-->
PENDAHULUAN
Di dunia yang
dikatakan serba membangun ini, ada satu hukum ciptaan manusia yang mudah dan
menjadi amalan sejak sekian lama.
Sekiranya kita berjaya dan kaya, kita akan dihormati, disanjung dan
diletakkan di depan. Sekiranya kita kalah, gagal, tempatnya di tepi dan di
belakang terpinggir hingga ke Lokap kerana menjaga Anak Celebral Palsy.
Menyakitkan? Sememangnya hukum ciptaan manusia itu
menyakitkan. Ia tidak termaktub di dalam
mana-mana kitab undang-undang tetapi dengan mudah ia menjadi amalan.
Yang berjaya
memang seronok kerana dilayan seperti manusia.
Yang gagal tentu kurang seronok dan kecewa. Di situlah silapnya, sekiranya kecewa,
pastinya terus berada dalam kegagalan dan kemiskinan. Orang diamanahkan
Zakatpun tak nak pandang walau sebelah mata.
Sebaliknya, sekiranya kekecewaan itu ditukar kepada cabaran, hasilnya
tentu berbeza. Ingat, manusia mempunyai
banyak hak. Antaranya adalah hak
membangunkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat dan hak mencipta kejayaan.
Seolah-olah dunia
ini hanya menyebelahi orang yang berjaya sahaja. Bahkan orang yang rapat dengan kitapun lebih
mengutamakan yang berjaya. Terpaksalah
diterima, sekiranya gagal dan miskin, memang letaknya di tepi dan dipinggirkan. Bahkan, Polispun ambil jalan mudah untuk melokapkan
orang. Begitu juga dengan tingkah laku
mak mertua. Apabila cucu-cucu berkumpul,
mana-mana anak daripada menantu yang gagal dan miskin mungkin dikata, ”Budak
nakal, lasak”. Kebetulan sekiranya anak
kita ada bersama dan kita ini berjaya dan kaya, dikatanya anak kita, “Budak
aktif”.
Paling menghiris
hati adalah semasa hari perayaan, misalnya Hari Raya Aidilfitri. Kita pula miskin, rumahpun sudah condong,
beberapa darjah ke utara. Duduklah kita
di tangga menunggu tetamu. Bapa saudara
kitapun lalu dengan kereta yang hebat tapi tidak singgah, menolehpun tidak,
honpun tidak tetapi terus pergi ke rumah saudara di sebelah sana yang
kedudukannya lebih hebat daripada kita.
Tidak mengapa, balik nanti tentu beliau singgah. Tetapi sekali lagi bapa
saudara kita tidak singgah, menolehpun tidak, honpun tidak. Allah sahaja yang tahu betapa pilunya hati
kita. Nak harapkan kepada Dr Rozieta
Shaary, lebih memburukkan keadaan bokali.
Kita menentang
sistem yang membezakan antara gagal dan berjaya kerana kita tahu, harta benda,
pakaian hanyalah selaput yang menutupi.
Yang penting adalah empunya diri.
Tetapi kita tidak terdaya menentangnya. Mereka ramai dan hukum ini
diguna pakai secara meluas, univedrsal.
Ia seperti seorang dua yang menentang pencemaran alam, tetapi yang
merosakkan, yang melepaskan asap, yang menebang pokok, yang melepaskan gas CPC,
yang meratakan bukit, yang berangan-angan meratakan gunung dan yang menggunakan
plastik itu lebih ramai.
Apa yang perlu
kita lakukan sekiranya kita sekarang ini miskin dan gagal? Seperti yang kita katakan tadi, kita ada
hak. Gunakan hak yang ada bagi mengubah
kehidupan daripada menyakitkan kepada yang menyenangkan. Duduk diam dan
mengeluh hanya menambah kemiskinan dan kegagalan. Terlebih rehat, terlebih tidur hanya melebihkan
hutang. Yang buta teringin hendak celik,
mengapa pula yang celik teringin hendak buta?
Begini keadaan
kita hari ini, beginilah keadaan kita seterusnya. Malah bertambah teruk. Ini kerana, Allah tidak sekali-kali mengubah
nasib seseorang melainkan orang itu mengubah nasibnya sendiri terlebih dahulu.
Pertolongan daripada Allah hanya datang sekiranya seseorang menolong dirinya
terlebih dahulu. Allah hanya memberi sekiranya seseorang itu memberi kepada
dirinya dan kepada Allah terlebih dahulu. Semakin besar pemberian kita kepada
diri kita dan Allah, semakin besarlah perolehan kita.
Perolehan kita
bukanlah digunakan bagi menunjuk-nunjuk tetapi bagi keselesaan kita sekuarga
dan juga kebaikan. Kebaikan menutup dan menghapuskan keburukan, kejahatan. Dengan apa yang kita hendak membeli kebaikan
sekiranya diri kita gagal, miskin dan terpinggir? Bila masa kita hendak melakukan kebaikan
sekiranya sepanjang masa hanya digunakan bagi menyesali nasib diri yang gagal? Di mana hak kita sebagai manusia?
Kata orang,
“Sekiranya kita tidak mampu menentang mereka, lebih baik kita menyertai
mereka”. Kita sekarang dalam gelombang
di mana yang berjaya dan kaya diberi keutamaan, jadi kita perlu berusaha
menyertai mereka yang berjaya dan kaya.
HANYA ADA SATU PILIHAN
Orang kata, dalam
hidup ini terlalu banyak pilihan. Memang
kata orang itu benar. Sekiranya kita ke
Kedai hendak membeli sabun, ada berbagai-bagai jenis sabun. Sekiranya kita hendak menjadi doktor, ada
berbagai-bagai jenis doktor.
Tetapi dalam
keseluruhan hidup ini hanya ada satu pilihan kita. Pilihannya adalah sama ada naik ataupun
turun, sama ada berjaya ataun gagal.
Itulah sahaja pilihan yang ada.
Sejak zaman purba
lagi, manusia tidak boleh kekal, pada suatu tahap. Pusingan dunia ini, perubahan di sekeliling menjadikan seseorang sama ada
naik ataupun turun. Ini yang selalu
dilupakan oleh ramai manusia.
Sepanjang masa,
tarikan dan tolakan sentiasa terjadi.
Tolakan, menolak kita naik dan
tarikan menarik kita turun. Ia sama dengan kisah zaman Jepun. Apabila Toronaga menyuruh kita memanjat pokok
kelapa dengan muncung senapang diacukan kepada kita. Lajulah kita memanjat pokok kelapa. Tolakan dari bawah menyebabkan kita naik ke
atas. Tarikan dari atas iaitu matlamat
kita mendapatkan kelapa disokong dengan tolakan dari bawah iaitu keperluan dan
ini menjadikan kita bergerak pantas memanjat pokok kelapa.
Tidak ada manusia
dapat bertahan pada sesuatu tempat bagi jangka masa yang lama sekiranya beliau
tidak berusaha mempertahankannya, sama ada hidupnya terus naik ataupun turun
disebabkan oleh peredaran masa dan keadaan sekeliling.
Tidak ada yang
kekal di dunia ini melainkian Tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga dan
neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus beku di situ. Sama ada ia turun ataupun naik.
Jadi, di mana
kedudukan kita sekarang? Daripada situ,
kita perlu mengakui yang kedudukan kita di situ tidak kekal – sama ada turun
ataupun naik. Itu sahaja pilihannya.
Sejak zaman purba
lagi, proses menurun lebih mudah berbanding proses naik. Mendaki gunung lebih sukar berbanding
menuruni gunung. Memanjat pokok kelapa
lebih sukar berbanding meluncur turun.
Ini dilakukan lagi dengan apa yang kita lihat dan dengar. Sekiranya dahulu pada tahun 70-an dan 80-an,
ada seorang dua yang dihebohykan kaya dan berjaya. Lihat keadaan hidupya sekarang. Bagaimana?
Adakah kini mengayuh basikal ataupun memandu Mercedes model terbaru? Naik ataupun turun? Sekiranya naik, apa yang dilakukan selama
ini? Adakah beliau duduk diam?
Sekiranya turun,
apa yang dilakukan selama ini? Adakah
selama ini beliau mengatakan, “Saya lain, saya sudah stabil” Kerana perasaan dirinya sudah stabil, lebih dripada orang lain, beliau lupa dalam
hidup ini sama ada akan naik ataupun turun menyebabkan beliau tidak berbuat apa-apa. Kepercayaan yang keadaan hidup akan terus
kekal selamanya menyebabkannya meluncur turun.
Adakah semua
kerana takdir? Kita wajib percaya dengan
qada dan qadar. Kita hanya tahu takdir
kita pada masa lalu, tapi bagaimana takdir pada masa hadapan? Jangan sekali-kali kita lupa firman
Tuhan, ‘Tuhan tidak akan mengubah
...’(Ar Ra’d 13/11). Kita diberi hak
mengubah, mencorakkan hidup kita ini.
Tidak ada yang
kekal di dunia ini melainkan Tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga dan
neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus beku di situ. Sama ada ia turun ataupun naik.
Jika dahulu orang
bertanya, “Rumah kamu ada telefon?”
Sekarang orang bertanya, “Apa nombor telefon kamu?” Ini membuktikan
tidak ada yang kekal. Sekiranya dahulu,
tahun 60-an, 70-an bahkan 80-an telefon dianggap sebagai aset, kini dianggap
sebagai benda biasa. Sekiranya mesin
faks dianggap benda ajaib pada sekitar tahun 80-an, kini ia adalah benda yang
paling tidak ajaib. Sekiranya beberapa
tahun dahulu e-mel dianggap sebagai menambahkan prestij, kini orang jual ikan
di pasarpun ada e-mel. Pada tahun 80-an,
satu lagi benda ajaib muncul iaitu telefon bimbit, kini buruh kasarpun sudah
membimbit telefon. Sekiranya dahulu
mempunyai set kumputer menambahkan seri ruang tamu , kini kanak-kanak belum
tadikapun sudah pandai mengendalikan komputer. Tidak ada yang kekal di dunia
ini.
Manusia dan
benda-benda di sekeliling kita ini hanya ada satu pilihan, sama ada naik
ataupun turun. Bagaimana dengan pokok rambutan di depan rumah kita? Semakin subur ataupun sudah tumbang? Tidak ada yang kekal. Sama ada naik ataupun turun. Hiduppun betitu. Bagaimana kehidupan kita?
Apa khabar pula
rakan sekolah yang dahulu sama-sama didenda oleh guru kelas? Bagaimana kehidupannya? Adakah naik ataupun
turun? Sekiranya naik, apa yang
diusahakannya selama ini? Sekiranya turunpun, lihat juga apa yang diusahakannya
selama ini.
Dahulu, guru
sentiasa ditempatkan di kepala hidangan, kini kerja guru kurang dihormati
kerana sebahagian guru ada yang kurang akal.
Mengajar menggunakan emosi bukan mengajar menggunakan akal. Guru yang kurang berilmupun ramai. Yang mencabul anak muridpun ada. Dahulu apabilka dengar kerja kerani, orang
kampung mengatakan, “Wah!” Kini apabila
kita mengatakan pengurus belum tentu orang kampung ambil tahu kerana hendak
menjadi pengurus adalah murah, hanya lebih kurang RM55 sahaja. Daftar satu
perniagaan dan kita boleh meletakkan pengurus sebagai jawatan kita. Tidak ada yang kekal disanjung dalam hidup
ini. Dahulu apabila pelakon masuk
kampung, orang kampung heboh. Kini
apabila pelakun ataupun penyanyi masuk kampung, ramai yang buat tidak tahu,
ataupun nampak tetapi buat tidak nampak
Malah ramai yang mencebik.
Bagaimana dengan kaki pukul yang konon ceritanya, setiap hari memukul
orang? Dengan khabar hari ini beliau
pula yang setiap hari dipukul oleh Polis.
Tidak ada yang kekal sama ada naik ataupun turun.
Paling dekat, apa
perbezaan antara hari ini dan semalam?
Adakah hari ini lebih baik dari semalam ataupun lebih menurun dari
semalam? Orang yang berjaya dalam hidup
ini adalah orang yang kehidupannya, kebaikannya, amalnya lebih baik dari
semalam. Juga keburukan, kejahatan,
kegagalan, busuk hati dan dengki menjadi kurang dari semalam.
Ramai yang tidak
tahu, tidak menyedari dalam hidup ini hanya ada satu pilihan iaitu sama ada
naik ataupun turun, sama ada berjaya ataupun gagal. Adalah penting mengetaui hukum ini kerana
daripada hukum ini kita boleh tahu di mana kedudukan kita sekarang. Jika tidak tahu di mana kedudukan sekarang,
bagaimana hendak menentukan arah tuju kita?
Di dalam bangunana yang besar biasanya disediakan pelan bangunan yang
turut disertakan dengan perkataan “Kita berada di sini. Dari pelan itu kita menentukan arah yang
dituju. Begitu juga jika sekiranya sesat
di hutan, kita tidak mempunyai peta, tidak tahu “Kita berada di sini”, kita
semakin sesat.
Samalah hanya
dalam hidup ini, apabila tidak tahu di mana kedudukan sekarang, apa pilihan
yang ada? Sama ada naik ataupun turun, kita tidak tahu tempat tujuan kita. Bagaimana kita dapat sampai sekiranya kita
sendiri tidak tahu ke mana yang hendak dituju?
Dalam hidup ini
tidak ada pilihan yang membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap. Jangan sekali-kali mengatakan, “Saya sudah
stabil....” Sebaik sahaja mengatakan
begitu, kita sudah menurun menuju kegagalan.
Di sisi kita ada 2 jalan iaitu jalan menuju kejayaan dan jalan menuju
kegagalan; Pilihan di tangan kita.
Jika kita berada
di jalan kejayaan, ingat, disamping jalan kejayaan itu ada jalan
kegagalan. Sama ada kita terus berada di
jalan kejayaan ataupun akan terbas ke jalan kegagalan Sekiranya sekaranag kita berada di jalan
kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan jalan kejayaan. Sama ada kita terbabas ke jalan kegagalan
yang lebih gagal ataupun kita melonjak ke jalan kejayaan. Sama ada naik ataupun turun. Sama ada berjaya ataupun meluncur gagal.
Kita tidak boleh
mengubah masa lalu, tetapi kita boleh membentuk masa hadapan kita.
SUKA MENDENGAR CAKAP ORANG
Ia dikatakan
sebagai punca utama. Mendengar cakap
orang di ibaratkan menukar diri menjadi sampah yang boleh ditendang,
dihanyutkan dan dibuang sesuka hati.
Mendengar cakap
orang juga ibarat membiarkan diri menjadi lalang, ditiup ke sana sini mengikut
arah angin. Boleh juga diibaratkan seperti membiarkan orang lain menguruskan
diri kita. Di mana hak kita? Sekiranya
mendengar cakap orang, memang kita seolah-olah tidak berhak pada diri kita
sendiri. Hak kita diambil oleh orang
lain – hak itu diergunakan sepenuhnya bagi mengurus diri kita. Hidup siapa yang kita jalani? Hidup sendiri ataupun hidup orang lain?
Terlalu banyak
perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah
kakinya di jalan kejayaan, minggu depan kita melihatnya sudah berada dalam
kegagalan – hanya kerana mendengar cakap orang.
satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke alam
kegagalan.
Sekarang, imbas
kembali kehidupan masa lalu, kemudian menyusur sampai ke hari ini. Apa impian kita masa lalu dan apa pencapaian
kita? Adakah menepati impian kita? Sekarang, kita tinjau semula, adakah impian
yang tidak tercapai itu akibat daripada mendengar cakap orang? Sekiranya kita berjaya mencapai impian –
adakah impian itu dapat dicapai hari ini sekiranya pada masa lalu kita mendengar
cakap orang? Begitulah pentingnya kesan cakap orang. Mendengar cakap orang hanya memusnahkan hidup
sendiri.
Tidak ada 2
manusia yang serupa, Setiap orang
mempunyai sudut pandangan yang berbeza.
Kita mengatakan yang ini cantik, kawan kita mengatakan yang itu lebih
cantik. Kita mengatakan suara itu lebih
merdu, kawan kita pula mengatakan tidak merdu.
Kita mengatakan sedap, beliau mengatakan tidak sedap. Kita mengatakan undilah
PAS, beliau mengatakan undilah kita yang berpendidikan pondok.
Apa yang dikatakan
oleh orang adalah mengikut sudut pandangan atau perspektif mereka sendiri,
bukan daripada sudut pandangan kita.
Kata orang yang kita dengar bukan daripada sudut pandangan kita. Jadi, apa yang kita resapkan ke dalam otak
dan badan adalah perspektif orang.
Sahlah, sekiranya kita mendengar dan mengakui cakap orang bermakna
membiarkan orang menguruskan hidup kita.
Jangan bertanya
kepada orang yang tidak tahu. Sekiranya
kita mendengar jawapannya, bermakna kita membiarkan diri diurus oleh orang lain. Cara mengelakkan diri diurus oleh orang lain
adalah:
1.
Jangan bertanya kepada
orang yang disahkan tidak tahu.
2.
Jangan bertanya jalan
sekiranya tidak sesat.
3.
Jangan bertanya kepada
orang yang tidak pernah melakukan.
4.
Jangan meminta pendapat
orang yang disahkan mempunyai peribadi buruk.
5.
Mengingatkan diri yang
diri diurus oleh diri sendiri.
6.
Jika ada yang tela hati
memberikan pendapat, katakan dalam hati yang pendapat itu adalah pendapatnya,
bukan pendapat kita. Tidak ada
kena-mengena dengan kita.
Sentiasa ingat, di
sekeliling kita ini dipenuhi dengan unsur-unsur negatif. Manusia yang dengki, iri hati, busuk hati,
kecewa lebih ramai berbanding yang baik hati, jujur dan ikhlas. Orang yang negatif – Cakapnyapun berunsur
negatif, cuba mempengaruhi kita supaya seangkatan dengannya. Bahkan, orang ini kadang-kadang tidak sedar
apa yang diucapkan, tidak ada niat bagi menarik kita bersama dengan
mereka. Tetapi, oleh kerana unsur
negatif sudah sebati dengan mereka, tentulah kata-kata mereka ini tanpa
disedari, juga berfunsur negatrif. Yang
mendengarnya pula menjadi mangsa.
Hari ini,
sekiranya kita mahu mengelak daripada punca kegagalan, elakkan sama sekali
mendengar cakap orang. Tidak ada siapa yang menanggung akibat daripada
kegagalan diri kita melainkan diri kita sendiri. Masa depan kita adalah hak
kita. Masa depan itu rosak sekiranya
hari ini kita mendengar cakap orang. Siapa yang bertanggungjawab sekiranya kita
gagal? Ada mereka mengatakan, “Ini salah saya sebab saya dahulu yang
mempengaruhi kamu, jadi, inilah gantgi ruginya, sebuah banglo, kereta Porsche,
duit ....”
Tuhan
menganugerhahkan 2 telinga dan satu otak.
Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan meletakkan otak di antgara 2
telinga. Salah satu sebabnya – kita boleh mendengar cakap orang tetapi hendaklah
mendengar daripada kedua-dua belah pihak.
Kata-kata yang sampai di telinga perlu ditimbang dan dibuat keputusan
oleh otak sendiri. Bukan otak orang lain.
HIDUP ATAS SUDUT PANDANGAN ORANG LAIN
Satu lagi cara
gagal dan punca ini selalunya berpanjangan sekiranya kita menghendaki ia kekal,
ia akan kekal bersama kita seumur hidup.
Bahkan sekiranya
kita tidak menghendaki, tetapi kita merelakan, pasti punca ini harus kekal
sehingga akhir hayat kita. Satu
kehidupan yang sia-sia.
Apa sebenarnya
maksud hidup atas sudut pandangan orang lain?
Pernahkah kita menyebut, ‘Nanti apa apa orang lain kata’?, ‘Nanti apa
pula kata jiran-jiran’. ‘Nanti apa pula kata emak mertua aku’. Jika pernah menyebut begitu bermakna kita
pernah hidup atas sudut pandangan orang lain.
Apa yang kita lakukan seolah-olah perlu kelulusan orang lain.
Walaupun bukan
dalam bentuk kata-kata tetapi kita mesti ingat komunikasi bukan melaui
kata-kata sahaja. Komunikasi juga boleh terjadi melalui pandangan. Hanya melalui pandangan sahaja, hidup kita
dikuasai oleh orang lain – sekiranya kita membenarkan.
Pandangan mereka
itu kebanyakannya berbentuk kuasa bagi meluluskan ataupun sebaliknya. Contoh paling mudah, kita biasa menjadi
pelanggan tetap kedai A. Suatu hari kita terpaksa membeli di kedai B. Adakah
kita mengelak-elak supaya tidak dilihat oleh pekedai A? Sekiranya benar kita mengelak, bermakna kita
lebih mementingkan pandangan pekedai itu berbanding keperluan kita
sendiri. Itulah contoh kecil bagaimana
kita membenarkan orang lain menguruskan diri kita dengan padndangan mereka.
Kita lebih mementingkan pandangan orang lain.
Daripada contoh di
atas, kita mungkin berkata: “Mahu
menjaga hati”. Bagus sekiranya begitu
kerana kita orang Timur terkenal dengan budi bahasa. Apa yang lebih penting adalah, disamping kita
berbudi bahasa, kita juga mempunyai hak ke atas diri sendiri. Jangan sampai hak ke atas diri kita tergadai
kerana mementingkan perasaan orang lain.
Sekiranya boleh, biarlah hak kita tertunai dan dalam masa yang sama kita
menjaga hati orang lain. Pekedai A tadi,
adakah beliau menjaga hati kita?
Pernahkah beliau mengucapkan terima kasih kepada kita selama ini? Apa pula sumbangan kepada kita selepas datuk,
ayah dan anak-anak kita menjadi pelanggan tetap di kedainya? Bila kali terakhir beliau memberikan
gula-gula (Microwave) kepada anak kita?
Tidak ada
keadilan. Kita hendak menjaga hati
mereka tetapi mereka membalas kita dengan mengurus hidup kita melalui
pandangan. Kita hendak menjaga hati
mereka tetapi mereka seperti tidak pernah tergerak bagi menjaga hati kita. Apabila kita berjaya, mereka dengki dan
menyebarkan berita bukan-bukan. Apabila
kita gagal, merekalah orang pertama yang mengutuk habis-habisan. Apabila kita susah, mereka lari dulu, apabila
kita senang merekalah yang mendekati kita terlebih dahulu.
Mereka dengan
mudah mengurus hidup kita tetapi adakah mereka menguruskan keperluan dan
cita-cita kita? Adakah mereka mengisi beras di tempayan rumah kita?” Membayar bil?
Menyediakan wang dan peluang bagi masa depan kita? Bukankah semuanya tertanggung pada bahu
kita? Jadi, mengapa kita memusnahkan
hidup sendiri hanya kerana mementingkan pandangan orang lain? Hidup siapa yang kita urus dan alami? Kita dengan bangga boleh mengatakan, “Ini hidup saya, cara saya, masa depan saya”,
tapi di saat yang sama kita mengatakan “Nanti apa pula kata ...” Pada saat yang sama kita memberhentikan
dengan serta merta usaha yang membentuk masa depan hanya kerana bimbang
pandangan orang.
Apa yang lebih
memeranjatkan, orang yang mengurus hidup melalui pandangan adalah orang yang
rapat dengan kita – sahabat karib, jiran (pengurus nombor satu), keluarga dan
orang yang bersama dengan kita setiap hari. Benarlah seperti yang dikatakan,
‘Hendak mengenali musuh, carilah di kalangan sahabat’. Apa istilah yang paling layak untuk orang
yang menghalang atau merosakkan masa depan kita? Musuh.
Merekalah yang menyebabkan ada suatu perasaan aneh dalam hati apabila
kita hendak melakukan sesuatu. Jadi,
merekalah musuh kita.
Pedulikan
pandangan orang kerana mereka tidak pernah memenuhi keperluan kita, mereka
bukan pengurus hidup kita, mereka bukan penentu hidup kita.
Jika ditipu, yang
bersalah bukan yang menipu tetapi yang ditipu.
Jika hidup diurus oleh pandangan, yang bersalah bukan pandangan itu
tetapi orang yang dipandang.
Orang mengurus
hidup kita melalui pandangan adalah kerana kita membenarkan diri kita diurus
melalui pandangan. Jadi, jangan
menyalahkan orang lain, sebaliknya, diri kita perlu berhenti daripada
membenarkan orang lain mengurus hidup kita melalui pandangan.
Cara mengelak
daripada perkara buruk ini adalah:
1.
Sentiasa mengingatkan
diri kita yang menjalankan hidup kita sendiri.
Benar, kita hidup bermasyarakat, tetapi tanggungjawab pada hidup kita
terletak di tangan kita.
2.
Jika perlu, keluar
daripada lingkungan masyarakat yang beria-ia hendak mengurus hidup kita.
Jiran-jiran yang busuk hatinya memusnahkan hidup kita. Mana lebih kita sayangi? Hidup sendiri ataupun jiran-jiran yang sepanjang
masa mahu merosakkan hidup kita?
3.
Elakkan bergaul dengan
kumpulan manusia gagal, yang tidak tahu apa-apa tetapi dengan mudah memberitahu
kita, “Kamu kena buat begini...”
4.
Seboleh-bolehnya, jangan
meminta nasihat orang yang kita sahkan bodoh.
Ingatlah, sepatah kata daripada orang yang tidak tahu tetapi berlagak
tahu, dapat menghancurkan keseluruhan hidup kita.
5.
Jangan menceritakan
masalah kita kepada orang lain. Ini
kerana orang lain sudah cukup berat dengan beban masalah mereka sendiri.
6.
Setiap kali berdetak satu
perasaan dalam hati, bimbang apa kata orang lain, segera buang perasaan itu
jauh-jauh. Katakan Ah .. dengan
kuat. Menjerit jika perlu. Jeritan itu autuomatik menghapuskan perasaaan
bimbang ‘apa pula kata orang nanti’.
7.
Jangan cuba menguruskan
hidup orang lain, melainkan mereka dalam tanggungjawab kita misalnya anak dan
isteri sendiri. Apabila kita mempunyai
hak pada orang lain, kita tidak boleh marah apabila orang lain menumpang hak ke
atas diri kita sendiri.
8.
Apabila terpaksa memberi
nasihat, berilah nasihat sahaja. Jangan
pula mahu mengambil kesempatan bagi menguasai.
Tumpuan utama nasihat adalah kebaikan yang menerima nasihat, bukan
kebaikan untuk diri kita.
9.
Tidak perlu meminta
tunjuk arah sekiranya kita tahu arah yang kita hendak tuju.
Ingat, sekiranya
kita membenarkan diri kita di pijak, kita pasti di pijak.
Kita selalu
melaung-laungkan mahu menentang penjajah.
Tetapi, sedarkah kita yang ramai sekali musuh dalam dan luar selimut di
sekeliling kita yang bersedia menjajah diri kita? Sekiranya kita membenarkan diri kita dijajah,
penjajahan pasti terjadi. Sekiranya kita
membenarkan fizikal, fikiran dan hati kita dikuasai orang lain, salah diri kita
dikuasa oleh orang lain.
Asalkan kita
menjaga agama dan adab, tidak perlulah kita tunduk dengan sudut pandangan orang
yang hanya mahu mengurus hidup kita.
Sekali orang menguruskan hidup kita, selamnya kita hilang hak ke atas
diri sendiri. Selagi kita membenarkan,
selamanya hidup kita dikuasai orang lain.
TERIKAT PADA KEADAAN LALU
Kita boleh
perhatikan orang yang terikat dengan keadaan masa lalu, enggan bergerak kerana
mereka berasa selesa dengan mengenang kehebatan masa lalu. Mereka bimbang kehebatan yang sama tidak
dapat diperoleh sekiranya bertindak menjalani hidup pada hari ini. Orang yang terikat dengan keadaan masa lalu
engan beregerak kerana bimbang kegagalan diulangi lalu sekali lagi.
Orang yang terikat
dengan keadaan masa lalu tidak sedar yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa
pada keadaan yang sudah terlepas. Yang
ada di depan kita adalah keadaan hari ini, yang perlu dikerjakan pada hari ini. Kita tidak menjalani hidup pada hari semalam,
kita hidup dan mejalani hidup pada hari ini. Keadaan masa lalu tidak ada kena
mengena dengan keadaan hari ini. Cuma
yang ada kena mengena adalah pilihan yang kita buat pada masa lalu. Apa yang kita pilih, apa yang kita kerjakan
pada masa lalu memang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan kita pada
masa kini. Jangan lupa, apa yang kita
pilih, apa yang kita kerjakan pada hari ini ada kena mengena dengan kehidupan
kita pada masa depan.
Bayangkan apa akan
terjadi pada masa depan sekiranya hari ini digunakan bagi mengenangkan keadaan
pada masa lalu? Bermakna hari ini kita
memilih mengenangkan keadaan pada masa lalu.
Pilihan kita pada hari ini memberi kesan pada keadaan masa depan.
Apabila kita
mengenangkan keadaan masa lalu pada hari ini bermakna kita sedang membentuk
keadaan masa depan berdasarkan keadaan masa lalu, sedangkan kita tahu keadaan
masa lalu tidak ada kena mengena dengan keadaan masa depan.
Kita ambil petani
sebagai contoh. Tanamannya pada masa
lalui begitu menjadi. Hari ini, kerana
terikat pada keadaan masa lalu, petani itu tidak turun ke ladang. Beliau asyik duduk di kedai kopi berhampiran
dan bercerita, “Dahulu, apa yang saya tanam...” Sekarang kita boleh bertanya
kepada petani itu adakah keadaan pada masa lalu itu dapat membuatkan tanaman
akan datang hebat seperti masa lalu?
Adakah keadaan petani yang tidak melakukan apa-apa pada hari ini selain
sibuk bercerita keadaan masa lalu, boleh mempengaruhi keadaan tanaman pada masa
hadapan. Sudah tentulah tidak.
Sekiranya petani
itu memilih mengerjakan ladangnya hari ini barulah apa yang dikerjakan itu
mempengaruhi keadaan masa hadapan.
Petani yang lain
pula begitu kecewa kerana tanamannya pada masa lalu tidak menjadi. Hari ini,
beliau asyik mengenangkan kekecewannya itu.
Beliau tidak ke ladang kerana terlalu kecewa. Adakah keadaan tanamannya pada masa hadapan
bergantung pada keadaan tanamannya yang tidak menjadi pada masa lalu? Sama sekali kita tidak tahu hasil tanamannya
kerana Tuhan sahaja yang tahu. Bagaimanapun, kita tahu tidak ada apa-apa yang
terjadi sekiranya tidak ada langkah pertama.
Sekiranya tidak diusahakan, masakan tanaman tumbuh sendiri yang tumbuh
hanya lalang dan rumput.
Bagi petani itu,
langkah pertama beliau adalah menghapuskan kenangan lalu, melepaskan diri
daripada ikatan masa lalu dan mengerjakan apa yang ada di hadapan mata pada
hari ini. Pastilah keadaan masa lalu
tidak boleh dijadikan ukuran bagi keadaan masa hadapan. Tetapi keadaan hari ini
sememangnya boleh dijadikan ukuran pada masa hadapan. Sekiranya hari ini asyik
bersembang di kedai kopi, dengan sendiri kita boleh meneka bagaimana keadaan
hidup pada masa hadapan.
Jangan kita
fikirkan keadaan nasib dan tuah. Semakin
kuat usaha kita, semakin kita bernasib baik. Semakin banyak masa dihabiskan di
kedai kopi yang memekak, rimas, dipenuhi oleh orang perasan, maka nasib
pastilah semakin malang.
Mungkin satu
dalam 10 juta manusia menerima nasib
baik seperti dalam filem – bermalas-malas, tiba-tiba terjumpa gua yang penuh
dengan harta karun. Ataupun tiba-tiba
datang sepucuk surat daripada peguam memberitahu pakcik yang tidak pernah
dikenali mewariskan harta berjuta.
Bagaimana pula sekiranya kita bukan tergolong satu dalam juta itu?” Sudah lupakah dengan kata-kata Tuhan yang
sebahagiannya menyebut, “Kita hanya memperoleh apa yang kita kerjakan”.
Yang ditunggu
surat daripada peguam, tetapi yang sampai adalah surat yang memerlukan
wang Bil, surat saman, ansuran dan
lain-lain. Bolehkah semua itu dibayar
hanya dengan menggunakan nasib? Adakah
ada gua yang penuh dengan harta karun di depan rumah?” Yang ada hanya bauncer
tarik kereta. Gua tidak ada.
Bilakah masanya
boleh mengenang keadaan masa lalu?
Memang dibolehkan, tetapi bukan mengikat diri kepada keadaan masa
lalu. Apa yang perlu dikenang? Hanya dibolehkan mengenang kejayaan masa
lalu, kejayaan sahaja. Sekiranya mahu
mengenang kegagalan, cari kegagalan yang boleh membantu kejayaan. Jangan pedulikan kegagalan itu tetapi
pedulikan apa terjadi di sebalikk kegagalan itu. Apa pengajaran yang dapat diperoleh di
sebalik kegagalan itu.
Ambil iktibar
daripada kanak-kanak yang pertama kali menunggang basikal. Semalam jatuh berguling, hari ini naik
basikal semula, esok sudah dapat menunggan basikal dengan laju. Hari ini kanak-kanak itu tidak mengikat
dirinya kepada kegagalan semalam – tidak mengenang di sebalik kegagalan
semalam. Hari ini beliau memperbaiki
kesilapan semalam. Sekiranya semalam
punca jatuh kerana tidak ada imbangan, hari ini beliau tidak mengulangi
kesilapan yang sama. Hari semalam tidak
ada kenamengena dengan esok, tetapi hari ini bersangkut paut dengan esok. Hari ini enggan menunggang semula, esok lusa
jadi bahan ketawa kanak-kanak lain.
Namun kita manusia
dewasa tidak seperti kanak-kanak yang boleh melepaskan diri daripada ikatan
semalam. Kita manusia dewasa lebih
banyak mengikat diri kepada keadaan masa lalu.
Paling pasti, apabila mengingati kejayaan, ingatan itu malap, tidak
berseri, jauh dan kabur. Apabila
mengingati yang buruk, yang gagal, ingatan itu dekat, berwarna-warni, jelas,
lengkap, menjadi tumpuan. Oleh itu,
kegagalan lebih menarik minat. Fikiran
dan fizikal manusia lebih tertarik kepada apa yang menjadi tumpuan.
Jadi, mulai hari
ini, kita terbalikkan proses. Keadaan
lalu, sekiranya ia berbentuk kegagalan, maka ingatan kita padanya adalah jauh,
malap dan hitam putih. Sekiranya ia
berbentuk kejayaan, ingati, lihat dalam bentuk yang dekat, terang dan
berwarna-warni.
Dengan cara itu,
kita lebih tertarik kepada kejayaan masa lalu.
Ini kerana, fikiran manusia lebih tertarik pada apa yang dekat, terang
dan berwarna-warni. Dengan mengingat dan
menumpukan pada kejayaan lalu, kita lebih bersemangat setiap kali mahu
bertindak mencipta kejayaan yang sama ataupun yang lain.
Namun, apa yang
kerap terjadi, apabila mahu melakukan sesuatu, fikiran lebih tertumpu pada
kegagalan masa lalu. Kegagalan itu
digambarkan dengan terang, dekat, berwarna-warni dan menarik. Oleh itu, apabila mahu bertindak, diri
menjadi takut, tidak bersemangat kerana lebih mengingati kegagalan masa lalu.
Kerana mengikat
diri pada keadaan masa lalu, maka setengah orang terlupa hidup ini maju ke
depan bukan berundur ke belakang. Bagi
setengah orang, zahirnya hidup pada hari ini tetapi bainnya menjalani hidup di
masa lalu. Satu cara yang paling mudah
untuk gagal.
Kita bukan semakin
muda. Setiap hari yang mendatang
menjadikan kita semkin tua. Kita mengalami hidup hari ini dan akan datang. Jadi, apalah gunanya mengikat diri pada
keadaan masa lalu. Kita tidak boleh
mengubah keadaan masa lalu.
TERIKAT PADA KEADAAN SEKARANG
Selain terikat
pada keadaan masa lalu, terikat keadaan sekarang juga adalah punca kegagalan.
Sama ada keadaan
sekarang berbentuk kejayaan ataupun kegagalan, sama sekali kita tidak dapat
membiarkan diri kita terikat kepadanya.
Terikat pada keadaan sekarang membawa kita kepada keadaan masa lalu
kerana dunia ini berpusiang, maju ke depan. Hari ini kita berdiri di sini, kita
menjadi beku sekiranya terus berdiri di sini kerana di sekeliling kita penuh
dengan perubahan yang meninggalkan kita.
Jadi, kita perlu sentiasa bergerak mengikut rentak pusingan dunia ini.
Sebagai contoh,
kisah Sahibul Kahfi. Selepas sekian
tahun tertidur, beliau muncul di dalam bandar untuk membeli keperluan
mereka. Orang ramai di bandar melihatnya
dengan pandangan yang pelik. Terikat
pada keadaan semasa, menjadikan diri terjurus pada keadaan masa lalu. Bagaimanapun keadaan semasa bukan bersangkut
paut dengan fesyen semata-mata. Apa yang
dimaksudkan adalah keadaan semasa - hari ini. Bagaimana keadaan kita hari ini? Sihat?
Kaya? Berjaya? Miskin?
Gagal? Walau apapun keadaan
semasa yang kita lalu hari ini, jangan sekali-kali membenarkan jiwa dan fizikal
melekat, terikat kepadanya.
Banyak hari-hari
yang panjang menunggu di depan. Selesa
hari ini tidak semestinya selesa pada masa depan. Perdana Menteri hari ini tidak semestinya
terus Perdana Menteri di masa hadapan.
Di depan mata kita kerap kita lihat bagaimana yang kaya bertukar menjadi
miskin, yang miskin bertukar menjadi kaya dan tidak ketinggalan yang miskin
bertukar menjadi papa kedana. Yang
Perdana Menteri masuk penjara, yang dibuang Timbalan Perdana menteri bertukar
menjadi Perdana Menteri; “Apa sudah
jadi? Kata Masih Kebal?” Kita memulangkan paku buah keras.
Rasanya, di dunia
ini tidak ada orang dewasa, yang ada hanya bayi-bayi, sekiranya manusia
sentiasa mengikat diri pada keadaan semasa.
Daripada bayi bertukar menjadi kanak-kanak, remaja dewasa dan ini jelas
membuktikan manusia memang tidak boleh terikat pada keadaan semasa. Bukankah itu fitrah manusia? Sifat semula jadi manusia adalah bergerak,
berubah. Ini kerana dunia ini berpusing.
Bagaimanapun,
manusia lebih suka hidup terikat pada keadaan semasa dan ini suatu cara yang
pasti bagi memperoleh kegagalan dan berpindah ke arah yang lebih buruk. Ramai
yang menyangka, apabila sudah berjaya, kejayaan itu kekal. Hakikatnya, tidak ada yang kekal di dunia
ini. Usaha di tangan kita – kita
berusaha mengekalkannya. Berusaha, bukan
duduk diam terikat pada keadaan semasa.
Orang mengnyangka, apabila hidup gagal, miskin, itulah ketentuan
hidup. Itulah penamat. “Sudah takdir....”. soalannya, tahukan kita apa takdir masa
depan?
Kita halakan
sebentar pada perjuangan Nabi Muhammad yang kita sayangi itu terikat pada
keadaan semasa. Andainya beliau terikat
pada keadaan semasa, Islam tidak sampai kepada kita, Islam hanya berkembang di
Mekah dan Madinah sahaja.
Bahkan sebelum
itu, sekiranya beliau terikat pada keadaan semasa, bersama kaum-kaum jahiliah,
pasti kita tidak beragama Islam.
Kerana tidak mahu
terikat pada keadaan semasa, Nabi Muhammad bersendirian, menjauhkan diri
daripada kaum jahiliah. Bagaimana dengan
kita? Sekiranya keadaan sekeliling
berbentuk gagal seperti itu, adakah kita diam mengikat diri pada keadaan
semasa?
Seterusnya,
apabila Islam mula diterima di Mekah danMadinah, kemudian menjadi agama rasmi,
adakah Nabi Muhammmad terus terikatr pada keadaan semasa? Sekiranya terikat dengan kejayaan itu,
poastinya Islam tidak berjkembang ke bmi ini.
Bagaimana dengan kita? Adakah
kita terikat pada kejayaan yang sedang kita nikmati sekaran? Apabila kita tidak
mengayuh basikal, kita tidak akan terjatuh dari basikal.
Oleh kerana kita
sudah berjanji mengikut sunah Nabi Muhammad, pastinya kita mencontohi Nabi
Muhammad yang tidak terikat ada keadaan semasa.
Ada petani yang
mana tanamannya begitu menjadi pada musim yang lepas. Hari ini, beliau terikat pada keadaan
semasa. Duit ada lagi di dalam poket
menyebabkan beliau menjadi malas ke ladang, sebaliknya rajin ke kedai kopi
menceritakan, “Tanaman aku ...”. Apa jadi pada tanamannya pada masa akan
datang? Tidak ada tanaman, kerana hari
ini beliau tidak menanam. Kita menuai
apa yang kita tanam sahaja.
Petani yang kedua
pula sama dengan petani pertama tadi – tanamannya menjadi. Wang di dalam poketpun
sama banyak. Cuma wang yang ada itu
menyebabkan beliau malas ke kedai kopi dan rajin ke ladang. Beliau tahu, pada masa akan datang beliau
perlu menuai setiap hari, kerana itulah beliau perlu ke ladang hari ini, setiap
hari. Petani pertama terikat pada
keadaan semasa dan petani kedua tidak terikat ada keadaan semasa., Siapa yang gagal dan siapa yang berjaya?
Kita perlu
sentiasa ingat, walau apapun yang terjadi pada hari ini – ia bukan
penamat. Kerana bukan penamat, maka
tidak sepatutnya kita berhenti dan mengikat diri pada keadaan semasa.
TERLEBIH MAGNET
Sekiranya kita
serbuk besi, kita ditarik. Sekiranya
kita magnet, kita pula yang menarik.
Jadi, buatlah pilihan sekarang – menarik ataupun ditarik?
Tetapi, walaupun
kita menjadi magnet tetapi keliling kita ini banyak magnet, kita tetap ditarik
sebab magnet boleh menarik magnet.
Sekiranya magnetpun boleh ditarik, apatah lagi serbuk besi.
Jadi di sini, sama
ada serbuk besi ataupun magnet, kunci di sini adalah – kita perlu kuat. Jangan sampai ditarik-tarik.
Bagaimana pendaki
gunung dapat meneruskan pendakiannya sekiranya ada beberapa orang di bawah yang
sentiasa menariknya? Bagaiana
layang-layang dapat naik ke atas sekiranya talinya sentiasa ditarik ke bawah?,
bukan dilepaskan. Bagaimana kita boleh
ke hadapan sekiranya belakang, kanan, kiri ada yang menarik?
Najib bercita-cita
tinggi. Keinginannya berjaya menyebabkan
beliau bertindak memenuhi keinginannya itu.
Tetapi, sejak bertahun-tahun, tindakannya tidak pernah terjadi. Ini kerana sebaik sahaja beliau mahu bertindak,
ada banyak magnet yang menarik beliau.
Hendak keluar rumah, isteri sudah masam muka. Hendak buat itu, isteri bising, hendak buat
ini, isteri bising. Najib terlalu
menjaga perasaan isterinya sehingga beliau lupa yang berliaupun mermpunyai
cita-citanya. Citan-citanya ditarik oleh
kerana hendak menjaga perasaan isteri.
Kemudian sekiranya
beliau berjaya keluar rumah, tarikan disepanjang jalanpun banyak. Lambaian kawan-kawan dicampur dengan tarikan
yang kuat di kedai kopi menyebabkan beliau singgah. Satu lagi magnet.
Jadi, bolehlah
dikatakan sepanjang hidup Najib dikelilingi oleh magnet. Semakin lama, magnet itu semakin kuat,
semakin berkuasa. Najib semakin tidak
berdaya dan akhirnya menyerah. Sudah
takdir.... keluhnya. Sepatutnya Najib perlu tahu – beliau adalah
pemimpin dalam keluarga, bukan di pimpin.
Sekiranya kita di
pihak Najib, apa yang akan kita lakukan?
Di hadapan kita juga tersedia magnet iaitu matlamat, cita-cita atau
gol. Ia menarik kita dan kita menariknya. Soalnya, bagaimana kita boleh sampai ke matlamat,
sekiranya kita juga ditarik oleh magnet yang berada di sekeliling kita?
Hanya ada satu
cara melepaskan diri daripada belenggu magnet itu iaitu dengan menghapuskan
magnet itu sendiri. Bukan maksudnya
menyuruh menghapuskan isteri kita. Apa
yang perlu dihapuskan adalah suasana atau keadaan yang disebabkan oleh
magnet. Biarkan magnet itu ada di situ,
asalkan kita boleh menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet. Dalam kes Najib tadi, sepatutnya Najib
bertindak sebagai ketua keluarga di mana masa depan keluarga terletak di
tangannya. Memang masa depan milik Allah
tetapi manusia perlu mengusahakannya.
Najib perlu menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet. Beliau perlu tegas pada isteri dan
anak-anak. Beliau perlu sentiasa
mengingatkan dirinya yang beliau adalah pemimpin dalam keluarga.
Selain itu, cara
menghapuskan keadaan yang disebabkan oleh magnet adalah seperti berikut:
1.
Sentiasa mengingatkan
diri yang kita tidak akan sampai ke mana-mana sekiranya ada magnet yang kuat
menarik kita.
2.
Magnet, pada mulanya agak
lemah tetapi ingat, lama kelamaan ia menjdi kmuat. Sebaik-baik masa bagi meghapuskan kuasa
magnet adalah ketika ia masih lemah.
3.
Sama ada dikuasai ataupun
menguasai – pilihan kita hanya ada satu.
Memilih bagi menguasai, bermakna kita mestilah menguasai magnet itu,
bukan membiarkan diri dikuasai.
4.
Lebihkan bergerak. Ini memprogramkan fikiran kita supaya fizikal
kita tidak ditarik oleh magnet. Ia juga
memprogamkan fikiran supaya kita dapat membebaskan diri daripada sebarang
ikatan magnet
5.
Jangan sekali-kali
menganggap ada masa yang sesuai. Tidak
ada masa yang sesuai dan semua masa adalah sesuai. Menunggu masa yang sesuai bermakna sedang
membiarkan diri ditarik dan dikuasai oleh magnet. Menunggu masa yang sesuai bermakna sedang
memperhebatkan kuasa magnet.
TIDAK SANGGUP
Konon ceritanya
hendakkan itu ini, mahu berjaya, mahu kaya, mahu bergaya, mahu terkenal, tetapi
apabila ditanya, Kamu sanggup buat ini,
ini, ini? Jawabnya sudah boleh diduga sejek
awal lagi – Entahlah.
Antara kita dengan
apa yang kita hajati, di tengah-tengahnya adalah kesanggupan. Hanya sekiranya kita sanggup melakukan apa
sahaja yang diperlukan bagi sampai ke matlamat kita, berulah kita boleh
berjaya.
Contoh mudah, kita
mahu naik ke tingkat atas rumah. Di
antara tingkat bawah dengan tingat atas itu ada tangga. Sekiranya kita sanggup menaiki tangga itu,
barulah kita boleh sampai ke tingkat atas.
Sekiranya tidak sanggup tentulah kita akan terus duduk di tingkat bawah.
Di seberang sana
ada selonggok duit. Di depan kita ada
sungai. Sanggupkah kita berenang
menyeberangi sungai bagi mnendapatkan duit yang berlonggok itu? Sekiranya sanggup, insya Allah duit itu milik
kita. Sekiranya tidak sanggup, kita hanya berangan-angan memilikit duit itu.
Seandainya kita
sanggup, pasti kita menjadi kreatif, fikiran berbuka luas, memikirkan
barbagai-bagai cara dan jalan bagi menyeberangi sungai itu. Tetapi kerana tidak
sanggup, fikiran menjadi sempit dan
tertutup. Yang difikirkan hanya,
susahlah..... dan lecehlah......
Perkara yang sama
terjadi setiap hari. Betapa ramai
manusia di dunia ini yang berkehendakkan sesuatu tetapi tidak sanggup melakukan
sesuatu yang dapat membawa kepada perkara yang dikehendaki itu. Dahulu dengar khabar mahu fasih membaca
Quraan tetapi tidak sanggup pula hendak pergi berulang-alik belajar. Yang
sanggup hanya berulangn-alik ke kedai kopi.
Dua tahu lepas, dengarnya hendakkan kereta Porsche Carrera 911, tetapi
dengar khabar juga tidak sanggup bekerja lebih daripada orang lain, hanya
sanggup baring lebih di depan televisyen.
Betapa ramai orang
di dunia ini yang menganggap nasi boleh masuk terus ke dalam mulut secara
automatik? Mereka tahu sememangnya
mustahil nasi masuk ke mulut tanpa disuap tetaoi itulah anggapan yang sentiasa
ada dalam fikiran apabila berkehendakkan perkara lain selain nasi.
Tahukah kita,
setiap kali kita berkehendakkan sesuatu, tetapi tidak sanggup melaksanakan
perkara ataupun kerja-kerja yang boleh membawa kepada apa yang kita kehendaki,
kita sebenarnya sedang merosakkan sistem fikiran dan fizikal. Semakin kerap kita melakukan begitu semakin
rosaklah sistem itu.
Adalah jauh lebih
baik, kita tidak berkehendakkan sesuatu daripada berkehendakkan sesuatu tetapi
enggan atau tidak sanggup melaksanakan apa-apa.
Sekiranya pada
masa lalu kita berkehendakkan sesuatu tetapi enggan melaksanakan, lain kali,
apabila kita berkehendakkan sesuatu, secara automatik, diri kita sendiri
menyediakan tembok tidak sanggup di sekeliling kita. Walaupun perkara itu
mudah, tetapi kerana tembok tidak sanggup sudah mengelilingi, kita melihatnya
daripada sudut susah dan menambahkan lagi keengganan kita melaksanakannya.
Bukankah lebih
baik jangan berkehendakkan sesuatu daripada berkehendakkan sesuatu tetapi
merosakkan sistem fizikal dan mental. Membina
sendiri tembok tidak sanggup?
Kita manusia biasa
memang sentiasa berkehendakkan sesuatu.
Kadang-kandang di luar jangkauan dan tidak logik. Jadi, mengapakah menyusahkan diri membuang
masa berangan-angan, bercita-cita hendakkan sesuatu tetapi memang disahkan
tidak mahu, tidak sanggup melakukan sesuatu.
Sekiranya diri memang sudah disahkan tidak sanggup, tidak perlulah
membuang masa berkehendakkan sesuatu.
Mengapa agaknya
tidak sanggup? Antara puncanya adalah:
1.
Tidak percaya kepada diri
sendiri. Tidak percaya diri boleh
melakukannya.
2.
Tidak tahu cara mencapai
apa yang dihajati.
3.
Banyak bergaul dengan
orang yang menjadikan tidak sanggup sebagai gaya hidup.
4.
Banyak menghabiskan masa
di kedai kopi, bergaul dengan orang yang banyak cakap tetapi tidak pernah
melaksanakan cakapnya.
5.
Terpengaruh dengan
kata-kata dari kedai kopi, terutamanya susahlah ... dan mana boleh..
6.
Percaya kegagalan pada
masa lalu menyebabkan kegagalan pada masa hadapan.
7.
Tidak percaya kepada
jalan yang tersedia boleh membawa kepada matlamat.
8.
Kemahuan yang hanya
sipi-sipi atau separuh-separuh.
Sepatutnya ia perlu, Pasti, mesti hendak.
9.
Banyak bertanya dengan
orang yang tidak tahu atau lebih tepat lagi bertanya kepada orang yang bodoh
tetapi berlagak pandai.
10.
Bertanya kepada orang
yang dengki dan iri hati.
Orang yang berjaya
sentiasa menghindari perkara-perkara negatif.
Sekarang orang yang berjaya menyukai dan tidak menghindari perkara
negatif, pastinya mereka tidak berjaya.
Pastikan sendiri, lihat sendiri, pernahkan kita melihat orang yang berjaya
lepak berjam-jam di kedai kopi? Orang
yang lepak di kedai kopi adalah orang yang gagal menepati maksud
peribahasa: “Burung yang sama bulunya
terbang bersama”. Tengok OBO adakah ia
lepak di kedai kopi berjam-jam?
Kita perlu sanggup
melakukan apa sahaja yang baik, yang diperlukan bagi mendapat apa yang kita
hajati. Maksud sanggup di sini ialah
menyanggupi kesemua yang diperlukan bagi sampai ke matlamat kita. Bukan menyanggupi sebahagian. Mesti sanggup kesemuanya – 100 peratus. Bahkan 99 peratuspun tidak boleh diterima.
Sebaik sahaja kita mengatakan sanggup di mulut dan dalam hati
– terbukalah jalan-jalan dan kita memperoleh cara-cara yang kreatif bagi
mencapai apa yang kita idamkan. Ingat, di mulut dan
dalam hati. Jangan pula mulut mengatakan sanggup tetapi hati mengatakana tidak
sanggup. Berdetik sedikit dalam hati mengatakan kurang sanggup atau ada
sebahagian yang saya tidak sanggup, maka secara automatik matlmat kita lesap
entah ke mana-mana.
Sejarah di seluruh dunia membuktikan, sejak
dahulu, manusia yang mencipta nama adalah manusia-manusia yang sanggup
melaksanakan apa yang diperlukan antara kita dan cita-cita kita.
Cita-cita Nabi Muhammad adalah memastikan Islam
diterima dan berkembang. Adakah beliau
duduk di rumah sahaja? Beliau sanggup melakukan apa sahaja yang baik bagi
memastikan Islam diterima dan berkembang. Sekiranya Nabi Muhammad tidak sanggup
ataupun hanya menyanggupi sebahagian sahaja dan mengetepikan yang lain pastinya
Islam tidak sampai kepada kita. Kerana
kita diwajibkan mengikut sunah Nabi Muhammad, maka kita perlu mempunyai
kesanggupan sekiranya kita bermatlamat.
Inilah sebahagian
daripada cara memperoleh kesanggupan:
1.
Jangan sekali-kiali
bercita-cita terlalu besar kerana diri menjadi tidak percaya dan takut
melaksanakan cita-cita itu. Ini
menyebabkan tidak sanggup.
2.
Jangan bercita-cita terlalu
kecil kerana ini menyebabkan diri percaya kesanggupan tidak diperlukan. Cita-cita yang terlalu kecil juga menyebabkan
diri enggan bergerak.
3.
Sentiasa mengingatkan
diri, setiap apa sahaja yang dikehendaki memang memerlukan kesanggupan. Apa sahaja.
4.
Lebihkan bergaul dengan
mereka yang suka bertindak dengan pantas.
Maksudnya mereka yang sudah berjaya.
Ini kerana mereka tidak mungkin berjaya sekiranya mereka tidak mempunyai
kesanggupan. Tidak lama nanti, hasil
daripada pergaulan, kita menjadi seperti mereka, insya Allah.
TIDAK ADA KOMITMEN
Yang berada dekat
dengan tidak sanggup adalah tidak ada komitmen.
Komitmen bermakna berusaha sepenuh hati, melaksanakan apa yang
diperlukan dengan penuh kesungguhan.
Komitmen juga memberi makna sebagai mengikat diri kepada matlamat.
Sekiranya tidak
sanggup selalunya terjadi pada permulaan, tidak ada komitmen pula selalunya
terjadi selepas melaksanakan langkah-langkah.
Bagaimana gambaran
orang yang tidak ada komitmen? Lebih
kurang begini, selepas diterima bekerja, berangan-angan mendapat gaji yang
banyak pada hujung bulan tetapi enggan pergi kerja. Ataupun kadang-kadang sahaja pergi
kerja. Selebihnya lepak di rumah, lepak
di kedai kopi ataupun lepak di rumah bomoh.
Sekarang kita perlu bertanya, bolehkan beliau mendapat gaji yang
dicita-citakanya?
Jadi, tidak ada
komitmen bersamaan dengan lepas tangan.
Tepatlah apa yang diperkatakan selalu,
Sekiranya lepas tangan, terlepas segala-galanya. Ada komitmen bermakna mengerjakan apa yang diperlukan bagi menjayakan apa yang dihajati. Hendak ke seberang sana perlulah mempunyai momitmen supaya samapi ke seberang sana. Perlu mengerjakan apa yang diperlukan bagi samai ke seberang sana. Bukan lepas tangan ataupun berpatah balik ke kedai kopi.
Sekiranya lepas tangan, terlepas segala-galanya. Ada komitmen bermakna mengerjakan apa yang diperlukan bagi menjayakan apa yang dihajati. Hendak ke seberang sana perlulah mempunyai momitmen supaya samapi ke seberang sana. Perlu mengerjakan apa yang diperlukan bagi samai ke seberang sana. Bukan lepas tangan ataupun berpatah balik ke kedai kopi.
Betapa ramai
manusia di dunia ini yang tidak mempunyai komitmen atau komitmen mereka tidak
penuh. Kerana itulah mudah sahaja kita
melihat orang yang gagal berbanding orang berjaya. Syarat untuk kita menemui kejayaan dan bergelar
orang berjaya adalah kita perlu mempunyai komitmen sepenuhnya, mengerjakan
sepenuhnya apa yang perlu dikerjakan supaya sampai kepada matlamat, Mengerjakan kesemuanya, bukan hanya
sebahagian sahaja.
Ingat, kita hanya
memperoleh apa yang kita usahakan sahaja.
Kurang usaha kita, kuranglah perolehan ataupun mungkin tidak ada
langsung. Lebih usaha dan komitmen kita
maka Insya Allah Tuhan itu tidak pernah kejam kepada hambanya. Sekiranya hambanya kuat berusaha, lebihlah
perolehannya.
Soalan-soalan berikut
perlu kita tanya kepada diri sendiri, jika kita enggan berkomitmen:
1.
Bolehkah saya memperoleh
apa yang saya hajati sekiranya saya enggan mengerjakan apa yang diperlukan bagi
sampai kepada apa yang saya hajati?
2.
Apakah yang selalu
dikerjakan oleh orang yang berjaya sekiranya mereka bermatlamat?
3.
Adakah apa yang saya
hajati dapat diperoleh secara automatik tanpa saya bekerja?
4.
Apa yang saya peroleh
sekiranya melakukan komitmen?
5.
Apa yang tidak saya
peroleh sekiranyta enggan melakukan komitmen?
Tidak Percaya
Bahkan orang yang
percayapun kadang-kadang tidak dapat berjaya, apatah lagi sekiranya tidak
percaya – memang mustahil dapat berjaya.
Ada 2 kepercayaan
yang perlu kita terapkan di sini.
Pertama, memberi kepercayaan yang
tidak berbelah bahagi, penuh 100 % kepada diri.
Percaya diri sendiri dapat melakukan.
Ke 2, percaya
sepenunya, 100o %. Apa yang diusahakan dapat mendatangkan kejayaan.
Paling penting,
perlu dapat mewujudkan perasaan, tidak akan gagal. Bagaimana perasaan kita, apabila kita
melakukan sesuatu perkara dengan kepercayaan yang kita tidak akan gagal?. Kita akan merasai perasaan yang luar biasa –
seluruh perasaan, fizikal dan fikiran kita dipenuhi 100 % kepercayaan yang kita
akan berjaya jalan yang kita kerjakan akan memperoleh kejayaan. Kepercayaan begitulah yang perlu diterapkan
ke dalam fikiran dan fizikal kita.
Apabila kita dapat
menerpkan perasaan tidak akan gagal, kita akan memperoleh berbagai-bagai cara
dan jalan bagi sampai kepada matlamat kita.
Sebaliknya, apabila kita percaya tetapi kepercayaan tidak sepenuhnya,
segala jalan dan cara yang ada akan tertutup dengan sendirinya. Lagilah apabila tidak ada langsung
kepercayaan.
Begitulah
pentingnya kepercayaan. Kita sendiri
dapat meneka apa yang terjadi sekiranya Nabi Muhammad tidak percaya kepada diri
sendiri, tidak percaya Islam akan diterima dan berkembang.
Di Malaysia
sendiri, orang yang berjaya adalah orang yang percaya kepada 2 perkara. Percaya diri sendiri dapat melakukan, percaya
apa yang dilakukan dapat membawa kepada matlamat. Ini kerana kepercayaan mengandungi tolakan
yang menolak fizikal dan fikiran.
Manusia tidak bergerak, enggan bergerak sekiranya tidak percaya. Mengapa perlu melakukan perkara yang diri
sendiri tidak percaya? Kalaupun misalnya
bergerak, pergerakan itu tidak mendatangkan apa-apa hasi kerana sepanjang
perjalan asyik tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak percaya apa yang
dilakukan dapat mendatangkan kejayaan.
Setiap kali mahu
melakukan sesuatu kembalikan ingatan kita kepada kejayaan masa lalu. Walaupn ia kecil tetapi ia adalah kejayaan.
Apa yang kerap
terjadi, tersedia pilihan. Malangnya, ia
tidak boleh dipilih. Ia terjadi secara
automatik. Sekiranya tidak percaya diri
boleh berjaya secara automatik fikiran dan fizikal akan percaya yang diri dapat
gagal. Bahkan sekiranya kepercayaan
hanya separuh-separuh, tidak sepenuhnya, ia akan bertukar menjadi – diri boleh
gagal.
Mengapa tidak
percaya? Inilah sebahagian
punca-puncanya:
1.
Sepanjang masa hanya
mengingati kegagalan masa lalu.
Kegagalan masa lalu dibawa ke hari ini dan diserap masuk ke dalam
fikiran dan fizikal . Ingatan itu
menguasai fizikal dan fikiran.
2.
Setiap kali mahu
melakukan sesuatu, seluruh fisikal dan fikiran ditumpukan pada kegagalan masa
lalu. Gambaran kegagalan masa lalu lebih
jelas, terang berwarna-warni, besar dan dekat.
3.
Meminta nasihat daripada
orang yang tidak tahu.
4.
Tidak mengenali
kelebihan, potensi dan nilai diri.
Didalam diri manusia tersedia berbagai-bagai kelebihan dan
kekurangan. Orang yang tidak percaya
sentiasa menumpukan kepada kekurangan diri.
Sebaliknya, orang yang mahu memperoleh keperecayaan perlu lebih
menumpukan pada kelebihan diri.
5.
Bertanya soalan yang
salah. Nampaknya lebih ramai yang
bertanya dan tertanya-tanya sama ada di mulut ataupun dalam hati soalan
seperti: Sekiranya saya gagal
bagaimana? Mengapa tidak bertanya
soalan: Sekiranya saya berjaya bagaiman?
Apabila kita
percaya, bermakna kita sedang memfokuskan apa yang dikehendaki bukan apa yang
tidak dikehendaki. Bagaimana kita pergi
berbelanja? Apakah kita memberi tumpuan
kepada apa yang tidak kita kehendaki?
Apa faedahnya
memberi fokus ataupun menumpukan kepada kejayaan? Selalunya kita akan memperoleh, insya Allah,
apa yang menjadi tumpuan dan fokus kita.
Sebaliknya apabila
kita tidakpoercaya, fokus kita adalah kepada kegagalan. Kita memfokuskan, mengharapkan
kegagalan. Apa yang diberi tumpuan,
selalunya itulah yang diperoleh, insya Allah.,
Memfokuskan kepada kegagalan adalah sama berbelanja dengan membawa
senarai produk yang tidak dikehendaki.
Apakah kita melakukan begitu?
Pada tahun 70 an
sekumpulan lima orang murid yang agak bengap di dalam sebuah kelas disahkan
oleh guru mereka: Kamu nanti tidak perlu hendak kerja apa-apa. Kamu hanya layak
kerja sapu sampah sahaja.
Hari ini, 3
daripada murid yang dikatakan bengap itu sudah menjawat jawatan yang
tinggi. Seorang menjadi usahawan yang
berjaya dan seorang lagi memang menjadi tukang sapu sampah. Agak mengelikan hati, anak cikgu yang
menghukum dengan kata-kata berbentuk takdir itu menjadi tukang sapu sampah
selepas terlibat dengan dadah.
Daripada situ,
kepercayaan memainkan peranannya.
Kelima-lima orang murid itu tidak percaya mereka akan menjadi tukang
sapu sampah. Mereka percaya, mereka
tidak akan menjadi tukang sapu sampah.
Hanya yang percaya sahaja yang akhirnya menjadi tukang sapu sampah. Daripada situ kita dapat tahu yang kita insya
Allah akan memperoleh apa yang sebenarnya menjadi tumpuan. Tumpuan atau fokus terbina daripada
kepercayaan apa yang dipercayai, itulah
tumpuan dan fokus.
Ada beberapa cara
bagi memperoleh kedua-dua kepercayaa – percaya diri dapat melakukan dan percaya
dengan apa yang dilakukan:
1.
Setiap kali mahu
melakukan sesuatu kembalikan ingatan kita kepada kejayaan masa lalu. Walaupun ia kecil tetapi ia adalah
kejayaan. Ingati dengan gambaran yang
dekat, jelas, berwarna-warni, besar dan sangat menarik perhatian kita.
2.
Bertanya soalan yang
betul, apa kebaikan yang saya peroleh sekiranya melakukan ini?, apa cara yang
boleh saya lakukan supaya saya memperoleh kejayaan?
3.
Apabila tidak melakukan
apa-apa dan fikiran mula merayau mencari-cari kekurangan diri, segera matikan
suisnya. Buka suisnya kembali dan
galakkan fikiran merayau bagi mengingati kejayaan-kejayaan masa lalu. Kecil besar bukan ukuran. Yang penting adalah kejayaan.
4.
Setiap hari, tanyakan
soalan kepada diri sendiri, Mengapa orang yang berjaya dapat mencapai kejayaan,
apa yang dapat saya contohi?
5.
Laksanakan tabiat cakap
dan buat.
6.
Setiap hari berlatih
hingga menjadi tabiat. Latihannya adalah
menerapkan satu perasaan tidak akan gagal.
Apabila perasaan itu menguasai kita, kepercayaan kita menjadi semakin
kuat.
Tidak Ada Pendirian
Hari ini beliau
sibuk mengatakan: Ini bagus, esok beliau
mengatakan: Yang ini pula bagus. Lusa, sudah monyok di kedai kopi.
Hari ini beliau
mengatakan hendak buat ini, esok hendak buat itu, lusa hendak buat yang lain
pula. Hari ini semangat berapi-api, esok
sudah seperti orang kalah judi ataupun seperti orang yang salah satu mata
nombor ekor.
Sekiranya kita
tidak berdiri di lantai yangt tetap, kita boleh jatuh di mana-mana sahaja. Sekiranya kita tidak berpendirian tetap, kita
tidak akan sampai ke mana-mana. Sudah
tidak sampai ke mana-mana, nama pula menjadi busuk. Memang benar, orang yang tiak mempunyai
pendirian adalah orang yang saedang mencipta nama yang busuk.
Hari ini puji
bukan main, esok mengutuk habis-habisan, bukankah itu sedang menjemput nama
yang busuk? Contohnya, orang
politik. Hari ini beramai-ramai keluar
parti memuji parti yang baru dimasuki.
Mengutuk habis-habisan parti yang dahulu dan memuji sampai ke langit
parti sekarang. Tidak lama kemudian,
entah bagaimana, masuk balik parti yang dahulu.
Kembali semula memuji parti itu dan mengutuk parti yang baru
ditinggalkan, yang pernah dipuji melambung.
Sesekali kita lihat mukanya muncul di televisyen, dengan sepatas kilat
kita menutup televisyen kerana menyampah dengan orang yang tidak ada
pendirian. Sekiranya hendak ditinggakan,
tinggalkang terus. Sekiranya hendak
kekal, kekalkan terus. Rupanya dalam
parti politikpun ada yang gila talak.
Kebanyakan kita
engan mencari cara yang lebih baik kerana selesa dengan cara yang ada
sekarang. Yang kita terlupa adalah dunia
ini sentiasa berpusing, meninggalkan kita di belakang sekiranya kita engan
mencari cara yang lebih baik. Tentu ada
cara yang lebih baik. Carilah.
Imbas kembali di
sekeliling kita – orang yang tidak tetap pendirian adalah orang yang
gagal. Si anu yang tinggal di hujung
sana itu dahulu bekerja kerni di pejabat daerah. Gahnya kerja kerani bukan main lagi,
mengalahkan kerja pegawai daerah.
Selepas itu berhenti, konon ceritanya mahu jadi kontraktor. Sibuk ke hulu ke hilir mengusung gulungan
kertas pelan. kontraktor bangunan
kononnya. Tidak lama kemudian tukar jadi
kontraktor landskap. Halaman rumahnya
penuh dengan bunga. Selepas itu
bunga-bunga sudah layu kerana mula menumpukan perhatian ke ladang selepas
menonton televisyen melihat seorang artis terkenal di Barat kini menjadi petani
moden. Tidak lupa juga mengusung ke hulu
ke hilir gulungan kertas,. Pelan kebun,
katanya. Selepas itu tidak dengar
caritanya lagi kerana kita berhijrah ke tempat lain. Apabila balik kampung baru-baru ini kita
terkejut melihatnya yang kini menjadi pemimpin pasukan kompang. Tidak ketinggalan gulungan kertas di
tangannya. Kontrak bermain kompang,
katanya.
Pendirian
berkaitan dengan kepercayaan. Kerana
tidak percaya atau percaya akan gagal, maka dengan segera beliau mengubah
pendirian, mengubah matlamat, mengubah jalan. Tidak ada pendirian juga
berkaitan dengan cepat putus asa.
Apabila melakukan sesuatu, kemudian tidak menjadi, segera beliau
mengantakan tidak boleh. Semuanya tidak
boleh. Yang tidak boleh ialah buat
sementara apa yang dilakukan, bukan semuanya.
Katalah yang tidak boleh dilakukan buat sementara adalah membuat batas,
tidak pula seluruh industri pertanian dikatakan tidak boleh. Hari ini gagal menyumbatkan gol, seluruh
permainan bola sepak dikatakan tidak boleh.
Inilah salah satu
sebab mengapa Allah melarang hambanya berputus asa. Sejak zaman purba, orang yang berputus asa adalah
orang yang merosakkan dirinya dan merosakkan siapa sahaja yang berada di
sekelilingnya. Apabila Allah
menangguhkan pemberian, bukan bermakna Allah tidak memberi langsung. Penangguhan dengan tidak memberi memang jauh
bezanya. Hari in gagal tidak semestinya
pada masa hadapanpun gagal.
Kita boleh
perhatiakan sendiri – orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang 80
peratus masanya habis di kedai kopi.
Kita yang berapi-api, bersemangat, apabila sampai di kedai kopi, kena
siram air sejuk. Balik rumah, pendirian
yang mulanya padu sudah jadi longgar dan akhirnya terpaksa menukar
pendirian. Esokpun begitu, bahkan
hari-haripun begitu. Selagi bergiat di
kedai kopi, selagi itulah pendirian akan
terus berubah hinggalah dikatakan sebagai orang yang tidak ada pendirian.
Perhatikan juga –
orang yang tidak tetap pendirian adalah orang yang tidak percaya pada apa yang
sedang dilakukan Hari itu tanam pokok
rambutan, apabila esok ke pasar tengok harga durian mahal, ditebasnya pokok
rambuatan diganti dengan anak pokok durian.
Bermakna beliau juga tidak percaya yang pokok rambutannya suatu hari
nanti dapat menghasilkan pendapatan sama ataupun lebih daripada durian. Sekiranya beliau percaya, pasti beliau akan
menjaga pokok rambutannya sehingga mengdatangkan hasil.
Tentunya orang
yang tidak ada pendirian adalah orang yang gemar meniru. Benar, bangsa Jepunpun kaki meniru, tetapi
meniru Jepun mendatangkan faedah kepada masyarakat seluruh dunia. Apabila Jepun meniru, lahir benda yang baru,
jauh berbeza daripada benda asal.
Motosikal yang berat, besar, mahal bertukar menjadi motosikal yang lebih
ringan, mudah dikendalikan dan mampu dimiliki.
Tetapi, apabila
orang yang tidak ada pendirian meniru, beliau sebenarnya sedang merosakkan
dirinya sendiri. Apa yang ditiru tidak
memberi faedah, sebaliknya merosakkan.
Mengapa? Sangat mudah – oleh
kerana beliau kaki meniru, maka apa yang dibuat itu tidak pernah sempurna. Belumpun sekerat jalan, kerana tidak ada
pendirian, beliau meninggalkan apa yang dilakukan dan mula memasang mata dan
telinga bagi melihat dan mendengar apakah yang boleh ditiru lagi.
Mengikut orang
yang bijak – orang yang tidak ada pendirian adalah orang yang kurang ilmu. Kerana kurang ilmu ataupun tidak ada ilmu,
beliau tidak tahu apa dan bagaimana melakukan sesuatu. Kerana tidak tahu, pasti tidak ada
kepercayaan. Apabila tidak percaya,
pastilah tidak ada pendirian. Bagaimana
hendak ada pendirian sedangkan diri tidak percaya dengan apa yang sedang
dilakukan? Kerana itu jugalah, menuntut
ilmu adalah komitmen seumur hidup.
Membaca buku yang bermutu adalah cara paling mudah mendapatkan
ilmu. Tetapi berapa ramaikah yang mahu
membaca buku? Oleh sebab itulah lebih
ramai yang tidak ada pendirian. Oleh
sebab itu jugalah, lebih ramai yang gagal berbanding yang berjaya di bumi
Malaysia dan seluruh planet ini.
Bagi menguatkan
pendirian, ikutilah cara-cara berikut:
1.
Siapkan apa yang kita
lakukan Hanya apabila sudah siap sahaja
kita dapat mengetahui sama ada kita berjaya ataupun gagal. Melakukan sesuatu
secara sekerat jalan hanya merosakkan diri sendiri.
2.
Apabila melakukan
sesuatu, lakukanlah dengan sepenuh hati.
Melakukan sekerat hati hanya menjadikannya sekerat jalan.
3.
Matlamat kita perlu jelas
dan tepat. Hanya sekiranya tahu apa
sebenarnya yang dicari barulah mula mencarinya.
Mencari apa yang tidak pasti menjadikan diri tidak tetap pendirian.
4.
Jangan berputuas
asa. Sekiranya apa yang dilakukan tidak
menjadi, tukar cara, tukar lagi, tukar lagi sehingga menjadi.
5.
Tidak ada kegagalan yang
tetap selagi kita menganggap kegagalan adalah berbentuk sementara. Sejarah di seluruh dunia membuktikan orang
yang berjaya mengalami berbagai-bagai jenis kegagalan sementara.
6.
Anggap kegagalan sebagai
maklum balas memperbetulkan arah dan tujuan kita. Jangan anggap sebagai kegagalan.
7.
Jangan membentuk kumpulan
manusia-manusia yang tidak ada pendirian.
Maksudnya, elakkan daripada bergaul dengan manusia yang suka berubah
pendirian. Sekiranya mereka suka berhimpun
di kedai kopi – jangan asyik ke kedai kopi.
MENGHALA
KE ARAH GAGAL
Apabila kita menghalakan fizikal dan
fikiran ke arah kegagalan, bermakna kita sedang menjemut kegagalan dan juga
kegagalan sedang menjemput kita.
Menurut
pakar-pakar psikologi, kita memperoleh apa yang menjadi tumpuan. Tumpuan boleh disamakan dengan harapan. Sekiranya menumpukan kepada kegagalan bermakna
sedang mengharap kegagalan.
Ada tambahan
kepada menghala itu, iaitu ulangan
Biasanya menghala kepada kegagalan, tidak dilakukan sekali tetapi
berulang-ulang, bahkan setiap hari hinggalah tidak lama kemudian, atas hasil
usahanya sendiri, kegagalan menjadi kenyataan.
Kita memperoleh apa yang menjadi tumpuan – apa yang diharap-harapkan.
Orang yang
menumpukan kepada kegagalan adalah orang yang pandai meramal dan ramalannya
sentiasa tepat, Bagi mereka, sebaliknya
jangan buat apa-apa, duduk di rumah dan tunggu duit melayang masuk ke dalam
poket Mengapa? Kerana mereka tahu mereka akan gagal,
sekiranya tidak masakan meeka menumpukjan kepada kegagalan? Sudah tahu akan gagal, buat apa hendak dibuat
juga? Bukankah lebih baik jangan buat
apa-apa?
Oleh kerana
mengarahkan ke arah gagal, seluruh fikiran hanya memikirkan gagal sahaja. Tidak ada sedikit ruangpun dalam fikiran
untuk kejayaan. Fikiran dan fizikal
saling berkait. Fikiran memikirkan
gagal, fizikal pastilah melakukan ke arah kegagalan. Dan lagi, seluruh fikiran hanya memikirkan
susah sahaja. Fikiran dan fizikal
diarahkan kepada susah. Sekiranya itu
yang diharapkan, bukankah berhak mendapat apa yang dikehendaki dan
diharapkan? Sekiranya susah yang diharapkan,
susahlah jadinya. Sekiranya gagal yang
diharapkan, gagallah jadinya.
Jangan suka
mengharap perhatian dan mengharap simpati.
Ini adalah cara yang berkesan mengarahkan fikiran dan fizikal kepada
kegagalan.
Malangnya, ia
tidak dilakukan sekali-sekala. Mula-mla
memanglah sekali-sekala, tetapi lama-kelamaan perasaan dan tabiat mengarahkan
kepada gagal ini dilakukan berulang-ulang hingga menjadi tabiat. Apabila menjadi tabiat – ia menjadi gaya
hidup. Ia menguasi dan berkuasa hingga
akhirnya terpaksa menerima yang hidup untuk gagal.
Bukan diri sendiri
yang menerima bahana. Orang yang
mendampingi, misalnya regu di kedai kopi, turut menerima bahana daripada sikap
yang suka mengarah kepada kegagalan
Beliau membentangkan berpuluh-puluh sebab mengapa boleh gagal. Semuanya daripada sudut pandangannya
sendiri. Elok sekali sekiranya kita
tidak mendekati orang seperti itu. Lebih
elok sekiranya kita tidak seperti itu.
Selalunya, orang
yang mengarahkan untuk gagal adalah orang yang pernah mengalami kegagalan. Kegagalan masa lalu, walau kecil, dijadikan
sebab, dijadikan alasan bagi mengarahkan kepada kegagalan. Baru berfikir hendak melakukan sesuatu,
secara serta-merta, fikiran dan fizikal diarahkan kepada kegagalan. Di sinilah letaknya kesilapan. Yang lepas memang sudah lepas, tidak ada
kena-mengena lagi dengan masa hadapan.
Adakah kerana gagal pada masa lalu, akan terus gagal pada masa
hadapan? Berapa ribu kali pernah
gagal? Mungkin baru sekali. Bandingkan dengan kegagalan yang pernah
dialami oleh tokoh-tokoh yang terkenal seperti Ray Kroc, Colonel Sander, Bill
Gates, Honda, Tan Chong dan lain-lain lagi.
Sebahagian besar daripada mereka pernah makan angin, kerana tidak cukup
duit makan nasi. Pastinya mereka tidak dikenali sekiranya baru sekali gagal
sudah mengatakan: Sudah tamat ... Sekiranya mereka mengarahkan kepada gagal,
pastinya mereka terus gagal.
Adakah Nabi
Muhammad mengarahkan fikiran dan fizikal beliau kepada kegagaan? Adakah beliau berdakwah dengan berbekalkan
akan gagal?
Bagi mengelakkan
supaya tidak mengarahkan kepada kegagalan, ikutlah cara-cara berikut:
1.
Sentiasa menganggap,
berharap diri akan berjaya. Allah tidak
pernah kejam kepada hambanya. Bahkan
syaitan, iblis, orang munafik, yang menderhakapun diberi rezeki, apatah lagi
orang yang taat kepadanya.
2.
Setiap kali soalan: Bagaimana sekiranya saya gagal? Timbul,
segera tukar kepada: Bagaimana sekiranya
saya berjaya? Dan apa yang perlu saya
buat supaya berjaya?
3.
Setiap kali mahu
melakukan sesuatu, resapkan perasaan sudah berjaya ke dalam fikiran dan
fizikal. Bagaimana perasaan kita apabila
mencapai kejayaan, walaupun kecil pada masa lalu? Bolehkah kita meresapkan perasaan itu ke
dalam fizikal dan fikiran kita sepanjang melakukan sesuatu kerja? Tentu boleh.
4.
Setiap kali fikiran cuba
merayau memikirkan kegagalan, segera buat pergerakan mengejut – misalnya
melompat, supaya ingatan itu terhenti.
5.
Hindarkan daripada
mendengar lagu-lagu yang pilu, sedih, mengutuk diri dan kecewa. Tahukah kita, lagu memberi kesan yang kuat
kepada diri? Lagu-lagu putus sharap dan
kecewa, kuat pengaruhnya kepada diri, apatah lagi sekiranya lagu itu sentiasa
didengar berulan-ulang dan terngiang-ngiang di telinga.
6.
Jangan suka mengharap
perhatian dan mengharap simpati. Ini
adalah cara yang berkesan mengarahkan fikiran dan fizikal kepada kegagalan.
Banyak Penangguhan
Cuba imbas
kembali, bemula dari pagi tadi, apakah kerja yang sudah kita tangguhkan dan
berapa kali kita bertangguh? Maksudnya
kerja-kerja harian yang mudah.
Sekarang ingatkan
kembali apa yang sudah kita tangguhkan itu.
Bagaimana rasanya? Terbuku dalam
dada? Rasa tidak menentu? Memang begitulah rasanya apabila ada sesuatu
yang hendak dilakukan tetapi tidak dilakukan.
Sekarang, tutup
buku ni sebentar dan lakukan apa yang hendak kita lakukan. Lakukan apa yang kita tangguhkan sepanjang
hari ini. Lakukan satu per satu jika
banyak penangguhan.
Bagaimana
sekarang? Ada rasa terbuku dalam
dada? Ada rasa gelisah dan rasa tidak
menentu lagi? Pastinya tidak ada lagi. Rasa lapang pula. Barulah boleh senyum. Memang begitulah sebenarnya manusia. Manusia resah gelisah, rasa terbuku dalam
hati apabila berhajat melakukan sesuatu tetapi ada penangguhan. Bertangguh itu memang merosakkan sistem
badan.
Tetapi, tahniah
diucapkan kepada kita sekiranya kita membuat penangguhan kepada perkara yang
buruk. Mugkin kita tergerak hendak
bertemu kawan, boleh mengutuk dan mengumpat tatapi kita tangguhkan. Bermakna kita terselamat daripada melakukan dosa. Memang itu yang sebaik-baiknya – yang buruk
perlu ditangguhkan. Tetapi, malangnya
ramai yang terlajak – yang baik ditangguhkan, yang buruk diteruskan, tanpa
bertangguh.
Penyakit nantilah
sebenarnya punca manusia bertangguh.
Mula-mula sekali, lama-kelamaan bertukar menjadi tabiat. Apabila menjadi tabiat dan tidak terasa apabila
bertangguh, dari hari menjadi minggu dan minggu menjadi bulan, tahun akhirnya
terbentuk apabila umur sudah tua dan tidak mungkin dapat berpatah balik. Apabila ditinjau semula mengapa hidup gagal –
sahlah puncanya kerana suka berangguh.
Banyak bertangguh pada perkara yang baik. Salah siapa? Tentulah salah sendiri.
Sekiranya tahu ada
satu kumpulan yang kerap sangat bertangguh, jangan sekali-kali menyertai
kumpulan itu. Menghindari lebih mudah
daripada mengubati.
Jadi, bagi
menghindari penyakit suka bertangguh dan ditakuti menjadi tabiat, kita perlu
menghapuskannya semasa masih kecil.
Janganlah kita tangguh perkara-perkara harian yang dianggap kecil
itu. Walaupun kecil, ia memberi kesan
yang mendalam kepada diri kita. Kesannya
adalah, kita membina tabiat terus melakukan tanpa bertangguh. Sebaliknya, apabila mengatakan nantilah
kepada perkara-perkara yang kecil seperti membasuh pinggan, menulis surat,
mengisi borang ataupun memotong rumput di laman, ia membentuk tabiat suka
bertangguh. Seperti perkara-perkara
lain, selalunya ia bermula dari kecil, kemudian membesar. Apabila nantilah kepada perkara kecil,
pastinya nantilah juga kepada perkara yang besar.
Begitulah
sebaliknya, sekiranya buat sekarang kepada perkara yang kecil, setiap hari,
insya Allah tidak menjadi masalah apabila melakukan perkara yang besar. Di sinilah pentingnya amalan harian. Orang tua-tua selalu berpesan – biar buat
sedikit tatapi buat hari-hari. Biar
nampak kecil tetapi sekiranya hari-hari melaksanakan lakukan sekarang, ia membentuk
tabiat yang menguntungkan.
Kita sungguhnya
tidak tahu apa akan jadi esok ataupun sesaat dari sekarang. Jadi, kerana tidak tahu, mengapa pula boleh
menyebut esoklah ataupun nantilah. Orang
yang menyebut begitu seolah-oleh tahu apa akan jadi sebentar lagi ataupun esok.
Sebab itulah mereka dikatakan pandai meramal, boleh jadi bomoh temberang.
Sekali kita
bertangguh, kita terus bertangguh dan bertangguh, sampailah suatu hari kita
tersedar dan mahu beratah balik tetpai tidak mungkin boleh. Nantilah, lepas raya, Sesudah habis hari raya, ada lagi
penangguhan Nantilah lepas raya
haji, Nantilah lepas cuti sekolah. Lepas
anak-anak sudah besar dan seterusnya.
Apabila sudah tua, tidak berdaya agaknya ada lagi penangguhan.
Rata-rata orang
yang suka bertangguh orang yang sedang melepaskan peluang baik dan mungkin luar
biasa. Orang yang berjaya, apabila
terlihat, terdengar peluang, segera diambil peluang itu kemudian dikerjakan
sehingga mendatangkan hasil. Beliau
sanggup menentang arus dan tidak terpengaruh kepada cakap-cakap orang. Sebagai contoh, pada tahun 40-an dan 50-an,
siapalah yang hendak memandu kereta Jepun?
Malaya berbangga dengan kereta-kereta British. Tetapi seseorang yang melihat daripada sudut
lain percaya keadaan sekeliling tidak akan beku – bumi ini berpusing dan
keadaan pada masa akan datang adalah berbeza
Beliau merebut peluang segera apabila syarikat Jepun menawarkan peluang
mengedarkan kereta Datsun di Malaysia.
Hari ini siapa yang tidak kenal dengan Tan Chong – lelaki yang tidak
tahu membaca dan menulis tetapi tahu yang bertangguh adalah untuk orang yang
gagal. Tidak tahu membaca dan menulis
bukan halangan mengambil segera peluang yang mungkin hanya datang sekali.
Ayam goreng makan
begitu sahaja? Bukankah ayam dimakan
dengan nasi? Peliknya. Tetapi ingat yang pelik pada masa kini belum
tentu pelik – pada masa akan datang.
Memang pelik pada tahun 1973, tetapi hari ini, begitu banyak restoran
yang menghidangkan ayam goreng di Malaysia.
Ini benda apa? Daging makan
dengan roti? Begitulah anggapan orang
ramai sekitar tahun 70-an. Berapa sen
untung jual benda seperti ini? Tetapi
lihat sahajalah hari ini – burger sudah menjadi sebahagian daripada budaya
kita. Jangan tanya berapa sen lagi,
tanya berapa juta.
Sebenarnya
masyarakat sekeliling mendidik kita supaya bertangguh. Pengaruh sekeliling kuat. Kita cepat terpengaruh kepada suasana
sekeliling. Contohnya, apabila ada
pemimpin yang mengatakan: Kerajaan tidak
bercadang...Kerajaan sedang mengkaji
Mengkaji semula, sebenarnya pemimpin itu sedang mencari publisiti tatapi
bahannya diterima oleh yang mendengar dan melihat. Terikut-ikut
Dalam hati kita berkata, Sekiranya pemimpinpun bertangguh, mengapa aku
tidak boleh bertangguh? Dalam masyarakat
Jawa Malaysia, ada satu perjumpaan istimewa iaitu kenduri – makan nasi ambang
sebagai tanda kekuatan satu hati. Tetapi
di sebalik kebaikan ada tersembunyi keburukan.
Keburukannya adalah tidak menghormati masa yang lebih kurang sama dengan
bertangguh.
Apabila seseorang menjemput
ke kenduri, begini cara menjemputnya: nyampe ke salame Kaji Ngatimin, lepas
Isyak jemput riko teko ngumah. Enek
kenduri sitik. Ia bermaksud,
Menyampaikan salamnya Haji Nagatimin, selepas Isyak beliau menjemput datang ke
rumah. Ada sedikit kenduri. Selepas Isyak kita datang ke rumah Haji
Ngatimin bagi makan kenduri. Sekiranya
kita tidak datang, bimbang nanti kena ceng iaitu kena pulau – lain kali kita
buat kenduri, tidak ada orang datang.
Jadi, lihat semula, beliau mengatakan selepas Isyak dan selepas Isyak
itu panjang – pukul empat pagipun selepas Isyak juga Sejak mula lagi sudah salah. Sebab itulah kadang-kadang dalam kenduri
terpaksa duduk melangut, menunggu orang yang penting dan tidak penting datang
satu per satu. Kita tidak boleh
menyalahkan mereka kerana selepas Isyak itu masa yang panjang – suka hati
merekalah hendak datang pukul berapapun.
Oleh kerana kita
tidak boleh berbuat apa-apa pada masyarakat di sekeliling, apa yang boleh kita
buat adalah menghapuskan penangguhan yang ada dalam diri kita. Ini perlu
dikuasai, jika tidak ia akan menguasai.
Jadi, inilah cara yangg
mudah bagi menguasai penangguhan sebelum kita dikuasai olehnya:
1.
Berhenti daripada
menggunakan perkataan: Nantilah. Bahkan hapuskan ia terus dari kamus hidup
kita.
2.
Setiap kali tergerak hendak
menyebut: Nantilah, segera tukar,
bingkas bangun dan katakan: Buat
sekarang.
3.
Sekiranya tahu ada satu
kumpulan yang kerap sangat bertangguh, jangan sekali-kali menyertai kumpulan
itu. Menghindari lebih mudah daripada
mengubati.
4.
Tutup telinga, tutup mata
apabila kita terlihat ataupun terdengar sama ada pemimpin ataupun siapa sahaja
mula bercakap sesuatu yangberbentguk penangguhan.
5.
Bagi matlamat pula,
pastikan matlamat kita benar-benar menarik minat kita. Matlamat yang tidak diminati hanya
menyebabkan berangguh.
6.
Jangan sekali-kali
bermatlamat sekiranya tidak dapat menerapkan bertindak sebaik sahaja selesai
bermatlamat.
7.
Fahami, pelajari
perkara-perkara yang berkaitan dengan matlamat kita. Hanya apabila kita faham, barulah datang
minat. Kita akan bertindak segera pada
perkara yang benar-enar kita minati.
Kita tidak akan bergerak menuju ke padang golf kerana kita tidak faham
permainan golf. Sebaliknya kita sanggup
menunggu sepanjang malam dan pagi bagi melihat siaran bola sepak kerana minat
kita yang mendalam pada bola sepak.
8.
Seboleh-bolehnya, biarlah
minat itu datang daripada kehendak hati sendiri. Sekiranya kerana terpaksa ataupun kerana
hendak menjaga hati orang, memanglah tidak akan ada minat dan tentunya ada
banyak penangguhan.
9.
Jangan hanya mengingati
matlamat. Ingat juga keperluan-keperluan
semasa dan akan datang – apa akan terjadi kepada kita sekiranya tidak bertindak
sekarang.
10.
Akhirnya tanyakan selalu
kepada diri sendiri: Sekiranya tidak
sekarang, bila lagi?
Bagaimana yang
dikatakan pasif? Mudah sahaja. Pasif selalunya dikaitkan dengan orang yang
suka menyerah, tanpa sebarang tindakan.
Sekiranya bertindak, tindakannya itu berbentuk pasif.
Kita perlu
tawakal. Kita orang Islam kena
berserah. Itulah yang dikatakan tidak
faham berkenaan Islam. Nama sahaja Islam
tetapi tidak faham dan salah tafsir berkenaan berserah dan tawakal. Itulah akibatnya berfikiran sempit dan
mendengar ceramah dariada ustaz-ustaz yang juga berfikiran sempit. Bukan maknanya menghalang kita daripada
mendengar ceramah agama – malah kita digalakkan mendengar ceramah agama,. Cuma pastikan dahulu siapa yang memberi
ceramah itu. Ada yang mendakwa dirinya
ulama. Ada pula ustaz yang mencabul anak
muridnya. Macam-macam kerenah manusia –
lain yang dikata, lain pula kelakuannya.
Harapkan ulama dan ustaz yang membimbing kita, rupanya merekapun
terbabas.
Kita yang jahil
inipun dapat mentafsir makna berserah dan tawakal. Berserah, maknaya menyerah kepada Allah
selepas kita berusaha mati-matian. Kita
berusaha dahulu kemudian kita serahkan kepada Allah. Allah yang berkuasa menjayakan ataupun
sebaliknya. Ketentuan pada Allah tetapi
usaha di tangan kita. Sekiranya berserah
begitu sahaja tidak perlulah Nabi Muhammad berusaha berhempas pulas menegakkan
Islam. Sekiranya berserah begitu sahaja,
esok pagi berdiri di tengah jalan, tidak perlu lari ke tepi apabila datang
kereta hendak melanggar. Allah tidak
pernah menyuruh hambanya pasif, menyerah kepada keadaan. Bukan hak kita, berserah bulat-bulat tanpa
sebarang usaha. Bukan hak kita
menentukan apa yang akan terjadi Tetapi
mengapakah ramai orang di kalangan kita yang mengatakan miskin dan gagal itu ketentuan
hidup? Dengan nada yang pasif mengatakan:
Sudahlah memang ini kententuan hidup saya.
Dikatakan manusia jenis pasif tergolong dalam golongan manusia yang
celaka. Iaitu rugi didunia dan akhirat. Melainkan,
kita tidak berhajat sesuatu di dunia dan akhirat, barulah kita boleh menjadi
manusia yang pasif.
Tawakal pula, bagi
kita yang jahil ini membawa maksud, berharap, menyerahkan bulat-bulat kepada
ketentuan Allah sesudah kita berusaha bermati-matian. Bukan tawakal namanya sekiranya tidak
berusaha terlebih dahulu. Bukan tawakal
namanya sekiranya membiarkan kunci terletak di dalam kereta kemudian
meninggalkan kereta begitu sahaja. Itu
kerja bodoh, bukan kerja orang bertawakal.
Bahkan Nabi Muhammad yang ada jaminan dilindungi Allahpun mengikat
untanya terlebih dahulu, sebelum mengikut malaikat Jibrail melakukan Israk
Mikraj. Orang yang paling tawakal adalah
orang yang paling kuat berusaha. Pertolongan
Allah selalunya datang selepas kita memainkan peranan kita. Kerana itu jika ada
orang mengatakan: Berserahlah,
bertawakal, tanpa berusaha bermati-matian terlebih dahulu, kita boleh
mengesahkan yang orang itu adalah orang yang paling pemalas. Tawakal apa sekiranya dari pagi membawa ke
petang asyik di kedai kopi?
Pasti juga orang
yang pasif adalah orang yang lesu, lembik dan ada gangguan kesihatan. ingat, fizikal mempengaruhi mental dan mental
mempengaruhi fizikal. Sekiranya fizikal
pasif, fikiranpun jadi pasit – hanya memikirkan bagaimana bagi menjadi lebih
pasif lagi. Bukankah itu menyalahi cara
Islam? Islam menghenedaki penganutnya
kuat cergas, bertenaga dan sihat. Badan
perlu tangkas dan cergas berulah akalpun tangkas cergas menghasilkan idea dan
kerja-kerja yang memberi faedah kepada manusia-manusia lain.
Antara punca-punca
menjadi pasif adalah:
1.
Menggunakan baasa-bahasa
yang pasif setiap masa seperti:
Susahlah,
Entahlah,
Tidak apalah,
Birlah,
Tengoklah,
Tidak tahulah.
2.
Mengamalkan sikap tunggu
dan lihat, tetapi malangnya tidak tahu apa yang ditunggu dan apa yang hendak
dilihat.
3.
Tidak menjaga kesihatan
hingga badan menjadi lesu, lembap dan tidak bertenaga. Sepatutnya manusia menjaga kesihatan kerana
kasihatan adalah anugerah Allah yang terlalu berharga.
4.
Terlebih rehat.
5.
Terpengaruh dengan keadaan
hidup masa kini dan percaya itulah ketentuan hidup. Memang benar itulah ketentuan hidup sekiranya
enggan mengubah sikap dan terus pasif.
6.
Orang yang pasif biasanya
orang yang pengecut. Takut hendak
melakukan sesuatu. Inilah peliknya,
belum memulakan sudah takut. Lakukan
dahulu, baru tahu berani ataupun tidak berani.
Pesan orang yang berani adalah – Buat-buat berani atau pura-pura berani
– kita menjadi benar-benar berani.
Sekiranya orang yang buat-buat gila boleh menjadi benar-benar gila,
tentulah sekiranya buat-buat berani boleh menjadi berani.
7.
Bolehlah dikatakan punca
yang utama adalah bergaul dengan orang yang pasif, seterusnya membentuk
kumpulan manusia pasif.
Apa sahaja yang kita
kehendaki memerlukan kita menjadi manusia yang aktif. Apa yang kita peroleh daripada menjadi
manusia pasif? Jawabnya adalah kegagalan
dan kerugian. Melainkan, kita tidak
berhajat sesuatu di dunia dan akhirat, barulah kita boleh menjadi manusia yang
pasif.
Bagaimana pula
menjadi aktif? Sudah tentulah dengan
menukar sikap dan perangai yang pasif kepada aktif. Sekiranya selam ini fizikal kurang bergerak,
lebihkan menggerakkan fizikal. Sekiranya
selam ini fizikal hanya sampai di sekeliling kampung dan pekan berhampiran,
luaskan horizon kita – pergi cari pengalaman melihat, mendengar dan merasai
kehidupan orang lain di tempat lain.
Sekiranya selama ini fikiran hanya memikirkan benda-benda karut di
sekeliling, luaskan pemikiran dengan membaca karya-karya terbaik. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain.
Yang penting
adalah kehendak yang lahir daripada hati kita sendiri – kita memang mahu
menjadi aktif.
Susahlah
Seorang
juruterbang akrobatik yang handal sejak akhir-akhir ini asyik membayangkan
dirinya menjunam bersma kapal terbangnya.
Tidak lama kemudian, apa yang dibayangkan itu benar-benar terjadi.
Mengapa? Kerana itu yang dikehendaki. Oleh kerana fikiran dan fizikalnya sudah
diprogramkan supaya jatuh terhempas.
Seperti yang sudah kita pelajari – kita memperoleh apa yang menjadi
tumpuan, fokus dan harapan.
Ia jauh berbeza
dengan motivasi letupan yang mengatakan apa-apa yang dimasukan ke dalam fikiran
bawah sedar akan menjadi kenyataan.
Soalnya, ada yang membayangkan menjadi Perdana Menteri tetapi hanya
menjadi tukang tampal poster pilihanraya sahaja ataupun menteri di kedai
kopi. Soalannya, apabila fizikal tidak
melakukan langkah pertama, tidak ada apa-apa yang terjadi.
Apabila ada orang
yang suka sangat menyebut:
Susahlah... kemudian kata-kata
diresapkan ke dalam fikiran dan fizikal, kita boleh mengesahkan memang hidup
orang itu susah dan gagal. Sekiranya
kerap mengatakan susah sebelum memulakan sesuatu kerja – memang susahlah yang
diperoleh. Mengapa? Kerana beliau sendiri yang memprogramkan fikiran
dan fizikalnya bagi menjadi susah dan gagal.
Orang yang suka
mengatakan susah itu selalunya orang yang hendak senang sahaja. Dialah orang yang paling tidak faham dengan
rentak kehidupan ini. Dalam hidup ini,
apakah perkara yang paling senang? Ramai
yang menjawab: Makan. Makan bukan perkara yang mudah kerana kita
terpaksa menyuap nasi ke mulut, mengunyah, menelan dan menyesuaikan dengan
selera kita. Mengata adalah perkara yang
paling mudah di dunia ini. Misalnya,
buku ini ditulis dengan bersausah-payah, membuat kajian, duduk berjam-jam
sehari di depan monitor, mengejar tarikh akhir, mengetepikan gangguan termasuk
gangguan telefon yang seakan-akan tidak ada hentinya, memekakkan telinga
apabila penerbit bertanya: Sudah siap? Menyemak apabila sudah siap, menggubal
semula, menyiapkan reka bentuk dalam dan luar, membuat filem, plat, mencetaknya
dan membuat promosi. Apabila sudah siap
di pasaran dan sampai ke tangan pembaca, dengan mudah sekali ada pembaca yang
hanya perlu membuka mulut dan mangatakan:
Ini silap. Ini tidak betul. Ini tidak kena, itu tidak kena.
Jadi, susah itu
takdir? Apakah kita suka menyebut susah
tergolong dalam golongan: Saya
ditakdirkan menyebut dan memprogramkan diri kepada susah.
Begitulah hidup
ini – tidak ada yang terlalu mudah.
Pastinya tidak ada yang terlalu susah dalam hidup ini. Pada pandangan kita piramid di Giza itu susah
hendak dibina, tetapi mengapa akhirnya piramid itu berdiri tegak. Susah memang susah tetapi sekiranya terlalu
sudah memanglah mustahil dilakukan.
Allah lebih faham
dengan manusia yang menjadi hambanya.
Oleh kerana faham dengan kekuatan, kelebihan dan kelemahan manusia. Allah tidak pernah memberikan manusia lebih
daripada yang termampu dipikul. Memang
benar, kita tidak perlu bimbang dengan perkara yang dikatakan terlalu
susah. Lakukan terlebih dahulu. Rupanya, terlalu susah itu hanya rekaan kita
sendiri. Apabila sudah dilakukan, barulah
disahkan ia tidak terlalu susah.
Sekiranya terlalu susah, pastinya tidak terpikul oleh bahu kita. Ia mungkin susah tetapi tidak terlalu
susah. Oleh kerana kita yakin Allah
hanya memberikan yang termampu sahaja kepada kita, jadi lakukan sahaja,
walaupun terlalu susah pada pandangan kita.
Pasti kita mampu melaksanakannya kerana itu janji Allah.
Banyak bahayanya
apabila suka menyebut: Susah. Walaupun perkara yang di depan mata itu
senang, tetapi oleh kerana fikiran dan fizikal sudah diprogramkan supaya susah,
maka tetap juga dicari bahagian yang mana yang susah – tetapi dicari-cari,
dilihat-lihat daripada sudut susahnya.
Fikiran yang luas, dunia yang terbentang dari timur ke barat ini menjadi
sempit, jalan yang banyak dikatakan sebagai tidak ada jalan. Cara yang berbagai-bagai dikatakan sebagai
cara sudah tidak ada. Peluang bagi hidup
senang dan berjaya memang sudah tidak ada kerana kita sudah memprogramkan diri
sendiri bagi memikirkan daripada sudut susah.
Bolehkah menghasilkan lukisan mudah di atas kanvas sekiranya
mencorakkannya dengan lukisan susah?
Jadi, susah itu
takdir? Adakah kita suka menyebut susah
tergolong dalam golongan saya ditakdirkan menyebut dan memprogramkan diri
kepada susah?
Hanya Menyelesaikan Masalah Semasa
Orang yang hanya
menyelesaikan masalah semasa, terikat pada keadaan semasa. Tidak ada ruang di dalam dirinya memajukan
diri. Akhirnya seperti biasa, hidup
sentiasa gagal.
Tidak ada siapapun
yang berani menafikan sejak menjelang alam kanak-kanak hingga ke alam barzakh,
manusia sentiasa bergelumang dengan masalah.
Bermula dari matahari terbit sehingga matahari terbit samula esok pagi,
saban hari sehinggalah tamat riwayat bersambung semula dengan pelbagai masalah
di dalam kubur.
Tepatlah seperti
yang sering diperkatakan yang masalah adalah mainan hidup. Benarkah permainan hidup ataupun hidup
dimain-mainkan oleh masalah?
Kedua-duanya benar dan bergantung pada sudut pandangan. Bagi manusia yang kuat masalah adalah
permainan hidup dan bagi yang lemah, hidup dimain-mainkan oleh masalah.
Bagi yang
menganggap sebagai permainan hidup, beliau tidak menganggap masalah sebagai
malapetaka kerana ia umpama barang permainan.
Baginya segala masalah adalah maklum balas bagi mempertingkatkan keadaan
hidup.
Tetapi agak malang
bagi golongan kedua iaitu sepanjang masa hanya menyelesaikan masalah semasa
sahaja. Masa dihabiskan bagi
menyelesaikan masalah semasa hingga membentuk satu lingkungan besi, diri
terperangkap di dalamnya dan tidak terdaya menjangkau keluar. Jadi, sepanjang masa hanya bergelumang di
dalam lingkungan besi itu yang menyelesaikan masalah-masalah semasa.
Apakah masalah
semasa? Ia adalah masalah asas seperti
tempat tinggal, makan, minum, pendidikan dan lain-lain masalah keluarga. Memang masalah-masalah ini perlu diselesaikan
setiap hari tetapi tidaklah seumur hidup hanya menyelesaikan masalah semasa
sahaja? Bagaimana dengan masa hadapan
diri dan keluarga? - Ia memerlukan usaha
daripada pihak kita bagi mencorakkannya.
Bagaimana pula mencorakkan masa depan itu sekiranya hari ini, esok,
lusa, sepanjang masa hanya bergelumang dengan masalah semasa? Masa depan perlu dicorakkan ada hari ini. Apa yang kita corakkan pada kanvas, itulah
hasilnya. Apa yang ada pada kanvas
sekiranya hari ini tidak mula melukis?
Memang masalah
yang muncul setiap hari dan juga masalah yang sedia ada perlu
diselesaikan. Namun, di samping itu,
perlu memperuntukkan masa bagi membina masa hadapan. Sekiranya masa dihabiskan bagi menyelesaikan
masalah semasa, nampaknya masa depan semakin kabur.
Bolehlah
diibaratkan seperti orang yang sedang berdayung sampan. Sekiranya sepanjang masa hanya dsibuk
menyediakan pendayung, membetulkan pendayung, menampal perahu, bila masa hendak
berdayung?
Disamping
menyelesaikan masalah semasa, mata perlulah tidak terlepas daripada matlamat
masa hadapan. Matlamat masa hadapan itu
memerlukan peruntukan masa bagi dilaksanakan.
Jangan sekali-kali masa dihabiskan bagi menyelesaikan masalah semasa
sahaja. Apabila fikiran dan fizikal
terikat pada matlamat yang benar di hadapan sana, sekalipun banyak masalah
semada di hadapan mata, tetap peruntukkan masa bagi mencapai matlamat itu. Sekiranya, tarikan pada matlamat itu tidak
cukup kuat, hanya sekali-sekala sahaja diingati – kerana itulah masa dihabiskan
bagi menyelesaikan masalah semasa sahaja.
Bahkan, selalunya,
orang yang hanya menyelesaikan masalah semasa itu boleh dikatakan sebagai orang
yang tidak mempunyai arah hendak dituju.
Sekiranya seseorang itu mempunyai arah hendak dituju, ditambah dengan
tarikan yang kuat untuk sampai ke arah itu, beliau tidak akan terpedaya dengan
masalah semasa. Disamping menyelesaikan
masalah semasa, beliau juga perlu berusaha bagi sampai ke arah tujuan. Selayaknya manusia itu bergerak ke depan,
bukan berhenti dan beku, apatah lagi berundur ke belakang.
Janganlah kerana
masalah semasa, kita teraksa berhenti beku.
Sebaliknya, disamping menyelesaikan masalah semasa, kita perlu berusaha
maju ke hadapan. Bagaiman? Sentiasa mempunyai arah. Orang yang mempunyai arah tidak akan
terpedaya dengan keadaan semasa.
Selalunya, masalah
semasa dikaitkan dengan kewangan. Tidak
dinafikan masalah kewangan adalah masalah yang menyeksakan sekiranya wang
dijadikann perkara utama. Kata bijak
pandai, wang penting tetapi bukan utama.
Bagaimanapun, kata bijak pandai, kita perlu berusaha memperoleh lebih
daripada yang kita perlukan.
Mengapa? Kerana inflasi sentiasa
terjadi sepanjang hayat kita. Bahkan
kata mereka – dua perkara yang tidak dapat dielakkan adalah mati dan
inflasi. Apabila ada kemudahan,
maksudnya apabila kita tidak mengalami masalah kewangan yang serius, kita tidak
hanya terikat pada menyelesaikan masalah semasa sahaja.
Kita tidak dapat berbuat
apa-apa pada keadaan masa lalu. Yang
perlu diberi perhatian serius adalah keadaan masa hadapan. Sekiranya tidak, tentulah keadaan masa
hadapan sama sahaja dengan hari ini – sepanjang hari, sepanjang tahun hanya
bergelumang dengan masalah semasa.
Sekiranya hari ini kita tidak berbuat apa-apa bagi mengatasi masalah
kewangan pada masa hadapan, percayalah, masalah kewangan pada masa hadapan akan
lebih serius daripada hari ini dan masa lalu.
Kita sudah menduga, masa hadapan akan sama sahaja dengan hari ini –
saban hari bergelumang dengan masalah semasa.
Disamping
menyelesaikan masalah semasa, menyediakan sumber kewangan bagi masa hadapan dan
hari ini, dalam masa yang sama juga kita perlu sentiasa mengingati arah tuju
hidup ini. Ingat matlamat, jadikan ia
tarikan yang kuat untuk kita membebaskan diri daripada masalah semasa yang
dihadapi sekarang.
Kurang Usaha, Usaha Sekali-sekala
Walau sehibat mana
sekalipun matlamat kita, ia tidak lebih daripada sampah sekiranya tidak ada usaha
mencapainya.
Berapa ramai
manusia di dunia ini yang bermatlamat hebat tetapi akhirnya matlamat itu
semakin jauh melayang ke langit kerana terlupa ataupun buat-buat lupa yang
antara keadaan sekarang dengan keaddaan yang dikehendaki, di tengah-tengahnya adalah
usaha.
Bahkan, ada
kalanya yang berusahapun gagal mencapainya kerana usahasnya hanya
sekali-sekala. Orang yang berjaya
selalunya adalah orang yang berusaha dengan gigih. Mempunyai niat dan kemahuan yang kuat –mahu
melihat usahanya berhasil.
Orang yang gagal
tidak ada niat dan kemahuan yang begitu kukuh.
Orang yang gagal
dan akan gagal selalunya mengatakan, Nantilah...
Berbeza dengan
orang yang sedang menempa kejayaan – usahanya gigih. Apabila apa yang dilakukan tidak menjadi,
cepat-cepat beliau menukar arah, tidak jadi, tukar lagi sehinggalah kejayaan
menjadi kenyataan.
Tetapi orang yang
gagalpun selalu menukar arah – apabila apa yang dilakukan tidak menjadi, beliau
menukar arah ke kedai kopi. Seribu satu
alasan – itu tidak kena, ini tidak kena.
Yang sebenarnya adalah beliau enggan bersusah payah, enggan berusaha.
Hasil kejayaan di
muka bumi ini tidak pernah terjadi dengan sendirinya. Dari zaman Nabi Muhammad hingga kini, tangan
dan akal diperlukan bagi melihat, mendengar dan merasai hasil pada apa yang
dicita-citakan. Kata pepatah Melayu,
Yang pipih takkan datang melayang, yang bulat takkan datang bergolek. Sekarang, peribahasa ini perlu ditukar
menjadi: Yang gagal takkan automatik
menjadi berjaya, yang miskin takkan automatik menjadi kaya. Usaha berada di tengah-tengah antara
kedudukan sekarang dengan kedudukan yang dikehendaki. Tanpa usaha yang berterusan, akan kekal
berada di situ, ataupun paling pasti, akan terus berundur ke belakang.
Usaha perlu
berterusan, tetapi ingat, adalah kerja bodoh sekiranya berterusan melakukan
perkara yang sama yang sudah disahkan tidak mendatangkan hasil.
Usaha terbahagi
kepada dua:
1.
Usaha sekali-sekala.
2.
Usaha berterusan.
Sudah diakui di
seluruh dunia, hasil yang diperoleh bergantung pada cara berusaha. Cara menentukan hasil. Ini bermakna sekiranya cara berusahanya
sekali-sekala hasilnya pastilah sekali-sekala ataupun tidak ada langsung.
Sekiranya cara
berusahanya berterusan, hasilnya akan terserah.
Ini adalah satu kepastian.
Selalunya begitulah. Bagaimanapun,
mengusahakan perkara yang sama, berulang-ulang selepas disahkan tidak
mendatangkan hasil adalah kerja bodoh.
Usahakan – sekiranya masih tidak berhasil, tukar cara sehingga berhasil.
Menanam kangkung
boleh dijadikann contoh menarik. Selepas
biji benih ditanam, ia perlu disiram.
Usaha menyiram perlu dilakukan setiap hari. Sekali, dua kali, tiga kali menyiram memang
tidak nampak apa-apa perbesaan. Pada
hari ketujuh menyirampun hanya satu dua putik keluar dari tanah. Pada hari kelapan, kita melihat putik
kangkung keluar merata memenuhi batas.
Sekarang, jikalah kita berhenti menyiram pada hari kedua selepas tidak
melihat apa-apa perbezaan, bolehkah putik kangkung itu tumbuh? Ataupun sekiranya hanya menyiram
sekali-sekala, bolehkan putik kangkung itu tumbuh? Kita perlu menyiramnya berterusan.
Apabila kita
memecahkan batu, sekali, dua kali ketuk, memang tidak nampak apa-apa
perbezaan. Bahkan mungkin kali ke 100,
masih tidak ada perubahan. Tetapi, pada kali ke 101, batu itu pecah.
Sekarang, jika berhenti mengetuk batu itu pada kali ke 50, bolehkan batu itu pecah? Dan sekiranya berterusan mengetuk di tempat yang sama, cara yang sama, bolehkah batu itu pecah? Boleh dan tidak boleh. Boleh, mungkin memakan masa yang lama, mungkin sehingga ketukan yang ke 200. Mungkin juga tidak boleh pecah kerana jika kita melakukan perkara yang sama, kita mendapat hasil yang sama.
Sekarang, jika berhenti mengetuk batu itu pada kali ke 50, bolehkan batu itu pecah? Dan sekiranya berterusan mengetuk di tempat yang sama, cara yang sama, bolehkah batu itu pecah? Boleh dan tidak boleh. Boleh, mungkin memakan masa yang lama, mungkin sehingga ketukan yang ke 200. Mungkin juga tidak boleh pecah kerana jika kita melakukan perkara yang sama, kita mendapat hasil yang sama.
Ada sebab mengapa
sesetengah orang enggan meneruskan usaha.
Punca yang paling utama adalah terlalu cepat membuat andaian. Apabila apa yang dilakukan tidak menampakkan
hasil yang segera, dengan segera juga beliau membuat andaian, apa yang dilakukan
itu tidak menjadi. Bayangkan apa terjadi
kepada Islam sekiranya Nabi Muhammad membuat andaian begitu?
Cepat membuat
andaian akan gagal memang hanya akan memperoleh kegagalan. Andaian ini dibuat berdasarkan apa yang
dilakukian belum menampakkan hasil.
Apabila andaian itu dibuat, bermakna kita sedang memprogramkan fikiran
dan fizikal apa yang dilakukan akan gagal.
Kita boleh membuat
andaian – iaitu dengan menterbalikkan andaian.
Sekiranya kita boleh mengandaikan apa yang dilakukan tidak berhasil,
mengapa tidak kita menterbalikkannya, mambuat andaian apa yang dilakukan akan
berhasil. Dengan menukar andaian itu, Insya Allah kita akan benar-benar melihat
hasilnya.
Usaha perlu
berterusan, tetapi ingat, kerja bodoh sekiranya berterusan melakukan perkara
yang sama, yang sudah disahkan tidak mendatangkan hasil. Melakukan perkara yang sama, mendatangkan
hasil yang sama. Ubah cara sekiranya
perlu.
Tidak Menyukai Orang
Keadaan yang
pelik. Bukan setakat pelik, tetapi
keadaan yang pasti menyebabkan kegagalan.
Mengapa ia pelik? Kerana ia
diibaratkan seperti memandang tetapi tidak melihat. Beliau memandang sekeliling penuh dengan
manusia tetapi beliau tidak menyukai.
Orang sebegini sepatutnya lebih baik duduk di dalam gua, supaya tidak
terlihat manusia. Tidak guna beliau
dikelilingi dan melihat manusia kerana beliau tidak menyukai mereka.
Sekiranya kita
seperti orang yang dimaksudkan, maka lebih baik kita segera menukar sikap –
daripada tidak menyukai orang kepada sikap menyukai orang.
Tidak menyukai
orang adalah sikap yang paling bahaya kerana manusia ini hidup di kalangan
manusia lain. Tidak ada kejayaan
sekiranya kita tidak menyukai orang.
Alangkah ruginya hidup ini sekiranya tidak menyukai orang.
Tidak menyukai
orang bermakna sedang menyekat rezeki, wang dan kejayaan daripada mendekati
diri. Dalam keadaan begitu bolehlah
dikatakan sebagai Diri sendiri yang menyekat wang dan kejayaan daripada
mendekat. Memang benar dan tepat. Kita perhatikan sendiri kehidupan manusia
yang tidak menyukai manusia lain. Kita
dapat mengesahkan kehidupannya murung, gagal dan terpinggir. Mukanya sentiasa sahaja masam. Muka masam satu lagi petanda rezeki sedang
berundur daripadanya, bukan sedang mendekatinya. Kata orang tua senyuman menarik rezeki. Masam muka menolak rezeki.
Manusia di
sekeliling kita inilah yang membawa rezeki kepada kita. Benar, Tuhan menurunkan rezeki dan peluang
tetapi rezeki dan peluang itu tidak terus berada di depan pintu rumah
kita. Kita berusaha mencarinya. di manakah kita berusaha? Tentulah di kalangan manusia. Jadi, bagaimana kita boleh berusaha di
kalangan manusia, sekiranya kita sendiri tidak menyukai manusia di sekeliling
kita?
Bagaimana caranya
supaya kita menyukai orang? Rasanya
tidak ada cara yang lebih baik selain datang dari dalam diri sendiri –Ikhlas
menyukai orang.
Keluarkan wang RM1
dari poket kita sekarang. Ingati
kembali, siapakah yang menyampaikan wang itu kepada kita? Adakah ia terus masuk ke dalam poket
kita? Wang RM1 itu sebnenarnya sudah
meniti beratrus-ratus bahkan beribu-ribu tangan sebelum sampai ke tangan
kita. Tuhan menurunkan rezeki dan rezeki
itu berjalan dari tangan ke tangan sebelum sampai ke tangan kita.
Sekiranya kita
tidak menyukai manusia di sekeliling kita bermakna kita sendiri yang menyekat
rezeki yang sedang mendatangi kita. Wang
yang sepatutnya sampai ke tangan kita sudah terhenti kerana kita tidak menyukai
orang yang menyampaikan rezeki ke tangan kita itu. Sahlah, orang yang tidak menyukai orang lain,
hidupnya dalam kegagalan dan terus gagal.
Bagaimana caranya
supaya kita menyukai orang? Rasanya
tidak ada cara yang lebih baik selain datang dari dalam hati sendiri – ikhlas
menyukai orang. Itulah cara yang paling
baik, ikhlas kita menyukai orang. Selain
itu, cara-cara berikut boleh digunakan:
1.
Tanyakan soalan: Mengapa saya tidak menyukai orang? Terus bertanya sehingga kita akhirnya tidak
dapat menjawab dan memberi sebab mengapa kita tidak menyukai orang. Kerana tidak ada sebab bagi tidak menyukai
orang, pastinya yang tinggal adalah sebab:
Mengapa saya menyukai orang.
2.
Kurangkan kemudian
elakkan bergaul dengan kumpulan manusia yang suka mengutuk dan mengumpat orang
lain.
3.
Mula menghilangkan kerut
pada muka dan kening yang membentuk imej manusia gagal. Sebaliknya, serikan wajah dengan senyuman
ikhlas mesra.
4.
Setiap kali mahu mencari
kekurangan dan kesilapan orang lain, segera terbalikkan proses mencari
itu. Segera cari: Apa kelebihan dan keistimewaan manusia di
depan saya ini yang boleh saya beri perhatian.
Lakukannya sentiasa – dalam masa yang singkat kita akan mula menyukai
manusia.
5.
Ada batasnya. Jangan sekali-kali menyukai manusia yang
disahkan kaki temberang, kaki pembelit, kaki cakap, kaki tipu, putar alam. Lebih baik tidak menyukai manusia-manusia itu
kerana berkawan dan menyukai manusia-manusia itu ibarat menyimpan ular di dalam
poket.
6.
Memulakan terlebih
dahulu. Sangat penting bagi kita
memulakan persahabatan terlebih dahulu.
Adakah lebih baik dan menguntungkan sekiranya kita memulakan terlebih
dahulu berbanding dengan kita menunggu membina persahabatan.
7.
Setiasa semaikan
benih-benih kemesraan dan kasih sayang dalam setiap pergaulan.
8.
Sentiasa sepanjang masa,
mengingatkan diri menyebut kepada diri:
Saya memerlukan manusia di sekeliling saya.
Tidak ada manusia
yang lebih malang selain manusia yang tidak disukai orang. Bolehkah kita membayangkan bagaimana perasaan
kita sekiranya kita tidak disukai orang?
Lebih malang lagi,
manusia yang tidak disukai orang adalah manusia yang sedang hidup dalam
kegagalan dan akan terusa gagal. Tidak
disukai orang adalah sama malang dengan tidak mempunyai orang.
Sekiranya kita
tidak menyukai orang, kita perlu berbuat sesuatu pada diri kita. Apabila orang tidak menyukai kita, tetap
sama, kita perlu berbuat sesuatu pada diri kita supaya orang menyukai
kita. Apa yang perlu kita lakukan?
Pertama sekali
kita perlu melakukanm pemeriksaan menyeluruh pada diri. Apa yang berada dalam diri kita sehingga
menyebabkan orang tidak menyukai kita?
Kedua, kita perlu sekali lagi membuat pemeriksaan menyeluruh kepada
masyarakat sekeliling – mengapa mereka tidak menyukai kita? Bagaimanapun kerana objeknya adalah diri
kita, maka sebaliknya kita perlu membuat penyiasatan menyeluruh pada diri kita
terlebih dahulu.
Punca utama orang
tidak menyukai kita adalah kerana sikap.
Mungkin ada sebahagian ataupun keseluruhan ataupun sebahagian besar diri
kita ini ada sikap yang menyebabkan orang tidak menyukai kita. Antara sikap yang menjadi kebencian orang
adalah:
1.
Mementingkan diri
sendiri. Memang sahlah, orang yang
mementingkan diri sendiri akhirnya menyendiri.
2.
Perasan diri lebih pandai
dan lebih segala-galanya. Sikap ini
secara automatik membentuk satu tembok yang memisahkan diri dengan orang
lain. Orang ramai benci dengan orang
yang perasan.
3.
Muka
tersorong-sorong. Ini satu lagi punca
mengapa orang bencikan kita. Mendakwa
diri sendiri lebih, menyorongkan diri sendiri di tempat yang tidak sepatutnya,
sebenarnya adalah sikap yang menjadi kebencian orang.
4.
Cakap besar juga menjadi
kebincian orang.
5.
Cakap tak serupa bikin
juga dibenci.
6.
Hendak menguasai,baik
dalam pergaulan ataupun percakapan adalah dibenci.
7.
Sentiasa hendah lebih,
enggan lebih kurang ataupun bertolak ansur juga menyebabkan kebencian orang
ramai.
8.
Busuk hati, dengki, iri
hati yang merosakkan, kaki mengumpat dan tukang laga sentiasa dibenci orang.
9.
Sikap pemarah yang
menjadi benteng memisahkan kita dengan orang lain. Orang yang permarah hanya layak berkawan
dengan syaitan sahaja.
10.
Ego yang tebal,
menebalkan lagi tembok perhubungan dengan orang ramai.
Berikut ini adalah
sebahagian daripada usaha kita supaya kita disukai orang ramai:
1.
Sekiranya masyarakat
sekeliling jenis masyarakat yang pelik, tidak sesuai dengan diri kita,
tinggalkan segera masyarakat itu.
2.
Terbalikkan proses
–mana-mana perkara dan sikap yang tidak kita sukai pada orang lain, jangan
amalkan perkara atau sikap itu. Misalnya
kita benci melihat orang masam muka, kita janganlah masam muka. Sekiranya kita benci orang yang kedekut,
janganlah kita kedekut. Apa yang menjadi
kebencian kita, itulah juga kebencian orang lain.
3.
Perbaiki keadaan
hidup. Adakah menjadi lumrah manusia di
dunia ini – sekiranya kita berjaya kita disukai, ramai yang tersengih-sengih
datang kepada kita. Apabila kita gagal,
ramai yang menyimpang apabila berselisih dengan kita. Memperbaiki keadaan hidup daripada
berbagai-bagai segi adalah komitmen seumur hidup.
4.
Menjaga nama baik dan
reputasi yang baik adalah komitmen seumur hidup.
Orang Tamak Selalu Gagal
Selalunya, bahkan
satu kemestian – orang yang tamak, semua hendak buat sendiri, semua hendak
bolot sendiri, pasti beliau akan gagal.
Sekiranya kita
bersikap begitu, segera, pada saat ini juga buang jauh-jauh sikap ini. Sikap ini sekiranya menjadi pakaian, pasti
tidak ada dolak-dalik lagi menyebabkan kita gagal.
Mulai hari ini
juga, sikap tamak, semua hendak buat sendiri, semua hendak makan sendiri
digantikan dengan: Buat sama-sama, makan
sama-sama, Sama rata, sama merasa.
Rezeki dan rahmat
yang diturunkan oleh Allah adalah untuk semua orang. Bukan untuk seorang dua sahaja. Orang yang rajin berusaha memperoleh rezeki
itu. Orang yang berusaha lebih daripada
orang lain akan menndapat lebih. Hanya
orang yang faham sahaja akan mengesahkan yang rezeki itu bukan untuk dirinya
sendiri – ia umum, untuk semua orang.
Jadi mengapa perlu tamak?
Tamak juga
dikaitkan dengan: Hendak lebih daripada
orang lain Dalam satu-satu projek atau
kerja yang sepatutnya, dikerjakan sama-sama,
makan sama-sama dipandang daripada sudut bagaimana saya hendak
membolot Bagaimana saya boleh dapat
lebih atau semuanya milik saya.
Sekarang,
sekiranya kita menjadi orang yang sama-sama menjayakan projek itu, apa tindakan
kita? Tentu sejak awal lagi kita keluar
daripada projek itu. Kita enggan
bekerjasama, sedangkan kehadiran kita adalah penting – projek itu gagal, orang yang tamak itu pun gagal. Sekiranya mengamalkan kerja sama-sama, makan
sama-sama tentunya peluang bagi kejayaan projek itu lebih cerah. Apabila dalam kepala orang itu tidak tertanam
rasa tamak, pastinya rezeki yang Allah turunkan dapat dirasai
bersama-sama. Orang tamak tidak
sepatutnya tinggal di kalangan masyarakat.
Setiap kali terasa
hendak bolot sendiri, katakan kepada diri sendiri: Tidak boleh.
Saya bukan hendak menempa kegagalan.
Sikap tamak juga
adalah sifat yang dibenci mnanusia.
Sekiranya kita tamak, kita hendak lebih, kita menekan dan memeras orang
lain, mempergunakan orang lain bagi kepentingan sendiri, kita hendak lebih,
kita hendak hidup seorang dan sekiranya boleh biar orang lain mati. Pastinya kita akan dibenci orang. Apabila kita dibenci orang, kita sendiri
dapat meneka, apa pengakhiran hidup kita.
Betul! Tidak lain tidak bukan
kegagalan demi kegagalan menanti kita.
Andainya semua
orang termasuk usahawan di Malaysia ini mengamalkan sikap kerja sama-sama,
makan sama-sama pastinya lebih ramai yang kaya di Malaysia ini kerana perkara
ini kurang diamalkan, kita melihat lebih ramai yang gagal dalam hidup dan
perniagaan. Apabila perasaan hendak
bolot sendiri ini mempengaruhi kepala dan jiwa, kesannya bukan hanya kepada
diri sendiri tetapi kepada semua orang di sekeliling.
Kita imbas sekali
lagi sejarah perjuanghan Nabi Muhammad.
Adakah Nabi Muhammad tamak, hendak bolot sendiri, menyebarkan ajaran
Islam bersendirian? Adakah beliau
membolot semua ajaran Islam untuk dirinya sendiri kerana beliau tamak, hendak
masuk syurga seorang diri? Kita hanya
membaca sejarah tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengkaji lebih dalam,
enggan mengambil tauladan dan sempadan daripada perjuangan mulia Nabi Muhammad.
Hari ini kita
sibuk mengatakan berkenaan teamwork – kerjasama. Walhal teamwork sudah wujud pada zaman Nabi
Muhammad saw. Ia dikaji oleh Barat dan
diamalkan oleh Barat, kerana itulah mereka lebih maju daripada kita. Cara Nabi Muhammad memperjuangkan Islam
adalah menggunakan kaedah teamwork, bukan beliau berseorangan. Bukan juga dengan hanya beberapa orang. Beliau tidak tamak, semua orang berhak
memperoleh ajaran daripada beliau, asalkan mahu. Semua orang yang mahu, memperoleh faedah
daripada ajaran yang dibawa oleh beliau.
Kita memperoleh kejayaan sekiranya sentiasa mengamalkan teamwork, kerja
sama-sama, sama-sama makan. Jangan
sekali-kali membenarkan rasa tamak dan hendak bolot sendiri menguasai fikiran
dan fizikal kita. Setiap kali terasa
hendak bolot sendiri, katakan kepada diri siendiri – Tidak boleh. Saya bukan hendak menempa kegagalan.
Apabila
mengerjakan sesuatu projek, kerja ataupun apa sahaja kebaikan, tanyakan kepada
diri sendiri: Bagaimana caranya supaya
saya boleh buat sama-sama dan makan sama-sama.
Apabila sudut pandangan dihalakan ke arah kerja sama-sama dan dapat
makan sama-sama, kita sebenarnya sedang menema kejayaan. Nama kita menjadi lebih harum. Kita bertambah disukai. Apabila kita disukai, dipercayai – peluang
menempa kejayaan yang lebih besar adalah cerah.
Orang ramai hanya
bekerjasama dengan kita sekiranya mereka memperoleh faedah. Ini adalah sifat semula jadi manusia. Tanpa faedah yang setimpal dengan usaha
mereka, nampaknya mereka enggan bekerjasama dengan kita. Itu yang perlu kita fikirkan. Mereka ada harapan. Apabila kita dapat memenuhi harapan mereka,
harapan kita juga akhirnya akan terpenuh.
Kerja sama-sama,
makan sama-sama, itulah moto baru hidup kita.
Kerana Wang Semata-mata
Wang hanya
sekeping kertas, tetapi ia mempu mengubah emosi manusia. Walaupun ia sekeping kertas tetapi ingat – ia
adalah kertas yang bernilai. Kita
memerlukannya.
Memerlukan dengan
mengutamakan adalah dua perkara yang berbeza.
Memerlukan bermakna kita perlukan wang itu untuk hidup. Mengutamakan pula adalah sebaliknya iaitu
hidup untuk wang. Wang untuk hidup
dengan hidup untuk wang adalah dua perkara yang berbeza.
Hidup untuk wang
selalunya berakhir dengan hidup untuk gagal.
Wang untuk hidup selalunya berakhir dengan hidup untuk kejayaan.
Bukan bermakna
tidak perlu mementingkan wang.
Perlu. Memang wang penting – dari
pagi hingga ke pagi esok kita memerlukan wang.
Bahkan dalam satu-satu masa sama ada kita menggunakan wang ataupun
sedang membelanjakan wang. Begitu kuat
pengaruh wang dalam hidup kita.
Sekarang ini,
walaupun kita sedang duduk berehat, wang tetap diperlukan –sedang kita berehat,
bil-bil, ansuran-ansuran tetap berjalan.
Jadi dalam satu-satu masa, sama ada kita sedang membuat wang ataupun
sedang menggunakan wang. Hanya manusia
yang bijak sahaja tahu menggunakan masa – sambil menyedari dalam satu-satu masa
sama ada sedang membelanjakan wang ataupun sedang membuat wang.
Begitulah
pentingnya wang. Sekarang memerlukan
wang, akan datang memerlukan wang yang lebih banyak. Mengpqa lebih banyak? Kerana keadaan berubah, suasana berubah. Kerana adanya inflasi, apa yang cukup masa
lalu, tidak cukup masa kini dan sangat tidak cukup pada masa akan datang.
Tetapi, walaupun
ia penting, bahkan sangat penting, sekiranya difikirkan sebagai perkara yang
utama – segala-galanya kerana wang, seluruh kehidupan ini akan rosak. Wang penting tetapi bukan utama. Banyak perkara lain yang lebih utama.
Yang penting di
sini adalah anggapan. Apabila
beranggapan wang adalah utama, segala pergerakan adalah semata-mata kerana
wang. Hidup dikuasai oleh wang. Cara yang salah. Yang sebenarnya, kita menguasai wang, tetapi
apabila segala-galanya kerana wang, kita dikuasai dan diperhambakan oleh
wang. Sekali kita menjadi hamba wang,
selama-lamanya kita menjadi hamba wang.
Terbelenggu oleh wang memang sukar dilepaskan.
Apabila fikiran
dan fizikal dikuasai oleh wang, manusia hilang pertimbangan. Sebaliknya apabila menganggap wang itu
penting tatapi bukan utama, fikiran dan fizikal dikuasai oleh akal.
Selalunya, apabila
dikuasai oleh wang, satu soalan yang pasti setiap hari adalah: Ada duit?
Sekiranya tidak mendatangkan hasil yang berbentuk wang, nampaknya berat
sekali bagi bergerak. Sesuatu perkara
itu dilihat dari sudut wangnya terlebih dahulu.
Bukankah itu adalah jalan bagi menempah kegagalan?
Paling pasti,
kerana hilang pertimbangan, halal dan haram ditolak ke tepi. Yang penting adalah wang. Keberkatkan, halal,
haram, semuanya tidak dipedulikan.
Bukankah itu akhirnya membawa kegagalan dan kerugian? Rugi di dunia dan rugi di akhirat.
Bencikah kita
kepada orang yang gila wang dikuasai oleh wang?
Bencikah kita kepada orang yang segala gerak langkahnya semata-mata
kerana wang? Sekiranya kita benci,
bermakna kita dibenci sekiranya bersikap begiktu. Jadi, lapangkan fikiran kita – hapuskan
anggapan lama yang wang itu utama.
Penuhi fikiran dan fizikal dengan anggapan baru yang wang itu penting
tatapi bukan utamk.
Apabila
segala-galanya kerana wang, segala-galanya akan hancur. Sejarah membuktikan, kelompok bangsa ataupun
individu yang hidup - semata-mata kerana wang, dikuasai oleh wang akhirnya
mengalami kehancuran.
Lambatlah
Orang yang suka
menganggap dan menyebut: Lambatlah ..
adalah orang yang gagal. Baginya, semua
hendak cepat sedangkan kebanyakan kejayaan perlu dibina – ia memakan masa.
Adalah mustahil
membina kejayaan dengan cepat. Maksudnya
kejayaan yang mahal kerana kebanyakan kejayaan yang cepat adalah kejayaan yang
murah. Kejayaan yang murah adalah kejayaan
yang tidak mempunyai asas. Ataupun
kejayaan yang dibina di atas asas yang rapuh.
Hampir semua jenis kejayaan yang dibina di atas asas yang rapuh berakhir
dengan kegagalan yang menyakitkan.
Jadi, lain kali,
apabila kita mahukan kejayaan yang cepat – segera ingatkan diri sendiri apa
yang sedang kita cari adalah kegagalan, bukan kejayaan. Apabila hendak cepat, tergesa-gesa, banyak
keburukan yang terjadi. Kerana itulah,
selalunya kita melihat bagaimana orang yang tiba-tiba kaya, tiba-tiba pula
menjadi miskin kembali.
Orang yang
hendakkan kejayaan yang cepat selalunya tidak pernah mementingkan kualiti. Masakan dapat memikirkan kualiti kerana
seluruh fikiran ditumpukan kepada hendak cepat.
Bukan setakat kualiti, halal haram pun terpaksa tolak ke tepi kerana
dikatakan: Itu melambatkan saya bagi
berjaya.
Berbeza dengan orang yang tidak pernah merungut
Lambatlah.... Beliau mengusahakan dengan
tekun, disamping tidak pernah melupakan tentang kualiti.
Lambat ataupun
cepat bukan ukuran, yang penting usaha saya mendatangkan hasil, Katanya. Akhirnya, apabila apa yang disuasahakan
mendatangkan hasil ia adalah hasil yang begitu hebat kerana ia hasil yang
berkualiti, ada tapisan halal dan haram.
Kejayaan yang padu, insya Allah berpanjangan. Bukan kejayaan hendak cepat – tidak ubah
seperti belon – kosong melayang-layang.
Teruskan usaha
jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang,
Biarlah orang mengatakan cara awak ini lambat. Pedulikan sahaja, kita menjalani hidup kita,
bukan kehidupannya.
Bukan maksudnya di
sini menjadi manusia pasif. Yang penting
di sini adalah usaha berterusan dan memikirkan tentang kualiti. Segala-galanya berkualiti Bukan lambatpun tidak apalah, tetapi berusaha
dengan gigih tanpa memikirkan hendak cepat.
Sekiranya fikiran dan fizikal sudah diset lambatpun tidak apa, pastinya
lambatlah akhirnya. Apa yang penting
adalah, mengusahakan tanpa memikirkan hendak cepat dan bukan juga hendak
lambat-lambat. Sepanjang masa
mengusahakan, hanya memikirkan tentang kualiti sahaja. Segala-galanya berkualiti, barulah insya
Allah melahirkan kejayaan yang berkualiti.
Memang sifat
semula jadi manusia adalah hendak cepat.
Tetapi malangnya keinginan dan sifat itulah yang membawa kepada
kegagalan. Andainya kita dapat melupakan
sifat semula jadi itu dan memberi tumpuan kepada kualiti sambil menghapuskan
anggapan hendak cepat ataupun lamabat-lambat, insya Allah, kita memperoleh
kejayaan yang berkualiti.
Jadi, bagi
menghindari punca kegagalan ini, inilah sebahagian caranya:
1.
Lupakan sama sekali soal
hendak cepat.
2.
Lupakan juga anggapan
biar lambat-lambat.
3.
Sentiasa memikirkan tidak
lain daripada kualiti. Fikirkan kualiti,
masukan kualiti dalam setiap usaha kita, sama ada usaha kita itu kecil ataupun
besar.
4.
Teruskan usaha, jangan
terpengaruh dengan cakap-cakap orang.
Biarlah orang mengatakan: Cara
awak ini lambat. Pedulikan sahaja, kita
menjalani hidup kita bukan kehidupannya.
Sekiranya kita
masih ragu-ragu berkenaan hendak cepat ini, sekali lagi imbas kembali sejarah
perjuangan Nabi Muhammad. Berapa lama
Nabi Muhammad berjuang? Apa
hasilnya? Bagaiman kesan perjuangan beliau?
Padu ataupun longar? Berpanjangan
ataupun sementara.
Tersilap Landasan
Ada seorang lelaki
yang jahil tetapi ego. Beliau pergi ke
utara dengan menggunakan keretapi.
Kerana letih, beliau tertidur sepanjang perjalanan. Apabila keretapi sudah sampai ke destinasi,
beliaupun terbangun dan turun dari keretapi.
Beliau memandang sekeliling: Ini
bukan stesen Butterworth. Memang bukan
kerana keretapi itu sudah sampai di Johor Bahru.
Satu kesilapan
yang kecil – kesilapan menaiki keretapi yang salah, akhirnya membawa perubahan
besar. Tujuannya ke utara tetapi sampai
ke selatan. Landasan yang salah membawa
ke destinasi yang salah. Sama seperti
mahu menjadi askar tetapi memohon kerja menjadi polis.
Setujukah kita,
apa sahaja keadaan hidup pada masa kini
adalah hasil pilihan kita sendiri pada masa lalu? Walaupun ada yang
mengatakan: Saya dipengaruhi. Bukan pilihan saya. Benar dipengaruhi, tetapi akhirnya kita
memilihnya. Kerana itulah pelari pecut
selalu mengatakan: Permulaan yang betul
membantu kemenangan. Kata-kata motivasi
lama adalah: Tidak kiralah apa permulaan
kita, yang penting adalah pengakhiran, adalah salah. Walau apapun keadaan hidup kita masa lalu,
pilihan kita mencorakkan kehidupan kita pada hari ini – begitulah yang
sebenarnya. Jadi, walaupun kehidupan
kita pada masa lalu adalah miskin, tetapi pilihan kita adalah menjadi kaya
kemudian berkomitmen melaksanakan pilihan itu, insya Allah, kita boleh menjadi
kaya. Sekiranya miskin tetapi memilih
terus hidup miskin, maka miskinlah kesudahannya kerana pilihan menentukan
corak.
Kita tentu biasa
melihat iklan Adidas yang berasal daripada Adi Dassler, nama pencipta kasut
Adidas, dari Jerman, sepanjang Piala Dinia France 98. Dalam iklan itu ditayangkan bagaimana dua
beradik ataupun mungkin dua sahabat karib akhirnya menjadi pemain bolasepak
adalah kerana memilih sejak kecil bagi menjadi pemain bolasepak. Pilihan yang tetap, komitmen yang berterusan,
tidur dengan kasut bola, pergi sekolah dengan kasut bola. Hari Raya memakai kasut bola, menggunakan
kertas yang digumpal-gumpal dan diikat untuk dijadikan bola akhirnya membawa ke
destinasi yang tepat.
Kita memilih
berjalan kaki ke kedai, maka akhirnya kita sampai ke kedai dengan cara berjalan
kaki. Kita memilih menaiki kereta, maka
cepatlah kita sampai ke kedai. Apa yang
kita pilih di kedai, itulah barang yang kita bawa ke rumah.
Bolehkah kita
sampai ke hilir sekarang kita berdayung ke hulu? Apabila kita tidak dapat menjawab soalan
peperiksan adalah kerana kita memilih tidak mengulang kaji pelajaran pada masa
lalu. Hari ini, penagih-penagih dadah
yang berulang-alik ke pusat serenti adalah memilih menagih dadah.
Bagi sampai ke
penghujung sana, kita memerlukan landasan.
Tanpa landasan, kita tidak mungkin sampai ke hujung sana. Landasan yang tepat boleh membawa kita ke
destinasi yang tepat – sama seperti kes menaiki keretapi tadi. Sekiranya lelaki tadi tidak jahil tentulah
beliau tidak tersalah destinasi.
Sekiranya beliau dapat membuang egonya, bertanya kepada orang di situ,
pastinya beliau tidak tersalah destinasi.
Landasan –
berbagai-bagai landasan boleh kita pilih.
Soalnya adakah landasan itu boleh membawa kita ke destinasi kita? Inilah yang kita ketahui kerana tersilap
landasan, kita akhirnya gagal.
Sebagai conbtoh,
Ray Kroc boleh dijadikan model bagaimana landas dan yang tepat boleh membawa
destinsi yang tepat. Ray Kroc adalah
pengasas sistem francais McDonald. Ada
Pakar motivasi karut mengatakan beliau adalah pengasas McDonald. Sebenarnya beliau adalah pengasas sistem
francais McDonald. Sebaliknya, pengasas
McDonald adalah adik-beradik Dick dan Mac McDonald.
Sebelum itu, Ray
boleh dikatakan sebagai orang yang tidak berjaya dalam hidup – baginya landasan
sebagai jurujual peralatan minuman adalah landasan yang kurang tepat atau
salah. Hinggalah usia 57 tahun, barulah
beliau menemui landasan yang tepat – sistem francais. Landasan yang tepat membawa ke destinasi yang
tepat. Ray Kroc menjadi jutawan dalam masa yang begitu singkat. Ini kerana Ray sangat mementingkan
kualiti. McDonald bukan sahaja bertahan
tetapi berkembang ke seluruh dunia, memberi faedah dan pekerjaan kepada
berpuluh ribu manusia.
Bagi mengetahui
apakah landasan yang paling sesuai supaya kita boleh membuat pilihan yang tepat
adalah:
1.
Pertama sekali ketahui
apa destinasi kita? Di mana kita berada
akhirnya? Tempat yang kita ingini? Jumlah kejayaan yang kita ingini?
2.
Selepas mengetahui dengan
tepat destinasi kita, tanyakan soalan:
Adakah apa yang saya lakukan ini boleh membawa saya ke destinasi? Tanya terus sehingga kita memperoleh apakah
pekerjaan yang boleh membawa kita ke destinasi?
Misalnya, sekiranya kita makan gaji dengan gaji sebanyak sekian-sekian,
bolehkah kita menjadi jutawan? Sekiranya
boleh, teruskan. Sekiranya tidak boleh,
apa yang perlu dilakukan?
3.
Kita berniaga emas,
mendapat emas. Berniaga kacang mendapat
kacang. Benar-benar pastikan apakah
landasan yang paling sesuai? Berniaga
pasar malam tidak mungkin boleh menjadikan kita jutawan. Cukup makan bolehlah, tetapi jutawan terasa
sangat janggal. Tetapi sekiranya
sementara sebagai batu loncatan bagi mengumpul modal, tidak mustahil.
4.
Tetapkan masa yang paling
sesuai. Seseorang pernah berkata: Semua matlamat adalah realistik, yang tidak
realistik adalah masa yang diperuntukkan.
Kata-kata ini kurang tepat. Tidak
semua destinasi kita realistik. Menjadi
Sultan tidak realistik sekiranya kita bukan keturunan Sultan. Mendarat di bulan tidak realistik sekiranya
kita tidak meminati astronomi. Jadi,
pilih destinasi yang realistik ditambah dengan tempat masa yang juga realistik
ditambah dengan tempoh masa yang juga realistik. Menjadi jutawan pada tahun depan tidak
realistik sekiranya hari ini kita asyik berulang alik ke kedai kopi. Menjadi realisatik sekiranya kita asyik
berulang alik ke bank memasukan wang
5.
Pastikan landasan itu
benar-benar menarik minat. Tanpa minat
kita akan banyak mengeluarkan alasan bagi tidak meneruskan usaha. Sekiranya kita minat tetapi kita tidak tahu –
pelajarinya.
6.
Sentiasa membuka mata dan
telinga untuk belajr. Baca kisah-kisah
kejayaan berkenaan tokoh yang kita minati.
Pelajari apa landasan yang mereka gunakan untuk sampai ke destinasi
mereka.
7.
Tanya kepada manusia yang
jujur. Cadangan daripada mereka,
keputusan di tangan kita.
Kita beruntung
kerana hidup kita di dunia ini tersedia berbagai-bagai jenis pilihan. Cuma, pastikan kita membuat pilihan yang
tepat. Pilih hanya landasan tepat yang
dapat membawa kita ke destinasi yang kita kehendaki.
Personaliti Buruk
Personaliti buruk
boleh dikatakan, tidak sedap mata memandang.
Oleh kerana tidak sedap mata memandang, kehadirian nampaknya kurang
disenangi.
Daripada mata
turun ke hati. Mata memandang, hati
menyukai. Bukankah disukai orang itu
pembuka jalan kejayaan? Itulah inti sari
personaliti. Kita perlu membina
personaliti yang menarik. Peronaliti
yang menarik membantu kita dalam pergaulan.
Personaliti bukan
setakat penampilan ataupun pakaian sahaja.
Ia merangkumi luar dan dalam, zahir dan batin. Selalunya apa yang berada dalam batin,
terpancar pada zahir. Jadi, walaupun
zahir nampak baik tetapi di dalam kurang baik, kebaikan di luar akan
ditenggelamkan. Personaliti yang baik
adalah – memberi tumpuan kepada penampilan di luar dan dalam.
Antara lain yang
membentuk personaliti kita adalah:
1.
Pakaian dan cara kita
berpakaian.
2.
Kerapian rambut bagi
lelaki dan kerapian penutup kepala bagi wanita.
3.
Sikap.
4.
Cara bercakap dan apa
yang dicakapkan.
5.
Wajah.
6.
Senyuman.
Kita mulakan
dengan bahagian paling atas iaitu rambut.
Rambut dapat mengubah pandangan orang pada seluruh penampilan. Maksudnya – sekiranya pakaian kita mahal
berjenama, kemas, menarik tetapi rambut kita tidak kemas, maka seluruh
penampilan kita tidak kemas. Sekiranya
penutup kepala bagi wanita tidak kemas, sekalipun berbaju sutera yang termahal
– tetap juga seluruh penampilan itu tidak kemas. Jadi, apabila menampilkan diri, beri
perhatian paling serius pada penampilan rambut ataupun penutup kepala.
Kita turun ke
bawah iaitu pada muka. Muka membentuk
wajah. Biar apapun bentuk muka kita,
sewajibnya kita bersyukur kepada Tuhan.
Setiap kurniaan Tuhan adalah yang terbaik. Cantik tidak cantik, lawa tidak lawa, bukan
kehendak kita. Yang penting Tuhan
mengurniakan kita muka. Setiap kurniaan
Tuhan perlu dihargai dan dijaga dengan baik.
Selalunya apa yang
tersirat pada wajah adalah apa yang tersirat dalam hati. Sekiranya hati berduka, wajahpun mendung
sahaja. Begitu juga sekiranya gelisah,
suka, riang, menyampah, semuanya tergambar pada wajah. Begitu juga sekiranya di dalam hendak
mengenakan orang, hendak membelit, semuanya terpancar pada wajah. Sekiranya daripada dalam adalah ikhlas,
terpancarlah keikhlasan pada wajah.
Orang kata, kita boleh menipu dengan senyuman tetapi kita tidak boleh
menipu melalui mata. Wajah adalah cermin
dari dalam diri dan mata adalah cermin utama pada wajah. Bahkan, semakin lama kita bergaul dengan
orang ramai daripada pelbagai personaliti, lama-kelamaan kita boleh melihat
niat dan dalam diri seseorang hanya melalui mata sahaja. Daripada mata seseorang, kita mengetahui sama
ada beliau pembelit, putar alam, ikhlas dan sebagainya.
Menyentuh
berkenaan senyuman, orang kata, sekiranya kita senyum, bibir melengkung ke
atas, itulah tandanya sedang menadah rezeki.
Tetapi sekiranya kita masam muka, bibir melengkung ke bawah, itu
tandanya rezeki yang turun terus ke bawah – melepas. Oleh itu, senyumlah selalu. Jangan kedekut dengan senyuman. Senyuman, selain dapat membentuk personaliti
yang baik, ia juga dapat menarik rezeki.
Yang penting di sini, bukan senyuman sinis tetapi senyuman yang ikhlas
kerana kita gembira bertemu dengan manusia di depan kita. Ataupun jauh lebih baik sekiranya senyuman
itu diniatkan sebagai sedekah.
Wajah yang
berpersonaliti buruk adalah wajah yang tidak dijaga dengan baik dan ditambah
dengan masam muka sepanjang masa – Wajah manusia yang gagal. Wajah adalah kepunyaan kita, jadi janganlah
diri kita sendiri yang menghalang kejayaan untuk kita.
Turun terus ke
bawah adalah badan kita yang perlu ditutupi dengan pakaian yang sesuai dengan
keadaan. Badan yang ditutupi itu
perlulah sihat bertenaga Orang yang
berjaya kelihatannya senntiasa riang.
Bolehkah seseorang itu riang senyum mesra sekiranya tubuh badanya tidak
sihat. Cantikkah berpakaian sekiranya
perut buncit kerana terlebih makan dan kurang bersenam? Bentuk badan yang cantik, dapat membentuk
personaliti menawan hanya diperoleh sekiranya menjaga pemakanan dan senaman
menjadi amalan.
Ada kebenaran
apabila ada ungkapan: Pakaianlah yang
membentuk lelaki. Jadi, sesungguhnya
pakaian adalah pelaburan. Sejenis
pelaburan bagi menarik kejayaan melalui personaliti yang menawan. Ada orang yang suka memakai pakaian yang
berjenama – tidak mengapa sekiranya mampu.
Bagaimana sekiranya tidak mampu?
Memadailah memakai pakaian yang berkualiti kemas, bersih, sesuai pada
tempat dan sesuai daripada segi warna.
Adalah mustahil memakai pakaian jean dan kemeja T ataupun baju
belang-belang seperti harimau apabila berurusniaga. Sekiranya berurusniaga di pasar malam ataupun
di pasar borong, bolehlah. Tetapi
sekiranya di Pejabat, perlulah memakai baju berwarna lembut dan cerah dan
seluar berwarna gelap, lengkap bertali leher.
Sukakah kita
melihat orang yang berpakaian kemas?
Sekiranya kita suka, bermakna orangpun menyukai kita apabila kita
berpakaian kemas. Sehubungan dengan itu,
bagi mengetahui bagaimana cara berpakaian yang menarik, kita perlu melihat
kepada seseorang yang mempunyai peresonaliti menarik dan memerhatikan cara
beliau berpakaian. Tiru sahaja.
Bagaimana pula
cara kita berpakaian? Sederhana,
perlahan, meleret-leret ataupun
melaung-laung? Orang yang
berpersonaliti, cara percakapannya sederhana, tidak terlalu lembut dan tidak
kasar. Bercakap apabila perlu sahaja
ataupun apabila dikehendaki bercakap.
Bukan bercakap perkara yang karut-marut tetapi bercakap perkara yang ada
isi dan cakapnya itu diperlukan.
Akhirnya
pergaulan. Pergaulan kita sehari-hari
membentuk personaliti kita. Ini kerana
kita manusia gemar meniru personaliti orang lain dan kita manusia begitu mudah
menyerap pengaruh daripada manusia lain.
Tidak percaya? Bagi dua minggu
ini kita bergaul dengan orang yang suka putar alam. Bergaul, bersma ke hulu hilir, putar sana
putar sini. Hanya dalam masa 14 hari
sahaja, kita mula bercakap seperti putaralam, berpakaian seperti putaralam,
bergaul dengan orang yang hendak dibelit sahaja, memperoleh berbagai-bagai idea
bagi membelit, berlonggok hingga larut malam, berlonggok di pejabat yang
sepatutnya digunakan bagi berurusniaga dan lain-lain angkara putaralam.
Sebaliknya,
sekiranya dalam masa dua minggu ini kita bergaul dengan orang yang
berpersonaliti menarik, 14 hari kemudian kita berusaha mempunyai personaliti
seperti dirinya. Tetapi yang ini lambat
sedikit kerana adalah perkara normal, kita manusia lebih cepat menyerap yang
buruk berbanding yang baik.
Akhirnya, bagi
memperoleh personaliti yang menarik, beri perhatian serius kepada
perkara-perkara ini:
1.
Sentiasa mengambil serius
penampilan diri. Kejayaan kita
bergantung pada penerimaan masyarakat kerana kita hidup di kalangan masyarakat. Jangan sambil lewa pada personaliti dan
penampilan kita.
2.
Sentiasa menganggap
membina personaliti adalah pelaburan
3.
Elakkan daripada
melebih-lebih dalam segala perkara.
Daripada segi pergaulan hingga cara berpakaian.
4.
Sentiasa memastikan
persekitaran yang bersih. Persekitaran
yang bersih menjadikan hati, jiwa, fikiran dan fizikal kita juga bersih. Ini pastinya membentuk personaliti yang juga
bersih.
5.
Gunakan teknik modeling –
bergaul sambil menyerap personaliti orang yang berjaya.
Apa yang berlaku pada
fizikal dapat mempengaruhi fikiran. Cara
kita duduk, berdiri, bercakap, berjalan memang mempengaruhi fikiran kita. Apa-apa yang baik bagi fizikal, baiklah bagi
fikiran. Apabila kita kelihatan baik,
fikiran kita merasa baik. Apabila
penampilan dan personaliti kita kelihatan baik, seluruh jiwa dan fikiran kita
berasa yakin. Keyakinan ini dapat
membantu kejayaan kita. Saling berkait.
Horizon Sempit
Boleh juga dikatakan sebagai cara –
pemikiran yang sempit dan terbatasa.
Ataupun pandangan sempit. bukan
setakat pandangan – pendengaran dan perasaan juga turut sempit.
Kita boleh bertanya kepada kapten
kapal: Kapten, bagaimana kamu boleh
belayar di lautan yang luas?
Kapten menjawab dengan mudah: Horizon saya luas. Saya percaya laut itu tidak ada penghujungnya. Sekiranya kapten itu menganggap laut itu
sempit, horizon sempit, pastinya kapten itu enggan belayar – kapal hanya
tersadai di pelabuhan. Kata bijak
pandai: Apa guna kapal dibina sekiranya
bukan bagi belayar.
Kita ubah sedikit. Apa guna kita hidup sekiranya duduk dalam
kepompong. Orang yang hidup dalam
kepompong adalah orang yang horizonnya sempit.
Beliau enggan keluar daripada kepompong kerana tidak tahu di luar sana
ada dunia lain.
Orang yang
horizonnya sempit hanya melihat sekadar apa yang ada di sekelilingnya
sahaja. Sebaliknya orang yang horizonnya
luas – pandangan, pemikirannya melangkaui apa yang hanya ada di depannya.
Ada satu kisah
benar – bagaimana seorang yang disanjung sebagai kaki pukul di kampung berasa
dirinya paling hebat di kampongnya sendiri.
Hampir satu kampung sudah merasa penangannya. Pada suatu hari beliau keluar dari kampung
pergi ke bandar besar. Barulah beliau
tahu ada dunia lain selain kampungnya.
Beliau membawa lagak kaki pukul tetapi malangnya bukan beliau yang memukul,
sebaliknya beliau pula yang dipukul. Di
kampungnya sendiri dialah jaguh, di luar dialah tikus.
Orang yang
horizonnya sempit mempunyai kepercayaan yang berbesa dengan orang yang
horizonnya luas. Orang yang mempunyai
horizon luas percaya peluang bagi memperbaiki taraf hidup sentiasa ada, walau
bagaimana terdesaknya keadaan sekarang.
Orang yang horizonnya sempit percaya segala-galanya adalah terhad. Sedangkan kita tahu anugerah dan nikmat pemberian
Tuhan tidak pernah terhad.
Orang yang
horizonnya sempit hanya melihat sekadar apa yang ada di sekelilingnya
sahaja. Sebaliknya orang yang horizonnya
luas – pandangannya, pemikirannya melangkaui apa yang hanya ada di
depannya. Bukankah itu ciri-ciri orang
yang berjaya? Luas pandangan, luas
pemikiran, horizon luas tidak terbatas.
Antara punca
mengapa seseorang itu mempunyai horizon sempit adalah:
1.
Sempit pergaulan. Kawan-kawan dan sahabat-sahabat kurang. Sekiranya ada sekalipun adalah yang
seangkatan dengannya – sama-sama sempit horizon, sama-sama enggan meluaskan
horizon.
2.
Tenggelam dalam dunianya
kerana selesa dengan keadaan sekarang.
3.
Enggan menambah ilmu,
enggan meninjau keadaan dari dunia luar melalui pelbagai jenis media yang
tersedia sekarang ini.
4.
Ego – percaya dirinya
yang terbaik, dunianya yang paling hebat.
5.
Rendah diri – enggan
meletakkan diri dalam masyarakat.
6.
Enggan bergaul ataupun
kurang bergaul dengan orang yang lebih bijak.
Angan-angan Besar
Ini boleh dikatakan sebagai terlebih
angan-angan. Biasanya apabila sesuatu
itu terlebih, berlebihan ataupun melebihi had, ia mendatangkan mudarat.
Sudah dikenal pasti sejak dahulu lagi –
orang yang berangan-angan besar ataupun terlebih angan-angan tidak sampai ke
mana-mana sebaliknya terus gagal, berundur ke belakang. Yang pasti semakin tenggelam ditimpa oleh
angan-angan yang semakin hari semakin membesar, semakin hebat.
Siapa kata kita tidak boleh
berangan-angan? Boleh, tetapi janganlah
terlalu hebat, terlalu besar sehingga diri sendiri tidak mempercayai
angan-angan itu dapat dicapai.
Sebaik-baik angan-angan adalah yang
sederhana, kita percaya kita boleh dan mampu mencapainya. Ini kerana ia sederhana dan yakin dalam
jangkauan kita. Jadi tidak ada sebab
untuk kita tidak berusaha mencapainya.
Bagaimana derngan angan-angan yang
kecil? Angan-angan yang terlalu kecil
sama dengan angan-angan yang terlalu besar.
Oleh kerana ia kecil, tentulah tidak ada tarikan dan menyebabkan diri
malas bergerak dan bertindak.
Jangan sempitkan fikiran dengan mengatakan
kita dilarang berangan-angan. Kita
dibolehkan berangan-angan. Namun
angan-angan yang dilarang adalah angan-angan yang berbentuk keburukan. Apabiola aku ada duit, aku akan pergi ke
kelab dangdut, sambil menayang Mercedes aku.
Bagaimana hendak dapat?
Senang sahaja, sekaran ini aku perlu pergi ke kedai ekor, beli nombor. Sekiranya kena, bolehlah aku pergi kelab dangdut itu. Tetapi, hendak beli nombor, duit tidak ada. Eh! Ayam siapakah yang selalu datang ke rumah aku ini? Boleh aku tangkap, jual, dapat duit beli nombor.
Senang sahaja, sekaran ini aku perlu pergi ke kedai ekor, beli nombor. Sekiranya kena, bolehlah aku pergi kelab dangdut itu. Tetapi, hendak beli nombor, duit tidak ada. Eh! Ayam siapakah yang selalu datang ke rumah aku ini? Boleh aku tangkap, jual, dapat duit beli nombor.
Sebaliknya sekiranya berangan-angan yang
berbentuk kebaikan adalah digalakkan kerana ia membantu kita ke arah
kejayaan. Contoh angan-angan yang
baik: Apabila aku kaya, aku dermakan
separuh harta aku bagi kebajikan anak-anak yatim, orang miskin, masjid-masjid
dan surau-surau. Tetapi sekarang aku
belum kaya. Apa perlu aku lakukan supaya
aku menjadi kaya?
Daripada berangan-angan yang sederhana,
kita memperoleh jalan atau cara menjayakan angan-angan itu. Proses ini disebut menyusur. Kita sudah sampai di hujung sana dan menyusur
semula ke belakang bagi mengetahui langkah-langkah yang perlu kita ambil bagi
menjayakan angan-angan kita itu. Soalan
yang perlu kita kemukakan kepada diri sendiri semasa proses menyusur itu
adalah: Apa sebelum itu, dan Sebelum itu apa perlu saya lakukan?
Bagaimana agaknya Edison dapat mencipta
filamen? Kita tidak tahu bagaimana
pemikiran beliau tetapi kita dapat mengagak – mula-mula Edison berangan-angan
melihat mentol menyala. Kemudian beliau
bertanya: Apa sebelum itu? Beliau mendapat jawapannya. Kemudian daripada jawapan tadi beliau
bertanya lagi. Apa yang perlu saya
lakukan bagi mendapatkannya? Begitulah
seterusnya hingga beliau memperoleh langkah demi langkah hasil daripada menyusur
ke belakang.
Adakah angan-angan beliau itu besar? Sederhana besar iaitu mahu mencipta filamen
mentol, bukan mempunyai kilang mentol.
Hanya selepas berjaya mencipta filamen dan mentol menyala, kemungkinan
besar barulah beliau berangan-angan membuka kilang mentol. Tetapi menggunakan proses menyusur tadi –
apa sebelum itu, apa perlu saya lakukan?
Malangnya, hari ini ramai orang yang
mempunyai berbagai-bagai idea yang menarik hasil daripada berangan-angan. Tetapi angan-angan terlalu besar hingga diri
takut melaksanakan angan-angan itu. Jika
pun tidak terlalu besar, ramai yang tidak menggunakan kaedah menyusur hingga
menemui langkah pertama. Jika pun secara
tidak sengaja ada yang menggunakan kaedah menyusur hingga memperoleh langkah
pertama tetapi tidak melaksanakan langkah pertama itu.
Kemungkinan kerana itulah angan-angan tidak
berapa digalakkan. Memang benar, jangan
berangan-angan sekiranya diri belum bersedia melaksanakan apa yang menjadi
angan-angan itu. Jangan berangan-angan
walaupun angan-angan yang sederhana sekiranya diri enggan ataupun sejak dahulu
lagi memang keberatan mengambil langkah pertama. Langkah pertama adalah penting – sebagai
penentu sama ada angan-angan itu hanya sekadar angan-angan ataupun angan-angan
yang menjadi kenyataan. Tiada langkah
pertama dan langkah seterusnya, kita bakal menerima gelaran kaki angan-angan.
Selain dilarang, angan-angan tanpa langkah
pertama juga berbahaya. Ia merosakkan
diri, imej, sikap dan kesihatan. Pernah
terjadi, seorang yang kuat berangan-angan tetapi engggan mengambil langkah
pertama menjayakan apa yang diangan-angankan berakhir dengan mati sesat – mati
membunuh diri. Bukti nyata bagaimana
angan-angan yang tidak disertai dengan kekuatan dan kemahuan bagi memulakan
langkah pertama merosakkan fizikal dan mental.
Inilah sebabnya angan-angan itu dilarang.
Sekali kita enggan
bertindak selepas berangan-angan, esok lusa kitapun enggan bertindak selepas
berangan-angan. Akhirnya menjadi selesa
dengan hanya berangan-angan. Badan
semakin lemah kerana tidak ada aktiviti fizikal. Apabila badan lemah, otakpun lemah. Otak yang lemah tidak mampu memikirkan cara
mencipta kejayaan, sebaliknya lebih selesa dangan hanya berangan-angan. Bagaimana hendak memulakan langkah pertama
sedangkan fizikalpun semakin hari semakin lemah?
Hampir semua
ciptaan manusia di sekeliling kita adalah hasil daripada berangan-angan yang
kemudian menyusur dan dilaksanakan langkah pertama dan seterusnya. Bukan angan-angan yang besar hingga
menakutkan, tetapi angan-angan yang sederhana dan termampu dilaksanakan.
Di sini, kita tahu angan-angan itu
penting. Yang berbahaya adalah
angan-angan besar. Juga berbahaya,
angan-angan yang sederhana ataupun besar ataupun terlalu besar yang tidak
disudahi dengan langkah pertama.
Enggan Belajar
Orang yang enggan
belajar adalah orang yang ego, perasaan dirinya sudah pandai sedangkan kita
tahu tempoh belajar manusia adalah dari dalam rahim ibu hinggalah ke liang
lahad.
Siapakah manusia
paling pandai di muka bumi ini? Sudah
tentu Nabi Muhammad saw. Sedangkan
manusia paling pandai pun mahu belajar, apatah lagi kita ini manusia
biasa. Sekalipun beliau tidak tahu
membaca dan menulis kerana Allah sengaja menjadikan begitu, tetapi baginda
tertap mahu belajar lagi. Belajar
melalui Malaikat Jibril, dariada suasana sekeliling, melalui penglihatan,
pendengaran dan perasaan.
Jadi, di mana
letaknya keistimewaan kita yang kononnya tahu membaca, menulis dan mengira,
tetapi enggan belajar lagi? Di mana
istimewanya kita ini yang disajikan berbagai-bagai media di depan kita ini
tetapi masih enggan belajar? Jawabnya,
tidak ada keistimewaan, sebaliknya sedang menempa kegagalan.
Ini kerana orang
yang berjaya sentisa membuka telinga, mata dan perasaan bagi mempelajari
sesuatu. Mulut dibuka sekali sekala bagi
bertanya apa yang tidak tahu. Ego
dibuang jauh-jauh. Kerana itulah yang
dikatankan, orang yang terlebih ego itu adalah orang yang bodoh ataupun sedang
menjadi lebih bodoh. Orang yang pandai
tidak ego. Orang yang benar-benar kaya
dan berjaya tidak ego. Yang terlebih ego
biasanya adalah orang yang bodoh tetapi enggan belajar, orang miskin orang yang
baru pegang duit, orang yang hidupnya sederhana sahaja dan orang yang terlebih
hutang. Kita lihat hartanya memang boleh
tahan, rumah, kereta, lagaknya boleh tahan.
Tetapi apabila kita mengira balik nilai harta berbanding tanggungan
iaitu hutang, sama rata. Tanggungan
tolak harta hasilnya kosong. Bahkan
selalunya, hutang melebihi harta. Kita
pula lebih kaya daripada mereka.
Maksud belajar di
sini bukanlah maksud terpaksa pergi ke sekolah semula Itu pengertian yang cetek. Maksud yang tepat adalah, kita ini sebenarnya
manusia yang jahil, serba tidak tahu.
Kita jahil ilmu dunia, kita jahil ilmu akhirat. Selalunya manusia yang jahil akan sesat. Sesat di dunia, sesat di akhirat, sebagaimana
hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud:
Sesiapa mahu dunia, hendaklah berilmu, sesiapa hendakkan akhirat,
hendaklah berilmu, sesiapa hendakkan dunia dan akhirat, hendaklah berilmu. Bagaimana boleh mendapat ilmu sekiranya ego
terlalu tebal dan enggan belajar?
Kita manusia
memang dilahirkan tidak tahu apa-apa.
Tetapi jangan lupa dalam masa yang sama, kita manusia dilahirkan sebagai
genius iaitu dapat menyerap pendidikan dan pelajaran dengan cepat. Apalah guna kebolehan itu sekiranya diri
enggan belajar, enggan menggunakan kebolehan semuala jadi itu?
Terlalu banyak
perkara yang kita tidak tahu tetapi kita perlu tahu dan perlu belajar. Kerana itulah kemahuan yang kuat mahu
belajar adalah kemestian. Tiada
dolak-dalik, tiada alasan.
Setiap satu perkara
yang kita lakukan ada ilmunya tersendiri.
Kita mahu berniaga? Ada ilmu
perniagaan yang mesti dipelajari supaya tidak jahil dan tersesat.
Kita mahu menjadi penulis terkenal?
Ada cara dan ilmu yang perlu kita pelajari Kita hendak membuat roti canai? Pun ada ilmunya. Bahkan kita tidak tahu sama ada cara dan
bacaan solat kita betul sekiranya kita enggan terus belajar, enggan membuka
hati menerima teguran ikhlas. Hanya
perlu membuka mata dan telinga bagi menyerap, membuka mulut bertanya kepada
yang tahu dan mermbuka hati menerima pengajaran yang membawa keuntungan di
dunia dan akhirat.
Ilmu penggetahuan
sentiasa maju ke hadapan. Kita
ketinggalan di belakang sekiranya enggan menuntut ilmu kemudian enggan
meneruskan usaha menuntut ilmu. Kerana
itulah dikatakan, mencari dan belajar adalah komitmen seumur hidup. Doktor perubatan yang perasan pandai akhirnya
ketinggalan di belakang kerana setiap hari dikatakan ada sahaja virus dan
bakteria baru. Profesor yang katanya
serba tahu akhirnya menjadi serba tidak tahu sekiranya enggan terus menggali
ilmu-ilmu. Ustaz yang ceramahnya
meletup-letup menjadi tidak meletup sekiranya enggan belajar lagi, menggali
ilmu-ilmu daripada kitab-kitab tulisan-tulisan penulis dan ulama. Sekiranya enggan belajar lagi, nanti orang
kata pengajaran Islam kolot dan berundur ke belakang. Sekiranya enggan belajar, pastinya nanti akan
mereka-reka cerita yang sensasi bagi melariskan ceramahnya.
Jadi punca-punca
seseorang itu enggan belajar lagi adalah:
1.
Punca utama adalah kerana
ego, berasa dan perasan diri sudah pandai ataupun terlebih pandai. Juga ego, perasan tidak ada orang yang dapat
mengajar beliau kerana beliau merasakan diri lebih pandai daripada guru.
2.
Punca kedua adalah kerana
selesa. Kononnya selesa dan stabil
dengan keadaan sekarang, tidak perlu belajar lagi.
3.
Malas. Sekiranya sudah malas hendak belajar, memang
selamanya bodoh. Sudahlah bodoh, gagal
pula.
Bagaimana pula
cara mendapatkan ilmu? Cara terus
belajar dan mendapatkan ilmu, antaranya adalah:
1.
Sentiasa memberi
peringatan serius pada diri sendiri yang mencari ilmu dan belajar adalah
komitmen seumur hidup. Apabila terlupa,
pastinya berundur ke belakang.
2.
Belajar adalah pelaburan. Anggap ia sebagai pelaburan. Biasanya pelaburan yang baik kurang berhasil pada mulanya dan menunjukkan
hasil yang hebat suatu masa nanti. Jadi,
sediakan peruntukan bulanan untuk kita melaksanakan komitmen belajar. Peruntukan itu adalah wang, masa dan tenaga.
3.
Kadang-kadang ilmu dapat
diperoleh dengan percuma misalnya daripada ceramah-ceramah, Menghadiri ceramah agama juga boleh
menambahkan ilmu. Ini pun terus
berhati-hati, lihat siapa penceramahnya, adakah beliau suka mereka-reka cerita
luar biasa semata-mata bagi melariskan dirinya?
Adakah beliau berceramah berpandukan Quraan dan hadis serta kisah-kisah
benar pada zaman dahulu? Awasi juga penceramah
yang suka menyampitkan fikiran pendengar, menggalakkan meninggalkan dunia dan
mengejar akhirat sahaja. Inilah
punca-punca umat Islam semakin tidak dihormati kerana digalakkan mundur, daif,
miskin dan mengelak daripada kemajuan.
Yang dikatakan penceramah yang baik adalah apabila kita pulang dari
mendengar, kita tahu mengapa dan bagaimana bagi melakukan apa yang dikatakan.
4.
Apabila kita belajar,
sentiasa anggap diri kita murid.
Siapapun yang mengajar di depan kita, tidak kira berapa umurnya, apa kelulusannya
perlu dianggap sebagai guru dan dihormati.
Pada masa ini wajib membuang ego ke dalam sungai yang berhampiran. Rendahkan hati, rendahkan suara, rendahkan
diri dan belajar derngan penuh minat.
5.
Akhirnya, mahukah kita
menjadi pokok yang kering layu? Tentu
kita mahu menjadi pokok yang subur menghijau berbuah lebat. Ilmu yang dicari tetapi tidak digunakan dan
diamalkan adalah ibarat pokok yang kering layu.
Proses
meningkatkan diri sendiri adalah proses yang berterusan. Sekiranya enggan belajar bermakna sedang
dalam proses mengundurkan diri sendiri.
Banyak Keluhan
Setiap kali kita
mengeluh, apa yang kita keluhkan itu
menjadi bertambah hebat pada masa depan.
Ini kerana, mengeluh boleh dianggap sebagai pelaburan.
Cuma malangnya,
bukan pelaburan berbentuk baik tetapi pelaburan yang buruk. Ini kerana, tidak ada dalam sejarah manusia
mengeluh apabila menerima kebaikan.
Apabila hari ini
kita mengeluh: Kenapa hidup aku
miskin? Akan datang kita menjadi
bertambah miskin. Keluhan adalah
pelaburan. Sudah terbukti, semakin kerap
seseorang itu mengeluh, semakin hidupnya bertambah susah, bertambah gagal.
Tahukah kita,
setiap kali seseorang itu mengeluh bermakna beliau sedang mendoakan
dirinya? Keluhan selalunya berbentuk
kekecewaan, kegagalan, kesusahan. Jadi,
orang yang sedang mengeluh bermakna sedang mendoakan dirinya sendiri ke arah
keburukan. Sudahlah disahkan yang
keluhan adalah dia. Tanpa kita
menyedari, rupanya keluhan itu doa.
Orang yang bijak mendoakan diri sendiri supaya berganjak ke arah kebaikan. Orang yang tidak berapa bijak mendoakan
dirinya sendiri ke arah keburukan.
Tahukah kita,
keluhan itu sebenarnya sedang mengutuk diri sendiri? Memang benar, keluhan adalah satu cara
mengutuk diri sendiri. Melenting
sekarang, ada orang yang mengutuk diri kita, tetapi melentingkah kita sekiranya
kita mengutuk diri sendiri? Nampaknya
sebahagian besar daripada kita boleh suka dan lebih rela mengutuk diri sendiri.
Beberapa orang
ulama pernah memberitahu: Allah
bertindak mengikut apa yang dijangkakan oleh hambanya. Orang yang suka mengeluh adalah orang yang
menganggap sesuatu keadaan itu kekal, kesudahan dan kegagalan kekal. Seluruh jiwa dan dirinya hanya memikirkan
kesusahan dan kegagalan. Bahkan pada
masa depanpun beliau percaya akan terus susah dan gagal. Atas jangkaan ini, beliau memperoleh apa yang
dijangkakan kerana Allah bertindak mengikut apa yang dijangkankan.
Orang yang suka mengeluh
juga sebenarnya orang yang kurang ataupun tidak percaya, tidak pernah bersyukur
dengan nikmat-nikmat pemberian Allah.
Kurang iman, kurang yakin pemberian dan rezeki Allah tidak ada batas dan
hadnya – asalkan kita mahu mencarinya, pasti kita akan memperoleh. Mereka juga boleh dikatakan sebagai bomoh
atau tukang ramal kerana meramalkan kesusahan akan berlanjutan dan boleh tahu
akan datangpun susah juga. Daya tahan
mereka juga tidak kuat, baru kena uji sedikit sudah melatah, sudah mengeluh
menganggap segalanya sudah berakhir dan berkekalan.
Bahkan boleh
dikatakan orang yang suka mengeluh adalah orang yang tidak percaya dengan
ketentuan Allah. Kita mengusahakan
tetapi Allah menentukan. Itu wajib kita
percaya. Gagal ataupun berjaya bukan
urusan kita kerana kita Cuma mengusahakan sambil mengharap dan menjangkakan
kejayaan. Apabila menemui kegagalan,
kita hanya perlu membuat post
mortem atau muhasabah, bukannya mengeluh. Sekiranya keluhan dijadikan cara menangani
kegagalan, yang pasti, kita akan terus menemui kegagalan, kerana itulah
jangkaan dan harapan kita.
Selain apa yang
dikeluhkan itu akan segera menjadi kenyataan kerana keluhan juga adalah doa
dalam senyap. Salah satu rahsia doa yang
makbul adalah doa yang selalu dipohon kepada Allah dalam suara yang perlahan,
lembut dan penuh kepercayaan. Keluhan
adalah doa dalam senyap, penuh harapan, penuh jangkaan, suara yang perlahan,
berulang-ulang. Bahkan itu ciri-ciri doa
yang makbul?
Ingat kata-kata
yang bijak pandai: Kita sering mendapat
apa yang menjadi fokus. Orang yang
sedang mengeluh bermakna sedang memberi sepenuh perhatiannya dan fokus pada apa
yang dialami. Apa yang menjadi fokus,
menjadi keutamaan – insya Allah boleh mendapat apa yang menjadi fokus itu. Apabila seluruh fizikal, fikiran dan jiwa
hanya memikirkan keluhan-keluhan, perasaan pula dipenuhi dengan keluhan-keluhan
yang bakal diluahkan, nampaknya, apa yang menjadi keluhan itu menjadi
keutamaan. Misalnya, sekiranya mengeluh:
Susahlah... susah itu menjadi keutamaan dan fokus, jadi insya Allah mendapat
kesusahan yang lebih susah. Kita
mendapat apa yang kita fokus, insya Allah.
Hanya ada dua
sahaja bagi mengelakan diri daripada termasuk dalam golongan suka mengeluh ini:
1.
Berhenti daripada
mengeluh serta-merta. Setiap kali
tergerak hendak mengeluh, pejam mata seketika, ingati perkara-perkara yang baik
dan menggembirakan.
2.
Sentiasa bertanya kepada
diri sendiri satu soalan yang ringkas tetapi berkesan: Adakah dengan mengeluh, keadaan akan berubah?
Prasangka Buruk dan Prejudis
Satu lagi cara kita berdoa dalam senyap
adalah dengan berprasangka. Prasangka
terbahagi kepada dua iaitu: Prasangka
baik dan prasangka buruk. Kedua-duanya
adalah doa dalam senyap. Berprasangka
baik amat digalakkan. Berprasangka buruk
perlu dielakkan. Prasangka buruk dan
baik terbahagi kepada dua perkara iaitu prasangka pada manusia dan prasangka
pada tindakan.
Prasangka pada manusia mempunyai kaitan
dengan keadaan. Misalnya, kita melakukan
tindakan. Tindakannya adalah kita akan
menjual satu produk kepada prospek kita.
Tetapi dalam diri sudah berprasangka buruk – “Tidak mungkin beliau
hendak beli, seperti tidak ada duit sahaja ...”
Prasangka buruk di sini adalah berkaitan
dengan manusia. Secara automatik apabila
berprasangka pada manusia, kita juga berprasangka buruk pada keadaan. Manusia tidak ada duit, keadaannya tidak
membeli. Sebenarnya, itu semua belum pasti
lagi, kerana prasangka buruk dan baik hanya berada dalam fikiran dan fizikal
kita. Ia adalah rekaan kita sendiri
berdasarkan pandangan, pendengaran dan perasaan kita pada manusia dan keadaan. Juga berdasarkan pengalaman lalu.
Inilah yang dikatakan manusia itu memang
bijak – dapat meramal, boleh tahu apa yang akan terjadi. Belum pun memulakan, sudah tahu akan terjadi
begini, begini, begini ..... Malangnya, sebagai manusia biasa, kebanyakan
prasangka yang berada dalam fikiran dan fizikal kita adalah yang buruk sahaja. Jarang berprasangka baik. Kerana itulah jarang sekali kita menemui
orang yang berjaya. Yang paling banyak
kita temui adalah manusia yang gagal dan kecewa.
Orang yang berprasangka baik sedikit
sahaja bilangannya. Berprasangka baik
ini memang sifat terpuji, sudah pasti boleh membantu kejayaan. Bayangkan, seorang pelajar yang akan
menduduki peperiksan – seluruh fikiran dan fizikalnya berkata, “Rasanya aku
akan gagal sebab....”
Apa akan jadi pada pelajar itu. Beliau akan gagal kerana seluruh fikiran dan
fizikalnya dihalakan ke arah kegagalan.
Tumpuan dan fokus adalah kepada kegagalan. Kita selalunya mendapat apa yang menjadi
fokus. Dengan hanya menukar prasangka
kepada buruk kepada yang baik, insya Allah pelajar tadi akan memperoleh
kejayaan.
“Saya percaya saya akan berjaya,
insya-Allah”. Sebaik sahaja beliau
berkata begitu dengan penuh kepercayaan, fikiran dan fizikal mula mencari-cari
sebab mengapa dirinya boleh berjaya.
Fikiran dan fizikal dipenuhi dengan prasangka baik – boleh berjaya. Sekiranya beliau jarang berdoa, tetapi jangan
lupa, harapan dan anggapan dalam dirinya itu adalah doa dalam senyap.
Dalam apa jua urusan yang melibatkan
manusia dan keadaan, tidak ada cara yang lebih baik bagi membantu kejayaan
selain berprasangka baik. Apabila kita
berprasangka baik, seluruh fikiran, fizikal, harapan, doa serta keutamaan
adalah berbentuk kebaikan dan kejayaan.
Dengan berprasangka baik juga secara automatik keadaan diri kita dipenuhi
dengan kebaikan, anggapan kita ada orang yang di depan kita itu juga menjadi
lebih baik. Saling berkait – semuanya
berpunca daripada berprasangka baik.
Begitulah juga sebaik sahaja kita
berprasangka buruk, sudut pandangan, pendengaran dan perasaan kita akan hanya
dihalakan kepada yang buruk dan yang tidak elok sahaja. Kita mula mencari-cari kekurangan dan
kelemahan orang yang berada di depan kita.
Seluruh suasana pertemuan dan urusan dipenuhi dengan keburukan dan
prejudis.
Antara prasangka buruk dengan prejudis
tidak jauh bezanya, Kesannya juga sama –
menghasilkan keburukan dan kegagalan.
Prejudis boleh juga disamakan dengan sangsi dan ragu-ragu pada orang dan
keadaan. Sama seperti prasangka,
prejudis terjadi sebelum melakukan sesuatu tindakan. Bahkan setengah orang, dengan hanya mendengar
sudah prejudis – belum lagi melihat dan merasai.
Prejudis, ada kalanya adalah sikap
semulajadi. Memang semula jadi prejudis
dan menentang. Seolah-olah dalam diri
tersedia satu benteng besi keluli yang sangat keras digunakan bagi menentang,
sangsi serta ragu-ragu pada manusia dan juga keadaan. Apa sahaja yang baik perlu diragui. Dicari sudut yang mana boleh
disangsikan. Sekiranya yang buruk memang
elok sekali jika prejudis. Soalnya,
belum memulakan, bagaimana boleh tahu buruk ataupun baik, berjaya ataupun
gagal.
Orang yang prejudis dan berprasangka buruk
adalah orang yang lemah dan malas. Juga
orang yang penakut – takut untuk bertindak.
Sekiranya bertindak nanti gagal, jadi lebih baik tidak bertindak. Cara bagi menutupi rasa bersalah kerana tidak
bertindak adalah dengan mengeluarkan prejudis sebelum memulakan.
Di sini tidak perlu berani kerana ramai
yang berani tetapi gagal. Apa yang
penting adalah berhenti berprasangka buruk dan prejudis. Sudah melakukan barulah tahu sama ada gagal ataupun
berjaya. Bukan sudah tahu gagal sebelum
bermula.
Di sini juga tidak perlu sangat berfikir
positif kerana berfikir positif kadang-kadang lebih banyak mendatangkan
mudarat. Apa yang penting di sini adalah
berhenti mengeluarkan prasangka buruk dan prejudis. Jangan dicari-cari kerana sekiranya dicari ia
tetap ada, dengan serta-merta ia datang menghalang.
Di sini lebih digalakkan berfikir negatif
– fikirkan sebaliknya. “Sekiranya ini
tidak boleh, apa cara yang boleh?
Tanyakan bagitu.
Bagi mengelakkan berprasangka buruk, kita
perlu:
1.
Tidak mengaitkan keadaan
atau hasil masa lalu yang buruk, yang gagal sama dengan manusia ataupun keadaan
yang akan ditangani. Tidak ada dua hari
yang sama.
2.
Tanya dan terus bertanya
kepada diri sendiri: “Apa yang saya
dapat sekiranya berprasangka buruk dan prejudis?”
3.
Tanya dan terus tanya
kepada diri sendiri: “Apa keuntungan
yang akan saya peroleh sekiranya saya berprasangka baik?”
4.
Bawa perasaan tidak akan
gagal setiap kali mahu melakukan sesuatu.
5.
Sudut pandangan, perasaan
dan penglihatan perlu dihalakan kepada kejayaan masa lalu sebaik sahaja mahu
berurusan ataupun melakukan sesuatu.
6.
Yang penting, jauhkan
diri daripada manusia yang suka prejudis dan berprasangka buruk. Manusia-manusia yang suka mencari di mana
buruk dan kekurangan sesuatu perkara bukanlah sahabat kita. Kawanpun bukan.
Lemah Dalam Hubungan Sesama Manusia
Sekiranya tidak
pandai berhubungan dengan manusia-manusia lain. Bagaimana hendak hidup di
kalangan manusia? Satu cerita benar –
dua orang yang sama-sama mempunyai modal dan sama berpengetahuan dalam
perniagaan runcit membuka kedai runcit di tempat yang agak berjauhan. Barang di kedai si A sama dengan kedai si
B. Sama-sama di kawasan yang strategik. Tidak lama kemudian kedai si A ditutup dan
kedai si B terus maju. Puncanya kerana
si A tidak pandai senyum, si B pula sentiasa mengingatkan dirinya sendiri: “Saya hidup atas ihsan pelanggan-pelanggan
yang datang membeli di kedai saya. Saya
berniaga kerana keperluan mereka. Saya
memerlukan mereka”.
Anggapan si A pula
yang berfikir sambil masam muka: “Mereka
memerlukan saya” Ini ditambah pula
dengan imej garang si A. Ada misai
melinang di atas bibirnya. Kerana
imejnya itu, kedainya semakin lengang kerana terasa seperti ada kuasa tolakan
yang menolak orang ramai daripada datang ke kedainya. Kuasa tolakan itu datang daripada dirinya
sendiri.
Kedai sama besar,
kedudukan sama strategik, modal sama banyak, yang membezakan adalah hubungan
sesama manusia. Sekiranya kita membawa
anak ke kedai itu, dengan segera si B menghulurkan sebiji gula-gula kepada anak
kita. Dengan sebiji gula-gula itulah
beliau memikat hati kita menjadi pelanggan tetapnya. Beliau kenal nama kita, memanggil nama kita,
bukan seperti pekedai-pekedai lain, bertahun-tahun melanggan kedainya, nama
kitapun beliau tidak pernah sebut.
Bagaimana hendak menyebut – beliau tidak tahu dan tidak pernah hendak
tahu nama kita.
Hubungan
sesama manusia atau silaturahim atau disebut sebagai PR (Public Relation) penting
dalam hidup ini kerana kita hidup dalam lingkungan manusia. Bahkan orang yang berjaya selalu
menasihati: Kita boleh mendapat apa
sahaja daripada manusia sekiranya kita pandai memenuhi kehendak mereka. Apa kehendak manusia? Di sinilah kita perlu mempelajari berkenaan silaturahim. Di sini juga kita perlu tahu apa erti ikhlas. Tidak guna kita menghulurkan sebiji gula-gula
sekiranya tidak ikhlas, sekiranya bertujuan hendak mengena. Ikhlas dahulu, barulah kebaikan datang
kemudian. Makna ikhlas ialah tidak mengharap
sebarang balasan. Si pekedai B tadi
misalnya, sekiranya tidak ikhas, menghulurkan gula-gula kepada anak kita kerana
hendak mengena, mungkin sekali itu sahajalah kita berkunjung ke kedainya. Jadi, kunci utama dalam silaturahim adalah
ikhlas.
Silaturahim
digalakkan dalam Islam. Apabila
berkunjung ke rumah orang, kita digalakkan membawa buah tangan. Suatu hari Nabi Muhammad saw selepas pulang
dari jauh terlupa membeli oleh-oleh atau buah tangan untuk keluarganya. Beliau keluar semula membeli buah tangan. Begitulah hebatnya silaturahim Nabi Muhammad
saw. Satu lagi kehebatan silaturahim,
beliau mengarahkan pembantunya mempelajari bahasa Yahudi supaya mudah beliau
berutus surat dengan pembesar-pembesar Yahudi bagi mengajak memeluk Islam. Hebat, bukan?
Tetapi, berapa
orangkah antara kita sekarang ini yang mengikut sunah beliau itu? Pengikut-pengikut beliau yang terkemudian,
pengembang-pengembang Islam begitu mahir dalam silaturahim. Sekiranya tidak mahir, fikiran sendiri
bagimana Islam dapat diterima di China?
Kita berkunjung ke negara orang, sekiranya kita kurang ajar, tentu kita
dihalau. Tetapi pengembang-pengembang
Islam tidak dihalau, mereka diterima dengan senang hati dan berjaya menarik
minat orang memeluk Islam. Apa
rahsianya? silaturahim. Mengapa JWW Birch mati dibunuh? Di Pasir
Salak? Kenapa beliau begitu lemah dalam
perhubungan sesama manusia?
Mengapa dilupakan
pesan orang tua-tua: Sekiranya tetamu
berkunjung ke rumah, walau segelas air sejuk perlu dihidangkan dengan
pantas. Bukankah itu silaturahim?
Bagi diterima di
kalangan masyarakat, tidak ada yang lebih menguntungkan semua pihak selain silaturahim
yang baik. Setiap kali kita berfikir silaturahim
itu perkara remeh, ingati kembali:
Mengapa JWW Birch mati dibunuh?
Kita sendiri dapat
membuktikan. Lihatlah keliling kita –
mana-mana usahawan ataupun pegawai tinggi yang berjaya, disenangi dan disukai
adalah mereka yang mempunyai silaturahim yang bagus, Soal ikhlals ataupun tidak ikhlas kita tidak
berapa tahu, tetapi yang pasti dengan adanya silaturahim yang bagus, mereka
berjaya memenangi hati masyarakat, pelanggan dan pihak atasan. Soal ikhlas memang boleh dipertikaikan –
ikhlaskah sekiranya hendak denat pilihanraya mengadakan kenduri
besar-besaran?” Selama ini tidak pernahpun
nampak kelibat mukanya. Ikhlaskah
sekiranya seminggu lagi hendak pilihanraya bersalam-salaman dengan peniaga dan
orang ramai di pasar? Mengapa tidak
dijadikan agenda harian, mengenali mereka?
Ikhlaskan sekiranya sebelum dua hari lagi hendak pilihanraya tiba-tiba
pakai songkok, gantung serban pada bahu dan duduk bersama rakyat peringkat
bawahan? Selama ini, setahu kita, pintu
pagar di rumahnya sentiasa berkunci.
Ikhlaskah sekiranya setiap hari menghulurkan ikan segar kepada seorang
ibu di hujung kampung? Setahu kita, di
rumah itu ada anak dara yang lawa.
Tidak ada silaturahim
yang lebih hebat selain silaturahim yang didahulukan dengan keikhlasan. Tidak ada silaturahim yang lebih buruk selain
silaturahim dengan tujuan hendak mengena.
Bagi memilih silaturahim
yang baik, pertama sekali, kita perlu mengakui silaturahim memainkan peranan
penting bagi membantu kejayaan kerana kita hidup di atas muka bumi ini di
kalangan manusia. Wang berjalan dari
tangan ke tangan manusia sebelum sampai ke tangan kita. Peluangpun begitu juga. Kejayaanpun berjalan dari tangan ke tangan
manusia sebelum sampai ke tangan kita.
Cara paling mudah
bagi memilih silaturahim yang baik adalah dengan mengambil model. Tidak ada salahnya kita meniru apa yang beliau
lakukan demi kebaikan. Selepas itu,
terus belajar dan mempelajari seni perhubungan sesama manusia. Tidak semestinya melalui buku tetapi menyerap
melalui pergaulan harian kita. Modeling
adalah sebaik-baik cara belajar. Kita
akan gagal dalam apa jua bidang sekiranya kita lemah dalam silaturahim. Jangan pandang remeh perkara ini. Kita boleh mencipta produk paling hebat,
servis paling menawan, penemuan paling dahsyat, tetapi itu semua sampah
sekiranya tidak diterima oleh masyarakat.
Ia hanya boleh diketengahkan melalui silaturahim yang hebat.
Seterusnya, inilah
yang poerlu kita beri oerhatian bagiu membina silaturahim yang bagus:
1.
Jangan menunggu orang
menghormati kita. Mulakan dahulu. Kita lebih dahlu menghormati orang. Biar setinggi mana kedudukan kita, kita tidak
tiba-tiba berada di situ. Kita berada di
situ kerana sokongan orang lain – bukankah sewajarnya kita memberi penghormatan
kepada orang yang tidak mempunyai keudukan seperti kita. Bukankah ada antara mereka yang sudah
memantapkan kedudukan kita? Tidak rugi
ataupun berkurangnya kedudukan kita sekiranya kita menghormati orang lain terlebih
dahulu, bahkan terlalu banyak kebaikannya.
Dalam hidup ini jangan sekali-kali hanya hendak menerima sahaja, perlu
selalu memberi.
2.
Tanamkan tabiat suka
mendengar dengan penuh minat. Inilah
rahsia kejayaan orang yang berjaya.
Biarpun apa yang didengar itu membosankan, tetapi bagi pihak yang
bercakap, itulah kesukaan. Tidak ada
yang paling mengecewakan hati selain bercakap tetapi mendengar secara acuh
tidak acuh. Puncanya kerana tidak
benar-benar mendengar, berkhayal ketika mendengar dan mendengar separuh hati.
3.
Semua orang tidak suka
apabila diberi perhatian. Mengapa tidak
mulai hari kita mula memberi perhatian.
Apa perasaan isteri apabila beliau mengubah fesyen rambutnya tetpoi si
suami buat tidak tahu?
4.
Semua orang juga suka
diberi pujian dengan syarat pujian yang ikhlas bukan pujian hendak
mengena. Pujian yang ikhlas walaupun
setakat berbunyi: Bagus! Ataupun Tahniah! Bermakna kepada yang
menerimanya, Biarlah kita menjadi
manusia yang pemurah dengan pujian ikhlas.
5.
Menjadi orang yang
peramah tidak sukar, asalkan kita mempunyai bahan yang menarik bagi
diperkatakan. Luaskan pemikiran kita
dengan membaca. Apabila menonton
televisyen, jangan hanya menonton hiburan sebaliknya cari bahan-bahan yang baik
daripada rancangan yang dipertontonkan.
Bahan-bahan ini dapat dijadikan bahan berbual.
6.
Dalam sesuatu keadaan,
apabila perlu, kita perlu berada di dalam kasut orang lain. Berada di pihaknya, barulah kita tahu
mementingkan diri sendiri adalah perkara yang menjadi kebencian semua orang.
7.
Dalam sebarang pertemuan,
jadilah orang yang memulakan terlebih dahulu.
Bukan menunggu orang lain memulakan, tetapi biar kita mulakan terlebih
dahulu. Terlebih dahulu memberi salam,
terlebih dahulu memulakan perbualan.
8.
Walaupun baru 10 minit
berkenalan, anggap dan buatlah seperti sudah 10 tahun bersahabat.
9.
Sekiranya kita benci
dengan orang yang kedekut, begitu juga orang membenci kita sekiranya kita
kedekut. Orang yang kedekut rezekinya
mahal, orang yang murah rezekinya adalah orang yang pemurah. Dalam hidup ini kita tidak boleh hanya
menerima sahaja, perlu turut sama memberi.
10.
Adakah kita benci dengan
orang yang tidak boleh berlebih kurang dan berkira? Begitulah juga orang benci kita jika
sekiranya tidak boleh berlebih kurang dan suka berkira.
11.
Jadikan manusia di depan
kita rasa dirinya penting – seolah-olah urusan adalah melalui beliau dan jangan
ragu-ragu meminta pendapatnya.
12.
Daripada berfikir
bagaimana cara menyakiti hati orang, adalah lebih menguntungkan sekiranya
berfikir bagaimana hendak menyukakan hatiorang.
13.
Lupakan saya ini, saya
ada itu, saya ada ini, saya, saya....
Jarang Berdoa
Disamping jarang
berdoa, adalah lebih teruk sekiranya enggan berdoa. Orang yang jarang berdoa dan enggan berdoa
sentiasa dimurkai Allah kerana berasa diri sudah cukup segala-galanya – tidak
perlu meminta lagi. Hakikatnya, kita
manusia biasa di sisi Allah. Kita serba
kekurangan.
Doa boleh
dikatakan sebagai perkara yang paling mudah.
Hanya perlu meminta. Tidak
mudahkah meminta? Bagi setengah orang
yang kedekut – yang hanya hendak menerima tetapi enggan memberi, sepatutnya
berdoa atau meminta adalah jauh lebih mudah.
Sekiranya memberi pun sukar, meminta pun sukar, jenis manusia apakah
itu?
Berdoa adalah
gabungan meminta, mengharap sepenuh hati, penuh perasan, penuh kepercayaan,
penuh tumpuan kepada yang maha memberi.
Bukan setakat kumat-kamit di mulut tetapi hati, fizikal, fikiran perlu
ditumpukan sepenuh-penuhnya, mengharap sepenuh-penuhnya seperti sudah tidak ada
harapan lagi. Harapan hanya satu sahaja
iaitu daripada Allah.
Tidak mencukupi
sekiranya doa itu tidak diiringi dengan keyakinan Allah akan memakbulkan doa
itu. Inilah yang peliknya, ramai orang
yang berdoa tapi dalam hati penuh ragu-ragu tidak yakin yang Allah menunaikan
hajat itu. Bahkan ramai yang lupa selain
maha memberi, Allah juga maha pemurah, maha penyayang, maha kaya – kita hanya
meminta amat kecil sahaja.
Sahlah doa tiak
akan termakbul apabila diri sendiri tidak yakin, tidak percaya Allah
memakbulkan apa yang diminta. Walau
sedikit sahaja rasa ragu-ragu, memang sah doa tidak akan termakbul. Memang pelik, hendakkan sesuatu tetapi dalam
masa yang sama hati menolak. Berdoa,
meminta, tetapi dalam masa yang sama tidak percaya doa dimakbulkan, hajat akan
tercapail. Ingat – Allah bertindak
mengikut apa yang disangka oleh hambanya.
Apabila kita menyangka doa kita tidak termakbul, pastinya tidak akan
termakbul.
Paling penting,
walau bagaimana hebatnya doa, sekiranya tidak disertai dengan usaha yang gigih,
pasti doa itu tidak termakbul. Doa dan
usaha atau usaha dan doa perlu sentiasa seiring. Sudah berkali-kali kita mendengar yang Allah
tidak mengubah nasib seseorang melainkan manusia sendiri berusaha mengubah
nasib sendiri. Pertolongan Allah datang
selepas kita menolong diri sendiri.
Berkenaan usaha
pula – kita perlu mengusahakan apa yang sudah kita pohonkan kepada Allah. Kita memohon murah rezeki pastilah kita
berusaha dengan gigih supaya rezeki kita berambah banyak, mencari dan
mengusahakan yang halal. Sekiranya
duduk, baring, main-main kucing di rumah, memanglah dapat rezeki, tetapi rezeki
yang bagaimana?” Bukankah bersebab Allah
menghidupkan kita? Bukankah dalam diri
manusia ada keinginan yang kuat bagi bekerja.
Manusia akan resah gelisah sekiranya otak dan fizikal tidak bergerak.
Kita memohon
kebaikan, tetapi kita mengusahakan sesuatu yang tidak baik, sahlah doa kita
tidak termakbul. Memohon menjadi insan
yang mulia tetapi dalam hati hendak membelit, memanglah doa tidak
termakbul. Sebaik-baik usaha adalah yang
seiring dengan doa. Berdoa memohon
kebaikan, selepas itu berusaha sama seperti yang dipohon. Mohon kesihatan yang baik, selepas itu
berusaha ke arah kesihatan yang baik, menjaga makan minum, senaman,
persekitaran, hati dan lain-lain lagi.
Usaha perlu
seiring atau sama seperti yang diohon, itulah petua doa yang makbul. Dalam berdoa dan berusaha sama seperti yang
dipohnon, sentiasa ingat – ada kalanya doa kita lambat diperkenankan. Adalah dilarang sama sekali kita merungut,
bahkan menyebut: Sudah banyak kali berdoa tidak makbul. Sentiasa ingat penangguhan Allah bukan bermakna
penghindaran Allah. Allah lebih tahu mana yang buruk, mana yang
baik. Imbas kembali masa lalu, pernahkan
kita berkata: Nasib baik saya tidak
dapat. Jika dapat, apa jadi pada saya
sekarang. Sesuatu yang baik bagi kita
pada sesuatu masa, belum tentu baik juga untuk kita pada masa lain. Ingat, Allah maha penyayang dan apabila dia
menangguhkan pemberian ada hikmah di sebaliknya. Jangan merungut-rungut. Sekali kita merungut bermakana kita tidak
percaya pada kuasa Allah.
Daripada kita
merungut, adalah lebih baik kita membuat muhasabah membuat penilaian pada usaha
kita. Benarkah kita mengerjakan sama
dengan yang dipohon? Ataupun atas sebab
lain. Hanya dengan melakukan penilaian barulah kita tahu sebab mengapa doa kita
belum ataupun tidak termakbul. Sekirnya
kita rajin mendengar ceramah agama oleh ulama, kita akan mengetaui bayak sebab
mengapa doa tidak termakbul. Antaranya
kerana akhlak, pergaulan, makan minum, ibadat dan lain-lain. Tetapi yang paling utama adalah tidak melakukan
seperti apa yang dipohon. Sekali lagi
diingatkan – pertolongan Allah datang selepas kita menolong diri kita sendiri.
Jangan pula kita
lupa, doa yang dilakukan berulang-ulang, berterusan akan meresap ke dalam
fikiran kita. Dalam masa yang sama ia
adalah peringatan demi peringatan kepada diri kita. Misalnya, kita berdoa memohon kebaikan. Perkataan kebaikan itu meresap ke dalam
fikiran kita. Setiap kali kita mahu
melakukan kejahatan, perkataan kebaikan muncul semula, memberi peringatan
kepada kita yang kita hanya mahukan kebaikan.
Begitu juga misalnya memohon dihindari daripada beban hutang. Setiap kali kita mahu berhutang, perkataan
hutang muncul dan kita mula berfikir betapa beratnya bahana hutang itu.
Benarkah
begitu? Tidak 100 % benar sekiranya
tidak ada penumpuan dan perhatian semasa berdoa. Berapa ramai orang yang berrdoa tetapi tidak
ada penumpuan – fikiran melayang-layang, apa yang dipohon tidak meresap ke
dalam fikiran.
Bahkan orang yang
berdoapun kadang-kadang tidak berjaya dalam hidup, apatah lagi orang yang
jarang dan enggan berdoa.
Cepat Jemu
Sesudah 999 kali
mengalami kegagaan, mahukah kita meneruskan usaha kita? Jangan kata 999 kali, bahkan baru satu kali
mengalami kegagalanpun sudah berundur.
Sudah jemu.
Edison tidak jemu,
tidak putus asa. Beliau juga tidak
melakukan perkara yang sama berterusan, tetapi menukar cara demi cara hingga
tercapai matlamatnya. Adalah kerja
sia-sia sekiranya melakukan perkara yang sama berterusan selepas disahkan
perkara itu tidak mendatangkan hasil. Adalah
sia-sia sekiranya berfikir positif pada apa yang dilakukan selepas tahu apa
yang dilakukan tidak mendatangkan hasill
Orang kata: Tukar cara, jangan
tukar destinasi.
Kadang-kadang apa
yang kita lakukan tidak segera menjadi.
Apa yang kita usahakan kadang-kadang hanya mendatangkan penat. Di sinilah kita dikehendaki supaya tidak
jemu. Katakan pada diri: Hanya sekali sahaja lagi.
Ramai orang hanya
mengira berapa kali jatuh, tetapi yang sewajibnya adalah mengira berapa kali
dapat bangun semula. Jatuh lagi? Katakan lagi kepada diri: Hanya sekali sahaja lagi. Begitulah seterusnya, jangan kira berapa kali
jatuh, kira berapa kali dapat bangun semula.
Bangun lagi sehingga berjaya.
Jangan sekali-kali jemu. Ingatkan
diri kita, orang yang jemu tempatnya di kedai kopi, bukan di dalam perjuangan.
Tetapi ingat,
walaupun bangun semula, melakukan perkara yang sama, cara yang sama adalah
perbuatan sia-sia. Bangun dan lakukan
dengan cara yang berbeza – sekiranya kita melakukan apa yang selalu kita
lakukan, kita mendapat apa yang kita dapat.
Apabila kita
mengimbas kembali rahsia-rahsia kejayaan orang yang berjaya, kita mendapati
mereka tidak pernah mengalah, tidak pernah jemu dengan apa yang dilakukan. Mereka sanggup bekerja dengan tekun dan lebih
masa tanpa mengenal jemu. Ini kerana
sekali mereka jemu, kejayaan semakin menjauh.
Bayangkan apa
terjadi kepada Islam sekiranya ada sikap jemu pada diri Nabi Muhammad? Bukan sedikit halangan yang perlu dihadapi
oleh beliau. Tetapi beliau tabah, tidak
pernah kenal penat, tidak pernah kenal jemu.
Di mana kedudukan kita yang dimestikan mengikut sunah Nabi? Adakah kita juga tidak mengenal jemu?
Batu yang kita
ketuk, sekali mungkin tadak pecah. Kita
terus mengetuk sambil menukar cara. Pada
kali ke 100 kita mengetuk pun masih
tidak nampak apa-apa. Kita jemu kerana
tidak nampak hasilnya. Tetapi sekiranya
kita tidak jemu, terus mengetuk, pada kali yang ke 101, batu itu pecah. Hanya sekali sahaja lagi. Bukankah rugi kerana sudah mengetuk sebanmyak
100 kali? Sekiranya sanggup mengetuk
sebanyak 100 kali, mengapa agaknya tidak sanggup mengtuk hanya sekali sahaja
lagi?
Banyak perkara
baik yang akhirnya berakhir dengan tidak baik.
Hanya kerana jemu. Perkara yang
dilakukan sudah hampir berjaya tetapi berakhir dengan tidak berjaya – kerana
jemu, berhenti di penghujung jalan.
Lebih baik tidak memulakan daripada memulakan tetapi tidak selesai. Pesan orang yang berjaya: Habiskan apa yang dimulakan, sekiranya tidak,
imej dan kepercayaan kita terjejas.
Cara paling pasti
bagi menghilangkan kepercayaan kepada diri sendiri adalah dengan jemu. Bagi mengelakkan rasa jemu, pastikan kita
melihat kerja kita dariada sudut lain, daripada persepsi lain:
1.
Ingati apakah hasil yang
akan diperoleh sekiranya meneruskan usaha kita.
Buat sementara, lupakan kerja tetapi ingati hasil kerja. Apabila mengingati kebaikan-kebaikan dan
hasil yang akan diperoleh, hilanglah jemu, datanglah semangat dan kekuatan bagi
meneruskan kerja.
2.
Ubah pandangan pada apa
yang sedang dilakukan apabila apa yang dilakukan tidak mendatangkan hasil. Edison tidak mengatakan: Saya gagal sebanyak 999 kali. Sebaliknya beliau mengatakan: Saya sudah menemui 999 cara yang tidak
mendatangkan hasil. Perkara sama iaitu
gagal tetapi sudut pandangan mengubah perasaan.
Pemalas
Pelik sungguh –
dalam keadaan negara yang serba maju ke depan, masih ada orang yang
pemalas. Malang sungguh orang itu kerana
hidupnya berundur ke belakang, semakin hari semakin susah, semakin hari semakin
gagal.
Bilangan orang
yang pemalas bukan sedikit. Tahap
pemalas itu berperingkat-peringkat. Ada
yang malas sedikit, ada yang malas sederhana dan ada yang terlebih malas. Malas juga terbahagi kepada berbagai-bagai. Malas bekerja, malas berfikir, malas belajar
dan malas berindak.
Malas paling
bahaya adalah malas bekerja. Kita dapat
meneka sendiri bagaimana penghujung hidup orang yang malas bekerja. Jangankan penghujung, pada awal dan
pertengahan hidupnya, kita sudah dapat meneka.
Orang yang malas
bekerja, kemungkinan disebabkan oleh tidak ada dorongan dalam hidupnya. Tidak ada motivasi dalam dirinya. Ataupun mungkin salah taksir berkenaan
ceramah yang pernah didengarnya. Itulah
yang dikatakan, kita boleh memilih – kita hanya memilih bagi mendengar ceramah
daripada ulama sebenar, ulama yang tidak sempit dan suka menyempitkan fikiran
orang. Silap dengar, silap tafsir, kita
enggan berusaha kerana kata mereka, kita perlu berserah pada Tuhan, perlu
tawakal, bahagian kita tidak ada di dunia ini, hanya di akhirat.
Lain kali apabila
kita terdengar ceramah begitu dengan segera bangun dan bertanya: Mengapa para Nabi dan Rasul bekerja? Dan:
Mengapa Nabi Muhammad perlu mengikat untanya sebelum melakukan Israk
Mikraj.
Pemalas adalah
penyakit yang sama sekali tidak boleh hinggap dalam diri kita. Apabila sekali kita membenarkan malas
menghinggapi kita, esok lusa kita akan kesedapan dan terus bermalas-malas. Apabila kita bermalas-malas. Sekali, kita mula bertangguh. Sekali bertangguh, esok lusa kesedapan bagi
terus bertangguh. Mana ada dalam dunia
manusia berjaya sekiranya suka bertangguh?
Mana ada dalam dunia manusia yang berjaya dalam hidup sekiranya
pemalas? Lainlah sekiranya emak ayah
meninggalkan harta berjuta-juta.
Walaupun meninggalkan harta berjuta-juta tetapi malas menjadi pakain
hidup, yang tinggal nanti adalah hutan yang berjuta-juta.
Apa sahaja
rancangan, apa sahaja angan-angan, apa sahaja projek, semuanya hancur lebur
sekiranya malas hendak mengerjakannya.
Semua cita-cita memerlukan kita bangkit mengerjakannya.
Antara punca-punca
yang menyebabkan seseorang menjadi malas adalah:
1.
Tidak mempunyai cita-cita
yang kukuh. Yang ada hanya dalam bentuk
angan-angan.
2.
Tidak ada keperluan yang
mendesak. Sekiranya ada pun keperluan
yang mendesak, dianggap ringan sahaja.
3.
Kurang bertanggungjawab
pada diri dan keluarga.
4.
Melibatkan diri dalam
apa-apa bentuk perjudian: Sekiranya ini
kena, tidak perlu kerja lagi.
Sekarangpun tidak perlu kerja.
5.
Percaya, tanpa berusaha
boleh dapat makan minum. Terlupa yang
misi hidup di dunia ini bukan setakat makan dan minum sahaja.
6.
Menyangka kedudukan sudah
tinggi, perlu mengerjakan hanya perkara-perkara yang hebat sahaja. Perkara kecil-kecilan kononya hanya
menjatuhkan imej.
7.
Menunggu yang hebat
sahaja, terlupa selain menunggu yang hebat, yang di depan mata wajib dikerjakan
terlebih dahulu.
8.
Masalah kesihatan –
pemakanan, persekitaran, lenguh-lenguh badan, kurang ataupun tidak pernah
bersenam.
9.
Tidak yakin dengan
kebolehan diri sendiri. Tidak yakin
dengan apa yang dilakukan. Sekiranya
dengan diri sendiripun tidak yakin, bagaimana orang lain boleh yakin?
Malas bergarit
perut perit, kata peribahasa lama. Kita
lihatlah kebenaran peribahasa itu. Orang
yang malas selalunya kelaparan, lapar daripada banyak segi – lapar makanan,
lapar sahabat, lapar ilmu dan lain-lain.
Semakin pemalas seseorang itu, semakin banyak hutang yang perlu
ditanggungnya. Semakin malas seseorang
itu, semakin beliau tidak yakin pada dirinya sendiri. Semakin bertambah gagal hidupnya.
Bagaimana pula
hendak mengubati penyakit malas ini?
Memang agak sukar mengubatinya, tambah-tambah lagi apabila sudah
melarat. Tidak ada cara yang lebih baik
selain mengelak daripada terkena penyakit malas. Perkara-perkara berikut diharap dapat
membantu mengubati penyakit malas:
1.
Hidupkan suasana
sekeliling kita daripada cat dinding sehingga warna langsir. Sekiranya suram, gantikan dengan warna-warna
yang merangsang kerajinan. Buka tingkap
rumah, biarkan udara yang bersih dan cahaya matahari masuk ke dalam rumah bagi
menghidupkan suasana.
2.
Jadikan senaman sebagai
amalan harian.
3.
Sekiranya terlihat
kumpulan rakan-rakan yang pemalas sedang rancak berbual, cari jalan lain,
melencong ke arah lain, jangan sampai kita dipanggil oleh mereka.
4.
Sekiranya masih malas
ingat keperluan-keperluan yang seolah-olah mengejar kita. Ingati juga masa depan kita memerlukan wang
yang banyak. Wang tidak boleh datang
sendiri.
5.
Perkasakan diri supaya
bingkas bangun dengan cergas mengerjakan apa yang ditangguhkan selama ini.
6.
Sekiranya ada bahan-bahan
bagi membelai malas, buangkan segera.
Pertama sekali, buang jauh-jauh kerusi malas. Namanyapun kerusi malas, pastikan kegunaannya
menambahkan malas. Buang jauh-jauh novel
yang hanya membelai perasaan tetapi tidak ada pengajaran dan faedah. Tutup radio, buang kaset, buang CD yang
mengandungi lagu kecewa dan hanya membelai perasaan supaya lebih kecewa, lebih
malas.
Lihat semut, lihat
ayam, lihat haiwan lain kecuali ular sawa
Lihat betapa rajinnya mereka bekerja dari terbit matahari sehingga
terbenam matahari. Pernah meliaht ayam
mati kelaparan? Pernah melihat semut
mati kelaparan?” Pernah melihat burung
mati kelaparan? Sekiranya haiwan yang
tidak ada akal, tidak kenal apa itu berfikir positif, begitu rajin berusaha,
inikan pula manusia yang serba lengkap.
Kita patut malu pada haiwan sekiranya kita pemalas.
Hanya Merancang Dan Berfikir
Hari ini rakyat di
bumi Malaysia ini yang begitu pandai merancang dan berfikir. Tetapi agak sedih,
tidak ramai yang suka melaksanakan apa yang susah payah dirancang dan
difikirkan.
Sekarang, pada
awal abad 21 ini, zaman hanya merancang, bercakap dan berfikir sudah
berlalu. Sekarang sudah masuk zaman
bertindak. Bertindak sekarang atau
sekarang bertindak. Orang hanya berfikir
merancang dan bercakap sahaja sudah ketinggalan zaman dan tidak sampai ke
mana-mana. Orang yang berjaya adalah
orang yang bertindak. Mereka berfikir,
merancang dan bercakap tetapi selepas itu bertindak.
Seorang
menyeru: Fikirkanlah – hadirin yang
mendengar pulang ke rumahpun mula berfikir, berfikir dan berfikir tanpa
sebarang tindakan. Sepanjang masa
dihabiskan bagi berfikir. Akhirnya hidup
berterusan dengan kegagalan. Sepatutnya,
menyeru: Sekarang bertindak – hadirin
pulang ke rumah masih juga berfikir tatapi berfikir bagaimana hendak memulakan
tindakan, kemudian bertindak.
Sepatutnya manusia
di buka bumi ini menggunakan kaedah 1/3.
Manusia di muka bumi ini yang mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat
perlu menggunakan satu bahagian masa bagi berfikir dan dua bahagian lagi
bertindak. Tetapi, agak malang,
kebanyakan manusia menggunakan kaedah 3/3 – tiga bahagian daripada tiga bahagian,
seluruh bahagian digunakan bercakap, berfikir dan merancang.
Apa sahaja
kemajuan, apa sahaja masalah dari masalah keluarga sehingga masalah ekonomi
negara tidak dapat diatasi dengan hanya bercakap, merancang dan berfikir. Fikiran dan fizikal perlu digunakan serentak
dan sepenuhnya.
Sebagai contoh,
orang yang hanya suka berfikir dan merancang melihat nasi di depan mata, perut
lapar tatapi hanya berfikir dan merancang bagaimana supaya nasi itu masuk ke
dalam mulut secara automatik. Orang yang
bertindak hanya berfikir sesaat dua, kemudian menyuap nasi ke dalam mulut. Orang yang hanya suka berfikir tentunya hanya
merancang dan berfikir sekiranya mahu sampai ke satu-satu tempat. Orang yang berfikir dan bertindak segera
menaiki kereta, lori, motosikal, bas sampan atau apa sahaja supaya sampai. Sebab itulah orang sekarang bertindak
hidupnya lebih maju daripada orang yang sekarang berfikir, sehingga bila-bila
berfikir.
Kadang-kadang
ataupun selalunya, idea yang terhasil daripada orang yang suka berfikir dan
merancang begitu hebat, begitu bernas.
Tetapi, kita sendiri tahu, apa gunanya sesuatu yang hebat sekiranya
terbiar sahaja. Adalah membazir masa,
tenaga, usia menghasilkan idea yang terbaik tetapi keberatan melaksanakan idea
itu. Sememangnya itulah yang selalu
terjadi – orang yang hanya suka berfikir dan merancang tidak bertindak kerana:
1.
Sepanjang masa digunakan
berfikir – tidak ada masa bertindak.
2.
Sepanjang masa hanya
berfikir, sehingga tidak tahu selepas berfikir perlu ada tindakan.
3.
Seronok dengan hanya
berfikir sahaja – membentuk suasana yang selesa dengan hanya berfikir dan
merancang.
4.
Tidak bertindak kerana
bimbang hasil yang diperoleh tidak seperti yang dirancang ataupun difikirkan.
5.
Merasa diri atau persan
tahap diri sudah tinggi – hanya menjadi pemikir.
6.
Tidak tahu bagaimana
bertindak kerana itu tidak dimasukkan dalam agenda. Sepatutnya, disertakan sekali, difikirkan
sekali, dirancang bagaimana cara memulakan.
Tetapi bahagian bagaimana bertindak tidak difikirkan sekalil
7.
Berfikir tidak memerlukan
tenaga, tidak perlukan banyak pergerkan, tidak ada risiko. Kerana itulah lebih selesa dengan hanya
berfikir dan merancang.
Apabila kita
bermodelkan orang yang berjaya, kita dapati orang yang berjaya dan kaya adalah
orang yang berfikir dan bertindak. Bukan
hanya salah satu. Sekiranya kita
mengkaji orang yang warak pun begitu juga.
Mereka tidak hanya berfikir bagaimana mendapat kejayaan di dunia dan
akhirat – sebaliknya mereka berfikir dan melaksanakan. Memulakan langkah, bertindak melaksanakan apa
yang sudah difikir, di rancang dan diucap.
Bahkan, kita
melihat, mendengar bagaimana setengah orang yang berjaya dan kaya tidak perlu
berfikir. Bab berfikir diambil alih oleh
orang lain. Hasil perancangan dan
pemikiran diambil atauapun dibeli dan dilaksanakan oleh orang yang berjaya dan
kaya. Pastilah, yang berfikir terus
berfikir, yang bertindak pula terus berjaya.
Yang hanya
merancang terus merancang, sehingga terlupa setiap rancangan perlu disusuli
dengan tindakan. Perancangan yang
terbaik adalah perancangan yang disertakan bersama cara memulakan tindakan. Perancangan yang terbaik adalah perancangan
yang segera disusuli dengan tindakan.
Perancangan yang gagal adalah perancangan yang hanya merancang atau
perancangan yang ditangguhkan tindakan.
Sehari sahaja bertangguh menghasilkan penangguhan berterusan.
Bagaimana cara
supaya selepas merancang, terus melaksanakan apa yang dirancang? Pernah mendengar: “Bertindak seperti”? Apabila kita “bertindak seperti” pasti kita
menjadi berani bertindak. Ahli fikir
pernah berkata: Jika diri boleh
ditakutkan, untuk apakah lagi hidup ini?
Manusia yang takut
boleh menjadi syirik, kerana kita hanya boleh takut kepada Allah. Punca utama mengapa seseorang itu enggan
bertindak adalah kerana takut. Takut
macam-macam sehinggalah takut kepada perkara-perkara yang tidak mungkin wujud.
Salah satu cara
menghilangkan takut semasa bertindak adalah dengan “bertindak seperti”. Apa yang kita rasakan sekiranya kita
bertindak seolah-olah tidak akan gagal?
Kita menemui satu keberanian bertindak.
Kita dapat merasakan kita tidak akan gagal, kerana itulah kita berani
bertindak. Itulah “bertindak seperti”. Bagi merasakan perbezaannya, cuba sendiri –
kita mahu melakukan sesuatu dengan berbekalkan anggapan, ‘seperti, saya akan
gagal’.
Apa akan
terjadi? Kita sememangnya enggan
bertindak kerana sejak mula lagi sudah tahu kita akan gagal. Sekarang terbalikkan perasaan itu, anggap
‘seperti tidak akan gagal’. Secara
serta-merta keberanian kita berubah.
Sekiranya masih
lagi enggan bertindak, ada satu lagi cara iaitu mencari seorang rakan kongsi
yang lebih bertindak daripada berfikir dan merancang. Gabungan kedua-duanya menghasilkan kejayaan
yang hebat. Seorang merancang, seorang
lagi melaksanakan rancangan. Seorang memikirkan
cara, seorang melaksanakan apa yang difikirkan.
Hasilnya kejayaan.
Cara hebat ini
sudah lama digunakan oleh beribu atau berjuta manusia di dunia ini. Walau apapun cara kita – sentiasa ingat yang
berfikir, bercakap, merancang tidak boleh membawa ke arah kejayaan, sebaliknya
hanya menjurus kepada kegagalan.
Tindakan membawa kejayaan.
Berjaya
Faham 5 Sebelum Datang 5
Bukan setakat
faham tetapi mengamalkan. Orang yang
berjaya sentiasa mengamalkan, bukan setakat mengamalkan tetapi menjadikannya sebagai
amalan harian, setiap saat, setiap hari.
Apakah yang boleh
menyebabkan seseorang itu berjaya.
Sekiranya kita mempelajari apakah yang boleh menyebabkan seseorang itu
gagal, apabila kita sudah mengetahui kita tidak akan melanggarnya. Pada fasa ini adalah kemestian – kita mesti
melakukannya sekirannya mahukan kejayaan.
Sekiranya dilanggar kegagalan menanti kita.
Apabila Nabi
Muhammad berkata, harapan beliau adalah
supaya kita semua mengamalkannya. Tetapi
sebenarnya berapa orangkah yang mengamalkan kata-kata penting: 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Peluang bagi mencipta kejayaan, membina masa
depan sentiasa tersedia tetapi siapa yang memperolehnya? Tanpa mengira sama ada Islam ataupun bukan
Islam, sekiranya mengamalkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara ini, selalunya
kejayaan yang besar dapat diraih.
Tahukah kita, sekarang ini yang mengamalkan 5 perkara sebelum datang 5
perkara ini adalah orang bukan Islam?
Sebab itu kita tidak boleh marah sekiranya bukan Islam jauh lebih maju
daripada yang beragama Islam.
Bagi memberi
peringatan kepada kita, inilah intisari kata-kata junjungan besar: 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1.
Usia muda sebelum datang
tua.
2.
Masa sihat sebelum sakit.
3.
Harta kekayaan sebelum
papa.
4.
Hidup sebelum mati.
5.
Masa lapang sebelum
sibuk.
Kelima-lima
perkara di atas adalah berlawan – misalnya muda lawannya tua. Ia juga adalah asam garam hidup. Kelima-lima perkara di atas pasti terjadi
tetapi nampaknya itulah yang paling tidak dikehendaki. Tua, sakit, papa, mati, sibuk pasti terjadi
dalam hidup setiap manusia. Soalnya, apa
yang perlu dilakukan sebelum datangnya satu ataupun kesemua 5 perkara
tadi? Soalnya juga, berapa orang
sahajakah yang ingat kepada kata-kata yang berharga itu? Orang yang sentiasa ingat kepada 5 perkara
sebelum datang 5 perkara adalah yang menemui kejayaan.
Usia tua. Apa terjadi apabila sudah tua? Yang pasti tenaga sudah berkurang. Pemikiran masih tajam tetapi tenaga sudah
tidak kuat lagi. Masa semakin suntuk,
sedangkan banyak perkara lagi yang perlu dilakukan. Tetapi bolehkah melakukannya apabila tenaga
semakin berkurangt?
Pembalasan-pembalasan keburukan yang dilakukan semasa muda selalunya
dirasai ketika sudah tua. Sekiranya masa
mudah dahulu tidak rapat dengan anak-anak, pada masa tua anak-anak pun buat
endah tidak endah. Sekiranya semasa muda
dahulu suka ambil harta orang, semasa tua ini, begitu ramai yang suka mengambil
harta miliknya. Sekiranya semasa muda
selalu membohongi orang, semasa tua, hari-hari kena bohong. Paling pasti, sekiranya semasa muda asyik
berseronok, tidak pernah berhemat, tidak pernah menyimpan, smasa tua akan
menghadapi masalah kewangan. Di mana
mahu mendapat wang sedangkan hendak berusaha sudah tidak larat? Sekiranya masa muda, markas utamanya adalah
kedai kopi, masa tua, markas utamanya tetap di keai kopi.
Sekiranya masa
muda dahulu berusaha sekali-sekala sahaja, masa tuapun menerima hasil
sekali-sekali juga. Sekiranya masa muda
suka meringan-ringankan solat masa tua sering disindir kerana solat setahun
sekali ataupun menjenguk ke masjid hanya apabila ada makan-makan.
Kerana itulah
orang yang ingat, orang yang mahukan kejayaan pada masa muda dan tua, berusaha
dengan bersungguh-sungguh, supaya pada hari tua dapat hidup dengan selesa,
dapat menumpukan kepada kerja-keraja amal.
Kerana itulah orang yang tidak mahu mengalami masalah kewangan pada hari
tua berjimat cermat tetapi bukan kedekut pada hari muda.
Orang yang
beringat sentiasa mengingatkan diri sendiri yang suatu hari nanti dirinya
menjadi tua. Soalnya, sebelum menjadi tua,
adakah mempersia-siakan peluang yang ada.
Kita juga tidak
tahu entah bila kita sakit kerana memang lumrahnya manusia mengalami
sakit. Orang yang mengingati dirinya
akan sakit pada suatu hari nanti pasti menggunakan kesempatan sepenuh-penuhnya
semasa beliau sedang sihat. Amal kerja
dunia dan akhirat dilaksanakan dengan sepenuh-penuhnya kerana beliau sentiasa
ingat: Tidak selamanya saya sihat.
Ia juga adalah
ingatan supaya setiap orang menghargai kesihatan kerana kesihatan itu anugerah
Tuhan yang berharga. Orang yang
menghargai kesihatan sentiasa menjaga kesihatan.
Papa membawa
berbagai-bagai maksud. Papa daripada
segi kewangan, ilmu, harta dan sahabat-sahabat.
Semasa berharta, ingatilah: Tidak
akan ada suatu apapun di dunia ini yang kekal.
Tetapi berapa orangkah yang beringat?
Apabila sudah jatuh papa, barulah beringat: Kalaulah ... katanya. Sekiranya beliau beringat semasa berharta,
tentulah beliau tidak akan menyebut:
Kalaulah....
Orang yang bijak
sentiasa mengelakkan perkara-perkara yang membawa ke alam papa semasa mempunyai
harta.
Setiap orang pasti
mati. Tidak payah diragui. Yang perlu diragui adalah – apabila yang
dibuat sebelum mati kerana apabila sudah mati, tidak mampu melakukan apa-apa
selain menerima balasan sama ada yang baik ataupun yang buruk. Orang yang bijak, menyedari mati boleh
terjadi secara tiba-tiba dan penuh dengan misteri, teka-teki. Kerana itu jugalah, orang yang bijak
menggunakan keempatan yang ada sebelum datang mati. Kesempatan yang ada digunakan bagi saham
dunia dan saham akhirat. Orang yang berjaya sentiasa ingat yang mati tetap akan
sampai.
Pada satu
peringkat, semua orang past mengalami kesibukan. Kadang-kadang kesibukan yang
berpanjangan. Pada maa itulah selalunya
seseorang menyesal: Kalaulah dahulu saya
buat begini.... Soalnya dahulu enggan mendengar dan mengamalkan hadis
Nabi. Entah bila kesibukan akan datang,
jadi, hargailah, gunakanlah kesempatan sepenuh-penuhnya semasa sedang lapang.
Hari ini, kita
perlu mempelajari dan mengamalkan hadis 5 perkara sebelum datang 5 perkara
sekiranya kita serius mahukan kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Kita menjadi orang yang aktif, berwaspada,
bersemangat sekiranya megamalkan hadis itu.
Ingat perkataan sebelum itu bukan menyesali apabila samapi sesudah.
Ada Keperluan – Ada Objektif
Kedua-duanya perlu
seiring dan berjalan serentak. Orang
yang berjaya sentiasa ada objektif dan sentiasa mengingati
keperluan-keperluan. Objektif menarik,
keperlau menolak dan destinasinya adalah kejayaan.
Hidup tanpa
objektif, bagaimana penghujungnya? Tidak
ada penghujung kerana tidak tahupun apa itu penghujung. Bolehlah kita samakan manusia yang hidup
tanpa objektif itu seperti ayam – makan, minum, tidur iaitu tidur-tidur ayam,
sampai masa disembelih, lembu pun serupa.
Orang yang berjaya
sentiasa mempunyai objektif, matlamat dalam hidup. Hidup bermatlamat. Bukan setakat berobjektif tetapi berusaha,
berkomitmen mencapai objektif itu.
Objektif orang yang benar-benar berjaya selalunya adalah objektif
berjaya di dunia dan akhirat.
Orang yang
hidupnya tidak mempunyai objektif adalah golongan manusia yang malang dan
rugi. Manusia ini juga tidak menghargai
pemberian Allah. Mereka juga tidak tahu
Allah menjadikan manusia dengan bersebab.
Bukan kebetulan kita diberi umur bagi meniti hidup di muka bumi ini.
Di sini juga ramai
yang salah faham dengan maksud reda.
Memang kita perlu reda dengan ketentuan Allah tetapi reda yang
bagaimana? Sekiranya tidak pernah
bermatlamat, tidak ada objektif, reda itu apa?
Allah tidak pernah menyuruh hambanya menyerah begitu sahaja. Kita perlu berserah hanya selepas kita
berusaha.
Orang yang berjaya
tahu membezakan antara objektif dengan angan-angan. Apabila berobjektif, jalan-jalan bagi
mencapai objektif itu perlu dilalui dan dikerjakan. Angan-angan tidak memerlukan kita mengerjakan
jalan-jalan yang dilalui. Bahkan
jalan-jalan itupun tidak ada.
Adalah sukar
menembak sasaran yang bergerak. Kerana
itulah orang yang berjaya mempunyai hanya satu objektif dalam satu-satu masa. Apabila sudah tercapai objektif yang satu,
itu barulah berusaha mencapai objektif berikutnya. Satu persatu.
Hanya orang yang tamak sahaja mahu melakukan semuanya serentak. Akhirnya, tidak satupun yang tercapai.
Kita keliru
sekiranya objektif kita berbagai-bagai dalam satu-satu masa. Fikiran keliruk fizikalpun keliru, sistem
dalam badan keliru. Terjadilah konflik,
hendakkan sesuatu tetapi dalam masa yang sama tidak hendak pula. Batin mahukan sesuatu tetapi zahir enggan
pula. Konflik seterusnya adalah rasa
tidak yakin diri boleh mencapai objektif itu kerana banyak sangat yang
dikehendaki. Hebat-hebat belaka.
Gambar yang kita
ambl kabur sekiranya kita tidak memfokuskan dengan tepat. Apa yang difokus itulah yang diperoleh. Sekiranya kabur di viewfinder, maka kaburlah
gambar yang kita peroleh.
Jadi, bagaimana
caranya menyediakan objektif yang satu?
Menyediakan sahaja tidak ada gunanya sekiranya objektif itu tidak
menarik kita ke arahnya. Jadi, pilih
objektif yang sangat kita kehendaki.
Pilih hanya objektif yang benar-benar kita mahukannya pada tahun
ini. Dengan memilih objektif yang
benar-benar kita mahukan pada tahun ini, kita pasti bergerak ke arah objektif
itu. Objektif itu menarik kita dan kita
bergerak ke arahnya.
Bagaimana
sekiranya masih lagi tidak mahu bergerak.
Ini perkara biasa kerana manusia itu memang sentiasa mahukan yang lebih
senang. Ada satu lagi cara iaitu
menggandingkan objektif dengan keperluan
Bahkan bukan pilihan tetapi adalah kemestian. Objektif perlu digandingkan dengan
keperluan. Objektif menarik dan keperluan
menolak. Kuasa tarikan dan tolakan
menghasilkan kekuatan. Kita dengan kuat
ditarik oleh objektif dan ditolak oleh keperluan dan hasilnya, objektif kita
tercapai, keperluan kita dapat dipenuhi.
Sekiranya masih
lagi enggan bergerak, melangkah walaupun mempunyai objektif yang sangat
menarik, mahu dicapai pada tahun ini juga, ingati keperluan kita. Tidak ada keperluan? Mustahil!
Manusia sentiasa memberlukan – banyak sekali keperluan manusia –
kewangan, kejayaan, kesihatan, penghormatan dan banyak lagi.
Bagaimana pula
sekiranya keperluan kurang menolak?
Terbalikkan proses – ingati pula objektif kita. Ingatkan kepada diri yang kita memang
sangat-sangat mahukan objektif kita itu tercapai. Tetapi sebaik-baiknya, kedua-dua objektif dan
keperluan perlu diingati serentaik.
Rasai sendiri bagaimana kuatnya kuasa yang mungkin kita alami.
Bagaimana pula
sekiranya kedua-duanya tidak menarik minat kita? Sekiranya kedua-duanya kurang menarik minat
kita, ulangi semua proses menetapkan objektif dan keperluan. Adakah objektif kita itu sangat kita
kehendaki ataupun termasuk dalam kategori dapat bagus, tidak dapat tidak
apa? Hanya objektif yang sangat kita
kehendaki sahaja ada tarikan dan menjadi fokus kita. Peluang mencapai objektif itu cerah sekiranya
objektif itu 100 % sangat kita
kehendaki. Fokus kita semakin
tepat.
Semak semula
keperluan kita – adakah ia benar-benar, sangat kita perlukan? Sekiranya benar ia sangat kita perlukan,
peluang memenuhi keperluan itu 100 % cerah, Insya Allah.
Semak lagi,
patikan objektif kita tidak bercanggah dengan jiwa kita. Sekiranya objektif itu berbentuk keburukan,
ingat, Allah sayang kepada kita, mahukan kita mempunyai objektif yang berbentuk
kebaikan sahaja. Pilih objektif yang
membawa kebaikan di dunia dan akhirat sahaja.
Semak juga
sebab-sebab mengapa ia kurang menarik minat kita . Kemungkinan ia tidak dekat dengan kita. Kita juga perlu mengingati:
1.
Semasa kita mengingati
objektif, ia perlu kelihatan dekat, bahkan sagat dekat dengan kita, terang,
berwarna-warni, kedengaran suara ataupun irama yang menggembirakan di
sekeliling semasa kita menggambarkan objektif itu.
2.
Perasan kita perlu
gembira dan riang.
3.
Serapkan perasaan
“bertindak seperti”. Buat seoleh-olah
kita mencapai objektif itu. Apa perasan
kita ketika itu?
4.
Keperluan kita perlu
digambarkan dengan begitu dekat dengan kita.
Letakkan ia di belakang kita seolah-olah sentiasa menolak kita menuju ke
objektif.
5.
Luangkan masa beberapa
kali sehari mengingati objektif dan keperluan kita.
6.
Serapkan harapan yang
tidak berbelah bahagi memohon supaya Allah menjayakan objektif dan memenuhi
keperluan kita itu.
Sikap Yang Baik
Apa sebenarnya
sikap yang sejak dahulu hingga kini tidak henti-henti diperkatakan? Sikap, secara mudah disebut sebagai cara kita
memandang ke luar diri kita dan bagaimana orang memandang ke dalam diri kita.
Jadi di sini,
sikap ataupun perangai terletak dalam diri tetapi kesannya dapat dilihat di
luar diri. Ia pemakaian dalam diri,
hasilnya di luar diri dan memberi kesan kepada pergaulan dan kehidupan sehari-hari. Ia juga penyumbang besar kepada kejayaan
ataupun kegagalan.
Sikap yang baik
adalah sikap yang dapat membantu kejayaan.
Cara kita menangani hidup, pandangan, pendengaran dan perasaan adalah
menyukakan diri kita dan orang di sekeliling kita. Contohnya, apabila orang bercakap, kita
mendengar sambil lewa sahaja. Ia mungkin
menyukakan kita kerana kita menganggap orang yang di depan kita itu rendah
kedudukannya. Ia juga menyukakkan kerana
berjaya menaikkan ego kita tetapi apa perasaan orang yang berakap dengan
kita? Itu menunjukkan kita tidak
mempunyai sikap yang baik.
Mungkin juga sejak
pagi tadi semuanya serba tidak kena.
Kita mungkin mula menunjukkan belang, memarahi orang dan memekik. Bagi kita itu kepuasan dan kelegaan tetapi
bagaimana perasan orang yang kita marahi?
Itu satu lagi contoh sikap yang kurang baik. Sikap yang baik adalah sebaliknya – kita
terima ketentuan yang tidak ada dua dari yang serupa; tidak mungkin kita menang sepanjang masa
tidak ada faedahnya memekik dan marah-marah.
Apabila menerima hakikat itu, dengan sendirinya redalah kemarahan dan
rasa tidak tentu arah itu. Kita suka
dengan perasaan itu dan orang sekelilingpun suka.
Bagaimana boleh
kita tahu sikap yang menjadi pakaian kita itu baik atapun sebaliknya? Cara paling mudah adalah melihat sikap orang
lain – apa yang orang lain lakukan, sikap dan perangai mereka yang kita tidak
sukai, itulah sikap yang tidak baik yang dapat menjurus kepada kegagalan. Misalnya, kita melihat kepada kawan kita yang
bersikap cuai pada janji – katanya boleh sampai pada pukul 3 tetapi selepas
pukul 4 tidak juga sampai. Kita tidak suka begitu, jadi itulah sikap yang tidak
baik. Seorang lagi sahabat asyik hendak
mengena, kita tidak suka, jadi itulah juga sikap yang tidak baik Begitu juga salah seorang di kampung kita
yang suka menunjuk-nunjuk. Itu sikap
yang buruk yang kita benci sekali.
Seorang lagi kawan
suka menghormati orang, senyum mesra dan mudah mesra. Kita menyukai, jadi itulah sikap yang
baik. Kawan yang seorang lagi suka
membuat anggapan awal: Tidak ada orang
hendak datanglah.... katanya, Itupun
sikap yang buruk, kita tidak suka kepada orang yang suka membuat anggapan awal.
Sehubungan itu,
apabila kita bertanya bagaimana caranya membina sikap yang baik – jawapannya
begitu mudah iaitu hanya terbalikkan.
Lebih tepat lagi, apa-apa sikap orang lain yang kita tidak suka, jangan
dijadikan sikap kita. Sekiranya kita
tidak suka pada sikap kawan kita yang cepat melenting, jangan jadi seperti
dirinya, cepat melenting. Sekiranya kita
tidak suka melihat kawan kita ataupun pemimpin, ataupun siapa sahaja yang
lambat bertindak, jadi seorang yang tangkas, cepat bertindak. Sekiranya kita menyampah melihat orang yang
perasan, jangan sekali-kali perasan.
Sekiranya ada orang yang bersikap suka mengharap pembalasa atas
pemberian ataupun khidmat, kita benci, jangan bersikap seperti itu. Kita menyampah dan rimas dengan orang yang
bersikap kedekut? Jangan bersikap
bakhil. Bersikap pemurah mendatangkan
rezeki yang lebih banyak, berganda-ganda.
Bagaimana dengan orang yang berlagak pandai? Kita benci?
Jadi, jangan bersikap begitu.
Berikut
sikap-sikap yagn perlu kita miliki bagi membantu kejayaan kita:
1.
Ikhlas: Keikhlasan membawa kita kepada kejayaan. Sesuatu perbuatan, sama ada untuk diri
sendiri ataupun untuk rang lain perlu disertai dengan keikhalasan. Bencikah kita dengan orang yang tidak
ikhlas? Orangpun benci kepada kita
sekiranya kita tidak ikhlas. Pernahkah
kita melihat orang yang tidak ikhlas beroleh kejayaan? Jika pun mendapat kejayaan, nampaknya
kejayaan itu jenis kejayaan yang murah dan rapuh.
2.
Jujur: Sikap terpuji ini kian pupus kerana manusia
asyik mengejar wang. Sedangkan wang yang
banyak dapat diperoleh sekiranya bersikap jujur. Bukan setakat banyak tertapi berkat dan
dirahmati Allah. Hasil daripada bersikap
tidak jujur adalah menyeksa, bukan mengembirakan. Jujur kadang-kadang merugikan ataupun
menyakitkan tetapi kesannya menguntungkan dan menggembirakan. Sekiranya tidak jujur, orang ramai semakin
menjauh, bukan mendekat.
3.
Amanah: Sikap amanah benar-benar menguji hati
kita. Ini kerana, amanah itu berat, maka
tidak ramai yang bersikap amanah ini, nama kita semakin harum dan kita disukai
ramai. Bukankah itu jalan mencapi
kejayaan? Orang yang tidak menepati
janji adalah orang yang tidak amanah.
Betapa bencinya kita kepada orang yang tidak menepati janji, kemudian
berdolak-dalik pula. Bolehkah orang yang
dibenci membina kejayaan?
4.
Suka mendengar: Sebelum kita memiliki sikap ini kita perlu
mempunyai sikap memandang manusia sebagai sama sahaja – ada kelebihan dan ada
kekurangan. Tidak ada manusia yang lebih
ataupun kurang kedudukannya daripada kita.
Yang ada hanya anggapan kita sahaja.
Sekiranya kita menerapkan anggapan manusia adalah sama sahaja, kita
memperoleh sikap suka mendengar apa yang orang katakan. Memang menyakitkan hati sekiranya kita
bercakap, orang buat endah tidak endah.
Begitu juga orang lain, sakit hatinya apabila beliau bercakap, kita buat
sambil lewa.
5.
Bersikap sama-sama: Jangan hanya mementingkan tembolok sendiri. Orang lain pun ada tembolok. Rezeki yang Allah kurnikan biarlah kita makan
sama-sama. Sekiranya banyak kita makan
banyak, sekiranya sedikit kita makan sedikit.
6.
Mengenang budi: Jangan sampai menjadi manusia yang lupa
daratan, lupa budi. Ini sikap yang buruk
dan menjurus pada kegagalan. Bahkan ada
sesetengah orang yang bersikap seperti anjing, sudah ditolong, menggigit pula,
dicari fasal supaya boleh bergaduh dengan orang yang sudah menolong. Dikutuk, dikeji di belakang.
Ada ketikanya,
kita tidak dapat mengawal perasaan kita.
Terima hakikat yang kita manusia biasa.
Kadang-kadang perhubungan yang dibina bertahun-tahun hancur lebur hanya
kerana sikap yang kita tunjukkan selama sesaat dua. Pada hari itu mungkin segalanya tidak dapat
dikawal lalu kita bersikap buruk. Jadi
bagaimana cara mengatasinya?
1.
Jangan sekali-kali
berurusan sekiranya kita tidak sedap hati ataupun sedap badan. Ia menjejaskan personaliti, sikap dan
anggapan kita. Berehatlah.
2.
Tukar suasana. Apabila keadaan tidak seperti yang kita kehendaki,
berfikir negatif – fikir sebaliknya, fikirkan:
Bagaimana saya dapat menukar suasana ini? Susasana mempengaruhi sikap.
3.
Menukar suis iaitu dengan
serta-merta bayangkan sesuatu yang menyenangkan. Serapkan perasaan semasa kita sedang
bergembira, setahun, dua tahun, 10 tahun dahulu ataupun pagi tadi. Bawa perasaan itu, masukkan ke dalam diri
kita. Secara automatik, kita berperasaan
gembuira. Sikap kita juga turut berubah.
4.
Ubah kedudukan
badan. Sekiranya sedang membongkok dan
menongkat dagu, dengan segera berubah kepada berdiri tegak dan menarik nafas
dalam-dalam. Serta-merta anggapan, sikap
dan perasaan kitag juga berubah.
5.
Buka kaset. Tahukah kita dalam kepala kita ini tersimpan
kaset rakaman kata-kata yang pernah kita dengar pada masa lalu? Pasang kaset itu dan cari kata-kata baik
tentang diri kita yang pernah kita dengar.
Mainkan semua katak-kata itu. Ia
dengan segera mempengaruhi kita dan mengubah sikap kita kepada sikap yang lebih
baik. Ia terjadi dengan serta-merta..
Sanggup
Berhenti seketika. Kita keluar sebentar meninjau orang yang
berjaya di sekeliling kita. Kita
mendapati orang yang berjaya adalah orang yang sanggup dan mempunyai
kesanggupan. Bukah pak sanggup tetapi
orang yang sanggup melakukan apa saya yang baik, yang diperlukan mencapai
kejayaan.
Memang itulah
syarat mencapai kejayaan. Syarat paling
utama. Rancangan, buah fikiran, idea
adalah sampah sekiranya tidak sanggup diusahakan.
Jangan sekali-kali
mengharapkan kejayaan, jangan sekali-kali bercakap berkenaan kejayaan sekiranya
diri tidak mempunyai kesanggupan. Orang
yang berada di puncak gunung itu tidak dijatuhkan di situ, sebaliknya sanggup
menapak setapak demi setapak dari bawah sehingga sampai di puncak gunung. Hanya orang yang sanggup dapat sampai di situ. Doktor yang kita temui petang semalam bukan
tiba-tiba memakai baju doktor dan duduk memeriksa pesakit. Beliau sanggup belajar bertahun-tahun,
menentang arus, menutup nafsu bersuka-suka, semata-mata belajar ilmu
kedoktoran. Begitu juga dengan usahawan
di sebelah rumah kita. Bukan tiba-tiba
boleh duduk di rumah banglo dan memandu Mercedes 5500. Lihat sahajalah bagaimana beliau sanggup
bersusah payah bekerja siang malam.
Bandingkan kesanggupannya dengan kesanggupan kita. Berhak ataupun tidak beliau memperoleh kejayaan? Dengan pasti kita mengesahkanTuhan memang
maha adil – yang mencari akan memperoleh, yang terlebih tidur akan memperoleh
tidur dan kemiskinan. Yang terlebih
rehat akan memperoleh muka yang sembap.
Dunia ini untuk
manusia yang sanggup sahaja. Sekiranya masih ragu-ragu, ingati semula
perjuangan Nabi Muhammad. Beliau sanggu
berjuang selama 23 tahun bagi menegakkan Islam.
Bayangkan, bagaimana sekiranya Nabi Muhammad tidak mempunyai
kesanggupan. Sudahkah diikuti sunah Nabi
Muhammad ini? Sunah bukan sekadar kahwin
4 , tetapi juga keperibadian imej, perjuangan, kesanggupan, pergaulan dan
sikap. Mundurkah sekiranya mengikuti
sunah? Rasanya, semakin bertambah maju,
semakin bertambah berjaya sekiranya berpegang pada Quraan dan sunah.
Apa saja yang kita
mahukan tidak mungkin datang bergolek ke depan kita. Tuhan sudah mentakdirkan begitu untuk manusia
biasa. Kita mahukan wang, tidak mungkin
wang tiba-tiba terbang masuk ke dalam poket.
Apa sahaja yang kita mahukan, antara kita dengan apa yang kita hajati di
tengah-tengahnya adalah kesanggupan kita.
Hilang kesanggupan, hilang apa yang kita hajati. Jalan dan cara, tersedia di hadapan kita dan
hanya sekiranya kita sanggup mengerjakan jalan dan cara itu barulah memperoleh
apa yang dihajati.
Tekak terigin
minum air kelapa muda tetapi tidak sanggup memanjat pokok kelapa. Sekiranya sanggup pasti tersedia
berbagai-bagai jalan, boleh meggunakan galah, boleh guna beruk, boleh tebang
pokok kelapa itu. Perut lapar tetapi tidak sanggup menyuap nasi, pastilah terus
lapar.
Kebanyakan orang
tahu tetapi tidak mahu. Kebanyakan orang
tahu bagi memperoleh sesuatu perlu berusaha, tetapi tidak semua orang mahu atau
sanggup mengusahakanya. Mengapa?
1.
Pemalas.
2.
Hendak ambil jalan
senang, jalan mudah.
3.
Tidak yakin, tidak percaya
pada kebolehan diri.
4.
Mengharapkan orang lain.
5.
Tabiat – sudah menjadi
kebiasaan, tidak mahu menyiapkan apa yang dimulakan ataupun suka melakukan
kerja sekerat jalan ataupun selalu menangguhkan satu-satu kerja ataupun suka
merancang sahaja.
6.
Objektif terlalu besar,
tidak sanggup melaksanakannya.
Bagi sebab yang
terakhir – objektif terlalu besar – memang sebagai manusia biasa, kita tidak
sanggup melakukan sesuatu yang terlalu besar.
Apa ikhtiar? Ada dua ikhtiar di
sini:
1.
Pecahkan objektif yang
besar kepada objektif yang kecil-kecil dan mampu dilaksanakan dengan
serta-merta. Sekiranya kecilpun tidak
sanggup – tidak perlu cerita fasal kejayaan.
2.
Peroleh rakan kongsi bagi
sama-sama mengerjakan projek yang besar.
Sekiranya ada rasa tamak menguasai semuanya seorang diri gunakan cara
yang pertama iaitu memecahkan objektif menjadi objektif yang kecil dan termampu
dilaksanakan.
Sekiranya
kedua-duanya tidak boleh dan tidak sanggup, tidak perlulah kita susah payah
bercerita berkenaan kejayaan.
Dunia kejayaan
dipenuhi dengan manusia-manusia yang sanggup.
Dunia kegagalan dipenuhi dengan manusia-manusia yang suka menghimpunkan
alasan demi alasan.
Cukuplah di mulut
dan dalam hati mengatakan sanggup. Tidak
perlu risaukan jalan-jalan dan cara yang diperlukan. Ia datang sendiri – kita akan memperoleh
berbagai-bagai idea, jalan dan cara sekiranya seluruh fizikal dan fikiran
mengatakan saya sanggup. Walau berdetak
sedikit dalam hati kita kurang kesanggupan – jalan, cara dan idea hilang entah
di mana-mana.
Banyak Memberi
Orang yang kedekut
akhirnya menderita. Kedekut di sini
bukan sahaja kedekut duit – ada berbagai-bagai jenis kedekut.
Apa kesan
kedekut? Kesan perama adalah
menyekat. Sekiranya kita kedekut,
bermakna kita sedang menyekat harta, ilmu, sahabat, kejayaan dan lain-lain. Orang yang kedekut menyekat harta yagn bakal
menjadi miliknya. Orang yang kedekut menyekat harta yang bakal
menjadi miliknya. Dengan sifat
kedekutnya, hata yang bakal menjadi miliknya lesap ke tangan orang lain. Begitu juga dengan ilmu, dengan kedekut,
ilmunya tidak bertambah sebaliknya semakin berkurang. Sahabat semakin berkurang, lama-kelamaan
terus hilang kerana orang yang kedekut memang dibenci. Jarang atauapun tidak pernah kita dengaar
orang yang kedekut berjaya dalam hidup.
Ada satu kisah
benar, bagaimana orang yang kedekut hdupnya berakhir dengan kepediahan. Dari muda sampai ke tua, orang ini sangat
kedekut. Jangan cuba usik barang
kepunyaannya. Pijak kawasan kebunya adalah
jenayah berat. Minum di kedai kopi –
secawan kopi boleh menjadi beberapa cawan – apabila hampir habis, minta
ditambah air panas. Pelikl Makan di kedai? Minta maaf – bawa bekal ubi rebus, keladi rebus
dari rumah. Makan tengahari? Sekiranya boleh tidak perlu makan. Jaga kesihatan? Buang duit sahaja. Belanja kawan? Mustahil.
Oleh kerana terlampau kedekut, basikalnya tidak ada brek. Breknya sudah putus. Cuba disambung sendiri dengan dawai, putus
lagi. Dibiarkan sahaja.
Akhirnya kerana
terlalu kedekut, terlalu menyekat makanan sejak muda, isterinya lari meninggalkannya. Anak-anak pergi jauh. Duit banyak tetapi terlalu sayang dengan
duit, terlalu berat membelanjakannya.
Oleh kerana terlampau menyekat makanan, pada hari tua, beliau sakit
kronik. Tahukah kita apa terjadi? Si kedekut ini menjadi miskin. Duitnya yang disayangi selama ini terpaksa
dikeluarkan semua bagi mengubati penyakit yang tidak pernah sembuh itu. Habis sahaja duitnya, sembuh penyakit. Tetapi beliau sudah miskin. Duit habis, kawan tidak ada. Apa hendak buat? Menyesal.
Percayakah kita
dengan putaran hidup? Anak si kedekut
ini pun menjadi kedekut juga. Beliau
mewarisi genetik ayahnya. Sekiranya kita
melihat seliparnya kita ketawa kerana seliparnya itu diikat-ikat dengan dawai
dan tali rafia. Memang nampak
kelakar. Terlalu kedekut, selipar
barupun tidak mahu beli. Penghujung
hidup belum diketahui lagi kerana kini beliau masih lagi hidup. Masih kedekut. Sekiranya benar ada putaran hidup, beliau
akan berakhir seperti ayahnya.
Orang yang kedekut
harta adalah orang yang tidak faham konsep wang, tidak faham perjalanan
wang. Kita hanya mempunyai wang tidak memiliki
wang. Itulah yang sering dikatakann oleh
orang yang berjaya dan benar-benar kaya.
Sekiranya kita bertanya kepada meraka, bagitulah jawapan mereka. Maksud mempunyai wang ialah wang itu bukan
milik mutlak. Harta benda adalah
pinjaman Allah, Wang yang ditangan kita bukan milik kita seorng diri. Kita tidak tahu siapa yang turut sama
mempunyai hak pada wang itu, tetapi yang pasti wang itu bukan milik kita
seorang. Sekarang, sekiranya wang itu
bukan milik mutlak kita seorang, logikkah kita kedekut, enggan membelanjakan
wang itu? Bagaiman orang lain boleh
mendapat hak mereka sekiranya kita enggan membelanjakan wang yang ada di tangan
kita?
Wang juga sentiasa
bergerak dari tangan ke tangan. Wang
juga tarik-menarik, wang di tangan orang lain menarik wang di tangan kita dan
wang di tangan kita menarik wang di tangan orang lain. Kita perlu turut sama dalam pergerakan wng
itu. Perlu membelanjakan wang kita. Kerana itu, kita melihat bagaimana orang yang
kedekut itu sedang menyekat rezeki yang sedang mendatangi dirinya sendiri.
Di sini, kita
jangan tersilap. Bukan maksudnya kita
perlu boros, tidak payah berjimat-cermat.
Sebaik-baik perkara adalah sederhana.
Jadi, cara kita membelanjakan wang adalah antara boros dan kedekut. Kedekut tidak, boros pun tidak. Cara berbelanja yang normal. Jumpa kawan ajak minum teh dengan ikhlas dan
riang. Anak minta basikal, insya Allah
boleh dibelikan dengan riang dan ikhlas.
Anak hendak beli buku baru, boleh, tidak ada masalah.
Kita perlu
menghapuskan fikiran hanya hendak menerima sahaja. Kita tidak akan menerima lagi sekiranya kita
tidak memberi. Itu memang kehendak alam
ini – bukan hanya menerima sahaja, perlu memberi. Memberi dan menerima silih berganti. Mustahil dapat menerima sekiranya enggan
memberi. Mustahi dapat memberi sekiranya enggan menerima.
Kedai runcit dapat
dijadikan contoh. Mana ada kedai yang
hanya menjual tanpa mengambil stok. Mana
ada kedai runcit yang hanya menyimpan stok tanpa menjual. Ia perlu seimbang. Urusan mengambil dan menjual stok ini
menjadikan pekedai semakin berjaya.
Bahkan, sebelum
menerima, perlu memberi terlebih dahulu.
Sebelum menerima gaji perlu memberi khidmat terlebih dahulu. Sekiranya kita kedekut, enggan memberi,
apakah yang kita terima?
Begitu juga dengan
ilmu pengetahuan yang kita miliki.
Jangan kedekut dengan ilmu pengetahuan.
Ia bukan milik mutlak kita. Oleh
kerana bukan milik mutlak, tidak sepatutnya kita menyimpan untuk diri sendiri. Percayalah, semakin banyak kita mencurahkan
ilmu pengetahuan yang bermanfaat, yang membawa kebaikan, semakin banyaklah ilmu
pengetahuan yang kita terima. Ini
disahkan kebenarannya. Semakin banyak
ilmu pengetahuan yang kita peroleh, kemudian digunakan ilmu itu, semakin cerah
peluang kita mencapai kejayaan. Ini
kerana bagi mencapai kejayaan di dunia ataupun di akhirat ataupun kedua-duanya,
kita memerlukan ilmu. Yang tidak
berfaedah adalah ilmu yang disimpan dan tidak digunakan. Apatah lagi sekiranya ilmu kita itu dapat
mengubah hidup orang ke arah kebaikan – bertambah-tambah berkat hidup kita.
Soalnya sekarang
kepada siapa hendak memberi? Silap
memberi adalah seperti orang yang kaya menderma kepada orang yang tidak
memerlukan sedanghkan lebih ramai anak-anak yatim yang mengharapkan pemberian
itu.
1.
Memberi kepada
Allah. Walaupun Allah tidak sedikitpun
menerima daripada kita. Pemberian kepada
Allah adalah melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah. Bukan kerana nama, bukan kerana hendak
balasan, tetapi kerana Allah. Pemberian
kepada Allah juga membawa makna melaksanakan segala apa yang disukai Allah
dengan penuh keikhlasan dan sebanyak mungkin.
2.
Memberi kepada yang
memerlukan. Kita tidak akan tahu apa
keperluan orang sekiranya kita tidak meninjau dan bertanya. Ramai orang yang memerlukan wang daripada
kita, harta dan ilmu yang bermanfaat.
3.
Memberi kepada diri
sendiri. Diri kita perlu diberi
makanan. Ilmu yang baik-baik adalah
contoh makanan yang kita perlukan.
Cepat Mengambil Peluang
Orang kata,
peluang yang baik datang hanya sekali sahaja.
Salah sama sekali. Peluang yang
baik lalu setiap hari di depan mata.
Cuma bagi setengah
orang, mereka sendiri tidak tahu yang itu adalah peluang yang baik, kerana
itulah terbiar begitu sahaja. Walaupun
ia peluang yang baik, ia tidak diambil kerana beliau sendiri tidak tahu itu
adalah peluang yang baik.
Ibarat orang yang
terjumpa kamera Leica tetapi tidak meminati fotografi dan hanya tahu Nikon dan
Canon. Beliau menyangka kamera Leica
yang bentuknya agak hodoh itu adalah kamera yang tidak bernili. Begitu juga sekiranya terjumpa kamera-kamera
yang tidak bernilai. Begtitu juga
sekiranya terjumpa kamera-kamera yang tidak pernah didengar namanya seperti
Contax, Topcon, Minox, Rollei. Sedangkan
kamera-kamera itu boleh diibartakan sebagai Roll Royce dalam fotografi.
Peluang yang baik
hanya diketahui dan diambil sekiranya seseorang itu mengetahui dan
memerlukan. Peluang yang baik hanya
datang kepada orang yang bersedia dengan wang dan kesanggupan. Peluang yang baik hampir sama dengan nasib
baik. Nasib yang baik adalah untuk orang
yang bersedia dan berusaha. Semakin kuat
berusaha semakin bernasib baik.
Pernah terdengar
cerita bagaimana seorang yang mencari rezeki dengan mengorek sampah di timbunan
sampah terjumpa gumpalan wang yang banyak di dalam timbunan sampah? Adakah itu nasib baik? Memang itulah nasib baik tetapi adakah
pencari sampah itu duduk di rumah dan bermain-main dengan kucing? Beliau berusaha kuat menggali timbunan smp0ah
– semakin beliau kuat berusaha, semakin beliau bernasib baik.
Jadi kita sudah
tahu, sebelum kita dapat mengambil peluang dengan cepat, kita sendiri perlu
kenal peluang apakah yang kita mahukannya.
Apa yang kita kehendaki? Hanya
sekiranya kita sendiri tahu apa yang kita kehendaki baru kita kenal dengan
peluang yang lalu di depan kita – sesuai ataupun tidak, ada persamaan ataupun
tidak dengan apa yang kita hajati.
Misalnya, sejak
dahulu lagi kita teringin menjadi penulis, suatu hari kita menyelak suarat
khabar tersiar iklan mengikuti kursus penulisan. Apa jadi pada masa itu? Tentulah kita segera menjawab iklan itu. Bagaimana sekiranya tidak berhajat menjadi penulis? Tentulah walau seribu iklan berkenaan kursus
penulisan tersiar, kita tidak mempedulikannya.
Selama ini kita
mempunyai cita-cita memiliki perniagaan sendiri tetapi tidak mempunyai modal
yang banyak, tidak cukup pengalaman.
Suatu hari kita diberitahu berkenaan peluang perniagaan. Peluang itu sama dengan apa yang kita
kehendaki – perniagaan dengan modal yang kecil, tidak perlukan pengalaman
tetapi perlukan pengetahuan dan dapat berkembang pesat ke seluruh negara.
Sekarang kita tahu
kerenah peluang, iaitu hanya kita temui sekiranya itulah yang kita kehendaki
dan kita perlu mengambilnya dengan cepat.
Mesti. Sekiranya kita tidak cepat
mengambilnya, ia pergi dengan cepat.
Itulah juga kerenah peluang – datang dengan cepat, pergipun begitu
cepat. Contohnya, kawan kita yang
terjumpa gumpalan wang di tempat pembuangan sampah. Sekiranya beliau tidak mengambil dengan cepat,
gumpalan itu tertimbus ataupun orang lain pula yang mengambilnya.
Contoh peluang
yang cepat – baru baru ini negara kita dilanda jerebu. Dalam kempitan ada kesempatan. Seorang ternampak peluang membuat wang dengan
adanya jerebu. Beliau segera menghubung
kilang pembuat topeng penutup hidung.
Segera juga beliau membuat publisiti besar-besaran berkenaan keperluan
topeng itu. Jadi, dalam keadan negara
menghadapi jerebu, beliau berpeluang membuat duit. Agaknya beliaulah orang paling berharap
jerebu berpanjangan. Bagaimana pula
dengan pengilang lilin? Mengapa lilin
masih lagi diperlukan dalam kita memasuki abad 21? Ini kerana tersedia peluang. Apabila pengilang itupun berharap sekiranya
boleh, setiap hari terjadi black out.
Apa yang kita mahu
ketengahkan di sini adalah peluang.
Peluang memang sentiasa lalu di depan mata, bukan semasa berlaku
kesempitan sahaja. Memang peluang lebih
banyak terjadi sekiranya berlaku kesempitan atau masalah seperti Carrier yang
mencipta pendingin hawa kerana adanya cuaca panas. Ada masalah, ada keperluan, ada peluang. Pak Ali membuka kedai kopi kerana adanya
masalah, ada keperluan, ada peluang.
Ramai yang memerlukan kedai kopi.
Kadang-kadang sangat ramai.
Soalnya adalah
berapa cepat kita dapat menangkap peluang itu dan menukar peluang itu kepada
perkara-perkara yang berfaedah? Orang
yang berjaya pantas mengenali peluang dan dengan pantas menangkap, mengambil
peluang itu, dikerjakan dengan segeral.
Orang yang gagal, walau peluang yang baik lalu di depan mata, hanya
melihatnya sahaja. Berat tangan hendak
menangkapnya.
Berapa pantas kita
mengambil peluang itulah kunci kejayaan kita.
Ada orang tahu kenal yang lalu di depan mata adalah peluang yang baik
tetapi tidak segera mengambilnya. Itulah
orang yang gagal. Oleh kerana kerenah peluang
adalah – cepat datang, cepat pergi, kita perlu mengikut rentaknya iaitu perlu
cepat.
Tetapi, ada
pengecualian. Peluang yang baik dan
tidak baik sentiasa berlegar di sekeliling kita. Sekiranya datang seorang putar alam
menawarkan peluang yang tidak baik, adakah kita mengambilnya dengan
pantas? Yang perlu diambil dengan pantas
adalah peluang yang baik sahaja.
Bagaimana mengenali sama ada baik ataupun tidak baik? Sekiranya masih kurang berpengalaman, cara
yang terbaik adalah dengan bertanya kepada orang yang jujur. Bukan bertanya kepada seorang. Kita mencari maklumat daripada beberapa orang
yang jujur. Ingatl kita mempunyai dua
telinga dan di tengah-tengah telinga adalah otak. Dengar kanan dan kiri, pertimbangan dan
keputusan dilakukan oleh otak.
Pertimbangan dan keputusan adalah hak kita sendiri selepas mengumpulkan
maklumat.
Sekiranya kita
serius mahu menjadi manusia yang berjaya, tangkap segera peluang yang baik,
kerjakan segera.
Memasarkan Diri, Mencari Sahabat
Kembali pada kedai
runcit di tempat kita. Kedai itu sungguh
hebat, lengkap, susunan barang-barangnya menarik dan warnanya meriah.
Sekarang,
sekiranya tidak ada orang yang datang ke kedai itu, apa jadi pada kedai
itu? Tidak sampai sebulan kedai itu akan
tutup. Kita manusia yang mahu kejayaan
perlu pandai memasarkan diri, meletakkan diri dalam masyarakat, diterima oleh
masyarakat, dikehendaki oleh masyaarakat.
Mengapa? Ini kerana kita hidup
dalam lingkungan masyarakat. Hanya
sekiranya kita diterima oleh masyarakat dan kalangan manusia, barulah kita
menemui kejayaan.
Kembali semula ke
kedai runcit. Disamping taukeh kedai itu
perlu sentiasa meningkatkan keadaan kedainya, beliau juga perlu sentiasa
menambahkan bilangan pelanggan ataupun mencari jalan supaya pelanggan yang ada
lebih kerap berbelanja di kedainya.
Persamaan dengan diri kita?
Disamping kita terus mempertingkatakan diri kita, kita juga perlu terus memperkenalkan diri, perniagaan dan servis.
Disamping kita terus mempertingkatakan diri kita, kita juga perlu terus memperkenalkan diri, perniagaan dan servis.
Bagaimana
caranya? Caranya adalah dengan
menambahkan jumlah kenalan dan sahabat kita.
Hari ini kita tidak susah fikirkan bagaimana cara menambahkan musuh dan
menyakitkan hati oang. Hari ini kita
jangan cari musuh, kita cari nsahabat,
hari ini kita jangan menyakitkan hati orang, kita menyukakan hati orang.
Semasa Tuhan mahu
menjadikan manusia, malaikat bertanya:
Tidakkah mereka akan melakukan pertumpahan darah? Sudah jelaskah kita mengapa malaikat bertanya
begitu? Sebabnya, manusia memang suka
bergaduh, suka cari fasal, suka bercakaran, suka berperang, suka
berdengki-dengki. Pastikan juga,
manusia-manusia yang begitu adalah manusia-manusia yang gagal ataupun jika
berjaya, kejayaannya menyeksa diri sendiri.
Pada hari ini kita
ubah. Kita ubah hati kita daripada
manusia yang suka cari fasal kepada manusia yang suka cari sahabat. Manusia yang dilingkungi sahabat-sahabat yang
baik, hidupnya riang dan berjaya.
Sejenis lagi manusia iaitu manusia yang dilingkungi kenalan-kenalan yang
tidak baik, berperangai buruk, hidupnya tidak aman, terus gagal.
Kita memang hendak
cari sahabat, tetapi mahukah mereka bersahabat dengan kita? Seperti kedai runcit tadi, kedua-duanya perlu
seimbang – mempertingkatkan keadaan kedai dalam masa yang sama mempertingkatkan
jumlah pelanggan dan kekerapan pelanggan berbelanja. Jikalah kedai runcit itu tidak menarik,
barang selalu tidak ada, malap, mahukah
pelanggan datang? Mahukah pelanggan
mengekalkan kesetiaan?’ Tidak mungkin,
melainkan pembeli yang tersesat. Diri
kitapun begitu juga. Perlu diberi
perhatian, ada peningkatan, ada sesuatu dalam diri kita yang menyebabkan orang
mahu bersahabat.
Pada suatu hari,
seorang yang sedang mencari rumah menemui tuan rumah Yahudi. Lelaki Yahudi itu menawarkan harga 2,000
dinar bagi rumah itu. Lelaki itu
terkejut dan berkata: Setahu saya rumah
itu nilainya hanya 1,000 dinar.
Benar. Kata lelaki Yahudi itu:” Saya minta 1,000 dinar bagi harga rumah itu
dan 1,000 dinar lagi kerana kamu dapat berjiran dengan Ibnu al Mubarak. Ibnu al Mubarak adalah orang yang warak dan
bijaksana.
Daripada cerita
itu, kita sendiri dapat mengetahui apa yang ada dalam diri kita, reputasi kita
menyebabkan nilai diri kita meningkat.
Ramai yang hendak berkawan dan bersahabat dengan kita.
Jadi, bagi
menambahkan bilangan sahabat, kita perlu sentiasa menjaga reputasi dan sentiasa
meningkatkan diri kita. Benarlah kata
orang tua: Sahabat yang baik dan ramai,
menambahkan rezeki dan menjadikan hidup aman tenteram.
Walau apapun
bidang kita, walau apapun pekerjaan kita, menjadi kera sumbang adalah jalan
menuju kegagalan.
Jadi, bagaimana
caranya mencari kenalan? Sekiranya kita
melihat cara usahawan berbangsa cina mencari kenala, kita pasti mengikuti jajak
langkah merka. Sebaik sahaja mereka
berkenalan ataupun diperkenalkan, dengan segera mereka bertukar kad
perniagaan. Bagi suahawan Cina, kad
perniagaan adalah alat yang paling penting.
Dalam satu seminar, ada sesi khas untuk mereka bertukar-tukar kad
perniagaan di kalangan hadirin.
Sebaliknya kita selalunya enggan menghulurkan kad melainkan
diminta. Ubah cara kita, tempah kad
banyak-banyak dan sentiasa bawa beberapa keping bersama. Sebaik sahaja berkenalan dan diperkenalkan,
terus hulurkan kad. Tidak pernah ada
orang yang menolak apabila dihulurkan kad.
Kad adalah cara mempromosikan diri.
Serterusnya, cara
menambahkan bilangan sahabat dan mengekalkan sahabat adalah:
1.
Perbaiki keadaan diri
kita. Ini perlu buang sikap sombong ego, perasan dan berlagak
pandai.
2.
Setiap kali mahu
bercakap, fikirkan adakah cakap kita itu menyakiti hatinya. Hari ini hendak membunuh orang tidak perlu
pakai pedang, hanya pakai mulut sahaja.
3.
Ada sesuatu dalam diri
kita yang diperlukan. Sebagaimana kita
memerlukan sesuatu daripada orang, begitulah juga orang memerlukan sesuatu daripada
kita. Sesuatu itu mungkin kebolehan,
ilmu dan lain-lain.
4.
Jadilah orang yang mesra,
peramah.
5.
Jadi pendengar yang baik.
6.
Rasa hormat-menghormati
perlu sentiasa dikekalkan sekalipun sudah menjadi sahabat karib.
7.
Sentiasa fikirkan cara
menyukakan hati sahabat.
Bagaimana pula
halnya sahabat yang tidak baik?
Sekiranya tidak baik, selayaknya dipanggil kawan atau kenalan
sahaja. Kenalan atau kawan yang tidak
baik akan mempengaruhi kehidupan kita.
Suatu hari nanti, pasti kita terkena.
Pengaruh kawan dan kenalan amat kuat sebagaimana hadis ada
menyebut: Bagi mihat peribadi seseorang,
lihatlah sahabat-sahabatnya.
Sekiranya sudah
tahu ular itu bisa, mengapa kita menyimpannya di dalam poket? Lebih baik tidak mengenali daripada
berkenalan tetapi merosakkan diri kita akhirnya. Kita berkawan dengann penipu, lama-kelamaan, percayalah
kita akan menjadi penipu. Bercakap
seperti penipu, berjalan seperti penipu ketawapun seperti penipu. Tidak lama kemudian hanya hendak mengena dan
kelentong orang sahaja. Jika pun kita
tidak menjadi penipu, tetapi reputasi kita sudah tercemar. Berdiri berhampiran dengan lecak,
lama-kelamaan pasti terkena percikan lecak itu.
Adalah hak kita
bagi menapis kenaan yang baru dikenali.
Pilih sahabat yang boleh membantu menaikkan taraf hidup kita sahaja.
Cara Yang Lebih Baik
Sekiranya kita
mempelajari fotografi, kita diajar teknik mudah mengambil gambar yang terbaik. Caranya adalah beralih tempat. Sekiranya gambar yagn tertera di viewfinder
itu sudah dikatakan baik, beralih ke tepi, kita memperoleh sudut pandangan yang lebih baik. Itu sudah baik? Beralih ke tepi lagi – kali ini jauh lebih baik.
Jika sesuatu cara
itu baik, tentu ada cara yang lebih baik lagi.
Asalkan kita mahu berusaha lebih mencari yang lebih baik.
Bukan kerana
tamak, bukan tidak bersyukur, bukan tidak cukup, tetapi apa yang kita cari
adalah kebaikan dan menggunakan potensi keupayaan diri kita secara maksimum. Sekiranya ada cara yang lebih baik, mengapa
tidak kita menggunakannya.
Fikiran manusia
memang sediakala kreatif. Dengan mencari
yang lebih baik, kita menggunakan sepenuhnya daya kreativiti kita. Yang paling penting, sentiasa mencari yang
lebih baik itu akan membawa pada kejayaan yang lebih besar.
Bagaimana
sekiranya cara yang digunakan sekarang ini sudah disahkan dapat mendatangkan
kejayaan? Teruskan cara itu, sambil sentiasa
mencari sudut: Bagaimana supaya apa yang
saya lakukan ini menjadi lebih baik lagi?
Pertanyaan itu adalah
berkenaan hasil. Hasil yang baik
dimulakan dengan cara yang lebih baikl
Mengapa perlu begitu? Ingat, 10
tahun akan datang, hasil dan cara yang baik hari ini, belum tentu masih lagi
hasil dan cara yang baik.
Telefon bimbit
adalah contoh bagimana fikiran menusia yang kreatif sentiasa mencari cara yang
lebih baik bagi hasil yang lebih baik.
Pada tahun 1986, telefon bimbit tidak dibimbit tetapi diusung atau
dipikul. Berat, besar, lucu. Yang hebt poada masa itu adalah jelingan
orang apabila melihat benda pelik itu diusung.
Hebat sekali pada masa itu. Pada
tahun 1996, 10 tahun kemudian, sudah muncul telefon bimbit yang sebesar kotak
rokok. Sekiranya ada cara yang baik, tentu
ada cara yang lebih baik lagi.
Bagi mendapatkan
cara yang lebih baik, kita manusia memerlukan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan digabungkan dengan fikiran
kreatif dan pertanyaan: Bagaimana boleh
saya mendapat hasil yang lebih baik? Dan
akhirnya tindakan, insya Allah, kita memperoleh cara yang lebih baik dan hasil
yang lebih baik.
Di mana mahu
mendapatkan ilmu? Kita keluar mencarinya
dengan menggunakan mata, telingan dan hati.
Mulut dibuka hanya bagi bertanya bukan menunjuk pandai. Imam Malik pernah berkata: Ilmu itu perlu dicari oleh orang yang memerukan,
bukannya mencari orang yang berhajat kepadanya.
Jadi, apa sahaja
pekerjaan yang sedang kita lakukan sekarang ini memerlukan kita berilmu. Sekiranya tidak berilmu, tentu sekali tidak
tahu bagaimana mendapat cara yang lebih baik.
Tanpa memikirkan cara yang lebih baik, pasti ketinggalan ke belakang ataupun
ditinggalkan oleh keadaan.
Memang tersedia
cara ang lebih baik. Selalu orang berkata: Hanya langit batasnya. Tetapi, apa yang menyebabkan tidak dapat cara yang lebih baik adalah kerana kebanyakan
manusia enggan menggunakan fikiran kreatif.
Akal dan kebijaksanaan manusia memang luar biasa. Fikiran kita sudah sedia kreatif tetapi
enggan mengunakannya. Kebanyakan kita
enggan mencari cara yang lebih baik kerana selesa dengan cara yang ada
sekarang. Yang kita terlupa adalah dunia
ini sentiasa berpusing, meninggalkan kita di belakang sekiranya kita enggan
mencari cara yang lebih baik. Sepatah kata Edison: Tentu ada cara yang lebih baik, carilah.
Bagaimana mencari cara
yang lebih baik supaya mendatangkan hasil yang lebih baik?
1.
Jangan jadi manusia yang pasif. Ingatkan diri sendiri yang dunia ini sentiasa
berubah.
2.
Sentiasa bersedia dngan
cara yang lebih baik. Itulah juga
peringatan kepada diri sendiri setiap hari.
Cara tersedia, hanya perlu mendapatkannya sahaja.
3.
Setiap kali mahu
melakukan satu-satu pekerjaan, soal diri sendiri: Bagaimana boleh saya melakukan dengan lebih
baik lagi?
4.
Pelajari cara orang lain. Kita perlu mengintip cara orang melakukan
sesuatu pekerjaan kemudian diubahsuai mengikut keupayaan diri sendiri.
Kita tidak mahu
dikatakan sebagai orang yang ketinggalan jadi, sentiasa buka mata, buka telinga,
gunakan akal mencari cara yang lebih baik.
Cara yang lebih baik sentiasa terseda.
Cari dan gunakan.
PENUTUP
Dalah hidup ini,
pilihan hanya ada satu sahaja – sama ada mahu berjaya ataupun mahu gagal. Kelengkapan, kemudahan semuanya sudah
tersedia di sekeliling kita, disediakan khas untuk kita. Soal utama di sini adalah antara hendak
ataupun tidak hendak, mahu ataupun tidak mahu.
Sekiranya mahu dan hendak tentu tersedia jalan. Sekiranya tidak hendak dan tidak mahu tentu
tersedia alasan demi alasan.
Hari ini adalah
hari yang paling baik untuk kita mula bertanya kepada diri sendiri. Tanyakan:
Apakah misi saya hidup di dunia ini?
Toleh ke belakang, apa yang sudah kita lakukan selama ini, kemudian
bandingkan dengan hasil yang kita peroleh pada hari ini.
Tanyakan
lagi: Apa yang sudah saya lakukan untuk diri saya, masyarakat, keluarga saya
dan agama saya?
Jika
jawapannya: Tidak banya. Maka inilah juga masanya mengangkat sauh,
menghapuskan magnet bagi membina kejayaan yang lebih banyak dan besar lagi.
Di dunia ini
terdapat 4 golongan manusia:
1.
Manusia malang: Manusia yang berjaya di dunia gagal di
akhirat.
2.
Manusia sangat
malang: Manusia yang gagal di dunia dan
gagal di akhirat.
3.
Manausia beruntung: Manusia yangberjaya di dunia dan Insya Allah
berjaya di akhirat.
Satu golongan
lagi, bahkan dapatlah dikatakan tidak layak menjadi manusia adalah golongan
yang enggan merusaha membina kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Boleh berusaha tetapi engan berusaha –
manusia jenis apakah itu? Hendak
dimasukkan golongaan yang mana?
Gagal dan berjaya
salih berganti. Tidak mungkin manusia
boleh menang sepanjang masa. Tidak
mungkin juga manusia ditakdirkan gagal sepanjang masa. Apa yang penting adalah cara menukar
kegagalan kepada kejayaan. Bukan gagal
dianggap sebagai ketentuan hidup.
Orang yang
menganggap apabila gagal segalanya sudah berakhir, gagal adalah ketentuan
hidup, tidak akan menemui apa-apa kejayaan.
Ulasan