Ahad, 1 Mei 2016

Silaturahim Dalam Islam

KATA-KATA ALUAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada aspek hubungan silaturahim di dalam masyarakat terutama yang melibatkan insan.
Islam memerintahkan kita supaya menjalinkan hubungan silaturahim dan menjaga hak-hak kerabat.
Terdapat ayat al Quraan dan hadis nabi yang memberi perhatian dalam hal ini sama ada dalam bentuk suruhan mahupun menyatakan hukuman memutuskan silaurahim.
Sejak kebelakangan ini wujud satu sikap yang lebih mementingkan dan mengutamakan diri sendiri yang menyebabkan berlakunya kerenggangan dan pudarnya hubungan di kalangan insan.
Terdapat segelintir mereka yang tidak memperdulikan permasalahan dan kesulitan yang berlaku sesama mereka yang memperlihatkan tidak ada rasa kasih sayang dan kemesraan, ditambah dengan pertelingkahan dan permusuhan.
PENDAHULUAN
Agama Islam amat menitikberatkan tataacara kehidupan ummah.  Sesaorang itu tidak dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam kehidupan bermasyarakat yang terdiri dari pelbagai golongan.
Dalam masyarakat kita akan berhadapan dengan jiran tetangga, kaum kerabat dan juga orang lain karenah orang dalam parti sesama Islam dan bukan Islam.  Setiap kumpulan terdapat hak-hak yang sepatutnya dijaga dengan baik.
Satu daripada hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang dalam masyarakat ialah ‘hak insan’.   Hak-hak insan ini telah dijelaskan dalam al quraan dan juga hadis Rasulallah saw.
Sesungguhnya banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila hak-hak mereka ini ditunaikan sebagaimana yang terkandung dalam banyak hadis.
Melalui penunaian hak-hak ini, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, malah akan mewujudkan satu masyarakat yang hidup dalam suasana mesra dan berkasih sayang antara satu sama lain.  Kerana itulah ajaran Islam melarang umatnya memustuskan silatulrahim.
SARANAN AL QURAAN
MENGENAI HAK KERABAT
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. (Surah Al Israk 17:26).
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukann perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya (surah an Nahl 16:90).
Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing;  Pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Al Rum 30:38).
HAK-HAK KERABAT
1.             HAK-HAK KEJIRANAN
Kaum kerabat yang hidup dalam satu kelompok jiran, juga mempunyai pelbagai hak sebagai seorang jiran.
Berdasarkan kepada beberapa hadis, hak seseorang sebagai jiran seperti berikut:-
a)             Menziarahinya apabila sakit.
b)             Mengiringi jenazahnya ke kubur setelah mati.
c)             Meminjamkan sesuatu apabila diminta pinjam.
d)             Memberi pertolongan apabila diminta pertolongan.
e)             Menunaikan hajatnya.
f)              Memberi ucapan taniah.
g)             Memberi ucapan takziah apabila ditimpa musibah.
h)             Memberikan laluan (jalan) masuk ke rumahnya.
i)              Mengagihkan masakan atau makanan kepadanya.
j)              Memberikan buah-buahan yang dibawa balek ke rumah.
k)             Menjaga maruah dan kehormatan mereka.
l)              Menjaga keselamatan harta benda mereka.
m)          Bermanis muka bila berjumpa.
n)             Mengeluarkan tutur kata yang baik.
o)             Mengasihi mereka.
p)             Memberitahu atau mempelawa mereka terlebih dahulu, jika hendak menjual sesuatu.

2.             MENUNAIKAN HAK MEREKA SEBAGAI ORANG ISLAM
Sebagai seorang Islam, kaum kerabat juga mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang.
3.             NAFKAH DAN SARA HIDUP
Seseorang ibu atau bapa terutama yang uzur atau telah tua yang tidak mampu menyara hidup sendiri serta kaum kerabat (sanak saudara) yang daif atau miskin adalah berhak mendapat nafkah (sara hidup) daripada anak-anak atau kerabatnya yang senang atau kaya.
