Selasa, 23 Ogos 2016

Memahami Tasauf

بِسۡمِ للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ
Dengan terrbitnya nor Islam, setiap makhluk di dunia ini serta isinya telah dianugerahkan dengan kebahagiaan, keselamatan serta kedamain.  Hal ini bersesuaian dengan kehendak Allah Taala dengan mengutuskan RasulAllah Nabi Muhammad saw sebagai rahmatan lil ‘alamin.
Allah taala memerintahkan manusia supaya memakmaurkan dunia ini, malah manusia dianugerahkan kebebasan untuk menggali segala kurniaan Tuhan selagi ianya berlandaskan persyaratan tidak menyalahi kententuan yang telah digariskan Allah taala serta memelihara kesucilaan, kehormatan serta memartabatkan peradaban manusia itu sendiri.
Dalam usaha memakmurkan dunia yang diwarnai dengan pelbagai ragam ini, sering kali ianya membawa manusia lupa akan nilai-nilai kemuliaan dan kehormatan yang telah dimahkotakan ke atas diri manusia itu sendiri.
Dengan keupayaan akal yang telah diberikan Allah taala, manusia telah dapat menghasilkan dan menikmati kenikmatan, baik di atas permukaan bumi ini mahupun yang tersirat di dalam isi perutnya.
Permukaan bumi yang bermula dari dasar lautan dalam hingga menerusi lautan samudera dan ia terus ke dataran yang berhampiran dan akan naik ke angkasa lepas dan langit yang mencakup cakrawalanya terus dijelajah dan diterokai manusia.
Hasil dari penerokaan yang natijahnya akan memberikan kepuasan akal dan nafsu kepada manusia.
Penggunaan sains dan teknologi, telah membawa kesenangan, kebahagiaan, kemewahan, kewenangan, kemaharajelelaan, kekuasaan, ketenangan, kekuatan, kesihatan dan dapat pula mengubati bermacam sakit dan derita di dalam diri manusia itu sendiri.
Manusia dapat hidup berharmoni, beranak-pinak serta mengekalkan generasi bersinambungan, mengumpul harta bertimbun-timbun dan menjadikan dunia ini sebagai syurga idaman.
Kemajuan yang diraih oleh manusia hasil dari pengetahuan sains dan teknologi, berkemungkinan besar menjadikan manusia bersifat rakus, hasad dan dengki, cemburu dan diri hati.  Ada yang menguasai ke atas yang lemah, serta menindas yang daif.
Manusialah yang membuat manusia lain itu menjadi yatim, janda dan duda.  Manusialah yang mengakibatkan kanak-kanak kekhilangan ibu bapa, sehinggalah keluarga yang dibina dengan mawaddah dan rahmah itu hancur dan luput dari sinaran belaian kasih sayang.
Manusia sudah tidak merasakan kententeraman lagi, menjadi bingung sehinggakan kadang-kala, mereka tidak tahu kemanakah haluan yang mahu dituju.
Rasa hormat-menghormati sesama manusia kian menghilang, anak-anak sudah tidak lagi meghargai jerih payah ibu bapa yang membesarkan mereka, suami isteri berada didalam keadaan curiga-mencurigai, masyarakat pula terjebak dengan gejala sosial yang membinasakan.
Dari kehidupan dunia yang dikatakan bahagia, aman dan selamat itu akan berubah wajah menjadi huru-hara jika keluarga tidak diurus dengan baik.
Keganasan menimbulkan ketakutan hingga apa yang dimiliki daripada harta dan kedudukan tidak lagi mampu untuk membeli kententeraman jiwa dan perasaan.
Walaupun hukum Tuhan tetap diamalkan serta undang-undang manusia ditaati, masih wujud suatu kekosongan di dalam diri manusia baik ketika dia berhubungan dengan Tuhan maupun ketika dia berhubungan sesama manusia dan dengan alam itu sendiri.
Kemajuan yang dicapai oleh manusia boleh dikatakan banyak tertumpu kepada kemajuan zahiriyah dan fizikal, sedangkan kemajuan itu hanyalah sesuatu yang dapat dilihat oleh pandangan mata.  Ia hanya hiasan luaran yang menakjubkan, tetapi batin manusia iaitu jiwanya, hatinya serta perasaannya menjadi kosong yang tidak terisi kemuliaan dan kedamaian.
Perhiasan zahir membuatkan manusia takut.  Adakah urusan perniagaan, pembangunan ummah dan dunia ini sendiri diliputi oleh kemunafikan?
Adakah manusia benar-benar melakukan segala bentuk urusan semata-mata untuk membantu memakmurkan dunia ini ataupun ada sesuatu di sebalkinya untuk mencari atau menginginkan keuntungan diri sendiri dengan menindas orang lain?
Apa sahaja pencapaian yang dikaitkan, baik dari kemajuan peradaban serta kemakmuran dunia ini perlulah disertakan kebaikan dan kemuliaan, jasmani maupun rohani, zahir maupun batin, ruh maupun jasad, badan maupun hati.
Mukjizat telah dikhatamkan oleh para Nabi dan Rasul.  Begitu juga karamah tidak datang bergolek ke riba seseorang insan begitu sahaja, usaha dan ikhtiar harus dilakukan berterusan untuk mendapatkannya.
Pelajaran dan pendidikanlah yag memertabatkan insan itu ke darjat yang paling tinggi kerana si insan tidak dilahirkan dalam keadaan serba tahu dan arif.
Ilmu tidak dapat dicurahkan ke dalam diri seseorang walaupun warisan insan itu berasal dari keturunan ulamak dan cendekiawan, sebagaimana yang difahami bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang insan itu melainkan dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah dirinya.  Dengan itu kemantapan rohani dan jasmani itu juga perlu dituntu dan diusahakan dengan belajar dan baramal.
Ilmu Tasawuf memberikan jawapan dalam pengamalan manusia itu sendiri, didalam menghadapi satu revolusi mental dan krisis pemikiran yang perlu diubati seandainya ia berlaku dalam diri manusia itu sendiri.
Janganlah kita abaikan bila hati, jiwa serta akal kita itu dihingapi penyakit yang akan merosakkan dan menghakis kemuliaan dan ketenteraman jiwa.  Kemajuan hakiki adalah menjaga jasad dan ruh, dunia mahupun akhirat.
Ilmu yang baik mempunyai disiplin ilmu yang baik.  Mempunyai senarai ta’arif demi membawa penjelasan yang bening lagi sempurna.
Tasawuf diambil dari kata dasar ‘suf’ atau bulu biri-biri yang menjadi pakaian perintis ahli tasawuf.
Untuk mendapat pengertian perincian definasi yang baik kita hendaklah lihat juga daripada ulama muktabar.
Tasawuf itu adalah memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk. (Abu Muhammad al Jurairi).
Tasawuf ialah meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu cela/jahat dan melayani saja sifat Mahmudiah (sifat terpuji). (Abu Hassan al Nuri).
Tasawuf itu melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum rubbubiyah (sifat ketuhanan). (As Syudzili).
Seorang pengamal tasawuf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri derngan Alllah taala dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia. (At Tusturi).
Bidayah bermaksud permulaan petunjuk ke jalan Allah taala iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa yang merasa rindu kepada Allah taala.  Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenaan dengan Allah taala.
Seorang pemimpin yang benar-benar mengamalkan taswuf, walaupun pada peringkat/marhalah bidayah, akan sentiasa memastikan kuasanya tidak menjadi suatu penindasan ke atas orang bawahan.
Matlamat bidayah ialah menyempurnakan jiwa hingga terserlah kepuasan rohani dalam hubungan dengan Allah taala (HablumminAllah) dan hubungan dengan manusia (Hablumminnas).
Setiap manusia diamanahkan oleh Allah taala untuk berjuang di jalannya.  Inilah maksud jihad dan proses berjuang tadi dipanggil mujahadah.
Sebenarnya berjuang bukan bererti berperang sahaja.  Melaksanakan amar ma’aruf nahi munkar sudah merupakah perjuangan.  Mengekang hawa nafsu terutama dalam bulan ramdan merupakan perjuangan.
Apa juga amalan membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat.  Tanpa syariat, tasawuf tidak bermakna.
Orang yang baik perilakunya atau jiwanya suka menderma dan sebagainya tapi ia enggan bersolat, berzakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka ia bukianlah lengkap sebagai seorang muslim.
Ada juga orang yang mengaku pengamal tasawuf atau ahli sufi tapi menyatakan tidak perlu solat, zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan oleh syariat.  Orang sebegini merbahaya kerana ia boleh sesat dan boleh menyesatkan.
Mencapai ma’ripatun nafs iaitu kenal diri atau jiwa.  Aspek ini perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah Taala.  Kita harus kenal kekurangan dan kelebihan diri kita, tahu batas sosila diri sendiri.  Sesungguhnya ramai orang yang kenal orang lain kerana sikap ilmu dan ramah mesra, tetapi tidak mengenali dirinya sendiri.
Tasfiah/Tazkirah iaitu aspek penyucian hati daripada sifat-sifat tercela atau mazmudah, sifat takabur, marah, hasad dan zalim dibersihkan.
Tahalli iaitu mengalung atau menyerikan diri dengan sifat mulia atau mahmumah seperti amanah, ikhlas, jujur, berilmu dalam diri.
Tarraqi bermakna naik kedudukan atau makam sehinggakan hati sufi tadi sibuk dengan keperluan terhadap Allah taala walaupun hidup seperti manusia biasa.  Ia redha/pasrah kepada takdir Allah selepas berikhtiar.
Jelasllah matlamat tasawuf menurut ulama sufi yang muktabar adalah mendapatkan keredhaannya dengan membina adab dalam jiwa dan zahir.
Asal-usul tasawuf sering diperkatakan dalam rangka luas.  Namun pokok perbincangan hendaklah menjurus kepada unsur membina atau posifif.
Suufah ialah gelaran terhadap Al Ghut bin Munir. yang sering beribadat di Masjid Haram.  Beliau muncuk sebelum kedatangan Islam dan dipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as.  Orangnya pendiam dan lebih cenderung buat halnya sendiri.
Suf ialah bulu biri-biri yang dijadikan pakaian para nabi dan orang warak, telah diceritakan oleh Ibn Taimiyah dalam bukunya Tasawuf.  Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah, serta pakcik Nabi Muhamad Saw.
Kebanyakan pakaian sahabat dan pengikut sahabat (tabi’ien) ialah dari bulu biri-biri (Hassan al Basri – Ahli tasawuf perintis).
Jelaslah suf adalah pakaian tawaduk atau merendahkan diri.  Ia kasar tetapi cukup sesuai untuk keperluan musim sejuk dan perlindungan daripada hempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabi adalah penggembala, maka secara logik pakaian mereka adalah dari bulu biri-biri.
Ahlus-suufah ialah gelaran bagi para sahabat seperti Abu Hurairah dan Salman al Farisi yang mendiami serambi Masjid Nabawi.  Hidup mereka miskin dan kebanyakan mereka bujang.  Mereka gigih beribadat.
Saf bererti baris dalam solat jemaah.  Lazimnya orang suka beribadah itu cuba mendapatkan tempat di barisan hadapan jemaah.
Sufiah (suffistiyah) diambil dari perkataan Yunani “Sophist” yang merujuk kepada golongan manusia yang cuba mencari kebenaran bermula dengan ajaran socrates sehinggalah Aristotle.  Pemikir besar Islam Al Baruni yang juga seorang sajarawan, telah memberikan kaitan ini walaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yang berpendapat tasawuf tidak meminjam mana-mana amalan, kecuali daripada Islam sendiri.
Safa’ bermakna kebersihan, ini juga dikaitakan dengan salah satu usaha permurnian sufi yang dipanggil tasfiyah.
Mana satukah istilah sebenar tasawuf masih lagi misteri.  Segala difinasi tasawuf hendaklah memberikan gambaran membina atau membawa kebaikan dan bukan meremeh atau menghina tasawuf.
Tasawuf bermula sejak RasulAllah Saw menyebarkan Islam.  Seri pekerti Nabi Saw itu merupakan matlamat tasawuf.  Membersih rohani, sentiasa memikirkan urusan kemanusiaan yang direddhai Allah, sentiasa mendekati Allah secara bersendiri-sendirian atau khalwat. 
Konsep khalwat merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam menjernihkan fikiran dan rohani.
Nabi Saw. Mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira sehingga mendapat wahyu.  Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama yang dapat pergi ke gunung atau hutan.
Solat juga merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpu kepada Allah dan kita mengasingkan dunia.
Puasa juga merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita mengasingkan dunia daripada makan, minum, seks dan apa juga tuntutan nafsu.
Puasa terbahagi kepada 3.  (1)  Awam – Sekadar menahan lapar dan dahaga. (2)  Khawaz – Menahan nafsu sambil beribadat dan (3)  Khawazzul Khawaz – Puasa seluruhnya dengan menahan pacaindera dan hati daripada godaan nafsu, beribadat dan meningkatkan penghayatan Islam.
Haji merupakan khawat terbesar kerana apabila berada dalam ihram, kita tunduk zahir dan batin atas segala syarat yang dikenakan Allah Taala ketika wukuf (Berihram dan berada di Arafah), haji itu adalah lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan agong di padang Mahsyar.
Nabi saw telah mengajar agar kita membersihkan diri daripada sifat syaitan dan haiwan.  Daripada syaitan timbul sifat takabur sehingga membawa hasad dan kezaliman.  Daripada sifat binatang timbul sifat kebinatangan nafsu yang buas.
Proses pembersihan diri itu terpapar dalam solat yang di dalamnya terkandung rukun sujud saat seseorang pasrah sepasrahnya kepada Ilahi.
Dalam tasawuf, kehebatan dunia tidak bererti kecuali untuk membela kemanusiaan agar menjadi hidup lebih mulia.  Inilah yang dilakukan oleh RasulAllah yang dikelilingi oleh orang  kaya dan malah telah ditawarkan oleh Allah saw emas sebesar gunjung Uhud.
Ahli tasawuf selalu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah Taala.  Tidak dilalaikan oleh urusan perniagaan, perdagangan.  Mereka melakukan solat, membayar zakat.  Mereka juga takut kepada hari kiamat.
Dengan amalan tasawuf, maka terpupuklah manusia menjadi para wali yakni orang yang amat menjaga agama.
Wali tidak semestinya ada keramat yang kita dapat rasakan.  Orang soleh biasa boleh bertaraf wali jika Allah Taala memperkenankannya.
Memang sukar mengenepikan perasaan yang kuat mencengkam fikiran.  Kehilangan orang tersayang seramai lebih 200 orang dan Kapal Terbang MAS MH370.  Kita mesti ambil iktibar bahawa semua nabi akan mati, begitu juga dengan orang awam.
Dalam zaman RasululAllah, tidak timbul pembahagian ilmu seperti tauhid, fiqh dan tasawuf.  Perkembangan Islam begitu pesat sehingga timbul pelbagai cabang ilmu melalui sistem sekolah atau madrasah.
Terdapat 5  jenis madrasah:-
1.      Muhasabiah.  Pengetuanya dipanggil muhasibi yang banyak mengajar pelbagai aspek redha.
2.      Khusairiyah yang dirintis oleh syeikh Salleh Hamdun yang terasnya ialah membasmi kemungkaran atau sifat mazmumah.
