa depan hanya kerana bimbang pandangan orang.
Apa yang lebih memeranjatkan, orang yang mengurus hidup melalui pandangan adalah orang yang rapat dengan kita – sahabat karib, jiran (pengurus nombor satu), keluarga dan orang yang bersama dengan kita setiap hari. Benarlah seperti yang dikatakan, ‘Hendak mengenali musuh, carilah di kalangan sahabat’.  Apa istilah yang paling layak untuk orang yang menghalang atau merosakkan masa depan kita?  Musuh.  Merekalah yang menyebabkan ada suatu perasaan aneh dalam hati apabila kita hendak melakukan sesuatu.  Jadi, merekalah musuh kita.
Pedulikan pandangan orang kerana mereka tidak pernah memenuhi keperluan kita, mereka bukan pengurus hidup kita, mereka bukan penentu hidup kita.
Jika ditipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang ditipu.  Jika hidup diurus oleh pandangan, yang bersalah bukan pandangan itu tetapi orang yang dipandang.
Orang mengurus hidup kita melalui pandangan adalah kerana kita membenarkan diri kita diurus melalui pandangan.  Jadi, jangan menyalahkan orang lain, sebaliknya, diri kita perlu berhenti daripada membenarkan orang lain mengurus hidup kita melalui pandangan.
Cara mengelak daripada perkara buruk ini adalah:
1.                  Sentiasa mengingatkan diri kita yang menjalankan hidup kita sendiri.  Benar, kita hidup bermasyarakat, tetapi tanggungjawab pada hidup kita terletak di tangan kita.
2.                  Jika perlu, keluar daripada lingkungan masyarakat yang beria-ia hendak mengurus hidup kita. Jiran-jiran yang busuk hatinya memusnahkan hidup kita.  Mana lebih kita sayangi?  Hidup sendiri ataupun jiran-jiran yang sepanjang masa mahu merosakkan hidup kita?
3.                  Elakkan bergaul dengan kumpulan manusia gagal, yang tidak tahu apa-apa tetapi dengan mudah memberitahu kita, “Kamu kena buat begini...”
4.                  Seboleh-bolehnya, jangan meminta nasihat orang yang kita sahkan bodoh.  Ingatlah, sepatah kata daripada orang yang tidak tahu tetapi berlagak tahu, dapat menghancurkan keseluruhan hidup kita.
5.                  Jangan menceritakan masalah kita kepada orang lain.  Ini kerana orang lain sudah cukup berat dengan beban masalah mereka sendiri.
6.                  Setiap kali berdetak satu perasaan dalam hati, bimbang apa kata orang lain, segera buang perasaan itu jauh-jauh.  Katakan Ah .. dengan kuat.  Menjerit jika perlu.  Jeritan itu autuomatik menghapuskan perasaaan bimbang ‘apa pula kata orang nanti’.
7.                  Jangan cuba menguruskan hidup orang lain, melainkan mereka dalam tanggungjawab kita misalnya anak dan isteri sendiri.  Apabila kita mempunyai hak pada orang lain, kita tidak boleh marah apabila orang lain menumpang hak ke atas diri kita sendiri.
8.                  Apabila terpaksa memberi nasihat, berilah nasihat sahaja.  Jangan pula mahu mengambil kesempatan bagi menguasai.  Tumpuan utama nasihat adalah kebaikan yang menerima nasihat, bukan kebaikan untuk diri kita.
9.                  Tidak perlu meminta tunjuk arah sekiranya kita tahu arah yang kita hendak tuju.
Ingat, sekiranya kita membenarkan diri kita di pijak, kita pasti di pijak.
Kita selalu melaung-laungkan mahu menentang penjajah.  Tetapi, sedarkah kita yang ramai sekali musuh dalam dan luar selimut di sekeliling kita yang bersedia menjajah diri kita?  Sekiranya kita membenarkan diri kita dijajah, penjajahan pasti terjadi.  Sekiranya kita membenarkan fizikal, fikiran dan hati kita dikuasai orang lain, salah diri kita dikuasa oleh orang lain.
Asalkan kita menjaga agama dan adab, tidak perlulah kita tunduk dengan sudut pandangan orang yang hanya mahu mengurus hidup kita.  Sekali orang menguruskan hidup kita, selamnya kita hilang hak ke atas diri sendiri.  Selagi kita membenarkan, selamanya hidup kita dikuasai orang lain.
TERIKAT PADA KEADAAN LALU
Kita boleh perhatikan orang yang terikat dengan keadaan masa lalu, enggan bergerak kerana mereka berasa selesa dengan mengenang kehebatan masa lalu.  Mereka bimbang kehebatan yang sama tidak dapat diperoleh sekiranya bertindak menjalani hidup pada hari ini.  Orang yang terikat dengan keadaan masa lalu engan beregerak kerana bimbang kegagalan diulangi lalu sekali lagi.
Orang yang terikat dengan keadaan masa lalu tidak sedar yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa pada keadaan yang sudah terlepas.  Yang ada di depan kita adalah keadaan hari ini, yang perlu dikerjakan pada hari ini.  Kita tidak menjalani hidup pada hari semalam, kita hidup dan mejalani hidup pada hari ini. Keadaan masa lalu tidak ada kena mengena dengan keadaan hari ini.  Cuma yang ada kena mengena adalah pilihan yang kita buat pada masa lalu.  Apa yang kita pilih, apa yang kita kerjakan pada masa lalu memang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan kita pada masa kini.  Jangan lupa, apa yang kita pilih, apa yang kita kerjakan pada hari ini ada kena mengena dengan kehidupan kita pada masa depan.
Bayangkan apa akan terjadi pada masa depan sekiranya hari ini digunakan bagi mengenangkan keadaan pada masa lalu?  Bermakna hari ini kita memilih mengenangkan keadaan pada masa lalu.  Pilihan kita pada hari ini memberi kesan pada keadaan masa depan.
Apabila kita mengenangkan keadaan masa lalu pada hari ini bermakna kita sedang membentuk keadaan masa depan berdasarkan keadaan masa lalu, sedangkan kita tahu keadaan masa lalu tidak ada kena mengena dengan keadaan masa depan.
Kita ambil petani sebagai contoh.  Tanamannya pada masa lalui begitu menjadi.  Hari ini, kerana terikat pada keadaan masa lalu, petani itu tidak turun ke ladang.  Beliau asyik duduk di kedai kopi berhampiran dan bercerita, “Dahulu, apa yang saya tanam...” Sekarang kita boleh bertanya kepada petani itu adakah keadaan pada masa lalu itu dapat membuatkan tanaman akan datang hebat seperti masa lalu?  Adakah keadaan petani yang tidak melakukan apa-apa pada hari ini selain sibuk bercerita keadaan masa lalu, boleh mempengaruhi keadaan tanaman pada masa hadapan.  Sudah tentulah tidak.
Sekiranya petani itu memilih mengerjakan ladangnya hari ini barulah apa yang dikerjakan itu mempengaruhi keadaan masa hadapan.
Petani yang lain pula begitu kecewa kerana tanamannya pada masa lalu tidak menjadi. Hari ini, beliau asyik mengenangkan kekecewannya itu.  Beliau tidak ke ladang kerana terlalu kecewa.  Adakah keadaan tanamannya pada masa hadapan bergantung pada keadaan tanamannya yang tidak menjadi pada masa lalu?  Sama sekali kita tidak tahu hasil tanamannya kerana Tuhan sahaja yang tahu. Bagaimanapun, kita tahu tidak ada apa-apa yang terjadi sekiranya tidak ada langkah pertama.  Sekiranya tidak diusahakan, masakan tanaman tumbuh sendiri yang tumbuh hanya lalang dan rumput.
Bagi petani itu, langkah pertama beliau adalah menghapuskan kenangan lalu, melepaskan diri daripada ikatan masa lalu dan mengerjakan apa yang ada di hadapan mata pada hari ini.  Pastilah keadaan masa lalu tidak boleh dijadikan ukuran bagi keadaan masa hadapan. Tetapi keadaan hari ini sememangnya boleh dijadikan ukuran pada masa hadapan. Sekiranya hari ini asyik bersembang di kedai kopi, dengan sendiri kita boleh meneka bagaimana keadaan hidup pada masa hadapan.
Jangan kita fikirkan keadaan nasib dan tuah.  Semakin kuat usaha kita, semakin kita bernasib baik. Semakin banyak masa dihabiskan di kedai kopi yang memekak, rimas, dipenuhi oleh orang perasan, maka nasib pastilah semakin malang.
Mungkin satu dalam  10 juta manusia menerima nasib baik seperti dalam filem – bermalas-malas, tiba-tiba terjumpa gua yang penuh dengan harta karun.  Ataupun tiba-tiba datang sepucuk surat daripada peguam memberitahu pakcik yang tidak pernah dikenali mewariskan harta berjuta.  Bagaimana pula sekiranya kita bukan tergolong satu dalam juta itu?”  Sudah lupakah dengan kata-kata Tuhan yang sebahagiannya menyebut, “Kita hanya memperoleh apa yang kita kerjakan”.
Yang ditunggu surat daripada peguam, tetapi yang sampai adalah surat yang memerlukan wang  Bil, surat saman, ansuran dan lain-lain.  Bolehkah semua itu dibayar hanya dengan menggunakan nasib?  Adakah ada gua yang penuh dengan harta karun di depan rumah?” Yang ada hanya bauncer tarik kereta. Gua tidak ada.
Bilakah masanya boleh mengenang keadaan masa lalu?  Memang dibolehkan, tetapi bukan mengikat diri kepada keadaan masa lalu.  Apa yang perlu dikenang?  Hanya dibolehkan mengenang kejayaan masa lalu, kejayaan sahaja.  Sekiranya mahu mengenang kegagalan, cari kegagalan yang boleh membantu kejayaan.  Jangan pedulikan kegagalan itu tetapi pedulikan apa terjadi di sebalikk kegagalan itu.  Apa pengajaran yang dapat diperoleh di sebalik kegagalan itu.
Ambil iktibar daripada kanak-kanak yang pertama kali menunggang basikal.  Semalam jatuh berguling, hari ini naik basikal semula, esok sudah dapat menunggan basikal dengan laju.  Hari ini kanak-kanak itu tidak mengikat dirinya kepada kegagalan semalam – tidak mengenang di sebalik kegagalan semalam.  Hari ini beliau memperbaiki kesilapan semalam.  Sekiranya semalam punca jatuh kerana tidak ada imbangan, hari ini beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama.  Hari semalam tidak ada kenamengena dengan esok, tetapi hari ini bersangkut paut dengan esok.  Hari ini enggan menunggang semula, esok lusa jadi bahan ketawa kanak-kanak lain.
Namun kita manusia dewasa tidak seperti kanak-kanak yang boleh melepaskan diri daripada ikatan semalam.  Kita manusia dewasa lebih banyak mengikat diri kepada keadaan masa lalu.  Paling pasti, apabila mengingati kejayaan, ingatan itu malap, tidak berseri, jauh dan kabur.  Apabila mengingati yang buruk, yang gagal, ingatan itu dekat, berwarna-warni, jelas, lengkap, menjadi tumpuan.  Oleh itu, kegagalan lebih menarik minat.  Fikiran dan fizikal manusia lebih tertarik kepada apa yang menjadi tumpuan.
Jadi, mulai hari ini, kita terbalikkan proses.  Keadaan lalu, sekiranya ia berbentuk kegagalan, maka ingatan kita padanya adalah jauh, malap dan hitam putih.  Sekiranya ia berbentuk kejayaan, ingati, lihat dalam bentuk yang dekat, terang dan berwarna-warni.
Dengan cara itu, kita lebih tertarik kepada kejayaan masa lalu.  Ini kerana, fikiran manusia lebih tertarik pada apa yang dekat, terang dan berwarna-warni.  Dengan mengingat dan menumpukan pada kejayaan lalu, kita lebih bersemangat setiap kali mahu bertindak mencipta kejayaan yang sama ataupun yang lain.
Namun, apa yang kerap terjadi, apabila mahu melakukan sesuatu, fikiran lebih tertumpu pada kegagalan masa lalu.  Kegagalan itu digambarkan dengan terang, dekat, berwarna-warni dan menarik.  Oleh itu, apabila mahu bertindak, diri menjadi takut, tidak bersemangat kerana lebih mengingati kegagalan masa lalu.
Kerana mengikat diri pada keadaan masa lalu, maka setengah orang terlupa hidup ini maju ke depan bukan berundur ke belakang.  Bagi setengah orang, zahirnya hidup pada hari ini tetapi bainnya menjalani hidup di masa lalu.  Satu cara yang paling mudah untuk gagal.
Kita bukan semakin muda.  Setiap hari yang mendatang menjadikan kita semkin tua. Kita mengalami hidup hari ini dan akan datang.  Jadi, apalah gunanya mengikat diri pada keadaan masa lalu.  Kita tidak boleh mengubah keadaan masa lalu.
TERIKAT PADA KEADAAN SEKARANG
Selain terikat pada keadaan masa lalu, terikat keadaan sekarang juga adalah punca kegagalan.
Sama ada keadaan sekarang berbentuk kejayaan ataupun kegagalan, sama sekali kita tidak dapat membiarkan diri kita terikat kepadanya.  Terikat pada keadaan sekarang membawa kita kepada keadaan masa lalu kerana dunia ini berpusiang, maju ke depan. Hari ini kita berdiri di sini, kita menjadi beku sekiranya terus berdiri di sini kerana di sekeliling kita penuh dengan perubahan yang meninggalkan kita.  Jadi, kita perlu sentiasa bergerak mengikut rentak pusingan dunia ini.
Sebagai contoh, kisah Sahibul Kahfi.  Selepas sekian tahun tertidur, beliau muncul di dalam bandar untuk membeli keperluan mereka.  Orang ramai di bandar melihatnya dengan pandangan yang pelik.  Terikat pada keadaan semasa, menjadikan diri terjurus pada keadaan masa lalu.  Bagaimanapun keadaan semasa bukan bersangkut paut dengan fesyen semata-mata.  Apa yang dimaksudkan adalah keadaan semasa - hari ini. Bagaimana keadaan kita hari ini?  Sihat?  Kaya?  Berjaya?  Miskin?  Gagal?  Walau apapun keadaan semasa yang kita lalu hari ini, jangan sekali-kali membenarkan jiwa dan fizikal melekat, terikat kepadanya.
Banyak hari-hari yang panjang menunggu di depan.  Selesa hari ini tidak semestinya selesa pada masa depan.  Perdana Menteri hari ini tidak semestinya terus Perdana Menteri di masa hadapan.  Di depan mata kita kerap kita lihat bagaimana yang kaya bertukar menjadi miskin, yang miskin bertukar menjadi kaya dan tidak ketinggalan yang miskin bertukar menjadi papa kedana.  Yang Perdana Menteri masuk penjara, yang dibuang Timbalan Perdana menteri bertukar menjadi Perdana Menteri;  “Apa sudah jadi?  Kata Masih Kebal?”  Kita memulangkan paku buah keras.
Rasanya, di dunia ini tidak ada orang dewasa, yang ada hanya bayi-bayi, sekiranya manusia sentiasa mengikat diri pada keadaan semasa.  Daripada bayi bertukar menjadi kanak-kanak, remaja dewasa dan ini jelas membuktikan manusia memang tidak boleh terikat pada keadaan semasa.  Bukankah itu fitrah manusia?  Sifat semula jadi manusia adalah bergerak, berubah.  Ini kerana dunia ini berpusing.
Bagaimanapun, manusia lebih suka hidup terikat pada keadaan semasa dan ini suatu cara yang pasti bagi memperoleh kegagalan dan berpindah ke arah yang lebih buruk. Ramai yang menyangka, apabila sudah berjaya, kejayaan itu kekal.  Hakikatnya, tidak ada yang kekal di dunia ini.  Usaha di tangan kita – kita berusaha mengekalkannya.  Berusaha, bukan duduk diam terikat pada keadaan semasa.  Orang mengnyangka, apabila hidup gagal, miskin, itulah ketentuan hidup.  Itulah penamat.  “Sudah takdir....”.  soalannya, tahukan kita apa takdir masa depan?
Kita halakan sebentar pada perjuangan Nabi Muhammad yang kita sayangi itu terikat pada keadaan semasa.  Andainya beliau terikat pada keadaan semasa, Islam tidak sampai kepada kita, Islam hanya berkembang di Mekah dan Madinah sahaja.
Bahkan sebelum itu, sekiranya beliau terikat pada keadaan semasa, bersama kaum-kaum jahiliah, pasti kita tidak beragama Islam.
Kerana tidak mahu terikat pada keadaan semasa, Nabi Muhammad bersendirian, menjauhkan diri daripada kaum jahiliah.  Bagaimana dengan kita?  Sekiranya keadaan sekeliling berbentuk gagal seperti itu, adakah kita diam mengikat diri pada keadaan semasa?
Seterusnya, apabila Islam mula diterima di Mekah danMadinah, kemudian menjadi agama rasmi, adakah Nabi Muhammmad terus terikatr pada keadaan semasa?  Sekiranya terikat dengan kejayaan itu, poastinya Islam tidak berjkembang ke bmi ini.  Bagaimana dengan kita?  Adakah kita terikat pada kejayaan yang sedang kita nikmati sekaran? Apabila kita tidak mengayuh basikal, kita tidak akan terjatuh dari basikal.
Oleh kerana kita sudah berjanji mengikut sunah Nabi Muhammad, pastinya kita mencontohi Nabi Muhammad yang tidak terikat ada keadaan semasa.
Ada petani yang mana tanamannya begitu menjadi pada musim yang lepas.  Hari ini, beliau terikat pada keadaan semasa.  Duit ada lagi di dalam poket menyebabkan beliau menjadi malas ke ladang, sebaliknya rajin ke kedai kopi menceritakan, “Tanaman aku ...”. Apa jadi pada tanamannya pada masa akan datang?  Tidak ada tanaman, kerana hari ini beliau tidak menanam.  Kita menuai apa yang kita tanam sahaja.
Petani yang kedua pula sama dengan petani pertama tadi – tanamannya menjadi. Wang di dalam poketpun sama banyak.  Cuma wang yang ada itu menyebabkan beliau malas ke kedai kopi dan rajin ke ladang.  Beliau tahu, pada masa akan datang beliau perlu menuai setiap hari, kerana itulah beliau perlu ke ladang hari ini, setiap hari.  Petani pertama terikat pada keadaan semasa dan petani kedua tidak terikat ada keadaan semasa.,  Siapa yang gagal dan siapa yang berjaya?
Kita perlu sentiasa ingat, walau apapun yang terjadi pada hari ini – ia bukan penamat.  Kerana bukan penamat, maka tidak sepatutnya kita berhenti dan mengikat diri pada keadaan semasa.
TERLEBIH MAGNET
Sekiranya kita serbuk besi, kita ditarik.  Sekiranya kita magnet, kita pula yang menarik.  Jadi, buatlah pilihan sekarang – menarik ataupun ditarik?
Tetapi, walaupun kita menjadi magnet tetapi keliling kita ini banyak magnet, kita tetap ditarik sebab magnet boleh menarik magnet.  Sekiranya magnetpun boleh ditarik, apatah lagi serbuk besi.
Jadi di sini, sama ada serbuk besi ataupun magnet, kunci di sini adalah – kita perlu kuat.  Jangan sampai ditarik-tarik.
Bagaimana pendaki gunung dapat meneruskan pendakiannya sekiranya ada beberapa orang di bawah yang sentiasa menariknya?  Bagaiana layang-layang dapat naik ke atas sekiranya talinya sentiasa ditarik ke bawah?, bukan dilepaskan.  Bagaimana kita boleh ke hadapan sekiranya belakang, kanan, kiri ada yang menarik?
Najib bercita-cita tinggi.  Keinginannya berjaya menyebabkan beliau bertindak memenuhi keinginannya itu.  Tetapi, sejak bertahun-tahun, tindakannya tidak pernah terjadi.  Ini kerana sebaik sahaja beliau mahu bertindak, ada banyak magnet yang menarik beliau.  Hendak keluar rumah, isteri sudah masam muka.  Hendak buat itu, isteri bising, hendak buat ini, isteri bising.  Najib terlalu menjaga perasaan isterinya sehingga beliau lupa yang berliaupun mermpunyai cita-citanya.  Citan-citanya ditarik oleh kerana hendak menjaga perasaan isteri.
Kemudian sekiranya beliau berjaya keluar rumah, tarikan disepanjang jalanpun banyak.  Lambaian kawan-kawan dicampur dengan tarikan yang kuat di kedai kopi menyebabkan beliau singgah.  Satu lagi magnet.
Jadi, bolehlah dikatakan sepanjang hidup Najib dikelilingi oleh magnet.  Semakin lama, magnet itu semakin kuat, semakin berkuasa.  Najib semakin tidak berdaya dan akhirnya menyerah.  Sudah takdir....  keluhnya.  Sepatutnya Najib perlu tahu – beliau adalah pemimpin dalam keluarga, bukan di pimpin.
Sekiranya kita di pihak Najib, apa yang akan kita lakukan?  Di hadapan kita juga tersedia magnet iaitu matlamat, cita-cita atau gol.  Ia menarik kita dan kita menariknya.  Soalnya, bagaimana kita boleh sampai ke matlamat, sekiranya kita juga ditarik oleh magnet yang berada di sekeliling kita?
Hanya ada satu cara melepaskan diri daripada belenggu magnet itu iaitu dengan menghapuskan magnet itu sendiri.  Bukan maksudnya menyuruh menghapuskan isteri kita.  Apa yang perlu dihapuskan adalah suasana atau keadaan yang disebabkan oleh magnet.  Biarkan magnet itu ada di situ, asalkan kita boleh menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet.  Dalam kes Najib tadi, sepatutnya Najib bertindak sebagai ketua keluarga di mana masa depan keluarga terletak di tangannya.  Memang masa depan milik Allah tetapi manusia perlu mengusahakannya.  Najib perlu menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet.  Beliau perlu tegas pada isteri dan anak-anak.  Beliau perlu sentiasa mengingatkan dirinya yang beliau adalah pemimpin dalam keluarga.
Selain itu, cara menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet adalah seperti berikut:
1.             Sentiasa mengingatkan diri yang kita tidak akan sampai ke mana-mana sekiranya ada magnet yang kuat menarik kita.
2.             Magnet, pada mulanya agak lemah tetapi ingat, lama kelamaan ia menjdi kmuat.  Sebaik-baik masa bagi meghapuskan kuasa magnet adalah ketika ia masih lemah.
3.             Sama ada dikuasai ataupun menguasai – pilihan kita hanya ada satu.  Memilih bagi menguasai, bermakna kita mestilah menguasai magnet itu, bukan membiarkan diri dikuasai.
4.             Lebihkan bergerak.  Ini memprogramkan fikiran kita supaya fizikal kita tidak ditarik oleh magnet.  Ia juga memprogamkan fikiran supaya kita dapat membebaskan diri daripada sebarang ikatan magnet
5.             Jangan sekali-kali menganggap ada masa yang sesuai.  Tidak ada masa yang sesuai dan semua masa adalah sesuai.  Menunggu masa yang sesuai bermakna sedang membiarkan diri ditarik dan dikuasai oleh magnet.  Menunggu masa yang sesuai bermakna sedang memperhebatkan kuasa magnet.
TIDAK SANGGUP
Konon ceritanya hendakkan itu ini, mahu berjaya, mahu kaya, mahu bergaya, mahu terkenal, tetapi apabila ditanya,  Kamu sanggup buat ini, ini, ini?  Jawabnya sudah boleh diduga sejek awal lagi – Entahlah.
Antara kita dengan apa yang kita hajati, di tengah-tengahnya adalah kesanggupan.  Hanya sekiranya kita sanggup melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi sampai ke matlamat kita, berulah kita boleh berjaya.
Contoh mudah, kita mahu naik ke tingkat atas rumah.  Di antara tingkat bawah dengan tingat atas itu ada tangga.  Sekiranya kita sanggup menaiki tangga itu, barulah kita boleh sampai ke tingkat atas.  Sekiranya tidak sanggup tentulah kita akan terus duduk di tingkat bawah.
Di seberang sana ada selonggok duit.  Di depan kita ada sungai.  Sanggupkah kita berenang menyeberangi sungai bagi mnendapatkan duit yang berlonggok itu?  Sekiranya sanggup, insya Allah duit itu milik kita. Sekiranya tidak sanggup, kita hanya berangan-angan memilikit duit itu.
Seandainya kita sanggup, pasti kita menjadi kreatif, fikiran berbuka luas, memikirkan barbagai-bagai cara dan jalan bagi menyeberangi sungai itu. Tetapi kerana tidak sanggup, fikiran menjadi sempit  dan tertutup.  Yang difikirkan hanya, susahlah..... dan lecehlah......
Perkara yang sama terjadi setiap hari.  Betapa ramai manusia di dunia ini yang berkehendakkan sesuatu tetapi tidak sanggup melakukan sesuatu yang dapat membawa kepada perkara yang dikehendaki itu.  Dahulu dengar khabar mahu fasih membaca Quraan tetapi tidak sanggup pula hendak pergi berulang-alik belajar. Yang sanggup hanya berulangn-alik ke kedai kopi.  Dua tahu lepas, dengarnya hendakkan kereta Porsche Carrera 911, tetapi dengar khabar juga tidak sanggup bekerja lebih daripada orang lain, hanya sanggup baring lebih di depan televisyen.
Betapa ramai orang di dunia ini yang menganggap nasi boleh masuk terus ke dalam mulut secara automatik?  Mereka tahu sememangnya mustahil nasi masuk ke mulut tanpa disuap tetaoi itulah anggapan yang sentiasa ada dalam fikiran apabila berkehendakkan perkara lain selain nasi.
Tahukah kita, setiap kali kita berkehendakkan sesuatu, tetapi tidak sanggup melaksanakan perkara ataupun kerja-kerja yang boleh membawa kepada apa yang kita kehendaki, kita sebenarnya sedang merosakkan sistem fikiran dan fizikal.  Semakin kerap kita melakukan begitu semakin rosaklah sistem itu.
Adalah jauh lebih baik, kita tidak berkehendakkan sesuatu daripada berkehendakkan sesuatu tetapi enggan atau tidak sanggup melaksanakan apa-apa.
Sekiranya pada masa lalu kita berkehendakkan sesuatu tetapi enggan melaksanakan, lain kali, apabila kita berkehendakkan sesuatu, secara automatik, diri kita sendiri menyediakan tembok tidak sanggup di sekeliling kita. Walaupun perkara itu mudah, tetapi kerana tembok tidak sanggup sudah mengelilingi, kita melihatnya daripada sudut susah dan menambahkan lagi keengganan kita melaksanakannya.
Bukankah lebih baik jangan berkehendakkan sesuatu daripada berkehendakkan sesuatu tetapi merosakkan sistem fizikal dan mental.  Membina sendiri tembok tidak sanggup?
Kita manusia biasa memang sentiasa berkehendakkan sesuatu.  Kadang-kandang di luar jangkauan dan tidak logik.  Jadi, mengapakah menyusahkan diri membuang masa berangan-angan, bercita-cita hendakkan sesuatu tetapi memang disahkan tidak mahu, tidak sanggup melakukan sesuatu.  Sekiranya diri memang sudah disahkan tidak sanggup, tidak perlulah membuang masa berkehendakkan sesuatu.
Mengapa agaknya tidak sanggup?  Antara puncanya adalah:
1.             Tidak percaya kepada diri sendiri.  Tidak percaya diri boleh melakukannya.
2.             Tidak tahu cara mencapai apa yang dihajati.
3.             Banyak bergaul dengan orang yang menjadikan tidak sanggup sebagai gaya hidup.
4.             Banyak menghabiskan masa di kedai kopi, bergaul dengan orang yang banyak cakap tetapi tidak pernah melaksanakan cakapnya.
5.             Terpengaruh dengan kata-kata dari kedai kopi, terutamanya susahlah ... dan mana boleh..
6.             Percaya kegagalan pada masa lalu menyebabkan kegagalan pada masa hadapan.
7.             Tidak percaya kepada jalan yang tersedia boleh membawa kepada matlamat.
8.             Kemahuan yang hanya sipi-sipi atau separuh-separuh.  Sepatutnya ia perlu, Pasti, mesti hendak.
9.             Banyak bertanya dengan orang yang tidak tahu atau lebih tepat lagi bertanya kepada orang yang bodoh tetapi berlagak pandai.
10.         Bertanya kepada orang yang dengki dan iri hati.
Orang yang berjaya sentiasa menghindari perkara-perkara negatif.  Sekarang orang yang berjaya menyukai dan tidak menghindari perkara negatif, pastinya mereka tidak berjaya.  Pastikan sendiri, lihat sendiri, pernahkan kita melihat orang yang berjaya lepak berjam-jam di kedai kopi?  Orang yang lepak di kedai kopi adalah orang yang gagal menepati maksud peribahasa:  “Burung yang sama bulunya terbang bersama”.   Tengok OBO adakah ia lepak di kedai kopi berjam-jam?
Kita perlu sanggup melakukan apa sahaja yang baik, yang diperlukan bagi mendapat apa yang kita hajati.  Maksud sanggup di sini ialah menyanggupi kesemua yang diperlukan bagi sampai ke matlamat kita.  Bukan menyanggupi sebahagian.  Mesti sanggup kesemuanya – 100 peratus.  Bahkan 99 peratuspun tidak boleh diterima.
Sebaik sahaja kita mengatakan sanggup di mulut dan dalam hati – terbukalah jalan-jalan dan kita memperoleh cara-cara yang kreatif bagi mencapai apa yang kita idamkan. Ingat, di mulut dan dalam hati. Jangan pula mulut mengatakan sanggup tetapi hati mengatakana tidak sanggup. Berdetik sedikit dalam hati mengatakan kurang sanggup atau ada sebahagian yang saya tidak sanggup, maka secara automatik matlmat kita lesap entah ke mana-mana.
Sejarah di seluruh dunia membuktikan, sejak dahulu, manusia yang mencipta nama adalah manusia-manusia yang sanggup melaksanakan apa yang diperlukan antara kita dan cita-cita kita.
Cita-cita Nabi Muhammad adalah memastikan Islam diterima dan berkembang.  Adakah beliau duduk di rumah sahaja? Beliau sanggup melakukan apa sahaja yang baik bagi memastikan Islam diterima dan berkembang. Sekiranya Nabi Muhammad tidak sanggup ataupun hanya menyanggupi sebahagian sahaja dan mengetepikan yang lain pastinya Islam tidak sampai kepada kita.  Kerana kita diwajibkan mengikut sunah Nabi Muhammad, maka kita perlu mempunyai kesanggupan sekiranya kita bermatlamat.
Inilah sebahagian daripada cara memperoleh kesanggupan:
1.             Jangan sekali-kiali bercita-cita terlalu besar kerana diri menjadi tidak percaya dan takut melaksanakan cita-cita itu.  Ini menyebabkan tidak sanggup.
2.             Jangan bercita-cita terlalu kecil kerana ini menyebabkan diri percaya kesanggupan tidak diperlukan.  Cita-cita yang terlalu kecil juga menyebabkan diri enggan bergerak.
3.             Sentiasa mengingatkan diri, setiap apa sahaja yang dikehendaki memang memerlukan kesanggupan.  Apa sahaja.
4.             Lebihkan bergaul dengan mereka yang suka bertindak dengan pantas.  Maksudnya mereka yang sudah berjaya.  Ini kerana mereka tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak mempunyai kesanggupan.  Tidak lama nanti, hasil daripada pergaulan, kita menjadi seperti mereka, insya Allah.
TIDAK ADA KOMITMEN
Yang berada dekat dengan tidak sanggup adalah tidak ada komitmen.  Komitmen bermakna berusaha sepenuh hati, melaksanakan apa yang diperlukan dengan penuh kesungguhan.  Komitmen juga memberi makna sebagai mengikat diri kepada matlamat.
Sekiranya tidak sanggup selalunya terjadi pada permulaan, tidak ada komitmen pula selalunya terjadi selepas melaksanakan langkah-langkah.
Bagaimana gambaran orang yang tidak ada komitmen?  Lebih kurang begini, selepas diterima bekerja, berangan-angan mendapat gaji yang banyak pada hujung bulan tetapi enggan pergi kerja.  Ataupun kadang-kadang sahaja pergi kerja.  Selebihnya lepak di rumah, lepak di kedai kopi ataupun lepak di rumah bomoh.  Sekarang kita perlu bertanya, bolehkan beliau mendapat gaji yang dicita-citakanya?