Sesiapa yang memiliki kekayaan hendaklah membelanjakan atau infaq sebahagian daripadanya untuk membantu ibu bapa dan sanak saudaranya atau kaum kerabatnya yang memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):  Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah?)  Katakanlah:  Apa juga harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada 2 ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).  (Al Baqarah 2/215).
Rasulullah saw telah memberikan satu garis panduan kepada seorang lelaki tentang tanggungjawab dan kaedah infaq atau cara hendak membelanjakan harta yang dimiliki.
Mulakan dengan perbelanjaan untuk diri kamu, jika ada lebihan, maka belanjakanlah untuk ahli keluargamu, jika ada lagi lebihan, maka belanjakanlah untuk kaum kerabat kamu, jika ada lagi lebihan, maka belanjakan untuk orang begini dan begini .... (Riwayat Muslim).
4.             HUBUNGAN SILATURAHIM
Mewujudkan hubungan silaturahim dan memberi kebaikan kepada kaum kerabat merupakan perkara yang dituntu oleh Allah saw.
Kamu keluarkan zakat daripada hartamu kerana zakat itu pembersih yang membersihkan dirimu dari segala kekotoran dan kamu hubungi kaum kerabatmu serta kenali hak orang miskin, jiran tetangga dan orang yang meminta (Riwayat Ahmad dan Al Tabrani Fi Al Ausat).
Orang yang mengadakan hubungan silaturahim terutamanya setelah berlakunya krisis atau terputus hubungan, lalu disambung segera hubungan itu, maka dialah orang yang sebenar-benar melaksanakan hubungan silaturahim yang diistilahkan oleh baginda Rasulullah saw sebagai al wasil.
Al Wasil atau penghubung yang sebenar ialah orang yang apabila terputus hubungan rahim atau kerabatnya, dia segara menyambungkannya semula (Riwayat At Tirmizi dan Bukhari).
HUKUM MENGADAKAN HUBUNGAN
SILATURAHIM
Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa melaksanakan silaturahim adalah wajib dan memutuskannya merupakan satu maksiat atau dosa yang besar. (al Qadi Iyad).
Bagi orang yang telah sedia ada hubungan baik dengan kaum kerabatnya, adalah haram dia memutuskan hubungan silaturahim.  Memulakan membuat baik kepada kaum keluarga adalah sunat, sekiranya tiada beraku putus hubungan silaturahim.  Memutuskan hubungan silaturahim selepas terjalinnya hubungan, merupakan satu perbuatan dosa besar. (Al Syeikh Sulaiman Al Bujairimi).
HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN KERABAT BUKAN ISLAM
Harus merapatkan hubungan dengan kaum kerabat yang kafir dengan membuat baik kepada mereka.  Harus juga memberi hadiah kepada mereka.  Sayyidina Umar al Khattab pernah menghadiahkan sehelai kain bersulam benang sutera kepada saudara lelakinya yang masih musyrik di Mekah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Umar ra telah melihat kain yang disulam dengan benang sutera sedang dijual.  Beliau berkata:  Wahai Rasulullah saw apalah kiranya kamu membelinya untuk diberi kepada rombongan yang datang menemui kamu dan dipakai pada hari Jumaat.  Baginda berkata:  Sesungguhnya yang memakai kain ini ialah orang yang tiada akhak.  Selepas itu Nabi saw telah menghantar kain bersulam benang sutera kepada Umar untuk dia pakai, Umar berkata:  Kamu mahu saya memakainya.  Sedangkan aku telah mendengar kamu memperkatakan mengenainya?  Baginda menjawab:  Sesungguhnya aku memberikan kepadamu untuk kamu jual atau memberikan kepada orang lain yang layak memakainya.
Sesungguhnya aku memberinya kepada kamu bukan untuk dipakai, tetapi untuk kamu  menjualnya bagi mengambil faedah atau memakaikannya kepada orang lain yang dibolehkan memakainya.  Justeru Syyidina Umar menghantar kain disulam benang sutera tersebut kepada saudaranya yang berada di Mekah sebelum saudara dia itu masuk Islam.