3.      Taifuriyah dirintis oleh Abu Yazid Al Bustami yang menegaskan konsep mabuk dalam cinta kepada Allah.
4.      Junaidiyah dipelopori oleh Abul Qassim Al Junaidi Al Baghdadi yang menyegarkan konsep kesedaran.
5.      Sahliyah dikemukakan oleh Sahal Bin Abdullah At Tsuri yang menitikberatkan riadah dan mujahadah.
Jelaslah Tasawuf telah mendahului pengajian tauhid dan fiqh.  Tidak hairanlah para imam 4 mazhab juga merupakan ahli tasawuf.  Lama kelamaan pengajian tasawuf mewujudkan gaya pendekatan yang dikaitkan oleh guru atau syeikhnya.  Inilah yang dipanggil tariqah (Tariq bererti jalan)
Tasawuf boleh dipelajari tanpa tarikat, tetapi tarikat tidak dapat dipelajari tanpa tasauf.  Tarikat memerluak 4 teras:
i)                   Guru atau syeikh/mursyid.
ii)                 Zikir (riadah) mujahadah.
iii)               Murid.
iv)               Silsilah atau urutan guru utama demi memastikan ia tidak melencong atau sesat.
Dari zikir yang disusun menjadi wiridan, dibaie atau ratib sehinggalah hizib.  Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatan atau kaifiah.  Semuanya berteraskan ayat-ayat Quraan dan Hadis (amalan dan doa Nabi saw).
Para ulama berbeza pendapat tentang mulanya muncul definasi tasawuf.  Abu Nashr As Sarraj berkata:  “Sesungguhnya asal mula tumbuhnya tasawuf adalah pada zaman sebelum Islam”
“Munculnya adalah pada abad ke 2, setelah manusia berlumba-lumba mengejar dunia dan menyibukkan diri di dalamnya, maka mereka yang tetap tekun beribadah seperti sediakala disebut asy syuufiyyah” (Definasi Tasawuf Ibnu Khaldun).
Timbulnya tasawuf adalah sebelum tahun 200 Hijriyyah, ertinya pada akhir abad ke 2 Hijriyyah. (Ibnul Jauzi).
Timbulnya tasawuf adalah pada awal abad ke 2, dan tidak dikenali secara meluas kecuali setelah abad ke 3 Hijriyyah.  “Tasawuf untuk pertama kalinya muncul di Bashrah.  Sedangkan orang pertama yang membentuk rangkaian sufi adalah Abdul Wahid Bin Yazid dari sahabat Al Hasan di Basrah.  Namun sikap berlebihan dalam zuhud, ibadah, rasa takut dan semacamnya itu tidak berlaku di seluruh daerah.  Pada masa itu hanya dikenali dengan:  Ahli Fiqeh dari Kuffah dan Ahli Ibadah dari Basra (Ibnu Taimiyah).
Sebagaimana disebut oleh Ibnu Taimiyah bahawa pembahasan tentang tasawuf diambil, dari Al Hasan al Basri yang wafat pada tahun 110 Hijriyyah dan dari Sufyan Ats Tsauri yang wafat pada tahun 161 Hijriyyah.
Pada permulan gerakan, sufi diungkapkan dengan sikap zuhud terhadap dunia, sibuk dengan ibadah dan mujahadah terhadap nafsu dan membimbingnya dengan akhlak yang mulia.  Maka mereka adalah golongan yang bersungguh-sungguh dalam ketaatan kepada Allah.  Ibnu Taimiyah telah menjelaskan pandangannya tentang keutamaaan golongan sufi dengan lebih lanjut:  “Yang benar adalah bahawa mereka merupakan golongan yang bersungguh-sungguh dalam ketaatan keada Allah sebagaimana ijtihad mentaati Allah oleh orang-orang lain.  Ada yang tergolong secara pertengahan dan ada pula yang sebaliknya.  Dan tiap-tiap satu golongan itu, kadangkala berijtihad tetapi keliru.  Dan ada pula yang berdosa, langsung bertaubat dan ada pula yang tidak.  Dan sudah tentu menyandar kepada yang salah itu, sekaligus menzalimkan dirinya dan melakukan maksiat kepada Allah.
Tasawuf itu ialah mengikuti perilaku kehidupan Rasulullah saw.  Baginda Rasulullah saw mengarahkan diri kepada Allah dengan melihat, merenungkan, menyepi, berlatih, bermujahadah dalam perkataan mahupun perbuatan sehingga ruhnya bersih, perasaan melunak, cermin kalbunya bersinar cemerlang dan bersedia untuk menerima Nur dari Allah.  Maka beliau menjadi orang yang jujur laksana pancaran subuh, sehingga muncullah  cahaya hakikat yang menerangi lubuk hatinya dengan kebenaran dan keyakinan.
Nabi Muhammad saw menghabiskan siang dan malamnya seorang diri, jauh dari kesibukan umum dengan menyendiri di dalam gua Hira’ sebelum turunya wahyu itu.  Begitu menerima bi’tsah (perutusan kenabian), maka syariat pun turun berturut-turut ke atas dirinya, sesuai dengan keadaan yang dihadapinya.  Beliau juga tidak pernah ada sifat keangkuhan walaupun beliau yang terpilih untuk mengembangkan risalah dari Allah.
Sahabat-sahabatnya turut mengikutinya.  Mereka tidak menghafalkan ayat-ayat Al Quraan kecuali setelah mengamalkannya, dan tidak menghafalkan yang lain kecuali sesudah melaksanakan secara nyata apa yang mereka hafalkan terlebih dahulu.
Kezuhudan dan kesucian telah termasyhur dengan banyak sekali dari kalangan sahabat sepanjang kehidupan Rasulullah saw dan setelah wafatnya.  Telah turun banyak ayat-ayat yang penuh mengandungi makna tasawuf, walaupun tidak menamakannya demikian.
Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaannya. (Al Kahfi 18/28).
Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, mendirikan solat dan membayarkan zakat.  Mereka takut kepada suatu hari yang dihari itu hati dan pengllihatan menjadi goncang.  (An Nuur 24/37).
Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan kerana kamu tetap mempelajarinya. (Ali ‘Imran 3/79).
Ingatlah sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati; (Yunus 10/62).
Telah diriwayatkan oleh Aisyah ra dari Nabi Saw:  Nabi saw selalu melakukan solat malam hingga bengkak kakinya.  Maka aku berkata kepadanya,  “Mengapa anda melakukan hal itu wahai Rasulullah, sedangkan Allah telah memberi ampunan atas dosa-dosa anda yang dahulu mahupun yang akan datang?”  Beliau menjawab “Tidakkah sebaiknya aku menjadi hamba yang suka bersyukur?” (HR Asy Syaikhani, An Nasa-i, At Tirmidzi).
Kelihatan bahawa muslimin itu berjenjang tingkatan akhlak, ibadah dan akidahnya.  Ada muslim yang biasa, ada yang sederhana dan ada yang melebihi keduanya.
Lalu di antara mereka ada yang menganiaya dirinya sendiri dan diantara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan. (Fathir 35/32)
Sedangkan tasawuf Islamyang hakiki adalah Islam teladan dan mutashawwif merupakan muslim teladan.
Adalah orang-orang Islam pada zaman Nabi mereka hidup mulia dalam jalinan persahabatan dengan Rasulullah saw.  Para pengikut-pengikut ini merupakan orang-orang yang zuhud,  mulia, gemar bermujahadah dan fana dalam mencintai Allah dan Rasulnya.  Mereka mendapat kehormatan dengan kesempatan untuk bersahabat dengan beliau dan mendapat kemuliaan tertinggi dari yang dapat diungkapkan.
Kaum muslimin selepas wafanya Rasulullah saw tidak diberikan sesuatu gelaran kepada seseorang yang dimuliakan.  Hanya mereka itu adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw.  Oleh kerana itu, mereka dikenali sebagai sahabat.  Dalam pada masa yang sama, mereka dari generasi selanjutnya yang bersahabat dengan para sahabat disebut tabi’in, iaitu merupakan sebutan yang paling terhormat.  Mereka yang selanjutnya pula dinamakan dengan tabi’it tabi.in (Pengikut para tabi’in).
Muncul perbezaan pendapat tentang tingkatan martabat di antara muslimin. 
Selanjuutnya, mereka yang mengkhususkan diri dan memiliki perhatian besar terhadap perintah-perintah agama disebut zuhhad dan ubbad.  Namun, selepas itu, timbullah bid’ah di atara berbagai kelompok muslimin, kerana masing-masing mendakwa bahawa diantara mereka terdapat golongan itu tadi.  Akhirnya, para ahlus sunnah menyingkir dan menyerahkan diri mereka kepada Allah serta menjaga hati mereka dari berlakunya sesuatu yang sia-sia. 
Kelompok ini menyatukan diri dengan nama tasawuf dan nama ini telah terkenal sebagai tokoh-tokoh Islam yang termasyhur sebelum tahun 200 Hijriyah.  Sesungguhnya para sahabat termasuk golongin sufi, walaupun mereka tidak menggunakan nama itu.
Jika ada yang berpendapat bahawa tasawuf adalah sebutan yang diadakan oleh orang-orang Baghdad pada abad ke dua Hijriyyah dan sebelumnya, sebutan itu tidak dikenali, maka jawapan kepada pendapat ini adalah seberti berikut;
Abu Nashr As Sarraj At Thusi berkata, “Orang yang pertama kali menyebut as shuufiyah adalah Al Hasan Al Bashri dan Al Hasan pernah menjumpai sekolompok sahabat Rasulullah saw.  Diriwayatkan bahawa beliau berkata, “Aku melihat seorang sufi melakukan tawaf.  Aku memberinya sesuatu, tetapi dia tidak mahu mengambilnya dan berkata, “Aku masih mempunyai emat daniq dan itu cukup bagiku”.
Diriwayatkan dari Sufyan Ats Tsari, katanya, “Seandainya tidak karena Abu Hasyim As Sufi, tidaklah aku mengetahui tentang sedalam-dalamnya makna riya.  Beliau telah megatakan terdapat di dalam kitab yang melaporkan berita-berita berkenaan Makkah, tentang Muhammad Bin Ishaq Bin Yasar dan lain-lainya, yang mengatakan bahawa pada masa sebelum Islam, kota Makkah pernah kosong sehingga tidak seorang pun yang melakukan tawaf ke Baitullah.  Kemudian datanglah seorang sufi dari kota yang jauh, malakukan tawaf di Baitullah dan menyucikan dirinya.
Dan sekiranya berita itu benar, ia menunjukkan bahawa sebelum Islam, nama Sufi itu telah diketahui dan disandarkan kepada orang-orang yang gemar melakukan kebaikan dan keislahan.
Pengalaman tasawuf bukanlah hal yang baru di dalam Islam, bahkan ia merupakan Islam yang hakiki, yang timbul dan berkembang seiring dengan kemunculan Islam itu sendiri, walaupun tidak dikenali dengan sebutan ini pada abad kedua Hijriyyah.  Sedangkan perilaku, perasaan dan keadaan jiwa muncul dalam tahap terakhir pada masa penerapan ilmu-ilmu seperti fiqeh, tauhid, tafsir dan lain-lain.
Dan sekiranya nama tasawuf ini tidak disenangi oleh sebahagian mereka, maka namakanlah dengan apa sahaja nama yang disukai, yang penting, fahaman dan pengamalan ini adalah dari Islam dan tetap diambil dari golongan ini.
Istilah atau nama ilmu tidak pernah menjadi persoalan pada zaman Nabi Muhammad saw mahupun Khulafa’ur Rasyidin.  Namun dalam waktu 23 tahun kenabian, baginda saw telah membentang keseluruhan teras ilmu yang merupakan suatu segmen utama dari rangkuman Ar Risalah.
Pelbagai istilah ilmu mula timbul, setelah segala teras ilmu yang diajar Rasulullah saw dan para sahabat berkembang luas.  Selepas puluhan tahun mengalami evolusi yang agak teruja, barulah timbul pembahagian ilmu mengikut susunan yang kita kenal hari ini.  Tujuan asal penyusunan kategori dan istilah ilmu itu sebenarnya adalah untuk memenuhi keperluan umat Islam yang semakin ramai jumlahnya dan memudahcarakan proses pembelajaran mereka.  Usaha cendikiawan Islam ke arah pembinaan klasifikasi ilmu itu lebih didasari oleh keperluan dakwah dan kesesuain permintaan zaman.  Dari gembelingan tenaga dan daya para alim kita itu tercetuslah pelbagai bidang ilmu yang antaranya dinamakan Tauhid, Fiqh dan Tasawuf, Tafsir, Hadis, Falak, Nahu, Mantiq, Adab, Iqtisad, Qawid Fiqhiyyah, Zira’li dan lain-lain.
Sebagai manusia Islam kita mungkin begitu akrab dengan bidan ilmu Tauhid dan
Fikh.  Ini berpunca dari pendedahan dan penekanan dasar dalam usaha membentuk keperibadian Muslimin.  Pengolahan dan perbahasan ilmu-ilmu tersebut oleh para alim terkemuka seperti Imam Malik, Imam syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali pula memang telah terkenal dan meluas.  Jasa dan keberkahan mereka telah dan akan terus membatu umat Islam mencari dan mencetak keperibadian Muslim yang berwibawa.  Keperibadian seseorang Muslim sebenarnya terletak pada keteguhan iman dan ketinggian ilmu yang dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah swt.
Wahai orang-orang yang beriman!  Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu untuk orang lain, maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan serba serbi untuk kamu.  Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di atara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu beberapa darjat.  Dan ingatlah, Allah Maha Mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. (Al Mujaadalah 58/11).
Dari sudut keutamaan dan pendedahan mungkin kita mendapat suatu pendekatan yang diuselimuti suasana kurang kesungguhan dalam mempelajari ilmu Tasawuf.  Ia ada kaitan rapat dengan sejarah perkembangan ilmu dalam dunia Islam yang diselangi berbagai cita rasa dan pengaruh kepimpinan dan pilihan mereka sendiri.
Nabi Muhammad saw berperanan penting dalam pelbagai bidang kehidupan umat Islam.  Selain tugas kerasulannya, Baginda saw juga seorang pemimpin negara dan reformer sosial.  Antara yang paling menonjol, Baginda saw adalah seorang sufi atau pengamal Tasawuf.  Amalan Baginda saw sebagai ahli sufi sebenarnya telah disampaikan kepada para sahabatnya (bererti Muslim yang ditemui Nabi saw atau melihat baginda).  Sejarah telah banyak merakam kehidupan zuhud para sahabat ra yang penuh hikmah dan manifestasi cinta mereka kepada Allah swt yang sukar ditandingi.
Amalan sufi Baginda itu terpapar pada akhalknya yang tinggi atau Al Akhlaqul Karimah separti zuhud.  Pengiktirafan Allah swt tentang ketinggian akhlak Nabi saw jelas terpapar pada  al Qalam 68/4:  Dan sesungguhnya kamu wahai Muhammad mempunyai budi pekerti yang teragung.
Allah swt memuji Nabi saw kerana memiliki akhlak mulia dan menyeru manusia menurut jejak langkah Baginda.  Rasulullah saw sendiri sentiasa berpeluang memiliki kekayaan tatapi baginda memilih suatu kehidupan yang didasari kemurahan hati dan sifat penyayang terhadap fakir miskin.  Sifat mulia ini yang dimiliki oleh Nabi saw harus dijadikan contoh.
Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus.  Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.  (sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah)  dan tiadalah kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa yang pula berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya).  Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat ) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah.  Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.  Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatnya kepada orang-orang (yang beriman). (Al Baqrah 2/143.).
Kebanyakan para sahabat juga mengnamalkan zuhud iaitu hidup dalam keadaan serba sederhana dan membelanjakan harta untuk anak yatim, orang miskin dan sebagainya demi kebajikan ummah. Istilah zuhud ini tidak seharusnya disalahertikan sebagai pengenepian atau tidak berperanan dalam soal keduniaan.  Islam tidak sekali-kali melarang Muslim mencari kekayaan.  Malahan ia meruakan suruhanAllah swt.
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang  telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahla dan kebahagiaan dari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (kepaerluan dan bekalanmu) dari dunia  dan berbuat baikilah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nimatnya yang melimpah-limpah)  dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;  sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (Al Qasas 28/77).
Para shabat seperti saidinah Abu Bakar Ash Shiddiq, Saidinah Usman bin Affan dan Saidinah Abdul Rahman bin Auf merupakan niagawan yang berjaya dan kaya.  Begitu pula Saidatinah Siti Khadijah isteri Rasulullah saw.  Apa yang dituntut adalah memperlakukan harta itu untuk kemashlahatan peribadi, keluarga dan ummah sehingga membantu tercapainya keadilan sosial.
Sayang sekali hari ini hidup dikelilingi oleh semangat kebendaan.  Malahan yang lebih menyedihkan, ramai juga mereka yang mengutamakan kebendaan sedangkan mereka dalam keadaan lemah atau tanpa kemampuan.  Sifat cinta kepada kebendaan ini memang telah dihiaskan dalam diri setiap anak adam sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran 3 ayat 14.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:  kesukakan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang tenak serta kebun-kebun tanaman.  Semuanya itu ialah kesenangan hiudup didunia.  Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali ‘Imran 3/14).
Hidup berhutang demi mengecap kemewahan kononnya telah menarik mereka ke jurang kemiskinan.  Ilmu akhlak atau Tasawuf tidak diperbesarkan berbanding dengan ilmu Tauhid dan Fikh.  Pada hal Rasulullah saw telah mengajarkan ilmu akhlak ini terlebih dahulu iaitu selama 11 tahun, sebelum para sahabat mempelajari perihal solat (selepas peristiwa Isra’ Mi’raj), puasa dan sebagainya.  Akibatnya banyak sifat cela yang ditimbulkan dan dierbesarkan seolah-olah inilah yang menjadi ukuran manusia yang berjaya.
Kita berjumpa manusia yang bercakap dengan penuh kuasa (authoritative) atau menonjolkan pangkatnya.  Contoh-contoh ini menunjukkan sifat riya’ dan takabur.  Dalam Quraan, dua sifat cela itu dipuncakkan daripada Iblis.  Jadi sifat-sifat ini juga disebut sifat syaitan.
Sesungguhnya sifat buruk sama sekali tidak kekal.  Misalnya, sejarah tanpa henti memaparkan bukti-bukti jelas mengenai kebangkitan dan kejatuhan para pemimpin dunia yang tegar, serakah dan gersang adab.  Sehingga kejatuhan mereka ada yang boleh dikatakan dalam keadaan yang aib atau menghancurkan.  Jadi sifat cela akan membawa keadaan sebaliknya iaitu apabila kuat pada permulaannya, orang itu akan lemah akhirnya.
Orang yang berkuasa dapat diselamatkan oleh ilmu Tasawuf apabila ia merasa ada pertimbangan wajar yang perlu dilaksanakan terhadap golongan-golongan yang dikuasai.  Hal ini senantiasa diperingatkan oleh Allah swt sebagaimana dalam surah Adh Dhuha ayat 93/11.
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadanya.  (Adh Dhuha 93/11).
Riya’ dan takkabur telah menjatuhkan Iblis ke lembah yang terhina (ia adalah jin yang telah mendapat nikmat dalam bentuk penghormatan Allah swt sehingga dapat bersama para malaikat. Nama Iblis ketika itu ialah Azazil).  Allah swt hendak menguji setiap hambanya, iaitu mereka harus buktikan ketaatan melalui perlakuan bukan sekakdar ungkapan manis dari hati yang berbolak-balik.  Jadi, ketika Allah swt menyuruh para malaikat dan Iblis agar menyembah (membneri penghormatan) kepada Adam as, hanya Iblis saja yang enggan.  Peristiwa ini dapat disingkap kembali pada firman Allah swt di Surah Al Baqarah ayat 34.
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada Malaikat:  “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis;  ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.  (Al Baqarah 2/34).
Allah swt mengetahui isi hati hambanya.  Namun, dalam peristiwa Iblis yang ingkar tadi, Allah swt bertanya mengapa Iblis tidak menyembah Adam.  Hal ini demi disaksikan oleh para malaikat dan Nabi Adam.  Jawab Iblis dia lagi mulia kerana dijadikan daripada api sedang Adam hanya berasal daripada tanah.  Jawapan Iblis yang bongkak ini telah dirakamkan dalam Surah Al A’raaf ayat 12 ketika Allah swt bertanyakan kepada Iblis.
Allah berfirman:  “Apakah yang menghalangmu dari pada sujud ketika aku perintahmu?”  Iblis menjawab:  “Aku lebih baik daripada Adam,  Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia engkau jadikan dari tanah”. (Al A’raaf 7/12).
Jawapan Iblis itu menunjukkan dia takkabur iaitu berbangga pada dirinya sendiri dan bersifat riya’ iaitu inginkan orang lain (Adam) menyanjungnya dan bukan sebaliknya.  Lantaran itu, Allah swt telah mengenyahkan Iblis dari syurga.  Jelaslah di sini Iblis merupakan makhluk yang tidak sedar diri iaitu tidak menyukuri pemberian dan ciptaan Allah swt.
Sepanjang kehidupan manusia dari zaman Adam as, manusia diuji secara berterusan.  Ujian Adam as mengingatkan kita kepada satu daripada 2 sifat asal manusia, iaitu lupa.  Hal ini berlaku apabila Adam as lupa dengan larangan Allah swt agar jangan memakan buah dari pokok larangan. Lupanya Adam as itu adalah berpunca dari rayuan Hawa, Isterinya yang menerima bujukan iblis, yang memberitahu bahawa dengan memakan buah tadi akan kekAllah mereka hidup di syurga.
Satu lagi sifat asal kelemahan manusia ialah mengantuk atau kalah tidur.
Allah swt telah menjadikan Nabi Sulaiman as sebagai manusia paling perkasa kerana dapat menguasai angin, Jin, mengetahui bahasa binatang (termasuk serangga) dan memiliki kekayaan yang tiada terkira.  Tetapi bagaimanakah Sulaiman as menanggapi segala keistimewaan itu?  Belia menyatakan bahawa “Ini adalah kurnia daripada Tuhanku sebagai dugaan sama ada aku bersyukur atau kufur”.
Maksud kufur dalam konteks ini bukanlah menafikan Allah swt, tetapi menidakkan nikmat atau anugerah Ilahi.
Dua lagi sifat Iblis ialah hasad (menaruh perasaan iri dan benci) dan dengki (tergamak mengenakan).  Jadi dapatkah sifat-sifat syaitaniah ini dibasmi?  Jawabnya ialah tentu saja boleh. Ia boleh dilakukan dengan menguasai Ilmu Tasawuf atau ilmu batin yang bertujuan membersihkan jiwa (nafi’a).
Sering kita tidak menyedari bahawa perlakuan kita adakalanya menyerupai syaitan.  Contohnya, ketika bercermin, kita merasa diri kita kacak dan wajah orang lain juga merasa demikian.  Merasa kacak dan berbangga itu dipanggil takabbur.  Manakala mengharapkan orang lain mengiktiraf kehebatan itu pula dipanggil riya’.
Ketika solat sendirian, sering kita lalai dari segi ketertiban.  Tetapi apabila kita bersolat di masjid atau di khalayak ramai, kita bersungguh-sungguh melakukannya kerana marasa banyak mata melihat kita – iaitu sifat riya’.
Sebelum dinyahkan dari syurga, Iblis mendapat izin Allah swt dalam dua perkara:  Pertama: untuk terus menduga Adam as dan keturunannya (manusia) dari semua sudut;  Kedua diizinkan hidup samapai akhir zaman (akhirat).  Tujuannya semata-mata untuk menghalang manusia dari mengikuti jalan yang lurus.
“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan  dari kanan mereka serta dari kiri mereka.  Dan engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al A’raaf 7/17).
Allah swt berkata Iblis dan pasukannya tidak akan mempengaruhi hambanya yang ikhlas beriman. Ini jelas dinyatakan Allah swt dalam surah Shod ayat 82.
Iblis berkata:  “Demi kuatkuasamu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, (83)  kecuali hamba-hambamu antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan”. (Shod 38/82~83).
Jika kita melakukan sesuatu demi orang lain dan bukan kerana Allah, maka kita dikatakan tidak ikhlas.
Secara mudah, Tasawuf ialah mengenai keikhlasan atau melakukan sesuatu kerana hendak mendapatkan  keridaan Allah swt.  Dari segi formulanya, kita dapat merumuskan seperti berikut:
T (Tasawuf) = ƒ(Pembersihan sifat cela, ikhlas).
Berbalik kepada soal solat dan riya’ tadi, hal ini ada dijelaskan dalam peringatan Allah swt pada keseluruhan surah Al Ma’un yang bermaksud:  “Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim.  Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.  Maka celakalah bagi orang-orang yang salat, iaitu orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang riya dan enggan mengeluarkan zakat”.
Antara lain mengingatkan orang Islam agar jangan jadi pendusta agama (munafik) kerana sekurang-kurangnya 4 perkara berikut:
a.       Mengasari anak yatim.
b.      Enggan memberi makan/menanggung orang miskin.
c.       Lalai dalam bersolat dan
d.      Orang yang riya’.
Maksud lalai (Arab:  sahun) amat luas, termasuklah tidak khusuk ketika bersolat dan lupa mengenai apa yang dibaca dalam solatnya kerana fikirannya menerawang.
MAKSUD IHSAN DAN SEMPURNA
Ikhlas juga dimaksudkan sebagai ihsan.  Makna ihsan terpapar dalam sebuah hadis yang amat terkenal iaitu ketika Jibril as yang menyamar sebagai seorang lelaki datang dan duduk bertemu lutut di depan Nabi saw dalam suatu majlis yang disaksikan para sahabat.  Jibril as bertanyakan apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.
Mengenai ihsan, Nabi saw menyatakan ialah apabila seorang Muslim beribadat ia seolah-olah melihat Allah swt dan jika ia tidak dapat melihatnya, ia mengetahui bahawa Allah swt melihatnya.
Maksud melihat ialah satu persaksian iaitu apa jua urusan kita hendaklah ditujukan kepada Allah swt.  Demi mendapatkan keridhaan atau disukai Allah swt, maka segala kerja yang kita buat hendaklah memenuhi suruhannya dan menjauhi larangannya.  Amalan inilah yang menjadikan kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh hingga ia mencapai taraf sempurna (Kamil).
Satu-satunya makhluk yang telah mencapai darjat atau maqam kamil adalah Rasulullah saw. Segala ilmu dan peristiwa di dunia dan keseluruhan alam telah dilihat (dipersaksi) Allah swt kepada Baginda.  Misalnya, Nabi saw merupakan manusia pertama yang dibedah secara cahaya, diangkat ke langit, dilihatkan peristiwa terdahulu dan pada hari kemudian.
Tugas umat Islam ialah meraih apa jua usaha secara sempurna.  di sinilah terbentang erti gemilang atau kecemerlangan.  Kalau bekerja, orang Islam mestilah yang terbaik.  Ini dapat difahami dengan firman Allah swt di surah Al Isra ayat 7:  Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.  Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai dengan sehancur-hancurnya.  (Al  Israa’ 17/7).
Konsep sempurna dan ihsan ini berkait rapat kerana kata dasar Bahasa Arab, Hasanah (Yang baik) adalah ihsan.  Ketika itu terhimpun dalam doa yang sangat terkenal – Ya Allah kurniakanlah aku keidupam sempurna dan baik di dunia dan juga di akhirat dan jauhkan daku dari seksa api neraka).
Jelaslah apabila hati kita ikhlas/ihsan, maka kita tidak mudah digoda oleh pesona zahir seperti harta atau kekayaan, seks atau wanita dan pangkat atau takhta.  Hal ini menjejaskan betapa relevennya Tasawuf dalam melengkapkan seseorang – dari seorang pekerja biasa sehingga pemimpin agung - dalam menghadapi dugaan dunia yang dicetuskan oleh Iblis dan opasukannya. Apabila hati telah disucikan dengan ikhlas dan ihsan, segala tindak-tanduk kita akan membawa kebaikan di dunia dan mendapat balasan baik di akhirat.
Tasawuf adalah ilmu batin kerana ia mengenai dalam diri manusia yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.  Aspek batin atau ruh ini juga disebut ruh Islam.  Kelemahan umat Islam dewasa ini ialah kerana kekurangan pada ruh Islam.
Sering kita tidak menyedari diri kita sendiri sudah melakukan syirik atau menyekutukan Tuhan walaupun kita bersolat dan menjalankan pelbagai ibadah.  Ini berlaku dengan pelbagai keadaan, misalnya seseorang itu senantiasa mengharapkan kerja atau usahanya dengan ganjaran dalam bentuk harta dan pangkat dan bukan keridhaan Allah swt.  Syirik sedemikian disebut syirik khafi (syirik yang tidak disedari/tidak ketara).  Tetapi syirik yang lebih besar atau syirik jali/kabir ialah bertindak menyekutukan Allah swt secara terang-terangan seperti mengamalkan fahaman komunis, menyembah berhala, menyatakan Tuhan ada ibu bapa dan anak (Triniti).
Peringatan Allah swt kepada kita ialah semua manusia adalah sama tetapi yang membezakan darjat/kedudukan atau maqam di sisinya ialah aspek taqwa.  Firman Allah swt dalam surah Al Hujuraat ayat 13:  “Wahai umat manusia sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)  Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al Hujuraat 49/13)”.
Erti takwa ialah mengikuti suruhan Allah swt dan takut melanggar perintahnya.  Sering taqwa dianggap sebagai takut.  Misalnya kita berhentikan kereta ketika lampu trafik merah kerana takut disaman.  Tetapi takut kita kepada Allah swt tentulah jauh lebih hebat lagi – takut kerana tidak mendapat keberkatannya di dunia atau takut kerana mendapat seksa neraka.  Jadi apa jua perbuatan kita hendaklah kerananya atau lillahi ta'ala.
Dalam kehidupan murni atau sempurna seorang muslim, sifat ikhlasnya akan mendorongnya untuk melakukan apa jua kerananya – dari perkara yang kecil seperti beristinjak, mengangkat wuduk, solat sehingga perkara yang besar seperti membela diri ketika diserang.  Bagaimanakah kesedaran ini dapat ditancapkan dalam akal manusia?
Sebenarnya sukar untuk membezakan apa itu hati dan akal.  Sering ulama menganggap kedua-duanya sama.  Otak yang ada di kepala itu bukanlah akal.  Tetapi otak adalah organ untuk memproses data wadah daya peringatan.
Dalam sebuah hadis Rasulullah saw pernah menyatakan dalam diri anak Adam itu ada segumpal darah, apabila ianya baik maka baiklah seluruh anggotanya.  Apabila ia rosak, maka akan rosaklah seluruh anggotanya.  Itulah dia hati.
Pokoknya, tanpa akal, tidak sah ibadah seorang muslim.  Salah satu syarat pokok ibadat ialah berakal.  Jika orang itu gila, maka ibadah tidak sah.  Bahkan jika dia membunuh kerana tidak berakal, perbuatannya boleh dikira tidak berjenayah.