Jadi, tidak ada komitmen bersamaan dengan lepas tangan.  Tepatlah apa yang diperkatakan selalu, 
Sekiranya lepas tangan, terlepas segala-galanya.  Ada komitmen bermakna mengerjakan apa yang diperlukan bagi menjayakan apa yang dihajati.  Hendak ke seberang sana perlulah mempunyai momitmen supaya samapi ke seberang sana.  Perlu mengerjakan apa yang diperlukan bagi samai ke seberang sana.  Bukan lepas tangan ataupun berpatah balik ke kedai kopi.
Betapa ramai manusia di dunia ini yang tidak mempunyai komitmen atau komitmen mereka tidak penuh.  Kerana itulah mudah sahaja kita melihat orang yang gagal berbanding orang berjaya.  Syarat untuk kita menemui kejayaan dan bergelar orang berjaya adalah kita perlu mempunyai komitmen sepenuhnya, mengerjakan sepenuhnya apa yang perlu dikerjakan supaya sampai kepada matlamat,  Mengerjakan kesemuanya, bukan hanya sebahagian sahaja.
Ingat, kita hanya memperoleh apa yang kita usahakan sahaja.  Kurang usaha kita, kuranglah perolehan ataupun mungkin tidak ada langsung.  Lebih usaha dan komitmen kita maka Insya Allah Tuhan itu tidak pernah kejam kepada hambanya.  Sekiranya hambanya kuat berusaha, lebihlah perolehannya.
Soalan-soalan berikut perlu kita tanya kepada diri sendiri, jika kita enggan berkomitmen:
1.             Bolehkah saya memperoleh apa yang saya hajati sekiranya saya enggan mengerjakan apa yang diperlukan bagi sampai kepada apa yang saya hajati?
2.             Apakah yang selalu dikerjakan oleh orang yang berjaya sekiranya mereka bermatlamat?
3.             Adakah apa yang saya hajati dapat diperoleh secara automatik tanpa saya bekerja?
4.             Apa yang saya peroleh sekiranya melakukan komitmen?
5.             Apa yang tidak saya peroleh sekiranyta enggan melakukan komitmen?
Tidak Percaya
Bahkan orang yang percayapun kadang-kadang tidak dapat berjaya, apatah lagi sekiranya tidak percaya – memang mustahil dapat berjaya.
Ada 2 kepercayaan yang perlu kita terapkan di sini.  Pertama,  memberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi, penuh 100 % kepada diri.  Percaya diri sendiri dapat melakukan.
Ke 2, percaya sepenunya, 100o %. Apa yang diusahakan dapat mendatangkan kejayaan.
Paling penting, perlu dapat mewujudkan perasaan, tidak akan gagal.  Bagaimana perasaan kita, apabila kita melakukan sesuatu perkara dengan kepercayaan yang kita tidak akan gagal?.  Kita akan merasai perasaan yang luar biasa – seluruh perasaan, fizikal dan fikiran kita dipenuhi 100 % kepercayaan yang kita akan berjaya jalan yang kita kerjakan akan memperoleh kejayaan.  Kepercayaan begitulah yang perlu diterapkan ke dalam fikiran dan fizikal kita.
Apabila kita dapat menerpkan perasaan tidak akan gagal, kita akan memperoleh berbagai-bagai cara dan jalan bagi sampai kepada matlamat kita.  Sebaliknya, apabila kita percaya tetapi kepercayaan tidak sepenuhnya, segala jalan dan cara yang ada akan tertutup dengan sendirinya.  Lagilah apabila tidak ada langsung kepercayaan.
Begitulah pentingnya kepercayaan.  Kita sendiri dapat meneka apa yang terjadi sekiranya Nabi Muhammad tidak percaya kepada diri sendiri, tidak percaya Islam akan diterima dan berkembang.
Di Malaysia sendiri, orang yang berjaya adalah orang yang percaya kepada 2 perkara.  Percaya diri sendiri dapat melakukan, percaya apa yang dilakukan dapat membawa kepada matlamat.  Ini kerana kepercayaan mengandungi tolakan yang menolak fizikal dan fikiran.  Manusia tidak bergerak, enggan bergerak sekiranya tidak percaya.  Mengapa perlu melakukan perkara yang diri sendiri tidak percaya?  Kalaupun misalnya bergerak, pergerakan itu tidak mendatangkan apa-apa hasi kerana sepanjang perjalan asyik tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak percaya apa yang dilakukan dapat mendatangkan kejayaan.
Setiap kali mahu melakukan sesuatu kembalikan ingatan kita kepada kejayaan masa lalu.  Walaupn ia kecil tetapi ia adalah kejayaan.
Apa yang kerap terjadi, tersedia pilihan.  Malangnya, ia tidak boleh dipilih.  Ia terjadi secara automatik.  Sekiranya tidak percaya diri boleh berjaya secara automatik fikiran dan fizikal akan percaya yang diri dapat gagal.  Bahkan sekiranya kepercayaan hanya separuh-separuh, tidak sepenuhnya, ia akan bertukar menjadi – diri boleh gagal.
Mengapa tidak percaya?  Inilah sebahagian punca-puncanya:
1.             Sepanjang masa hanya mengingati kegagalan masa lalu.  Kegagalan masa lalu dibawa ke hari ini dan diserap masuk ke dalam fikiran dan fizikal .  Ingatan itu menguasai fizikal dan fikiran.
2.             Setiap kali mahu melakukan sesuatu, seluruh fisikal dan fikiran ditumpukan pada kegagalan masa lalu.  Gambaran kegagalan masa lalu lebih jelas, terang berwarna-warni, besar dan dekat.
3.             Meminta nasihat daripada orang yang tidak tahu.
4.             Tidak mengenali kelebihan, potensi dan nilai diri.  Didalam diri manusia tersedia berbagai-bagai kelebihan dan kekurangan.  Orang yang tidak percaya sentiasa menumpukan kepada kekurangan diri.  Sebaliknya, orang yang mahu memperoleh keperecayaan perlu lebih menumpukan pada kelebihan diri.
5.             Bertanya soalan yang salah.  Nampaknya lebih ramai yang bertanya dan tertanya-tanya sama ada di mulut ataupun dalam hati soalan seperti:  Sekiranya saya gagal bagaimana?  Mengapa tidak bertanya soalan:  Sekiranya saya berjaya bagaiman?
Apabila kita percaya, bermakna kita sedang memfokuskan apa yang dikehendaki bukan apa yang tidak dikehendaki.  Bagaimana kita pergi berbelanja?  Apakah kita memberi tumpuan kepada apa yang tidak kita kehendaki?
Apa faedahnya memberi fokus ataupun menumpukan kepada kejayaan?  Selalunya kita akan memperoleh, insya Allah, apa yang menjadi tumpuan dan fokus kita.
Sebaliknya apabila kita tidakpoercaya, fokus kita adalah kepada kegagalan.  Kita memfokuskan, mengharapkan kegagalan.  Apa yang diberi tumpuan, selalunya itulah yang diperoleh, insya Allah.,  Memfokuskan kepada kegagalan adalah sama berbelanja dengan membawa senarai produk yang tidak dikehendaki.  Apakah kita melakukan begitu?
Pada tahun 70 an sekumpulan lima orang murid yang agak bengap di dalam sebuah kelas disahkan oleh guru mereka: Kamu nanti tidak perlu hendak kerja apa-apa. Kamu hanya layak kerja sapu sampah sahaja.
Hari ini, 3 daripada murid yang dikatakan bengap itu sudah menjawat jawatan yang tinggi.  Seorang menjadi usahawan yang berjaya dan seorang lagi memang menjadi tukang sapu sampah.  Agak mengelikan hati, anak cikgu yang menghukum dengan kata-kata berbentuk takdir itu menjadi tukang sapu sampah selepas terlibat dengan dadah.
Daripada situ, kepercayaan memainkan peranannya.  Kelima-lima orang murid itu tidak percaya mereka akan menjadi tukang sapu sampah.  Mereka percaya, mereka tidak akan menjadi tukang sapu sampah.  Hanya yang percaya sahaja yang akhirnya menjadi tukang sapu sampah.  Daripada situ kita dapat tahu yang kita insya Allah akan memperoleh apa yang sebenarnya menjadi tumpuan.  Tumpuan atau fokus terbina daripada kepercayaan  apa yang dipercayai, itulah tumpuan dan fokus.
Ada beberapa cara bagi memperoleh kedua-dua kepercayaa – percaya diri dapat melakukan dan percaya dengan apa yang dilakukan:
1.             Setiap kali mahu melakukan sesuatu kembalikan ingatan kita kepada kejayaan masa lalu.  Walaupun ia kecil tetapi ia adalah kejayaan.  Ingati dengan gambaran yang dekat, jelas, berwarna-warni, besar dan sangat menarik perhatian kita.
2.             Bertanya soalan yang betul, apa kebaikan yang saya peroleh sekiranya melakukan ini?, apa cara yang boleh saya lakukan supaya saya memperoleh kejayaan?
3.             Apabila tidak melakukan apa-apa dan fikiran mula merayau mencari-cari kekurangan diri, segera matikan suisnya.  Buka suisnya kembali dan galakkan fikiran merayau bagi mengingati kejayaan-kejayaan masa lalu.  Kecil besar bukan ukuran.  Yang penting adalah kejayaan.
4.             Setiap hari, tanyakan soalan kepada diri sendiri, Mengapa orang yang berjaya dapat mencapai kejayaan, apa yang dapat saya contohi?
5.             Laksanakan tabiat cakap dan buat.
6.             Setiap hari berlatih hingga menjadi tabiat.  Latihannya adalah menerapkan satu perasaan tidak akan gagal.  Apabila perasaan itu menguasai kita, kepercayaan kita menjadi semakin kuat.
Tidak Ada Pendirian
Hari ini beliau sibuk mengatakan:  Ini bagus, esok beliau mengatakan:  Yang ini pula bagus.  Lusa, sudah monyok di kedai kopi.
Hari ini beliau mengatakan hendak buat ini, esok hendak buat itu, lusa hendak buat yang lain pula.  Hari ini semangat berapi-api, esok sudah seperti orang kalah judi ataupun seperti orang yang salah satu mata nombor ekor.
Sekiranya kita tidak berdiri di lantai yangt tetap, kita boleh jatuh di mana-mana sahaja.  Sekiranya kita tidak berpendirian tetap, kita tidak akan sampai ke mana-mana.  Sudah tidak sampai ke mana-mana, nama pula menjadi busuk.  Memang benar, orang yang tiak mempunyai pendirian adalah orang yang saedang mencipta nama yang busuk.
Hari ini puji bukan main, esok mengutuk habis-habisan, bukankah itu sedang menjemput nama yang busuk?  Contohnya, orang politik.  Hari ini beramai-ramai keluar parti memuji parti yang baru dimasuki.  Mengutuk habis-habisan parti yang dahulu dan memuji sampai ke langit parti sekarang.  Tidak lama kemudian, entah bagaimana, masuk balik parti yang dahulu.  Kembali semula memuji parti itu dan mengutuk parti yang baru ditinggalkan, yang pernah dipuji melambung.  Sesekali kita lihat mukanya muncul di televisyen, dengan sepatas kilat kita menutup televisyen kerana menyampah dengan orang yang tidak ada pendirian.  Sekiranya hendak ditinggakan, tinggalkang terus.  Sekiranya hendak kekal, kekalkan terus.  Rupanya dalam parti politikpun ada yang gila talak.
Kebanyakan kita engan mencari cara yang lebih baik kerana selesa dengan cara yang ada sekarang.  Yang kita terlupa adalah dunia ini sentiasa berpusing, meninggalkan kita di belakang sekiranya kita engan mencari cara yang lebih baik.  Tentu ada cara yang lebih baik.  Carilah.
Imbas kembali di sekeliling kita – orang yang tidak tetap pendirian adalah orang yang gagal.  Si anu yang tinggal di hujung sana itu dahulu bekerja kerni di pejabat daerah.  Gahnya kerja kerani bukan main lagi, mengalahkan kerja pegawai daerah.  Selepas itu berhenti, konon ceritanya mahu jadi kontraktor.  Sibuk ke hulu ke hilir mengusung gulungan kertas pelan.  kontraktor bangunan kononnya.  Tidak lama kemudian tukar jadi kontraktor landskap.  Halaman rumahnya penuh dengan bunga.  Selepas itu bunga-bunga sudah layu kerana mula menumpukan perhatian ke ladang selepas menonton televisyen melihat seorang artis terkenal di Barat kini menjadi petani moden.  Tidak lupa juga mengusung ke hulu ke hilir gulungan kertas,.  Pelan kebun, katanya.  Selepas itu tidak dengar caritanya lagi kerana kita berhijrah ke tempat lain.  Apabila balik kampung baru-baru ini kita terkejut melihatnya yang kini menjadi pemimpin pasukan kompang.  Tidak ketinggalan gulungan kertas di tangannya.  Kontrak bermain kompang, katanya.
Pendirian berkaitan dengan kepercayaan.  Kerana tidak percaya atau percaya akan gagal, maka dengan segera beliau mengubah pendirian, mengubah matlamat, mengubah jalan. Tidak ada pendirian juga berkaitan dengan cepat putus asa.  Apabila melakukan sesuatu, kemudian tidak menjadi, segera beliau mengantakan tidak boleh.  Semuanya tidak boleh.  Yang tidak boleh ialah buat sementara apa yang dilakukan, bukan semuanya.  Katalah yang tidak boleh dilakukan buat sementara adalah membuat batas, tidak pula seluruh industri pertanian dikatakan tidak boleh.  Hari ini gagal menyumbatkan gol, seluruh permainan bola sepak dikatakan tidak boleh.
Inilah salah satu sebab mengapa Allah melarang hambanya berputus asa.  Sejak zaman purba, orang yang berputus asa adalah orang yang merosakkan dirinya dan merosakkan siapa sahaja yang berada di sekelilingnya.  Apabila Allah menangguhkan pemberian, bukan bermakna Allah tidak memberi langsung.  Penangguhan dengan tidak memberi memang jauh bezanya.  Hari in gagal tidak semestinya pada masa hadapanpun gagal.
Kita boleh perhatiakan sendiri – orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang 80 peratus masanya habis di kedai kopi.  Kita yang berapi-api, bersemangat, apabila sampai di kedai kopi, kena siram air sejuk.  Balik rumah, pendirian yang mulanya padu sudah jadi longgar dan akhirnya terpaksa menukar pendirian.  Esokpun begitu, bahkan hari-haripun begitu.  Selagi bergiat di kedai kopi,  selagi itulah pendirian akan terus berubah hinggalah dikatakan sebagai orang yang tidak ada pendirian.
Perhatikan juga – orang yang tidak tetap pendirian adalah orang yang tidak percaya pada apa yang sedang dilakukan  Hari itu tanam pokok rambutan, apabila esok ke pasar tengok harga durian mahal, ditebasnya pokok rambuatan diganti dengan anak pokok durian.  Bermakna beliau juga tidak percaya yang pokok rambutannya suatu hari nanti dapat menghasilkan pendapatan sama ataupun lebih daripada durian.  Sekiranya beliau percaya, pasti beliau akan menjaga pokok rambutannya sehingga mengdatangkan hasil.
Tentunya orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang gemar meniru.  Benar, bangsa Jepunpun kaki meniru, tetapi meniru Jepun mendatangkan faedah kepada masyarakat seluruh dunia.  Apabila Jepun meniru, lahir benda yang baru, jauh berbeza daripada benda asal.  Motosikal yang berat, besar, mahal bertukar menjadi motosikal yang lebih ringan, mudah dikendalikan dan mampu dimiliki.
Tetapi, apabila orang yang tidak ada pendirian meniru, beliau sebenarnya sedang merosakkan dirinya sendiri.  Apa yang ditiru tidak memberi faedah, sebaliknya merosakkan.  Mengapa?  Sangat mudah – oleh kerana beliau kaki meniru, maka apa yang dibuat itu tidak pernah sempurna.  Belumpun sekerat jalan, kerana tidak ada pendirian, beliau meninggalkan apa yang dilakukan dan mula memasang mata dan telinga bagi melihat dan mendengar apakah yang boleh ditiru lagi.
Mengikut orang yang bijak – orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang kurang ilmu.  Kerana kurang ilmu ataupun tidak ada ilmu, beliau tidak tahu apa dan bagaimana melakukan sesuatu.  Kerana tidak tahu, pasti tidak ada kepercayaan.  Apabila tidak percaya, pastilah tidak ada pendirian.  Bagaimana hendak ada pendirian sedangkan diri tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukan?  Kerana itu jugalah, menuntut ilmu adalah komitmen seumur hidup.  Membaca buku yang bermutu adalah cara paling mudah mendapatkan ilmu.  Tetapi berapa ramaikah yang mahu membaca buku?  Oleh sebab itulah lebih ramai yang tidak ada pendirian.  Oleh sebab itu jugalah, lebih ramai yang gagal berbanding yang berjaya di bumi Malaysia dan seluruh planet ini.
Bagi menguatkan pendirian, ikutilah cara-cara berikut:
1.             Siapkan apa yang kita lakukan  Hanya apabila sudah siap sahaja kita dapat mengetahui sama ada kita berjaya ataupun gagal. Melakukan sesuatu secara sekerat jalan hanya merosakkan diri sendiri.
2.             Apabila melakukan sesuatu, lakukanlah dengan sepenuh hati.  Melakukan sekerat hati hanya menjadikannya sekerat jalan.
3.             Matlamat kita perlu jelas dan tepat.  Hanya sekiranya tahu apa sebenarnya yang dicari barulah mula mencarinya.  Mencari apa yang tidak pasti menjadikan diri tidak tetap pendirian.
4.             Jangan berputuas asa.  Sekiranya apa yang dilakukan tidak menjadi, tukar cara, tukar lagi, tukar lagi sehingga menjadi.
5.             Tidak ada kegagalan yang tetap selagi kita menganggap kegagalan adalah berbentuk sementara.  Sejarah di seluruh dunia membuktikan orang yang berjaya mengalami berbagai-bagai jenis kegagalan sementara.
6.             Anggap kegagalan sebagai maklum balas memperbetulkan arah dan tujuan kita.  Jangan anggap sebagai kegagalan.
7.             Jangan membentuk kumpulan manusia-manusia yang tidak ada pendirian.  Maksudnya, elakkan daripada bergaul dengan manusia yang suka berubah pendirian.  Sekiranya mereka suka berhimpun di kedai kopi – jangan asyik ke kedai kopi.
MENGHALA KE ARAH GAGAL
Apabila kita menghalakan fizikal dan fikiran ke arah kegagalan, bermakna kita sedang menjemut kegagalan dan juga kegagalan sedang menjemput kita.
Menurut pakar-pakar psikologi, kita memperoleh apa yang menjadi tumpuan.  Tumpuan boleh disamakan dengan harapan.  Sekiranya menumpukan kepada kegagalan bermakna sedang mengharap kegagalan.
Ada tambahan kepada menghala itu, iaitu ulangan  Biasanya menghala kepada kegagalan, tidak dilakukan sekali tetapi berulang-ulang, bahkan setiap hari hinggalah tidak lama kemudian, atas hasil usahanya sendiri, kegagalan menjadi kenyataan.  Kita memperoleh apa yang menjadi tumpuan – apa yang diharap-harapkan.
Orang yang menumpukan kepada kegagalan adalah orang yang pandai meramal dan ramalannya sentiasa tepat,  Bagi mereka, sebaliknya jangan buat apa-apa, duduk di rumah dan tunggu duit melayang masuk ke dalam poket  Mengapa?  Kerana mereka tahu mereka akan gagal, sekiranya tidak masakan meeka menumpukjan kepada kegagalan?  Sudah tahu akan gagal, buat apa hendak dibuat juga?  Bukankah lebih baik jangan buat apa-apa?
Oleh kerana mengarahkan ke arah gagal, seluruh fikiran hanya memikirkan gagal sahaja.  Tidak ada sedikit ruangpun dalam fikiran untuk kejayaan.  Fikiran dan fizikal saling berkait.  Fikiran memikirkan gagal, fizikal pastilah melakukan ke arah kegagalan.  Dan lagi, seluruh fikiran hanya memikirkan susah sahaja.  Fikiran dan fizikal diarahkan kepada susah.  Sekiranya itu yang diharapkan, bukankah berhak mendapat apa yang dikehendaki dan diharapkan?  Sekiranya susah yang diharapkan, susahlah jadinya.  Sekiranya gagal yang diharapkan, gagallah jadinya.
Jangan suka mengharap perhatian dan mengharap simpati.  Ini adalah cara yang berkesan mengarahkan fikiran dan fizikal kepada kegagalan.
Malangnya, ia tidak dilakukan sekali-sekala.  Mula-mla memanglah sekali-sekala, tetapi lama-kelamaan perasaan dan tabiat mengarahkan kepada gagal ini dilakukan berulang-ulang hingga menjadi tabiat.  Apabila menjadi tabiat – ia menjadi gaya hidup.  Ia menguasi dan berkuasa hingga akhirnya terpaksa menerima yang hidup untuk gagal.
Bukan diri sendiri yang menerima bahana.  Orang yang mendampingi, misalnya regu di kedai kopi, turut menerima bahana daripada sikap yang suka mengarah kepada kegagalan  Beliau membentangkan berpuluh-puluh sebab mengapa boleh gagal.  Semuanya daripada sudut pandangannya sendiri.  Elok sekali sekiranya kita tidak mendekati orang seperti itu.  Lebih elok sekiranya kita tidak seperti itu.
Selalunya, orang yang mengarahkan untuk gagal adalah orang yang pernah mengalami kegagalan.  Kegagalan masa lalu, walau kecil, dijadikan sebab, dijadikan alasan bagi mengarahkan kepada kegagalan.  Baru berfikir hendak melakukan sesuatu, secara serta-merta, fikiran dan fizikal diarahkan kepada kegagalan.  Di sinilah letaknya kesilapan.  Yang lepas memang sudah lepas, tidak ada kena-mengena lagi dengan masa hadapan.  Adakah kerana gagal pada masa lalu, akan terus gagal pada masa hadapan?  Berapa ribu kali pernah gagal?  Mungkin baru sekali.  Bandingkan dengan kegagalan yang pernah dialami oleh tokoh-tokoh yang terkenal seperti Ray Kroc, Colonel Sander, Bill Gates, Honda, Tan Chong dan lain-lain lagi.  Sebahagian besar daripada mereka pernah makan angin, kerana tidak cukup duit makan nasi. Pastinya mereka tidak dikenali sekiranya baru sekali gagal sudah mengatakan:  Sudah tamat ...  Sekiranya mereka mengarahkan kepada gagal, pastinya mereka terus gagal.
Adakah Nabi Muhammad mengarahkan fikiran dan fizikal beliau kepada kegagaan?  Adakah beliau berdakwah dengan berbekalkan akan gagal?
Bagi mengelakkan supaya tidak mengarahkan kepada kegagalan, ikutlah cara-cara berikut:
1.             Sentiasa menganggap, berharap diri akan berjaya.  Allah tidak pernah kejam kepada hambanya.  Bahkan syaitan, iblis, orang munafik, yang menderhakapun diberi rezeki, apatah lagi orang yang taat kepadanya.
2.             Setiap kali soalan:  Bagaimana sekiranya saya gagal? Timbul, segera tukar kepada:  Bagaimana sekiranya saya berjaya?  Dan apa yang perlu saya buat supaya berjaya?
3.             Setiap kali mahu melakukan sesuatu, resapkan perasaan sudah berjaya ke dalam fikiran dan fizikal.  Bagaimana perasaan kita apabila mencapai kejayaan, walaupun kecil pada masa lalu?  Bolehkah kita meresapkan perasaan itu ke dalam fizikal dan fikiran kita sepanjang melakukan sesuatu kerja?  Tentu boleh.
4.             Setiap kali fikiran cuba merayau memikirkan kegagalan, segera buat pergerakan mengejut – misalnya melompat, supaya ingatan itu terhenti.
5.             Hindarkan daripada mendengar lagu-lagu yang pilu, sedih, mengutuk diri dan kecewa.  Tahukah kita, lagu memberi kesan yang kuat kepada diri?  Lagu-lagu putus sharap dan kecewa, kuat pengaruhnya kepada diri, apatah lagi sekiranya lagu itu sentiasa didengar berulan-ulang dan terngiang-ngiang di telinga.
6.             Jangan suka mengharap perhatian dan mengharap simpati.  Ini adalah cara yang berkesan mengarahkan fikiran dan fizikal kepada kegagalan.
Banyak Penangguhan
Cuba imbas kembali, bemula dari pagi tadi, apakah kerja yang sudah kita tangguhkan dan berapa kali kita bertangguh?  Maksudnya kerja-kerja harian yang mudah.
Sekarang ingatkan kembali apa yang sudah kita tangguhkan itu.  Bagaimana rasanya?  Terbuku dalam dada?  Rasa tidak menentu?  Memang begitulah rasanya apabila ada sesuatu yang hendak dilakukan tetapi tidak dilakukan.
Sekarang, tutup buku ni sebentar dan lakukan apa yang hendak kita lakukan.  Lakukan apa yang kita tangguhkan sepanjang hari ini.  Lakukan satu per satu jika banyak penangguhan.
Bagaimana sekarang?  Ada rasa terbuku dalam dada?  Ada rasa gelisah dan rasa tidak menentu lagi?  Pastinya tidak ada lagi.  Rasa lapang pula.  Barulah boleh senyum.  Memang begitulah sebenarnya manusia.  Manusia resah gelisah, rasa terbuku dalam hati apabila berhajat melakukan sesuatu tetapi ada penangguhan.  Bertangguh itu memang merosakkan sistem badan.
Tetapi, tahniah diucapkan kepada kita sekiranya kita membuat penangguhan kepada perkara yang buruk.  Mugkin kita tergerak hendak bertemu kawan, boleh mengutuk dan mengumpat tatapi kita tangguhkan.  Bermakna kita terselamat daripada melakukan dosa.  Memang itu yang sebaik-baiknya – yang buruk perlu ditangguhkan.  Tetapi, malangnya ramai yang terlajak – yang baik ditangguhkan, yang buruk diteruskan, tanpa bertangguh.
Penyakit nantilah sebenarnya punca manusia bertangguh.  Mula-mula sekali, lama-kelamaan bertukar menjadi tabiat.  Apabila menjadi tabiat dan tidak terasa apabila bertangguh, dari hari menjadi minggu dan minggu menjadi bulan, tahun akhirnya terbentuk apabila umur sudah tua dan tidak mungkin dapat berpatah balik.  Apabila ditinjau semula mengapa hidup gagal – sahlah puncanya kerana suka berangguh.  Banyak bertangguh pada perkara yang baik.  Salah siapa? Tentulah salah sendiri.
Sekiranya tahu ada satu kumpulan yang kerap sangat bertangguh, jangan sekali-kali menyertai kumpulan itu.  Menghindari lebih mudah daripada mengubati.
Jadi, bagi menghindari penyakit suka bertangguh dan ditakuti menjadi tabiat, kita perlu menghapuskannya semasa masih kecil.  Janganlah kita tangguh perkara-perkara harian yang dianggap kecil itu.  Walaupun kecil, ia memberi kesan yang mendalam kepada diri kita.  Kesannya adalah, kita membina tabiat terus melakukan tanpa bertangguh.  Sebaliknya, apabila mengatakan nantilah kepada perkara-perkara yang kecil seperti membasuh pinggan, menulis surat, mengisi borang ataupun memotong rumput di laman, ia membentuk tabiat suka bertangguh.  Seperti perkara-perkara lain, selalunya ia bermula dari kecil, kemudian membesar.  Apabila nantilah kepada perkara kecil, pastinya nantilah juga kepada perkara yang besar.
Begitulah sebaliknya, sekiranya buat sekarang kepada perkara yang kecil, setiap hari, insya Allah tidak menjadi masalah apabila melakukan perkara yang besar.  Di sinilah pentingnya amalan harian.  Orang tua-tua selalu berpesan – biar buat sedikit tatapi buat hari-hari.  Biar nampak kecil tetapi sekiranya hari-hari melaksanakan lakukan sekarang, ia membentuk tabiat yang menguntungkan.
Kita sungguhnya tidak tahu apa akan jadi esok ataupun sesaat dari sekarang.  Jadi, kerana tidak tahu, mengapa pula boleh menyebut esoklah ataupun nantilah.  Orang yang menyebut begitu seolah-oleh tahu apa akan jadi sebentar lagi ataupun esok. Sebab itulah mereka dikatakan pandai meramal, boleh jadi bomoh temberang.
Sekali kita bertangguh, kita terus bertangguh dan bertangguh, sampailah suatu hari kita tersedar dan mahu beratah balik tetpai tidak mungkin boleh.  Nantilah, lepas raya,  Sesudah habis hari raya, ada lagi penangguhan  Nantilah lepas raya haji,  Nantilah lepas cuti sekolah. Lepas anak-anak sudah besar dan seterusnya.  Apabila sudah tua, tidak berdaya agaknya ada lagi penangguhan.
Rata-rata orang yang suka bertangguh orang yang sedang melepaskan peluang baik dan mungkin luar biasa.  Orang yang berjaya, apabila terlihat, terdengar peluang, segera diambil peluang itu kemudian dikerjakan sehingga mendatangkan hasil.  Beliau sanggup menentang arus dan tidak terpengaruh kepada cakap-cakap orang.  Sebagai contoh, pada tahun 40-an dan 50-an, siapalah yang hendak memandu kereta Jepun?  Malaya berbangga dengan kereta-kereta British.  Tetapi seseorang yang melihat daripada sudut lain percaya keadaan sekeliling tidak akan beku – bumi ini berpusing dan keadaan pada masa akan datang adalah berbeza  Beliau merebut peluang segera apabila syarikat Jepun menawarkan peluang mengedarkan kereta Datsun di Malaysia.  Hari ini siapa yang tidak kenal dengan Tan Chong – lelaki yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi tahu yang bertangguh adalah untuk orang yang gagal.  Tidak tahu membaca dan menulis bukan halangan mengambil segera peluang yang mungkin hanya datang sekali.
Ayam goreng makan begitu sahaja?  Bukankah ayam dimakan dengan nasi?  Peliknya.  Tetapi ingat yang pelik pada masa kini belum tentu pelik – pada masa akan datang.  Memang pelik pada tahun 1973, tetapi hari ini, begitu banyak restoran yang menghidangkan ayam goreng di Malaysia.  Ini benda apa?  Daging makan dengan roti?  Begitulah anggapan orang ramai sekitar tahun 70-an.  Berapa sen untung jual benda seperti ini?  Tetapi lihat sahajalah hari ini – burger sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita.  Jangan tanya berapa sen lagi, tanya berapa juta.
Sebenarnya masyarakat sekeliling mendidik kita supaya bertangguh.  Pengaruh sekeliling kuat.  Kita cepat terpengaruh kepada suasana sekeliling.  Contohnya, apabila ada pemimpin yang mengatakan:  Kerajaan tidak bercadang...Kerajaan sedang mengkaji  Mengkaji semula, sebenarnya pemimpin itu sedang mencari publisiti tatapi bahannya diterima oleh yang mendengar dan melihat.  Terikut-ikut   Dalam hati kita berkata, Sekiranya pemimpinpun bertangguh, mengapa aku tidak boleh bertangguh?  Dalam masyarakat Jawa Malaysia, ada satu perjumpaan istimewa iaitu kenduri – makan nasi ambang sebagai tanda kekuatan satu hati.  Tetapi di sebalik kebaikan ada tersembunyi keburukan.  Keburukannya adalah tidak menghormati masa yang lebih kurang sama dengan bertangguh.
Apabila seseorang menjemput ke kenduri, begini cara menjemputnya: nyampe ke salame Kaji Ngatimin, lepas Isyak jemput riko teko ngumah.  Enek kenduri sitik.  Ia bermaksud, Menyampaikan salamnya Haji Nagatimin, selepas Isyak beliau menjemput datang ke rumah.  Ada sedikit kenduri.  Selepas Isyak kita datang ke rumah Haji Ngatimin bagi makan kenduri.  Sekiranya kita tidak datang, bimbang nanti kena ceng iaitu kena pulau – lain kali kita buat kenduri, tidak ada orang datang.  Jadi, lihat semula, beliau mengatakan selepas Isyak dan selepas Isyak itu panjang – pukul empat pagipun selepas Isyak juga  Sejak mula lagi sudah salah.  Sebab itulah kadang-kadang dalam kenduri terpaksa duduk melangut, menunggu orang yang penting dan tidak penting datang satu per satu.  Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana selepas Isyak itu masa yang panjang – suka hati merekalah hendak datang pukul berapapun.
Oleh kerana kita tidak boleh berbuat apa-apa pada masyarakat di sekeliling, apa yang boleh kita buat adalah menghapuskan penangguhan yang ada dalam diri kita.  Ini perlu  dikuasai, jika tidak ia akan menguasai.
Jadi, inilah cara yangg mudah bagi menguasai penangguhan sebelum kita dikuasai olehnya:
1.             Berhenti daripada menggunakan perkataan:  Nantilah.  Bahkan hapuskan ia terus dari kamus hidup kita.
2.             Setiap kali tergerak hendak menyebut:  Nantilah, segera tukar, bingkas bangun dan katakan:  Buat sekarang.
3.             Sekiranya tahu ada satu kumpulan yang kerap sangat bertangguh, jangan sekali-kali menyertai kumpulan itu.  Menghindari lebih mudah daripada mengubati.
4.             Tutup telinga, tutup mata apabila kita terlihat ataupun terdengar sama ada pemimpin ataupun siapa sahaja mula bercakap sesuatu yangberbentguk penangguhan.
5.             Bagi matlamat pula, pastikan matlamat kita benar-benar menarik minat kita.  Matlamat yang tidak diminati hanya menyebabkan berangguh.
6.             Jangan sekali-kali bermatlamat sekiranya tidak dapat menerapkan bertindak sebaik sahaja selesai bermatlamat.
7.             Fahami, pelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamat kita.  Hanya apabila kita faham, barulah datang minat.  Kita akan bertindak segera pada perkara yang benar-enar kita minati.  Kita tidak akan bergerak menuju ke padang golf kerana kita tidak faham permainan golf.  Sebaliknya kita sanggup menunggu sepanjang malam dan pagi bagi melihat siaran bola sepak kerana minat kita yang mendalam pada bola sepak.
8.             Seboleh-bolehnya, biarlah minat itu datang daripada kehendak hati sendiri.  Sekiranya kerana terpaksa ataupun kerana hendak menjaga hati orang, memanglah tidak akan ada minat dan tentunya ada banyak penangguhan.
9.             Jangan hanya mengingati matlamat.  Ingat juga keperluan-keperluan semasa dan akan datang – apa akan terjadi kepada kita sekiranya tidak bertindak sekarang.
10.         Akhirnya tanyakan selalu kepada diri sendiri:  Sekiranya tidak sekarang, bila lagi?
Bagaimana yang dikatakan pasif?  Mudah sahaja.  Pasif selalunya dikaitkan dengan orang yang suka menyerah, tanpa sebarang tindakan.  Sekiranya bertindak, tindakannya itu berbentuk pasif.
Kita perlu tawakal.  Kita orang Islam kena berserah.  Itulah yang dikatakan tidak faham berkenaan Islam.  Nama sahaja Islam tetapi tidak faham dan salah tafsir berkenaan berserah dan tawakal.  Itulah akibatnya berfikiran sempit dan mendengar ceramah dariada ustaz-ustaz yang juga berfikiran sempit.  Bukan maknanya menghalang kita daripada mendengar ceramah agama – malah kita digalakkan mendengar ceramah agama,.  Cuma pastikan dahulu siapa yang memberi ceramah itu.  Ada yang mendakwa dirinya ulama.  Ada pula ustaz yang mencabul anak muridnya.  Macam-macam kerenah manusia – lain yang dikata, lain pula kelakuannya.  Harapkan ulama dan ustaz yang membimbing kita, rupanya merekapun terbabas.
Kita yang jahil inipun dapat mentafsir makna berserah dan tawakal.  Berserah, maknaya menyerah kepada Allah selepas kita berusaha mati-matian.  Kita berusaha dahulu kemudian kita serahkan kepada Allah.  Allah yang berkuasa menjayakan ataupun sebaliknya.  Ketentuan pada Allah tetapi usaha di tangan kita.  Sekiranya berserah begitu sahaja tidak perlulah Nabi Muhammad berusaha berhempas pulas menegakkan Islam.  Sekiranya berserah begitu sahaja, esok pagi berdiri di tengah jalan, tidak perlu lari ke tepi apabila datang kereta hendak melanggar.  Allah tidak pernah menyuruh hambanya pasif, menyerah kepada keadaan.  Bukan hak kita, berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha.  Bukan hak kita menentukan apa yang akan terjadi  Tetapi mengapakah ramai orang di kalangan kita yang mengatakan miskin dan gagal itu ketentuan hidup?  Dengan nada yang pasif mengatakan: Sudahlah memang ini kententuan hidup saya.  Dikatakan manusia jenis pasif tergolong dalam golongan manusia yang celaka.  Iaitu rugi didunia dan akhirat. Melainkan, kita tidak berhajat sesuatu di dunia dan akhirat, barulah kita boleh menjadi manusia yang pasif.
Tawakal pula, bagi kita yang jahil ini membawa maksud, berharap, menyerahkan bulat-bulat kepada ketentuan Allah sesudah kita berusaha bermati-matian.  Bukan tawakal namanya sekiranya tidak berusaha terlebih dahulu.  Bukan tawakal namanya sekiranya membiarkan kunci terletak di dalam kereta kemudian meninggalkan kereta begitu sahaja.  Itu kerja bodoh, bukan kerja orang bertawakal.  Bahkan Nabi Muhammad yang ada jaminan dilindungi Allahpun mengikat untanya terlebih dahulu, sebelum mengikut malaikat Jibrail melakukan Israk Mikraj.  Orang yang paling tawakal adalah orang yang paling kuat berusaha.  Pertolongan Allah selalunya datang selepas kita memainkan peranan kita. Kerana itu jika ada orang mengatakan:  Berserahlah, bertawakal, tanpa berusaha bermati-matian terlebih dahulu, kita boleh mengesahkan yang orang itu adalah orang yang paling pemalas.  Tawakal apa sekiranya dari pagi membawa ke petang asyik di kedai kopi?
Pasti juga orang yang pasif adalah orang yang lesu, lembik dan ada gangguan kesihatan.  ingat, fizikal mempengaruhi mental dan mental mempengaruhi fizikal.  Sekiranya fizikal pasif, fikiranpun jadi pasit – hanya memikirkan bagaimana bagi menjadi lebih pasif lagi.  Bukankah itu menyalahi cara Islam?  Islam menghenedaki penganutnya kuat cergas, bertenaga dan sihat.  Badan perlu tangkas dan cergas berulah akalpun tangkas cergas menghasilkan idea dan kerja-kerja yang memberi faedah kepada manusia-manusia lain.
Antara punca-punca menjadi pasif adalah:
1.             Menggunakan baasa-bahasa yang pasif setiap masa seperti:
Susahlah,
Entahlah,
Tidak apalah,
Birlah,
Tengoklah,
Tidak tahulah.
2.             Mengamalkan sikap tunggu dan lihat, tetapi malangnya tidak tahu apa yang ditunggu dan apa yang hendak dilihat.
3.             Tidak menjaga kesihatan hingga badan menjadi lesu, lembap dan tidak bertenaga.  Sepatutnya manusia menjaga kesihatan kerana kasihatan adalah anugerah Allah yang terlalu berharga.
4.             Terlebih rehat.
5.             Terpengaruh dengan keadaan hidup masa kini dan percaya itulah ketentuan hidup.  Memang benar itulah ketentuan hidup sekiranya enggan mengubah sikap dan terus pasif.
6.             Orang yang pasif biasanya orang yang pengecut.  Takut hendak melakukan sesuatu.  Inilah peliknya, belum memulakan sudah takut.  Lakukan dahulu, baru tahu berani ataupun tidak berani.  Pesan orang yang berani adalah – Buat-buat berani atau pura-pura berani – kita menjadi benar-benar berani.  Sekiranya orang yang buat-buat gila boleh menjadi benar-benar gila, tentulah sekiranya buat-buat berani boleh menjadi berani.
7.             Bolehlah dikatakan punca yang utama adalah bergaul dengan orang yang pasif, seterusnya membentuk kumpulan manusia pasif.
Apa sahaja yang kita kehendaki memerlukan kita menjadi manusia yang aktif.  Apa yang kita peroleh daripada menjadi manusia pasif?  Jawabnya adalah kegagalan dan kerugian.  Melainkan, kita tidak berhajat sesuatu di dunia dan akhirat, barulah kita boleh menjadi manusia yang pasif.
Bagaimana pula menjadi aktif?  Sudah tentulah dengan menukar sikap dan perangai yang pasif kepada aktif.  Sekiranya selam ini fizikal kurang bergerak, lebihkan menggerakkan fizikal.  Sekiranya selam ini fizikal hanya sampai di sekeliling kampung dan pekan berhampiran, luaskan horizon kita – pergi cari pengalaman melihat, mendengar dan merasai kehidupan orang lain di tempat lain.  Sekiranya selama ini fikiran hanya memikirkan benda-benda karut di sekeliling, luaskan pemikiran dengan membaca karya-karya terbaik.  Baca kisah-kisah kejayaan orang lain. 
Yang penting adalah kehendak yang lahir daripada hati kita sendiri – kita memang mahu menjadi aktif.
Susahlah
Seorang juruterbang akrobatik yang handal sejak akhir-akhir ini asyik membayangkan dirinya menjunam bersma kapal terbangnya.  Tidak lama kemudian, apa yang dibayangkan itu benar-benar terjadi.
Mengapa?  Kerana itu yang dikehendaki.  Oleh kerana fikiran dan fizikalnya sudah diprogramkan supaya jatuh terhempas.  Seperti yang sudah kita pelajari – kita memperoleh apa yang menjadi tumpuan, fokus dan harapan.
Ia jauh berbeza dengan motivasi letupan yang mengatakan apa-apa yang dimasukan ke dalam fikiran bawah sedar akan menjadi kenyataan.  Soalnya, ada yang membayangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hanya menjadi tukang tampal poster pilihanraya sahaja ataupun menteri di kedai kopi.  Soalannya, apabila fizikal tidak melakukan langkah pertama, tidak ada apa-apa yang terjadi.
Apabila ada orang yang suka sangat menyebut:  Susahlah...  kemudian kata-kata diresapkan ke dalam fikiran dan fizikal, kita boleh mengesahkan memang hidup orang itu susah dan gagal.  Sekiranya kerap mengatakan susah sebelum memulakan sesuatu kerja – memang susahlah yang diperoleh.  Mengapa?  Kerana beliau sendiri yang memprogramkan fikiran dan fizikalnya bagi menjadi susah dan gagal.
Orang yang suka mengatakan susah itu selalunya orang yang hendak senang sahaja.  Dialah orang yang paling tidak faham dengan rentak kehidupan ini.  Dalam hidup ini, apakah perkara yang paling senang?  Ramai yang menjawab:  Makan.  Makan bukan perkara yang mudah kerana kita terpaksa menyuap nasi ke mulut, mengunyah, menelan dan menyesuaikan dengan selera kita.  Mengata adalah perkara yang paling mudah di dunia ini.  Misalnya, buku ini ditulis dengan bersausah-payah, membuat kajian, duduk berjam-jam sehari di depan monitor, mengejar tarikh akhir, mengetepikan gangguan termasuk gangguan telefon yang seakan-akan tidak ada hentinya, memekakkan telinga apabila penerbit bertanya:  Sudah siap?  Menyemak apabila sudah siap, menggubal semula, menyiapkan reka bentuk dalam dan luar, membuat filem, plat, mencetaknya dan membuat promosi.  Apabila sudah siap di pasaran dan sampai ke tangan pembaca, dengan mudah sekali ada pembaca yang hanya perlu membuka mulut dan mangatakan:  Ini silap.  Ini tidak betul.  Ini tidak kena, itu tidak kena.
Jadi, susah itu takdir?  Apakah kita suka menyebut susah tergolong dalam golongan:  Saya ditakdirkan menyebut dan memprogramkan diri kepada susah.
Begitulah hidup ini – tidak ada yang terlalu mudah.  Pastinya tidak ada yang terlalu susah dalam hidup ini.  Pada pandangan kita piramid di Giza itu susah hendak dibina, tetapi mengapa akhirnya piramid itu berdiri tegak.  Susah memang susah tetapi sekiranya terlalu sudah memanglah mustahil dilakukan.
Allah lebih faham dengan manusia yang menjadi hambanya.  Oleh kerana faham dengan kekuatan, kelebihan dan kelemahan manusia.  Allah tidak pernah memberikan manusia lebih daripada yang termampu dipikul.  Memang benar, kita tidak perlu bimbang dengan perkara yang dikatakan terlalu susah.  Lakukan terlebih dahulu.  Rupanya, terlalu susah itu hanya rekaan kita sendiri.  Apabila sudah dilakukan, barulah disahkan ia tidak terlalu susah.  Sekiranya terlalu susah, pastinya tidak terpikul oleh bahu kita.  Ia mungkin susah tetapi tidak terlalu susah.  Oleh kerana kita yakin Allah hanya memberikan yang termampu sahaja kepada kita, jadi lakukan sahaja, walaupun terlalu susah pada pandangan kita.  Pasti kita mampu melaksanakannya kerana itu janji Allah.
Banyak bahayanya apabila suka menyebut:  Susah.  Walaupun perkara yang di depan mata itu senang, tetapi oleh kerana fikiran dan fizikal sudah diprogramkan supaya susah, maka tetap juga dicari bahagian yang mana yang susah – tetapi dicari-cari, dilihat-lihat daripada sudut susahnya.  Fikiran yang luas, dunia yang terbentang dari timur ke barat ini menjadi sempit, jalan yang banyak dikatakan sebagai tidak ada jalan.  Cara yang berbagai-bagai dikatakan sebagai cara sudah tidak ada.  Peluang bagi hidup senang dan berjaya memang sudah tidak ada kerana kita sudah memprogramkan diri sendiri bagi memikirkan daripada sudut susah.  Bolehkah menghasilkan lukisan mudah di atas kanvas sekiranya mencorakkannya dengan lukisan susah?
Jadi, susah itu takdir?  Adakah kita suka menyebut susah tergolong dalam golongan saya ditakdirkan menyebut dan memprogramkan diri kepada susah?
Hanya Menyelesaikan Masalah Semasa
Orang yang hanya menyelesaikan masalah semasa, terikat pada keadaan semasa.  Tidak ada ruang di dalam dirinya memajukan diri.  Akhirnya seperti biasa, hidup sentiasa gagal.
Tidak ada siapapun yang berani menafikan sejak menjelang alam kanak-kanak hingga ke alam barzakh, manusia sentiasa bergelumang dengan masalah.  Bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbit samula esok pagi, saban hari sehinggalah tamat riwayat bersambung semula dengan pelbagai masalah di dalam kubur.
Tepatlah seperti yang sering diperkatakan yang masalah adalah mainan hidup.  Benarkah permainan hidup ataupun hidup dimain-mainkan oleh masalah?  Kedua-duanya benar dan bergantung pada sudut pandangan.  Bagi manusia yang kuat masalah adalah permainan hidup dan bagi yang lemah, hidup dimain-mainkan oleh masalah.
Bagi yang menganggap sebagai permainan hidup, beliau tidak menganggap masalah sebagai malapetaka kerana ia umpama barang permainan.  Baginya segala masalah adalah maklum balas bagi mempertingkatkan keadaan hidup.
Tetapi agak malang bagi golongan kedua iaitu sepanjang masa hanya menyelesaikan masalah semasa sahaja.  Masa dihabiskan bagi menyelesaikan masalah semasa hingga membentuk satu lingkungan besi, diri terperangkap di dalamnya dan tidak terdaya menjangkau keluar.  Jadi, sepanjang masa hanya bergelumang di dalam lingkungan besi itu yang menyelesaikan masalah-masalah semasa.
Apakah masalah semasa?  Ia adalah masalah asas seperti tempat tinggal, makan, minum, pendidikan dan lain-lain masalah keluarga.  Memang masalah-masalah ini perlu diselesaikan setiap hari tetapi tidaklah seumur hidup hanya menyelesaikan masalah semasa sahaja?  Bagaimana dengan masa hadapan diri dan keluarga?  - Ia memerlukan usaha daripada pihak kita bagi mencorakkannya.  Bagaimana pula mencorakkan masa depan itu sekiranya hari ini, esok, lusa, sepanjang masa hanya bergelumang dengan masalah semasa?  Masa depan perlu dicorakkan ada hari ini.  Apa yang kita corakkan pada kanvas, itulah hasilnya.  Apa yang ada pada kanvas sekiranya hari ini tidak mula melukis?
Memang masalah yang muncul setiap hari dan juga masalah yang sedia ada perlu diselesaikan.  Namun, di samping itu, perlu memperuntukkan masa bagi membina masa hadapan.  Sekiranya masa dihabiskan bagi menyelesaikan masalah semasa, nampaknya masa depan semakin kabur.
Bolehlah diibaratkan seperti orang yang sedang berdayung sampan.  Sekiranya sepanjang masa hanya dsibuk menyediakan pendayung, membetulkan pendayung, menampal perahu, bila masa hendak berdayung?
Disamping menyelesaikan masalah semasa, mata perlulah tidak terlepas daripada matlamat masa hadapan.  Matlamat masa hadapan itu memerlukan peruntukan masa bagi dilaksanakan.  Jangan sekali-kali masa dihabiskan bagi menyelesaikan masalah semasa sahaja.  Apabila fikiran dan fizikal terikat pada matlamat yang benar di hadapan sana, sekalipun banyak masalah semada di hadapan mata, tetap peruntukkan masa bagi mencapai matlamat itu.  Sekiranya, tarikan pada matlamat itu tidak cukup kuat, hanya sekali-sekala sahaja diingati – kerana itulah masa dihabiskan bagi menyelesaikan masalah semasa sahaja.
Bahkan, selalunya, orang yang hanya menyelesaikan masalah semasa itu boleh dikatakan sebagai orang yang tidak mempunyai arah hendak dituju.  Sekiranya seseorang itu mempunyai arah hendak dituju, ditambah dengan tarikan yang kuat untuk sampai ke arah itu, beliau tidak akan terpedaya dengan masalah semasa.  Disamping menyelesaikan masalah semasa, beliau juga perlu berusaha bagi sampai ke arah tujuan.  Selayaknya manusia itu bergerak ke depan, bukan berhenti dan beku, apatah lagi berundur ke belakang.
Janganlah kerana masalah semasa, kita teraksa berhenti beku.  Sebaliknya, disamping menyelesaikan masalah semasa, kita perlu berusaha maju ke hadapan.  Bagaiman?  Sentiasa mempunyai arah.  Orang yang mempunyai arah tidak akan terpedaya dengan keadaan semasa.
Selalunya, masalah semasa dikaitkan dengan kewangan.  Tidak dinafikan masalah kewangan adalah masalah yang menyeksakan sekiranya wang dijadikann perkara utama.  Kata bijak pandai, wang penting tetapi bukan utama.  Bagaimanapun, kata bijak pandai, kita perlu berusaha memperoleh lebih daripada yang kita perlukan.  Mengapa?  Kerana inflasi sentiasa terjadi sepanjang hayat kita.  Bahkan kata mereka – dua perkara yang tidak dapat dielakkan adalah mati dan inflasi.  Apabila ada kemudahan, maksudnya apabila kita tidak mengalami masalah kewangan yang serius, kita tidak hanya terikat pada menyelesaikan masalah semasa sahaja.
Kita tidak dapat berbuat apa-apa pada keadaan masa lalu.  Yang perlu diberi perhatian serius adalah keadaan masa hadapan.  Sekiranya tidak, tentulah keadaan masa hadapan sama sahaja dengan hari ini – sepanjang hari, sepanjang tahun hanya bergelumang dengan masalah semasa.  Sekiranya hari ini kita tidak berbuat apa-apa bagi mengatasi masalah kewangan pada masa hadapan, percayalah, masalah kewangan pada masa hadapan akan lebih serius daripada hari ini dan masa lalu.  Kita sudah menduga, masa hadapan akan sama sahaja dengan hari ini – saban hari bergelumang dengan masalah semasa.
Disamping menyelesaikan masalah semasa, menyediakan sumber kewangan bagi masa hadapan dan hari ini, dalam masa yang sama juga kita perlu sentiasa mengingati arah tuju hidup ini.  Ingat matlamat, jadikan ia tarikan yang kuat untuk kita membebaskan diri daripada masalah semasa yang dihadapi sekarang.
Kurang Usaha, Usaha Sekali-sekala
Walau sehibat mana sekalipun matlamat kita, ia tidak lebih daripada sampah sekiranya tidak ada usaha mencapainya.
Berapa ramai manusia di dunia ini yang bermatlamat hebat tetapi akhirnya matlamat itu semakin jauh melayang ke langit kerana terlupa ataupun buat-buat lupa yang antara keadaan sekarang dengan keaddaan yang dikehendaki, di tengah-tengahnya adalah usaha.
Bahkan, ada kalanya yang berusahapun gagal mencapainya kerana usahasnya hanya sekali-sekala.  Orang yang berjaya selalunya adalah orang yang berusaha dengan gigih.  Mempunyai niat dan kemahuan yang kuat –mahu melihat usahanya berhasil.
Orang yang gagal tidak ada niat dan kemahuan yang begitu kukuh.
Orang yang gagal dan akan gagal selalunya mengatakan, Nantilah...
Berbeza dengan orang yang sedang menempa kejayaan – usahanya gigih.  Apabila apa yang dilakukan tidak menjadi, cepat-cepat beliau menukar arah, tidak jadi, tukar lagi sehinggalah kejayaan menjadi kenyataan.
Tetapi orang yang gagalpun selalu menukar arah – apabila apa yang dilakukan tidak menjadi, beliau menukar arah ke kedai kopi.  Seribu satu alasan – itu tidak kena, ini tidak kena.  Yang sebenarnya adalah beliau enggan bersusah payah, enggan berusaha.
Hasil kejayaan di muka bumi ini tidak pernah terjadi dengan sendirinya.  Dari zaman Nabi Muhammad hingga kini, tangan dan akal diperlukan bagi melihat, mendengar dan merasai hasil pada apa yang dicita-citakan.  Kata pepatah Melayu, Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek.  Sekarang, peribahasa ini perlu ditukar menjadi:  Yang gagal takkan automatik menjadi berjaya, yang miskin takkan automatik menjadi kaya.  Usaha berada di tengah-tengah antara kedudukan sekarang dengan kedudukan yang dikehendaki.  Tanpa usaha yang berterusan, akan kekal berada di situ, ataupun paling pasti, akan terus berundur ke belakang.
Usaha perlu berterusan, tetapi ingat, adalah kerja bodoh sekiranya berterusan melakukan perkara yang sama yang sudah disahkan tidak mendatangkan hasil.
Usaha terbahagi kepada dua:
1.             Usaha sekali-sekala.
2.             Usaha berterusan.
Sudah diakui di seluruh dunia, hasil yang diperoleh bergantung pada cara berusaha.  Cara menentukan hasil.  Ini bermakna sekiranya cara berusahanya sekali-sekala hasilnya pastilah sekali-sekala ataupun tidak ada langsung.
Sekiranya cara berusahanya berterusan, hasilnya akan terserah.  Ini adalah satu kepastian.  Selalunya begitulah.  Bagaimanapun, mengusahakan perkara yang sama, berulang-ulang selepas disahkan tidak mendatangkan hasil adalah kerja bodoh.  Usahakan – sekiranya masih tidak berhasil, tukar cara sehingga berhasil.
Menanam kangkung boleh dijadikann contoh menarik.  Selepas biji benih ditanam, ia perlu disiram.  Usaha menyiram perlu dilakukan setiap hari.  Sekali, dua kali, tiga kali menyiram memang tidak nampak apa-apa perbesaan.  Pada hari ketujuh menyirampun hanya satu dua putik keluar dari tanah.  Pada hari kelapan, kita melihat putik kangkung keluar merata memenuhi batas.  Sekarang, jikalah kita berhenti menyiram pada hari kedua selepas tidak melihat apa-apa perbezaan, bolehkah putik kangkung itu tumbuh?  Ataupun sekiranya hanya menyiram sekali-sekala, bolehkan putik kangkung itu tumbuh?  Kita perlu menyiramnya berterusan.
Apabila kita memecahkan batu, sekali, dua kali ketuk, memang tidak nampak apa-apa perbezaan.  Bahkan mungkin kali ke 100, masih tidak ada perubahan. Tetapi, pada kali ke 101, batu itu pecah. 
Sekarang, jika berhenti mengetuk batu itu pada kali ke 50, bolehkan batu itu pecah?  Dan sekiranya berterusan mengetuk di tempat yang sama, cara yang sama, bolehkah batu itu pecah?  Boleh dan tidak boleh.  Boleh, mungkin memakan masa yang lama, mungkin sehingga ketukan yang ke 200.  Mungkin juga tidak boleh pecah kerana jika kita melakukan perkara yang sama, kita mendapat hasil yang sama.
Ada sebab mengapa sesetengah orang enggan meneruskan usaha.  Punca yang paling utama adalah terlalu cepat membuat andaian.  Apabila apa yang dilakukan tidak menampakkan hasil yang segera, dengan segera juga beliau membuat andaian, apa yang dilakukan itu tidak menjadi.  Bayangkan apa terjadi kepada Islam sekiranya Nabi Muhammad membuat andaian begitu?
Cepat membuat andaian akan gagal memang hanya akan memperoleh kegagalan.  Andaian ini dibuat berdasarkan apa yang dilakukian belum menampakkan hasil.  Apabila andaian itu dibuat, bermakna kita sedang memprogramkan fikiran dan fizikal apa yang dilakukan akan gagal.
Kita boleh membuat andaian – iaitu dengan menterbalikkan andaian.  Sekiranya kita boleh mengandaikan apa yang dilakukan tidak berhasil, mengapa tidak kita menterbalikkannya, mambuat andaian apa yang dilakukan akan berhasil. Dengan menukar andaian itu, Insya Allah kita akan benar-benar melihat hasilnya.
Usaha perlu berterusan, tetapi ingat, kerja bodoh sekiranya berterusan melakukan perkara yang sama, yang sudah disahkan tidak mendatangkan hasil.  Melakukan perkara yang sama, mendatangkan hasil yang sama.  Ubah cara sekiranya perlu.
Tidak Menyukai Orang
Keadaan yang pelik.  Bukan setakat pelik, tetapi keadaan yang pasti menyebabkan kegagalan.  Mengapa ia pelik?  Kerana ia diibaratkan seperti memandang tetapi tidak melihat.  Beliau memandang sekeliling penuh dengan manusia tetapi beliau tidak menyukai.  Orang sebegini sepatutnya lebih baik duduk di dalam gua, supaya tidak terlihat manusia.  Tidak guna beliau dikelilingi dan melihat manusia kerana beliau tidak menyukai mereka.
Sekiranya kita seperti orang yang dimaksudkan, maka lebih baik kita segera menukar sikap – daripada tidak menyukai orang kepada sikap menyukai orang.
Tidak menyukai orang adalah sikap yang paling bahaya kerana manusia ini hidup di kalangan manusia lain.  Tidak ada kejayaan sekiranya kita tidak menyukai orang.  Alangkah ruginya hidup ini sekiranya tidak menyukai orang.
Tidak menyukai orang bermakna sedang menyekat rezeki, wang dan kejayaan daripada mendekati diri.  Dalam keadaan begitu bolehlah dikatakan sebagai Diri sendiri yang menyekat wang dan kejayaan daripada mendekat.  Memang benar dan tepat.  Kita perhatikan sendiri kehidupan manusia yang tidak menyukai manusia lain.  Kita dapat mengesahkan kehidupannya murung, gagal dan terpinggir.  Mukanya sentiasa sahaja masam.  Muka masam satu lagi petanda rezeki sedang berundur daripadanya, bukan sedang mendekatinya.  Kata orang tua senyuman menarik rezeki.  Masam muka menolak rezeki.
Manusia di sekeliling kita inilah yang membawa rezeki kepada kita.  Benar, Tuhan menurunkan rezeki dan peluang tetapi rezeki dan peluang itu tidak terus berada di depan pintu rumah kita.  Kita berusaha mencarinya.  di manakah kita berusaha?  Tentulah di kalangan manusia.  Jadi, bagaimana kita boleh berusaha di kalangan manusia, sekiranya kita sendiri tidak menyukai manusia di sekeliling kita?
Bagaimana caranya supaya kita menyukai orang?  Rasanya tidak ada cara yang lebih baik selain datang dari dalam diri sendiri –Ikhlas menyukai orang.
Keluarkan wang RM1 dari poket kita sekarang.  Ingati kembali, siapakah yang menyampaikan wang itu kepada kita?  Adakah ia terus masuk ke dalam poket kita?  Wang RM1 itu sebnenarnya sudah meniti beratrus-ratus bahkan beribu-ribu tangan sebelum sampai ke tangan kita.  Tuhan menurunkan rezeki dan rezeki itu berjalan dari tangan ke tangan sebelum sampai ke tangan kita.
Sekiranya kita tidak menyukai manusia di sekeliling kita bermakna kita sendiri yang menyekat rezeki yang sedang mendatangi kita.  Wang yang sepatutnya sampai ke tangan kita sudah terhenti kerana kita tidak menyukai orang yang menyampaikan rezeki ke tangan kita itu.  Sahlah, orang yang tidak menyukai orang lain, hidupnya dalam kegagalan dan terus gagal.
Bagaimana caranya supaya kita menyukai orang?  Rasanya tidak ada cara yang lebih baik selain datang dari dalam hati sendiri – ikhlas menyukai orang.  Itulah cara yang paling baik, ikhlas kita menyukai orang.  Selain itu, cara-cara berikut boleh digunakan:
1.             Tanyakan soalan:  Mengapa saya tidak menyukai orang?  Terus bertanya sehingga kita akhirnya tidak dapat menjawab dan memberi sebab mengapa kita tidak menyukai orang.  Kerana tidak ada sebab bagi tidak menyukai orang, pastinya yang tinggal adalah sebab:  Mengapa saya menyukai orang.
2.             Kurangkan kemudian elakkan bergaul dengan kumpulan manusia yang suka mengutuk dan mengumpat orang lain.
3.             Mula menghilangkan kerut pada muka dan kening yang membentuk imej manusia gagal.  Sebaliknya, serikan wajah dengan senyuman ikhlas mesra.
4.             Setiap kali mahu mencari kekurangan dan kesilapan orang lain, segera terbalikkan proses mencari itu.  Segera cari:  Apa kelebihan dan keistimewaan manusia di depan saya ini yang boleh saya beri perhatian.  Lakukannya sentiasa – dalam masa yang singkat kita akan mula menyukai manusia.
5.             Ada batasnya.  Jangan sekali-kali menyukai manusia yang disahkan kaki temberang, kaki pembelit, kaki cakap, kaki tipu, putar alam.  Lebih baik tidak menyukai manusia-manusia itu kerana berkawan dan menyukai manusia-manusia itu ibarat menyimpan ular di dalam poket.
6.             Memulakan terlebih dahulu.  Sangat penting bagi kita memulakan persahabatan terlebih dahulu.  Adakah lebih baik dan menguntungkan sekiranya kita memulakan terlebih dahulu berbanding dengan kita menunggu membina persahabatan.
7.             Setiasa semaikan benih-benih kemesraan dan kasih sayang dalam setiap pergaulan.
8.             Sentiasa sepanjang masa, mengingatkan diri menyebut kepada diri:  Saya memerlukan manusia di sekeliling saya.
Tidak ada manusia yang lebih malang selain manusia yang tidak disukai orang.  Bolehkah kita membayangkan bagaimana perasaan kita sekiranya kita tidak disukai orang?
Lebih malang lagi, manusia yang tidak disukai orang adalah manusia yang sedang hidup dalam kegagalan dan akan terusa gagal.  Tidak disukai orang adalah sama malang dengan tidak mempunyai orang.
Sekiranya kita tidak menyukai orang, kita perlu berbuat sesuatu pada diri kita.  Apabila orang tidak menyukai kita, tetap sama, kita perlu berbuat sesuatu pada diri kita supaya orang menyukai kita.  Apa yang perlu kita lakukan?
Pertama sekali kita perlu melakukanm pemeriksaan menyeluruh pada diri.  Apa yang berada dalam diri kita sehingga menyebabkan orang tidak menyukai kita?  Kedua, kita perlu sekali lagi membuat pemeriksaan menyeluruh kepada masyarakat sekeliling – mengapa mereka tidak menyukai kita?  Bagaimanapun kerana objeknya adalah diri kita, maka sebaliknya kita perlu membuat penyiasatan menyeluruh pada diri kita terlebih dahulu.
Punca utama orang tidak menyukai kita adalah kerana sikap.  Mungkin ada sebahagian ataupun keseluruhan ataupun sebahagian besar diri kita ini ada sikap yang menyebabkan orang tidak menyukai kita.  Antara sikap yang menjadi kebencian orang adalah:
1.             Mementingkan diri sendiri.  Memang sahlah, orang yang mementingkan diri sendiri akhirnya menyendiri.
2.             Perasan diri lebih pandai dan lebih segala-galanya.  Sikap ini secara automatik membentuk satu tembok yang memisahkan diri dengan orang lain.  Orang ramai benci dengan orang yang perasan.
3.             Muka tersorong-sorong.  Ini satu lagi punca mengapa orang bencikan kita.  Mendakwa diri sendiri lebih, menyorongkan diri sendiri di tempat yang tidak sepatutnya, sebenarnya adalah sikap yang menjadi kebencian orang.
4.             Cakap besar juga menjadi kebincian orang.
5.             Cakap tak serupa bikin juga dibenci.
6.             Hendak menguasai,baik dalam pergaulan ataupun percakapan adalah dibenci.
7.             Sentiasa hendah lebih, enggan lebih kurang ataupun bertolak ansur juga menyebabkan kebencian orang ramai.
8.             Busuk hati, dengki, iri hati yang merosakkan, kaki mengumpat dan tukang laga sentiasa dibenci orang.
9.             Sikap pemarah yang menjadi benteng memisahkan kita dengan orang lain.  Orang yang permarah hanya layak berkawan dengan syaitan sahaja.
10.         Ego yang tebal, menebalkan lagi tembok perhubungan dengan orang ramai.
Berikut ini adalah sebahagian daripada usaha kita supaya kita disukai orang ramai:
1.             Sekiranya masyarakat sekeliling jenis masyarakat yang pelik, tidak sesuai dengan diri kita, tinggalkan segera masyarakat itu.
2.             Terbalikkan proses –mana-mana perkara dan sikap yang tidak kita sukai pada orang lain, jangan amalkan perkara atau sikap itu.  Misalnya kita benci melihat orang masam muka, kita janganlah masam muka.  Sekiranya kita benci orang yang kedekut, janganlah kita kedekut.  Apa yang menjadi kebencian kita, itulah juga kebencian orang lain.
3.             Perbaiki keadaan hidup.  Adakah menjadi lumrah manusia di dunia ini – sekiranya kita berjaya kita disukai, ramai yang tersengih-sengih datang kepada kita.  Apabila kita gagal, ramai yang menyimpang apabila berselisih dengan kita.  Memperbaiki keadaan hidup daripada berbagai-bagai segi adalah komitmen seumur hidup.
4.             Menjaga nama baik dan reputasi yang baik adalah komitmen seumur hidup.
Orang Tamak Selalu Gagal
Selalunya, bahkan satu kemestian – orang yang tamak, semua hendak buat sendiri, semua hendak bolot sendiri, pasti beliau akan gagal.
Sekiranya kita bersikap begitu, segera, pada saat ini juga buang jauh-jauh sikap ini.  Sikap ini sekiranya menjadi pakaian, pasti tidak ada dolak-dalik lagi menyebabkan kita gagal.
Mulai hari ini juga, sikap tamak, semua hendak buat sendiri, semua hendak makan sendiri digantikan dengan:  Buat sama-sama, makan sama-sama, Sama rata, sama merasa.
Rezeki dan rahmat yang diturunkan oleh Allah adalah untuk semua orang.  Bukan untuk seorang dua sahaja.  Orang yang rajin berusaha memperoleh rezeki itu.  Orang yang berusaha lebih daripada orang lain akan menndapat lebih.  Hanya orang yang faham sahaja akan mengesahkan yang rezeki itu bukan untuk dirinya sendiri – ia umum, untuk semua orang.  Jadi mengapa perlu tamak?
Tamak juga dikaitkan dengan:  Hendak lebih daripada orang lain  Dalam satu-satu projek atau kerja yang sepatutnya, dikerjakan sama-sama,  makan sama-sama dipandang daripada sudut bagaimana saya hendak membolot  Bagaimana saya boleh dapat lebih atau semuanya milik saya.
Sekarang, sekiranya kita menjadi orang yang sama-sama menjayakan projek itu, apa tindakan kita?  Tentu sejak awal lagi kita keluar daripada projek itu.  Kita enggan bekerjasama, sedangkan kehadiran kita adalah penting – projek itu gagal,  orang yang tamak itu pun gagal.  Sekiranya mengamalkan kerja sama-sama, makan sama-sama tentunya peluang bagi kejayaan projek itu lebih cerah.  Apabila dalam kepala orang itu tidak tertanam rasa tamak, pastinya rezeki yang Allah turunkan dapat dirasai bersama-sama.  Orang tamak tidak sepatutnya tinggal di kalangan masyarakat.

Setiap kali terasa hendak bolot sendiri, katakan kepada diri sendiri:  Tidak boleh.  Saya bukan hendak menempa kegagalan.
Sikap tamak juga adalah sifat yang dibenci mnanusia.  Sekiranya kita tamak, kita hendak lebih, kita menekan dan memeras orang lain, mempergunakan orang lain bagi kepentingan sendiri, kita hendak lebih, kita hendak hidup seorang dan sekiranya boleh biar orang lain mati.  Pastinya kita akan dibenci orang.  Apabila kita dibenci orang, kita sendiri dapat meneka, apa pengakhiran hidup kita.  Betul!  Tidak lain tidak bukan kegagalan demi kegagalan menanti kita.
Andainya semua orang termasuk usahawan di Malaysia ini mengamalkan sikap kerja sama-sama, makan sama-sama pastinya lebih ramai yang kaya di Malaysia ini kerana perkara ini kurang diamalkan, kita melihat lebih ramai yang gagal dalam hidup dan perniagaan.  Apabila perasaan hendak bolot sendiri ini mempengaruhi kepala dan jiwa, kesannya bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada semua orang di sekeliling.
Kita imbas sekali lagi sejarah perjuanghan Nabi Muhammad.  Adakah Nabi Muhammad tamak, hendak bolot sendiri, menyebarkan ajaran Islam bersendirian?  Adakah beliau membolot semua ajaran Islam untuk dirinya sendiri kerana beliau tamak, hendak masuk syurga seorang diri?  Kita hanya membaca sejarah tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengkaji lebih dalam, enggan mengambil tauladan dan sempadan daripada perjuangan mulia Nabi Muhammad.
Hari ini kita sibuk mengatakan berkenaan teamwork – kerjasama.  Walhal teamwork sudah wujud pada zaman Nabi Muhammad saw.  Ia dikaji oleh Barat dan diamalkan oleh Barat, kerana itulah mereka lebih maju daripada kita.  Cara Nabi Muhammad memperjuangkan Islam adalah menggunakan kaedah teamwork, bukan beliau berseorangan.  Bukan juga dengan hanya beberapa orang.  Beliau tidak tamak, semua orang berhak memperoleh ajaran daripada beliau, asalkan mahu.  Semua orang yang mahu, memperoleh faedah daripada ajaran yang dibawa oleh beliau.  Kita memperoleh kejayaan sekiranya sentiasa mengamalkan teamwork, kerja sama-sama, sama-sama makan.  Jangan sekali-kali membenarkan rasa tamak dan hendak bolot sendiri menguasai fikiran dan fizikal kita.  Setiap kali terasa hendak bolot sendiri, katakan kepada diri siendiri – Tidak boleh.  Saya bukan hendak menempa kegagalan.
Apabila mengerjakan sesuatu projek, kerja ataupun apa sahaja kebaikan, tanyakan kepada diri sendiri:  Bagaimana caranya supaya saya boleh buat sama-sama dan makan sama-sama.  Apabila sudut pandangan dihalakan ke arah kerja sama-sama dan dapat makan sama-sama, kita sebenarnya sedang menema kejayaan.  Nama kita menjadi lebih harum.  Kita bertambah disukai.  Apabila kita disukai, dipercayai – peluang menempa kejayaan yang lebih besar adalah cerah.
Orang ramai hanya bekerjasama dengan kita sekiranya mereka memperoleh faedah.  Ini adalah sifat semula jadi manusia.  Tanpa faedah yang setimpal dengan usaha mereka, nampaknya mereka enggan bekerjasama dengan kita.  Itu yang perlu kita fikirkan.  Mereka ada harapan.  Apabila kita dapat memenuhi harapan mereka, harapan kita juga akhirnya akan terpenuh.
Kerja sama-sama, makan sama-sama, itulah moto baru hidup kita.
Kerana Wang Semata-mata
Wang hanya sekeping kertas, tetapi ia mempu mengubah emosi manusia.  Walaupun ia sekeping kertas tetapi ingat – ia adalah kertas yang bernilai.  Kita memerlukannya.
Memerlukan dengan mengutamakan adalah dua perkara yang berbeza.  Memerlukan bermakna kita perlukan wang itu untuk hidup.  Mengutamakan pula adalah sebaliknya iaitu hidup untuk wang.  Wang untuk hidup dengan hidup untuk wang adalah dua perkara yang berbeza.
Hidup untuk wang selalunya berakhir dengan hidup untuk gagal.  Wang untuk hidup selalunya berakhir dengan hidup untuk kejayaan.
Bukan bermakna tidak perlu mementingkan wang.  Perlu.  Memang wang penting – dari pagi hingga ke pagi esok kita memerlukan wang.  Bahkan dalam satu-satu masa sama ada kita menggunakan wang ataupun sedang membelanjakan wang.  Begitu kuat pengaruh wang dalam hidup kita.
Sekarang ini, walaupun kita sedang duduk berehat, wang tetap diperlukan –sedang kita berehat, bil-bil, ansuran-ansuran tetap berjalan.  Jadi dalam satu-satu masa, sama ada kita sedang membuat wang ataupun sedang menggunakan wang.   Hanya manusia yang bijak sahaja tahu menggunakan masa – sambil menyedari dalam satu-satu masa sama ada sedang membelanjakan wang ataupun sedang membuat wang.
Begitulah pentingnya wang.  Sekarang memerlukan wang, akan datang memerlukan wang yang lebih banyak.  Mengpqa lebih banyak?  Kerana keadaan berubah, suasana berubah.  Kerana adanya inflasi, apa yang cukup masa lalu, tidak cukup masa kini dan sangat tidak cukup pada masa akan datang.
Tetapi, walaupun ia penting, bahkan sangat penting, sekiranya difikirkan sebagai perkara yang utama – segala-galanya kerana wang, seluruh kehidupan ini akan rosak.  Wang penting tetapi bukan utama.  Banyak perkara lain yang lebih utama.
Yang penting di sini adalah anggapan.  Apabila beranggapan wang adalah utama, segala pergerakan adalah semata-mata kerana wang.  Hidup dikuasai oleh wang.  Cara yang salah.  Yang sebenarnya, kita menguasai wang, tetapi apabila segala-galanya kerana wang, kita dikuasai dan diperhambakan oleh wang.  Sekali kita menjadi hamba wang, selama-lamanya kita menjadi hamba wang.  Terbelenggu oleh wang memang sukar dilepaskan.
Apabila fikiran dan fizikal dikuasai oleh wang, manusia hilang pertimbangan.  Sebaliknya apabila menganggap wang itu penting tatapi bukan utama, fikiran dan fizikal dikuasai oleh akal.
Selalunya, apabila dikuasai oleh wang, satu soalan yang pasti setiap hari adalah:  Ada duit?  Sekiranya tidak mendatangkan hasil yang berbentuk wang, nampaknya berat sekali bagi bergerak.  Sesuatu perkara itu dilihat dari sudut wangnya terlebih dahulu.  Bukankah itu adalah jalan bagi menempah kegagalan?
Paling pasti, kerana hilang pertimbangan, halal dan haram ditolak ke tepi.  Yang penting adalah wang. Keberkatkan, halal, haram, semuanya tidak dipedulikan.  Bukankah itu akhirnya membawa kegagalan dan kerugian?  Rugi di dunia dan rugi di akhirat.
Bencikah kita kepada orang yang gila wang dikuasai oleh wang?  Bencikah kita kepada orang yang segala gerak langkahnya semata-mata kerana wang?  Sekiranya kita benci, bermakna kita dibenci sekiranya bersikap begiktu.  Jadi, lapangkan fikiran kita – hapuskan anggapan lama yang wang itu utama.  Penuhi fikiran dan fizikal dengan anggapan baru yang wang itu penting tatapi bukan utamk.
Apabila segala-galanya kerana wang, segala-galanya akan hancur.  Sejarah membuktikan, kelompok bangsa ataupun individu yang hidup - semata-mata kerana wang, dikuasai oleh wang akhirnya mengalami kehancuran.
Lambatlah
Orang yang suka menganggap dan menyebut:  Lambatlah .. adalah orang yang gagal.  Baginya, semua hendak cepat sedangkan kebanyakan kejayaan perlu dibina – ia memakan masa.
Adalah mustahil membina kejayaan dengan cepat.  Maksudnya kejayaan yang mahal kerana kebanyakan kejayaan yang cepat adalah kejayaan yang murah.  Kejayaan yang murah adalah kejayaan yang tidak mempunyai asas.  Ataupun kejayaan yang dibina di atas asas yang rapuh.  Hampir semua jenis kejayaan yang dibina di atas asas yang rapuh berakhir dengan kegagalan yang menyakitkan.
Jadi, lain kali, apabila kita mahukan kejayaan yang cepat – segera ingatkan diri sendiri apa yang sedang kita cari adalah kegagalan, bukan kejayaan.  Apabila hendak cepat, tergesa-gesa, banyak keburukan yang terjadi.  Kerana itulah, selalunya kita melihat bagaimana orang yang tiba-tiba kaya, tiba-tiba pula menjadi miskin kembali.
Orang yang hendakkan kejayaan yang cepat selalunya tidak pernah mementingkan kualiti.  Masakan dapat memikirkan kualiti kerana seluruh fikiran ditumpukan kepada hendak cepat.  Bukan setakat kualiti, halal haram pun terpaksa tolak ke tepi kerana dikatakan:  Itu melambatkan saya bagi berjaya.
Berbeza  dengan orang yang tidak pernah merungut Lambatlah....  Beliau mengusahakan dengan tekun, disamping tidak pernah melupakan tentang kualiti.
Lambat ataupun cepat bukan ukuran, yang penting usaha saya mendatangkan hasil, Katanya.  Akhirnya, apabila apa yang disuasahakan mendatangkan hasil ia adalah hasil yang begitu hebat kerana ia hasil yang berkualiti, ada tapisan halal dan haram.  Kejayaan yang padu, insya Allah berpanjangan.  Bukan kejayaan hendak cepat – tidak ubah seperti belon – kosong melayang-layang.
Teruskan usaha jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang,  Biarlah orang mengatakan cara awak ini lambat.  Pedulikan sahaja, kita menjalani hidup kita, bukan kehidupannya.
Bukan maksudnya di sini menjadi manusia pasif.  Yang penting di sini adalah usaha berterusan dan memikirkan tentang kualiti.  Segala-galanya berkualiti  Bukan lambatpun tidak apalah, tetapi berusaha dengan gigih tanpa memikirkan hendak cepat.  Sekiranya fikiran dan fizikal sudah diset lambatpun tidak apa, pastinya lambatlah akhirnya.  Apa yang penting adalah, mengusahakan tanpa memikirkan hendak cepat dan bukan juga hendak lambat-lambat.  Sepanjang masa mengusahakan, hanya memikirkan tentang kualiti sahaja.  Segala-galanya berkualiti, barulah insya Allah melahirkan kejayaan yang berkualiti.
Memang sifat semula jadi manusia adalah hendak cepat.  Tetapi malangnya keinginan dan sifat itulah yang membawa kepada kegagalan.  Andainya kita dapat melupakan sifat semula jadi itu dan memberi tumpuan kepada kualiti sambil menghapuskan anggapan hendak cepat ataupun lamabat-lambat, insya Allah, kita memperoleh kejayaan yang berkualiti.
Jadi, bagi menghindari punca kegagalan ini, inilah sebahagian caranya:
1.             Lupakan sama sekali soal hendak cepat.
2.             Lupakan juga anggapan biar lambat-lambat.
3.             Sentiasa memikirkan tidak lain daripada kualiti.  Fikirkan kualiti, masukan kualiti dalam setiap usaha kita, sama ada usaha kita itu kecil ataupun besar.
4.             Teruskan usaha, jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang.  Biarlah orang mengatakan:  Cara awak ini lambat.  Pedulikan sahaja, kita menjalani hidup kita bukan kehidupannya.
Sekiranya kita masih ragu-ragu berkenaan hendak cepat ini, sekali lagi imbas kembali sejarah perjuangan Nabi Muhammad.  Berapa lama Nabi Muhammad berjuang?  Apa hasilnya?  Bagaiman kesan perjuangan  beliau?  Padu ataupun longar?  Berpanjangan ataupun sementara.
Tersilap Landasan
Ada seorang lelaki yang jahil tetapi ego.  Beliau pergi ke utara dengan menggunakan keretapi.  Kerana letih, beliau tertidur sepanjang perjalanan.  Apabila keretapi sudah sampai ke destinasi, beliaupun terbangun dan turun dari keretapi.  Beliau memandang sekeliling:  Ini bukan stesen Butterworth.  Memang bukan kerana keretapi itu sudah sampai di Johor Bahru.
Satu kesilapan yang kecil – kesilapan menaiki keretapi yang salah, akhirnya membawa perubahan besar.  Tujuannya ke utara tetapi sampai ke selatan.  Landasan yang salah membawa ke destinasi yang salah.  Sama seperti mahu menjadi askar tetapi memohon kerja menjadi polis.
Setujukah kita, apa sahaja keadaan  hidup pada masa kini adalah hasil pilihan kita sendiri pada masa lalu? Walaupun ada yang mengatakan:  Saya dipengaruhi.  Bukan pilihan saya.  Benar dipengaruhi, tetapi akhirnya kita memilihnya.  Kerana itulah pelari pecut selalu mengatakan:  Permulaan yang betul membantu kemenangan.  Kata-kata motivasi lama adalah:  Tidak kiralah apa permulaan kita, yang penting adalah pengakhiran, adalah salah.  Walau apapun keadaan hidup kita masa lalu, pilihan kita mencorakkan kehidupan kita pada hari ini – begitulah yang sebenarnya.  Jadi, walaupun kehidupan kita pada masa lalu adalah miskin, tetapi pilihan kita adalah menjadi kaya kemudian berkomitmen melaksanakan pilihan itu, insya Allah, kita boleh menjadi kaya.  Sekiranya miskin tetapi memilih terus hidup miskin, maka miskinlah kesudahannya kerana pilihan menentukan corak.
Kita tentu biasa melihat iklan Adidas yang berasal daripada Adi Dassler, nama pencipta kasut Adidas, dari Jerman, sepanjang Piala Dinia France 98.  Dalam iklan itu ditayangkan bagaimana dua beradik ataupun mungkin dua sahabat karib akhirnya menjadi pemain bolasepak adalah kerana memilih sejak kecil bagi menjadi pemain bolasepak.  Pilihan yang tetap, komitmen yang berterusan, tidur dengan kasut bola, pergi sekolah dengan kasut bola.  Hari Raya memakai kasut bola, menggunakan kertas yang digumpal-gumpal dan diikat untuk dijadikan bola akhirnya membawa ke destinasi yang tepat.
Kita memilih berjalan kaki ke kedai, maka akhirnya kita sampai ke kedai dengan cara berjalan kaki.  Kita memilih menaiki kereta, maka cepatlah kita sampai ke kedai.  Apa yang kita pilih di kedai, itulah barang yang kita bawa ke rumah.
Bolehkah kita sampai ke hilir sekarang kita berdayung ke hulu?  Apabila kita tidak dapat menjawab soalan peperiksan adalah kerana kita memilih tidak mengulang kaji pelajaran pada masa lalu.  Hari ini, penagih-penagih dadah yang berulang-alik ke pusat serenti adalah memilih menagih dadah.
Bagi sampai ke penghujung sana, kita memerlukan landasan.  Tanpa landasan, kita tidak mungkin sampai ke hujung sana.  Landasan yang tepat boleh membawa kita ke destinasi yang tepat – sama seperti kes menaiki keretapi tadi.  Sekiranya lelaki tadi tidak jahil tentulah beliau tidak tersalah destinasi.  Sekiranya beliau dapat membuang egonya, bertanya kepada orang di situ, pastinya beliau tidak tersalah destinasi.
Landasan – berbagai-bagai landasan boleh kita pilih.  Soalnya adakah landasan itu boleh membawa kita ke destinasi kita?  Inilah yang kita ketahui kerana tersilap landasan, kita akhirnya gagal.
Sebagai conbtoh, Ray Kroc boleh dijadikan model bagaimana landas dan yang tepat boleh membawa destinsi yang tepat.  Ray Kroc adalah pengasas sistem francais McDonald.  Ada Pakar motivasi karut mengatakan beliau adalah pengasas McDonald.  Sebenarnya beliau adalah pengasas sistem francais McDonald.  Sebaliknya, pengasas McDonald adalah adik-beradik Dick dan Mac McDonald.
Sebelum itu, Ray boleh dikatakan sebagai orang yang tidak berjaya dalam hidup – baginya landasan sebagai jurujual peralatan minuman adalah landasan yang kurang tepat atau salah.  Hinggalah usia 57 tahun, barulah beliau menemui landasan yang tepat – sistem francais.  Landasan yang tepat membawa ke destinasi yang tepat. Ray Kroc menjadi jutawan dalam masa yang begitu singkat.  Ini kerana Ray sangat mementingkan kualiti.  McDonald bukan sahaja bertahan tetapi berkembang ke seluruh dunia, memberi faedah dan pekerjaan kepada berpuluh ribu manusia.
Bagi mengetahui apakah landasan yang paling sesuai supaya kita boleh membuat pilihan yang tepat adalah:
1.             Pertama sekali ketahui apa destinasi kita?  Di mana kita berada akhirnya?  Tempat yang kita ingini?  Jumlah kejayaan yang kita ingini?
2.             Selepas mengetahui dengan tepat destinasi kita, tanyakan soalan:  Adakah apa yang saya lakukan ini boleh membawa saya ke destinasi?  Tanya terus sehingga kita memperoleh apakah pekerjaan yang boleh membawa kita ke destinasi?  Misalnya, sekiranya kita makan gaji dengan gaji sebanyak sekian-sekian, bolehkah kita menjadi jutawan?  Sekiranya boleh, teruskan.  Sekiranya tidak boleh, apa yang perlu dilakukan?
3.             Kita berniaga emas, mendapat emas.  Berniaga kacang mendapat kacang.  Benar-benar pastikan apakah landasan yang paling sesuai?  Berniaga pasar malam tidak mungkin boleh menjadikan kita jutawan.  Cukup makan bolehlah, tetapi jutawan terasa sangat janggal.  Tetapi sekiranya sementara sebagai batu loncatan bagi mengumpul modal, tidak mustahil.
4.             Tetapkan masa yang paling sesuai.  Seseorang pernah berkata:  Semua matlamat adalah realistik, yang tidak realistik adalah masa yang diperuntukkan.  Kata-kata ini kurang tepat.  Tidak semua destinasi kita realistik.  Menjadi Sultan tidak realistik sekiranya kita bukan keturunan Sultan.  Mendarat di bulan tidak realistik sekiranya kita tidak meminati astronomi.  Jadi, pilih destinasi yang realistik ditambah dengan tempat masa yang juga realistik ditambah dengan tempoh masa yang juga realistik.  Menjadi jutawan pada tahun depan tidak realistik sekiranya hari ini kita asyik berulang alik ke kedai kopi.  Menjadi realisatik sekiranya kita asyik berulang alik ke bank memasukan wang
5.             Pastikan landasan itu benar-benar menarik minat.  Tanpa minat kita akan banyak mengeluarkan alasan bagi tidak meneruskan usaha.  Sekiranya kita minat tetapi kita tidak tahu – pelajarinya.
6.             Sentiasa membuka mata dan telinga untuk belajr.  Baca kisah-kisah kejayaan berkenaan tokoh yang kita minati.  Pelajari apa landasan yang mereka gunakan untuk sampai ke destinasi mereka.
7.             Tanya kepada manusia yang jujur.  Cadangan daripada mereka, keputusan di tangan kita.
Kita beruntung kerana hidup kita di dunia ini tersedia berbagai-bagai jenis pilihan.  Cuma, pastikan kita membuat pilihan yang tepat.  Pilih hanya landasan tepat yang dapat membawa kita ke destinasi yang kita kehendaki.
Personaliti Buruk
Personaliti buruk boleh dikatakan, tidak sedap mata memandang.  Oleh kerana tidak sedap mata memandang, kehadirian nampaknya kurang disenangi.
Daripada mata turun ke hati.  Mata memandang, hati menyukai.  Bukankah disukai orang itu pembuka jalan kejayaan?  Itulah inti sari personaliti.  Kita perlu membina personaliti yang menarik.  Peronaliti yang menarik membantu kita dalam pergaulan.
Personaliti bukan setakat penampilan ataupun pakaian sahaja.  Ia merangkumi luar dan dalam, zahir dan batin.  Selalunya apa yang berada dalam batin, terpancar pada zahir.  Jadi, walaupun zahir nampak baik tetapi di dalam kurang baik, kebaikan di luar akan ditenggelamkan.  Personaliti yang baik adalah – memberi tumpuan kepada penampilan di luar dan dalam.
Antara lain yang membentuk personaliti kita adalah:
1.             Pakaian dan cara kita berpakaian.
2.             Kerapian rambut bagi lelaki dan kerapian penutup kepala bagi wanita.
3.             Sikap.
4.             Cara bercakap dan apa yang dicakapkan.
5.             Wajah.
6.             Senyuman.
Kita mulakan dengan bahagian paling atas iaitu rambut.  Rambut dapat mengubah pandangan orang pada seluruh penampilan.  Maksudnya – sekiranya pakaian kita mahal berjenama, kemas, menarik tetapi rambut kita tidak kemas, maka seluruh penampilan kita tidak kemas.  Sekiranya penutup kepala bagi wanita tidak kemas, sekalipun berbaju sutera yang termahal – tetap juga seluruh penampilan itu tidak kemas.  Jadi, apabila menampilkan diri, beri perhatian paling serius pada penampilan rambut ataupun penutup kepala.
Kita turun ke bawah iaitu pada muka.  Muka membentuk wajah.  Biar apapun bentuk muka kita, sewajibnya kita bersyukur kepada Tuhan.  Setiap kurniaan Tuhan adalah yang terbaik.  Cantik tidak cantik, lawa tidak lawa, bukan kehendak kita.  Yang penting Tuhan mengurniakan kita muka.  Setiap kurniaan Tuhan perlu dihargai dan dijaga dengan baik.
Selalunya apa yang tersirat pada wajah adalah apa yang tersirat dalam hati.  Sekiranya hati berduka, wajahpun mendung sahaja.  Begitu juga sekiranya gelisah, suka, riang, menyampah, semuanya tergambar pada wajah.  Begitu juga sekiranya di dalam hendak mengenakan orang, hendak membelit, semuanya terpancar pada wajah.  Sekiranya daripada dalam adalah ikhlas, terpancarlah keikhlasan pada wajah.  Orang kata, kita boleh menipu dengan senyuman tetapi kita tidak boleh menipu melalui mata.  Wajah adalah cermin dari dalam diri dan mata adalah cermin utama pada wajah.  Bahkan, semakin lama kita bergaul dengan orang ramai daripada pelbagai personaliti, lama-kelamaan kita boleh melihat niat dan dalam diri seseorang hanya melalui mata sahaja.  Daripada mata seseorang, kita mengetahui sama ada beliau pembelit, putar alam, ikhlas dan sebagainya.
Menyentuh berkenaan senyuman, orang kata, sekiranya kita senyum, bibir melengkung ke atas, itulah tandanya sedang menadah rezeki.  Tetapi sekiranya kita masam muka, bibir melengkung ke bawah, itu tandanya rezeki yang turun terus ke bawah – melepas.  Oleh itu, senyumlah selalu.  Jangan kedekut dengan senyuman.  Senyuman, selain dapat membentuk personaliti yang baik, ia juga dapat menarik rezeki.  Yang penting di sini, bukan senyuman sinis tetapi senyuman yang ikhlas kerana kita gembira bertemu dengan manusia di depan kita.  Ataupun jauh lebih baik sekiranya senyuman itu diniatkan sebagai sedekah.
Wajah yang berpersonaliti buruk adalah wajah yang tidak dijaga dengan baik dan ditambah dengan masam muka sepanjang masa – Wajah manusia yang gagal.  Wajah adalah kepunyaan kita, jadi janganlah diri kita sendiri yang menghalang kejayaan untuk kita.
Turun terus ke bawah adalah badan kita yang perlu ditutupi dengan pakaian yang sesuai dengan keadaan.  Badan yang ditutupi itu perlulah sihat bertenaga  Orang yang berjaya kelihatannya senntiasa riang.  Bolehkah seseorang itu riang senyum mesra sekiranya tubuh badanya tidak sihat.  Cantikkah berpakaian sekiranya perut buncit kerana terlebih makan dan kurang bersenam?  Bentuk badan yang cantik, dapat membentuk personaliti menawan hanya diperoleh sekiranya menjaga pemakanan dan senaman menjadi amalan.
Ada kebenaran apabila ada ungkapan:  Pakaianlah yang membentuk lelaki.  Jadi, sesungguhnya pakaian adalah pelaburan.  Sejenis pelaburan bagi menarik kejayaan melalui personaliti yang menawan.  Ada orang yang suka memakai pakaian yang berjenama – tidak mengapa sekiranya mampu.  Bagaimana sekiranya tidak mampu?  Memadailah memakai pakaian yang berkualiti kemas, bersih, sesuai pada tempat dan sesuai daripada segi warna.  Adalah mustahil memakai pakaian jean dan kemeja T ataupun baju belang-belang seperti harimau apabila berurusniaga.  Sekiranya berurusniaga di pasar malam ataupun di pasar borong, bolehlah.  Tetapi sekiranya di Pejabat, perlulah memakai baju berwarna lembut dan cerah dan seluar berwarna gelap, lengkap bertali leher.
Sukakah kita melihat orang yang berpakaian kemas?  Sekiranya kita suka, bermakna orangpun menyukai kita apabila kita berpakaian kemas.  Sehubungan dengan itu, bagi mengetahui bagaimana cara berpakaian yang menarik, kita perlu melihat kepada seseorang yang mempunyai peresonaliti menarik dan memerhatikan cara beliau berpakaian.  Tiru sahaja.
Bagaimana pula cara kita berpakaian?  Sederhana, perlahan, meleret-leret ataupun  melaung-laung?  Orang yang berpersonaliti, cara percakapannya sederhana, tidak terlalu lembut dan tidak kasar.  Bercakap apabila perlu sahaja ataupun apabila dikehendaki bercakap.  Bukan bercakap perkara yang karut-marut tetapi bercakap perkara yang ada isi dan cakapnya itu diperlukan.
Akhirnya pergaulan.  Pergaulan kita sehari-hari membentuk personaliti kita.  Ini kerana kita manusia gemar meniru personaliti orang lain dan kita manusia begitu mudah menyerap pengaruh daripada manusia lain.  Tidak percaya?  Bagi dua minggu ini kita bergaul dengan orang yang suka putar alam.  Bergaul, bersma ke hulu hilir, putar sana putar sini.  Hanya dalam masa 14 hari sahaja, kita mula bercakap seperti putaralam, berpakaian seperti putaralam, bergaul dengan orang yang hendak dibelit sahaja, memperoleh berbagai-bagai idea bagi membelit, berlonggok hingga larut malam, berlonggok di pejabat yang sepatutnya digunakan bagi berurusniaga dan lain-lain angkara putaralam.
Sebaliknya, sekiranya dalam masa dua minggu ini kita bergaul dengan orang yang berpersonaliti menarik, 14 hari kemudian kita berusaha mempunyai personaliti seperti dirinya.  Tetapi yang ini lambat sedikit kerana adalah perkara normal, kita manusia lebih cepat menyerap yang buruk berbanding yang baik.
Akhirnya, bagi memperoleh personaliti yang menarik, beri perhatian serius kepada perkara-perkara ini:
1.             Sentiasa mengambil serius penampilan diri.  Kejayaan kita bergantung pada penerimaan masyarakat kerana kita hidup di kalangan masyarakat.  Jangan sambil lewa pada personaliti dan penampilan kita.