Berdasarkan apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar itu, memberikan kain bersulam benang sutera kepada saudara yang belum Islam, Al Hafiz Al Asqalani menjelaskan bahawa ini menunjukkan harus melakukan hubungan baik dengan kerabat yang kafir dan membuat apa-apa kebaikan terhadap mereka seumpama memberi hadiah dan lain-lain.
Hubungan kerabat bukan Islam ini dapat kita lihat mengenai kisah Asma' Binti Abu Bakar as Siddiq dengan ibunya yang musyrik (Bukan Islam) yang datang daripada Mekah ke Madinah untuk menemuai Asma'.  Asma' menceritakan perkara ini kepada Rasulullah saw untuk dapatkan fatwa dariada baginda Rasulullah saw.  Apakah wajar beliau membuat baik dan menjalinkan hubungan dengan ibunya itu.  Lalu Rasulullah saw menjelaskan: Ya, hubungilah ibu kamu.
Nama Ibu Asma, ialah Qailah atau Qatailah.  Sayyidina Abu Bakar telah menceraikannya semasa jahiliah yakni sebelum Islam.  Kebanyakan ulama menyatakan ibu Asma' ini tidak Islam.  Asma' adalah saudara sebapa dengan Aisyah.  Beliau lebih tua daripada Aisyah selama 10 tahun.  Semasa hijrah, Asma' turut sama berhijrah ke Madinah manakala ibunya itu masih tinggal dan menetap di Mekah.  Pada suatu hari ibunya datang ke Madinah menemui Asma'.  Oleh kerana ibunya itu belum Islam, maka Asma' telah meminta fatwa daripada Rasulullah saw.  Apakah boleh beliau berhubung dengan ibunya.
Menurut riwayat Ahmad dan al Bazzar, berdasarkan kepada peristiwa Asma' inilah turunya ayat 8 surah Al Mumtahanah:  Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.  (Al Mumtahanah 60/8).
Berdasarkan kisah Asma' ini, al Imam an Nawawi membuat pendirian bahawa hadis tersebut menunjukkan harus menjalin hubungan dengan kerabat yang Musyrik.
KELEBIHAN MENGADAKAN HUBUNGAN SILATURAHIM
1.             Sebagai Tanda Orang Beriman
Orang yang mengadakan hubungan silaturahim, menandakan dia adalah seorang yang beriman kepada Allah swt.
Sesiapa yang benar-benar beriman kepada ajaran Allah swt dan percaya bahawa mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim.
2.             Luas Bidang Pencarian Rezeki dan Panjang Umur
Sesiapa yang suka agar diperluas dan diperbanyakkan rezekinya serta ditangguhkan ajalnya yakni dipanjangkan umurnya, hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim.  (riwayat Anas Bin Malik).
Jika seseorang itu masih ada 3 hari lagi umurnya, lalu dia adakan hubungan silaturahim, dan sekiranya (perbuatannya itu) diberkati (oleh Allah swt), maka jadilah umurnya itu 30 tahun.  Jika umur seseorang itu masih ada lagi 30 tahun, kemudian dia memutuskan hubungan silaturahim, maka (hilang keberkatannya) dan jadilah umurnya 3 hari.
Ajal dan rezeki adalah sesuatu yang telah ditentukan (oleh Allah).  Ajal tidak boleh ditambah atau dikurangkan walaupun sesaat.  Namun, para ulama telah memberi jawapan yang jelas dalam persoalan ini.  Tambahan umur yang dimaksudkan di sini ialah keberkatan umurnya dan juga taufik ke arah ketaatan serta pengimarahan waktunya dengan perkara yang boleh memberi manfaat kepadanya di negeri akhirat. (al Imam an Nawawi).
Tercatat dalam kitab Taurat:  “Sesiapa yang suka (supaya) umur dan rezekinya ditambah, hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim”.  (riwayat al Bazzar dan al Hakim).
Sesiapa yang suka (supaya) dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah dia membuat baik dua ibu bapanya dan melakukan hubungan silaturahim.  (Riwayat Ahmad).