Yang membezakan manusia dengan haiwan yang lain ialah kerana manusia berakal.  Haiwan pula bernalur seperti makan, minum, khawin dan sebagainya.  Sekiranya manusia tidak mampu memanfaatkan akalnya, maka ia diibaratkan Allah swt sebagai haiwan, bahkan lebih buruk lagi darinya.
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka Jahanan banyak dari Jin dan Manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat).  Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.  (Al A'raaf 7/179).
Takwa tidak akan teguh jika akal tidak disucikan atau tasfiah daripada sifat-sifat cela yang terdapat pada syaitan dan juga binatang (buas dan tidak mengenal hubungan kelamin).
Seorang hartawan dikatakan bijak kerana bejaya mengumpul harta walaupun dalam keadaan kemelesetan.  Dari segi Tasawuf, kebijaksanaan orang ini hanya bersifat zahir.  Ia tidak melambangkan takwa.
Untuk meraih takwa, hartawan itu hendaklah menyalurkan hartanya sebagai sedekah dan zakat. Terlebih dulu, hartanya pula hendaklah diperolehi dengan jalan yang halal.
Manusia Islam adalah insan yang menyeluruh atau kaffah.  Ertinya berkaitan rapat dengan konsep insan kamil atau manusia sempurna yang telah dicapai oleh Rasulullah saw.  Istilah kafiah atau keseluruhan dalam mempraktikkan Islam telah diperintahkan oleh Allah swt dalam firmannya surah Al Baqrah ayat 208:  Wahai orang-orang yang beriman.  Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan.  Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.  (Al Baqarah 2/208).
Kaffah atau total person ini melihat segala usahanya untuk kebaikan sejati seluruh alam. Kehadirannya menguntungkan semua pihak, termasuk sekitaran.  Dalam tindak tanduknya sebagai pemimpin negara penglima perang, bapa, suami, sahabat dan manusia biasa.  Rasulullah saw memberikan contoh bagaimana setiap usaha dilakukan untuk kebaikan menyeluruh.  Oleh itu, seseorang itu perlu menguasai ilmu dunia dan juga memiliki sifat-sifat mulia secara batiniah dalam melakukan setiap pekerjaan agar mencapai hasil yang sempurna.
Sebelum memperkenalkan sahabat kepada aspek solat sehingga haji, urusan perang, urusan mentadbir negara, mengadakan hubungan diplomatik, bercucuk tanam, amalan berdagang dan sebagainya. Nabi saw terlebih dahulu menampilkan sifat-sifat terpuji dalam batin para pengikutnya.
Sifat-sifat batin ini merupakan amalan Tasawuf.  Jadi, tasawuf bak kunci hati atau jiwa (Arab miftahus sudur).  Allah swt mengingatkan manusia bahawa hati manusia lebih keras daripada batu. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat 74:  “Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.  Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kerpada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.  (Al Baqarah 2/74).
Dalam peristiwa Isra' Mi'raj, aspek pembersihan hati yang dilalui oleh Rasulullah saw iaitu hatinya dibedah dan dibersihkan dengan air zamzam oleh Jibril as, kemudian diperkuat dengan ilmu, iman, kelembutan, makrifah.  Kesucian hati baginda telah membawanya berjumpa dan berdialog dengan Allah swt.  Pada hal ketiak Musa as minta untuk melihat Allah swt, hanya dengan suara yang memuji Allah swt yang menghancurkan sebahagian gunung Tursina itu sahaja telah mengakibatkan Musa as Pengsan.
Sesungguhnya Tasauf adalah disiplin untuk hati tempat terletak ruh Islam.  Kelemahan umat Islam kerana ruhnya dan kita berkewajipan untuk membersihkan ruh tadi untuk kembali semula ke jalan fitrah, jalan menuju kepada Allah swt.
Ihsan merupkan saatu konsep yang dapat disusur daripada salah satu hadis yang masyhur.  Ketika dikelilingi oleh para sahabatnya.  Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh seorang lelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapi tidak dikenali.  Lelaki itu sebenarnya adalah Malaikat Jibril as dalam penampilannya sebagai 'manusia'.  Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di tengah persaksian para sahabat, apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.
Nabi saw menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulam Ramadan dan mengerjakan haji.  Kemudian Nabi saw menerangkan erti iman iaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi, kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada' dan qadar.  Mengenai ihsan pula, Nabi saw mendefinasikan dengan maksud bahawa seseorang hendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia melihat Allah dan jika ia tidak merasa dapat melihat Allah swt, ia hendaklah menyedari bahawa Allah melihatnya.
Apakah kaitan Islam, Iman dan Ihsan?  Ketiga-tiganya bak 3 unsur dalam satu yang mesti ada dalam diri seorang mukmin iaitu orang yang beriman kepada Allah.
Iman dapat digolongkan kepada 5 kedudukan atau maqam:
Pertama – Iman Matbu' iaitu iman yang sudah diacuankan dalam diri para malaikat sehingga mereka taat sepenuhnya kepada Allah swt.  Malaikat dicipta tanpa nafsu dan senantiasa melaksanakan perintaah Allah swt.  Iman malaikat tanpa cacat (zero defects).
Kedua -  Iman Ma'sum iaitu iman yang terdapat pada para Rasul dan Nabi.  Rasul dan Nabi adalah manusia, makhluk yang mempunyai nafsu.  Tetapi iman mereka sentiasa dipelihara Allah swt daripada terkena noda dunia.
Contohnya, Nabi Luth berada di kota Gomorah dan sodomah yang penuh dengan perbuatan seks songsang.  Kecuali Nabi Lut dan anak-anaknya, tiada yang terpelihara daripada noda dua kota itu termasuk isteri beliau sendiri, yang kemudiannya dimusnahkan oleh Allah swt.  Iman para nabi dipelihara sehingga tidak timbul tiga jenis keraguan iaitu Syak, zahn dan waham.  Oleh itu, para nabi juga disebut mempunyai kedudukan atau maqam kamalul yakin – Percaya sepenuhnya kepada Allah swt dan 100% pasrah kepadanya.
Ketiga – Iman Maqbul iaitu iman yang dimiliki oleh mukmin yang bukan terdiri daripada Nabi dan Rasul.  Maqbul bererti diterima Allah swt.  Mukmin adalah orang yang melaksanakan segala perintah Allah swt dan menjauhi larangannya.  Nafsu mereka sentiasa teruji dan ada kala mereka nyaris dikalahkan oleh nafsu, tetapi Allah swt melindungi mereka pada saat penuh debar ini.
Selepas para Nabi dan Rasul, manusia yang dipandang mulia di sisi Allah swt adalah Wali (jamak:  Aulia).  Teras iman mereka juga dipanggil mahfudz iaitu iman yang sentiasa diuji nafsu tetapi dapat diselamatkan kerana rahmat Allah swt.
Keempat – Iman Mauquf iaitu iman milik golongan pembuat bid'ah (istilah Arab ahlul bid'ah) – mengada-adakan hal yang menghampiri syirik (menyekutukan Allah swt) seperti percaya kepada jin, roh atau kuasa-kuasa lain yang dianggap mempunyai kesaktian, amalan khurafat dan sebagainya.
Kelima – Iman Mardud iaitu iman orang Munafik (berpura-pura) – pada kenal dirinya orang ini Islam, tetapi sebenarnya ia melakukan hal yang bertentangan atau memusihi Islam, termasuk menyekutukan Allah swt.  Iman ini ditolak Allah swt dan balasannya adalah Neraka.
KAITAN IHSAN
Daripada maksud hadis tadi, jelas nabi saw memberikan takrif ihsan yagn khususnya berbeza dengan Islam dan Iman.  Ihsan menegaskan kehadiran kita di depan Ilahi – seolah-olah kita melihat dan dekat kepadanya.
Erti lihat atau musyahadah dan dekat atau muraqabah merupakan teras hubungan antara manusia dengan Penciptanya.
Allah swt menegaskan hal ini dalam firmannya yang bermaksud:  Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.  Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat;  kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.  (An Nisaa' 4/1).
Apabila dua konsep ini ditancapkan sepenuhnya dengan sedar dalam jiwa (hati atau qalb), maka apa yang kita lakukan adalah kerana Allah (lillahi ta'ala).
Musyahadah dan muraqabah juga menjurus kepada erti ikhas.  Di sinilah terpapar persamaan antara ihsan dan ikhlas.  Kewujudan manusia di muka bumi ini adalah semata-mata bertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurna terhadap Allah swt.
Kenyataan ini jelas terkandung dalam firman Allah swt dalam surah Adz Dzaariyat ayat 56 yang bermaksud:  Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.  (Adz Dzaariyat 51/56).
Pada urutan usaha awalnya, manusia itu harus berjalan di atas  tuntutan Sayariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, menyerah diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt.  Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas.  Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan pengabdiannya kepada Allah swt, memuasatkan seluruh kehidupannya dalam lingkaran penghambaan yang jujur dan mengujudkan pengertian seperti yang ia sebut setiap haril Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan tidak akan memeroleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.
Malah ada sesetengah ulama menganggapkan kedua-dua istilah itu sama atau boleh digunakan silih bergantil.
Seorang penuntut Tasauf bernama Abul Qassim aljunaid al Baghdadi telah ditalqinkan (diajarkan) oleh gurunya, As sirr as Saqati agar sering menucapkan tiga kalimah sebelum tidur selama sebulan:
1.             Allahu ma'i (Allah bersamaku).
2.             Allahu nazirun Ilaiya (Allah melihat kepadaku).
3.             Allahu Syahidun 'Alaiya (Allah melihat atasku).
Tiga kalimah tadi sebenarnya bak ikrar mengenai perihal hadir, dekat dan melihat Allah swt.  Guru tadi bertanya muridnya apakah keasan 3 kalimat tadi pada dirinya.  Aljunaid berkata, beliau merasa amat waspada sebelum melakukan sesuatu perkara yang mendekati maksiat.  Malah, beliau terhindar dari perlakuan maksiat setelah menerima dan mengamalkan talqin gurunya.
Rasa kewaspadaan daripda berbuat maksiat itu tentulah memelihara iman seorang mukmin agar terus tergolong dalam maqam ma’sum.  Jadi kita juga harus amalkan apa yang dilakukan oleh Aljunid dalam langkah kita mendalami tasawuf.
Konsep musyahadah membawa maksud melihat (basariah) tetapi ia bukanlah melihat dengan mata kita.  Hanya Nabi Muhammad saw yang dapat melihat Allah swt ketika mikraj.  Para nabi lain juga meminta untuk melihat Allah swt, seperti dalam hal Nabi Musa di Gunung Tursina.  Namun Allah swt tidak mengizinkan kerana mereka tidak akan berupaya melihatnya dalam keberadaan mereka di dunia ini.  Bahkan sebahagian Gunung Tursina hancur ketika baru saja tanda kebesaran Allah swt ditunjukkan.  Menurut Rasulullah saw, cahaya Allah swt diliputi oleh 72 hijab (perintang) dan belum pun terbuka satu hijab saja, akan luluhlah isi alam ini.  Jadi bagaimanakah kita melihat?
Dalam pengertian tasawuf, kita melihat melalui kemampuan mata hati.  Sehubungan ini, Imam Malik ra, ditanya mengapakah kita tidak dapat melihat Allah swt.  Dengan halus dan mudah Imam Malik menjawab, bermaksud:  “Yang fana’ tidak dapat melihat yang baqa.  Hanya yang kekal dapat melihat yang kekal.
Apa jua yang wujud di alam ini, termasuk manusia adalah dalam keadaan sementara atau tidak kekal.  Kehidupakn kekal hanya diperolehi di akhirat dan ketika itulah manusia akan dapat melihat Allah swt berdasarkan kurnianya.
Jelaslah apabila seorang insan memahami ihsan, maka ia akan merasa seperti melihat Allah dalam hatinya.  Kesannya akan membawa ketenteraman dalam jiwa – suatu yang tidak ternilai harganya.
Cara Memahami Ihsan
Mestilah seseorang itu berilmu demi menggarap pengertian ihsan akan tertancap dalam kalbu atau hatinya.  Proses ini tidak mudah.  Sumber ilmu terbahagi dua:  Pertama yang dipelajari dan kedua, yang dianugerahkan oleh Allah swt.
Dalam Islam, ilmu terbahagi kepada tiga iaitu tauhid, fiqh dan tasawuf.  Ia melibatkan peraturan hubungan manusia dengan penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dalam jiwanya atau secara introspektif.
Hari ini sering ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaitu hubungan dengan Tuhan dan jiwa manusia.  Inilah kepincangan dalam mencari ilmu dan membawa kesan yang merugikan manusia.
Daripada tiga aspek tadi, kita menemui pengertian syariah (perihal undang-undang manusia), tariqah (perjalanan jiwa), haqiqat (kebenaran yang tersimpan  jauh di lubuk jiwa atau juga disebut rahsia jiwa – sir).
Perbuatan seperti taubat (kembali ke jalan Allah), takqa (takut kepada Allah) dan istiqamah (konsisten atau tekal melaksanakan perintah Allah) merupakan sebahagian dari perlakuan syariah atau dipaparkan secara zahir.
Misalnya, untuk bertaubat:  seseorang itu mestilah menunjukkan rasa sesal atau nadam, beristighfar (meminta ampun kepada Allah swt) dan meninggalkan maksiat.
Taubat harus diikuti dengan istighfar sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah, Jalla Jalaaluh dari surah Al Maa’idah ayat 74:  Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)?  Padahal Allah Maha Pengampun ,lagi maha mengasihani.  (Al Maa’idah 5/74).
Tidak betul jika seseorang itu sudah bertaubat hanya sekadar menyebutnya dalam hatinya, sedangkan dari segi perbuatan dia masih melakukan perkara sumbang.  Awasi juga orang yang mengaku sudah insaf dan meninggalkan perbuatan buruk yang lama tetapi melakukan perbuatan baru yang tidak kurang celanya.
Untuk kembali ke jalan Allah swt, selain menimba ilmu, seseorang itu hendaklah melakukan pembaikan atau islah.
Islah atau pembaikan ini memang sangat dianjurkan oleh Islam.  Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan:  Wahai anak-anak Adam!  Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah)ku,  maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalannya, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  (Al A’raaf 7/35).
Konsep islah amat luas kerana boleh diibaratkan sebagai pemulihan tabiat, peningkatan ilmu, memulakan kehidupan baru atau berhijrah (berpindah) dari satu keadan (negeri atau tempat) ke keadaan yang lain.  Jelasnya, islah menghendaki perlucutan sifat cela atau mazmumah kepada sifat terpuji atau mahmudah.
Untuk menjayakan islah, 3 perkara asas diperlukan iaitu:
1.              Ikhlas.
2.              Siddiq (benar).
3.              Tuma’ninah (tenteram).
Jelaslah dalam hal ini, perbuatan islah itu melibatkan pensucian diri dari segi fikh atau melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman yang dilihat dari segi zahir dan juga dari sudut pembersaihan batin dan rahsia hati (sirr).
Sekadar contoh, A marah kepada seorang kawannya, B, yang sekian lama dipepercayai dan kemudian terbukti mengkhianatinya.  A menunjukkan muka (zahir) yang berang, hatinya (batin) perih dan dalam rahsia hatinya (sirr) tersimpan dendam.
Untuk berislah, maka A terlebih dahulu perlu bertaubat.  Islah yang dilakukannya akan bersifat batin atau dhamir.  Dia perlu:
1.              Membuang (takhliah) sifat cela/mazmumah dan,
2.              Memasukkan (tahliah) sifat terpuji/mahmjudah.
ADIB DAN GANJARANNYA
Islah membawa pembentukan insan beradab atau adib yang dari segi zahir dan batin suci daripada sifat cela, tetapi gemilang dengan sifat terpuji.  Insan ini merasa tenteram (tuma’ninah).  Hatinya sentiasa tunduk kepada Allah swt atau disebut tawadhu’.