2.             Sentiasa menganggap membina personaliti adalah pelaburan
3.             Elakkan daripada melebih-lebih dalam segala perkara.  Daripada segi pergaulan hingga cara berpakaian.
4.             Sentiasa memastikan persekitaran yang bersih.  Persekitaran yang bersih menjadikan hati, jiwa, fikiran dan fizikal kita juga bersih.  Ini pastinya membentuk personaliti yang juga bersih.
5.             Gunakan teknik modeling – bergaul sambil menyerap personaliti orang yang berjaya.
Apa yang berlaku pada fizikal dapat mempengaruhi fikiran.  Cara kita duduk, berdiri, bercakap, berjalan memang mempengaruhi fikiran kita.  Apa-apa yang baik bagi fizikal, baiklah bagi fikiran.  Apabila kita kelihatan baik, fikiran kita merasa baik.  Apabila penampilan dan personaliti kita kelihatan baik, seluruh jiwa dan fikiran kita berasa yakin.  Keyakinan ini dapat membantu kejayaan kita.  Saling berkait.
Horizon Sempit
Boleh juga dikatakan sebagai cara – pemikiran yang sempit dan terbatasa.  Ataupun pandangan sempit.  bukan setakat pandangan – pendengaran dan perasaan juga turut sempit.
Kita boleh bertanya kepada kapten kapal:  Kapten, bagaimana kamu boleh belayar di lautan yang luas?
Kapten menjawab dengan mudah:  Horizon saya luas.  Saya percaya laut itu tidak ada penghujungnya.  Sekiranya kapten itu menganggap laut itu sempit, horizon sempit, pastinya kapten itu enggan belayar – kapal hanya tersadai di pelabuhan.  Kata bijak pandai:  Apa guna kapal dibina sekiranya bukan bagi belayar.
Kita ubah sedikit.  Apa guna kita hidup sekiranya duduk dalam kepompong.  Orang yang hidup dalam kepompong adalah orang yang horizonnya sempit.  Beliau enggan keluar daripada kepompong kerana tidak tahu di luar sana ada dunia lain.
Orang yang horizonnya sempit hanya melihat sekadar apa yang ada di sekelilingnya sahaja.  Sebaliknya orang yang horizonnya luas – pandangan, pemikirannya melangkaui apa yang hanya ada di depannya.
Ada satu kisah benar – bagaimana seorang yang disanjung sebagai kaki pukul di kampung berasa dirinya paling hebat di kampongnya sendiri.  Hampir satu kampung sudah merasa penangannya.  Pada suatu hari beliau keluar dari kampung pergi ke bandar besar.  Barulah beliau tahu ada dunia lain selain kampungnya.  Beliau membawa lagak kaki pukul tetapi malangnya bukan beliau yang memukul, sebaliknya beliau pula yang dipukul.  Di kampungnya sendiri dialah jaguh, di luar dialah tikus.
Orang yang horizonnya sempit mempunyai kepercayaan yang berbesa dengan orang yang horizonnya luas.  Orang yang mempunyai horizon luas percaya peluang bagi memperbaiki taraf hidup sentiasa ada, walau bagaimana terdesaknya keadaan sekarang.  Orang yang horizonnya sempit percaya segala-galanya adalah terhad.  Sedangkan kita tahu anugerah dan nikmat pemberian Tuhan tidak pernah terhad.
Orang yang horizonnya sempit hanya melihat sekadar apa yang ada di sekelilingnya sahaja.  Sebaliknya orang yang horizonnya luas – pandangannya, pemikirannya melangkaui apa yang hanya ada di depannya.  Bukankah itu ciri-ciri orang yang berjaya?  Luas pandangan, luas pemikiran, horizon luas tidak terbatas.
Antara punca mengapa seseorang itu mempunyai horizon sempit adalah:
1.             Sempit pergaulan.  Kawan-kawan dan sahabat-sahabat kurang.  Sekiranya ada sekalipun adalah yang seangkatan dengannya – sama-sama sempit horizon, sama-sama enggan meluaskan horizon.
2.             Tenggelam dalam dunianya kerana selesa dengan keadaan sekarang.
3.             Enggan menambah ilmu, enggan meninjau keadaan dari dunia luar melalui pelbagai jenis media yang tersedia sekarang ini.
4.             Ego – percaya dirinya yang terbaik, dunianya yang paling hebat.
5.             Rendah diri – enggan meletakkan diri dalam masyarakat.
6.             Enggan bergaul ataupun kurang bergaul dengan orang yang lebih bijak.
Angan-angan Besar
Ini boleh dikatakan sebagai terlebih angan-angan.  Biasanya apabila sesuatu itu terlebih, berlebihan ataupun melebihi had, ia mendatangkan mudarat.
Sudah dikenal pasti sejak dahulu lagi – orang yang berangan-angan besar ataupun terlebih angan-angan tidak sampai ke mana-mana sebaliknya terus gagal, berundur ke belakang.  Yang pasti semakin tenggelam ditimpa oleh angan-angan yang semakin hari semakin membesar, semakin hebat.
Siapa kata kita tidak boleh berangan-angan?  Boleh, tetapi janganlah terlalu hebat, terlalu besar sehingga diri sendiri tidak mempercayai angan-angan itu dapat dicapai.
Sebaik-baik angan-angan adalah yang sederhana, kita percaya kita boleh dan mampu mencapainya.  Ini kerana ia sederhana dan yakin dalam jangkauan kita.  Jadi tidak ada sebab untuk kita tidak berusaha mencapainya.
Bagaimana derngan angan-angan yang kecil?  Angan-angan yang terlalu kecil sama dengan angan-angan yang terlalu besar.  Oleh kerana ia kecil, tentulah tidak ada tarikan dan menyebabkan diri malas bergerak dan bertindak.
Jangan sempitkan fikiran dengan mengatakan kita dilarang berangan-angan.  Kita dibolehkan berangan-angan.  Namun angan-angan yang dilarang adalah angan-angan yang berbentuk keburukan.  Apabiola aku ada duit, aku akan pergi ke kelab dangdut, sambil menayang Mercedes aku.  Bagaimana hendak dapat? 
Senang sahaja, sekaran ini aku perlu pergi  ke kedai ekor, beli nombor.  Sekiranya kena, bolehlah aku pergi kelab dangdut itu.  Tetapi, hendak beli nombor, duit tidak ada.  Eh!  Ayam siapakah yang selalu datang ke rumah aku ini?  Boleh aku tangkap, jual, dapat duit beli nombor.
Sebaliknya sekiranya berangan-angan yang berbentuk kebaikan adalah digalakkan kerana ia membantu kita ke arah kejayaan.  Contoh angan-angan yang baik:  Apabila aku kaya, aku dermakan separuh harta aku bagi kebajikan anak-anak yatim, orang miskin, masjid-masjid dan surau-surau.  Tetapi sekarang aku belum kaya.  Apa perlu aku lakukan supaya aku menjadi kaya?
Daripada berangan-angan yang sederhana, kita memperoleh jalan atau cara menjayakan angan-angan itu.  Proses ini disebut menyusur.  Kita sudah sampai di hujung sana dan menyusur semula ke belakang bagi mengetahui langkah-langkah yang perlu kita ambil bagi menjayakan angan-angan kita itu.  Soalan yang perlu kita kemukakan kepada diri sendiri semasa proses menyusur itu adalah:  Apa sebelum itu,  dan Sebelum itu apa perlu saya lakukan?
Bagaimana agaknya Edison dapat mencipta filamen?  Kita tidak tahu bagaimana pemikiran beliau tetapi kita dapat mengagak – mula-mula Edison berangan-angan melihat mentol menyala.  Kemudian beliau bertanya:  Apa sebelum itu?  Beliau mendapat jawapannya.  Kemudian daripada jawapan tadi beliau bertanya lagi.  Apa yang perlu saya lakukan bagi mendapatkannya?  Begitulah seterusnya hingga beliau memperoleh langkah demi langkah hasil daripada menyusur ke belakang.
Adakah angan-angan beliau itu besar?  Sederhana besar iaitu mahu mencipta filamen mentol, bukan mempunyai kilang mentol.  Hanya selepas berjaya mencipta filamen dan mentol menyala, kemungkinan besar barulah beliau berangan-angan membuka kilang mentol.   Tetapi menggunakan proses menyusur tadi – apa sebelum itu, apa perlu saya lakukan?
Malangnya, hari ini ramai orang yang mempunyai berbagai-bagai idea yang menarik hasil daripada berangan-angan.  Tetapi angan-angan terlalu besar hingga diri takut melaksanakan angan-angan itu.  Jika pun tidak terlalu besar, ramai yang tidak menggunakan kaedah menyusur hingga menemui langkah pertama.  Jika pun secara tidak sengaja ada yang menggunakan kaedah menyusur hingga memperoleh langkah pertama tetapi tidak melaksanakan langkah pertama itu.
Kemungkinan kerana itulah angan-angan tidak berapa digalakkan.  Memang benar, jangan berangan-angan sekiranya diri belum bersedia melaksanakan apa yang menjadi angan-angan itu.  Jangan berangan-angan walaupun angan-angan yang sederhana sekiranya diri enggan ataupun sejak dahulu lagi memang keberatan mengambil langkah pertama.  Langkah pertama adalah penting – sebagai penentu sama ada angan-angan itu hanya sekadar angan-angan ataupun angan-angan yang menjadi kenyataan.  Tiada langkah pertama dan langkah seterusnya, kita bakal menerima gelaran kaki angan-angan.
Selain dilarang, angan-angan tanpa langkah pertama juga berbahaya.  Ia merosakkan diri, imej, sikap dan kesihatan.  Pernah terjadi, seorang yang kuat berangan-angan tetapi engggan mengambil langkah pertama menjayakan apa yang diangan-angankan berakhir dengan mati sesat – mati membunuh diri.  Bukti nyata bagaimana angan-angan yang tidak disertai dengan kekuatan dan kemahuan bagi memulakan langkah pertama merosakkan fizikal dan mental.  Inilah sebabnya angan-angan itu dilarang.
Sekali kita enggan bertindak selepas berangan-angan, esok lusa kitapun enggan bertindak selepas berangan-angan.  Akhirnya menjadi selesa dengan hanya berangan-angan.  Badan semakin lemah kerana tidak ada aktiviti fizikal.  Apabila badan lemah, otakpun lemah.  Otak yang lemah tidak mampu memikirkan cara mencipta kejayaan, sebaliknya lebih selesa dangan hanya berangan-angan.  Bagaimana hendak memulakan langkah pertama sedangkan fizikalpun semakin hari semakin lemah?
Hampir semua ciptaan manusia di sekeliling kita adalah hasil daripada berangan-angan yang kemudian menyusur dan dilaksanakan langkah pertama dan seterusnya.  Bukan angan-angan yang besar hingga menakutkan, tetapi angan-angan yang sederhana dan termampu dilaksanakan.
 Di sini, kita tahu angan-angan itu penting.  Yang berbahaya adalah angan-angan besar.  Juga berbahaya, angan-angan yang sederhana ataupun besar ataupun terlalu besar yang tidak disudahi dengan langkah pertama.
Enggan Belajar
Orang yang enggan belajar adalah orang yang ego, perasaan dirinya sudah pandai sedangkan kita tahu tempoh belajar manusia adalah dari dalam rahim ibu hinggalah ke liang lahad.
Siapakah manusia paling pandai di muka bumi ini?  Sudah tentu Nabi Muhammad saw.  Sedangkan manusia paling pandai pun mahu belajar, apatah lagi kita ini manusia biasa.  Sekalipun beliau tidak tahu membaca dan menulis kerana Allah sengaja menjadikan begitu, tetapi baginda tertap mahu belajar lagi.  Belajar melalui Malaikat Jibril, dariada suasana sekeliling, melalui penglihatan, pendengaran dan perasaan.
Jadi, di mana letaknya keistimewaan kita yang kononnya tahu membaca, menulis dan mengira, tetapi enggan belajar lagi?  Di mana istimewanya kita ini yang disajikan berbagai-bagai media di depan kita ini tetapi masih enggan belajar?  Jawabnya, tidak ada keistimewaan, sebaliknya sedang menempa kegagalan.
Ini kerana orang yang berjaya sentisa membuka telinga, mata dan perasaan bagi mempelajari sesuatu.  Mulut dibuka sekali sekala bagi bertanya apa yang tidak tahu.  Ego dibuang jauh-jauh.  Kerana itulah yang dikatankan, orang yang terlebih ego itu adalah orang yang bodoh ataupun sedang menjadi lebih bodoh.  Orang yang pandai tidak ego.  Orang yang benar-benar kaya dan berjaya tidak ego.  Yang terlebih ego biasanya adalah orang yang bodoh tetapi enggan belajar, orang miskin orang yang baru pegang duit, orang yang hidupnya sederhana sahaja dan orang yang terlebih hutang.  Kita lihat hartanya memang boleh tahan, rumah, kereta, lagaknya boleh tahan.  Tetapi apabila kita mengira balik nilai harta berbanding tanggungan iaitu hutang, sama rata.  Tanggungan tolak harta hasilnya kosong.  Bahkan selalunya, hutang melebihi harta.  Kita pula lebih kaya daripada mereka.
Maksud belajar di sini bukanlah maksud terpaksa pergi ke sekolah semula  Itu pengertian yang cetek.  Maksud yang tepat adalah, kita ini sebenarnya manusia yang jahil, serba tidak tahu.  Kita jahil ilmu dunia, kita jahil ilmu akhirat.  Selalunya manusia yang jahil akan sesat.  Sesat di dunia, sesat di akhirat, sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud:  Sesiapa mahu dunia, hendaklah berilmu, sesiapa hendakkan akhirat, hendaklah berilmu, sesiapa hendakkan dunia dan akhirat, hendaklah berilmu.  Bagaimana boleh mendapat ilmu sekiranya ego terlalu tebal dan enggan belajar?
Kita manusia memang dilahirkan tidak tahu apa-apa.  Tetapi jangan lupa dalam masa yang sama, kita manusia dilahirkan sebagai genius iaitu dapat menyerap pendidikan dan pelajaran dengan cepat.  Apalah guna kebolehan itu sekiranya diri enggan belajar, enggan menggunakan kebolehan semuala jadi itu?
Terlalu banyak perkara yang kita tidak tahu tetapi kita perlu tahu dan perlu belajar.   Kerana itulah kemahuan yang kuat mahu belajar adalah kemestian.  Tiada dolak-dalik, tiada alasan.
Setiap satu perkara yang kita lakukan ada ilmunya tersendiri.  Kita mahu berniaga?  Ada ilmu perniagaan yang mesti dipelajari supaya tidak jahil dan  tersesat.  Kita mahu menjadi penulis terkenal?  Ada cara dan ilmu yang perlu kita pelajari  Kita hendak membuat roti canai?  Pun ada ilmunya.  Bahkan kita tidak tahu sama ada cara dan bacaan solat kita betul sekiranya kita enggan terus belajar, enggan membuka hati menerima teguran ikhlas.  Hanya perlu membuka mata dan telinga bagi menyerap, membuka mulut bertanya kepada yang tahu dan mermbuka hati menerima pengajaran yang membawa keuntungan di dunia dan akhirat.
Ilmu penggetahuan sentiasa maju ke hadapan.  Kita ketinggalan di belakang sekiranya enggan menuntut ilmu kemudian enggan meneruskan usaha menuntut ilmu.  Kerana itulah dikatakan, mencari dan belajar adalah komitmen seumur hidup.  Doktor perubatan yang perasan pandai akhirnya ketinggalan di belakang kerana setiap hari dikatakan ada sahaja virus dan bakteria baru.  Profesor yang katanya serba tahu akhirnya menjadi serba tidak tahu sekiranya enggan terus menggali ilmu-ilmu.  Ustaz yang ceramahnya meletup-letup menjadi tidak meletup sekiranya enggan belajar lagi, menggali ilmu-ilmu daripada kitab-kitab tulisan-tulisan penulis dan ulama.  Sekiranya enggan belajar lagi, nanti orang kata pengajaran Islam kolot dan berundur ke belakang.  Sekiranya enggan belajar, pastinya nanti akan mereka-reka cerita yang sensasi bagi melariskan ceramahnya.
Jadi punca-punca seseorang itu enggan belajar lagi adalah:
1.             Punca utama adalah kerana ego, berasa dan perasan diri sudah pandai ataupun terlebih pandai.  Juga ego, perasan tidak ada orang yang dapat mengajar beliau kerana beliau merasakan diri lebih pandai daripada guru.
2.             Punca kedua adalah kerana selesa.  Kononnya selesa dan stabil dengan keadaan sekarang, tidak perlu belajar lagi.
3.             Malas.  Sekiranya sudah malas hendak belajar, memang selamanya bodoh.  Sudahlah bodoh, gagal pula.
Bagaimana pula cara mendapatkan ilmu?  Cara terus belajar dan mendapatkan ilmu, antaranya adalah:
1.             Sentiasa memberi peringatan serius pada diri sendiri yang mencari ilmu dan belajar adalah komitmen seumur hidup.  Apabila terlupa, pastinya berundur ke belakang.
2.             Belajar adalah pelaburan.  Anggap ia sebagai pelaburan.  Biasanya pelaburan yang baik  kurang berhasil pada mulanya dan menunjukkan hasil yang hebat suatu masa nanti.  Jadi, sediakan peruntukan bulanan untuk kita melaksanakan komitmen belajar.  Peruntukan itu adalah wang, masa dan tenaga.
3.             Kadang-kadang ilmu dapat diperoleh dengan percuma misalnya daripada ceramah-ceramah,  Menghadiri ceramah agama juga boleh menambahkan ilmu.  Ini pun terus berhati-hati, lihat siapa penceramahnya, adakah beliau suka mereka-reka cerita luar biasa semata-mata bagi melariskan dirinya?  Adakah beliau berceramah berpandukan Quraan dan hadis serta kisah-kisah benar pada zaman dahulu?  Awasi juga penceramah yang suka menyampitkan fikiran pendengar, menggalakkan meninggalkan dunia dan mengejar akhirat sahaja.  Inilah punca-punca umat Islam semakin tidak dihormati kerana digalakkan mundur, daif, miskin dan mengelak daripada kemajuan.  Yang dikatakan penceramah yang baik adalah apabila kita pulang dari mendengar, kita tahu mengapa dan bagaimana bagi melakukan apa yang dikatakan.
4.             Apabila kita belajar, sentiasa anggap diri kita murid.  Siapapun yang mengajar di depan kita, tidak kira berapa umurnya, apa kelulusannya perlu dianggap sebagai guru dan dihormati.  Pada masa ini wajib membuang ego ke dalam sungai yang berhampiran.  Rendahkan hati, rendahkan suara, rendahkan diri dan belajar derngan penuh minat.
5.             Akhirnya, mahukah kita menjadi pokok yang kering layu?  Tentu kita mahu menjadi pokok yang subur menghijau berbuah lebat.  Ilmu yang dicari tetapi tidak digunakan dan diamalkan adalah ibarat pokok yang kering layu.
Proses meningkatkan diri sendiri adalah proses yang berterusan.  Sekiranya enggan belajar bermakna sedang dalam proses mengundurkan diri sendiri.
Banyak Keluhan
Setiap kali kita mengeluh,  apa yang kita keluhkan itu menjadi bertambah hebat pada masa depan.  Ini kerana, mengeluh boleh dianggap sebagai pelaburan.
Cuma malangnya, bukan pelaburan berbentuk baik tetapi pelaburan yang buruk.  Ini kerana, tidak ada dalam sejarah manusia mengeluh apabila menerima kebaikan.
Apabila hari ini kita mengeluh:  Kenapa hidup aku miskin?  Akan datang kita menjadi bertambah miskin.  Keluhan adalah pelaburan.  Sudah terbukti, semakin kerap seseorang itu mengeluh, semakin hidupnya bertambah susah, bertambah gagal.
Tahukah kita, setiap kali seseorang itu mengeluh bermakna beliau sedang mendoakan dirinya?  Keluhan selalunya berbentuk kekecewaan, kegagalan, kesusahan.  Jadi, orang yang sedang mengeluh bermakna sedang mendoakan dirinya sendiri ke arah keburukan.  Sudahlah disahkan yang keluhan adalah dia.  Tanpa kita menyedari, rupanya keluhan itu doa.  Orang yang bijak mendoakan diri sendiri supaya berganjak ke arah kebaikan.  Orang yang tidak berapa bijak mendoakan dirinya sendiri ke arah keburukan.
Tahukah kita, keluhan itu sebenarnya sedang mengutuk diri sendiri?  Memang benar, keluhan adalah satu cara mengutuk diri sendiri.  Melenting sekarang, ada orang yang mengutuk diri kita, tetapi melentingkah kita sekiranya kita mengutuk diri sendiri?  Nampaknya sebahagian besar daripada kita boleh suka dan lebih rela mengutuk diri sendiri.
Beberapa orang ulama pernah memberitahu:  Allah bertindak mengikut apa yang dijangkakan oleh hambanya.  Orang yang suka mengeluh adalah orang yang menganggap sesuatu keadaan itu kekal, kesudahan dan kegagalan kekal.  Seluruh jiwa dan dirinya hanya memikirkan kesusahan dan kegagalan.  Bahkan pada masa depanpun beliau percaya akan terus susah dan gagal.  Atas jangkaan ini, beliau memperoleh apa yang dijangkakan kerana Allah bertindak mengikut apa yang dijangkankan.
Orang yang suka mengeluh juga sebenarnya orang yang kurang ataupun tidak percaya, tidak pernah bersyukur dengan nikmat-nikmat pemberian Allah.  Kurang iman, kurang yakin pemberian dan rezeki Allah tidak ada batas dan hadnya – asalkan kita mahu mencarinya, pasti kita akan memperoleh.  Mereka juga boleh dikatakan sebagai bomoh atau tukang ramal kerana meramalkan kesusahan akan berlanjutan dan boleh tahu akan datangpun susah juga.  Daya tahan mereka juga tidak kuat, baru kena uji sedikit sudah melatah, sudah mengeluh menganggap segalanya sudah berakhir dan berkekalan.
Bahkan boleh dikatakan orang yang suka mengeluh adalah orang yang tidak percaya dengan ketentuan Allah.  Kita mengusahakan tetapi Allah menentukan.  Itu wajib kita percaya.  Gagal ataupun berjaya bukan urusan kita kerana kita Cuma mengusahakan sambil mengharap dan menjangkakan kejayaan.  Apabila menemui kegagalan, kita hanya perlu membuat post mortem atau muhasabah, bukannya mengeluh.  Sekiranya keluhan dijadikan cara menangani kegagalan, yang pasti, kita akan terus menemui kegagalan, kerana itulah jangkaan dan harapan kita.
Selain apa yang dikeluhkan itu akan segera menjadi kenyataan kerana keluhan juga adalah doa dalam senyap.  Salah satu rahsia doa yang makbul adalah doa yang selalu dipohon kepada Allah dalam suara yang perlahan, lembut dan penuh kepercayaan.  Keluhan adalah doa dalam senyap, penuh harapan, penuh jangkaan, suara yang perlahan, berulang-ulang.  Bahkan itu ciri-ciri doa yang makbul?
Ingat kata-kata yang bijak pandai:  Kita sering mendapat apa yang menjadi fokus.  Orang yang sedang mengeluh bermakna sedang memberi sepenuh perhatiannya dan fokus pada apa yang dialami.  Apa yang menjadi fokus, menjadi keutamaan – insya Allah boleh mendapat apa yang menjadi fokus itu.  Apabila seluruh fizikal, fikiran dan jiwa hanya memikirkan keluhan-keluhan, perasaan pula dipenuhi dengan keluhan-keluhan yang bakal diluahkan, nampaknya, apa yang menjadi keluhan itu menjadi keutamaan.  Misalnya, sekiranya mengeluh: Susahlah... susah itu menjadi keutamaan dan fokus, jadi insya Allah mendapat kesusahan yang lebih susah.  Kita mendapat apa yang kita fokus, insya Allah.
Hanya ada dua sahaja bagi mengelakan diri daripada termasuk dalam golongan suka mengeluh ini:
1.             Berhenti daripada mengeluh serta-merta.  Setiap kali tergerak hendak mengeluh, pejam mata seketika, ingati perkara-perkara yang baik dan menggembirakan.
2.             Sentiasa bertanya kepada diri sendiri satu soalan yang ringkas tetapi berkesan:  Adakah dengan mengeluh, keadaan akan berubah?
Prasangka Buruk dan Prejudis
Satu lagi cara kita berdoa dalam senyap adalah dengan berprasangka.  Prasangka terbahagi kepada dua iaitu:  Prasangka baik dan prasangka buruk.  Kedua-duanya adalah doa dalam senyap.  Berprasangka baik amat digalakkan.  Berprasangka buruk perlu dielakkan.  Prasangka buruk dan baik terbahagi kepada dua perkara iaitu prasangka pada manusia dan prasangka pada tindakan.
Prasangka pada manusia mempunyai kaitan dengan keadaan.  Misalnya, kita melakukan tindakan.  Tindakannya adalah kita akan menjual satu produk kepada prospek kita.  Tetapi dalam diri sudah berprasangka buruk – “Tidak mungkin beliau hendak beli, seperti tidak ada duit sahaja ...”
Prasangka buruk di sini adalah berkaitan dengan manusia.  Secara automatik apabila berprasangka pada manusia, kita juga berprasangka buruk pada keadaan.  Manusia tidak ada duit, keadaannya tidak membeli.  Sebenarnya, itu semua belum pasti lagi, kerana prasangka buruk dan baik hanya berada dalam fikiran dan fizikal kita.  Ia adalah rekaan kita sendiri berdasarkan pandangan, pendengaran dan perasaan kita pada manusia dan keadaan.  Juga berdasarkan pengalaman lalu.
Inilah yang dikatakan manusia itu memang bijak – dapat meramal, boleh tahu apa yang akan terjadi.  Belum pun memulakan, sudah tahu akan terjadi begini, begini, begini ..... Malangnya, sebagai manusia biasa, kebanyakan prasangka yang berada dalam fikiran dan fizikal kita adalah yang buruk sahaja.  Jarang berprasangka baik.  Kerana itulah jarang sekali kita menemui orang yang berjaya.  Yang paling banyak kita temui adalah manusia yang gagal dan kecewa.
Orang yang berprasangka baik sedikit sahaja bilangannya.  Berprasangka baik ini memang sifat terpuji, sudah pasti boleh membantu kejayaan.  Bayangkan, seorang pelajar yang akan menduduki peperiksan – seluruh fikiran dan fizikalnya berkata, “Rasanya aku akan gagal sebab....”
Apa akan jadi pada pelajar itu.  Beliau akan gagal kerana seluruh fikiran dan fizikalnya dihalakan ke arah kegagalan.  Tumpuan dan fokus adalah kepada kegagalan.  Kita selalunya mendapat apa yang menjadi fokus.  Dengan hanya menukar prasangka kepada buruk kepada yang baik, insya Allah pelajar tadi akan memperoleh kejayaan.
“Saya percaya saya akan berjaya, insya-Allah”.  Sebaik sahaja beliau berkata begitu dengan penuh kepercayaan, fikiran dan fizikal mula mencari-cari sebab mengapa dirinya boleh berjaya.  Fikiran dan fizikal dipenuhi dengan prasangka baik – boleh berjaya.  Sekiranya beliau jarang berdoa, tetapi jangan lupa, harapan dan anggapan dalam dirinya itu adalah doa dalam senyap.
Dalam apa jua urusan yang melibatkan manusia dan keadaan, tidak ada cara yang lebih baik bagi membantu kejayaan selain berprasangka baik.  Apabila kita berprasangka baik, seluruh fikiran, fizikal, harapan, doa serta keutamaan adalah berbentuk kebaikan dan kejayaan.  Dengan berprasangka baik juga secara automatik keadaan diri kita dipenuhi dengan kebaikan, anggapan kita ada orang yang di depan kita itu juga menjadi lebih baik.  Saling berkait – semuanya berpunca daripada berprasangka baik.
Begitulah juga sebaik sahaja kita berprasangka buruk, sudut pandangan, pendengaran dan perasaan kita akan hanya dihalakan kepada yang buruk dan yang tidak elok sahaja.  Kita mula mencari-cari kekurangan dan kelemahan orang yang berada di depan kita.  Seluruh suasana pertemuan dan urusan dipenuhi dengan keburukan dan prejudis.
Antara prasangka buruk dengan prejudis tidak jauh bezanya,  Kesannya juga sama – menghasilkan keburukan dan kegagalan.  Prejudis boleh juga disamakan dengan sangsi dan ragu-ragu pada orang dan keadaan.  Sama seperti prasangka, prejudis terjadi sebelum melakukan sesuatu tindakan.  Bahkan setengah orang, dengan hanya mendengar sudah prejudis – belum lagi melihat dan merasai.
Prejudis, ada kalanya adalah sikap semulajadi.  Memang semula jadi prejudis dan menentang.  Seolah-olah dalam diri tersedia satu benteng besi keluli yang sangat keras digunakan bagi menentang, sangsi serta ragu-ragu pada manusia dan juga keadaan.  Apa sahaja yang baik perlu diragui.  Dicari sudut yang mana boleh disangsikan.  Sekiranya yang buruk memang elok sekali jika prejudis.  Soalnya, belum memulakan, bagaimana boleh tahu buruk ataupun baik, berjaya ataupun gagal.
Orang yang prejudis dan berprasangka buruk adalah orang yang lemah dan malas.  Juga orang yang penakut – takut untuk bertindak.  Sekiranya bertindak nanti gagal, jadi lebih baik tidak bertindak.  Cara bagi menutupi rasa bersalah kerana tidak bertindak adalah dengan mengeluarkan prejudis sebelum memulakan.
Di sini tidak perlu berani kerana ramai yang berani tetapi gagal.  Apa yang penting adalah berhenti berprasangka buruk dan prejudis.  Sudah melakukan barulah tahu sama ada gagal ataupun berjaya.  Bukan sudah tahu gagal sebelum bermula.
Di sini juga tidak perlu sangat berfikir positif kerana berfikir positif kadang-kadang lebih banyak mendatangkan mudarat.  Apa yang penting di sini adalah berhenti mengeluarkan prasangka buruk dan prejudis.  Jangan dicari-cari kerana sekiranya dicari ia tetap ada, dengan serta-merta ia datang menghalang.
Di sini lebih digalakkan berfikir negatif – fikirkan sebaliknya.  “Sekiranya ini tidak boleh, apa cara yang boleh?  Tanyakan bagitu.
Bagi mengelakkan berprasangka buruk, kita perlu:
1.             Tidak mengaitkan keadaan atau hasil masa lalu yang buruk, yang gagal sama dengan manusia ataupun keadaan yang akan ditangani.  Tidak ada dua hari yang sama.
2.             Tanya dan terus bertanya kepada diri sendiri:  “Apa yang saya dapat sekiranya berprasangka buruk dan prejudis?”
3.             Tanya dan terus tanya kepada diri sendiri:  “Apa keuntungan yang akan saya peroleh sekiranya saya berprasangka baik?”
4.             Bawa perasaan tidak akan gagal setiap kali mahu melakukan sesuatu.
5.             Sudut pandangan, perasaan dan penglihatan perlu dihalakan kepada kejayaan masa lalu sebaik sahaja mahu berurusan ataupun melakukan sesuatu.
6.             Yang penting, jauhkan diri daripada manusia yang suka prejudis dan berprasangka buruk.  Manusia-manusia yang suka mencari di mana buruk dan kekurangan sesuatu perkara bukanlah sahabat kita.  Kawanpun bukan.
Lemah Dalam Hubungan Sesama Manusia
Sekiranya tidak pandai berhubungan dengan manusia-manusia lain. Bagaimana hendak hidup di kalangan manusia?  Satu cerita benar – dua orang yang sama-sama mempunyai modal dan sama berpengetahuan dalam perniagaan runcit membuka kedai runcit di tempat yang agak berjauhan.  Barang di kedai si A sama dengan kedai si B.  Sama-sama di kawasan yang strategik.  Tidak lama kemudian kedai si A ditutup dan kedai si B terus maju.  Puncanya kerana si A tidak pandai senyum, si B pula sentiasa mengingatkan dirinya sendiri:  “Saya hidup atas ihsan pelanggan-pelanggan yang datang membeli di kedai saya.  Saya berniaga kerana keperluan mereka.  Saya memerlukan mereka”.
Anggapan si A pula yang berfikir sambil masam muka:  “Mereka memerlukan saya”  Ini ditambah pula dengan imej garang si A.  Ada misai melinang di atas bibirnya.  Kerana imejnya itu, kedainya semakin lengang kerana terasa seperti ada kuasa tolakan yang menolak orang ramai daripada datang ke kedainya.  Kuasa tolakan itu datang daripada dirinya sendiri.
Kedai sama besar, kedudukan sama strategik, modal sama banyak, yang membezakan adalah hubungan sesama manusia.  Sekiranya kita membawa anak ke kedai itu, dengan segera si B menghulurkan sebiji gula-gula kepada anak kita.  Dengan sebiji gula-gula itulah beliau memikat hati kita menjadi pelanggan tetapnya.  Beliau kenal nama kita, memanggil nama kita, bukan seperti pekedai-pekedai lain, bertahun-tahun melanggan kedainya, nama kitapun beliau tidak pernah sebut.  Bagaimana hendak menyebut – beliau tidak tahu dan tidak pernah hendak tahu nama kita. 
Hubungan sesama  manusia atau silaturahim  atau disebut sebagai PR (Public Relation) penting dalam hidup ini kerana kita hidup dalam lingkungan manusia.  Bahkan orang yang berjaya selalu menasihati:  Kita boleh mendapat apa sahaja daripada manusia sekiranya kita pandai memenuhi kehendak mereka.  Apa kehendak manusia?  Di sinilah kita perlu mempelajari berkenaan silaturahim.  Di sini juga kita perlu tahu apa erti ikhlas.  Tidak guna kita menghulurkan sebiji gula-gula sekiranya tidak ikhlas, sekiranya bertujuan hendak mengena.  Ikhlas dahulu, barulah kebaikan datang kemudian.  Makna ikhlas ialah tidak mengharap sebarang balasan.  Si pekedai B tadi misalnya, sekiranya tidak ikhas, menghulurkan gula-gula kepada anak kita kerana hendak mengena, mungkin sekali itu sahajalah kita berkunjung ke kedainya.  Jadi, kunci utama dalam silaturahim adalah ikhlas.
Silaturahim digalakkan dalam Islam.  Apabila berkunjung ke rumah orang, kita digalakkan membawa buah tangan.  Suatu hari Nabi Muhammad saw selepas pulang dari jauh terlupa membeli oleh-oleh atau buah tangan untuk keluarganya.  Beliau keluar semula membeli buah tangan.  Begitulah hebatnya silaturahim Nabi Muhammad saw.  Satu lagi kehebatan silaturahim, beliau mengarahkan pembantunya mempelajari bahasa Yahudi supaya mudah beliau berutus surat dengan pembesar-pembesar Yahudi bagi mengajak memeluk Islam.  Hebat, bukan?
Tetapi, berapa orangkah antara kita sekarang ini yang mengikut sunah beliau itu?  Pengikut-pengikut beliau yang terkemudian, pengembang-pengembang Islam begitu mahir dalam silaturahim.  Sekiranya tidak mahir, fikiran sendiri bagimana Islam dapat diterima di China?  Kita berkunjung ke negara orang, sekiranya kita kurang ajar, tentu kita dihalau.  Tetapi pengembang-pengembang Islam tidak dihalau, mereka diterima dengan senang hati dan berjaya menarik minat orang memeluk Islam.  Apa rahsianya?  silaturahim.  Mengapa JWW Birch mati dibunuh? Di Pasir Salak?  Kenapa beliau begitu lemah dalam perhubungan sesama manusia?
Mengapa dilupakan pesan orang tua-tua:  Sekiranya tetamu berkunjung ke rumah, walau segelas air sejuk perlu dihidangkan dengan pantas.  Bukankah itu silaturahim?
Bagi diterima di kalangan masyarakat, tidak ada yang lebih menguntungkan semua pihak selain silaturahim yang baik.  Setiap kali kita berfikir silaturahim itu perkara remeh, ingati kembali:  Mengapa JWW Birch mati dibunuh?
Kita sendiri dapat membuktikan.  Lihatlah keliling kita – mana-mana usahawan ataupun pegawai tinggi yang berjaya, disenangi dan disukai adalah mereka yang mempunyai silaturahim yang bagus,  Soal ikhlals ataupun tidak ikhlas kita tidak berapa tahu, tetapi yang pasti dengan adanya silaturahim yang bagus, mereka berjaya memenangi hati masyarakat, pelanggan dan pihak atasan.  Soal ikhlas memang boleh dipertikaikan – ikhlaskah sekiranya hendak denat pilihanraya mengadakan kenduri besar-besaran?”  Selama ini tidak pernahpun nampak kelibat mukanya.  Ikhlaskah sekiranya seminggu lagi hendak pilihanraya bersalam-salaman dengan peniaga dan orang ramai di pasar?  Mengapa tidak dijadikan agenda harian, mengenali mereka?  Ikhlaskan sekiranya sebelum dua hari lagi hendak pilihanraya tiba-tiba pakai songkok, gantung serban pada bahu dan duduk bersama rakyat peringkat bawahan?  Selama ini, setahu kita, pintu pagar di rumahnya sentiasa berkunci.  Ikhlaskah sekiranya setiap hari menghulurkan ikan segar kepada seorang ibu di hujung kampung?  Setahu kita, di rumah itu ada anak dara yang lawa.
Tidak ada silaturahim yang lebih hebat selain silaturahim yang didahulukan dengan keikhlasan.  Tidak ada silaturahim yang lebih buruk selain silaturahim dengan tujuan hendak mengena.
Bagi memilih silaturahim yang baik, pertama sekali, kita perlu mengakui silaturahim memainkan peranan penting bagi membantu kejayaan kerana kita hidup di atas muka bumi ini di kalangan manusia.  Wang berjalan dari tangan ke tangan manusia sebelum sampai ke tangan kita.  Peluangpun begitu juga.  Kejayaanpun berjalan dari tangan ke tangan manusia sebelum sampai ke tangan kita.
Cara paling mudah bagi memilih silaturahim yang baik adalah dengan mengambil model.  Tidak ada salahnya kita meniru apa yang beliau lakukan demi kebaikan.  Selepas itu, terus belajar dan mempelajari seni perhubungan sesama manusia.  Tidak semestinya melalui buku tetapi menyerap melalui pergaulan harian kita.  Modeling adalah sebaik-baik cara belajar.  Kita akan gagal dalam apa jua bidang sekiranya kita lemah dalam silaturahim.  Jangan pandang remeh perkara ini.  Kita boleh mencipta produk paling hebat, servis paling menawan, penemuan paling dahsyat, tetapi itu semua sampah sekiranya tidak diterima oleh masyarakat.  Ia hanya boleh diketengahkan melalui silaturahim yang hebat.
Seterusnya, inilah yang poerlu kita beri oerhatian bagiu membina silaturahim yang bagus:
1.             Jangan menunggu orang menghormati kita.  Mulakan dahulu.  Kita lebih dahlu menghormati orang.  Biar setinggi mana kedudukan kita, kita tidak tiba-tiba berada di situ.  Kita berada di situ kerana sokongan orang lain – bukankah sewajarnya kita memberi penghormatan kepada orang yang tidak mempunyai keudukan seperti kita.  Bukankah ada antara mereka yang sudah memantapkan kedudukan kita?  Tidak rugi ataupun berkurangnya kedudukan kita sekiranya kita menghormati orang lain terlebih dahulu, bahkan terlalu banyak kebaikannya.  Dalam hidup ini jangan sekali-kali hanya hendak menerima sahaja, perlu selalu memberi.
2.             Tanamkan tabiat suka mendengar dengan penuh minat.  Inilah rahsia kejayaan orang yang berjaya.  Biarpun apa yang didengar itu membosankan, tetapi bagi pihak yang bercakap, itulah kesukaan.  Tidak ada yang paling mengecewakan hati selain bercakap tetapi mendengar secara acuh tidak acuh.  Puncanya kerana tidak benar-benar mendengar, berkhayal ketika mendengar dan mendengar separuh hati.
3.             Semua orang tidak suka apabila diberi perhatian.  Mengapa tidak mulai hari kita mula memberi perhatian.  Apa perasaan isteri apabila beliau mengubah fesyen rambutnya tetpoi si suami buat tidak tahu?
4.             Semua orang juga suka diberi pujian dengan syarat pujian yang ikhlas bukan pujian hendak mengena.  Pujian yang ikhlas walaupun setakat berbunyi:  Bagus!  Ataupun Tahniah! Bermakna kepada yang menerimanya,  Biarlah kita menjadi manusia yang pemurah dengan pujian ikhlas.
5.             Menjadi orang yang peramah tidak sukar, asalkan kita mempunyai bahan yang menarik bagi diperkatakan.  Luaskan pemikiran kita dengan membaca.  Apabila menonton televisyen, jangan hanya menonton hiburan sebaliknya cari bahan-bahan yang baik daripada rancangan yang dipertontonkan.  Bahan-bahan ini dapat dijadikan bahan berbual.
6.             Dalam sesuatu keadaan, apabila perlu, kita perlu berada di dalam kasut orang lain.  Berada di pihaknya, barulah kita tahu mementingkan diri sendiri adalah perkara yang menjadi kebencian semua orang.
7.             Dalam sebarang pertemuan, jadilah orang yang memulakan terlebih dahulu.  Bukan menunggu orang lain memulakan, tetapi biar kita mulakan terlebih dahulu.  Terlebih dahulu memberi salam, terlebih dahulu memulakan perbualan.
8.             Walaupun baru 10 minit berkenalan, anggap dan buatlah seperti sudah 10 tahun bersahabat.
9.             Sekiranya kita benci dengan orang yang kedekut, begitu juga orang membenci kita sekiranya kita kedekut.  Orang yang kedekut rezekinya mahal, orang yang murah rezekinya adalah orang yang pemurah.  Dalam hidup ini kita tidak boleh hanya menerima sahaja, perlu turut sama memberi.
10.         Adakah kita benci dengan orang yang tidak boleh berlebih kurang dan berkira?  Begitulah juga orang benci kita jika sekiranya tidak boleh berlebih kurang dan suka berkira.
11.         Jadikan manusia di depan kita rasa dirinya penting – seolah-olah urusan adalah melalui beliau dan jangan ragu-ragu meminta pendapatnya.
12.         Daripada berfikir bagaimana cara menyakiti hati orang, adalah lebih menguntungkan sekiranya berfikir bagaimana hendak menyukakan hatiorang.
13.         Lupakan saya ini, saya ada itu, saya ada ini, saya, saya....
Jarang Berdoa
Disamping jarang berdoa, adalah lebih teruk sekiranya enggan berdoa.  Orang yang jarang berdoa dan enggan berdoa sentiasa dimurkai Allah kerana berasa diri sudah cukup segala-galanya – tidak perlu meminta lagi.  Hakikatnya, kita manusia biasa di sisi Allah.  Kita serba kekurangan.
Doa boleh dikatakan sebagai perkara yang paling mudah.  Hanya perlu meminta.  Tidak mudahkah meminta?  Bagi setengah orang yang kedekut – yang hanya hendak menerima tetapi enggan memberi, sepatutnya berdoa atau meminta adalah jauh lebih mudah.  Sekiranya memberi pun sukar, meminta pun sukar, jenis manusia apakah itu?
Berdoa adalah gabungan meminta, mengharap sepenuh hati, penuh perasan, penuh kepercayaan, penuh tumpuan kepada yang maha memberi.  Bukan setakat kumat-kamit di mulut tetapi hati, fizikal, fikiran perlu ditumpukan sepenuh-penuhnya, mengharap sepenuh-penuhnya seperti sudah tidak ada harapan lagi.  Harapan hanya satu sahaja iaitu daripada Allah.
Tidak mencukupi sekiranya doa itu tidak diiringi dengan keyakinan Allah akan memakbulkan doa itu.  Inilah yang peliknya, ramai orang yang berdoa tapi dalam hati penuh ragu-ragu tidak yakin yang Allah menunaikan hajat itu.  Bahkan ramai yang lupa selain maha memberi, Allah juga maha pemurah, maha penyayang, maha kaya – kita hanya meminta amat kecil sahaja.
Sahlah doa tiak akan termakbul apabila diri sendiri tidak yakin, tidak percaya Allah memakbulkan apa yang diminta.  Walau sedikit sahaja rasa ragu-ragu, memang sah doa tidak akan termakbul.  Memang pelik, hendakkan sesuatu tetapi dalam masa yang sama hati menolak.  Berdoa, meminta, tetapi dalam masa yang sama tidak percaya doa dimakbulkan, hajat akan tercapail.  Ingat – Allah bertindak mengikut apa yang disangka oleh hambanya.  Apabila kita menyangka doa kita tidak termakbul, pastinya tidak akan termakbul.
Paling penting, walau bagaimana hebatnya doa, sekiranya tidak disertai dengan usaha yang gigih, pasti doa itu tidak termakbul.  Doa dan usaha atau usaha dan doa perlu sentiasa seiring.  Sudah berkali-kali kita mendengar yang Allah tidak mengubah nasib seseorang melainkan manusia sendiri berusaha mengubah nasib sendiri.  Pertolongan Allah datang selepas kita menolong diri sendiri.
Berkenaan usaha pula – kita perlu mengusahakan apa yang sudah kita pohonkan kepada Allah.  Kita memohon murah rezeki pastilah kita berusaha dengan gigih supaya rezeki kita berambah banyak, mencari dan mengusahakan yang halal.  Sekiranya duduk, baring, main-main kucing di rumah, memanglah dapat rezeki, tetapi rezeki yang bagaimana?”  Bukankah bersebab Allah menghidupkan kita?  Bukankah dalam diri manusia ada keinginan yang kuat bagi bekerja.  Manusia akan resah gelisah sekiranya otak dan fizikal tidak bergerak.
Kita memohon kebaikan, tetapi kita mengusahakan sesuatu yang tidak baik, sahlah doa kita tidak termakbul.  Memohon menjadi insan yang mulia tetapi dalam hati hendak membelit, memanglah doa tidak termakbul.  Sebaik-baik usaha adalah yang seiring dengan doa.  Berdoa memohon kebaikan, selepas itu berusaha sama seperti yang dipohon.  Mohon kesihatan yang baik, selepas itu berusaha ke arah kesihatan yang baik, menjaga makan minum, senaman, persekitaran, hati dan lain-lain lagi.
Usaha perlu seiring atau sama seperti yang diohon, itulah petua doa yang makbul.  Dalam berdoa dan berusaha sama seperti yang dipohnon, sentiasa ingat – ada kalanya doa kita lambat diperkenankan.  Adalah dilarang sama sekali kita merungut, bahkan menyebut: Sudah banyak kali berdoa tidak makbul.  Sentiasa ingat penangguhan Allah bukan bermakna penghindaran  Allah.  Allah lebih tahu mana yang buruk, mana yang baik.  Imbas kembali masa lalu, pernahkan kita berkata:  Nasib baik saya tidak dapat.  Jika dapat, apa jadi pada saya sekarang.  Sesuatu yang baik bagi kita pada sesuatu masa, belum tentu baik juga untuk kita pada masa lain.  Ingat, Allah maha penyayang dan apabila dia menangguhkan pemberian ada hikmah di sebaliknya.  Jangan merungut-rungut.  Sekali kita merungut bermakana kita tidak percaya pada kuasa Allah.
Daripada kita merungut, adalah lebih baik kita membuat muhasabah membuat penilaian pada usaha kita.  Benarkah kita mengerjakan sama dengan yang dipohon?  Ataupun atas sebab lain. Hanya dengan melakukan penilaian barulah kita tahu sebab mengapa doa kita belum ataupun tidak termakbul.  Sekirnya kita rajin mendengar ceramah agama oleh ulama, kita akan mengetaui bayak sebab mengapa doa tidak termakbul.  Antaranya kerana akhlak, pergaulan, makan minum, ibadat dan lain-lain.  Tetapi yang paling utama adalah tidak melakukan seperti apa yang dipohon.  Sekali lagi diingatkan – pertolongan Allah datang selepas kita menolong diri kita sendiri.
Jangan pula kita lupa, doa yang dilakukan berulang-ulang, berterusan akan meresap ke dalam fikiran kita.  Dalam masa yang sama ia adalah peringatan demi peringatan kepada diri kita.  Misalnya, kita berdoa memohon kebaikan.  Perkataan kebaikan itu meresap ke dalam fikiran kita.  Setiap kali kita mahu melakukan kejahatan, perkataan kebaikan muncul semula, memberi peringatan kepada kita yang kita hanya mahukan kebaikan.  Begitu juga misalnya memohon dihindari daripada beban hutang.  Setiap kali kita mahu berhutang, perkataan hutang muncul dan kita mula berfikir betapa beratnya bahana hutang itu.
Benarkah begitu?  Tidak 100 % benar sekiranya tidak ada penumpuan dan perhatian semasa berdoa.  Berapa ramai orang yang berrdoa tetapi tidak ada penumpuan – fikiran melayang-layang, apa yang dipohon tidak meresap ke dalam fikiran.
Bahkan orang yang berdoapun kadang-kadang tidak berjaya dalam hidup, apatah lagi orang yang jarang dan enggan berdoa.
Cepat Jemu
Sesudah 999 kali mengalami kegagaan, mahukah kita meneruskan usaha kita?  Jangan kata 999 kali, bahkan baru satu kali mengalami kegagalanpun sudah berundur.  Sudah jemu.
Edison tidak jemu, tidak putus asa.  Beliau juga tidak melakukan perkara yang sama berterusan, tetapi menukar cara demi cara hingga tercapai matlamatnya.  Adalah kerja sia-sia sekiranya melakukan perkara yang sama berterusan selepas disahkan perkara itu tidak mendatangkan hasil.  Adalah sia-sia sekiranya berfikir positif pada apa yang dilakukan selepas tahu apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasill  Orang kata:  Tukar cara, jangan tukar destinasi.
Kadang-kadang apa yang kita lakukan tidak segera menjadi.  Apa yang kita usahakan kadang-kadang hanya mendatangkan penat.  Di sinilah kita dikehendaki supaya tidak jemu.  Katakan pada diri:  Hanya sekali sahaja lagi.
Ramai orang hanya mengira berapa kali jatuh, tetapi yang sewajibnya adalah mengira berapa kali dapat bangun semula.  Jatuh lagi?  Katakan lagi kepada diri:  Hanya sekali sahaja lagi.  Begitulah seterusnya, jangan kira berapa kali jatuh, kira berapa kali dapat bangun semula.  Bangun lagi sehingga berjaya.  Jangan sekali-kali jemu.  Ingatkan diri kita, orang yang jemu tempatnya di kedai kopi, bukan di dalam perjuangan.
Tetapi ingat, walaupun bangun semula, melakukan perkara yang sama, cara yang sama adalah perbuatan sia-sia.  Bangun dan lakukan dengan cara yang berbeza – sekiranya kita melakukan apa yang selalu kita lakukan, kita mendapat apa yang kita dapat.
Apabila kita mengimbas kembali rahsia-rahsia kejayaan orang yang berjaya, kita mendapati mereka tidak pernah mengalah, tidak pernah jemu dengan apa yang dilakukan.  Mereka sanggup bekerja dengan tekun dan lebih masa tanpa mengenal jemu.  Ini kerana sekali mereka jemu, kejayaan semakin menjauh.
Bayangkan apa terjadi kepada Islam sekiranya ada sikap jemu pada diri Nabi Muhammad?  Bukan sedikit halangan yang perlu dihadapi oleh beliau.  Tetapi beliau tabah, tidak pernah kenal penat, tidak pernah kenal jemu.  Di mana kedudukan kita yang dimestikan mengikut sunah Nabi?  Adakah kita juga tidak mengenal jemu?
Batu yang kita ketuk, sekali mungkin tadak pecah.  Kita terus mengetuk sambil menukar cara.  Pada kali ke  100 kita mengetuk pun masih tidak nampak apa-apa.  Kita jemu kerana tidak nampak hasilnya.  Tetapi sekiranya kita tidak jemu, terus mengetuk, pada kali yang ke 101, batu itu pecah.  Hanya sekali sahaja lagi.  Bukankah rugi kerana sudah mengetuk sebanmyak 100 kali?  Sekiranya sanggup mengetuk sebanyak 100 kali, mengapa agaknya tidak sanggup mengtuk hanya sekali sahaja lagi?
Banyak perkara baik yang akhirnya berakhir dengan tidak baik.  Hanya kerana jemu.  Perkara yang dilakukan sudah hampir berjaya tetapi berakhir dengan tidak berjaya – kerana jemu, berhenti di penghujung jalan.  Lebih baik tidak memulakan daripada memulakan tetapi tidak selesai.  Pesan orang yang berjaya:  Habiskan apa yang dimulakan, sekiranya tidak, imej dan kepercayaan kita terjejas.
Cara paling pasti bagi menghilangkan kepercayaan kepada diri sendiri adalah dengan jemu.  Bagi mengelakkan rasa jemu, pastikan kita melihat kerja kita dariada sudut lain, daripada persepsi lain:
1.             Ingati apakah hasil yang akan diperoleh sekiranya meneruskan usaha kita.  Buat sementara, lupakan kerja tetapi ingati hasil kerja.  Apabila mengingati kebaikan-kebaikan dan hasil yang akan diperoleh, hilanglah jemu, datanglah semangat dan kekuatan bagi meneruskan kerja.
2.             Ubah pandangan pada apa yang sedang dilakukan apabila apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil.  Edison tidak mengatakan:  Saya gagal sebanyak 999 kali.  Sebaliknya beliau mengatakan:  Saya sudah menemui 999 cara yang tidak mendatangkan hasil.  Perkara sama iaitu gagal tetapi sudut pandangan mengubah perasaan.
Pemalas
Pelik sungguh – dalam keadaan negara yang serba maju ke depan, masih ada orang yang pemalas.  Malang sungguh orang itu kerana hidupnya berundur ke belakang, semakin hari semakin susah, semakin hari semakin gagal.
Bilangan orang yang pemalas bukan sedikit.  Tahap pemalas itu berperingkat-peringkat.  Ada yang malas sedikit, ada yang malas sederhana dan ada yang terlebih malas.  Malas juga terbahagi kepada berbagai-bagai.  Malas bekerja, malas berfikir, malas belajar dan malas berindak.
Malas paling bahaya adalah malas bekerja.  Kita dapat meneka sendiri bagaimana penghujung hidup orang yang malas bekerja.  Jangankan penghujung, pada awal dan pertengahan hidupnya, kita sudah dapat meneka.
Orang yang malas bekerja, kemungkinan disebabkan oleh tidak ada dorongan dalam hidupnya.  Tidak ada motivasi dalam dirinya.  Ataupun mungkin salah taksir berkenaan ceramah yang pernah didengarnya.  Itulah yang dikatakan, kita boleh memilih – kita hanya memilih bagi mendengar ceramah daripada ulama sebenar, ulama yang tidak sempit dan suka menyempitkan fikiran orang.  Silap dengar, silap tafsir, kita enggan berusaha kerana kata mereka, kita perlu berserah pada Tuhan, perlu tawakal, bahagian kita tidak ada di dunia ini, hanya di akhirat.
Lain kali apabila kita terdengar ceramah begitu dengan segera bangun dan bertanya:  Mengapa para Nabi dan Rasul bekerja?  Dan:  Mengapa Nabi Muhammad perlu mengikat untanya sebelum melakukan Israk Mikraj.
Pemalas adalah penyakit yang sama sekali tidak boleh hinggap dalam diri kita.  Apabila sekali kita membenarkan malas menghinggapi kita, esok lusa kita akan kesedapan dan terus bermalas-malas.  Apabila kita bermalas-malas.  Sekali, kita mula bertangguh.  Sekali bertangguh, esok lusa kesedapan bagi terus bertangguh.  Mana ada dalam dunia manusia berjaya sekiranya suka bertangguh?  Mana ada dalam dunia manusia yang berjaya dalam hidup sekiranya pemalas?  Lainlah sekiranya emak ayah meninggalkan harta berjuta-juta.  Walaupun meninggalkan harta berjuta-juta tetapi malas menjadi pakain hidup, yang tinggal nanti adalah hutan yang berjuta-juta.
Apa sahaja rancangan, apa sahaja angan-angan, apa sahaja projek, semuanya hancur lebur sekiranya malas hendak mengerjakannya.  Semua cita-cita memerlukan kita bangkit mengerjakannya.
Antara punca-punca yang menyebabkan seseorang menjadi malas adalah:
1.             Tidak mempunyai cita-cita yang kukuh.  Yang ada hanya dalam bentuk angan-angan.
2.             Tidak ada keperluan yang mendesak.  Sekiranya ada pun keperluan yang mendesak, dianggap ringan sahaja.
3.             Kurang bertanggungjawab pada diri dan keluarga.
4.             Melibatkan diri dalam apa-apa bentuk perjudian:  Sekiranya ini kena, tidak perlu kerja lagi.  Sekarangpun tidak perlu kerja.
5.             Percaya, tanpa berusaha boleh dapat makan minum.  Terlupa yang misi hidup di dunia ini bukan setakat makan dan minum sahaja.
6.             Menyangka kedudukan sudah tinggi, perlu mengerjakan hanya perkara-perkara yang hebat sahaja.  Perkara kecil-kecilan kononya hanya menjatuhkan imej.
7.             Menunggu yang hebat sahaja, terlupa selain menunggu yang hebat, yang di depan mata wajib dikerjakan terlebih dahulu.
8.             Masalah kesihatan – pemakanan, persekitaran, lenguh-lenguh badan, kurang ataupun tidak pernah bersenam.
9.             Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.  Tidak yakin dengan apa yang dilakukan.  Sekiranya dengan diri sendiripun tidak yakin, bagaimana orang lain boleh yakin?
Malas bergarit perut perit, kata peribahasa lama.  Kita lihatlah kebenaran peribahasa itu.  Orang yang malas selalunya kelaparan, lapar daripada banyak segi – lapar makanan, lapar sahabat, lapar ilmu dan lain-lain.  Semakin pemalas seseorang itu, semakin banyak hutang yang perlu ditanggungnya.  Semakin malas seseorang itu, semakin beliau tidak yakin pada dirinya sendiri.  Semakin bertambah gagal hidupnya.
Bagaimana pula hendak mengubati penyakit malas ini?  Memang agak sukar mengubatinya, tambah-tambah lagi apabila sudah melarat.  Tidak ada cara yang lebih baik selain mengelak daripada terkena penyakit malas.  Perkara-perkara berikut diharap dapat membantu mengubati penyakit malas:
1.             Hidupkan suasana sekeliling kita daripada cat dinding sehingga warna langsir.  Sekiranya suram, gantikan dengan warna-warna yang merangsang kerajinan.  Buka tingkap rumah, biarkan udara yang bersih dan cahaya matahari masuk ke dalam rumah bagi menghidupkan suasana.
2.             Jadikan senaman sebagai amalan harian.
3.             Sekiranya terlihat kumpulan rakan-rakan yang pemalas sedang rancak berbual, cari jalan lain, melencong ke arah lain, jangan sampai kita dipanggil oleh mereka.
4.             Sekiranya masih malas ingat keperluan-keperluan yang seolah-olah mengejar kita.  Ingati juga masa depan kita memerlukan wang yang banyak.  Wang tidak boleh datang sendiri.
5.             Perkasakan diri supaya bingkas bangun dengan cergas mengerjakan apa yang ditangguhkan selama ini.
6.             Sekiranya ada bahan-bahan bagi membelai malas, buangkan segera.  Pertama sekali, buang jauh-jauh kerusi malas.  Namanyapun kerusi malas, pastikan kegunaannya menambahkan malas.  Buang jauh-jauh novel yang hanya membelai perasaan tetapi tidak ada pengajaran dan faedah.  Tutup radio, buang kaset, buang CD yang mengandungi lagu kecewa dan hanya membelai perasaan supaya lebih kecewa, lebih malas.
Lihat semut, lihat ayam, lihat haiwan lain kecuali ular sawa  Lihat betapa rajinnya mereka bekerja dari terbit matahari sehingga terbenam matahari.  Pernah meliaht ayam mati kelaparan?  Pernah melihat semut mati kelaparan?”  Pernah melihat burung mati kelaparan?  Sekiranya haiwan yang tidak ada akal, tidak kenal apa itu berfikir positif, begitu rajin berusaha, inikan pula manusia yang serba lengkap.  Kita patut malu pada haiwan sekiranya kita pemalas.
Hanya Merancang Dan Berfikir
Hari ini rakyat di bumi Malaysia ini yang begitu pandai merancang dan berfikir. Tetapi agak sedih, tidak ramai yang suka melaksanakan apa yang susah payah dirancang dan difikirkan.
Sekarang, pada awal abad 21 ini, zaman hanya merancang, bercakap dan berfikir sudah berlalu.  Sekarang sudah masuk zaman bertindak.  Bertindak sekarang atau sekarang bertindak.  Orang hanya berfikir merancang dan bercakap sahaja sudah ketinggalan zaman dan tidak sampai ke mana-mana.  Orang yang berjaya adalah orang yang bertindak.  Mereka berfikir, merancang dan bercakap tetapi selepas itu bertindak.
Seorang menyeru:  Fikirkanlah – hadirin yang mendengar pulang ke rumahpun mula berfikir, berfikir dan berfikir tanpa sebarang tindakan.  Sepanjang masa dihabiskan bagi berfikir.  Akhirnya hidup berterusan dengan kegagalan.  Sepatutnya, menyeru:  Sekarang bertindak – hadirin pulang ke rumah masih juga berfikir tatapi berfikir bagaimana hendak memulakan tindakan, kemudian bertindak.
Sepatutnya manusia di buka bumi ini menggunakan kaedah 1/3.  Manusia di muka bumi ini yang mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat perlu menggunakan satu bahagian masa bagi berfikir dan dua bahagian lagi bertindak.  Tetapi, agak malang, kebanyakan manusia menggunakan kaedah 3/3 – tiga bahagian daripada tiga bahagian, seluruh bahagian digunakan bercakap, berfikir dan merancang.
Apa sahaja kemajuan, apa sahaja masalah dari masalah keluarga sehingga masalah ekonomi negara tidak dapat diatasi dengan hanya bercakap, merancang dan berfikir.  Fikiran dan fizikal perlu digunakan serentak dan sepenuhnya.
Sebagai contoh, orang yang hanya suka berfikir dan merancang melihat nasi di depan mata, perut lapar tatapi hanya berfikir dan merancang bagaimana supaya nasi itu masuk ke dalam mulut secara automatik.  Orang yang bertindak hanya berfikir sesaat dua, kemudian menyuap nasi ke dalam mulut.  Orang yang hanya suka berfikir tentunya hanya merancang dan berfikir sekiranya mahu sampai ke satu-satu tempat.  Orang yang berfikir dan bertindak segera menaiki kereta, lori, motosikal, bas sampan atau apa sahaja supaya sampai.  Sebab itulah orang sekarang bertindak hidupnya lebih maju daripada orang yang sekarang berfikir, sehingga bila-bila berfikir.
Kadang-kadang ataupun selalunya, idea yang terhasil daripada orang yang suka berfikir dan merancang begitu hebat, begitu bernas.  Tetapi, kita sendiri tahu, apa gunanya sesuatu yang hebat sekiranya terbiar sahaja.  Adalah membazir masa, tenaga, usia menghasilkan idea yang terbaik tetapi keberatan melaksanakan idea itu.  Sememangnya itulah yang selalu terjadi – orang yang hanya suka berfikir dan merancang tidak bertindak kerana:
1.             Sepanjang masa digunakan berfikir – tidak ada masa bertindak.
2.             Sepanjang masa hanya berfikir, sehingga tidak tahu selepas berfikir perlu ada tindakan.
3.             Seronok dengan hanya berfikir sahaja – membentuk suasana yang selesa dengan hanya berfikir dan merancang.
4.             Tidak bertindak kerana bimbang hasil yang diperoleh tidak seperti yang dirancang ataupun difikirkan.
5.             Merasa diri atau persan tahap diri sudah tinggi – hanya menjadi pemikir.
6.             Tidak tahu bagaimana bertindak kerana itu tidak dimasukkan dalam agenda.  Sepatutnya, disertakan sekali, difikirkan sekali, dirancang bagaimana cara memulakan.  Tetapi bahagian bagaimana bertindak tidak difikirkan sekalil
7.             Berfikir tidak memerlukan tenaga, tidak perlukan banyak pergerkan, tidak ada risiko.  Kerana itulah lebih selesa dengan hanya berfikir dan merancang.
Apabila kita bermodelkan orang yang berjaya, kita dapati orang yang berjaya dan kaya adalah orang yang berfikir dan bertindak.  Bukan hanya salah satu.  Sekiranya kita mengkaji orang yang warak pun begitu juga.  Mereka tidak hanya berfikir bagaimana mendapat kejayaan di dunia dan akhirat – sebaliknya mereka berfikir dan melaksanakan.  Memulakan langkah, bertindak melaksanakan apa yang sudah difikir, di rancang dan diucap.
Bahkan, kita melihat, mendengar bagaimana setengah orang yang berjaya dan kaya tidak perlu berfikir.  Bab berfikir diambil alih oleh orang lain.  Hasil perancangan dan pemikiran diambil atauapun dibeli dan dilaksanakan oleh orang yang berjaya dan kaya.  Pastilah, yang berfikir terus berfikir, yang bertindak pula terus berjaya.
Yang hanya merancang terus merancang, sehingga terlupa setiap rancangan perlu disusuli dengan tindakan.  Perancangan yang terbaik adalah perancangan yang disertakan bersama cara memulakan tindakan.  Perancangan yang terbaik adalah perancangan yang segera disusuli dengan tindakan.  Perancangan yang gagal adalah perancangan yang hanya merancang atau perancangan yang ditangguhkan tindakan.  Sehari sahaja bertangguh menghasilkan penangguhan berterusan.
Bagaimana cara supaya selepas merancang, terus melaksanakan apa yang dirancang?  Pernah mendengar:  “Bertindak seperti”?  Apabila kita “bertindak seperti” pasti kita menjadi berani bertindak.  Ahli fikir pernah berkata:  Jika diri boleh ditakutkan, untuk apakah lagi hidup ini?
Manusia yang takut boleh menjadi syirik, kerana kita hanya boleh takut kepada Allah.  Punca utama mengapa seseorang itu enggan bertindak adalah kerana takut.  Takut macam-macam sehinggalah takut kepada perkara-perkara yang tidak mungkin wujud.
Salah satu cara menghilangkan takut semasa bertindak adalah dengan “bertindak seperti”.  Apa yang kita rasakan sekiranya kita bertindak seolah-olah tidak akan gagal?  Kita menemui satu keberanian bertindak.  Kita dapat merasakan kita tidak akan gagal, kerana itulah kita berani bertindak.  Itulah “bertindak seperti”.  Bagi merasakan perbezaannya, cuba sendiri – kita mahu melakukan sesuatu dengan berbekalkan anggapan, ‘seperti, saya akan gagal’.
Apa akan terjadi?  Kita sememangnya enggan bertindak kerana sejak mula lagi sudah tahu kita akan gagal.  Sekarang terbalikkan perasaan itu, anggap ‘seperti tidak akan gagal’.  Secara serta-merta keberanian kita berubah.
Sekiranya masih lagi enggan bertindak, ada satu lagi cara iaitu mencari seorang rakan kongsi yang lebih bertindak daripada berfikir dan merancang.  Gabungan kedua-duanya menghasilkan kejayaan yang hebat.  Seorang merancang, seorang lagi melaksanakan rancangan.  Seorang memikirkan cara, seorang melaksanakan apa yang difikirkan.  Hasilnya kejayaan.
Cara hebat ini sudah lama digunakan oleh beribu atau berjuta manusia di dunia ini.  Walau apapun cara kita – sentiasa ingat yang berfikir, bercakap, merancang tidak boleh membawa ke arah kejayaan, sebaliknya hanya menjurus kepada kegagalan.  Tindakan membawa kejayaan.
Berjaya
Faham 5 Sebelum Datang 5
Bukan setakat faham tetapi mengamalkan.  Orang yang berjaya sentiasa mengamalkan, bukan setakat mengamalkan tetapi menjadikannya sebagai amalan harian, setiap saat, setiap hari.
Apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu berjaya.  Sekiranya kita mempelajari apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu gagal, apabila kita sudah mengetahui kita tidak akan melanggarnya.  Pada fasa ini adalah kemestian – kita mesti melakukannya sekirannya mahukan kejayaan.  Sekiranya dilanggar kegagalan menanti kita.
Apabila Nabi Muhammad berkata,  harapan beliau adalah supaya kita semua mengamalkannya.  Tetapi sebenarnya berapa orangkah yang mengamalkan kata-kata penting:  5 perkara sebelum datang 5 perkara.  Peluang bagi mencipta kejayaan, membina masa depan sentiasa tersedia tetapi siapa yang memperolehnya?  Tanpa mengira sama ada Islam ataupun bukan Islam, sekiranya mengamalkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara ini, selalunya kejayaan yang besar dapat diraih.  Tahukah kita, sekarang ini yang mengamalkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara ini adalah orang bukan Islam?  Sebab itu kita tidak boleh marah sekiranya bukan Islam jauh lebih maju daripada yang beragama Islam.
Bagi memberi peringatan kepada kita, inilah intisari kata-kata junjungan besar:  5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.             Usia muda sebelum datang tua.
2.             Masa sihat sebelum sakit.
3.             Harta kekayaan sebelum papa.
4.             Hidup sebelum mati.
5.             Masa lapang sebelum sibuk.
Kelima-lima perkara di atas adalah berlawan – misalnya muda lawannya tua.  Ia juga adalah asam garam hidup.  Kelima-lima perkara di atas pasti terjadi tetapi nampaknya itulah yang paling tidak dikehendaki.  Tua, sakit, papa, mati, sibuk pasti terjadi dalam hidup setiap manusia.  Soalnya, apa yang perlu dilakukan sebelum datangnya satu ataupun kesemua 5 perkara tadi?  Soalnya juga, berapa orang sahajakah yang ingat kepada kata-kata yang berharga itu?  Orang yang sentiasa ingat kepada 5 perkara sebelum datang 5 perkara adalah yang menemui kejayaan.
Usia tua.  Apa terjadi apabila sudah tua?  Yang pasti tenaga sudah berkurang.  Pemikiran masih tajam tetapi tenaga sudah tidak kuat lagi.  Masa semakin suntuk, sedangkan banyak perkara lagi yang perlu dilakukan.  Tetapi bolehkah melakukannya apabila tenaga semakin berkurangt?  Pembalasan-pembalasan keburukan yang dilakukan semasa muda selalunya dirasai ketika sudah tua.  Sekiranya masa mudah dahulu tidak rapat dengan anak-anak, pada masa tua anak-anak pun buat endah tidak endah.  Sekiranya semasa muda dahulu suka ambil harta orang, semasa tua ini, begitu ramai yang suka mengambil harta miliknya.  Sekiranya semasa muda selalu membohongi orang, semasa tua, hari-hari kena bohong.  Paling pasti, sekiranya semasa muda asyik berseronok, tidak pernah berhemat, tidak pernah menyimpan, smasa tua akan menghadapi masalah kewangan.  Di mana mahu mendapat wang sedangkan hendak berusaha sudah tidak larat?  Sekiranya masa muda, markas utamanya adalah kedai kopi, masa tua, markas utamanya tetap di keai kopi.
Sekiranya masa muda dahulu berusaha sekali-sekala sahaja, masa tuapun menerima hasil sekali-sekali juga.  Sekiranya masa muda suka meringan-ringankan solat masa tua sering disindir kerana solat setahun sekali ataupun menjenguk ke masjid hanya apabila ada makan-makan.
Kerana itulah orang yang ingat, orang yang mahukan kejayaan pada masa muda dan tua, berusaha dengan bersungguh-sungguh, supaya pada hari tua dapat hidup dengan selesa, dapat menumpukan kepada kerja-keraja amal.  Kerana itulah orang yang tidak mahu mengalami masalah kewangan pada hari tua berjimat cermat tetapi bukan kedekut pada hari muda.
Orang yang beringat sentiasa mengingatkan diri sendiri yang suatu hari nanti dirinya menjadi tua.  Soalnya, sebelum menjadi tua, adakah mempersia-siakan peluang yang ada.
Kita juga tidak tahu entah bila kita sakit kerana memang lumrahnya manusia mengalami sakit.  Orang yang mengingati dirinya akan sakit pada suatu hari nanti pasti menggunakan kesempatan sepenuh-penuhnya semasa beliau sedang sihat.  Amal kerja dunia dan akhirat dilaksanakan dengan sepenuh-penuhnya kerana beliau sentiasa ingat:  Tidak selamanya saya sihat.
Ia juga adalah ingatan supaya setiap orang menghargai kesihatan kerana kesihatan itu anugerah Tuhan yang berharga.  Orang yang menghargai kesihatan sentiasa menjaga kesihatan.
Papa membawa berbagai-bagai maksud.  Papa daripada segi kewangan, ilmu, harta dan sahabat-sahabat.  Semasa berharta, ingatilah:  Tidak akan ada suatu apapun di dunia ini yang kekal.  Tetapi berapa orangkah yang beringat?  Apabila sudah jatuh papa, barulah beringat:  Kalaulah ... katanya.  Sekiranya beliau beringat semasa berharta, tentulah beliau tidak akan menyebut:  Kalaulah....
Orang yang bijak sentiasa mengelakkan perkara-perkara yang membawa ke alam papa semasa mempunyai harta.
Setiap orang pasti mati.  Tidak payah diragui.  Yang perlu diragui adalah – apabila yang dibuat sebelum mati kerana apabila sudah mati, tidak mampu melakukan apa-apa selain menerima balasan sama ada yang baik ataupun yang buruk.  Orang yang bijak, menyedari mati boleh terjadi secara tiba-tiba dan penuh dengan misteri, teka-teki.  Kerana itu jugalah, orang yang bijak menggunakan keempatan yang ada sebelum datang mati.  Kesempatan yang ada digunakan bagi saham dunia dan saham akhirat. Orang yang berjaya sentiasa ingat yang mati tetap akan sampai.
Pada satu peringkat, semua orang past mengalami kesibukan.  Kadang-kadang kesibukan yang berpanjangan.  Pada maa itulah selalunya seseorang menyesal:  Kalaulah dahulu saya buat begini.... Soalnya dahulu enggan mendengar dan mengamalkan hadis Nabi.  Entah bila kesibukan akan datang, jadi, hargailah, gunakanlah kesempatan sepenuh-penuhnya semasa sedang lapang.
Hari ini, kita perlu mempelajari dan mengamalkan hadis 5 perkara sebelum datang 5 perkara sekiranya kita serius mahukan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.  Kita menjadi orang yang aktif, berwaspada, bersemangat sekiranya megamalkan hadis itu.  Ingat perkataan sebelum itu bukan menyesali apabila samapi sesudah.
Ada Keperluan – Ada Objektif
Kedua-duanya perlu seiring dan berjalan serentak.  Orang yang berjaya sentiasa ada objektif dan sentiasa mengingati keperluan-keperluan.  Objektif menarik, keperlau menolak dan destinasinya adalah kejayaan.
Hidup tanpa objektif, bagaimana penghujungnya?  Tidak ada penghujung kerana tidak tahupun apa itu penghujung.  Bolehlah kita samakan manusia yang hidup tanpa objektif itu seperti ayam – makan, minum, tidur iaitu tidur-tidur ayam, sampai masa disembelih, lembu pun serupa.
Orang yang berjaya sentiasa mempunyai objektif, matlamat dalam hidup. Hidup bermatlamat.  Bukan setakat berobjektif tetapi berusaha, berkomitmen mencapai objektif itu.  Objektif orang yang benar-benar berjaya selalunya adalah objektif berjaya di dunia dan akhirat.
Orang yang hidupnya tidak mempunyai objektif adalah golongan manusia yang malang dan rugi.  Manusia ini juga tidak menghargai pemberian Allah.  Mereka juga tidak tahu Allah menjadikan manusia dengan bersebab.  Bukan kebetulan kita diberi umur bagi meniti hidup di muka bumi ini.
Di sini juga ramai yang salah faham dengan maksud reda.  Memang kita perlu reda dengan ketentuan Allah tetapi reda yang bagaimana?  Sekiranya tidak pernah bermatlamat, tidak ada objektif, reda itu apa?  Allah tidak pernah menyuruh hambanya menyerah begitu sahaja.  Kita perlu berserah hanya selepas kita berusaha.
Orang yang berjaya tahu membezakan antara objektif dengan angan-angan.  Apabila berobjektif, jalan-jalan bagi mencapai objektif itu perlu dilalui dan dikerjakan.  Angan-angan tidak memerlukan kita mengerjakan jalan-jalan yang dilalui.  Bahkan jalan-jalan itupun tidak ada.
Adalah sukar menembak sasaran yang bergerak.  Kerana itulah orang yang berjaya mempunyai hanya satu objektif dalam satu-satu masa.  Apabila sudah tercapai objektif yang satu, itu barulah berusaha mencapai objektif berikutnya.  Satu persatu.  Hanya orang yang tamak sahaja mahu melakukan semuanya serentak.  Akhirnya, tidak satupun yang tercapai.
Kita keliru sekiranya objektif kita berbagai-bagai dalam satu-satu masa.  Fikiran keliruk fizikalpun keliru, sistem dalam badan keliru.  Terjadilah konflik, hendakkan sesuatu tetapi dalam masa yang sama tidak hendak pula.  Batin mahukan sesuatu tetapi zahir enggan pula.  Konflik seterusnya adalah rasa tidak yakin diri boleh mencapai objektif itu kerana banyak sangat yang dikehendaki.  Hebat-hebat belaka.
Gambar yang kita ambl kabur sekiranya kita tidak memfokuskan dengan tepat.  Apa yang difokus itulah yang diperoleh.  Sekiranya kabur di viewfinder, maka kaburlah gambar yang kita peroleh.
Jadi, bagaimana caranya menyediakan objektif yang satu?  Menyediakan sahaja tidak ada gunanya sekiranya objektif itu tidak menarik kita ke arahnya.  Jadi, pilih objektif yang sangat kita kehendaki.  Pilih hanya objektif yang benar-benar kita mahukannya pada tahun ini.  Dengan memilih objektif yang benar-benar kita mahukan pada tahun ini, kita pasti bergerak ke arah objektif itu.  Objektif itu menarik kita dan kita bergerak ke arahnya.
Bagaimana sekiranya masih lagi tidak mahu bergerak.  Ini perkara biasa kerana manusia itu memang sentiasa mahukan yang lebih senang.  Ada satu lagi cara iaitu menggandingkan objektif dengan keperluan  Bahkan bukan pilihan tetapi adalah kemestian.  Objektif perlu digandingkan dengan keperluan.  Objektif menarik dan keperluan menolak.  Kuasa tarikan dan tolakan menghasilkan kekuatan.  Kita dengan kuat ditarik oleh objektif dan ditolak oleh keperluan dan hasilnya, objektif kita tercapai, keperluan kita dapat dipenuhi.
Sekiranya masih lagi enggan bergerak, melangkah walaupun mempunyai objektif yang sangat menarik, mahu dicapai pada tahun ini juga, ingati keperluan kita.  Tidak ada keperluan?  Mustahil!  Manusia sentiasa memberlukan – banyak sekali keperluan manusia – kewangan, kejayaan, kesihatan, penghormatan dan banyak lagi.
Bagaimana pula sekiranya keperluan kurang menolak?  Terbalikkan proses – ingati pula objektif kita.  Ingatkan kepada diri yang kita memang sangat-sangat mahukan objektif kita itu tercapai.  Tetapi sebaik-baiknya, kedua-dua objektif dan keperluan perlu diingati serentaik.  Rasai sendiri bagaimana kuatnya kuasa yang mungkin kita alami.
Bagaimana pula sekiranya kedua-duanya tidak menarik minat kita?  Sekiranya kedua-duanya kurang menarik minat kita, ulangi semua proses menetapkan objektif dan keperluan.  Adakah objektif kita itu sangat kita kehendaki ataupun termasuk dalam kategori dapat bagus, tidak dapat tidak apa?  Hanya objektif yang sangat kita kehendaki sahaja ada tarikan dan menjadi fokus kita.  Peluang mencapai objektif itu cerah sekiranya objektif itu 100 % sangat kita  kehendaki.  Fokus kita semakin tepat.
Semak semula keperluan kita – adakah ia benar-benar, sangat kita perlukan?  Sekiranya benar ia sangat kita perlukan, peluang memenuhi keperluan itu 100 % cerah, Insya Allah.
Semak lagi, patikan objektif kita tidak bercanggah dengan jiwa kita.  Sekiranya objektif itu berbentuk keburukan, ingat, Allah sayang kepada kita, mahukan kita mempunyai objektif yang berbentuk kebaikan sahaja.  Pilih objektif yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat sahaja.
Semak juga sebab-sebab mengapa ia kurang menarik minat kita .  Kemungkinan ia tidak dekat dengan kita.  Kita juga perlu mengingati:
1.             Semasa kita mengingati objektif, ia perlu kelihatan dekat, bahkan sagat dekat dengan kita, terang, berwarna-warni, kedengaran suara ataupun irama yang menggembirakan di sekeliling semasa kita menggambarkan objektif itu.
2.             Perasan kita perlu gembira dan riang.
3.             Serapkan perasaan “bertindak seperti”.  Buat seoleh-olah kita mencapai objektif itu.  Apa perasan kita ketika itu?
4.             Keperluan kita perlu digambarkan dengan begitu dekat dengan kita.  Letakkan ia di belakang kita seolah-olah sentiasa menolak kita menuju ke objektif.
5.             Luangkan masa beberapa kali sehari mengingati objektif dan keperluan kita.
6.             Serapkan harapan yang tidak berbelah bahagi memohon supaya Allah menjayakan objektif dan memenuhi keperluan kita itu.
Sikap Yang Baik
Apa sebenarnya sikap yang sejak dahulu hingga kini tidak henti-henti diperkatakan?  Sikap, secara mudah disebut sebagai cara kita memandang ke luar diri kita dan bagaimana orang memandang ke dalam diri kita.
Jadi di sini, sikap ataupun perangai terletak dalam diri tetapi kesannya dapat dilihat di luar diri.  Ia pemakaian dalam diri, hasilnya di luar diri dan memberi kesan kepada pergaulan dan kehidupan sehari-hari.  Ia juga penyumbang besar kepada kejayaan ataupun kegagalan.
Sikap yang baik adalah sikap yang dapat membantu kejayaan.  Cara kita menangani hidup, pandangan, pendengaran dan perasaan adalah menyukakan diri kita dan orang di sekeliling kita.  Contohnya, apabila orang bercakap, kita mendengar sambil lewa sahaja.  Ia mungkin menyukakan kita kerana kita menganggap orang yang di depan kita itu rendah kedudukannya.  Ia juga menyukakkan kerana berjaya menaikkan ego kita tetapi apa perasaan orang yang berakap dengan kita?  Itu menunjukkan kita tidak mempunyai sikap yang baik.
Mungkin juga sejak pagi tadi semuanya serba tidak kena.  Kita mungkin mula menunjukkan belang, memarahi orang dan memekik.  Bagi kita itu kepuasan dan kelegaan tetapi bagaimana perasan orang yang kita marahi?  Itu satu lagi contoh sikap yang kurang baik.  Sikap yang baik adalah sebaliknya – kita terima ketentuan yang tidak ada dua dari yang serupa;  tidak mungkin kita menang sepanjang masa tidak ada faedahnya memekik dan marah-marah.  Apabila menerima hakikat itu, dengan sendirinya redalah kemarahan dan rasa tidak tentu arah itu.  Kita suka dengan perasaan itu dan orang sekelilingpun suka.
Bagaimana boleh kita tahu sikap yang menjadi pakaian kita itu baik atapun sebaliknya?  Cara paling mudah adalah melihat sikap orang lain – apa yang orang lain lakukan, sikap dan perangai mereka yang kita tidak sukai, itulah sikap yang tidak baik yang dapat menjurus kepada kegagalan.  Misalnya, kita melihat kepada kawan kita yang bersikap cuai pada janji – katanya boleh sampai pada pukul 3 tetapi selepas pukul 4 tidak juga sampai. Kita tidak suka begitu, jadi itulah sikap yang tidak baik.  Seorang lagi sahabat asyik hendak mengena, kita tidak suka, jadi itulah juga sikap yang tidak baik  Begitu juga salah seorang di kampung kita yang suka menunjuk-nunjuk.  Itu sikap yang buruk yang kita benci sekali.
Seorang lagi kawan suka menghormati orang, senyum mesra dan mudah mesra.  Kita menyukai, jadi itulah sikap yang baik.  Kawan yang seorang lagi suka membuat anggapan awal:  Tidak ada orang hendak datanglah.... katanya,  Itupun sikap yang buruk, kita tidak suka kepada orang yang suka membuat anggapan awal.
Sehubungan itu, apabila kita bertanya bagaimana caranya membina sikap yang baik – jawapannya begitu mudah iaitu hanya terbalikkan.  Lebih tepat lagi, apa-apa sikap orang lain yang kita tidak suka, jangan dijadikan sikap kita.  Sekiranya kita tidak suka pada sikap kawan kita yang cepat melenting, jangan jadi seperti dirinya, cepat melenting.  Sekiranya kita tidak suka melihat kawan kita ataupun pemimpin, ataupun siapa sahaja yang lambat bertindak, jadi seorang yang tangkas, cepat bertindak.  Sekiranya kita menyampah melihat orang yang perasan, jangan sekali-kali perasan.  Sekiranya ada orang yang bersikap suka mengharap pembalasa atas pemberian ataupun khidmat, kita benci, jangan bersikap seperti itu.  Kita menyampah dan rimas dengan orang yang bersikap kedekut?  Jangan bersikap bakhil.  Bersikap pemurah mendatangkan rezeki yang lebih banyak, berganda-ganda.  Bagaimana dengan orang yang berlagak pandai?  Kita benci?  Jadi, jangan bersikap begitu.
Berikut sikap-sikap yagn perlu kita miliki bagi membantu kejayaan kita:
1.             Ikhlas:  Keikhlasan membawa kita kepada kejayaan.  Sesuatu perbuatan, sama ada untuk diri sendiri ataupun untuk rang lain perlu disertai dengan keikhalasan.  Bencikah kita dengan orang yang tidak ikhlas?  Orangpun benci kepada kita sekiranya kita tidak ikhlas.  Pernahkah kita melihat orang yang tidak ikhlas beroleh kejayaan?  Jika pun mendapat kejayaan, nampaknya kejayaan itu jenis kejayaan yang murah dan rapuh.
2.             Jujur:  Sikap terpuji ini kian pupus kerana manusia asyik mengejar wang.  Sedangkan wang yang banyak dapat diperoleh sekiranya bersikap jujur.  Bukan setakat banyak tertapi berkat dan dirahmati Allah.  Hasil daripada bersikap tidak jujur adalah menyeksa, bukan mengembirakan.  Jujur kadang-kadang merugikan ataupun menyakitkan tetapi kesannya menguntungkan dan menggembirakan.  Sekiranya tidak jujur, orang ramai semakin menjauh, bukan mendekat.
3.             Amanah:  Sikap amanah benar-benar menguji hati kita.  Ini kerana, amanah itu berat, maka tidak ramai yang bersikap amanah ini, nama kita semakin harum dan kita disukai ramai.  Bukankah itu jalan mencapi kejayaan?  Orang yang tidak menepati janji adalah orang yang tidak amanah.  Betapa bencinya kita kepada orang yang tidak menepati janji, kemudian berdolak-dalik pula.  Bolehkah orang yang dibenci membina kejayaan?
4.             Suka mendengar:  Sebelum kita memiliki sikap ini kita perlu mempunyai sikap memandang manusia sebagai sama sahaja – ada kelebihan dan ada kekurangan.  Tidak ada manusia yang lebih ataupun kurang kedudukannya daripada kita.  Yang ada hanya anggapan kita sahaja.  Sekiranya kita menerapkan anggapan manusia adalah sama sahaja, kita memperoleh sikap suka mendengar apa yang orang katakan.  Memang menyakitkan hati sekiranya kita bercakap, orang buat endah tidak endah.  Begitu juga orang lain, sakit hatinya apabila beliau bercakap, kita buat sambil lewa.
5.             Bersikap sama-sama:  Jangan hanya mementingkan tembolok sendiri.  Orang lain pun ada tembolok.  Rezeki yang Allah kurnikan biarlah kita makan sama-sama.  Sekiranya banyak kita makan banyak, sekiranya sedikit kita makan sedikit.
6.             Mengenang budi:  Jangan sampai menjadi manusia yang lupa daratan, lupa budi.  Ini sikap yang buruk dan menjurus pada kegagalan.  Bahkan ada sesetengah orang yang bersikap seperti anjing, sudah ditolong, menggigit pula, dicari fasal supaya boleh bergaduh dengan orang yang sudah menolong.  Dikutuk, dikeji di belakang.
Ada ketikanya, kita tidak dapat mengawal perasaan kita.  Terima hakikat yang kita manusia biasa.  Kadang-kadang perhubungan yang dibina bertahun-tahun hancur lebur hanya kerana sikap yang kita tunjukkan selama sesaat dua.  Pada hari itu mungkin segalanya tidak dapat dikawal lalu kita bersikap buruk.  Jadi bagaimana cara mengatasinya?
1.             Jangan sekali-kali berurusan sekiranya kita tidak sedap hati ataupun sedap badan.  Ia menjejaskan personaliti, sikap dan anggapan kita.  Berehatlah.
2.             Tukar suasana.  Apabila keadaan tidak seperti yang kita kehendaki, berfikir negatif – fikir sebaliknya, fikirkan:  Bagaimana saya dapat menukar suasana ini?  Susasana mempengaruhi sikap.
3.             Menukar suis iaitu dengan serta-merta bayangkan sesuatu yang menyenangkan.  Serapkan perasaan semasa kita sedang bergembira, setahun, dua tahun, 10 tahun dahulu ataupun pagi tadi.  Bawa perasaan itu, masukkan ke dalam diri kita.  Secara automatik, kita berperasaan gembuira.  Sikap kita juga turut berubah.
4.             Ubah kedudukan badan.  Sekiranya sedang membongkok dan menongkat dagu, dengan segera berubah kepada berdiri tegak dan menarik nafas dalam-dalam.  Serta-merta anggapan, sikap dan perasaan kitag juga berubah.
5.             Buka kaset.  Tahukah kita dalam kepala kita ini tersimpan kaset rakaman kata-kata yang pernah kita dengar pada masa lalu?  Pasang kaset itu dan cari kata-kata baik tentang diri kita yang pernah kita dengar.  Mainkan semua katak-kata itu.  Ia dengan segera mempengaruhi kita dan mengubah sikap kita kepada sikap yang lebih baik.  Ia terjadi dengan serta-merta..
Sanggup
Berhenti seketika.  Kita keluar sebentar meninjau orang yang berjaya di sekeliling kita.  Kita mendapati orang yang berjaya adalah orang yang sanggup dan mempunyai kesanggupan.  Bukah pak sanggup tetapi orang yang sanggup melakukan apa saya yang baik, yang diperlukan mencapai kejayaan.
Memang itulah syarat mencapai kejayaan.  Syarat paling utama.  Rancangan, buah fikiran, idea adalah sampah sekiranya tidak sanggup diusahakan.
Jangan sekali-kali mengharapkan kejayaan, jangan sekali-kali bercakap berkenaan kejayaan sekiranya diri tidak mempunyai kesanggupan.  Orang yang berada di puncak gunung itu tidak dijatuhkan di situ, sebaliknya sanggup menapak setapak demi setapak dari bawah sehingga sampai di puncak gunung.  Hanya orang yang sanggup dapat sampai di situ.  Doktor yang kita temui petang semalam bukan tiba-tiba memakai baju doktor dan duduk memeriksa pesakit.  Beliau sanggup belajar bertahun-tahun, menentang arus, menutup nafsu bersuka-suka, semata-mata belajar ilmu kedoktoran.  Begitu juga dengan usahawan di sebelah rumah kita.  Bukan tiba-tiba boleh duduk di rumah banglo dan memandu Mercedes 5500.  Lihat sahajalah bagaimana beliau sanggup bersusah payah bekerja siang malam.  Bandingkan kesanggupannya dengan kesanggupan kita.  Berhak ataupun tidak beliau memperoleh kejayaan?  Dengan pasti kita mengesahkanTuhan memang maha adil – yang mencari akan memperoleh, yang terlebih tidur akan memperoleh tidur dan kemiskinan.  Yang terlebih rehat akan memperoleh muka yang sembap.
Dunia ini untuk manusia yang sanggup  sahaja.  Sekiranya masih ragu-ragu, ingati semula perjuangan Nabi Muhammad.  Beliau sanggu berjuang selama 23 tahun bagi menegakkan Islam.  Bayangkan, bagaimana sekiranya Nabi Muhammad tidak mempunyai kesanggupan.  Sudahkah diikuti sunah Nabi Muhammad ini?  Sunah bukan sekadar kahwin 4 , tetapi juga keperibadian imej, perjuangan, kesanggupan, pergaulan dan sikap.  Mundurkah sekiranya mengikuti sunah?  Rasanya, semakin bertambah maju, semakin bertambah berjaya sekiranya berpegang pada Quraan dan sunah.
Apa saja yang kita mahukan tidak mungkin datang bergolek ke depan kita.  Tuhan sudah mentakdirkan begitu untuk manusia biasa.  Kita mahukan wang, tidak mungkin wang tiba-tiba terbang masuk ke dalam poket.  Apa sahaja yang kita mahukan, antara kita dengan apa yang kita hajati di tengah-tengahnya adalah kesanggupan kita.  Hilang kesanggupan, hilang apa yang kita hajati.  Jalan dan cara, tersedia di hadapan kita dan hanya sekiranya kita sanggup mengerjakan jalan dan cara itu barulah memperoleh apa yang dihajati.
Tekak terigin minum air kelapa muda tetapi tidak sanggup memanjat pokok kelapa.  Sekiranya sanggup pasti tersedia berbagai-bagai jalan, boleh meggunakan galah, boleh guna beruk, boleh tebang pokok kelapa itu. Perut lapar tetapi tidak sanggup menyuap nasi, pastilah terus lapar.
Kebanyakan orang tahu tetapi tidak mahu.  Kebanyakan orang tahu bagi memperoleh sesuatu perlu berusaha, tetapi tidak semua orang mahu atau sanggup mengusahakanya.  Mengapa?
1.             Pemalas.
2.             Hendak ambil jalan senang, jalan mudah.
3.             Tidak yakin, tidak percaya pada kebolehan diri.
4.             Mengharapkan orang lain.
5.             Tabiat – sudah menjadi kebiasaan, tidak mahu menyiapkan apa yang dimulakan ataupun suka melakukan kerja sekerat jalan ataupun selalu menangguhkan satu-satu kerja ataupun suka merancang sahaja.
6.             Objektif terlalu besar, tidak sanggup melaksanakannya.
Bagi sebab yang terakhir – objektif terlalu besar – memang sebagai manusia biasa, kita tidak sanggup melakukan sesuatu yang terlalu besar.  Apa ikhtiar?  Ada dua ikhtiar di sini:
1.             Pecahkan objektif yang besar kepada objektif yang kecil-kecil dan mampu dilaksanakan dengan serta-merta.  Sekiranya kecilpun tidak sanggup – tidak perlu cerita fasal kejayaan.
2.             Peroleh rakan kongsi bagi sama-sama mengerjakan projek yang besar.  Sekiranya ada rasa tamak menguasai semuanya seorang diri gunakan cara yang pertama iaitu memecahkan objektif menjadi objektif yang kecil dan termampu dilaksanakan.
Sekiranya kedua-duanya tidak boleh dan tidak sanggup, tidak perlulah kita susah payah bercerita berkenaan kejayaan.
Dunia kejayaan dipenuhi dengan manusia-manusia yang sanggup.  Dunia kegagalan dipenuhi dengan manusia-manusia yang suka menghimpunkan alasan demi alasan.
Cukuplah di mulut dan dalam hati mengatakan sanggup.  Tidak perlu risaukan jalan-jalan dan cara yang diperlukan.  Ia datang sendiri – kita akan memperoleh berbagai-bagai idea, jalan dan cara sekiranya seluruh fizikal dan fikiran mengatakan saya sanggup.  Walau berdetak sedikit dalam hati kita kurang kesanggupan – jalan, cara dan idea hilang entah di mana-mana.
Banyak Memberi
Orang yang kedekut akhirnya menderita.  Kedekut di sini bukan sahaja kedekut duit – ada berbagai-bagai jenis kedekut.
Apa kesan kedekut?  Kesan perama adalah menyekat.  Sekiranya kita kedekut, bermakna kita sedang menyekat harta, ilmu, sahabat, kejayaan dan lain-lain.  Orang yang kedekut menyekat harta yagn bakal menjadi miliknya.  Orang  yang kedekut menyekat harta yang bakal menjadi miliknya.  Dengan sifat kedekutnya, hata yang bakal menjadi miliknya lesap ke tangan orang lain.  Begitu juga dengan ilmu, dengan kedekut, ilmunya tidak bertambah sebaliknya semakin berkurang.  Sahabat semakin berkurang, lama-kelamaan terus hilang kerana orang yang kedekut memang dibenci.  Jarang atauapun tidak pernah kita dengaar orang yang kedekut berjaya dalam hidup.
Ada satu kisah benar, bagaimana orang yang kedekut hdupnya berakhir dengan kepediahan.  Dari muda sampai ke tua, orang ini sangat kedekut.  Jangan cuba usik barang kepunyaannya.  Pijak kawasan kebunya adalah jenayah berat.  Minum di kedai kopi – secawan kopi boleh menjadi beberapa cawan – apabila hampir habis, minta ditambah air panas.  Pelikl  Makan di kedai?  Minta maaf – bawa bekal ubi rebus, keladi rebus dari rumah.  Makan tengahari?  Sekiranya boleh tidak perlu makan.  Jaga kesihatan?  Buang duit sahaja.  Belanja kawan?  Mustahil.  Oleh kerana terlampau kedekut, basikalnya tidak ada brek.  Breknya sudah putus.  Cuba disambung sendiri dengan dawai, putus lagi.  Dibiarkan sahaja.
Akhirnya kerana terlalu kedekut, terlalu menyekat makanan sejak muda, isterinya lari meninggalkannya.  Anak-anak pergi jauh.  Duit banyak tetapi terlalu sayang dengan duit, terlalu berat membelanjakannya.  Oleh kerana terlampau menyekat makanan, pada hari tua, beliau sakit kronik.  Tahukah kita apa terjadi?  Si kedekut ini menjadi miskin.  Duitnya yang disayangi selama ini terpaksa dikeluarkan semua bagi mengubati penyakit yang tidak pernah sembuh itu.  Habis sahaja duitnya, sembuh penyakit.  Tetapi beliau sudah miskin.  Duit habis, kawan tidak ada.  Apa hendak buat?  Menyesal.
Percayakah kita dengan putaran hidup?  Anak si kedekut ini pun menjadi kedekut juga.  Beliau mewarisi genetik ayahnya.  Sekiranya kita melihat seliparnya kita ketawa kerana seliparnya itu diikat-ikat dengan dawai dan tali rafia.  Memang nampak kelakar.  Terlalu kedekut, selipar barupun tidak mahu beli.  Penghujung hidup belum diketahui lagi kerana kini beliau masih lagi hidup.  Masih kedekut.  Sekiranya benar ada putaran hidup, beliau akan berakhir seperti ayahnya.
Orang yang kedekut harta adalah orang yang tidak faham konsep wang, tidak faham perjalanan wang.  Kita hanya mempunyai wang tidak memiliki wang.  Itulah yang sering dikatakann oleh orang yang berjaya dan benar-benar kaya.  Sekiranya kita bertanya kepada meraka, bagitulah jawapan mereka.  Maksud mempunyai wang ialah wang itu bukan milik mutlak.  Harta benda adalah pinjaman Allah, Wang yang ditangan kita bukan milik kita seorng diri.  Kita tidak tahu siapa yang turut sama mempunyai hak pada wang itu, tetapi yang pasti wang itu bukan milik kita seorang.  Sekarang, sekiranya wang itu bukan milik mutlak kita seorang, logikkah kita kedekut, enggan membelanjakan wang itu?  Bagaiman orang lain boleh mendapat hak mereka sekiranya kita enggan membelanjakan wang yang ada di tangan kita?
Wang juga sentiasa bergerak dari tangan ke tangan.  Wang juga tarik-menarik, wang di tangan orang lain menarik wang di tangan kita dan wang di tangan kita menarik wang di tangan orang lain.  Kita perlu turut sama dalam pergerakan wng itu.  Perlu membelanjakan wang kita.  Kerana itu, kita melihat bagaimana orang yang kedekut itu sedang menyekat rezeki yang sedang mendatangi dirinya sendiri.
Di sini, kita jangan tersilap.  Bukan maksudnya kita perlu boros, tidak payah berjimat-cermat.  Sebaik-baik perkara adalah sederhana.  Jadi, cara kita membelanjakan wang adalah antara boros dan kedekut.  Kedekut tidak, boros pun tidak.  Cara berbelanja yang normal.  Jumpa kawan ajak minum teh dengan ikhlas dan riang.  Anak minta basikal, insya Allah boleh dibelikan dengan riang dan ikhlas.  Anak hendak beli buku baru, boleh, tidak ada masalah.
Kita perlu menghapuskan fikiran hanya hendak menerima sahaja.  Kita tidak akan menerima lagi sekiranya kita tidak memberi.  Itu memang kehendak alam ini – bukan hanya menerima sahaja, perlu memberi.  Memberi dan menerima silih berganti.  Mustahil dapat menerima sekiranya enggan memberi.  Mustahi  dapat memberi sekiranya enggan menerima.
Kedai runcit dapat dijadikan contoh.  Mana ada kedai yang hanya menjual tanpa mengambil stok.  Mana ada kedai runcit yang hanya menyimpan stok tanpa menjual.  Ia perlu seimbang.  Urusan mengambil dan menjual stok ini menjadikan pekedai semakin berjaya.
Bahkan, sebelum menerima, perlu memberi terlebih dahulu.  Sebelum menerima gaji perlu memberi khidmat terlebih dahulu.  Sekiranya kita kedekut, enggan memberi, apakah yang kita terima?
Begitu juga dengan ilmu pengetahuan yang kita miliki.  Jangan kedekut dengan ilmu pengetahuan.  Ia bukan milik mutlak kita.  Oleh kerana bukan milik mutlak, tidak sepatutnya kita menyimpan untuk diri sendiri.  Percayalah, semakin banyak kita mencurahkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat, yang membawa kebaikan, semakin banyaklah ilmu pengetahuan yang kita terima.  Ini disahkan kebenarannya.  Semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita peroleh, kemudian digunakan ilmu itu, semakin cerah peluang kita mencapai kejayaan.  Ini kerana bagi mencapai kejayaan di dunia ataupun di akhirat ataupun kedua-duanya, kita memerlukan ilmu.  Yang tidak berfaedah adalah ilmu yang disimpan dan tidak digunakan.  Apatah lagi sekiranya ilmu kita itu dapat mengubah hidup orang ke arah kebaikan – bertambah-tambah berkat hidup kita.
Soalnya sekarang kepada siapa hendak memberi?  Silap memberi adalah seperti orang yang kaya menderma kepada orang yang tidak memerlukan sedanghkan lebih ramai anak-anak yatim yang mengharapkan pemberian itu.
1.             Memberi kepada Allah.  Walaupun Allah tidak sedikitpun menerima daripada kita.  Pemberian kepada Allah adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.  Bukan kerana nama, bukan kerana hendak balasan, tetapi kerana Allah.  Pemberian kepada Allah juga membawa makna melaksanakan segala apa yang disukai Allah dengan penuh keikhlasan dan sebanyak mungkin.
2.             Memberi kepada yang memerlukan.  Kita tidak akan tahu apa keperluan orang sekiranya kita tidak meninjau dan bertanya.  Ramai orang yang memerlukan wang daripada kita, harta dan ilmu yang bermanfaat.
3.             Memberi kepada diri sendiri.  Diri kita perlu diberi makanan.  Ilmu yang baik-baik adalah contoh makanan yang kita perlukan.
Cepat Mengambil Peluang
Orang kata, peluang yang baik datang hanya sekali sahaja.  Salah sama sekali.  Peluang yang baik lalu setiap hari di depan mata.
Cuma bagi setengah orang, mereka sendiri tidak tahu yang itu adalah peluang yang baik, kerana itulah terbiar begitu sahaja.  Walaupun ia peluang yang baik, ia tidak diambil kerana beliau sendiri tidak tahu itu adalah peluang yang baik.
Ibarat orang yang terjumpa kamera Leica tetapi tidak meminati fotografi dan hanya tahu Nikon dan Canon.  Beliau menyangka kamera Leica yang bentuknya agak hodoh itu adalah kamera yang tidak bernili.  Begitu juga sekiranya terjumpa kamera-kamera yang tidak bernilai.  Begtitu juga sekiranya terjumpa kamera-kamera yang tidak pernah didengar namanya seperti Contax, Topcon, Minox, Rollei.  Sedangkan kamera-kamera itu boleh diibartakan sebagai Roll Royce dalam fotografi.
Peluang yang baik hanya diketahui dan diambil sekiranya seseorang itu mengetahui dan memerlukan.  Peluang yang baik hanya datang kepada orang yang bersedia dengan wang dan kesanggupan.  Peluang yang baik hampir sama dengan nasib baik.  Nasib yang baik adalah untuk orang yang bersedia dan berusaha.  Semakin kuat berusaha semakin bernasib baik.
Pernah terdengar cerita bagaimana seorang yang mencari rezeki dengan mengorek sampah di timbunan sampah terjumpa gumpalan wang yang banyak di dalam timbunan sampah?  Adakah itu nasib baik?  Memang itulah nasib baik tetapi adakah pencari sampah itu duduk di rumah dan bermain-main dengan kucing?  Beliau berusaha kuat menggali timbunan smp0ah – semakin beliau kuat berusaha, semakin beliau bernasib baik.
Jadi kita sudah tahu, sebelum kita dapat mengambil peluang dengan cepat, kita sendiri perlu kenal peluang apakah yang kita mahukannya.  Apa yang kita kehendaki?  Hanya sekiranya kita sendiri tahu apa yang kita kehendaki baru kita kenal dengan peluang yang lalu di depan kita – sesuai ataupun tidak, ada persamaan ataupun tidak dengan apa yang kita hajati.
Misalnya, sejak dahulu lagi kita teringin menjadi penulis, suatu hari kita menyelak suarat khabar tersiar iklan mengikuti kursus penulisan.  Apa jadi pada masa itu?  Tentulah kita segera menjawab iklan itu.  Bagaimana sekiranya tidak berhajat menjadi penulis?  Tentulah walau seribu iklan berkenaan kursus penulisan tersiar, kita tidak mempedulikannya.
Selama ini kita mempunyai cita-cita memiliki perniagaan sendiri tetapi tidak mempunyai modal yang banyak, tidak cukup pengalaman.  Suatu hari kita diberitahu berkenaan peluang perniagaan.  Peluang itu sama dengan apa yang kita kehendaki – perniagaan dengan modal yang kecil, tidak perlukan pengalaman tetapi perlukan pengetahuan dan dapat berkembang pesat ke seluruh negara.
Sekarang kita tahu kerenah peluang, iaitu hanya kita temui sekiranya itulah yang kita kehendaki dan kita perlu mengambilnya dengan cepat.  Mesti.  Sekiranya kita tidak cepat mengambilnya, ia pergi dengan cepat.  Itulah juga kerenah peluang – datang dengan cepat, pergipun begitu cepat.  Contohnya, kawan kita yang terjumpa gumpalan wang di tempat pembuangan sampah.  Sekiranya beliau tidak mengambil dengan cepat, gumpalan itu tertimbus ataupun orang lain pula yang mengambilnya.
Contoh peluang yang cepat – baru baru ini negara kita dilanda jerebu.  Dalam kempitan ada kesempatan.  Seorang ternampak peluang membuat wang dengan adanya jerebu.  Beliau segera menghubung kilang pembuat topeng penutup hidung.  Segera juga beliau membuat publisiti besar-besaran berkenaan keperluan topeng itu.  Jadi, dalam keadan negara menghadapi jerebu, beliau berpeluang membuat duit.  Agaknya beliaulah orang paling berharap jerebu berpanjangan.  Bagaimana pula dengan pengilang lilin?  Mengapa lilin masih lagi diperlukan dalam kita memasuki abad 21?  Ini kerana tersedia peluang.  Apabila pengilang itupun berharap sekiranya boleh, setiap hari terjadi black out.
Apa yang kita mahu ketengahkan di sini adalah peluang.  Peluang memang sentiasa lalu di depan mata, bukan semasa berlaku kesempitan sahaja.  Memang peluang lebih banyak terjadi sekiranya berlaku kesempitan atau masalah seperti Carrier yang mencipta pendingin hawa kerana adanya cuaca panas.  Ada masalah, ada keperluan, ada peluang.  Pak Ali membuka kedai kopi kerana adanya masalah, ada keperluan, ada peluang.  Ramai yang memerlukan kedai kopi.  Kadang-kadang sangat ramai.
Soalnya adalah berapa cepat kita dapat menangkap peluang itu dan menukar peluang itu kepada perkara-perkara yang berfaedah?  Orang yang berjaya pantas mengenali peluang dan dengan pantas menangkap, mengambil peluang itu, dikerjakan dengan segeral.  Orang yang gagal, walau peluang yang baik lalu di depan mata, hanya melihatnya sahaja.  Berat tangan hendak menangkapnya.
Berapa pantas kita mengambil peluang itulah kunci kejayaan kita.  Ada orang tahu kenal yang lalu di depan mata adalah peluang yang baik tetapi tidak segera mengambilnya.  Itulah orang yang gagal.  Oleh kerana kerenah peluang adalah – cepat datang, cepat pergi, kita perlu mengikut rentaknya iaitu perlu cepat.
Tetapi, ada pengecualian.  Peluang yang baik dan tidak baik sentiasa berlegar di sekeliling kita.  Sekiranya datang seorang putar alam menawarkan peluang yang tidak baik, adakah kita mengambilnya dengan pantas?  Yang perlu diambil dengan pantas adalah peluang yang baik sahaja.  Bagaimana mengenali sama ada baik ataupun tidak baik?  Sekiranya masih kurang berpengalaman, cara yang terbaik adalah dengan bertanya kepada orang yang jujur.  Bukan bertanya kepada seorang.  Kita mencari maklumat daripada beberapa orang yang jujur.  Ingatl kita mempunyai dua telinga dan di tengah-tengah telinga adalah otak.  Dengar kanan dan kiri, pertimbangan dan keputusan dilakukan oleh otak.  Pertimbangan dan keputusan adalah hak kita sendiri selepas mengumpulkan maklumat. 
Sekiranya kita serius mahu menjadi manusia yang berjaya, tangkap segera peluang yang baik, kerjakan segera.
Memasarkan Diri, Mencari Sahabat
Kembali pada kedai runcit di tempat kita.  Kedai itu sungguh hebat, lengkap, susunan barang-barangnya menarik dan warnanya meriah.
Sekarang, sekiranya tidak ada orang yang datang ke kedai itu, apa jadi pada kedai itu?  Tidak sampai sebulan kedai itu akan tutup.  Kita manusia yang mahu kejayaan perlu pandai memasarkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat, diterima oleh masyarakat, dikehendaki oleh masyaarakat.  Mengapa?  Ini kerana kita hidup dalam lingkungan masyarakat.  Hanya sekiranya kita diterima oleh masyarakat dan kalangan manusia, barulah kita menemui kejayaan.
Kembali semula ke kedai runcit.  Disamping taukeh kedai itu perlu sentiasa meningkatkan keadaan kedainya, beliau juga perlu sentiasa menambahkan bilangan pelanggan ataupun mencari jalan supaya pelanggan yang ada lebih kerap berbelanja di kedainya.  Persamaan dengan diri kita? 
Disamping kita terus mempertingkatakan diri kita, kita juga perlu terus memperkenalkan diri, perniagaan dan servis.
Bagaimana caranya?  Caranya adalah dengan menambahkan jumlah kenalan dan sahabat kita.  Hari ini kita tidak susah fikirkan bagaimana cara menambahkan musuh dan menyakitkan hati oang.  Hari ini kita jangan cari musuh, kita cari nsahabat,  hari ini kita jangan menyakitkan hati orang, kita menyukakan hati orang.
Semasa Tuhan mahu menjadikan manusia, malaikat bertanya:  Tidakkah mereka akan melakukan pertumpahan darah?  Sudah jelaskah kita mengapa malaikat bertanya begitu?  Sebabnya, manusia memang suka bergaduh, suka cari fasal, suka bercakaran, suka berperang, suka berdengki-dengki.  Pastikan juga, manusia-manusia yang begitu adalah manusia-manusia yang gagal ataupun jika berjaya, kejayaannya menyeksa diri sendiri.
Pada hari ini kita ubah.  Kita ubah hati kita daripada manusia yang suka cari fasal kepada manusia yang suka cari sahabat.  Manusia yang dilingkungi sahabat-sahabat yang baik, hidupnya riang dan berjaya.  Sejenis lagi manusia iaitu manusia yang dilingkungi kenalan-kenalan yang tidak baik, berperangai buruk, hidupnya tidak aman, terus gagal.
Kita memang hendak cari sahabat, tetapi mahukah mereka bersahabat dengan kita?  Seperti kedai runcit tadi, kedua-duanya perlu seimbang – mempertingkatkan keadaan kedai dalam masa yang sama mempertingkatkan jumlah pelanggan dan kekerapan pelanggan berbelanja.  Jikalah kedai runcit itu tidak menarik, barang selalu tidak ada, malap,  mahukah pelanggan datang?  Mahukah pelanggan mengekalkan kesetiaan?’  Tidak mungkin, melainkan pembeli yang tersesat.  Diri kitapun begitu juga.  Perlu diberi perhatian, ada peningkatan, ada sesuatu dalam diri kita yang menyebabkan orang mahu bersahabat.
Pada suatu hari, seorang yang sedang mencari rumah menemui tuan rumah Yahudi.  Lelaki Yahudi itu menawarkan harga 2,000 dinar bagi rumah itu.  Lelaki itu terkejut dan berkata:  Setahu saya rumah itu nilainya hanya 1,000 dinar.
Benar.  Kata lelaki Yahudi itu:”  Saya minta 1,000 dinar bagi harga rumah itu dan 1,000 dinar lagi kerana kamu dapat berjiran dengan Ibnu al Mubarak.  Ibnu al Mubarak adalah orang yang warak dan bijaksana.
Daripada cerita itu, kita sendiri dapat mengetahui apa yang ada dalam diri kita, reputasi kita menyebabkan nilai diri kita meningkat.  Ramai yang hendak berkawan dan bersahabat dengan kita.
Jadi, bagi menambahkan bilangan sahabat, kita perlu sentiasa menjaga reputasi dan sentiasa meningkatkan diri kita.  Benarlah kata orang tua:  Sahabat yang baik dan ramai, menambahkan rezeki dan menjadikan hidup aman tenteram.
Walau apapun bidang kita, walau apapun pekerjaan kita, menjadi kera sumbang adalah jalan menuju kegagalan.
Jadi, bagaimana caranya mencari kenalan?  Sekiranya kita melihat cara usahawan berbangsa cina mencari kenala, kita pasti mengikuti jajak langkah merka.  Sebaik sahaja mereka berkenalan ataupun diperkenalkan, dengan segera mereka bertukar kad perniagaan.  Bagi suahawan Cina, kad perniagaan adalah alat yang paling penting.  Dalam satu seminar, ada sesi khas untuk mereka bertukar-tukar kad perniagaan di kalangan hadirin.  Sebaliknya kita selalunya enggan menghulurkan kad melainkan diminta.  Ubah cara kita, tempah kad banyak-banyak dan sentiasa bawa beberapa keping bersama.  Sebaik sahaja berkenalan dan diperkenalkan, terus hulurkan kad.  Tidak pernah ada orang yang menolak apabila dihulurkan kad.  Kad adalah cara mempromosikan diri.
Serterusnya, cara menambahkan bilangan sahabat dan mengekalkan sahabat adalah:
1.             Perbaiki keadaan diri kita.  Ini perlu  buang sikap sombong ego, perasan dan berlagak pandai.
2.             Setiap kali mahu bercakap, fikirkan adakah cakap kita itu menyakiti hatinya.  Hari ini hendak membunuh orang tidak perlu pakai pedang, hanya pakai mulut sahaja.
3.             Ada sesuatu dalam diri kita yang diperlukan.  Sebagaimana kita memerlukan sesuatu daripada orang, begitulah juga orang memerlukan sesuatu daripada kita.  Sesuatu itu mungkin kebolehan, ilmu dan lain-lain.
4.             Jadilah orang yang mesra, peramah.
5.             Jadi pendengar yang baik.
6.             Rasa hormat-menghormati perlu sentiasa dikekalkan sekalipun sudah menjadi sahabat karib.
7.             Sentiasa fikirkan cara menyukakan hati sahabat.
Bagaimana pula halnya sahabat yang tidak baik?  Sekiranya tidak baik, selayaknya dipanggil kawan atau kenalan sahaja.  Kenalan atau kawan yang tidak baik akan mempengaruhi kehidupan kita.  Suatu hari nanti, pasti kita terkena.  Pengaruh kawan dan kenalan amat kuat sebagaimana hadis ada menyebut:  Bagi mihat peribadi seseorang, lihatlah sahabat-sahabatnya.
Sekiranya sudah tahu ular itu bisa, mengapa kita menyimpannya di dalam poket?  Lebih baik tidak mengenali daripada berkenalan tetapi merosakkan diri kita akhirnya.  Kita berkawan dengann penipu, lama-kelamaan, percayalah kita akan menjadi penipu.  Bercakap seperti penipu, berjalan seperti penipu ketawapun seperti penipu.  Tidak lama kemudian hanya hendak mengena dan kelentong orang sahaja.  Jika pun kita tidak menjadi penipu, tetapi reputasi kita sudah tercemar.  Berdiri berhampiran dengan lecak, lama-kelamaan pasti terkena percikan lecak itu.
Adalah hak kita bagi menapis kenaan yang baru dikenali.  Pilih sahabat yang boleh membantu menaikkan taraf hidup kita sahaja.
Cara Yang Lebih Baik
Sekiranya kita mempelajari fotografi, kita diajar teknik mudah mengambil gambar yang terbaik.  Caranya adalah beralih tempat.  Sekiranya gambar yagn tertera di viewfinder itu sudah dikatakan baik, beralih ke tepi, kita memperoleh sudut  pandangan yang lebih baik.  Itu sudah baik?  Beralih ke tepi lagi – kali ini jauh lebih baik.
Jika sesuatu cara itu baik, tentu ada cara yang lebih baik lagi.  Asalkan kita mahu berusaha lebih mencari yang lebih baik.
Bukan kerana tamak, bukan tidak bersyukur, bukan tidak cukup, tetapi apa yang kita cari adalah kebaikan dan menggunakan potensi keupayaan diri kita secara maksimum.  Sekiranya ada cara yang lebih baik, mengapa tidak kita menggunakannya.
Fikiran manusia memang sediakala kreatif.  Dengan mencari yang lebih baik, kita menggunakan sepenuhnya daya kreativiti kita.  Yang paling penting, sentiasa mencari yang lebih baik itu akan membawa pada kejayaan yang lebih besar.
Bagaimana sekiranya cara yang digunakan sekarang ini sudah disahkan dapat mendatangkan kejayaan?  Teruskan cara itu, sambil sentiasa mencari sudut:  Bagaimana supaya apa yang saya lakukan ini menjadi lebih baik lagi?
Pertanyaan itu adalah berkenaan hasil.  Hasil yang baik dimulakan dengan cara yang lebih baikl  Mengapa perlu begitu?  Ingat, 10 tahun akan datang, hasil dan cara yang baik hari ini, belum tentu masih lagi hasil dan cara yang baik.
Telefon bimbit adalah contoh bagimana fikiran menusia yang kreatif sentiasa mencari cara yang lebih baik bagi hasil yang lebih baik.  Pada tahun 1986, telefon bimbit tidak dibimbit tetapi diusung atau dipikul.  Berat, besar, lucu.  Yang hebt poada masa itu adalah jelingan orang apabila melihat benda pelik itu diusung.  Hebat sekali pada masa itu.  Pada tahun 1996, 10 tahun kemudian, sudah muncul telefon bimbit yang sebesar kotak rokok.  Sekiranya ada cara yang baik, tentu ada cara yang lebih baik lagi.
Bagi mendapatkan cara yang lebih baik, kita manusia memerlukan ilmu pengetahuan.  Ilmu pengetahuan digabungkan dengan fikiran kreatif dan pertanyaan:  Bagaimana boleh saya mendapat hasil yang lebih baik?  Dan akhirnya tindakan, insya Allah, kita memperoleh cara yang lebih baik dan hasil yang lebih baik.
Di mana mahu mendapatkan ilmu?  Kita keluar mencarinya dengan menggunakan mata, telingan dan hati.  Mulut dibuka hanya bagi bertanya bukan menunjuk pandai.  Imam Malik pernah berkata:  Ilmu itu perlu dicari oleh orang yang memerukan, bukannya mencari orang yang berhajat kepadanya. 
Jadi, apa sahaja pekerjaan yang sedang kita lakukan sekarang ini memerlukan kita berilmu.  Sekiranya tidak berilmu, tentu sekali tidak tahu bagaimana mendapat cara yang lebih baik.  Tanpa memikirkan cara yang lebih baik, pasti ketinggalan ke belakang ataupun ditinggalkan oleh keadaan.
Memang tersedia cara ang lebih baik.  Selalu orang berkata:  Hanya langit batasnya.  Tetapi, apa yang menyebabkan tidak dapat  cara yang lebih baik adalah kerana kebanyakan manusia enggan menggunakan fikiran kreatif.  Akal dan kebijaksanaan manusia memang luar biasa.  Fikiran kita sudah sedia kreatif tetapi enggan mengunakannya.  Kebanyakan kita enggan mencari cara yang lebih baik kerana selesa dengan cara yang ada sekarang.  Yang kita terlupa adalah dunia ini sentiasa berpusing, meninggalkan kita di belakang sekiranya kita enggan mencari cara yang lebih baik. Sepatah kata Edison:  Tentu ada cara yang lebih baik, carilah.
Bagaimana mencari cara yang lebih baik supaya mendatangkan hasil yang lebih baik?
1.             Jangan jadi manusia yang pasif.  Ingatkan diri sendiri yang dunia ini sentiasa berubah.
2.             Sentiasa bersedia dngan cara yang lebih baik.  Itulah juga peringatan kepada diri sendiri setiap hari.  Cara tersedia, hanya perlu mendapatkannya sahaja.
3.             Setiap kali mahu melakukan satu-satu pekerjaan, soal diri sendiri:  Bagaimana boleh saya melakukan dengan lebih baik lagi?
4.             Pelajari cara orang lain.  Kita perlu mengintip cara orang melakukan sesuatu pekerjaan kemudian diubahsuai mengikut keupayaan diri sendiri.
Kita tidak mahu dikatakan sebagai orang yang ketinggalan jadi, sentiasa buka mata, buka telinga, gunakan akal mencari cara yang lebih baik.  Cara yang lebih baik sentiasa terseda.  Cari dan gunakan.
PENUTUP
Dalah hidup ini, pilihan hanya ada satu sahaja – sama ada mahu berjaya ataupun mahu gagal.  Kelengkapan, kemudahan semuanya sudah tersedia di sekeliling kita, disediakan khas untuk kita.  Soal utama di sini adalah antara hendak ataupun tidak hendak, mahu ataupun tidak mahu.  Sekiranya mahu dan hendak tentu tersedia jalan.  Sekiranya tidak hendak dan tidak mahu tentu tersedia alasan demi alasan.
Hari ini adalah hari yang paling baik untuk kita mula bertanya kepada diri sendiri.  Tanyakan:  Apakah misi saya hidup di dunia ini?  Toleh ke belakang, apa yang sudah kita lakukan selama ini, kemudian bandingkan dengan hasil yang kita peroleh pada hari ini.
Tanyakan lagi:  Apa yang sudah saya lakukan  untuk diri saya, masyarakat, keluarga saya dan agama saya?
Jika jawapannya:  Tidak banya.  Maka inilah juga masanya mengangkat sauh, menghapuskan magnet bagi membina kejayaan yang lebih banyak dan besar lagi.
Di dunia ini terdapat 4 golongan manusia:
1.             Manusia malang:  Manusia yang berjaya di dunia gagal di akhirat.
2.             Manusia sangat malang:  Manusia yang gagal di dunia dan gagal di akhirat.
3.             Manausia beruntung:  Manusia yangberjaya di dunia dan Insya Allah berjaya di akhirat.
Satu golongan lagi, bahkan dapatlah dikatakan tidak layak menjadi manusia adalah golongan yang enggan merusaha membina kejayaan hidup di dunia dan akhirat.  Boleh berusaha tetapi engan berusaha – manusia jenis apakah itu?  Hendak dimasukkan golongaan yang mana?
Gagal dan berjaya salih berganti.  Tidak mungkin manusia boleh menang sepanjang masa.  Tidak mungkin juga manusia ditakdirkan gagal sepanjang masa.  Apa yang penting adalah cara menukar kegagalan kepada kejayaan.  Bukan gagal dianggap sebagai ketentuan hidup.
Orang yang menganggap apabila gagal segalanya sudah berakhir, gagal adalah ketentuan hidup, tidak akan menemui apa-apa kejayaan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nota Automotif (P115 - 1, 2, dan 3)

KESELAMATAN BENGKEL Menghindari perkara-perkara yang mendatangkan bahaya terhadap:- 1. Diri Sendiri 2. Diri Orang Lain 3. Peralatan dan mesin-mesin Tujuan Mengelakkan dari terjadi kemalangan masa kerja. Keadaan Tempat Kerja 1. Peredaran udara yang baik 2. Kerbersihan, Kering, tiada berminyak dan lapang 3. Terang dan cukup cahaya 4. Pengadang-pengadang pada mesin-mesin bergerak 5. Pakaian yang sesuai, Elakkan pakai tali pinggang, tali leher, lanyard dan lain-lain. 6. Peralatan elektrik serta masin berkeadaan baik dan boleh digunakan. Pahat tidak berbentuk cendawan, penggunaan spana yang betul. 7. Berhati-hati semasa kerja dan jangan bergurau 8. Gunakan keberatan lutut dan paha bila mengangkat benda berat. KESELAMATAN BILIK ELEKTRIK Terdedah kepada kejutan elektrik 1. Tangan sentiasa kering semasa memegang alat elektrik 2. Peralatan elektrik, plug, wire, soket, fius berkeadaan baik dan boleh digunakan. 3. Wire bumi (earth) baik dan berfungsi. 4. Jangan sentuh wire t

AL HIKAM

NOTA PENERBIT بِسۡمِ للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ Ilmu ketuhanan amat berguna untuk dijadikan rujukan dan peringatan kepada setiap insan yang bergelar Muslim.  Ilmu Allah maha luas untuk manusia yang kerdil menerokainya.  Namun kita dituntut untuk menimbanya sebanyak mungkin. MUQADDIMAH Tuhan yang mengisi hati para walinya dengan kasih sayangnya dan mengistimewakan jiwa mereka dengan memperhatikan kebesarannya dan mempersiapkan sir (rahsia) mereka untuk menerima bahan makrifatnya, maka hati nurani mereka merasa bersuka-ria dalam kebun makrifatnya dan roh mereka bersuka-suka di dalam malakutnya, sedang sir mereka berenang di lautan jabarut, maka keluar dari alam fikiran mereka berbagai permata ilmu dan dari lidah mereka mutira hikmat/pengertian.  Maha suci Allah yang memilih mereka untuk mendekat padanya dan mengutamakan mereka dengan kasih sayangnya. Maka terbahagi antara salik dan majdzub dan menyintai dengan yang dicintai, mereka tenggelam dalam cinta zatnya dan timbul kemb

SOALAN OBJEKTIF AUTOMOTIVE

SOALAN OBJEKTIF AUTOMOTIVE 1) Pilih jawapan yang betul. a) Logam adalah satu benda, apabila dibakar ia akan menjadikan “basic oxide”. b) Logam ialah satu benda, apabila dibakar, menjadikan “basic oxide” c) Logam ialah satu benda, apabila dibakar menjadi “basic oxide” dan bila bercampur air akan menjadi alkali atau asid. d) Logam ialah satu benda, bila dibakar akan menjadi “basic oxide” dan bila bercampur air akan menjadi asid. 2) Utuk mengimpal logam keluli lembut (mild steel) menggunakan. a) Api biasa b) Api lebih oksigen c) Api lebih aksitilin d) Semu api tidak digunakan. 3) Soldering bit diperbuat daripada apa ? a) Steel b) Plastik c) Tembaga Merah (Copper) d) Timah 4) Biasanya palam pencucuh (Spark plug) boleh digunakan hingga: a) 5,000 batu b) 7,000 batu c) 10,000 batu d) 15,000 batu. 5) Bearing clearance, di bearing utama (main bearing) sesebuh engine dapat diukur dengan menggunakan: a) Feeler gauge b) Plastic gauge c) Oil gauge d) Kertas nipis 6) Leng