Sesungghunya dengan (sebab) sedekah dan hubungan silaturahim Allah swt menambahkan umur (seseorang) dan menghindarkan (seseorang itu) daripada mati (dalam) kejahatan.  (riwayat Abu Ya'la daripada Anas bin Malik ra.).
3.             Mendapat Martabat Orang Terbaik
Manusia yang paling baik ialah mereka yang paling bertakwa terhadap Tuhan, mereka yang menghubungkan silaraturahim, mereka yang menyuruh (orang lain melakukan) perkara yang makruf dan mereka yang menghalang (orang lain) daripada melakukan perbuatan mungkar.  (riwayat Abu Al sikh ibnu Hiban dan al Baihaki).
4.             Silaturahim Antara Amalan Yang Disukai Allah
Diantara amalan yang paling disukai Allah ialah beriman kepadanya.  Kemudian diikuti oleh amalan menjalinkan hubungan silaturahim.  Ini berdasarkan kepada riwayat Abu Ya'la di mana seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah saw tentang amalan yang paling disukai oleh Allah.  Baginda telah menjawab ringkaks dengan bersabda:  Berimkan keada Allah dan Hubungan silaturahim.
5.             Segera Mendapat Pahala
Wahai sekalian Muslimin.  Bertakwalah kamu kepada Allah dan jalinkanlah hubungan silaturahim sesungguhnya tiada pahala yang lebih segera diperolehi selain daripada hubungan silaratuhim.  (riwayat Jabir ra).
6.             Berada Di Bawah Naungan ‘Arasy Allah Pada Hari Kiamat
Orang-orang yang melakukan hubungan silaturahim, akan mendapat rahmat Allah pada hari kiamat di mana mereka akan berada di bawah naungan bayangan Arasy Allah swt pada hari kiamat.
Terdapat 3 golongan manusia di bawah bayangan Arasy Allah pada hari kiamat iaitu:  Orang yang melakukan hubungan silaturahim, perempuan yang kematian suaminya dan meninggalkan beberapa orang anak yatim lalu dia menjaga mereka sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka atau sehingga mereka itu mati dan seorang lelaki yang menyediakan makanan lalu menjemput anak-anak yatim dan orang-orang miskin memakannya.  (Riwayat Anas Bin Malik ra).
7.             Mendapat Sebuah Mahligai di Syurga
Al Bujairimi ada mencatatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda bahawa baginda telah melihat sebuah mahligai di dalam syurga yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengadakan hubungan silaturahim. Sifat mahligai ini boleh dilihat secara telus sama ada dari luar atau dari dalam.
Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw mengenai amalan yang membawanya memasuki syurga dan menjauhkannya dari-ada api neraka.  “Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu jua pun, kamu dirikan solat, kamu tunaikan zakat dan kamu lakukan silaturahim”.  (Riwayat Abu Ayub Khalid Bin Zaid al Ansari).
Berkaitan dengan kelebihan hubungan silaturahim ini, al Bujairimi telah menyenaraikan 10 kelebihan atau perkara yang terpuji:
1.             Seseorang itu akan mendapat keredaan Allah swt kerana amalan silaratuhaim diperintah olehnya.
2.             Membawa kegembiraan kepada mereka iaitu waris dan kaum kerabat:  “Sesungguhnya amalan yang paling afdal ialah memberikan kegembiraan kepada orang mukmin”.
3.             Mengembirakan para malaikat kerana malaikat suka dengan perbuatan orang yang menjalinkan silaturahim.
4.             Mendapat pujian yang baik daripada orang-orang Islam terhadap orang yang melakukan silaturahim.
5.             Membawa kedukaan kepada Iblis.
6.             Memanjangkan usia atau umur.
7.             Menambah keberkatan dalam rezeki.
8.             Mengembirakan ibubapa dan datuk nenek yang telah mati kerana mereka amat suka dengan hubungan waris dan kaum kerabat.