Sebuah hadis qudsi (firman Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw untuk keperluannya dan kemudian disampaikan pula oleh Nabi saw dengan kefahamkan bahasanya untuk dimanfaatkan oleh para sahabat) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, antara lain bermaksud demikian:
Barangsiapa yang menyakiti waliku, aku istiharkan perang kepadanya dan tiada mendekati hambaku kepadaku dengan suatu pekerjaan yang lebih aku sukai daripada mengerjakan apa yang telah aku fardukan ke atasnya.  Dan sentiasa hambaku mendekati dirinya kepadaku dengan melakukan segala yang sunnat.  Apabila aku telah mencintainya, maka akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya dan penglihatan yang ia melihat menerusinya dan tangannya yang ia gunakan dan tampar dengannya dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan.  Dan demi jika ia minta kepadaku, nescaya aku berikan kepadanya.  Dan demi jika ia minta perlindungan kepadaku, nescaya aku melindunginya.
Pembahasan hadis qudsi ini amat luas. Tetapi sekadar memahaminya secara ringkas, ia menunjukkan betapa insan yang sudah berislah menerusi proses Islam,  Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala sifat keji dan terterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai Allah swt.  Memasuki kedudukan atau maqam mahabatullah (dikasihi Allah) merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada hambanya.  Inilah matlamat ajaran Islam, khususnya yang sering diperjuangkan oleh tasawuf.  Sebenarnya, ajaran tasauf boleh juga dikatakan sebagai sesuatu yang melengkap atau menyempurnakan ikhtiar insan untuk kembali ke hadrat Allah swt dalam keadaan ahsani taqwim.  Untuk menjalani proses pensucian jiwa sehingga mencapai peringkat sebaik-baik insan, manusia harus melibatkan seluruh anggotanya, dieguhkan pula dengan gerakan jiwanya sehingga ia bebas dari segala kekotoran yang menutup mata hati dirinya.  Apabila keadaan ini berhasil, maka dirinya itu sentiasa tidak terlepasa dari mengingati Allah swt, serta jiwa dan hatinya mengekalkan pendiriannya terhadap Allah swt.
Maksud perang ialah dibenci Allah swt.  Bermakna wali atau mukmin yang menjadi kekasih Allah akan terpelihara sehingga orang yang cuba mengkhianatinya akan gagal dengan sendirinya.
Dalam perkara ini Allah swt menerangkan bahawa para wali itu sentiasa tidak mengalami kesedihan dan kebimbangan.  Dalam surah Yunus ayat 62, Allah Rabbul Izzah mengatakan:  Ketahilah!  Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.  (Yunus 10/62).
Untuk mencapai maqam ini, seseorang itu bukan sahaja melakukan yang fardu (solat, zakat, puasa dan haji) tetapi melakukan juga yang sunnah (solat sunnah seperti tahajud, rajin bersedekah dan sebagainya)
Lama-kelamaan orang yang menjadi kekasih Allah akan merasa apa yang dilihat, dihidu, dirasakan, dilakukan atau setiap pengendaliannya senantiasa mendapat pedoman atau petunjuk ilahi.
Inilah jalan yang harus diperjuangkan dalam kita mencari keredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul Arbab.  Firman Allah swt dalam surah al Ankabut ayat 69:  Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.  (Al Ankabut 29/69).
Betapa sentosa dan damai orang sedemikian.  Semoga kita mencapai matlamat ini.
KAEDAH-KAEDAH ILMU TASAWUF ISLAM
Ada sebelas kaedah wajib diketahui untuk belajar Tasawuf:
1.              Batasan
2.              Teman
3.              Penyusunan
4.              Pengambilan
5.              Nama
6.              Hukum
7.              Masalah-masalah
8.              Penyandaran
9.              Faedah
10.          Keutamaan
11.          Tujuan
Tasawuf itu dasar ilmunya berasal dari ilmu-ilmu Islam yang memiliki dasar dan prinsip-prinsip tersendiri, bukan dari sumber-sumbar bukan Islam.  Mengamalkannya Fardhu Kifayah, kerana ia merupakan ilmu yang khusus bagi orng-orang yang khusus.
Ada 11 Mubadi ilmu Tasawuf:
1.             Batasannya
Batasan tasawuf adalah meninggalkan pendakwaan menyembunyikan sesuatu yagn berat difahami, muraqabah (mencermati dengan saksama) kepada Allah, menyempurnakan cabang-cabang iman dan melakukan tahalli (mengisi diri dengan sifat-sifat terpuji dan lain-lain) dengan penuh ketakwaan.
2.             Temanya
Temanya adalah zat Allah yang maha tinggi, sebab tasawuf adalah mencari ma’rifatullah baik dengan pembuktian, penyaksian maupun realiti yang ada.  Yang pertama adalah untuk orang-orang yang mempelajarinya dan yang kedua adalah untuk orang yang menjadi perantaranya.
Begitu juga dikatakan bahawa temanya adalah jiwa, hati dan ruh.  Sebab tasawuf mencari cara mengatur dan mendidik jiwa, hati dan ruh tersebut.
3.             Penyusunnya
Nabi Muhammad saw dengan wahyu dan ilham.  Dalam hal ini, Jibril as turun, pertama membawa syari’at dan setelah ditetapkan kemudian membawa hakikat.  Selanjutnya dikhususkanlah dengannya sebahagian manusia atas sebahagia yang lain.
4.             Pengambilannya
Diambil dari kitab Allah, Sunnah Rasulullah, ilham orang-orang soleh dan pembukaan orang-orang arif.  Ilmu ini juga tidak diambil hanya dari bahan-bahan bertulis, melainkan diambil dari orang-orang yang memiliki daya rasa dan kebijaksanaan.  Tidak diperolehi juga melalui kata-kata dan pembicaraan, melainkan diambil dari upaya orang-orang yang menuju kepada kesempurnaan.
5.             Namanya
Tasawuf Islam.
6.             Hukumnya
Al Ghazali berkata:  Tasawuf adalah fardhu ain.
Asy Syadzili berkata:  Barangsiapa tidak mau mempelajari ilmu-ilmu ini, maka ditakuti dia mati dalam keadaan melakukan dosa bersar, sementara dia tidak mengetahui hal itu.
7.             Permasalahannya
Permaswalahannya menyangkut berkenaan dengan perbuatan-perbuatan hati, iaitu maqamat dan ahwal, seperti:  Kepercayaan, iman, yakin, benar, ikhlas, ma’rifat dan sebagainya.
8.             Nisbahnya (Permulaan Ilmu Itu Dibicarakan)
Syyidina Ali Bin Abi Thalib ra yang kemudian diambil oleh Al Hasan Al Bashri yang nama sebenarnya adalah Al Hasan Bin Yasar Al Bashri.  Ibunya adalah Khayyarah, hamba bagi Ummu Salamah, Isteri Nabi saw.  Sedangkan ayahnya, Yasar Al Bashri, adalah hamba bagi Zaid Bin Tsabit yang wafat pada tahu 11 Hijriyyah, kemudian dia diambil alih oleh Khubaib Al ‘Ajami, berpindah lagi kepada Abu
Sulaiman Daud At Tha-i, beralih lagi ke tangan Abu Mahfuzh Ma’ruf Al Karkhi, berpindah kepada Abu’l Hasan Sirri As Saqathi, beralih ke tangan Iman Abu’l Qasim Muhammad Bin Al Junaid Al Khazzaz.  Berasal dari Nahawand, tumbuh besar di Iraq, mengikuti fiqh mazhab Abu Thur, bersahabat dengan Iman
Asy Syafi’i dan masih banynak lagi silsilah lain yang tidak mencukupi bila disebutkan di sini.
9.             Faedahnya
Faedah tasawuf adalah untuk mendidik hati dan mengetahui alam-alam ghaib.
10.         Keutamaannya
Sesungguhnya ia merupakan ilmu yang paling utama.
Al Junaid berkata:  Seandainya aku mengetahui bahawa bagi Allah ada ilmu di bawah bayang-bayang langit yang lebih utama daripada ilmu yang kita bahasa bersama sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita ini, nescaya aku akan pergi untuk mengambilnya.
Sedangkan Syeikh Ash Shaqli berkata:  Setiap orang yang membenarkann ilmu ini adalah orang yang istimewa.  Setiap orang yang memahaminya adalah orang yang istimewa dari antara yang istimewa.  Dan Setiap orang yang membawa ilmu ini dan berbicara di dalamnya adalah laksana bintang yang tak dapat dicapai dan samudera yang tak dapat diharungi.
11.         Tujuannya
Tujuan Ilmu ini adalah mengenal Allah, maksudnya, ma’rifat tentang dia.
Rabi’ah Al Adawiyah berkata dalam bentuk syair:  Semua menyembahmu kerana takut akan neraka
dan mereka melihat keselamatan nasib yang baik
dengan mengharap syurga, tempat untuk menghasilkan
istana-istana dan minum minuman Salsabila
bagiku tidak perlu bahagian dari syurga dan neraka
hanya aku tidak perlu yang lain kecuali dikau.
Allah berfirman:  Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.  (Adz Dzaariyaat 51/56).
Berkata Ibnu Abbas yang dinukilkan oleh Al Hafizh Ibnu Katsir dalam trafsirnya bahawa kalimat Liya Budunii (menyembahku) bererti Liya rifuunii (mengenaliku).
Dan orang yang takutakan keadaan dirinya di Mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalannya), disediakan baginya dua syurga.  (Ar Rahman 55/46).
Jannah Mu’ajjalah yang bermakna syurga yang disegerakan – syurga ma’rifat.  Jannha Muajjalah yang bermakna syurga yang ditunda,  Syurga di hari kiamat.  Barangsiapa memasuki salah satu syurga tersebut, dia tidak akan menginginkan syurga yang lainnya.  Maksudnya, dalam memperbandingkan bidadari-bidadari serta istana-istana, dengan perbandingan perkara yang dihasilkan dari muraqabah dan ma’rifat kepada Allah, kedua syurga itu pada umumnya sama.  Oleh kerana itu, barangsiapa hatinya dibanjiri dengan marifatullah dalam perjalanan ini, maka hasil yang diperolehinya dengan apa yang dipersiapkan baginya kelak.  Dengan itu, mereka akan dimuliakan dengan mendapat kedua-dua syurga tadi, nanti di akhirat.
Sebahagian orang ariuf berkata:  Kasihan benar orang-orang yagn mencintgai dunia itu.  Mereka keluar dari suatu tempat dantidak tahu bahawa itulah tempat yang paling baik.  Ketika ditanyakan:  Apakah itu?  Mereka Menjawab:  Ma’rifat akan Allah.
Bagi semua orang, dari kalangan umum atau yang khusus, ada darjat tersendiri, sesuai dengan perhitungan perasaan dan maqamatnya (keududkannya), sebagaimana golongan yang umum mnemiliki jalan untuk makrifat kepada Allah, iaitu melalui pengelihatan, maka golongan yang khusus pun memiliki jalan, iaitu melalui mujahadah dan riyhadhah.  Ini merupakan jalan makrifat menurut perhitungan yang bisa.l  Bila Marifat tidak dicapai, maka marifat akan didapati hanya dengan percikan Ilahi.
Ketika ditanya:  Apakah engkau mengenal Allah melalui Muhammamd saw ataukah mengenal Muhammad saw melaluik Allah?  Ali ra menjawab:  Kalau aku mengenal Allah melalui Muhammad, maka dia tidak akan kusembah dan Muhammad akan lebih mantap di dalam hatiku daripada Allah.  Dan seandainya aku mengenal Muhammad melalui Allah, maka aku tidak memerlukan Rasul Allah.  Namun Allah mengenalkan dirinya kepadaku dengan sebagaimana kehendaknya  Allah swt mengutus Muhammad saw untuk menyampaikan hukum-hukum Al Quraan, menjelaskan kesulitan-kesulitan dalam soal Islam dan iman, menetapkan pembahasannya dan menegakkan manusia di atas manhaj keikhlasan.  Kemudian aku mempercayai apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.  Aku mengetahui bahawa mustahil seseorang dapat mencapai serta menuju jalan ma’rifat kecuali Allah swt yang mengizinkannya.  Maka tidak cukup untuk dapat menggambarkan tentang Tuhan hanya melalui pemahaman dan bayangan semata-mata, sedangkan Allah yang menciptakan, menyesuaikan serta memaklumkan makhluknya seperti yang dikehedakinya.
Ali ra berkata:  Namun Allah membuatku mengenal diriku sendiri, melalui kelemahan dan kefakiran, sehingga aku berkeyakinan bahawa aku memiliki Tuhan yang mengadakan kelemahan dan kefakiran.  Itu sebabnya di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasullah bersabda:  Barangsiapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya.
Maksudnya di sini adalah mengenal dirinya melalui kelemaha dan kefakiran dan mengenal Tuhannya melalui sifat kuasa dan kekayaan.  Diriwayatkan bahawa Allah telah menurunkan wahyu kepada Daud as:  Kenalilah aku dan kenalilah dirimu.  Daud as mnenjawab:  Tuhanku, aku mengenalmu dengan keesaan, kuasa dan kekekalan dan mengenal diriku dengan kelemahan, ketidakmampuan dan fana.  Maka Allah berfirman:  Wahai Daud, kini engkau telah mengenalku.
Seseorang yang mengenal Allah, dunia seisinya ini dipandang ringan saja.
Hakim Abu Bakar Bin Al’Araui berkata:  Aku melihat Imam Al Ghazali berada diladang dengan memegang tongkat di tangannya.  Dia mengenakan pakaian yang bertampal-tampal (muraqqa’ah), sementara di bahaunya terletak sebuah kendi.  Aku pernah melihatnya di Baghdad sedang memberi ceramah yang dihadiri sekitar 400 orang bersarban yang merupakann tokoh-tokoh terkemuka menuntut ilmu darinya.  (Zad As Salikin, A’la-uddin Ash Shirafi).
Hakim Abu Bakar Bin Al’Araui berkata:  Wahai Imam, bukankah memberikann ilmu di Baghdad lebih baik bagi anda daripada berada di ladang ini?  Dia memandang ku dengn marah, lalu berkata daam bentuk syair:  Ketika pernama kebahagian terbit di lagit iradat dan ku menanti terbenamnya mentari di barat:  Kutinggalkan nafsu terhadap Laila dan Su’ad di pengasingan dan kembali kepada pembinaan rumah pertama terpanggil dengan mudah oleh kerinduan, maka inilah tempat-tempat yang diinginkan, hingga dengann perlahan engkau turun ku buat untuk mereka tenunan yang rapi, tidaklah akan ku temukan penenun bagi tenunanku, maka ku patahkan saja alat tenunku.
KESIMPULAN
Makrifat adalah mengetahui sesuatu dari segi zatnya dan sifat-sifat yang berada padanya.  Adapun makrifat tentang Allah yang maha suci merupakan makrifat yang paling mulia.  Zatnya tak dapat dibandingkan dengan sesuatu.  Disamping itu makrifat (mengenal) tentang zat Allah berserta nama-nama Allah difardhukan atas setiap manusia.
Makrifat terbahagi kepada 2 bahagian:
1.             Makrifat Umum:  Iaitu makrifat yang fardhu tentang semua perkara yang diperintahkan oleh Allah swt.  Ini adalah mengenai kewujudan Allah, menyucikan Allah serta sifat Allah dengan sifat-sifat yang diajarkan oleh Allah swt kepada manusia.
