Perhatian Kerajaan terhadap mangsa perpindahan banjir yang diceritakan oleh Pengerusi IT (Ibu Tunggal) Daerah Dungun, menyentuh perasaan saya.
Bantuan makanan segera yang dibekalkan tidak digredkan sebagaimana resen Tentera dan Polis iaitu grade A, B, dan C juga tidak disenarai barang yang dibekal menyebabkan kekecohan berlaku.
Masalah seperti ini pernah berlaku dan menyebabkan mantan guru Sastera saya Yb. Hj. Shabudin H. Md. Nor jatuh di Bachok.
Jika dilihat permasalahan ini, remeh dan kecil tetapi pada hakikatnya membawa kepada merebak seperti penyakit barah.
Pemimpin atasan (Tiori Kelawar) beri arahan supaya bahagi dengan adil tetapi pengagihan diperingkat bawah (Sayap Kelawar) tidak jujur dan menyeleweng.
Disini perlunya pemantauan dan penyenaraian barangan dan pemangsa banjir sebenar dilakukan untuk menambah baikkan kerja amal yang murni itu.
Ulasan