9.             Menaikkan imej dan maruah diri.
10.         Menambahkan pahala selepas kematiannya kerana orang ramai berdoa untuknya dan setiap  orng menyebut dan memperkatakan tentang kebaikannya.
HUKUM MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Ibn Hajar al Haithami telah memasukkan perbuatan memutuskan hubungan silaturahim ke dalam senarai dosa-dosa besar dengan membawa 4 dalil-dalil al quraan dan lebih daripada 17 dalil dari al hadis.
Qadi Iyad menyatakan bahawa memutuskan hubungan silaturahim adalah satu dosa besar.  Beliau telah merujuk kepada hadis:  tidak memasuki syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim.  (Riwayat Muslim).
Dalam hubungan ini juga, al Imam an Nawawi memberi penjelasan bahawa terdapat 2 andaian atau takwilan di kalangan ulama mengenai maksud hadis (tidak masuk syurga) iaitu:
Andaian Pertama
Tidak memasuki syurga orang yang menghalalkan atau membolehkan perbuatan memutuskan hubungan silaturahin tanpa sebab dan tanpa kesamaran sedangkan dia mengetahui perbuatan sedemikian adalah haram. Orang ini adalah dihukum kafir dan kekal di dalam neraka serta tidak dapat memasuki syurga selama-lamanya.
Andaian Kedua
Orang ini ditangguh daripada memasuki syurga bersama dengan golongan awal yang memasuki syurga.  Sebaliknya, dia diazab dengan penangguhannya itu mengikut kadar yang dikehendaki oleh Allah swt.
HAD KEKELUARGAAN
YANG WAJIB DIHUBUNGI
Dalam Hubungan ini, Al Qadi Iyad menyatakan bahawa para ulama tidak sependapat dalam menentukan had kekeluargaan yang wajib dilakukan hubungan silaturahim.  Terdapat2 sudut pandangan utama dalam perkara ini.
Pandangan pertama
Had kekeluargaan yang wajib dihubungi adalah meliputi semua keluarga mahram.  Hubungan silaturahim terhadap mereka ini semua wajib dilakukan.
Pandangan Kedua
Pada penilaian dan pemerhatian al Iman an Nawawi, pandangan yang kedua ini adalah tepat
CARA MELAKUKAN HUBUNGAN SILATURAHIM
Sesungguhnya terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menjalinkan hubungan silaturahim.  Cara yang dimaksudkan itu antara lain ada disebutkan oleh Syeikh al Bujairimi sebagaimana berikut:
1.             Ziarah menziarahi serta memberi hadiah.
2.             Jika tidak mampu memberi hadiah, lakukan ziarah sahaja.
3.             Membantu melakukan kerja-kerja mereka, bila diperlukan.
4.             Mengutuskan surat jika tinggal berjauhan.  Jika ada kemampuan atau kemudahan untuk menemui mereka, adalah lebih afdal pergi sendiri menemuji mereka (seperti ada kemudahan kenderaan atau kemampuan membayar tambang pengangkutan).
5.             Bercakap atau bergegur sapa, apabila berjumpa sekalipun dengan ucapan salam.  Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw:  Hubungilah kaum kerabat kamu sekalipun dengan ucapan salam
AKIBAT DAN IMPLIKASI
MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Orang yang kekutuskan hgubungan silaturahimj akan menerima akibat dan pembalasan daripada Allah saw.  Kerana itulah Rasaulullah saw sangat melarang orang Islam tidak beretregur saap0a sesaama Muslim melebihi 3 hari;.  Sekiranya perkara ini berlaku melebihi8 3 hari, seseorang itu hendaklah menghubnunginya sewmula dengan ucap0an saalam sebagaia tganda berbai8kj seula.  Sabda Rasulullah saw:  Tidak halalk seorang mukmi8n memulau seorang mukmin yang lain mmelebihi 3 hari;.  Sekiranya (pemulauan tersebut) melebihi 3 hari, maka hendaklah dia pergi menemuinya dan memberi salam (tanda perdamaian) ... (Riwayat Abu Daud)  Pg23.