2.             Makrifat Khusus:  Iaitu makrifat yang menyangkut tentang keadaan (ahwal).  Makrifat jenis ini berkisar tentang cerita-cerita orang-orang yang menyaksikan ahwal.  Dikatakan bahawa cerita tersebut merupakan keyakinan yang timbul dari ijtihad di dalam ibadah.
Orang arif adalah orang yang Allah swt memperlihatkan zat, sifat-sifat, nama-nama, serta perbuatannya.  Sedangkan orang alim adalah orang yang Allah menunjukkan perkara-perkara tersebut bukan melalui penyaksian, melainkan melalui keyakinan.  Al Ghazali berkata:  Sesungguhnya tidak ada orang yang arif akan Allah kecuali Allah.
Tanda-tanda makrifat tentang Allah adalah bila anda tidak meminta sesuatu, sedikit atau banyak, keckuali kepada Allah.  Nabi Musa as memerlukan makanan:  Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh, lalu berdoa dengan barkata:  Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang engkau berikan.  (Al Qass 28/24).
Dan dia juga merasa rindu untuk melihat Tuhannya:  Dan tatakala nabi musa datang pada waktu yanbg kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:  Wahai Tuhanku!  Perlihatkanlah kepadaku (Zat-zat yang maha suci)  supaya aku dapat melihatmu.  Allah berfirman:  Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nesaya engkau qakan dapat melihatku. Setelah Tuhannya Tajalla (menzahiorkan kebesarannya) kepada gunung itu, (maka) Tajallannya menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan.  Setelah ia sedar semula, berkatalah ia:  Maha Suci engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadamu dan akulah orang awal pertama beriman (pada zamanku).  (Al A’raaf 7/143).
Dasar-dasar Tasawuf
Syeikh Zaruq menulis risalah yang di dalamnya menjelaskan tentang ciri-ciri tariqah yang harus dipegang oleh seorang sufi.  Dia menamakan Al Ushul:  Dasar-dasar tariqah ada 5 jenis:
1.             Bertakwa kepada Allah secara sembunyi mahupun terang-terangan.
2.             Mencontohi sunnah di dalam perkataan dan perbuatan.
3.             Menjauhi makhluk, baik ketika senang maupun susah.
4.             Redha kepada Allah dalam hal yang sedikit atau banyak.
5.             Kembali kepada Allah dalam senang dan susah.
Realisasi takwa adalah dengan bersifat sederhana dan istiqamah.  Realisasi sunnah adalah dengan menjaga dan memperindahkan akhlak.  Realisasi menjauhi makhluk adalah dengan sabar dan tawakkul.  Realisasi redha kepada Allah adalah dengan bersifat sederhana dan menyerahkan diri.  Sedangkan realisasi kembali kepada Allah adalah dengan memuji dan bersyukur ketika senang, dan kembali kepadanya ketika susah.  Akar dari semua itu ada 5:
1.             Semangat yang tinggi
2.             Menjaga kehormatan
3.             Baik dalam melayani
4.             Memelihara niat dan
5.             Mengagunkan nikmat.
Barangsiapa tinggi semangatnya, akan naiklah martabatnya.  Barangsiapa menjaga kehormatan Allah, maka Allah akan menjaga kehormatannya.  Barangsiapa baik dalam melayani, dia wajib dihargai.  Barangsiapa memelihara niat, maka hidayahnya akan tetap.  Terakhir orang-orang yang mengagungkan nikmat biasanya banyak bersyukur.  Dari syukurnya itu, diwajibkanlah bagi tambahan nikmat sesuai janjinya.
Adapun dasar-dasar mu’amalah ada 5:
1.             Menuntut ilmu untuk menegakkan perintah Allah.
2.             Berteman dengan para Syeikh dan saudara-saudara untuk memerhatikan diri sendiri.
3.             Meninggalkan keringanan-keringanan (rukhshah) dan penafsiran untuk memelihara diri
4.             Mengatur waktu dengan wirid-wirid untuk menghadirkan diri.
5.             Merendahkann diri sendiri di dalam segala sesuatu untuk keluar dari hawa nafsu dan menyelamatkan diri dan keoswakan dan kesalahan.
Setiap muamalah mempunyai penyakitrnya sendiri.  Penyakit di dalam menuntut ilmu adalah berkawan dengan orang yang muda usianya, akalnya atau agamanya yang tidak kembali kepada dasar atau kaedah  ilmu yang dipelajarinya.
Penyakit berteman dengan para Syeikh adalah kebebasan dan campur tangan dalam urusan yang tidak berkaitan dengan dirinya.
Penyakit meninggalkan keringanan dan penafasiran adalah mengasihani diri sendiri.  Penyakit mengatur waktu adalah terlalu memberatkan tumpuan kepada penguasaan ilmu kerana dirasakan mempunyai keutamaan.
Penyakit merendahkan diri adalah hanaya memperhatikan keadaan dirinya yang baik-baik sahaja serta merasakan dirinya istiqamah.
Allah berfirman:  Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikann agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al Quraan itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidk terjerumus (ke dalamk azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari prbuatan yang buruk dan kieji).  Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah.  Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.  Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.  Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).  (An An’aam 6/70).
Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).  Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun lagi maha mengasihani.  (Yusuf 12/53).
Adapun dasar-dasar untuk mengobati penyakit jiwa ada 5:
1.             Meringankan perut dari makanan.
2.             Mengembalikan kepada Allah semua halangan yang dialami.
3.             Menjauhkan diri dari tempat-tempat yang dikhuatirkan dapat menjerumuskan dirinya.
4.             Sentiasa beristighfar dengan berselawat kepada Rasulullah saw tatkala sendiri mahupun bersma orang ramai.
5.             Berkawan dengan orang-orang yang menunjukkan jalan kepada Allah atau atas dasar perintah Allah ketika dia tidak ada.
Syeikh Abu’l Hasan Asy Syadzili berkata:  Kekasihku berpesan kepadaku:  Janganlah engkau melangkahkan kedua kakimu kecuali ke tempat, di mana engkau dapat mengharapkan redha atau pahala Allah.  Janganlah engkau duduk kecuali di tempat di mana engkau aman dari maksiat kepada Allah.  Jangan engkau berkawan kecuali dengan orang yang dapat membantumu taat kepada Allah.  Dan janganlah berkumpul dengan orang-orang kecuali dengan orang-orang yang dapat menambah rasa keyakinanmu dan orang seperti itu sangatlah sedikit.
Dia berkata pula:  Orang yang menunjukkan dunia kepadamu, dia menipumu.  Orang yang menunjukkan perbuatannya kepadamu, dia akan membuatmu letih.  Orang yang menunjukkan Allah kepadamu, dialah yang akan menasihatimu.
Dikatakan juga:  Jadikanlah takwa sebagai tanah airmu, nescaya tidak akan mendatangkan keburukan, melainkan membahagiakan jiwa selama tidak kau nodai dengan keburukan dosa atau lenyapnya rasa takut kepada Allah.
Ada 3 perkara merupakan akar dari penyakit, musibah dan celaka:
A.           Kami melihat dewasa ini orang-orang menjadi fakir kerana 5 perkara:
1.             Lebih membesarkan kebodohan daripada ilmu pengetahuan.
2.             Bangga dengan ilmu pengetahuan.
3.             Tidak ingin menyoal.
4.             Bangga dengan cara-cara dirinya sendiri.
5.             Terburu-buru ingin mendapatkann rezeki tanpa syarat.
B.            Selanjutnya mereka mendapatkan 5 macam cobaan:
1.             Mengutamakan bid’ah daripada sunnah.
2.             Mengikuti orang-orang yang batil, bukan yang benar.
3.             Menggunakan hawa nafsu dalam segala urusaan atau urusan-urusan yang penting.
4.             Mencari yang sementara, bukan yang hakiki.
5.             Menuduh tanpa kebenaran.
C.            Lalu tampillah mereka dengan 5 ciri:
1.             Merasa was-was dalam ibadah.
2.             Mengutamakan adat.
3.             Suka berfoya-foya.
4.             Bangga diri.
5.             Bersahabat dengan perhiasan dunia, seperti wanita dan anak-anak.
Syari’at, Hakikat Dan Tariqah
Jibril bertanya:  Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam.  Beliau menjawab:  Islam adalah engau mengucapkan Asyhadu an laa ilaha illallah, wa ana Muhammad Rasululllah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramdhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika mampu pergi.  Dia Menjawab:  Benar.  Kami menjadi hairan, dia bertanya tetapi membenarkannya.  Kemudian dia berkata:  Beritahukan kepadaku tentang Iman.  Beliau menjawab:  Iman adalah engkau percaya kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan percaya kepada takdir, kebaikan maupun keburukannya.  Dia berkata:  benar.  Lalu bertanya lagi:  Bertiahukan kepadaku tentang ihsan:  Beliau menjawab:  Ihsan adalah engkau menyembah Allah seolah-olah melihatnya.  Apabila engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya dia melihatmu.  Dia berkata:  Beritahukan kepadaku tentang kiamat.  Beliau menjawab:  Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.  Dia berkata:  Beritahu kepadaku tanda-tandanya.  Beliau menjawab:  Budak akan melahirkan tuannya, engkau akan melihat para pengembala yang bertelanjang dalam menggembala kambing, berlumba-lumba membangun bangunan-bangunan bertingkat.  Kemudian orang itu bangun dan pergi.  Rasulullah saw bertanya.  Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?  Dijawab:  Allah dan Rasulnya lebih tahu.  Kata beliau:  Itulah Jibril yang datang untuk mengajarkan tentang agama kamu (Riwayat Muslim).
Dari hadis di atas terlihat bahawa tingkatan agama itu ada 3:
1.             Islam
Bersaksi bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad saw adalah utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramdhan dan berhaji ke Baitullah bilam mampu melakukannya.
Dengan batasan seperti ini, maka semua orang Islam mesti melakukannya.  Apabila menghendaki tingkatan yang lebih tinggi, maka ia adalah tingkatan iman.
2.             Iman
Percaya kepada Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat, percaya kepada Qadha dan Qadar (takdir baik takdir buruk ataupun baik, manis mahupun pahit).
Penjelaslan tentang iman: 
Islam dan iman, mesti diwajibkan keduanya bersifat umum dan khusus.  Semua mu’min adalah muslim, tetapi tidak semua Muslim adalah mu’min.  Dalilnya firman Allah:  Orang-orang A’raab berkata.  Kami telah beriman.  Katakanlah (wahai Muhammad saw):  Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja.  Kami telah islam.  Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha pengampun, lagi maha mengasihani. (Al Hujuraat 49/14).
Iman itu memiliki 5 bahagian:
1.             Iman mathbu’ iaitu iman para Malaikat.
2.             Iman Ma’shum iaitu iman para Rasul dan Nabi.
3.             Iman Maqbul iaitu iman orang-orang Mukmin.
4.             Iman Mauquf iaitu iman para pengikut bid’ah.
5.             Iman Mardud iaitu iman orang-orang Munafik.
Pengasingan Iman:
1.      Iman Taqlidi.
2.      Iman Istidlali.
3.      Iman Tahqiqi.
Keterangan
1.             Iman Taqlidi adalah iman dalam mana-mana manusia yang mempercayai keesaan Allah dan semua yang diwajibkan dalam rangka beriman kepadanya secara Taqlid dan mengikut perkataan orang-orang yang alim di antara umatnya tanpa memrlukan pembahasan dan bukti-bukti.  Iman semacam ini dapat diragukan selama tidak diikuti oleh ketakwaan.
2.             Iman Istidlali adalah iman yang didukung dalil, yang dilakukan oleh ciptaan terhadap penciptanya, dengan dasar bahawa mustahil ada bekas tanpa pengaruh.  Seperti ada yang mengatakan:  Adanya kotoran menunjukkan adanya unta.  Maka tidakkah langit dan bumi merupakan bukti keberadsaan yang maha halus lagi mengeahui?  Seseorang ddapat mencari dalil bahawa kewujudan Allah didukung oleh pembahasan yang kuat yang didasarkan pada bukti-bukti aqli dan naqli, serta keberadaannya di dalam keesaan tersebut.
3.             Iman Tahqiqi adalah iman dalam mana hati manusia diliputi oleh keesaan Allah yang disertai oleh keesaan firmannya dan kepercayaan terhadap kalamnya, yang hal-hal yang diwajibkan untuk diimani secara syariat.  Ini merupakan kesaksian di mana seandainya seluruh penghuni bumi menentang keimanan yang berada di hati seseorang, maka orang tersebut tidak merasa ragu, curiga atau sangsi sedikitpun terhadap keimanannya.  Iman semacam ini terbentuk tatakla cahaya rububiyah muncul menerangi hati orang-orang yang gemar beribadah.  Gambaran iman Tahqiqi adalah seperti yang diucapkann oleh Ibnu Atha illah di dalam munajatnya:  Tuhanku, bagaimanakah cara membuktikan keberadaanmu dalam wujud kefakiran terhadapmu, untuk menjadikan munculnya sesuatu selain engkau yang tidak ditujukan bagimu sampai dialah yang terlihat bagimu tatkala engkau tiada, hingga memerlukan dalil yang menunjukkan keberadaanmu dan bila menjauh boleh menjadi bekas yang sampai kepadamu... hingga akhirnya.
3.             Ihsan
Adalah mengabdi kepada Allah seakan-akan kamu melihatnya dan apabila kamu tidak melihatnya, maka sesungguhnya dia melihat kamu.
Ini adalah tahap pertama golongan sufi.  Jadi, jangan mengatakanh bahawa seorang muslim adalah sufi, kekcuali kalau tingkatnya naik dari yang pertama, kemudian kedua, ketiga dan terus naik sampai ke tingkatan yang dikehendaki Allah.
Tahap-tahap dalam agama:
1.             Barangsiapa beramal dengan ilmunya, maka dia adalah alim di dalam maqam Islam.  Ilmu adalah urusan akal.  Allah berfirman:  Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya serta taatlah (akan perintah-perintahnya dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu.  Dan (ingatlah) , sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya dripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.  (At Taghaabun 64/16).
2.             Barangsiapa memegang adab bersama Allah dengan hatinya setelah beramal dengan ilmunya, maka dia adalah faqih dalam maqam iman dan faqih hati.  Allah berfirman:  (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang temaklum.  Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadatg Hajil  Dan apa jua kebaikan yang kamku kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekalan dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaipan meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaaku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).  (Al Baqarah 2/197).
3.             Baransiapa menyertai Allah dengan rohnya berserta kerahsiaannya setelah kealiman dan kefaqihannya, maka dia adalah arif di dalam maqam Ihsan.  Makrifat adalah urusan roh dan yang ghaib-ghaib.  Allah berfirman:  Wahai orang-orang yang beriman!  Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  (Ali Imraan 3/102).
4.             Dari sini tampaklah bahawa jalan Allah adalah satu, tetapi di dalamnya terdapat jarak dan semua petunjuk atau pemimpin bagi manusia berdasarkan kadar semangatnya dan apa yang sesuai dengan kelayakan dan darjah mereka.
1.             Orang yang alim hikmahnya menyucikan amal-amal perbuatan.
2.             Orang yang faqih tugasnya menyelamatkan keadaan.
3.             Orang yang arif kemampuannya adalah memantapkan hati-hati dari kecintaannya di dalam maqam ihsan, setelah menyucikan amal perbuatan dan menyelamatkan keadaan dengan memandang kepada Allah di dalam semua keadaan.
Alim, faqih dan arif merupakan jalan menuju Allah.  Namun kadang-kala si alim terhalang untuk menjadi faqih, sedangkan yang faqih dapat pula terhalang untuk menjadi arif.  Namun yang arif tidak menghalagi,bahkan dapat menyelamatkan keduanya, sebab yang tinggi tingkatannya secara otomatik mengetahui tingkatan yang lebih rendah dan bukan sebaliknya.  Itu sebabnya kita memandang si alim setelah fiqihnya menyelamatkan dirinya dari apa yang diingkarinya dan si faqih setalah marifatnya bertaubat atas apa yang dipercayai.
Ilmu para mutashawwif adalah ilmu yang tak terjangkau kecuali oleh samudera kecerdasan dengan kebenaran yang dilukiskan bagaimana mungkin diketahui oleh yang tak melihatnya dan bagaimana mungkin cahaya matahari dilihat oleh si buta.
Abu’l Qasim Ash Shaqli berkata:  Perbezaan antara keadaan mengetahui (alim) perintah dan arif kepada Allah bahawa orang alim akan memanggil anda untuk menegakkan fardhu-fardhu serta memelihara hukuman, sedangkan orang arif menyuruh kepada rasa malu dan pengawasan.  Sebab si alim berada dalam keadan takut dan gentar, sedangkan si arif berada dalam situasi rindu dan cinta.
Dapat disimpulkan bahawa amal perbuatan terbahagi 3:
1.             Amal Islam.
2.             Amal Iman.
3.             Amal Ihsan.
Atau
1.             Amal Ahli Al Bidayah.
2.             Amal Ahli Al Wasth.
3.             Amal Ahli An Nibayah.
Atau
1.             Amal Ibadah.
2.             Amal ‘Ubudiyah.
3.             Amal ‘Ubudah.
Atau
1.             Amal Syari’at.
2.             Amal Tariqah.
3.             Amal Hakikat.
Syariat adalah engkau menyembahnya, Tariqah adalah engkau menuju keapanya, sedang Hakikat adalah engkau menyaksikannya.
Syariat adalah penyucian zahiriah, Tariqah adalah penyucian jiwa, sedangkan Hakikat adalah penyucian rahsia.
Berdasarkan hal itu, maka penyucian zahiriah terbahagi 3:
1.             Taubat.
2.             Takwa.
3.             Istiqamah.
Penyucian hati atau jiwa terbahagi 3:
1.             Ikhlas.
2.             Jujur.
3.             Tenang (thuma’ninah).
Sedangkan penyucian rahsia terbahagi 3:
1.             Memperhatikan.
2.             Menyaksikan.
3.             Ma’rifat.
Atau boleh juga dikatakan;
1.             Penyucian zahiriah dilakukan dengan menjauhi larangan dan menjalankan perintah.
2.             Penyucian jiwa dilakukan dengan mengosongkan diri dari keburukan dan mengisinya dengan kebajikan
3.             Penyucian rahsia yang berkaitan dengann roh dilakukan dengan mengorbankan dan merosak diri sampai menjadi beradab dan biasa dengan adab-adabnya, disertai dengan sikap tawadhu dan akhlak yang baik.
Diantara hasil penyucian jiwa ialah untuk memenuhinya dengan ilmu, marifat dan cahaya.  Berdasarkan hal ini, seorang muslim tidak berpindah dari maqam yang satu ke maqam yang lain sebelum mencapai keberhasilan pada maqam yang lebih rendah.  Jadi, tidaklah dia dapat sampai ke amal tariqah sebelum berhasil menyempurnakan amal syariat.  Dia juga harus memenuhi setiap syarat, rukun dan bahagian dari takwa, taubat dan istiqamah.  Kata orang:  Barangsiapa bercahaya pada awalnya juga akan bercahaya pada akhirnya.
Barangsiapa yang diawalnya terbakar, maka pada akhirnya bercahaya.  Maksudnya, pada mulanya seseorang perlu berjuang, memerangi nafsu, memperbanyak taat dan zikrullah, barulah memancar di atasnya mentari hidayah dan cahaya-cahaya makrifat.
Seseorang bertanya kepada Syeikh Abdullah Bin Alawi Al Haddad ra:  Apa maksudnya menuju kepada Allah?  Dia menjawab:  Menuju kepada Allah ialah menyucikan jiwa raga dari akhlak-akhlak dan amalan yang mungkar.  Ia juga merupakan pendekatan diri kepada Allah secara maknawi.  Setiap kali dia menjadi lebih suci dan baik, maka dia semakin dekat kepada Allah.
Namun salik yang berjalan di atas maqam-maqam masing-masing keadaan (ahwalnya) tidak mengetahui dan tidak dapat menggambarkan hal itu.
Syariat adalah perbuatan yang dilakukan sesuai dengan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah melalui lisan Nabinya.  Apa yang disyariatkan oleh Allah disebut syariat sehingga ilmupun disebut sebagai syariat, sedangkan pengamalannya disebut sebagai tariqah.  Adapun hasil dari buah itu, yang diantaranya adaalah terlihatnya wajah Allah secara tak terduga dan berhenti di atas haqqul yaqin, disebut sebagai Hakikat.
Yang sampai kepada Allah yang maha tinggi adalah orang yang ilmu dengan Allahnya telah mencapai batas akhir.  Ini sepereti ilmu para ulama dibanding makhluk Allah yang lain.  Orang-orang yang berada di tahap ini memiliki berbagai perbezaan yang tak terbilang.
Barangsiapa mencapai maqam ini memiliki 2 keadaan.  Salah satunya ialah al Jam’u (kesatuan) iaitu mendalam pengelamannya tentang keagungan Allah, serta sifat-sifat keindahan dan keagungannya.  Sedangkan yang satu lagi adalah Al Farqu iaitu melihat dengan basirah (jiwanya) akan Allah swt dengant tidak mempunyai rupa dan bentuk.  Apabila dikatakan telah sampai kepada arif akan Allah, maka dia berada dalam keadaaan fana, iaitu leburnya peribadi pada kebaqaan Allah.  Dalam keadaan ini tak ada lagi kekhuwatiran dan tidak ada kewujudan dirinya.  Yang tampak hanya Allah semata-mata.  Golongan inilah yang ciri-cirinya diisyaratkan oleh Nabi saw dengan sabdanya:  Waktu tidak mencukupi selain hanya untuk Tuhanku.
Tidak ada sesuatu yang dapat membantu seorang hamba untuk sampai kepada Allah, kecuali dengan memperbanyakkan zikrullah melaksanakan segala perintahnya, serta menjauhi semua larangannya, dengan menampakkan kerendahan hati, kefakiran dan penyucian diri.  Kekuasan dan kekuatannya dikembalikan kepada kekuasaan dan kekuatan Allah, serta melihat kurnia dan pemberian Allah.
KESIMPULAN
Tidak ada hakikat tanpa amal dengan syariat dan tariqah dan tidak ada tariqah tanpa amal dengan syariat.  Ini merupakan tingkatan di dalam agama untuk mencapai redha Allah.
PARA SUFI BERPEGANG TEGUH KEPADA SYARIAT
Kata Al Ghazali:  Ketahuilah bahawa salik jalan Allah itu hanya sedikit, tetapi yang mengaku-ngaku sebagainya banyak sekali.  Kami akan memberitahukan kepada anda ciri-ciri mereka, iaitu bahawa semua amalan ikhtiyariyahnya ditimbang dengan neraca syariat dan mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan, baik masuk, keluar, maju, mundur, sebab suluk jalan ini tidak dapat dilakukan kecuali setelah seseorang mengenakan pakaian kebaikan syariat secara sempurna.  Pun tidak akan sampai ke dalamnya kecuali orang-orang yang memelihara nawafil.  Mereka, bagaimana mungkin seseorang yang mengabaikan fardhu-fardhu dapat disampai kepada hal itu?
Imam Abu’l Hasan Asy Syadzili berkata:  Apabila pengelihatan anda pada kitab dan sunnah terhalang, berpeganglah erat kepada kitab dan sunnah, lalu lemparkanlah dengan pengelihatan itu ke dinding dan katakan kepada diri sendiri:  Hai nafsu, Allah sudah menjamin perlindungan bagimu di dalam kitab dan sunnah dan tidak menjamin bagimu selain kasyaf, ilham dan kesaksian.  Tidaklah dia mesti dilakukan dengan kasyaf, kesaksian atau ilham, kecuali setelah engkau menyangkutkan dengan kitab dan sunnah.
Kalau anda melihat seseorang mengajak kepada suatu keadaan tetapi dia sendiri menyimpang dari perintah syariat maka janganlah mendekatinya.
Barangsiapa mengajak kepada Allah dengan cara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, maka dia adalah orang yang suka melakukan bidah.
Abu Sulaiman Ad Darani berkata:  Mungkin telah jatuh di dalam hatiku setitik noda dari suatu kaum selama beberapa hari.  Maka aku tidak akan menerima hal itu kecuali dengan 2 saksi yang adil, iaitu kitab dan sunnah.
Imam Junaid berkata:  Barangsiapa tidak hafal Al Quraan dan tidak menulis hadith, tidak boleh dijadikan teladan dalam masalah tasawuf, sebab ilmu kita ini dibatasi oleh Kitab dan Sunnah.
Semua jalan tertutup bagi makhluk kecuali bagi yang mengikuti athar Rasulullah.
Apabila mahu melihat seseorang berjalanm di atas air atau terbang di langit, janganlah menghiraukan dia, sebab syaitanpun terbang dari timur ke barat dan berjalan di atas air.  Namun lihatlah dia dalam meneladani kitab dan sunnah, sebab syaitan tidak mampu melakukan hal itu selama-lamanya.
Syeikh Abu Yazid Al Busthami berkata:  Andaikata ada seseorang yang membentang sejadahnya di atas air dan berputar-putar di angkasa, janganlah kamu terpengaruh kepadanya sampai kamu melihat bagaimana sikapnya dalam hal-hal yang diperintahkan dan yang dilarang.
Ketika seseorang berkata kepada Abu Yazid:  Si Fulan berjalan dalam satu malam ke Makkah, dia menjawab:  Syaitan berjalan dalam tempoh satu jam dari Timor ke Barat, tatapi Allah mengutuknya.
Si Fulan berjalan di atas air dan terbang di udara.  Dia menjawab:  Burung terbang di udara dan ikan berenang di permukaan air.
Andaikata kamu melihat seseorag menampakkan karamahnya sampai dapat naik ke langit, janganlah terpengaruh kepadanya sampai engkau melihat bagaimana sikapnya tentang hal-hal yang diperintahkan dan yang dilarang, serta memelihara hukum dan memenuhi syariat.
Syeikh Ibrahim Ad Dasuqi berkata:  Jalan kami ini jelas berdasarkan kitab dan sunnah.  Maka barangsiapa membawa sesuatu yang tidak berasal dari kitab dan sunnah, di bukan berasal dari golongan kami dan saudara-saudara kami.  Kami bebas dari mereka di dunia mahupun di akhirat, walaupun mereka menyandarkan dirinya kepada kami dengan pengakuannya.
Syeikh Ibnu Atha illah As Sakandari berkata:  Barangsiapa merutinkan dirinya dengan adab syariat, maka Allah akan menerangi hatinya dengan cahaya marifat.  Dan tidak ada yang melebihi maqam mengikut al habib Rasulullah saw.dalam perintah, perbuatan, serta akhlaknya.  Maka barangsiapa mengaku bahawa antara dirinya dengan Allah terdapat sesuatu, maka dia dikeluarkan dari batas-batas ilmu syariat.  Sesungguhnya dia benar-benar sesat dari kebenaran.
GUGURNYA KEWAJIBAN (TAKLIF) DARI MANUSIA
Mengenai gugurnya kewajiban ini, tidak ada satu sufi pun yang mengatakannya.  Barangsiapa mengakui hal tersebut, bererti dia keluar dari Islam.
Dikatakan keapada Al Junaid:  Ada ahli makrifat di antara orang-orang yang berkata bahawa meninggalkan aktiviti (solat, puasa dan lain-lain) termasuk bahagian dari kebaikan takwa.  Al Junaid menjawab:  Ini adalah perkataan orang yang bermaksud menggugurkan amal-amal  Bagiku, ini adalah masalah besar.  Orang yang mencuri dan berzina lebih baik keadaannya daripada yang mengatakan seperti itu.  Sesungguhnya orang arif akan Allah mengambil amal-almalnya dari Allah yang maha tinggi dan kepada Allah pula dikembalikan.  Andaikan aku hidup selama seribu tahun, nescaya tidak akan kukurangi amal kebaikanku sebutir pun.
KESIMPULAN
Amal dengan syariat adalah prinsip yang berlaku di kalangan sufi.  Barangsiapa mengakuji selain itu, bererti dia keluar dari Islam.
PRINSIP-PRINSIP AMAL DI DALAM TASAWUF
Prinsip-prinsip amal bagi sufi didahului oleh beberapa perkara penting, iaitu:
Pertama:  Bertakwa Kepada Allah.
Bukti dari hal ini adalah adanmya rasa takut dan kepatuhan untuk melaksanakann perintah-perintahnya serta menjauhi larangan-larangannya.  Seorang sufi tidak akan terlihat di tempat manapun yang dilarang dan tidak akan hilang di tempat manapun yang diperintahkan.  Ini menjadikan ketekunan di dalam ibadah-ibadah fardhu ataupun sunnah dan semuanya dikerjakan dengan sempurna syarat, rukun dan adabnya dengan penuh keikhlasn, juga tiak meremehkan ketaatan terhadap sesuatu walaupun sekecilnya.
Ja’far Ash Shadiq ra berkata:  Sesungguhnya Allah menyembunyikan 3 di dalam 3:  Pertama, redhanya di dalam taat kepadanya.  Maka janganlah menghina sesuatu, sebab mungkin redhanya berada di dalamnya.  Kedua, murkanya di dalam kemaksiatan kepadanya.  Maka jangan mencela sesuatu, sebab barangkali murkanya berada di dalamnya.  Ketiga, dia menyimpan walayahnya di dalam diri hambanya.  Maka janganlah menghina seorang dari mereka kerana mungkin dia adalah wali Allah.
Menuju kepada keikhlasan kerana Allah di dalam semua amalan diawali denan niat, meskipun untuk mengerjakan hal-hal yang kecil.  Maka berniatlah makan untuk bertakwa di dalam ibadah, mendekati isteri kerana kesucian dirinya dan isterinya dan begitu seterusnya.
Sebahagian sufi salaf berkata:  Aku senang mengerjakan bagi diriku segala sesuatu dengan meniatkannya, baik dalam makan, minum, tidur, bahkan masuk ke bilik mandi.  Semua itu termasuk hal yang dapat digunakan untuk bertaqarrub kepada Allah, sebab seluruhnya merupakan sebab bagi kebaikan tubuh dan terangnya hati untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban agama.  Dari makan seseorang dapat mnenuju kepada ketakwaan di dalam ibadah.  Dari menikah, seseorang dapat memelihara agamanya dan memberikan ketenangan hati kepada keluaganya.  Bertawassul kepada anak yang beribadah kepada Allah sepeniggalnya akan mengalirkan pahala untuknya.  Maka janganlah mencela sesuatu aktiviti dan perkataan.  Hisablah dirimu sebelum kamu dihisabkan, renungkanlah dirimu sebelum melakukan apa yang hendak engkau lakukan, dan letakkan niatmu termasuk dalam hal-hal yang akan engkau tinggalkan
Membanyakkan kebesaran Al Khalik di dalam semua amalan yang dilakukan akan menghantarkan seseorang ke maqam ihsan.  Langkah lain adalah dengan berusaha memahami kata-kata yang diucapkan di dalam solat, doa atau bacaan Al Quraan yang mulai, bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan, mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan makan, minum dan pakaiannya, mengurangi tidur dan makan hingga terasa takut akan Allah dan sebagainya.  Bila hal-hal semacam itu dapat dilakukan, maka seseorang akan tumbuh rasa takutnya kepada Allah, membatasai matanya dari memandang hal-hal yang tak perlu (sebab orang yang berlebihan pandangannya akan banyak kesedihannya pada hari kiamat), selalu merasa kurang dalam ibadah, bersegera dalam menunaikan fardhu-fardhu bila sudah dekat waktunya, memperbanyak amal-amal sunat sampai dicintai oleh Tuhan, memelihara wirid secara istiqamah (berterusan) (sebab Allah paling suka dengan amal yang istiqamah meskipun sedikit), berusaha mengendaliakn diri sekuat tenaga supaya tidak cenderung kepada kesenangan (yang sebenarnya meruakan fitrah manusia).
Ibnu Atha Illah As Sakandari berkata:  Bagaimana mungkin keuntungan akan mendatangimu, sedangkan engkau tidak mahu mendatangi keuntungan.  Sikap sebagaimana disebutkan di atas tidak bererti berlebih-lebihan atau ekstrim dalamberagama  Telah diriwayakan bahawa Nabi saw bersabda:  Sesungguhnya agama ini kukuh.  Maka masuklah ke dalamnya dengan lemah lembut, sebab asalnya tidak ada tanah yang memotong dan tidak ada punggung yang tetap (tegak).
Ini merupakan upaya mencontohi setiap persoalan dengan semangat dan ijtihad yang sungguh-sungguh, dengan keyakinan di setiap waktu bahawa dia sedang berada dalam ujian dan cobaan di setiap perbuatan yang dilakukannya, dia akan selalu ingat bahawa maut dapt ddatang sewaktu-waktu, dan pada saat itu dukacita tak ada manfaat lagi, dia akan selalu memelihara dirinya dari syubahat, menerapkan adab ubudiyah dengan meneladani ubudiyah Nabi saw dan agar sentiasa ingat terhadap ubuydiyah beliau.
UBUDIYAH NABI SAW
Allah berfirman:  Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari  dari Masjid Al Haram di Mekkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kam.  Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar, lagi maha mengetahui.  (Al Isra’ 17/1).
Mengapa Allah mengatakan hambanya?  Sebab Allah mengizinkan beliau pada malak israk dan miraj, diharapkan oleh Allah atas apa yang dikehendakinya.  Maka Rasulullah saw menghendaki kesempurnaan ubudiyah kepada Allah disandarkan kepada dirinya kemudian Allah menerima seperti yang dikehendakinya.
Rasulullah saw bergembira, kerana telah tarkabul cita-citanya pada malam israk dan miraj.  Tatakala beliau duduk tanpa beralaskan sesuatu dalam jarak 2 hujung busur panah dengannya.  Dia berfirman kepadanya:  Sesungguhnya bila Musa menginginkan, maka engkaulah yang diinginkan dan kalau Ibrahim mencintai, maka engkaulah yang dicintai.
Mengapa Allah berkata:  Hambanya dan bukan Nabinya atau kekasihnya atau Muhammad;  Maka kami dapat menjawab bahawa Allah menggunakan kata itu berdasarkan 2 sebab:
1.             Untuk mencegah agar umatnya tidak sesat lagi sebagaimana umat Al Masih yang menyebut dia sebagai Tuhan.
2.             Kerana sebutan ubudiyah yang digabungkan kepada Allah merupakan maqam yang paling tinggi.
Apakah ubudiyah dengan penyandaran kepada Nabi saw lebih utama daripada risalahnya?  Jawabnya:  Ubudiyah Rasulullah saw lebih utama dibanding risalahnya, sebab ubudiyah bergantung kepada yang maha pencipta, sedangkan rilasalah bergantung kepada ciptaan.  Oleh itu, Allah berfirman:  Telah memperjalankan hambanya atau menurunkan kepada hambanya, bukan kata:  Telah memperjalankan Rasulnya atau menurunkan kepada rasulnya.  Dia mengajarkan syahadat dengan:  Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hambanya dan Rasulnya.  Kesempurnaan adalah bagi Allah saja.  Kalaupun kesempurnaan itu tampak pada diri seorang hamba, maka itu Cuma bentuk luarannya, sedangkan yang tampak sebenar adalah Allah yang maha tinggi bersereta kesempurnaannya.
DARJAT-DARJAT UBUDIYAH
1.             Ibadah:  Merupakan tampilan yang paling rendah dan merupakan ibadah orang-orang awam.
2.             Ubudiyah:  Merupakan tingkatan tertinggi dari ibadah, sebab ia merupakan permulaan dari kerendahan dan merupakan ibadah orng-orang khawash.
3.             Ubudah:  Merupakan tingkatan di atas ubudiyah dan ibadah.  Ia adalah mengerjakan perbuatan-perbuatan yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang kerana diperintahkan olehnya dan kerana zatnya layak untuk itu dan bukannya kerana takut terhadap siksanya atau mengharapkan syurganya.  Kepada golongan inilah Allah berfirman:  Oleh itu kerjakan solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).  (Al Kauthar:  108/2).  Inilah ibadah orang-orang Khawashul khawash.
Rabiah Al Adawiyah berkata:  Ya Allah, bila aku menyembah engkau kerana mengharapkan syurgamu, maka haramkanlah aku darinya.  Kalau aku menyembah engkau kerana takut kepada nerakamu, maka bakarlah aku dengannya.  Dan Kalau aku menyembah engkau kerana cinta kepada hadiratmu yang mulia, maka janganlah kau haramkan aku untuk melihat hadiratmu yang mulia.
Imam Ali berkata:  Ada segolongan orang yang menyembah Allah kerana maksud tertentu, maka itu adalah ibadah ahli perniagaan.  Ada segolongan orang yang menyembah Allah kerana rasa gementar maka itu adalah ibadah hamba abdil.  Dan ada segolongan orang yang menyembah Allah kerana rasa syukur, maka itu adalah ibadah orang-orang merdeka.
Sesungguhnya Allah tidak menciptakan makhluk kecuali untuk beribadah sesuai dengan kemampuan mereka, supaya mendapatkan penghormatan dan penghagaan di sisinya dan tidak memaksanya kepada mereka.  Kalau dia memaksanya kepada medreka, maka akan kau temukan hal itu dalam diri mereka, padahal dia maha kaya daripada mereka dan ibadah mereka.
Mereka diciptakan untuk beribadah sebagai kewajiban dan pilihan, tanpa menggunakan kekuatan dan paksaan.  Barangsiapa diberi taufik oleh Allah, dia akan melakukan ibadah sesuai dengan tujuan penciptaan dirinya.  Dan barangsiapa dihinakan olehnya, dia akan diharamkan dari ibadah dan melakukan perbuatan dengan sesuatu yang dia dicitakan untuk itu.
Amalkanlah, maka masing-masing akan dimudahkan kepada apa yang dia diciptakan untuknya.  (Hadis).
Dan (ingatglah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.  (Adz Dzaariyaat 51/56).
Makrifat tersimpan di dalam sifat-sifat ubudiyahnya.  Adapun makrifatnya boleh dibagi menjadi 2, iaitu makrifat sifat keindahannya, dan makrifat sifat keagungannya, yang setiap satu dari keduanya menunjukkan penampilan tersendiri.  Ubudiyah mencakup kedua penampilan tersebut secara negatif dan positif.  Barangsiapa tertarik kepadanya, kemudian berserah diri dan merasa ridha sebagaimana diperintahkan kepadanya, maka yang tampak adalah sifat-sifat keindahan.  Barangsiapa melawannya dengan tentangan dan kesombongan, maka yang tampak adalah sifat-sifat keagungan.
Allah menciptakan orang-orang yang diterima untuk mengabdi kepadanya dan ini menampilkan sifat kelembutannya.  Sebaliknya, Allah menciptakan orang-orang yang ditolak untuk mengabdi kepada hawa nafsu, lalu hal ini menampilkan sifat-sifat keperkasaannya.
Ubudiyah meliputi 2 penampilan dan hikmahnya tidak menginginkan persertujuan dari siapapun tentang tauhid, ibadah, keikhlasan dan pendekatan yang semuanya hanya untuk Allah.  Sesungguhnya hal-hal itu termasuk yang diperlukan di dalam arus hidup.
ADAB-ADAB UBUDIYAH
1.             Adab di Hadapan Allah
Termasuk adab yang penting bagi seorang sufi terhadap Al Haq adalah mengawasi dirinya secara lahiriah maupun batiniah di dalam semua hal dan melakukan hal yang sama meskikpun berada di hadapan seorang Raja, mengingat Allah di setiap waktu, memelihara dirinya supaya tetap bersih dan suci, sehingga setiap kali buang angin segera berwudhu dan sesuai wudhu lalu shalat dua rakaat.
Diterima dari Abu Hurairah ra:  Rasulullah bersabda kepada Bilal:  Wahai Bilal, beritahukanlah kepadaku perbuatan yang paling mulia yang kau kerjakan di dalam Islam sehingga aku mendengar suara sepatumu di syurga.  Bilal menjawab:  Aku tidak melakukan sesuatu yang ternilai di dalam diriku.  Hanya saja kalau bersuci, baik pada waktu malam atau siang, aku melakukan shalat dua rakaat dengan hal itu selama aku dapat melakukan shalat.  (HR Bukhari dan Muslim).
Dia tidak bermunajat kepada Allah kecuali mulutnya bersih, tidak mengeluarkan bau yang tidak sedap, sebab selalu menjaga pemakaian siwak, baik pada waktu doa, shalat, maupun meyebut nama Allah.
Abu Yazid ra berkata:  Aku tetap melakukan sejak 30 tahun yang lalu, setiap kali ingin menyebut Allah terlebih dulu berkumur dan  mencuci lidahku untuk menghargai Allah yang hendak ku sebut.
Tidak menjulurkan kaki ketika sedang berada di mihrab.  Berkatalah Abdullah Al Jurairi:  Selama 20 tahun aku tidak pernah menjulurkan kakiku saat duduk di dalam khalwat, kerana kesempurnaan adab terhadap Allah adalah hal yang ku utamakan.
As Sirri berkata:  Aku pernah mengerjakan shalat dan membaca wirid pada suatu malam dengan menjulurkan kaki ke arah mihrab.  Mendadak aku diseru:  Hai Sirri!  Seperti itukah kalau engkau duduk bersaama sang Raja?  Aku langsung melipat kakiku dan berkata:  Demi kemuliaanmu, aku tidak akan lagi menjulurkan kaki sama sekali.  al Junaid berkarta:  Maka selama 60 tahun, As Sirri tidak pernah menjulurkan kakinya, baik pada waktu malam maupun siang.
Rasulullah Saw bersabda:  Makanlah sebagaimana makannya seorang hamba dan duduklah seperti duduknya seorang hamba (HR Abu Ya’la, Ibnu Hibban dan Al Hakim di dalam At Tarikh).
Al Muhasibi tidak pernah duduk dengan bersandar di dinding dan tidak duduk disuatu tempat kecuali dengan sikap rendah hati.
Abu Ad Daqqaq tidak pernah bersandar kepada sesuatu.  Pada suatu hari ketika dia berada di dalam sebuah kelompook, seseorang menaruh bantal di belakang punggungnya.  Dia pun bergeser sedikit, lalu membayangkan bahawa dia sudah terhalang dari bantal tersebutl.  Kerana tidak ada sarung bantal atau seajadahnya, akhirnya dia berkata:  Aku tidak mau bersandar.
Dia menjauhkan dari hadhirat Allah apa yang ingin dijauhkannya dari yang lain.  Maka dari itu, dia tidak mahu duduk di tempat yang dia sendiri tak suka orang lain duduk di situ.  Dia tidak mau bertelanjang dan melarang orang lain melakukannya meski ke tempat mandi, kerana berpegang kepada sopan santun terhadap Allah.  Dia tidak suka mendustai dirinya sendiri, tidak berlebihan dalam makan dan minum ketika sendirian, tidak mau berbuat dosa sekalipun di tepat sepi dan hanya dosa kecil.  Apabila memintakan keperluannya kepada Allah, pertama kali diucapkannya terima kasih kepadanya kerana telah mengutus kekasihnya, Muhammad saw baru kemudian mengajukan permohonannya.
Allah berfirman:  Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kemu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu?  Dan kenanglah ketika Allah menjhadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu.  Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya.  (Al A’raaf 7/69).
Rasulullah bersabda:  Nabi saw mendengar seorang berdoa di dalam shalatnya tanpa membaca selawat baginya.  Nabi saw pun bersabda:  Ini terburu-buru.  Kemudian beliau memanggil orang itu dan bersabda kepadanya serta kepada orang-orang lain:  Apabila salah seorang dari kamu mendirikan shalat, maka mulailah dengan memuji dan mengagungkan Allah, lalu membaca selawat bagi Nabi saw, baru setelah itu mintalah apa yang diperlukan.  (Dari Fudhalah Bin’Ubaid ra).
 Abu Sulaiman Ad Darani berkata:  Barangsiapa ingin memohon suatu kepada Allah, maka mulailah dengan membaca selawat bagi Nabi saw, lalu mengutarakan kehendaknya dan mengakhirinya dengan selawat bagi Nabi saw, Nescaya Allah akan menerima dua selawat dan dia lebih pemurah daripada meninggalkan apa yang ada di antara kedua selawat itu.
2.             Merendahkan Diri Dan Merasa Kurang Dari Allah
Perlu diketahui bahawa di dunia ini tidak ada wujud kecuali Tuhan dan hamba,  Maka seorang sufi mesti merasakan keagungan rububiyah dan kehinaan dirinya, serta menempatkan diri di pintu Tuhannya dengan penuh kehinaan, kefakiran, ketenangan dan keperluan, sekaligus menjadikan sifat rububiyah sebagai tempat bergantung dan sifat ubudiyah sebagai sesuatu yang tetap.  Jadi apabila seseorang memohon sesuatu kepada Allah, Allah memberi dengan sifatnya, bukan dengan sifat seseorang itu  Bukankah iblis tersingkir dari sifat kesempurnaan dan tidak dapat lagi tinggal di dalam syurga hanya kerana sesuatu sifat?  Dia meminta, kemudian diberi apa yang diminta.  Katanya setelah terusir:  Iblis berkata:  Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).  (Al A’raaf 7/14).
Allah berfirman:  Sesungguhnya engkau dari golongann yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).  (Al A’raaf 7/15).
Apakah seorang mukmin yang berakal, akan percaya bila hanya diberi dengan menyebut Allah, setelah dia berfirman:  Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga hari kiamat.  (Shod 38/78).
Namun dia diberi dengan sifatnya yang baik, sebab Allah merasa malu kalau dimintai sesuatu menolaknya dengan hampa, sebab Allah adalah maha pemurah dan maha memberi tanpa janji dan kalau berjanji pasti akan ditepati.
Diantara kata-kata mereka:  Kalau engkau menngarahkan hati kepada Allah, maka menghadaplah kepadanya dengan keadaan benar-benar fakir dan hina.
Allah berfirman:  Dan sunggguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang).  Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangann itu).  (Ali Imran 3/123).

Maka tidaklah seseorang meminta sesuatu kepadanya kecuali dengan berserah diri dan mengembalikan ilmu kepadanya, bukan dengan menyibukkan diri dalam kenikmatan sampai mengabaikan sang pemberi nikmat.

0 ulasan: