KATA-KATA ALUAN
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada aspek
hubungan silaturahim di dalam masyarakat terutama yang melibatkan insan.
Islam memerintahkan kita supaya menjalinkan hubungan silaturahim
dan menjaga hak-hak kerabat.
Terdapat ayat al Quraan dan hadis nabi yang memberi perhatian
dalam hal ini sama ada dalam bentuk suruhan mahupun menyatakan hukuman
memutuskan silaurahim.
Sejak kebelakangan ini wujud satu sikap yang lebih mementingkan
dan mengutamakan diri sendiri yang menyebabkan berlakunya kerenggangan dan
pudarnya hubungan di kalangan insan.
Terdapat segelintir mereka yang tidak memperdulikan permasalahan
dan kesulitan yang berlaku sesama mereka yang memperlihatkan tidak ada rasa
kasih sayang dan kemesraan, ditambah dengan pertelingkahan dan permusuhan.
PENDAHULUAN
Agama Islam amat menitikberatkan tataacara kehidupan ummah. Sesaorang itu tidak dapat mengelakkan diri
daripada terlibat dalam kehidupan bermasyarakat yang terdiri dari pelbagai
golongan.
Dalam masyarakat kita akan berhadapan dengan jiran tetangga,
kaum kerabat dan juga orang lain karenah orang dalam parti sesama Islam dan
bukan Islam. Setiap kumpulan terdapat
hak-hak yang sepatutnya dijaga dengan baik.
Satu daripada hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang dalam
masyarakat ialah ‘hak insan’. Hak-hak
insan ini telah dijelaskan dalam al quraan dan juga hadis Rasulallah saw.
Sesungguhnya banyak kelebihan yang akan diperolehi apabila
hak-hak mereka ini ditunaikan sebagaimana yang terkandung dalam banyak hadis.
Melalui penunaian hak-hak ini, bukan sahaja dapat mengeratkan
hubungan, malah akan mewujudkan satu masyarakat yang hidup dalam suasana mesra
dan berkasih sayang antara satu sama lain.
Kerana itulah ajaran Islam melarang umatnya memustuskan silatulrahim.
SARANAN
AL QURAAN
MENGENAI
HAK KERABAT
Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang
musafir haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan
boros yang melampau. (Surah Al Israk 17:26).
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukann
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhinya (surah an Nahl 16:90).
Maka (bagi menyatakan sikap syukur) berikanlah kepada kerabatmu
dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; Pemberian yang demikian adalah baik bagi
orang-orang yang bertujuan memperoleh keredaan Allah dan mereka itulah
orang-orang yang berjaya.(Al Rum 30:38).
HAK-HAK KERABAT
1.
HAK-HAK
KEJIRANAN
Kaum kerabat yang hidup dalam satu kelompok jiran, juga
mempunyai pelbagai hak sebagai seorang jiran.
Berdasarkan kepada beberapa hadis, hak seseorang sebagai jiran
seperti berikut:-
a)
Menziarahinya
apabila sakit.
b)
Mengiringi
jenazahnya ke kubur setelah mati.
c)
Meminjamkan
sesuatu apabila diminta pinjam.
d)
Memberi
pertolongan apabila diminta pertolongan.
e)
Menunaikan
hajatnya.
f)
Memberi
ucapan taniah.
g)
Memberi
ucapan takziah apabila ditimpa musibah.
h)
Memberikan
laluan (jalan) masuk ke rumahnya.
i)
Mengagihkan
masakan atau makanan kepadanya.
j)
Memberikan
buah-buahan yang dibawa balek ke rumah.
k)
Menjaga
maruah dan kehormatan mereka.
l)
Menjaga
keselamatan harta benda mereka.
m)
Bermanis
muka bila berjumpa.
n)
Mengeluarkan
tutur kata yang baik.
o)
Mengasihi
mereka.
p)
Memberitahu
atau mempelawa mereka terlebih dahulu, jika hendak menjual sesuatu.
2.
MENUNAIKAN
HAK MEREKA SEBAGAI ORANG ISLAM
Sebagai seorang Islam, kaum kerabat juga
mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh seseorang.
3.
NAFKAH
DAN SARA HIDUP
Seseorang ibu atau bapa terutama yang uzur
atau telah tua yang tidak mampu menyara hidup sendiri serta kaum kerabat (sanak
saudara) yang daif atau miskin adalah berhak mendapat nafkah (sara hidup)
daripada anak-anak atau kerabatnya yang senang atau kaya.
Sesiapa yang memiliki kekayaan hendaklah
membelanjakan atau infaq sebahagian daripadanya untuk membantu ibu bapa dan
sanak saudaranya atau kaum kerabatnya yang memerlukan pertolongan untuk
meneruskan kehidupan.
Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad): Apakah yang akan mereka
belanjakan (dan kepada siapakah?)
Katakanlah: Apa juga harta benda
(yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada 2 ibu bapa dan kaum
kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang
terlantar dalam perjalanan dan apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis
kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas
dengan sebaik-baiknya). (Al Baqarah
2/215).
Rasulullah saw telah memberikan satu garis
panduan kepada seorang lelaki tentang tanggungjawab dan kaedah infaq atau cara
hendak membelanjakan harta yang dimiliki.
Mulakan dengan perbelanjaan untuk diri
kamu, jika ada lebihan, maka belanjakanlah untuk ahli keluargamu, jika ada lagi
lebihan, maka belanjakanlah untuk kaum kerabat kamu, jika ada lagi lebihan, maka
belanjakan untuk orang begini dan begini .... (Riwayat Muslim).
4.
HUBUNGAN
SILATURAHIM
Mewujudkan hubungan silaturahim dan memberi
kebaikan kepada kaum kerabat merupakan perkara yang dituntu oleh Allah saw.
Kamu keluarkan zakat daripada hartamu
kerana zakat itu pembersih yang membersihkan dirimu dari segala kekotoran dan
kamu hubungi kaum kerabatmu serta kenali hak orang miskin, jiran tetangga dan
orang yang meminta (Riwayat Ahmad dan Al Tabrani Fi Al Ausat).
Orang yang mengadakan hubungan silaturahim
terutamanya setelah berlakunya krisis atau terputus hubungan, lalu disambung
segera hubungan itu, maka dialah orang yang sebenar-benar melaksanakan hubungan
silaturahim yang diistilahkan oleh baginda Rasulullah saw sebagai al wasil.
Al Wasil atau penghubung yang sebenar ialah
orang yang apabila terputus hubungan rahim atau kerabatnya, dia segara
menyambungkannya semula (Riwayat At Tirmizi dan Bukhari).
HUKUM
MENGADAKAN HUBUNGAN
SILATURAHIM
Tiada khilaf di kalangan ulama bahawa
melaksanakan silaturahim adalah wajib dan memutuskannya merupakan satu maksiat
atau dosa yang besar. (al Qadi Iyad).
Bagi orang yang telah sedia ada hubungan
baik dengan kaum kerabatnya, adalah haram dia memutuskan hubungan
silaturahim. Memulakan membuat baik
kepada kaum keluarga adalah sunat, sekiranya tiada beraku putus hubungan
silaturahim. Memutuskan hubungan
silaturahim selepas terjalinnya hubungan, merupakan satu perbuatan dosa besar.
(Al Syeikh Sulaiman Al Bujairimi).
HUBUNGAN SILATURAHIM DENGAN KERABAT BUKAN
ISLAM
Harus merapatkan hubungan dengan kaum
kerabat yang kafir dengan membuat baik kepada mereka. Harus juga memberi hadiah kepada mereka. Sayyidina Umar al Khattab pernah
menghadiahkan sehelai kain bersulam benang sutera kepada saudara lelakinya yang
masih musyrik di Mekah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Umar ra telah melihat kain yang disulam
dengan benang sutera sedang dijual.
Beliau berkata: Wahai Rasulullah
saw apalah kiranya kamu membelinya untuk diberi kepada rombongan yang datang
menemui kamu dan dipakai pada hari Jumaat.
Baginda berkata: Sesungguhnya
yang memakai kain ini ialah orang yang tiada akhak. Selepas itu Nabi saw telah menghantar kain
bersulam benang sutera kepada Umar untuk dia pakai, Umar berkata: Kamu mahu saya memakainya. Sedangkan aku telah mendengar kamu
memperkatakan mengenainya? Baginda
menjawab: Sesungguhnya aku memberikan
kepadamu untuk kamu jual atau memberikan kepada orang lain yang layak
memakainya.
Sesungguhnya aku memberinya kepada kamu
bukan untuk dipakai, tetapi untuk kamu
menjualnya bagi mengambil faedah atau memakaikannya kepada orang lain
yang dibolehkan memakainya. Justeru
Syyidina Umar menghantar kain disulam benang sutera tersebut kepada saudaranya
yang berada di Mekah sebelum saudara dia itu masuk Islam.
Berdasarkan apa yang dilakukan oleh
Sayyidina Umar itu, memberikan kain bersulam benang sutera kepada saudara yang
belum Islam, Al Hafiz Al Asqalani menjelaskan bahawa ini menunjukkan harus
melakukan hubungan baik dengan kerabat yang kafir dan membuat apa-apa kebaikan
terhadap mereka seumpama memberi hadiah dan lain-lain.
Hubungan kerabat bukan Islam ini dapat kita
lihat mengenai kisah Asma' Binti Abu Bakar as Siddiq dengan ibunya yang musyrik
(Bukan Islam) yang datang daripada Mekah ke Madinah untuk menemuai Asma'. Asma' menceritakan perkara ini kepada
Rasulullah saw untuk dapatkan fatwa dariada baginda Rasulullah saw. Apakah wajar beliau membuat baik dan
menjalinkan hubungan dengan ibunya itu.
Lalu Rasulullah saw menjelaskan: Ya, hubungilah ibu kamu.
Nama Ibu Asma, ialah Qailah atau
Qatailah. Sayyidina Abu Bakar telah
menceraikannya semasa jahiliah yakni sebelum Islam. Kebanyakan ulama menyatakan ibu Asma' ini
tidak Islam. Asma' adalah saudara sebapa
dengan Aisyah. Beliau lebih tua daripada
Aisyah selama 10 tahun. Semasa hijrah,
Asma' turut sama berhijrah ke Madinah manakala ibunya itu masih tinggal dan
menetap di Mekah. Pada suatu hari ibunya
datang ke Madinah menemui Asma'. Oleh
kerana ibunya itu belum Islam, maka Asma' telah meminta fatwa daripada
Rasulullah saw. Apakah boleh beliau
berhubung dengan ibunya.
Menurut riwayat Ahmad dan al Bazzar,
berdasarkan kepada peristiwa Asma' inilah turunya ayat 8 surah Al
Mumtahanah: Allah tidak melarang kamu
daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi
kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu;
sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al Mumtahanah 60/8).
Berdasarkan kisah Asma' ini, al Imam an
Nawawi membuat pendirian bahawa hadis tersebut menunjukkan harus menjalin
hubungan dengan kerabat yang Musyrik.
KELEBIHAN MENGADAKAN HUBUNGAN SILATURAHIM
1.
Sebagai
Tanda Orang Beriman
Orang yang mengadakan hubungan silaturahim,
menandakan dia adalah seorang yang beriman kepada Allah swt.
Sesiapa yang benar-benar beriman kepada
ajaran Allah swt dan percaya bahawa mereka akan dibangkitkan pada hari kiamat
hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim.
2.
Luas
Bidang Pencarian Rezeki dan Panjang Umur
Sesiapa yang suka agar diperluas dan
diperbanyakkan rezekinya serta ditangguhkan ajalnya yakni dipanjangkan umurnya,
hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim.
(riwayat Anas Bin Malik).
Jika seseorang itu masih ada 3 hari lagi
umurnya, lalu dia adakan hubungan silaturahim, dan sekiranya (perbuatannya itu)
diberkati (oleh Allah swt), maka jadilah umurnya itu 30 tahun. Jika umur seseorang itu masih ada lagi 30
tahun, kemudian dia memutuskan hubungan silaturahim, maka (hilang
keberkatannya) dan jadilah umurnya 3 hari.
Ajal dan rezeki adalah sesuatu yang telah
ditentukan (oleh Allah). Ajal tidak
boleh ditambah atau dikurangkan walaupun sesaat. Namun, para ulama telah memberi jawapan yang
jelas dalam persoalan ini. Tambahan umur
yang dimaksudkan di sini ialah keberkatan umurnya dan juga taufik ke arah
ketaatan serta pengimarahan waktunya dengan perkara yang boleh memberi manfaat
kepadanya di negeri akhirat. (al Imam an Nawawi).
Tercatat dalam kitab Taurat: “Sesiapa yang suka (supaya) umur dan
rezekinya ditambah, hendaklah dia melakukan hubungan silaturahim”. (riwayat al Bazzar dan al Hakim).
Sesiapa yang suka (supaya) dipanjangkan
umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah dia membuat baik dua ibu bapanya dan
melakukan hubungan silaturahim. (Riwayat
Ahmad).
Sesungghunya dengan (sebab) sedekah dan
hubungan silaturahim Allah swt menambahkan umur (seseorang) dan menghindarkan
(seseorang itu) daripada mati (dalam) kejahatan. (riwayat Abu Ya'la daripada Anas bin Malik
ra.).
3.
Mendapat
Martabat Orang Terbaik
Manusia yang paling baik ialah mereka yang
paling bertakwa terhadap Tuhan, mereka yang menghubungkan silaraturahim, mereka
yang menyuruh (orang lain melakukan) perkara yang makruf dan mereka yang
menghalang (orang lain) daripada melakukan perbuatan mungkar. (riwayat Abu Al sikh ibnu Hiban dan al
Baihaki).
4.
Silaturahim
Antara Amalan Yang Disukai Allah
Diantara amalan yang paling disukai Allah
ialah beriman kepadanya. Kemudian diikuti
oleh amalan menjalinkan hubungan silaturahim.
Ini berdasarkan kepada riwayat Abu Ya'la di mana seorang lelaki telah
bertanya kepada Rasulullah saw tentang amalan yang paling disukai oleh Allah. Baginda telah menjawab ringkaks dengan
bersabda: Berimkan keada Allah dan
Hubungan silaturahim.
5.
Segera
Mendapat Pahala
Wahai sekalian Muslimin. Bertakwalah kamu kepada Allah dan jalinkanlah
hubungan silaturahim sesungguhnya tiada pahala yang lebih segera diperolehi
selain daripada hubungan silaratuhim.
(riwayat Jabir ra).
6.
Berada
Di Bawah Naungan ‘Arasy Allah Pada Hari Kiamat
Orang-orang yang melakukan hubungan
silaturahim, akan mendapat rahmat Allah pada hari kiamat di mana mereka akan
berada di bawah naungan bayangan Arasy Allah swt pada hari kiamat.
Terdapat 3 golongan manusia di bawah
bayangan Arasy Allah pada hari kiamat iaitu:
Orang yang melakukan hubungan silaturahim, perempuan yang kematian
suaminya dan meninggalkan beberapa orang anak yatim lalu dia menjaga mereka
sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka atau sehingga mereka itu mati dan
seorang lelaki yang menyediakan makanan lalu menjemput anak-anak yatim dan
orang-orang miskin memakannya. (Riwayat
Anas Bin Malik ra).
7.
Mendapat
Sebuah Mahligai di Syurga
Al Bujairimi ada mencatatkan bahawa Rasulullah
saw telah bersabda bahawa baginda telah melihat sebuah mahligai di dalam syurga
yang disediakan oleh Allah untuk orang yang mengadakan hubungan silaturahim.
Sifat mahligai ini boleh dilihat secara telus sama ada dari luar atau dari
dalam.
Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw
mengenai amalan yang membawanya memasuki syurga dan menjauhkannya dari-ada api
neraka. “Kamu menyembah Allah dan tidak
menyekutukannya dengan sesuatu jua pun, kamu dirikan solat, kamu tunaikan zakat
dan kamu lakukan silaturahim”. (Riwayat
Abu Ayub Khalid Bin Zaid al Ansari).
Berkaitan dengan kelebihan hubungan
silaturahim ini, al Bujairimi telah menyenaraikan 10 kelebihan atau perkara
yang terpuji:
1.
Seseorang
itu akan mendapat keredaan Allah swt kerana amalan silaratuhaim diperintah
olehnya.
2.
Membawa
kegembiraan kepada mereka iaitu waris dan kaum kerabat: “Sesungguhnya amalan yang paling afdal ialah
memberikan kegembiraan kepada orang mukmin”.
3.
Mengembirakan
para malaikat kerana malaikat suka dengan perbuatan orang yang menjalinkan
silaturahim.
4.
Mendapat
pujian yang baik daripada orang-orang Islam terhadap orang yang melakukan
silaturahim.
5.
Membawa
kedukaan kepada Iblis.
6.
Memanjangkan
usia atau umur.
7.
Menambah
keberkatan dalam rezeki.
8.
Mengembirakan
ibubapa dan datuk nenek yang telah mati kerana mereka amat suka dengan hubungan
waris dan kaum kerabat.
9.
Menaikkan
imej dan maruah diri.
10.
Menambahkan
pahala selepas kematiannya kerana orang ramai berdoa untuknya dan setiap orng menyebut dan memperkatakan tentang
kebaikannya.
HUKUM MEMUTUSKAN SILATURAHIM
Ibn Hajar al Haithami telah memasukkan
perbuatan memutuskan hubungan silaturahim ke dalam senarai dosa-dosa besar
dengan membawa 4 dalil-dalil al quraan dan lebih daripada 17 dalil dari al
hadis.
Qadi Iyad menyatakan bahawa memutuskan
hubungan silaturahim adalah satu dosa besar.
Beliau telah merujuk kepada hadis:
tidak memasuki syurga orang yang memutuskan hubungan silaturahim. (Riwayat Muslim).
Dalam hubungan ini juga, al Imam an Nawawi
memberi penjelasan bahawa terdapat 2 andaian atau takwilan di kalangan ulama
mengenai maksud hadis (tidak masuk syurga) iaitu:
Andaian Pertama
Tidak memasuki syurga orang yang
menghalalkan atau membolehkan perbuatan memutuskan hubungan silaturahin tanpa
sebab dan tanpa kesamaran sedangkan dia mengetahui perbuatan sedemikian adalah
haram. Orang ini adalah dihukum kafir dan kekal di dalam neraka serta tidak
dapat memasuki syurga selama-lamanya.
Andaian Kedua
Orang ini ditangguh daripada memasuki
syurga bersama dengan golongan awal yang memasuki syurga. Sebaliknya, dia diazab dengan penangguhannya
itu mengikut kadar yang dikehendaki oleh Allah swt.
HAD
KEKELUARGAAN
YANG
WAJIB DIHUBUNGI
Dalam Hubungan ini, Al Qadi Iyad menyatakan
bahawa para ulama tidak sependapat dalam menentukan had kekeluargaan yang wajib
dilakukan hubungan silaturahim.
Terdapat2 sudut pandangan utama dalam perkara ini.
Pandangan pertama
Had kekeluargaan yang wajib dihubungi
adalah meliputi semua keluarga mahram.
Hubungan silaturahim terhadap mereka ini semua wajib dilakukan.
Pandangan Kedua
Pada penilaian dan pemerhatian al Iman an
Nawawi, pandangan yang kedua ini adalah tepat
CARA MELAKUKAN HUBUNGAN SILATURAHIM
Sesungguhnya terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk
menjalinkan hubungan silaturahim. Cara
yang dimaksudkan itu antara lain ada disebutkan oleh Syeikh al Bujairimi
sebagaimana berikut:
1.
Ziarah
menziarahi serta memberi hadiah.
2.
Jika
tidak mampu memberi hadiah, lakukan ziarah sahaja.
3.
Membantu
melakukan kerja-kerja mereka, bila diperlukan.
4.
Mengutuskan
surat jika tinggal berjauhan. Jika ada
kemampuan atau kemudahan untuk menemui mereka, adalah lebih afdal pergi sendiri
menemuji mereka (seperti ada kemudahan kenderaan atau kemampuan membayar
tambang pengangkutan).
5.
Bercakap
atau bergegur sapa, apabila berjumpa sekalipun dengan ucapan salam. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah
saw: Hubungilah kaum kerabat kamu
sekalipun dengan ucapan salam
AKIBAT
DAN IMPLIKASI
MEMUTUSKAN
SILATURAHIM
Orang yang kekutuskan hgubungan
silaturahimj akan menerima akibat dan pembalasan daripada Allah saw. Kerana itulah Rasaulullah saw sangat melarang
orang Islam tidak beretregur saap0a sesaama Muslim melebihi 3 hari;. Sekiranya perkara ini berlaku melebihi8 3
hari, seseorang itu hendaklah menghubnunginya sewmula dengan ucap0an saalam
sebagaia tganda berbai8kj seula. Sabda
Rasulullah saw: Tidak halalk seorang
mukmi8n memulau seorang mukmin yang lain mmelebihi 3 hari;. Sekiranya (pemulauan tersebut) melebihi 3
hari, maka hendaklah dia pergi menemuinya dan memberi salam (tanda perdamaian)
... (Riwayat Abu Daud) Pg23.
Di bawah ini disenaraikan beberapa ajkibat
yang akan dirterima oleh seseorang yang memutuskan hubungan silaturahim.
1.
Amalan
tidak diterimam oleh Allah
Semua amalan manusia akan dibentangkan
kepada Allah swt pada setiap hari Khamis malam Jumaat. Namun demikian, amalan orang yang memutuskan
hubungan silaturahim tidak diterima oleh Allah swt. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah
saw sebagaimana berikut:
Sesungguhnya amalan seseorang anak adam
dibentgang pada setiap hari Khakmis dan pada maloam Jumaat.l Allah tidak menerima amalan orangyuang memutuskan
silaturahim. (Riwayat Ahmad).
2.
Tidak
Masuk Syurga
Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan
bahawa poemutus hubungan silaturahim tidak akan masuk syurga.
Antara hadis yang dimaksudkan ialah
sebagaimana berikut:
i.
Sabda
Rasululallah saw: Tidak masuk syurga
orang yang memutus hubungan silaturahim.
(Riwayat Muslim).
ii.
Rasulullah
saw bersabda; Terdapat 3 jenis manusia
tidak akan dimasukkan ke syurga. Penagih
arak, pemutus hubnungan silaturahim dan orang yang membenarkan/mempercayai ilmu
sihir. (Riwayat Ibn Hibban).
3.
Tidak
Dapat Mencium Bau Syurga
Jabir ra menceritakan bahawa beliau dan
para sahabat berada dalam satu perhimpunan, maka datang Rasulullah saw lalu
baginda bersabdad: Wahai sekalian
Muslimin, bertakwalah kamu kepada Allah, eratkan hubungan rahim (dengan saudara
mara) sesungguhnya tiada pahala yang lebih segera diperolehi selain daripada
mengadakan hubungan silaturahim. Awaslah
kamu tentang penderhakaan, sesungguhnya tiada seksaan yang lebih cepat diterima
selain daripada seksaan orang yang derhaka (menentang pemerintah), awaslah kamu
tentang derhaka kepada ibu bapa, sesungguhnya bau syurga itu di-perolehi dari
jarak 1000 tahun perjalanan. Demi Allah,
bau syurga ini tidak diperolehi oleh penderhaka kepada ibu bapa, pemutus
silaturahim, lelaki tua yang berzina dan jiran yang bermegah (menunjuk-nunjuk)
pakaiannya, sesungguhnya kemegahan hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam. (Riwayat At Tabrani).
4.
Allah
Tidak Menurunkan Rahmat
Allah swt tidak akan menurunkan rahmat
kepada kaum yang terdapat di dalamnya orang-orang yang memutuskan hubungan
silaturahim. Perkara ini telah dijelaskan
dalam hadis berikut: Sesungguhnya rahmat
itu tidak (diturunkan oleh Allah swt) kepada kaum yang terdapat bersama mereka
orang-orang yang memutuskan hubungan silaturahim. (Riwayat Al Asbahani).
Dalam kaitan ini, diceritakan bahawa ada
seorang pemuda telah berbalah dengan emak saudaranya sudah bertahun-tahun
lamanya. Pemuda ini telah berbaik semula
dengan emak saudaranya itu setelah mendengar Rasulullah bersabda demikiannya.
5.
Dibenci
oleh Allah
Orang yang memutuskan hubungan silaturahim
adalah dibenci oleh Allah swt. Abu Ya’la
meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah saw, apakah amalan yang peling
dibenci Allah? Jawab baginda: Syirik terhadap Allah. Wahai Raslullah, selepas itu apa lagi? Rasulullah menjawab: Ialah putus hubungan silaturahim.
Harus diingat di sini bahawa syaitan memainkan peranan penting
bagi memecah-belahkan umat Islam seluruh dunia.
Sekarang ini umat Islam tidak memandang tipu daya syaitan. Hanya yang mereka Nampak pihaknya saja yang
betul dan pihak lain salah.
Kebelakangan ini wujud manusia yang mementingkan dan
mengutamakan diri sendiri yang menyebabkan berlakunya kerenggan dan pudarnya
hubungan sesama insan.
Ulasan