Di bawah ini disenaraikan beberapa ajkibat yang akan dirterima oleh seseorang yang memutuskan hubungan silaturahim.
1.             Amalan tidak diterimam oleh Allah
Semua amalan manusia akan dibentangkan kepada Allah swt pada setiap hari Khamis malam Jumaat.  Namun demikian, amalan orang yang memutuskan hubungan silaturahim tidak diterima oleh Allah swt.  Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah saw sebagaimana berikut:
Sesungguhnya amalan seseorang anak adam dibentgang pada setiap hari Khakmis dan pada maloam Jumaat.l  Allah tidak menerima amalan orangyuang memutuskan silaturahim. (Riwayat Ahmad).
2.             Tidak Masuk Syurga
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan bahawa poemutus hubungan silaturahim tidak akan masuk syurga.
Antara hadis yang dimaksudkan ialah sebagaimana berikut:
               i.                    Sabda Rasululallah saw:  Tidak masuk syurga orang yang memutus hubungan silaturahim.  (Riwayat Muslim).
             ii.                   Rasulullah saw bersabda;  Terdapat 3 jenis manusia tidak akan dimasukkan ke syurga.  Penagih arak, pemutus hubnungan silaturahim dan orang yang membenarkan/mempercayai ilmu sihir.  (Riwayat Ibn Hibban).
3.             Tidak Dapat Mencium Bau Syurga
Jabir ra menceritakan bahawa beliau dan para sahabat berada dalam satu perhimpunan, maka datang Rasulullah saw lalu baginda bersabdad:  Wahai sekalian Muslimin, bertakwalah kamu kepada Allah, eratkan hubungan rahim (dengan saudara mara) sesungguhnya tiada pahala yang lebih segera diperolehi selain daripada mengadakan hubungan silaturahim.  Awaslah kamu tentang penderhakaan, sesungguhnya tiada seksaan yang lebih cepat diterima selain daripada seksaan orang yang derhaka (menentang pemerintah), awaslah kamu tentang derhaka kepada ibu bapa, sesungguhnya bau syurga itu di-perolehi dari jarak 1000 tahun perjalanan.  Demi Allah, bau syurga ini tidak diperolehi oleh penderhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim, lelaki tua yang berzina dan jiran yang bermegah (menunjuk-nunjuk) pakaiannya, sesungguhnya kemegahan hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.  (Riwayat At Tabrani).
4.             Allah Tidak Menurunkan Rahmat
Allah swt tidak akan menurunkan rahmat kepada kaum yang terdapat di dalamnya orang-orang yang memutuskan hubungan silaturahim.  Perkara ini telah dijelaskan dalam hadis berikut:  Sesungguhnya rahmat itu tidak (diturunkan oleh Allah swt) kepada kaum yang terdapat bersama mereka orang-orang yang memutuskan hubungan silaturahim.  (Riwayat Al Asbahani).
Dalam kaitan ini, diceritakan bahawa ada seorang pemuda telah berbalah dengan emak saudaranya sudah bertahun-tahun lamanya.  Pemuda ini telah berbaik semula dengan emak saudaranya itu setelah mendengar Rasulullah bersabda demikiannya.
5.             Dibenci oleh Allah
Orang yang memutuskan hubungan silaturahim adalah dibenci oleh Allah swt.  Abu Ya’la meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw:  Wahai Rasulullah saw, apakah amalan yang peling dibenci Allah?  Jawab baginda:  Syirik terhadap Allah.  Wahai Raslullah, selepas itu apa lagi?  Rasulullah menjawab:  Ialah putus hubungan silaturahim.
Harus diingat di sini bahawa syaitan memainkan peranan penting bagi memecah-belahkan umat Islam seluruh dunia.  Sekarang ini umat Islam tidak memandang tipu daya syaitan.  Hanya yang mereka Nampak pihaknya saja yang betul dan pihak lain salah.
Kebelakangan ini wujud manusia yang mementingkan dan mengutamakan diri sendiri yang menyebabkan berlakunya kerenggan dan pudarnya hubungan sesama insan.



0 ulasan: