Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

NAIKKAN TARAF JALAN BANJIR

Banjir wajib berlaku tiap-tiap tahun di Pantai Timor Semenanjung Malaysia, lebih-lebih lagi bagi penduduk Kg. Papan, Delong, pasir Lawang dan Kg. Lintang dalam Daerah Dungun, Terengganu. Penduduk Kg. tersebut telah merayu Kerajaan Negeri menaikkan taraf jalan Kg. dengan ditinggikan jalan yang ditenggelami air lima (5) kaki lagi atau sekurang-kurang tiga (3) kaki, untuk memberi kemudahan penduduk memasarkan hasil pertanian dan penternakan mereka. Jalan telah dibuat dan sudah boleh digunaka. Jangan pula dipsersoalkan Jurutera JKR mana yang buat, Pegawai Jabatan Parit dan Saliran mana yang mencadangkan atau Jabatan Pertanian, RISDA dan KETENGAH dipanggil mesyuarat. Jika ada ketinggalan berlaku, cari peruntukan lain. Baiki kelemahan yang ada. Boleh minta pendapat YB. Hj. Matulidi, YB. Dato Zaaba di Bahagian Delong dan YB. Dato Din Adam di Bahagian Jerangau. Realisasikan rakyat diutamakan.