بِسۡمِ
للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ
Dengan terrbitnya
nor Islam, setiap makhluk di dunia ini serta isinya telah dianugerahkan dengan
kebahagiaan, keselamatan serta kedamain.
Hal ini bersesuaian dengan kehendak Allah Taala dengan mengutuskan RasulAllah
Nabi Muhammad saw sebagai rahmatan lil ‘alamin.
Allah taala
memerintahkan manusia supaya memakmaurkan dunia ini, malah manusia
dianugerahkan kebebasan untuk menggali segala kurniaan Tuhan selagi ianya
berlandaskan persyaratan tidak menyalahi kententuan yang telah digariskan Allah
taala serta memelihara kesucilaan, kehormatan serta memartabatkan peradaban
manusia itu sendiri.
Dalam usaha
memakmurkan dunia yang diwarnai dengan pelbagai ragam ini, sering kali ianya
membawa manusia lupa akan nilai-nilai kemuliaan dan kehormatan yang telah
dimahkotakan ke atas diri manusia itu sendiri.
Dengan keupayaan
akal yang telah diberikan Allah taala, manusia telah dapat menghasilkan dan
menikmati kenikmatan, baik di atas permukaan bumi ini mahupun yang tersirat di
dalam isi perutnya.
Permukaan bumi
yang bermula dari dasar lautan dalam hingga menerusi lautan samudera dan ia
terus ke dataran yang berhampiran dan akan naik ke angkasa lepas dan langit
yang mencakup cakrawalanya terus dijelajah dan diterokai manusia.
Hasil dari penerokaan
yang natijahnya akan memberikan kepuasan akal dan nafsu kepada manusia.
Penggunaan sains
dan teknologi, telah membawa kesenangan, kebahagiaan, kemewahan, kewenangan,
kemaharajelelaan, kekuasaan, ketenangan, kekuatan, kesihatan dan dapat pula
mengubati bermacam sakit dan derita di dalam diri manusia itu sendiri.
Manusia dapat
hidup berharmoni, beranak-pinak serta mengekalkan generasi bersinambungan,
mengumpul harta bertimbun-timbun dan menjadikan dunia ini sebagai syurga
idaman.
Kemajuan yang
diraih oleh manusia hasil dari pengetahuan sains dan teknologi, berkemungkinan
besar menjadikan manusia bersifat rakus, hasad dan dengki, cemburu dan diri
hati. Ada yang menguasai ke atas yang
lemah, serta menindas yang daif.
Manusialah yang
membuat manusia lain itu menjadi yatim, janda dan duda. Manusialah yang mengakibatkan kanak-kanak
kekhilangan ibu bapa, sehinggalah keluarga yang dibina dengan mawaddah dan
rahmah itu hancur dan luput dari sinaran belaian kasih sayang.
Manusia sudah
tidak merasakan kententeraman lagi, menjadi bingung sehinggakan kadang-kala,
mereka tidak tahu kemanakah haluan yang mahu dituju.
Rasa
hormat-menghormati sesama manusia kian menghilang, anak-anak sudah tidak lagi
meghargai jerih payah ibu bapa yang membesarkan mereka, suami isteri berada
didalam keadaan curiga-mencurigai, masyarakat pula terjebak dengan gejala
sosial yang membinasakan.
Dari kehidupan
dunia yang dikatakan bahagia, aman dan selamat itu akan berubah wajah menjadi
huru-hara jika keluarga tidak diurus dengan baik.
Keganasan
menimbulkan ketakutan hingga apa yang dimiliki daripada harta dan kedudukan
tidak lagi mampu untuk membeli kententeraman jiwa dan perasaan.
Walaupun hukum
Tuhan tetap diamalkan serta undang-undang manusia ditaati, masih wujud suatu
kekosongan di dalam diri manusia baik ketika dia berhubungan dengan Tuhan
maupun ketika dia berhubungan sesama manusia dan dengan alam itu sendiri.
Kemajuan yang
dicapai oleh manusia boleh dikatakan banyak tertumpu kepada kemajuan zahiriyah
dan fizikal, sedangkan kemajuan itu hanyalah sesuatu yang dapat dilihat oleh
pandangan mata. Ia hanya hiasan luaran
yang menakjubkan, tetapi batin manusia iaitu jiwanya, hatinya serta perasaannya
menjadi kosong yang tidak terisi kemuliaan dan kedamaian.
Perhiasan zahir
membuatkan manusia takut. Adakah urusan
perniagaan, pembangunan ummah dan dunia ini sendiri diliputi oleh kemunafikan?
Adakah manusia
benar-benar melakukan segala bentuk urusan semata-mata untuk membantu
memakmurkan dunia ini ataupun ada sesuatu di sebalkinya untuk mencari atau
menginginkan keuntungan diri sendiri dengan menindas orang lain?
Apa sahaja
pencapaian yang dikaitkan, baik dari kemajuan peradaban serta kemakmuran dunia
ini perlulah disertakan kebaikan dan kemuliaan, jasmani maupun rohani, zahir
maupun batin, ruh maupun jasad, badan maupun hati.
Mukjizat telah
dikhatamkan oleh para Nabi dan Rasul.
Begitu juga karamah tidak datang bergolek ke riba seseorang insan begitu
sahaja, usaha dan ikhtiar harus dilakukan berterusan untuk mendapatkannya.
Pelajaran dan
pendidikanlah yag memertabatkan insan itu ke darjat yang paling tinggi kerana
si insan tidak dilahirkan dalam keadaan serba tahu dan arif.
Ilmu tidak dapat
dicurahkan ke dalam diri seseorang walaupun warisan insan itu berasal dari
keturunan ulamak dan cendekiawan, sebagaimana yang difahami bahawa Allah tidak
akan mengubah nasib seseorang insan itu melainkan dia berusaha
bersungguh-sungguh untuk mengubah dirinya.
Dengan itu kemantapan rohani dan jasmani itu juga perlu dituntu dan
diusahakan dengan belajar dan baramal.
Ilmu Tasawuf
memberikan jawapan dalam pengamalan manusia itu sendiri, didalam menghadapi
satu revolusi mental dan krisis pemikiran yang perlu diubati seandainya ia
berlaku dalam diri manusia itu sendiri.
Janganlah kita
abaikan bila hati, jiwa serta akal kita itu dihingapi penyakit yang akan
merosakkan dan menghakis kemuliaan dan ketenteraman jiwa. Kemajuan hakiki adalah menjaga jasad dan ruh,
dunia mahupun akhirat.
Ilmu yang baik
mempunyai disiplin ilmu yang baik.
Mempunyai senarai ta’arif demi membawa penjelasan yang bening lagi
sempurna.
Tasawuf diambil
dari kata dasar ‘suf’ atau bulu biri-biri yang menjadi pakaian perintis ahli
tasawuf.
Untuk mendapat
pengertian perincian definasi yang baik kita hendaklah lihat juga daripada
ulama muktabar.
Tasawuf itu adalah
memasuki diri ke dalam kebaikan dan mengeluarkan diri daripada akhlak buruk.
(Abu Muhammad al Jurairi).
Tasawuf ialah
meninggalkan semua bahagian badan yang diperuntukkan kepada hawa nafsu
cela/jahat dan melayani saja sifat Mahmudiah (sifat terpuji). (Abu Hassan al
Nuri).
Tasawuf itu
melatih diri dalam ubudiyah (sifat kehambaan) dan mengembalikan hukum-hukum
rubbubiyah (sifat ketuhanan). (As Syudzili).
Seorang pengamal
tasawuf atau sufi adalah orang yang selalu membersihkan diri daripada noda zahir
dan batin, selalu bertafakur, sentiasa menghubungkan diri derngan Alllah taala
dan memutuskan hubungan tidak bermanfaat dengan manusia. (At Tusturi).
Bidayah bermaksud
permulaan petunjuk ke jalan Allah taala iaitu jalan dalam bentuk rasa pada jiwa
yang merasa rindu kepada Allah taala.
Kerinduan atau cinta tadi menimbulkan makrifat atau berkenaan dengan Allah
taala.
Seorang pemimpin
yang benar-benar mengamalkan taswuf, walaupun pada peringkat/marhalah bidayah,
akan sentiasa memastikan kuasanya tidak menjadi suatu penindasan ke atas orang
bawahan.
Matlamat bidayah
ialah menyempurnakan jiwa hingga terserlah kepuasan rohani dalam hubungan
dengan Allah taala (HablumminAllah) dan hubungan dengan manusia (Hablumminnas).
Setiap manusia
diamanahkan oleh Allah taala untuk berjuang di jalannya. Inilah maksud jihad dan proses berjuang tadi
dipanggil mujahadah.
Sebenarnya
berjuang bukan bererti berperang sahaja.
Melaksanakan amar ma’aruf nahi munkar sudah merupakah perjuangan. Mengekang hawa nafsu terutama dalam bulan
ramdan merupakan perjuangan.
Apa juga amalan
membersihkan rohani hendaklah berteraskan syariat. Tanpa syariat, tasawuf tidak bermakna.
Orang yang baik
perilakunya atau jiwanya suka menderma dan sebagainya tapi ia enggan bersolat,
berzakat, berpuasa dan menunaikan haji, maka ia bukianlah lengkap sebagai
seorang muslim.
Ada juga orang
yang mengaku pengamal tasawuf atau ahli sufi tapi menyatakan tidak perlu solat,
zakat, puasa dan sebagainya yang ditetapkan oleh syariat. Orang sebegini merbahaya kerana ia boleh
sesat dan boleh menyesatkan.
Mencapai
ma’ripatun nafs iaitu kenal diri atau jiwa.
Aspek ini perlu dilalui sebelum seseorang itu mengenal Allah Taala. Kita harus kenal kekurangan dan kelebihan
diri kita, tahu batas sosila diri sendiri.
Sesungguhnya ramai orang yang kenal orang lain kerana sikap ilmu dan
ramah mesra, tetapi tidak mengenali dirinya sendiri.
Tasfiah/Tazkirah
iaitu aspek penyucian hati daripada sifat-sifat tercela atau mazmudah, sifat
takabur, marah, hasad dan zalim dibersihkan.
Tahalli iaitu
mengalung atau menyerikan diri dengan sifat mulia atau mahmumah seperti amanah,
ikhlas, jujur, berilmu dalam diri.
Tarraqi bermakna
naik kedudukan atau makam sehinggakan hati sufi tadi sibuk dengan keperluan
terhadap Allah taala walaupun hidup seperti manusia biasa. Ia redha/pasrah kepada takdir Allah selepas
berikhtiar.
Jelasllah matlamat
tasawuf menurut ulama sufi yang muktabar adalah mendapatkan keredhaannya dengan
membina adab dalam jiwa dan zahir.
Asal-usul tasawuf
sering diperkatakan dalam rangka luas.
Namun pokok perbincangan hendaklah menjurus kepada unsur membina atau
posifif.
Suufah ialah
gelaran terhadap Al Ghut bin Munir. yang sering beribadat di Masjid Haram. Beliau muncuk sebelum kedatangan Islam dan
dipercayai pengikut ajaran Nabi Ibrahim as.
Orangnya pendiam dan lebih cenderung buat halnya sendiri.
Suf ialah bulu
biri-biri yang dijadikan pakaian para nabi dan orang warak, telah diceritakan
oleh Ibn Taimiyah dalam bukunya Tasawuf.
Ibn Khaldun dalam bukunya Muqaddimah, serta pakcik Nabi Muhamad Saw.
Kebanyakan pakaian
sahabat dan pengikut sahabat (tabi’ien) ialah dari bulu biri-biri (Hassan al
Basri – Ahli tasawuf perintis).
Jelaslah suf
adalah pakaian tawaduk atau merendahkan diri.
Ia kasar tetapi cukup sesuai untuk keperluan musim sejuk dan
perlindungan daripada hempasan ribut pasir. Memandangkan ramai para nabi adalah
penggembala, maka secara logik pakaian mereka adalah dari bulu biri-biri.
Ahlus-suufah ialah
gelaran bagi para sahabat seperti Abu Hurairah dan Salman al Farisi yang
mendiami serambi Masjid Nabawi. Hidup
mereka miskin dan kebanyakan mereka bujang.
Mereka gigih beribadat.
Saf bererti baris
dalam solat jemaah. Lazimnya orang suka
beribadah itu cuba mendapatkan tempat di barisan hadapan jemaah.
Sufiah
(suffistiyah) diambil dari perkataan Yunani “Sophist” yang merujuk kepada
golongan manusia yang cuba mencari kebenaran bermula dengan ajaran socrates
sehinggalah Aristotle. Pemikir besar
Islam Al Baruni yang juga seorang sajarawan, telah memberikan kaitan ini
walaupun kurang disenangi oleh ramai ulama yang berpendapat tasawuf tidak
meminjam mana-mana amalan, kecuali daripada Islam sendiri.
Safa’ bermakna
kebersihan, ini juga dikaitakan dengan salah satu usaha permurnian sufi yang
dipanggil tasfiyah.
Mana satukah
istilah sebenar tasawuf masih lagi misteri.
Segala difinasi tasawuf hendaklah memberikan gambaran membina atau
membawa kebaikan dan bukan meremeh atau menghina tasawuf.
Tasawuf bermula
sejak RasulAllah Saw menyebarkan Islam.
Seri pekerti Nabi Saw itu merupakan matlamat tasawuf. Membersih rohani, sentiasa memikirkan urusan
kemanusiaan yang direddhai Allah, sentiasa mendekati Allah secara
bersendiri-sendirian atau khalwat.
Konsep khalwat
merupakan satu perkara yang amat praktikal dalam menjernihkan fikiran dan rohani.
Nabi Saw.
Mengasingkan diri atau berkhalwat di Gua Hira sehingga mendapat wahyu. Amalan ini diikuti oleh ramai sufi terutama
yang dapat pergi ke gunung atau hutan.
Solat juga
merupakan khalwat apabila fikiran kita tertumpu kepada Allah dan kita mengasingkan
dunia.
Puasa juga
merupakan amalan bersifat khalwat apabila kita mengasingkan dunia daripada
makan, minum, seks dan apa juga tuntutan nafsu.
Puasa terbahagi
kepada 3. (1) Awam – Sekadar menahan lapar dan dahaga.
(2) Khawaz – Menahan nafsu sambil
beribadat dan (3) Khawazzul Khawaz –
Puasa seluruhnya dengan menahan pacaindera dan hati daripada godaan nafsu,
beribadat dan meningkatkan penghayatan Islam.
Haji merupakan
khawat terbesar kerana apabila berada dalam ihram, kita tunduk zahir dan batin
atas segala syarat yang dikenakan Allah Taala ketika wukuf (Berihram dan berada
di Arafah), haji itu adalah lambang kematian dan kebangkitan serta perhimpunan
agong di padang Mahsyar.
Nabi saw telah
mengajar agar kita membersihkan diri daripada sifat syaitan dan haiwan. Daripada syaitan timbul sifat takabur
sehingga membawa hasad dan kezaliman.
Daripada sifat binatang timbul sifat kebinatangan nafsu yang buas.
Proses pembersihan
diri itu terpapar dalam solat yang di dalamnya terkandung rukun sujud saat seseorang
pasrah sepasrahnya kepada Ilahi.
Dalam tasawuf,
kehebatan dunia tidak bererti kecuali untuk membela kemanusiaan agar menjadi
hidup lebih mulia. Inilah yang dilakukan
oleh RasulAllah yang dikelilingi oleh orang
kaya dan malah telah ditawarkan oleh Allah saw emas sebesar gunjung
Uhud.
Ahli tasawuf
selalu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah Taala. Tidak dilalaikan oleh urusan perniagaan,
perdagangan. Mereka melakukan solat,
membayar zakat. Mereka juga takut kepada
hari kiamat.
Dengan amalan tasawuf,
maka terpupuklah manusia menjadi para wali yakni orang yang amat menjaga agama.
Wali tidak
semestinya ada keramat yang kita dapat rasakan.
Orang soleh biasa boleh bertaraf wali jika Allah Taala
memperkenankannya.
Memang sukar
mengenepikan perasaan yang kuat mencengkam fikiran. Kehilangan orang tersayang seramai lebih 200
orang dan Kapal Terbang MAS MH370. Kita
mesti ambil iktibar bahawa semua nabi akan mati, begitu juga dengan orang awam.
Dalam zaman
RasululAllah, tidak timbul pembahagian ilmu seperti tauhid, fiqh dan
tasawuf. Perkembangan Islam begitu pesat
sehingga timbul pelbagai cabang ilmu melalui sistem sekolah atau madrasah.
Terdapat 5 jenis madrasah:-
1. Muhasabiah. Pengetuanya dipanggil muhasibi yang banyak
mengajar pelbagai aspek redha.
2. Khusairiyah
yang dirintis oleh syeikh Salleh Hamdun yang terasnya ialah membasmi
kemungkaran atau sifat mazmumah.
3. Taifuriyah
dirintis oleh Abu Yazid Al Bustami yang menegaskan konsep mabuk dalam cinta
kepada Allah.
4. Junaidiyah
dipelopori oleh Abul Qassim Al Junaidi Al Baghdadi yang menyegarkan konsep
kesedaran.
5. Sahliyah
dikemukakan oleh Sahal Bin Abdullah At Tsuri yang menitikberatkan riadah dan
mujahadah.
Jelaslah Tasawuf
telah mendahului pengajian tauhid dan fiqh.
Tidak hairanlah para imam 4 mazhab juga merupakan ahli tasawuf. Lama kelamaan pengajian tasawuf mewujudkan
gaya pendekatan yang dikaitkan oleh guru atau syeikhnya. Inilah yang dipanggil tariqah (Tariq bererti
jalan)
Tasawuf boleh
dipelajari tanpa tarikat, tetapi tarikat tidak dapat dipelajari tanpa
tasauf. Tarikat memerluak 4 teras:
i)
Guru atau syeikh/mursyid.
ii)
Zikir (riadah) mujahadah.
iii)
Murid.
iv)
Silsilah atau urutan guru
utama demi memastikan ia tidak melencong atau sesat.
Dari zikir yang
disusun menjadi wiridan, dibaie atau ratib sehinggalah hizib. Apa jua susunan guru itu menjadi pendekatan
atau kaifiah. Semuanya berteraskan
ayat-ayat Quraan dan Hadis (amalan dan doa Nabi saw).
Para ulama berbeza
pendapat tentang mulanya muncul definasi tasawuf. Abu Nashr As Sarraj berkata: “Sesungguhnya asal mula tumbuhnya tasawuf
adalah pada zaman sebelum Islam”
“Munculnya adalah
pada abad ke 2, setelah manusia berlumba-lumba mengejar dunia dan menyibukkan
diri di dalamnya, maka mereka yang tetap tekun beribadah seperti sediakala
disebut asy syuufiyyah” (Definasi Tasawuf Ibnu Khaldun).
Timbulnya tasawuf
adalah sebelum tahun 200 Hijriyyah, ertinya pada akhir abad ke 2 Hijriyyah.
(Ibnul Jauzi).
Timbulnya tasawuf
adalah pada awal abad ke 2, dan tidak dikenali secara meluas kecuali setelah
abad ke 3 Hijriyyah. “Tasawuf untuk
pertama kalinya muncul di Bashrah.
Sedangkan orang pertama yang membentuk rangkaian sufi adalah Abdul Wahid
Bin Yazid dari sahabat Al Hasan di Basrah.
Namun sikap berlebihan dalam zuhud, ibadah, rasa takut dan semacamnya
itu tidak berlaku di seluruh daerah.
Pada masa itu hanya dikenali dengan:
Ahli Fiqeh dari Kuffah dan Ahli Ibadah dari Basra (Ibnu Taimiyah).
Sebagaimana
disebut oleh Ibnu Taimiyah bahawa pembahasan tentang tasawuf diambil, dari Al
Hasan al Basri yang wafat pada tahun 110 Hijriyyah dan dari Sufyan Ats Tsauri
yang wafat pada tahun 161 Hijriyyah.
Pada permulan
gerakan, sufi diungkapkan dengan sikap zuhud terhadap dunia, sibuk dengan
ibadah dan mujahadah terhadap nafsu dan membimbingnya dengan akhlak yang
mulia. Maka mereka adalah golongan yang
bersungguh-sungguh dalam ketaatan kepada Allah.
Ibnu Taimiyah telah menjelaskan pandangannya tentang keutamaaan golongan
sufi dengan lebih lanjut: “Yang benar
adalah bahawa mereka merupakan golongan yang bersungguh-sungguh dalam ketaatan
keada Allah sebagaimana ijtihad mentaati Allah oleh orang-orang lain. Ada yang tergolong secara pertengahan dan ada
pula yang sebaliknya. Dan tiap-tiap satu
golongan itu, kadangkala berijtihad tetapi keliru. Dan ada pula yang berdosa, langsung bertaubat
dan ada pula yang tidak. Dan sudah tentu
menyandar kepada yang salah itu, sekaligus menzalimkan dirinya dan melakukan
maksiat kepada Allah.
Tasawuf itu ialah
mengikuti perilaku kehidupan Rasulullah saw.
Baginda Rasulullah saw mengarahkan diri kepada Allah dengan melihat,
merenungkan, menyepi, berlatih, bermujahadah dalam perkataan mahupun perbuatan
sehingga ruhnya bersih, perasaan melunak, cermin kalbunya bersinar cemerlang
dan bersedia untuk menerima Nur dari Allah.
Maka beliau menjadi orang yang jujur laksana pancaran subuh, sehingga
muncullah cahaya hakikat yang menerangi
lubuk hatinya dengan kebenaran dan keyakinan.
Nabi Muhammad saw
menghabiskan siang dan malamnya seorang diri, jauh dari kesibukan umum dengan
menyendiri di dalam gua Hira’ sebelum turunya wahyu itu. Begitu menerima bi’tsah (perutusan kenabian),
maka syariat pun turun berturut-turut ke atas dirinya, sesuai dengan keadaan
yang dihadapinya. Beliau juga tidak pernah
ada sifat keangkuhan walaupun beliau yang terpilih untuk mengembangkan risalah
dari Allah.
Sahabat-sahabatnya
turut mengikutinya. Mereka tidak
menghafalkan ayat-ayat Al Quraan kecuali setelah mengamalkannya, dan tidak
menghafalkan yang lain kecuali sesudah melaksanakan secara nyata apa yang
mereka hafalkan terlebih dahulu.
Kezuhudan dan
kesucian telah termasyhur dengan banyak sekali dari kalangan sahabat sepanjang
kehidupan Rasulullah saw dan setelah wafatnya.
Telah turun banyak ayat-ayat yang penuh mengandungi makna tasawuf,
walaupun tidak menamakannya demikian.
Dan bersabarlah
kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja
hari dengan mengharap keridhaannya. (Al Kahfi 18/28).
Lelaki yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah,
mendirikan solat dan membayarkan zakat.
Mereka takut kepada suatu hari yang dihari itu hati dan pengllihatan
menjadi goncang. (An Nuur 24/37).
Hendaklah kamu
menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan kerana
kamu tetap mempelajarinya. (Ali ‘Imran 3/79).
Ingatlah
sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak
pula mereka bersedih hati; (Yunus 10/62).
Telah diriwayatkan
oleh Aisyah ra dari Nabi Saw: Nabi saw
selalu melakukan solat malam hingga bengkak kakinya. Maka aku berkata kepadanya, “Mengapa anda melakukan hal itu wahai
Rasulullah, sedangkan Allah telah memberi ampunan atas dosa-dosa anda yang
dahulu mahupun yang akan datang?” Beliau
menjawab “Tidakkah sebaiknya aku menjadi hamba yang suka bersyukur?” (HR Asy Syaikhani,
An Nasa-i, At Tirmidzi).
Kelihatan bahawa
muslimin itu berjenjang tingkatan akhlak, ibadah dan akidahnya. Ada muslim yang biasa, ada yang sederhana dan
ada yang melebihi keduanya.
Lalu di antara
mereka ada yang menganiaya dirinya sendiri dan diantara mereka ada yang
pertengahan dan diantara mereka ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan.
(Fathir 35/32)
Sedangkan tasawuf
Islamyang hakiki adalah Islam teladan dan mutashawwif merupakan muslim teladan.
Adalah orang-orang
Islam pada zaman Nabi mereka hidup mulia dalam jalinan persahabatan dengan
Rasulullah saw. Para pengikut-pengikut
ini merupakan orang-orang yang zuhud,
mulia, gemar bermujahadah dan fana dalam mencintai Allah dan
Rasulnya. Mereka mendapat kehormatan
dengan kesempatan untuk bersahabat dengan beliau dan mendapat kemuliaan
tertinggi dari yang dapat diungkapkan.
Kaum muslimin
selepas wafanya Rasulullah saw tidak diberikan sesuatu gelaran kepada seseorang
yang dimuliakan. Hanya mereka itu adalah
sahabat-sahabat Rasulullah saw. Oleh
kerana itu, mereka dikenali sebagai sahabat.
Dalam pada masa yang sama, mereka dari generasi selanjutnya yang
bersahabat dengan para sahabat disebut tabi’in, iaitu merupakan sebutan yang
paling terhormat. Mereka yang
selanjutnya pula dinamakan dengan tabi’it tabi.in (Pengikut para tabi’in).
Muncul perbezaan
pendapat tentang tingkatan martabat di antara muslimin.
Selanjuutnya, mereka yang mengkhususkan diri dan memiliki perhatian besar terhadap perintah-perintah agama disebut zuhhad dan ubbad. Namun, selepas itu, timbullah bid’ah di atara berbagai kelompok muslimin, kerana masing-masing mendakwa bahawa diantara mereka terdapat golongan itu tadi. Akhirnya, para ahlus sunnah menyingkir dan menyerahkan diri mereka kepada Allah serta menjaga hati mereka dari berlakunya sesuatu yang sia-sia.
Selanjuutnya, mereka yang mengkhususkan diri dan memiliki perhatian besar terhadap perintah-perintah agama disebut zuhhad dan ubbad. Namun, selepas itu, timbullah bid’ah di atara berbagai kelompok muslimin, kerana masing-masing mendakwa bahawa diantara mereka terdapat golongan itu tadi. Akhirnya, para ahlus sunnah menyingkir dan menyerahkan diri mereka kepada Allah serta menjaga hati mereka dari berlakunya sesuatu yang sia-sia.
Kelompok ini
menyatukan diri dengan nama tasawuf dan nama ini telah terkenal sebagai
tokoh-tokoh Islam yang termasyhur sebelum tahun 200 Hijriyah. Sesungguhnya para sahabat termasuk golongin
sufi, walaupun mereka tidak menggunakan nama itu.
Jika ada yang
berpendapat bahawa tasawuf adalah sebutan yang diadakan oleh orang-orang
Baghdad pada abad ke dua Hijriyyah dan sebelumnya, sebutan itu tidak dikenali,
maka jawapan kepada pendapat ini adalah seberti berikut;
Abu Nashr As
Sarraj At Thusi berkata, “Orang yang pertama kali menyebut as shuufiyah adalah
Al Hasan Al Bashri dan Al Hasan pernah menjumpai sekolompok sahabat Rasulullah
saw. Diriwayatkan bahawa beliau berkata,
“Aku melihat seorang sufi melakukan tawaf.
Aku memberinya sesuatu, tetapi dia tidak mahu mengambilnya dan berkata,
“Aku masih mempunyai emat daniq dan itu cukup bagiku”.
Diriwayatkan dari
Sufyan Ats Tsari, katanya, “Seandainya tidak karena Abu Hasyim As Sufi,
tidaklah aku mengetahui tentang sedalam-dalamnya makna riya. Beliau telah megatakan terdapat di dalam
kitab yang melaporkan berita-berita berkenaan Makkah, tentang Muhammad Bin
Ishaq Bin Yasar dan lain-lainya, yang mengatakan bahawa pada masa sebelum
Islam, kota Makkah pernah kosong sehingga tidak seorang pun yang melakukan
tawaf ke Baitullah. Kemudian datanglah
seorang sufi dari kota yang jauh, malakukan tawaf di Baitullah dan menyucikan
dirinya.
Dan sekiranya
berita itu benar, ia menunjukkan bahawa sebelum Islam, nama Sufi itu telah
diketahui dan disandarkan kepada orang-orang yang gemar melakukan kebaikan dan
keislahan.
Pengalaman tasawuf
bukanlah hal yang baru di dalam Islam, bahkan ia merupakan Islam yang hakiki,
yang timbul dan berkembang seiring dengan kemunculan Islam itu sendiri,
walaupun tidak dikenali dengan sebutan ini pada abad kedua Hijriyyah. Sedangkan perilaku, perasaan dan keadaan jiwa
muncul dalam tahap terakhir pada masa penerapan ilmu-ilmu seperti fiqeh,
tauhid, tafsir dan lain-lain.
Dan sekiranya nama
tasawuf ini tidak disenangi oleh sebahagian mereka, maka namakanlah dengan apa
sahaja nama yang disukai, yang penting, fahaman dan pengamalan ini adalah dari
Islam dan tetap diambil dari golongan ini.
Istilah atau nama
ilmu tidak pernah menjadi persoalan pada zaman Nabi Muhammad saw mahupun
Khulafa’ur Rasyidin. Namun dalam waktu
23 tahun kenabian, baginda saw telah membentang keseluruhan teras ilmu yang
merupakan suatu segmen utama dari rangkuman Ar Risalah.
Pelbagai istilah
ilmu mula timbul, setelah segala teras ilmu yang diajar Rasulullah saw dan para
sahabat berkembang luas. Selepas puluhan
tahun mengalami evolusi yang agak teruja, barulah timbul pembahagian ilmu
mengikut susunan yang kita kenal hari ini.
Tujuan asal penyusunan kategori dan istilah ilmu itu sebenarnya adalah
untuk memenuhi keperluan umat Islam yang semakin ramai jumlahnya dan
memudahcarakan proses pembelajaran mereka.
Usaha cendikiawan Islam ke arah pembinaan klasifikasi ilmu itu lebih
didasari oleh keperluan dakwah dan kesesuain permintaan zaman. Dari gembelingan tenaga dan daya para alim
kita itu tercetuslah pelbagai bidang ilmu yang antaranya dinamakan Tauhid, Fiqh
dan Tasawuf, Tafsir, Hadis, Falak, Nahu, Mantiq, Adab, Iqtisad, Qawid
Fiqhiyyah, Zira’li dan lain-lain.
Sebagai manusia
Islam kita mungkin begitu akrab dengan bidan ilmu Tauhid dan
Fikh. Ini berpunca dari pendedahan dan penekanan dasar dalam usaha membentuk keperibadian Muslimin. Pengolahan dan perbahasan ilmu-ilmu tersebut oleh para alim terkemuka seperti Imam Malik, Imam syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali pula memang telah terkenal dan meluas. Jasa dan keberkahan mereka telah dan akan terus membatu umat Islam mencari dan mencetak keperibadian Muslim yang berwibawa. Keperibadian seseorang Muslim sebenarnya terletak pada keteguhan iman dan ketinggian ilmu yang dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah swt.
Fikh. Ini berpunca dari pendedahan dan penekanan dasar dalam usaha membentuk keperibadian Muslimin. Pengolahan dan perbahasan ilmu-ilmu tersebut oleh para alim terkemuka seperti Imam Malik, Imam syafie, Imam Hanafi dan Imam Hambali pula memang telah terkenal dan meluas. Jasa dan keberkahan mereka telah dan akan terus membatu umat Islam mencari dan mencetak keperibadian Muslim yang berwibawa. Keperibadian seseorang Muslim sebenarnya terletak pada keteguhan iman dan ketinggian ilmu yang dapat meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah swt.
Wahai orang-orang
yang beriman! Apabila diminta kepada
kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu untuk orang lain, maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan serba serbi untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di atara
kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama dari kalangan kamu
beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah
Maha Mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan. (Al Mujaadalah
58/11).
Dari sudut
keutamaan dan pendedahan mungkin kita mendapat suatu pendekatan yang
diuselimuti suasana kurang kesungguhan dalam mempelajari ilmu Tasawuf. Ia ada kaitan rapat dengan sejarah
perkembangan ilmu dalam dunia Islam yang diselangi berbagai cita rasa dan
pengaruh kepimpinan dan pilihan mereka sendiri.
Nabi Muhammad saw
berperanan penting dalam pelbagai bidang kehidupan umat Islam. Selain tugas kerasulannya, Baginda saw juga
seorang pemimpin negara dan reformer sosial.
Antara yang paling menonjol, Baginda saw adalah seorang sufi atau
pengamal Tasawuf. Amalan Baginda saw
sebagai ahli sufi sebenarnya telah disampaikan kepada para sahabatnya (bererti
Muslim yang ditemui Nabi saw atau melihat baginda). Sejarah telah banyak merakam kehidupan zuhud
para sahabat ra yang penuh hikmah dan manifestasi cinta mereka kepada Allah swt
yang sukar ditandingi.
Amalan sufi
Baginda itu terpapar pada akhalknya yang tinggi atau Al Akhlaqul Karimah separti
zuhud. Pengiktirafan Allah swt tentang
ketinggian akhlak Nabi saw jelas terpapar pada
al Qalam 68/4: Dan sesungguhnya
kamu wahai Muhammad mempunyai budi pekerti yang teragung.
Allah swt memuji
Nabi saw kerana memiliki akhlak mulia dan menyeru manusia menurut jejak langkah
Baginda. Rasulullah saw sendiri sentiasa
berpeluang memiliki kekayaan tatapi baginda memilih suatu kehidupan yang
didasari kemurahan hati dan sifat penyayang terhadap fakir miskin. Sifat mulia ini yang dimiliki oleh Nabi saw
harus dijadikan contoh.
Dan demikianlah
(sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus. Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu
umat yang pilihan lagi adil supaya kamu layak menjadi orang yang memberi
keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan
Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. (sebenarnya kiblat kamu
ialah Kaabah) dan tiadalah kami jadikan
kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan kami tentang siapakah yang
benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa yang pula berpaling
tadah (berbalik kepada kekufurannya).
Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat ) itu adalah amat berat
(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk
hidayah. Dan Allah tidak akan
menghilangkan (bukti) iman kamu.
Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatnya kepada
orang-orang (yang beriman). (Al Baqrah 2/143.).
Kebanyakan para
sahabat juga mengnamalkan zuhud iaitu hidup dalam keadaan serba sederhana dan
membelanjakan harta untuk anak yatim, orang miskin dan sebagainya demi
kebajikan ummah. Istilah zuhud ini tidak seharusnya disalahertikan sebagai
pengenepian atau tidak berperanan dalam soal keduniaan. Islam tidak sekali-kali melarang Muslim
mencari kekayaan. Malahan ia meruakan
suruhanAllah swt.
Dan tuntutlah
dengan harta kekayaan yang telah
dikurniakan Allah kepadamu akan pahla dan kebahagiaan dari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (kepaerluan dan bekalanmu) dari
dunia dan berbuat baikilah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian
nimatnya yang melimpah-limpah) dan
janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan. (Al Qasas 28/77).
Para shabat
seperti saidinah Abu Bakar Ash Shiddiq, Saidinah Usman bin Affan dan Saidinah
Abdul Rahman bin Auf merupakan niagawan yang berjaya dan kaya. Begitu pula Saidatinah Siti Khadijah isteri
Rasulullah saw. Apa yang dituntut adalah
memperlakukan harta itu untuk kemashlahatan peribadi, keluarga dan ummah sehingga
membantu tercapainya keadilan sosial.
Sayang sekali hari
ini hidup dikelilingi oleh semangat kebendaan.
Malahan yang lebih menyedihkan, ramai juga mereka yang mengutamakan
kebendaan sedangkan mereka dalam keadaan lemah atau tanpa kemampuan. Sifat cinta kepada kebendaan ini memang telah
dihiaskan dalam diri setiap anak adam sebagaimana firman Allah dalam surah Ali
Imran 3 ayat 14.
Dihiaskan (dan
dijadikan indah) kepada manusia:
kesukakan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu
perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul dari
emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan
binatang-binatang tenak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hiudup
didunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah
ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (Ali ‘Imran 3/14).
Hidup berhutang
demi mengecap kemewahan kononnya telah menarik mereka ke jurang
kemiskinan. Ilmu akhlak atau Tasawuf
tidak diperbesarkan berbanding dengan ilmu Tauhid dan Fikh. Pada hal Rasulullah saw telah mengajarkan
ilmu akhlak ini terlebih dahulu iaitu selama 11 tahun, sebelum para sahabat
mempelajari perihal solat (selepas peristiwa Isra’ Mi’raj), puasa dan
sebagainya. Akibatnya banyak sifat cela
yang ditimbulkan dan dierbesarkan seolah-olah inilah yang menjadi ukuran
manusia yang berjaya.
Kita berjumpa
manusia yang bercakap dengan penuh kuasa (authoritative) atau menonjolkan
pangkatnya. Contoh-contoh ini
menunjukkan sifat riya’ dan takabur.
Dalam Quraan, dua sifat cela itu dipuncakkan daripada Iblis. Jadi sifat-sifat ini juga disebut sifat
syaitan.
Sesungguhnya sifat
buruk sama sekali tidak kekal. Misalnya,
sejarah tanpa henti memaparkan bukti-bukti jelas mengenai kebangkitan dan
kejatuhan para pemimpin dunia yang tegar, serakah dan gersang adab. Sehingga kejatuhan mereka ada yang boleh
dikatakan dalam keadaan yang aib atau menghancurkan. Jadi sifat cela akan membawa keadaan
sebaliknya iaitu apabila kuat pada permulaannya, orang itu akan lemah akhirnya.
Orang yang
berkuasa dapat diselamatkan oleh ilmu Tasawuf apabila ia merasa ada
pertimbangan wajar yang perlu dilaksanakan terhadap golongan-golongan yang
dikuasai. Hal ini senantiasa
diperingatkan oleh Allah swt sebagaimana dalam surah Adh Dhuha ayat 93/11.
Adapun nikmat
Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebut (dan zahirkan) sebagai bersyukur
kepadanya. (Adh Dhuha 93/11).
Riya’ dan takkabur
telah menjatuhkan Iblis ke lembah yang terhina (ia adalah jin yang telah
mendapat nikmat dalam bentuk penghormatan Allah swt sehingga dapat bersama para
malaikat. Nama Iblis ketika itu ialah Azazil).
Allah swt hendak menguji setiap hambanya, iaitu mereka harus buktikan
ketaatan melalui perlakuan bukan sekakdar ungkapan manis dari hati yang
berbolak-balik. Jadi, ketika Allah swt
menyuruh para malaikat dan Iblis agar menyembah (membneri penghormatan) kepada
Adam as, hanya Iblis saja yang enggan.
Peristiwa ini dapat disingkap kembali pada firman Allah swt di Surah Al
Baqarah ayat 34.
Dan (ingatlah)
ketika kami berfirman kepada Malaikat:
“Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”, lalu mereka sekeliannya
tunduk memberi hormat melainkan Iblis;
ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. (Al Baqarah 2/34).
Allah swt
mengetahui isi hati hambanya. Namun,
dalam peristiwa Iblis yang ingkar tadi, Allah swt bertanya mengapa Iblis tidak
menyembah Adam. Hal ini demi disaksikan
oleh para malaikat dan Nabi Adam. Jawab
Iblis dia lagi mulia kerana dijadikan daripada api sedang Adam hanya berasal
daripada tanah. Jawapan Iblis yang
bongkak ini telah dirakamkan dalam Surah Al A’raaf ayat 12 ketika Allah swt
bertanyakan kepada Iblis.
Allah
berfirman: “Apakah yang menghalangmu
dari pada sujud ketika aku perintahmu?”
Iblis menjawab: “Aku lebih baik
daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)
jadikan daku dari api, sedang dia engkau jadikan dari tanah”. (Al A’raaf 7/12).
Jawapan Iblis itu
menunjukkan dia takkabur iaitu berbangga pada dirinya sendiri dan bersifat
riya’ iaitu inginkan orang lain (Adam) menyanjungnya dan bukan sebaliknya. Lantaran itu, Allah swt telah mengenyahkan
Iblis dari syurga. Jelaslah di sini
Iblis merupakan makhluk yang tidak sedar diri iaitu tidak menyukuri pemberian
dan ciptaan Allah swt.
Sepanjang
kehidupan manusia dari zaman Adam as, manusia diuji secara berterusan. Ujian Adam as mengingatkan kita kepada satu
daripada 2 sifat asal manusia, iaitu lupa.
Hal ini berlaku apabila Adam as lupa dengan larangan Allah swt agar
jangan memakan buah dari pokok larangan. Lupanya Adam as itu adalah berpunca
dari rayuan Hawa, Isterinya yang menerima bujukan iblis, yang memberitahu
bahawa dengan memakan buah tadi akan kekAllah mereka hidup di syurga.
Satu lagi sifat
asal kelemahan manusia ialah mengantuk atau kalah tidur.
Allah swt telah
menjadikan Nabi Sulaiman as sebagai manusia paling perkasa kerana dapat
menguasai angin, Jin, mengetahui bahasa binatang (termasuk serangga) dan
memiliki kekayaan yang tiada terkira.
Tetapi bagaimanakah Sulaiman as menanggapi segala keistimewaan itu? Belia menyatakan bahawa “Ini adalah kurnia daripada
Tuhanku sebagai dugaan sama ada aku bersyukur atau kufur”.
Maksud kufur dalam
konteks ini bukanlah menafikan Allah swt, tetapi menidakkan nikmat atau
anugerah Ilahi.
Dua lagi sifat
Iblis ialah hasad (menaruh perasaan iri dan benci) dan dengki (tergamak
mengenakan). Jadi dapatkah sifat-sifat
syaitaniah ini dibasmi? Jawabnya ialah
tentu saja boleh. Ia boleh dilakukan dengan menguasai Ilmu Tasawuf atau ilmu
batin yang bertujuan membersihkan jiwa (nafi’a).
Sering kita tidak
menyedari bahawa perlakuan kita adakalanya menyerupai syaitan. Contohnya, ketika bercermin, kita merasa diri
kita kacak dan wajah orang lain juga merasa demikian. Merasa kacak dan berbangga itu dipanggil
takabbur. Manakala mengharapkan orang
lain mengiktiraf kehebatan itu pula dipanggil riya’.
Ketika solat
sendirian, sering kita lalai dari segi ketertiban. Tetapi apabila kita bersolat di masjid atau
di khalayak ramai, kita bersungguh-sungguh melakukannya kerana marasa banyak
mata melihat kita – iaitu sifat riya’.
Sebelum dinyahkan
dari syurga, Iblis mendapat izin Allah swt dalam dua perkara: Pertama: untuk terus menduga Adam as dan
keturunannya (manusia) dari semua sudut;
Kedua diizinkan hidup samapai akhir zaman (akhirat). Tujuannya semata-mata untuk menghalang
manusia dari mengikuti jalan yang lurus.
“Kemudian aku
datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka dan dari kanan mereka serta dari kiri
mereka. Dan engkau tidak akan dapati
kebanyakan mereka bersyukur”. (Al A’raaf 7/17).
Allah swt berkata
Iblis dan pasukannya tidak akan mempengaruhi hambanya yang ikhlas beriman. Ini
jelas dinyatakan Allah swt dalam surah Shod ayat 82.
Iblis
berkata: “Demi kuatkuasamu (wahai
Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, (83) kecuali hamba-hambamu antara zuriat-zuriat
Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan”. (Shod
38/82~83).
Jika kita
melakukan sesuatu demi orang lain dan bukan kerana Allah, maka kita dikatakan
tidak ikhlas.
Secara mudah,
Tasawuf ialah mengenai keikhlasan atau melakukan sesuatu kerana hendak
mendapatkan keridaan Allah swt. Dari segi formulanya, kita dapat merumuskan
seperti berikut:
T (Tasawuf) =
ƒ(Pembersihan sifat cela, ikhlas).
Berbalik kepada
soal solat dan riya’ tadi, hal ini ada dijelaskan dalam peringatan Allah swt
pada keseluruhan surah Al Ma’un yang bermaksud:
“Tahukah kamu orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik
anak yatim. Dan tidak menganjurkan
memberi makan orang miskin. Maka
celakalah bagi orang-orang yang salat, iaitu orang-orang yang lalai dari
salatnya, orang-orang yang riya dan enggan mengeluarkan zakat”.
Antara lain
mengingatkan orang Islam agar jangan jadi pendusta agama (munafik) kerana
sekurang-kurangnya 4 perkara berikut:
a. Mengasari
anak yatim.
b. Enggan
memberi makan/menanggung orang miskin.
c. Lalai
dalam bersolat dan
d. Orang
yang riya’.
Maksud lalai
(Arab: sahun) amat luas, termasuklah
tidak khusuk ketika bersolat dan lupa mengenai apa yang dibaca dalam solatnya
kerana fikirannya menerawang.
MAKSUD IHSAN DAN
SEMPURNA
Ikhlas juga
dimaksudkan sebagai ihsan. Makna ihsan
terpapar dalam sebuah hadis yang amat terkenal iaitu ketika Jibril as yang
menyamar sebagai seorang lelaki datang dan duduk bertemu lutut di depan Nabi
saw dalam suatu majlis yang disaksikan para sahabat. Jibril as bertanyakan apakah makna Islam,
Iman dan Ihsan.
Mengenai ihsan,
Nabi saw menyatakan ialah apabila seorang Muslim beribadat ia seolah-olah
melihat Allah swt dan jika ia tidak dapat melihatnya, ia mengetahui bahawa Allah
swt melihatnya.
Maksud melihat
ialah satu persaksian iaitu apa jua urusan kita hendaklah ditujukan kepada Allah
swt. Demi mendapatkan keridhaan atau
disukai Allah swt, maka segala kerja yang kita buat hendaklah memenuhi
suruhannya dan menjauhi larangannya.
Amalan inilah yang menjadikan kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan
bersungguh-sungguh hingga ia mencapai taraf sempurna (Kamil).
Satu-satunya
makhluk yang telah mencapai darjat atau maqam kamil adalah Rasulullah saw.
Segala ilmu dan peristiwa di dunia dan keseluruhan alam telah dilihat
(dipersaksi) Allah swt kepada Baginda.
Misalnya, Nabi saw merupakan manusia pertama yang dibedah secara cahaya,
diangkat ke langit, dilihatkan peristiwa terdahulu dan pada hari kemudian.
Tugas umat Islam
ialah meraih apa jua usaha secara sempurna.
di sinilah terbentang erti gemilang atau kecemerlangan. Kalau bekerja, orang Islam mestilah yang
terbaik. Ini dapat difahami dengan
firman Allah swt di surah Al Isra ayat 7:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan
adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang
buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu)
kali kedua, (kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu
(dengan penghinaan dan keganasannya) dan untuk memasuki masjid (Baitul Maqdis)
sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk
menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai dengan
sehancur-hancurnya. (Al Israa’ 17/7).
Konsep sempurna
dan ihsan ini berkait rapat kerana kata dasar Bahasa Arab, Hasanah (Yang baik)
adalah ihsan. Ketika itu terhimpun dalam
doa yang sangat terkenal – Ya Allah kurniakanlah aku keidupam sempurna dan baik
di dunia dan juga di akhirat dan jauhkan daku dari seksa api neraka).
Jelaslah apabila
hati kita ikhlas/ihsan, maka kita tidak mudah digoda oleh pesona zahir seperti
harta atau kekayaan, seks atau wanita dan pangkat atau takhta. Hal ini menjejaskan betapa relevennya Tasawuf
dalam melengkapkan seseorang – dari seorang pekerja biasa sehingga pemimpin
agung - dalam menghadapi dugaan dunia yang dicetuskan oleh Iblis dan
opasukannya. Apabila hati telah disucikan dengan ikhlas dan ihsan, segala
tindak-tanduk kita akan membawa kebaikan di dunia dan mendapat balasan baik di
akhirat.
Tasawuf adalah
ilmu batin kerana ia mengenai dalam diri manusia yang tidak dapat dilihat oleh
mata kasar. Aspek batin atau ruh ini
juga disebut ruh Islam. Kelemahan umat
Islam dewasa ini ialah kerana kekurangan pada ruh Islam.
Sering kita tidak
menyedari diri kita sendiri sudah melakukan syirik atau menyekutukan Tuhan walaupun
kita bersolat dan menjalankan pelbagai ibadah.
Ini berlaku dengan pelbagai keadaan, misalnya seseorang itu senantiasa
mengharapkan kerja atau usahanya dengan ganjaran dalam bentuk harta dan pangkat
dan bukan keridhaan Allah swt. Syirik
sedemikian disebut syirik khafi (syirik yang tidak disedari/tidak ketara). Tetapi syirik yang lebih besar atau syirik
jali/kabir ialah bertindak menyekutukan Allah swt secara terang-terangan
seperti mengamalkan fahaman komunis, menyembah berhala, menyatakan Tuhan ada ibu
bapa dan anak (Triniti).
Peringatan Allah
swt kepada kita ialah semua manusia adalah sama tetapi yang membezakan
darjat/kedudukan atau maqam di sisinya ialah aspek taqwa. Firman Allah swt dalam surah Al Hujuraat ayat
13: “Wahai umat manusia sesungguhnya
kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain)
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu).(Al Hujuraat 49/13)”.
Erti takwa ialah
mengikuti suruhan Allah swt dan takut melanggar perintahnya. Sering taqwa dianggap sebagai takut. Misalnya kita berhentikan kereta ketika lampu
trafik merah kerana takut disaman.
Tetapi takut kita kepada Allah swt tentulah jauh lebih hebat lagi –
takut kerana tidak mendapat keberkatannya di dunia atau takut kerana mendapat
seksa neraka. Jadi apa jua perbuatan
kita hendaklah kerananya atau lillahi ta'ala.
Dalam kehidupan
murni atau sempurna seorang muslim, sifat ikhlasnya akan mendorongnya untuk
melakukan apa jua kerananya – dari perkara yang kecil seperti beristinjak,
mengangkat wuduk, solat sehingga perkara yang besar seperti membela diri ketika
diserang. Bagaimanakah kesedaran ini
dapat ditancapkan dalam akal manusia?
Sebenarnya sukar
untuk membezakan apa itu hati dan akal.
Sering ulama menganggap kedua-duanya sama. Otak yang ada di kepala itu bukanlah
akal. Tetapi otak adalah organ untuk
memproses data wadah daya peringatan.
Dalam sebuah hadis
Rasulullah saw pernah menyatakan dalam diri anak Adam itu ada segumpal darah,
apabila ianya baik maka baiklah seluruh anggotanya. Apabila ia rosak, maka akan rosaklah seluruh
anggotanya. Itulah dia hati.
Pokoknya, tanpa
akal, tidak sah ibadah seorang muslim.
Salah satu syarat pokok ibadat ialah berakal. Jika orang itu gila, maka ibadah tidak
sah. Bahkan jika dia membunuh kerana
tidak berakal, perbuatannya boleh dikira tidak berjenayah.
Yang membezakan
manusia dengan haiwan yang lain ialah kerana manusia berakal. Haiwan pula bernalur seperti makan, minum,
khawin dan sebagainya. Sekiranya manusia
tidak mampu memanfaatkan akalnya, maka ia diibaratkan Allah swt sebagai haiwan,
bahkan lebih buruk lagi darinya.
Dan sesungguhnya
kami jadikan untuk Neraka Jahanan banyak dari Jin dan Manusia yang mempunyai
hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang
mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan
yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat). Mereka itu seperti binatang
ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang
lalai. (Al A'raaf 7/179).
Takwa tidak akan
teguh jika akal tidak disucikan atau tasfiah daripada sifat-sifat cela yang
terdapat pada syaitan dan juga binatang (buas dan tidak mengenal hubungan
kelamin).
Seorang hartawan
dikatakan bijak kerana bejaya mengumpul harta walaupun dalam keadaan
kemelesetan. Dari segi Tasawuf,
kebijaksanaan orang ini hanya bersifat zahir.
Ia tidak melambangkan takwa.
Untuk meraih
takwa, hartawan itu hendaklah menyalurkan hartanya sebagai sedekah dan zakat.
Terlebih dulu, hartanya pula hendaklah diperolehi dengan jalan yang halal.
Manusia Islam
adalah insan yang menyeluruh atau kaffah.
Ertinya berkaitan rapat dengan konsep insan kamil atau manusia sempurna
yang telah dicapai oleh Rasulullah saw.
Istilah kafiah atau keseluruhan dalam mempraktikkan Islam telah
diperintahkan oleh Allah swt dalam firmannya surah Al Baqrah ayat 208: Wahai orang-orang yang beriman. Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan
mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah
syaitan. Sesungguhnya Syaitan itu musuh
bagi kamu yang terang nyata. (Al Baqarah
2/208).
Kaffah atau total
person ini melihat segala usahanya untuk kebaikan sejati seluruh alam.
Kehadirannya menguntungkan semua pihak, termasuk sekitaran. Dalam tindak tanduknya sebagai pemimpin
negara penglima perang, bapa, suami, sahabat dan manusia biasa. Rasulullah saw memberikan contoh bagaimana
setiap usaha dilakukan untuk kebaikan menyeluruh. Oleh itu, seseorang itu perlu menguasai ilmu
dunia dan juga memiliki sifat-sifat mulia secara batiniah dalam melakukan
setiap pekerjaan agar mencapai hasil yang sempurna.
Sebelum
memperkenalkan sahabat kepada aspek solat sehingga haji, urusan perang, urusan
mentadbir negara, mengadakan hubungan diplomatik, bercucuk tanam, amalan
berdagang dan sebagainya. Nabi saw terlebih dahulu menampilkan sifat-sifat
terpuji dalam batin para pengikutnya.
Sifat-sifat batin
ini merupakan amalan Tasawuf. Jadi,
tasawuf bak kunci hati atau jiwa (Arab miftahus sudur). Allah swt mengingatkan manusia bahawa hati
manusia lebih keras daripada batu. Firman Allah swt dalam surah Al Baqarah ayat
74: “Kemudian sesudah itu, hati kamu
juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang
terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang
pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya
yang jatuh ke bawah kerana takut kerpada Allah, sedang Allah tidak sekali-kali
lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al Baqarah 2/74).
Dalam peristiwa
Isra' Mi'raj, aspek pembersihan hati yang dilalui oleh Rasulullah saw iaitu
hatinya dibedah dan dibersihkan dengan air zamzam oleh Jibril as, kemudian
diperkuat dengan ilmu, iman, kelembutan, makrifah. Kesucian hati baginda telah membawanya
berjumpa dan berdialog dengan Allah swt.
Pada hal ketiak Musa as minta untuk melihat Allah swt, hanya dengan
suara yang memuji Allah swt yang menghancurkan sebahagian gunung Tursina itu
sahaja telah mengakibatkan Musa as Pengsan.
Sesungguhnya
Tasauf adalah disiplin untuk hati tempat terletak ruh Islam. Kelemahan umat Islam kerana ruhnya dan kita
berkewajipan untuk membersihkan ruh tadi untuk kembali semula ke jalan fitrah,
jalan menuju kepada Allah swt.
Ihsan merupkan
saatu konsep yang dapat disusur daripada salah satu hadis yang masyhur. Ketika dikelilingi oleh para sahabatnya. Nabi Muhammad saw telah didatangi oleh
seorang lelaki yang sungguh baik keadaannya, berpakaian kemas, tetapi tidak
dikenali. Lelaki itu sebenarnya adalah
Malaikat Jibril as dalam penampilannya sebagai 'manusia'. Lelaki itu bertanya kepada Rasulullah saw di
tengah persaksian para sahabat, apakah makna Islam, Iman dan Ihsan.
Nabi saw
menjelaskan erti Islam ialah menjalankan rukun yang lima iaitu perakuan kalimah
syahadat, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa dalam bulam Ramadan dan
mengerjakan haji. Kemudian Nabi saw
menerangkan erti iman iaitu percaya kepada Allah, para malaikat, para nabi,
kitab-kitab Allah, hari akhirat serta qada' dan qadar. Mengenai ihsan pula, Nabi saw mendefinasikan
dengan maksud bahawa seseorang hendaklah melaksanakan ibadatnya seolah-olah ia
melihat Allah dan jika ia tidak merasa dapat melihat Allah swt, ia hendaklah
menyedari bahawa Allah melihatnya.
Apakah kaitan
Islam, Iman dan Ihsan? Ketiga-tiganya
bak 3 unsur dalam satu yang mesti ada dalam diri seorang mukmin iaitu orang
yang beriman kepada Allah.
Iman dapat
digolongkan kepada 5 kedudukan atau maqam:
Pertama – Iman
Matbu' iaitu iman yang sudah diacuankan dalam diri para malaikat sehingga
mereka taat sepenuhnya kepada Allah swt.
Malaikat dicipta tanpa nafsu dan senantiasa melaksanakan perintaah Allah
swt. Iman malaikat tanpa cacat (zero
defects).
Kedua - Iman Ma'sum iaitu iman yang terdapat pada
para Rasul dan Nabi. Rasul dan Nabi
adalah manusia, makhluk yang mempunyai nafsu.
Tetapi iman mereka sentiasa dipelihara Allah swt daripada terkena noda
dunia.
Contohnya, Nabi
Luth berada di kota Gomorah dan sodomah yang penuh dengan perbuatan seks
songsang. Kecuali Nabi Lut dan
anak-anaknya, tiada yang terpelihara daripada noda dua kota itu termasuk isteri
beliau sendiri, yang kemudiannya dimusnahkan oleh Allah swt. Iman para nabi dipelihara sehingga tidak
timbul tiga jenis keraguan iaitu Syak, zahn dan waham. Oleh itu, para nabi juga disebut mempunyai
kedudukan atau maqam kamalul yakin – Percaya sepenuhnya kepada Allah swt dan
100% pasrah kepadanya.
Ketiga – Iman
Maqbul iaitu iman yang dimiliki oleh mukmin yang bukan terdiri daripada Nabi dan
Rasul. Maqbul bererti diterima Allah
swt. Mukmin adalah orang yang
melaksanakan segala perintah Allah swt dan menjauhi larangannya. Nafsu mereka sentiasa teruji dan ada kala
mereka nyaris dikalahkan oleh nafsu, tetapi Allah swt melindungi mereka pada saat
penuh debar ini.
Selepas para Nabi
dan Rasul, manusia yang dipandang mulia di sisi Allah swt adalah Wali
(jamak: Aulia). Teras iman mereka juga dipanggil mahfudz
iaitu iman yang sentiasa diuji nafsu tetapi dapat diselamatkan kerana rahmat Allah
swt.
Keempat – Iman
Mauquf iaitu iman milik golongan pembuat bid'ah (istilah Arab ahlul bid'ah) –
mengada-adakan hal yang menghampiri syirik (menyekutukan Allah swt) seperti
percaya kepada jin, roh atau kuasa-kuasa lain yang dianggap mempunyai
kesaktian, amalan khurafat dan sebagainya.
Kelima – Iman
Mardud iaitu iman orang Munafik (berpura-pura) – pada kenal dirinya orang ini
Islam, tetapi sebenarnya ia melakukan hal yang bertentangan atau memusihi
Islam, termasuk menyekutukan Allah swt.
Iman ini ditolak Allah swt dan balasannya adalah Neraka.
KAITAN IHSAN
Daripada maksud
hadis tadi, jelas nabi saw memberikan takrif ihsan yagn khususnya berbeza
dengan Islam dan Iman. Ihsan menegaskan
kehadiran kita di depan Ilahi – seolah-olah kita melihat dan dekat kepadanya.
Erti lihat atau
musyahadah dan dekat atau muraqabah merupakan teras hubungan antara manusia
dengan Penciptanya.
Allah swt
menegaskan hal ini dalam firmannya yang bermaksud: Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan
yang yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa) dan juga
yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang
kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namanya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An Nisaa' 4/1).
Apabila dua konsep
ini ditancapkan sepenuhnya dengan sedar dalam jiwa (hati atau qalb), maka apa
yang kita lakukan adalah kerana Allah (lillahi ta'ala).
Musyahadah dan
muraqabah juga menjurus kepada erti ikhas.
Di sinilah terpapar persamaan antara ihsan dan ikhlas. Kewujudan manusia di muka bumi ini adalah
semata-mata bertujuan mempersembahkan pengabdian yang sempurna terhadap Allah
swt.
Kenyataan ini
jelas terkandung dalam firman Allah swt dalam surah Adz Dzaariyat ayat 56 yang
bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaku. (Adz Dzaariyat 51/56).
Pada urutan usaha
awalnya, manusia itu harus berjalan di atas
tuntutan Sayariat dengan matlamat akhir mengenal Penciptanya, menyerah
diri, menghidupkan rasa cinta dan redha terhadap Allah swt. Namun, segala usaha untuk mendekatkan diri
dengan Allah swt, atau mendayakan kesampaian persembahan pengabdian itu tidak
akan berjaya kecuali ia ditimbulkan dari dasar ikhlas. Sekiranya manusia berkeupayaan mengikhlaskan
pengabdiannya kepada Allah swt, memuasatkan seluruh kehidupannya dalam
lingkaran penghambaan yang jujur dan mengujudkan pengertian seperti yang ia
sebut setiap haril Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah kami memohon pertolongan, maka Allah swt menjanjikan bahawa syaitan
tidak akan memeroleh suatu jalan pun untuk sampai kepadanya.
Malah ada
sesetengah ulama menganggapkan kedua-dua istilah itu sama atau boleh digunakan
silih bergantil.
Seorang penuntut
Tasauf bernama Abul Qassim aljunaid al Baghdadi telah ditalqinkan (diajarkan)
oleh gurunya, As sirr as Saqati agar sering menucapkan tiga kalimah sebelum
tidur selama sebulan:
1.
Allahu ma'i (Allah
bersamaku).
2.
Allahu nazirun Ilaiya (Allah
melihat kepadaku).
3.
Allahu Syahidun 'Alaiya (Allah
melihat atasku).
Tiga kalimah tadi
sebenarnya bak ikrar mengenai perihal hadir, dekat dan melihat Allah swt. Guru tadi bertanya muridnya apakah keasan 3
kalimat tadi pada dirinya. Aljunaid
berkata, beliau merasa amat waspada sebelum melakukan sesuatu perkara yang
mendekati maksiat. Malah, beliau
terhindar dari perlakuan maksiat setelah menerima dan mengamalkan talqin
gurunya.
Rasa kewaspadaan
daripda berbuat maksiat itu tentulah memelihara iman seorang mukmin agar terus
tergolong dalam maqam ma’sum. Jadi kita
juga harus amalkan apa yang dilakukan oleh Aljunid dalam langkah kita mendalami
tasawuf.
Konsep musyahadah
membawa maksud melihat (basariah) tetapi ia bukanlah melihat dengan mata
kita. Hanya Nabi Muhammad saw yang dapat
melihat Allah swt ketika mikraj. Para
nabi lain juga meminta untuk melihat Allah swt, seperti dalam hal Nabi Musa di
Gunung Tursina. Namun Allah swt tidak
mengizinkan kerana mereka tidak akan berupaya melihatnya dalam keberadaan
mereka di dunia ini. Bahkan sebahagian
Gunung Tursina hancur ketika baru saja tanda kebesaran Allah swt ditunjukkan. Menurut Rasulullah saw, cahaya Allah swt
diliputi oleh 72 hijab (perintang) dan belum pun terbuka satu hijab saja, akan
luluhlah isi alam ini. Jadi bagaimanakah
kita melihat?
Dalam pengertian
tasawuf, kita melihat melalui kemampuan mata hati. Sehubungan ini, Imam Malik ra, ditanya
mengapakah kita tidak dapat melihat Allah swt.
Dengan halus dan mudah Imam Malik menjawab, bermaksud: “Yang fana’ tidak dapat melihat yang
baqa. Hanya yang kekal dapat melihat yang
kekal.
Apa jua yang wujud
di alam ini, termasuk manusia adalah dalam keadaan sementara atau tidak
kekal. Kehidupakn kekal hanya diperolehi
di akhirat dan ketika itulah manusia akan dapat melihat Allah swt berdasarkan
kurnianya.
Jelaslah apabila
seorang insan memahami ihsan, maka ia akan merasa seperti melihat Allah dalam
hatinya. Kesannya akan membawa
ketenteraman dalam jiwa – suatu yang tidak ternilai harganya.
Cara Memahami Ihsan
Mestilah seseorang
itu berilmu demi menggarap pengertian ihsan akan tertancap dalam kalbu atau
hatinya. Proses ini tidak mudah. Sumber ilmu terbahagi dua: Pertama yang dipelajari dan kedua, yang
dianugerahkan oleh Allah swt.
Dalam Islam, ilmu
terbahagi kepada tiga iaitu tauhid, fiqh dan tasawuf. Ia melibatkan peraturan hubungan manusia
dengan penciptanya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dalam
jiwanya atau secara introspektif.
Hari ini sering
ilmu dipisahkan daripada dua perkara iaitu hubungan dengan Tuhan dan jiwa
manusia. Inilah kepincangan dalam
mencari ilmu dan membawa kesan yang merugikan manusia.
Daripada tiga
aspek tadi, kita menemui pengertian syariah (perihal undang-undang manusia),
tariqah (perjalanan jiwa), haqiqat (kebenaran yang tersimpan jauh di lubuk jiwa atau juga disebut rahsia
jiwa – sir).
Perbuatan seperti
taubat (kembali ke jalan Allah), takqa (takut kepada Allah) dan istiqamah
(konsisten atau tekal melaksanakan perintah Allah) merupakan sebahagian dari
perlakuan syariah atau dipaparkan secara zahir.
Misalnya, untuk
bertaubat: seseorang itu mestilah
menunjukkan rasa sesal atau nadam, beristighfar (meminta ampun kepada Allah
swt) dan meninggalkan maksiat.
Taubat harus
diikuti dengan istighfar sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah, Jalla
Jalaaluh dari surah Al Maa’idah ayat 74:
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon
keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang
kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha Pengampun ,lagi maha
mengasihani. (Al Maa’idah 5/74).
Tidak betul jika
seseorang itu sudah bertaubat hanya sekadar menyebutnya dalam hatinya,
sedangkan dari segi perbuatan dia masih melakukan perkara sumbang. Awasi juga orang yang mengaku sudah insaf dan
meninggalkan perbuatan buruk yang lama tetapi melakukan perbuatan baru yang
tidak kurang celanya.
Untuk kembali ke
jalan Allah swt, selain menimba ilmu, seseorang itu hendaklah melakukan
pembaikan atau islah.
Islah atau
pembaikan ini memang sangat dianjurkan oleh Islam. Dalam kaitan ini Allah swt menjelaskan: Wahai anak-anak Adam! Jika datang kepada kamu Rasul-rasul dari
kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat (perintah)ku, maka sesiapa yang bertakwa dan memperbaiki amalannya,
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap
mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al A’raaf 7/35).
Konsep islah amat
luas kerana boleh diibaratkan sebagai pemulihan tabiat, peningkatan ilmu,
memulakan kehidupan baru atau berhijrah (berpindah) dari satu keadan (negeri
atau tempat) ke keadaan yang lain.
Jelasnya, islah menghendaki perlucutan sifat cela atau mazmumah kepada
sifat terpuji atau mahmudah.
Untuk menjayakan
islah, 3 perkara asas diperlukan iaitu:
1.
Ikhlas.
2.
Siddiq (benar).
3.
Tuma’ninah (tenteram).
Jelaslah
dalam hal ini, perbuatan islah itu melibatkan pensucian diri dari segi fikh
atau melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman yang dilihat dari segi zahir dan
juga dari sudut pembersaihan batin dan rahsia hati (sirr).
Sekadar contoh, A
marah kepada seorang kawannya, B, yang sekian lama dipepercayai dan kemudian terbukti
mengkhianatinya. A menunjukkan muka
(zahir) yang berang, hatinya (batin) perih dan dalam rahsia hatinya (sirr)
tersimpan dendam.
Untuk berislah,
maka A terlebih dahulu perlu bertaubat.
Islah yang dilakukannya akan bersifat batin atau dhamir. Dia perlu:
1.
Membuang (takhliah) sifat
cela/mazmumah dan,
2.
Memasukkan (tahliah) sifat
terpuji/mahmjudah.
ADIB DAN GANJARANNYA
Islah membawa
pembentukan insan beradab atau adib yang dari segi zahir dan batin suci
daripada sifat cela, tetapi gemilang dengan sifat terpuji. Insan ini merasa tenteram (tuma’ninah). Hatinya sentiasa tunduk kepada Allah swt atau
disebut tawadhu’.
Sebuah hadis qudsi
(firman Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw untuk keperluannya dan
kemudian disampaikan pula oleh Nabi saw dengan kefahamkan bahasanya untuk
dimanfaatkan oleh para sahabat) yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, antara
lain bermaksud demikian:
Barangsiapa yang
menyakiti waliku, aku istiharkan perang kepadanya dan tiada mendekati hambaku
kepadaku dengan suatu pekerjaan yang lebih aku sukai daripada mengerjakan apa
yang telah aku fardukan ke atasnya. Dan
sentiasa hambaku mendekati dirinya kepadaku dengan melakukan segala yang
sunnat. Apabila aku telah mencintainya,
maka akulah yang menjadi pendengaran yang ia mendengar melaluinya dan
penglihatan yang ia melihat menerusinya dan tangannya yang ia gunakan dan
tampar dengannya dan kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan demi jika ia minta kepadaku, nescaya aku
berikan kepadanya. Dan demi jika ia
minta perlindungan kepadaku, nescaya aku melindunginya.
Pembahasan hadis
qudsi ini amat luas. Tetapi sekadar memahaminya secara ringkas, ia menunjukkan
betapa insan yang sudah berislah menerusi proses Islam, Iman dan Ihsan, sehingga terlucut segala
sifat keji dan terterap serta terpantul segala sifat terpuji, akan dicintai
Allah swt. Memasuki kedudukan atau maqam
mahabatullah (dikasihi Allah) merupakan setinggi-tinggi kurnia Ilahi kepada
hambanya. Inilah matlamat ajaran Islam,
khususnya yang sering diperjuangkan oleh tasawuf. Sebenarnya, ajaran tasauf boleh juga
dikatakan sebagai sesuatu yang melengkap atau menyempurnakan ikhtiar insan
untuk kembali ke hadrat Allah swt dalam keadaan ahsani taqwim. Untuk menjalani proses pensucian jiwa
sehingga mencapai peringkat sebaik-baik insan, manusia harus melibatkan seluruh
anggotanya, dieguhkan pula dengan gerakan jiwanya sehingga ia bebas dari segala
kekotoran yang menutup mata hati dirinya.
Apabila keadaan ini berhasil, maka dirinya itu sentiasa tidak terlepasa
dari mengingati Allah swt, serta jiwa dan hatinya mengekalkan pendiriannya
terhadap Allah swt.
Maksud perang
ialah dibenci Allah swt. Bermakna wali
atau mukmin yang menjadi kekasih Allah akan terpelihara sehingga orang yang
cuba mengkhianatinya akan gagal dengan sendirinya.
Dalam perkara ini
Allah swt menerangkan bahawa para wali itu sentiasa tidak mengalami kesedihan
dan kebimbangan. Dalam surah Yunus ayat
62, Allah Rabbul Izzah mengatakan: Ketahilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada
kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula
tidak akan berdukacita. (Yunus 10/62).
Untuk mencapai
maqam ini, seseorang itu bukan sahaja melakukan yang fardu (solat, zakat, puasa
dan haji) tetapi melakukan juga yang sunnah (solat sunnah seperti tahajud,
rajin bersedekah dan sebagainya)
Lama-kelamaan
orang yang menjadi kekasih Allah akan merasa apa yang dilihat, dihidu,
dirasakan, dilakukan atau setiap pengendaliannya senantiasa mendapat pedoman
atau petunjuk ilahi.
Inilah jalan yang
harus diperjuangkan dalam kita mencari keredhaan dan mahabbah dari Allah Rabbul
Arbab. Firman Allah swt dalam surah al
Ankabut ayat 69: Dan orang-orang yang
berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami,
sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami (yang menjadikan
mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al Ankabut 29/69).
Betapa sentosa dan
damai orang sedemikian. Semoga kita
mencapai matlamat ini.
KAEDAH-KAEDAH ILMU TASAWUF ISLAM
Ada sebelas kaedah wajib diketahui untuk belajar
Tasawuf:
1.
Batasan
2.
Teman
3.
Penyusunan
4.
Pengambilan
5.
Nama
6.
Hukum
7.
Masalah-masalah
8.
Penyandaran
9.
Faedah
10.
Keutamaan
11.
Tujuan
Tasawuf
itu dasar ilmunya berasal dari ilmu-ilmu Islam yang memiliki dasar dan
prinsip-prinsip tersendiri, bukan dari sumber-sumbar bukan Islam. Mengamalkannya Fardhu Kifayah, kerana ia
merupakan ilmu yang khusus bagi orng-orang yang khusus.
Ada 11 Mubadi ilmu
Tasawuf:
1.
Batasannya
Batasan tasawuf
adalah meninggalkan pendakwaan menyembunyikan sesuatu yagn berat difahami,
muraqabah (mencermati dengan saksama) kepada Allah, menyempurnakan
cabang-cabang iman dan melakukan tahalli (mengisi diri dengan sifat-sifat
terpuji dan lain-lain) dengan penuh ketakwaan.
2.
Temanya
Temanya adalah zat
Allah yang maha tinggi, sebab tasawuf adalah mencari ma’rifatullah baik dengan
pembuktian, penyaksian maupun realiti yang ada.
Yang pertama adalah untuk orang-orang yang mempelajarinya dan yang kedua
adalah untuk orang yang menjadi perantaranya.
Begitu juga
dikatakan bahawa temanya adalah jiwa, hati dan ruh. Sebab tasawuf mencari cara mengatur dan
mendidik jiwa, hati dan ruh tersebut.
3.
Penyusunnya
Nabi Muhammad saw
dengan wahyu dan ilham. Dalam hal ini,
Jibril as turun, pertama membawa syari’at dan setelah ditetapkan kemudian
membawa hakikat. Selanjutnya
dikhususkanlah dengannya sebahagian manusia atas sebahagia yang lain.
4.
Pengambilannya
Diambil dari kitab
Allah, Sunnah Rasulullah, ilham orang-orang soleh dan pembukaan orang-orang
arif. Ilmu ini juga tidak diambil hanya
dari bahan-bahan bertulis, melainkan diambil dari orang-orang yang memiliki
daya rasa dan kebijaksanaan. Tidak
diperolehi juga melalui kata-kata dan pembicaraan, melainkan diambil dari upaya
orang-orang yang menuju kepada kesempurnaan.
5.
Namanya
Tasawuf Islam.
6.
Hukumnya
Al Ghazali
berkata: Tasawuf adalah fardhu ain.
Asy Syadzili
berkata: Barangsiapa tidak mau
mempelajari ilmu-ilmu ini, maka ditakuti dia mati dalam keadaan melakukan dosa
bersar, sementara dia tidak mengetahui hal itu.
7.
Permasalahannya
Permaswalahannya
menyangkut berkenaan dengan perbuatan-perbuatan hati, iaitu maqamat dan ahwal,
seperti: Kepercayaan, iman, yakin,
benar, ikhlas, ma’rifat dan sebagainya.
8.
Nisbahnya (Permulaan Ilmu
Itu Dibicarakan)
Syyidina Ali Bin
Abi Thalib ra yang kemudian diambil oleh Al Hasan Al Bashri yang nama
sebenarnya adalah Al Hasan Bin Yasar Al Bashri.
Ibunya adalah Khayyarah, hamba bagi Ummu Salamah, Isteri Nabi saw. Sedangkan ayahnya, Yasar Al Bashri, adalah
hamba bagi Zaid Bin Tsabit yang wafat pada tahu 11 Hijriyyah, kemudian dia
diambil alih oleh Khubaib Al ‘Ajami, berpindah lagi kepada Abu
Sulaiman Daud At Tha-i, beralih lagi ke tangan Abu Mahfuzh Ma’ruf Al Karkhi, berpindah kepada Abu’l Hasan Sirri As Saqathi, beralih ke tangan Iman Abu’l Qasim Muhammad Bin Al Junaid Al Khazzaz. Berasal dari Nahawand, tumbuh besar di Iraq, mengikuti fiqh mazhab Abu Thur, bersahabat dengan Iman
Asy Syafi’i dan masih banynak lagi silsilah lain yang tidak mencukupi bila disebutkan di sini.
Sulaiman Daud At Tha-i, beralih lagi ke tangan Abu Mahfuzh Ma’ruf Al Karkhi, berpindah kepada Abu’l Hasan Sirri As Saqathi, beralih ke tangan Iman Abu’l Qasim Muhammad Bin Al Junaid Al Khazzaz. Berasal dari Nahawand, tumbuh besar di Iraq, mengikuti fiqh mazhab Abu Thur, bersahabat dengan Iman
Asy Syafi’i dan masih banynak lagi silsilah lain yang tidak mencukupi bila disebutkan di sini.
9.
Faedahnya
Faedah tasawuf
adalah untuk mendidik hati dan mengetahui alam-alam ghaib.
10.
Keutamaannya
Sesungguhnya ia
merupakan ilmu yang paling utama.
Al Junaid
berkata: Seandainya aku mengetahui
bahawa bagi Allah ada ilmu di bawah bayang-bayang langit yang lebih utama
daripada ilmu yang kita bahasa bersama sahabat-sahabat dan saudara-saudara kita
ini, nescaya aku akan pergi untuk mengambilnya.
Sedangkan Syeikh
Ash Shaqli berkata: Setiap orang yang
membenarkann ilmu ini adalah orang yang istimewa. Setiap orang yang memahaminya adalah orang
yang istimewa dari antara yang istimewa.
Dan Setiap orang yang membawa ilmu ini dan berbicara di dalamnya adalah
laksana bintang yang tak dapat dicapai dan samudera yang tak dapat diharungi.
11.
Tujuannya
Tujuan Ilmu ini adalah mengenal Allah, maksudnya,
ma’rifat tentang dia.
Rabi’ah
Al Adawiyah berkata dalam bentuk syair:
Semua menyembahmu kerana takut akan neraka
dan mereka melihat keselamatan nasib yang baik
dengan mengharap syurga, tempat untuk menghasilkan
istana-istana dan minum minuman Salsabila
bagiku tidak perlu bahagian dari syurga dan neraka
hanya aku tidak
perlu yang lain kecuali dikau.
Allah
berfirman: Dan (ingatlah) Aku tidak
menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaku. (Adz Dzaariyaat 51/56).
Berkata Ibnu Abbas
yang dinukilkan oleh Al Hafizh Ibnu Katsir dalam trafsirnya bahawa kalimat Liya
Budunii (menyembahku) bererti Liya rifuunii (mengenaliku).
Dan orang yang
takutakan keadaan dirinya di Mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalannya),
disediakan baginya dua syurga. (Ar
Rahman 55/46).
Jannah Mu’ajjalah
yang bermakna syurga yang disegerakan – syurga ma’rifat. Jannha Muajjalah yang bermakna syurga yang
ditunda, Syurga di hari kiamat. Barangsiapa memasuki salah satu syurga
tersebut, dia tidak akan menginginkan syurga yang lainnya. Maksudnya, dalam memperbandingkan
bidadari-bidadari serta istana-istana, dengan perbandingan perkara yang
dihasilkan dari muraqabah dan ma’rifat kepada Allah, kedua syurga itu pada
umumnya sama. Oleh kerana itu,
barangsiapa hatinya dibanjiri dengan marifatullah dalam perjalanan ini, maka
hasil yang diperolehinya dengan apa yang dipersiapkan baginya kelak. Dengan itu, mereka akan dimuliakan dengan
mendapat kedua-dua syurga tadi, nanti di akhirat.
Sebahagian orang
ariuf berkata: Kasihan benar orang-orang
yagn mencintgai dunia itu. Mereka keluar
dari suatu tempat dantidak tahu bahawa itulah tempat yang paling baik. Ketika ditanyakan: Apakah itu?
Mereka Menjawab: Ma’rifat akan
Allah.
Bagi semua orang,
dari kalangan umum atau yang khusus, ada darjat tersendiri, sesuai dengan
perhitungan perasaan dan maqamatnya (keududkannya), sebagaimana golongan yang
umum mnemiliki jalan untuk makrifat kepada Allah, iaitu melalui pengelihatan,
maka golongan yang khusus pun memiliki jalan, iaitu melalui mujahadah dan
riyhadhah. Ini merupakan jalan makrifat
menurut perhitungan yang bisa.l Bila
Marifat tidak dicapai, maka marifat akan didapati hanya dengan percikan Ilahi.
Ketika
ditanya: Apakah engkau mengenal Allah
melalui Muhammamd saw ataukah mengenal Muhammad saw melaluik Allah? Ali ra menjawab: Kalau aku mengenal Allah melalui Muhammad,
maka dia tidak akan kusembah dan Muhammad akan lebih mantap di dalam hatiku
daripada Allah. Dan seandainya aku
mengenal Muhammad melalui Allah, maka aku tidak memerlukan Rasul Allah. Namun Allah mengenalkan dirinya kepadaku
dengan sebagaimana kehendaknya Allah swt
mengutus Muhammad saw untuk menyampaikan hukum-hukum Al Quraan, menjelaskan
kesulitan-kesulitan dalam soal Islam dan iman, menetapkan pembahasannya dan
menegakkan manusia di atas manhaj keikhlasan.
Kemudian aku mempercayai apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Aku mengetahui bahawa mustahil seseorang
dapat mencapai serta menuju jalan ma’rifat kecuali Allah swt yang
mengizinkannya. Maka tidak cukup untuk dapat
menggambarkan tentang Tuhan hanya melalui pemahaman dan bayangan semata-mata,
sedangkan Allah yang menciptakan, menyesuaikan serta memaklumkan makhluknya
seperti yang dikehedakinya.
Ali ra
berkata: Namun Allah membuatku mengenal
diriku sendiri, melalui kelemahan dan kefakiran, sehingga aku berkeyakinan
bahawa aku memiliki Tuhan yang mengadakan kelemahan dan kefakiran. Itu sebabnya di dalam sebuah riwayat
disebutkan bahawa Rasullah bersabda:
Barangsiapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya.
Maksudnya di sini
adalah mengenal dirinya melalui kelemaha dan kefakiran dan mengenal Tuhannya
melalui sifat kuasa dan kekayaan. Diriwayatkan
bahawa Allah telah menurunkan wahyu kepada Daud as: Kenalilah aku dan kenalilah dirimu. Daud as mnenjawab: Tuhanku, aku mengenalmu dengan keesaan, kuasa
dan kekekalan dan mengenal diriku dengan kelemahan, ketidakmampuan dan
fana. Maka Allah berfirman: Wahai Daud, kini engkau telah mengenalku.
Seseorang yang
mengenal Allah, dunia seisinya ini dipandang ringan saja.
Hakim Abu Bakar
Bin Al’Araui berkata: Aku melihat Imam
Al Ghazali berada diladang dengan memegang tongkat di tangannya. Dia mengenakan pakaian yang bertampal-tampal
(muraqqa’ah), sementara di bahaunya terletak sebuah kendi. Aku pernah melihatnya di Baghdad sedang
memberi ceramah yang dihadiri sekitar 400 orang bersarban yang merupakann
tokoh-tokoh terkemuka menuntut ilmu darinya.
(Zad As Salikin, A’la-uddin Ash Shirafi).
Hakim Abu Bakar
Bin Al’Araui berkata: Wahai Imam,
bukankah memberikann ilmu di Baghdad lebih baik bagi anda daripada berada di
ladang ini? Dia memandang ku dengn
marah, lalu berkata daam bentuk syair:
Ketika pernama kebahagian terbit di lagit iradat dan ku menanti
terbenamnya mentari di barat:
Kutinggalkan nafsu terhadap Laila dan Su’ad di pengasingan dan kembali
kepada pembinaan rumah pertama terpanggil dengan mudah oleh kerinduan, maka
inilah tempat-tempat yang diinginkan, hingga dengann perlahan engkau turun ku buat
untuk mereka tenunan yang rapi, tidaklah akan ku temukan penenun bagi
tenunanku, maka ku patahkan saja alat tenunku.
KESIMPULAN
Makrifat adalah
mengetahui sesuatu dari segi zatnya dan sifat-sifat yang berada padanya. Adapun makrifat tentang Allah yang maha suci
merupakan makrifat yang paling mulia.
Zatnya tak dapat dibandingkan dengan sesuatu. Disamping itu makrifat (mengenal) tentang zat
Allah berserta nama-nama Allah difardhukan atas setiap manusia.
Makrifat terbahagi
kepada 2 bahagian:
1.
Makrifat
Umum:
Iaitu makrifat yang fardhu tentang semua perkara yang diperintahkan oleh
Allah swt. Ini adalah mengenai kewujudan
Allah, menyucikan Allah serta sifat Allah dengan sifat-sifat yang diajarkan
oleh Allah swt kepada manusia.
2.
Makrifat
Khusus:
Iaitu makrifat yang menyangkut tentang keadaan (ahwal). Makrifat jenis ini berkisar tentang
cerita-cerita orang-orang yang menyaksikan ahwal. Dikatakan bahawa cerita tersebut merupakan
keyakinan yang timbul dari ijtihad di dalam ibadah.
Orang arif adalah
orang yang Allah swt memperlihatkan zat, sifat-sifat, nama-nama, serta
perbuatannya. Sedangkan orang alim
adalah orang yang Allah menunjukkan perkara-perkara tersebut bukan melalui
penyaksian, melainkan melalui keyakinan.
Al Ghazali berkata: Sesungguhnya tidak
ada orang yang arif akan Allah kecuali Allah.
Tanda-tanda
makrifat tentang Allah adalah bila anda tidak meminta sesuatu, sedikit atau
banyak, keckuali kepada Allah. Nabi Musa
as memerlukan makanan: Maka Musa pun
memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke
tempat teduh, lalu berdoa dengan barkata:
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki
pemberian yang engkau berikan. (Al Qass 28/24).
Dan dia juga
merasa rindu untuk melihat Tuhannya: Dan
tatakala nabi musa datang pada waktu yanbg kami telah tentukan itu dan Tuhannya
berkata-kata dengannya maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-zat yang maha
suci) supaya aku dapat melihatmu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup
melihatku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di
tempatnya, nesaya engkau qakan dapat melihatku. Setelah Tuhannya Tajalla
(menzahiorkan kebesarannya) kepada gunung itu, (maka) Tajallannya menjadikan
gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci engkau (wahai Tuhanku), aku
bertaubat kepadamu dan akulah orang awal pertama beriman (pada zamanku). (Al A’raaf 7/143).
Dasar-dasar Tasawuf
Syeikh Zaruq
menulis risalah yang di dalamnya menjelaskan tentang ciri-ciri tariqah yang
harus dipegang oleh seorang sufi. Dia
menamakan Al Ushul: Dasar-dasar tariqah
ada 5 jenis:
1.
Bertakwa kepada Allah
secara sembunyi mahupun terang-terangan.
2.
Mencontohi sunnah di
dalam perkataan dan perbuatan.
3.
Menjauhi makhluk, baik
ketika senang maupun susah.
4.
Redha kepada Allah dalam hal
yang sedikit atau banyak.
5.
Kembali kepada Allah
dalam senang dan susah.
Realisasi
takwa adalah dengan bersifat sederhana dan istiqamah. Realisasi sunnah adalah dengan menjaga dan
memperindahkan akhlak. Realisasi
menjauhi makhluk adalah dengan sabar dan tawakkul. Realisasi redha kepada Allah adalah dengan
bersifat sederhana dan menyerahkan diri.
Sedangkan realisasi kembali kepada Allah adalah dengan memuji dan
bersyukur ketika senang, dan kembali kepadanya ketika susah. Akar dari semua itu ada 5:
1.
Semangat yang tinggi
2.
Menjaga kehormatan
3.
Baik dalam melayani
4.
Memelihara niat dan
5.
Mengagunkan nikmat.
Barangsiapa tinggi
semangatnya, akan naiklah martabatnya.
Barangsiapa menjaga kehormatan Allah, maka Allah akan menjaga
kehormatannya. Barangsiapa baik dalam
melayani, dia wajib dihargai.
Barangsiapa memelihara niat, maka hidayahnya akan tetap. Terakhir orang-orang yang mengagungkan nikmat
biasanya banyak bersyukur. Dari
syukurnya itu, diwajibkanlah bagi tambahan nikmat sesuai janjinya.
Adapun dasar-dasar
mu’amalah ada 5:
1.
Menuntut ilmu untuk
menegakkan perintah Allah.
2.
Berteman dengan para
Syeikh dan saudara-saudara untuk memerhatikan diri sendiri.
3.
Meninggalkan
keringanan-keringanan (rukhshah) dan penafsiran untuk memelihara diri
4.
Mengatur waktu dengan
wirid-wirid untuk menghadirkan diri.
5.
Merendahkann diri sendiri
di dalam segala sesuatu untuk keluar dari hawa nafsu dan menyelamatkan diri dan
keoswakan dan kesalahan.
Setiap muamalah
mempunyai penyakitrnya sendiri. Penyakit
di dalam menuntut ilmu adalah berkawan dengan orang yang muda usianya, akalnya
atau agamanya yang tidak kembali kepada dasar atau kaedah ilmu yang dipelajarinya.
Penyakit berteman
dengan para Syeikh adalah kebebasan dan campur tangan dalam urusan yang tidak
berkaitan dengan dirinya.
Penyakit
meninggalkan keringanan dan penafasiran adalah mengasihani diri sendiri. Penyakit mengatur waktu adalah terlalu
memberatkan tumpuan kepada penguasaan ilmu kerana dirasakan mempunyai
keutamaan.
Penyakit
merendahkan diri adalah hanaya memperhatikan keadaan dirinya yang baik-baik
sahaja serta merasakan dirinya istiqamah.
Allah
berfirman: Dan jauhkanlah diri dari
orang-orang yang menjadikann agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan
mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka)
dengan Al Quraan itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidk terjerumus
(ke dalamk azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari prbuatan
yang buruk dan kieji). Tidak ada baginya
pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan
segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas
yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka
kufur ingkar (semasa hidupnya). (An
An’aam 6/70).
Dan tiadalah aku
berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku
(maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).
Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun lagi maha mengasihani. (Yusuf 12/53).
Adapun dasar-dasar
untuk mengobati penyakit jiwa ada 5:
1.
Meringankan perut dari
makanan.
2.
Mengembalikan kepada
Allah semua halangan yang dialami.
3.
Menjauhkan diri dari
tempat-tempat yang dikhuatirkan dapat menjerumuskan dirinya.
4.
Sentiasa beristighfar
dengan berselawat kepada Rasulullah saw tatkala sendiri mahupun bersma orang
ramai.
5.
Berkawan dengan
orang-orang yang menunjukkan jalan kepada Allah atau atas dasar perintah Allah
ketika dia tidak ada.
Syeikh Abu’l Hasan
Asy Syadzili berkata: Kekasihku berpesan
kepadaku: Janganlah engkau melangkahkan
kedua kakimu kecuali ke tempat, di mana engkau dapat mengharapkan redha atau pahala
Allah. Janganlah engkau duduk kecuali di
tempat di mana engkau aman dari maksiat kepada Allah. Jangan engkau berkawan kecuali dengan orang
yang dapat membantumu taat kepada Allah.
Dan janganlah berkumpul dengan orang-orang kecuali dengan orang-orang
yang dapat menambah rasa keyakinanmu dan orang seperti itu sangatlah sedikit.
Dia berkata
pula: Orang yang menunjukkan dunia
kepadamu, dia menipumu. Orang yang
menunjukkan perbuatannya kepadamu, dia akan membuatmu letih. Orang yang menunjukkan Allah kepadamu, dialah
yang akan menasihatimu.
Dikatakan
juga: Jadikanlah takwa sebagai tanah
airmu, nescaya tidak akan mendatangkan keburukan, melainkan membahagiakan jiwa
selama tidak kau nodai dengan keburukan dosa atau lenyapnya rasa takut kepada
Allah.
Ada 3 perkara
merupakan akar dari penyakit, musibah dan celaka:
A.
Kami melihat dewasa ini
orang-orang menjadi fakir kerana 5 perkara:
1.
Lebih membesarkan
kebodohan daripada ilmu pengetahuan.
2.
Bangga dengan ilmu
pengetahuan.
3.
Tidak ingin menyoal.
4.
Bangga dengan cara-cara
dirinya sendiri.
5.
Terburu-buru ingin
mendapatkann rezeki tanpa syarat.
B.
Selanjutnya mereka
mendapatkan 5 macam cobaan:
1.
Mengutamakan bid’ah
daripada sunnah.
2.
Mengikuti orang-orang
yang batil, bukan yang benar.
3.
Menggunakan hawa nafsu
dalam segala urusaan atau urusan-urusan yang penting.
4.
Mencari yang sementara,
bukan yang hakiki.
5.
Menuduh tanpa kebenaran.
C.
Lalu tampillah mereka
dengan 5 ciri:
1.
Merasa was-was dalam
ibadah.
2.
Mengutamakan adat.
3.
Suka berfoya-foya.
4.
Bangga diri.
5.
Bersahabat dengan
perhiasan dunia, seperti wanita dan anak-anak.
Syari’at, Hakikat Dan Tariqah
Jibril bertanya: Wahai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang
Islam. Beliau menjawab: Islam adalah engau mengucapkan Asyhadu an laa
ilaha illallah, wa ana Muhammad Rasululllah, mendirikan solat, membayar zakat,
berpuasa pada bulan Ramdhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika mampu
pergi. Dia Menjawab: Benar.
Kami menjadi hairan, dia bertanya tetapi membenarkannya. Kemudian dia berkata: Beritahukan kepadaku tentang Iman. Beliau menjawab: Iman adalah engkau percaya kepada Allah,
malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat dan percaya kepada
takdir, kebaikan maupun keburukannya.
Dia berkata: benar. Lalu bertanya lagi: Bertiahukan kepadaku tentang ihsan: Beliau menjawab: Ihsan adalah engkau menyembah Allah
seolah-olah melihatnya. Apabila engkau
tidak melihatnya, maka sesungguhnya dia melihatmu. Dia berkata:
Beritahukan kepadaku tentang kiamat.
Beliau menjawab: Yang ditanya
tidak lebih tahu daripada yang bertanya.
Dia berkata: Beritahu kepadaku
tanda-tandanya. Beliau menjawab: Budak akan melahirkan tuannya, engkau akan
melihat para pengembala yang bertelanjang dalam menggembala kambing,
berlumba-lumba membangun bangunan-bangunan bertingkat. Kemudian orang itu bangun dan pergi. Rasulullah saw bertanya. Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang
bertanya tadi? Dijawab: Allah dan Rasulnya lebih tahu. Kata beliau:
Itulah Jibril yang datang untuk mengajarkan tentang agama kamu (Riwayat
Muslim).
Dari hadis di atas
terlihat bahawa tingkatan agama itu ada 3:
1.
Islam
Bersaksi bahawa
tidak ada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad saw adalah utusan Allah,
mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa pada bulan Ramdhan dan berhaji ke
Baitullah bilam mampu melakukannya.
Dengan batasan
seperti ini, maka semua orang Islam mesti melakukannya. Apabila menghendaki tingkatan yang lebih
tinggi, maka ia adalah tingkatan iman.
2.
Iman
Percaya kepada
Allah, malaikat-malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari akhirat, percaya
kepada Qadha dan Qadar (takdir baik takdir buruk ataupun baik, manis mahupun
pahit).
Penjelaslan tentang iman:
Islam dan iman,
mesti diwajibkan keduanya bersifat umum dan khusus. Semua mu’min adalah muslim, tetapi tidak
semua Muslim adalah mu’min. Dalilnya
firman Allah: Orang-orang A’raab
berkata. Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad saw): Kamu belum beriman, (janganlah berkata
demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu
berkatalah sahaja. Kami telah islam. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah
dan Rasulnya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari
pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha pengampun, lagi maha
mengasihani. (Al Hujuraat 49/14).
Iman itu memiliki 5 bahagian:
1.
Iman mathbu’ iaitu iman
para Malaikat.
2.
Iman Ma’shum iaitu iman
para Rasul dan Nabi.
3.
Iman Maqbul iaitu iman
orang-orang Mukmin.
4.
Iman Mauquf iaitu iman
para pengikut bid’ah.
5.
Iman Mardud iaitu iman
orang-orang Munafik.
Pengasingan Iman:
1.
Iman Taqlidi.
2.
Iman Istidlali.
3. Iman
Tahqiqi.
Keterangan
1.
Iman Taqlidi adalah iman
dalam mana-mana manusia yang mempercayai keesaan Allah dan semua yang
diwajibkan dalam rangka beriman kepadanya secara Taqlid dan mengikut perkataan
orang-orang yang alim di antara umatnya tanpa memrlukan pembahasan dan
bukti-bukti. Iman semacam ini dapat
diragukan selama tidak diikuti oleh ketakwaan.
2.
Iman Istidlali adalah
iman yang didukung dalil, yang dilakukan oleh ciptaan terhadap penciptanya,
dengan dasar bahawa mustahil ada bekas tanpa pengaruh. Seperti ada yang mengatakan: Adanya kotoran menunjukkan adanya unta. Maka tidakkah langit dan bumi merupakan bukti
keberadsaan yang maha halus lagi mengeahui?
Seseorang ddapat mencari dalil bahawa kewujudan Allah didukung oleh
pembahasan yang kuat yang didasarkan pada bukti-bukti aqli dan naqli, serta
keberadaannya di dalam keesaan tersebut.
3.
Iman Tahqiqi adalah iman
dalam mana hati manusia diliputi oleh keesaan Allah yang disertai oleh keesaan
firmannya dan kepercayaan terhadap kalamnya, yang hal-hal yang diwajibkan untuk
diimani secara syariat. Ini merupakan
kesaksian di mana seandainya seluruh penghuni bumi menentang keimanan yang
berada di hati seseorang, maka orang tersebut tidak merasa ragu, curiga atau
sangsi sedikitpun terhadap keimanannya.
Iman semacam ini terbentuk tatakla cahaya rububiyah muncul menerangi
hati orang-orang yang gemar beribadah.
Gambaran iman Tahqiqi adalah seperti yang diucapkann oleh Ibnu Atha
illah di dalam munajatnya: Tuhanku,
bagaimanakah cara membuktikan keberadaanmu dalam wujud kefakiran terhadapmu,
untuk menjadikan munculnya sesuatu selain engkau yang tidak ditujukan bagimu
sampai dialah yang terlihat bagimu tatkala engkau tiada, hingga memerlukan
dalil yang menunjukkan keberadaanmu dan bila menjauh boleh menjadi bekas yang
sampai kepadamu... hingga akhirnya.
3.
Ihsan
Adalah mengabdi
kepada Allah seakan-akan kamu melihatnya dan apabila kamu tidak melihatnya,
maka sesungguhnya dia melihat kamu.
Ini adalah tahap
pertama golongan sufi. Jadi, jangan
mengatakanh bahawa seorang muslim adalah sufi, kekcuali kalau tingkatnya naik
dari yang pertama, kemudian kedua, ketiga dan terus naik sampai ke tingkatan
yang dikehendaki Allah.
Tahap-tahap dalam
agama:
1.
Barangsiapa beramal
dengan ilmunya, maka dia adalah alim di dalam maqam Islam. Ilmu adalah urusan akal. Allah berfirman: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya
upaya kamu dan dengarlah (akan pengajaran-pengajarannya serta taatlah (akan
perintah-perintahnya dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan
untuk diri kamu. Dan (ingatlah) ,
sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya dripada dipengaruhi oleh tabiat
bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (At Taghaabun 64/16).
2.
Barangsiapa memegang adab
bersama Allah dengan hatinya setelah beramal dengan ilmunya, maka dia adalah
faqih dalam maqam iman dan faqih hati.
Allah berfirman: (Masa untuk
mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang temaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah
mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu maka tidak boleh
mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar,
dalam masa mengerjakan ibadatg Hajil Dan
apa jua kebaikan yang kamku kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah
kamu membawa bekalan dengan cukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu
ialah memelihara diri (dari keaipan meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaaku
wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). (Al Baqarah 2/197).
3.
Baransiapa menyertai
Allah dengan rohnya berserta kerahsiaannya setelah kealiman dan kefaqihannya,
maka dia adalah arif di dalam maqam Ihsan.
Makrifat adalah urusan roh dan yang ghaib-ghaib. Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
Islam. (Ali Imraan 3/102).
4.
Dari sini tampaklah
bahawa jalan Allah adalah satu, tetapi di dalamnya terdapat jarak dan semua
petunjuk atau pemimpin bagi manusia berdasarkan kadar semangatnya dan apa yang
sesuai dengan kelayakan dan darjah mereka.
1.
Orang yang alim hikmahnya
menyucikan amal-amal perbuatan.
2.
Orang yang faqih tugasnya
menyelamatkan keadaan.
3.
Orang yang arif
kemampuannya adalah memantapkan hati-hati dari kecintaannya di dalam maqam
ihsan, setelah menyucikan amal perbuatan dan menyelamatkan keadaan dengan
memandang kepada Allah di dalam semua keadaan.
Alim, faqih dan
arif merupakan jalan menuju Allah. Namun
kadang-kala si alim terhalang untuk menjadi faqih, sedangkan yang faqih dapat
pula terhalang untuk menjadi arif. Namun
yang arif tidak menghalagi,bahkan dapat menyelamatkan keduanya, sebab yang
tinggi tingkatannya secara otomatik mengetahui tingkatan yang lebih rendah dan
bukan sebaliknya. Itu sebabnya kita
memandang si alim setelah fiqihnya menyelamatkan dirinya dari apa yang diingkarinya
dan si faqih setalah marifatnya bertaubat atas apa yang dipercayai.
Ilmu para
mutashawwif adalah ilmu yang tak terjangkau kecuali oleh samudera kecerdasan
dengan kebenaran yang dilukiskan bagaimana mungkin diketahui oleh yang tak
melihatnya dan bagaimana mungkin cahaya matahari dilihat oleh si buta.
Abu’l Qasim Ash
Shaqli berkata: Perbezaan antara keadaan
mengetahui (alim) perintah dan arif kepada Allah bahawa orang alim akan
memanggil anda untuk menegakkan fardhu-fardhu serta memelihara hukuman, sedangkan
orang arif menyuruh kepada rasa malu dan pengawasan. Sebab si alim berada dalam keadan takut dan
gentar, sedangkan si arif berada dalam situasi rindu dan cinta.
Dapat disimpulkan
bahawa amal perbuatan terbahagi 3:
1.
Amal Islam.
2.
Amal Iman.
3.
Amal Ihsan.
Atau
1.
Amal Ahli Al Bidayah.
2.
Amal Ahli Al Wasth.
3.
Amal Ahli An Nibayah.
Atau
1.
Amal Ibadah.
2.
Amal ‘Ubudiyah.
3.
Amal ‘Ubudah.
Atau
1.
Amal Syari’at.
2.
Amal Tariqah.
3.
Amal Hakikat.
Syariat adalah
engkau menyembahnya, Tariqah adalah engkau menuju keapanya, sedang Hakikat
adalah engkau menyaksikannya.
Syariat adalah
penyucian zahiriah, Tariqah adalah penyucian jiwa, sedangkan Hakikat adalah
penyucian rahsia.
Berdasarkan hal
itu, maka penyucian zahiriah terbahagi 3:
1.
Taubat.
2.
Takwa.
3.
Istiqamah.
Penyucian hati
atau jiwa terbahagi 3:
1.
Ikhlas.
2.
Jujur.
3.
Tenang (thuma’ninah).
Sedangkan
penyucian rahsia terbahagi 3:
1.
Memperhatikan.
2.
Menyaksikan.
3.
Ma’rifat.
Atau boleh juga
dikatakan;
1.
Penyucian zahiriah
dilakukan dengan menjauhi larangan dan menjalankan perintah.
2.
Penyucian jiwa dilakukan
dengan mengosongkan diri dari keburukan dan mengisinya dengan kebajikan
3.
Penyucian rahsia yang
berkaitan dengann roh dilakukan dengan mengorbankan dan merosak diri sampai
menjadi beradab dan biasa dengan adab-adabnya, disertai dengan sikap tawadhu
dan akhlak yang baik.
Diantara hasil
penyucian jiwa ialah untuk memenuhinya dengan ilmu, marifat dan cahaya. Berdasarkan hal ini, seorang muslim tidak
berpindah dari maqam yang satu ke maqam yang lain sebelum mencapai keberhasilan
pada maqam yang lebih rendah. Jadi,
tidaklah dia dapat sampai ke amal tariqah sebelum berhasil menyempurnakan amal
syariat. Dia juga harus memenuhi setiap
syarat, rukun dan bahagian dari takwa, taubat dan istiqamah. Kata orang:
Barangsiapa bercahaya pada awalnya juga akan bercahaya pada akhirnya.
Barangsiapa yang
diawalnya terbakar, maka pada akhirnya bercahaya. Maksudnya, pada mulanya seseorang perlu
berjuang, memerangi nafsu, memperbanyak taat dan zikrullah, barulah memancar di
atasnya mentari hidayah dan cahaya-cahaya makrifat.
Seseorang bertanya
kepada Syeikh Abdullah Bin Alawi Al Haddad ra:
Apa maksudnya menuju kepada Allah?
Dia menjawab: Menuju kepada Allah
ialah menyucikan jiwa raga dari akhlak-akhlak dan amalan yang mungkar. Ia juga merupakan pendekatan diri kepada
Allah secara maknawi. Setiap kali dia
menjadi lebih suci dan baik, maka dia semakin dekat kepada Allah.
Namun salik yang
berjalan di atas maqam-maqam masing-masing keadaan (ahwalnya) tidak mengetahui
dan tidak dapat menggambarkan hal itu.
Syariat adalah
perbuatan yang dilakukan sesuai dengan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah
melalui lisan Nabinya. Apa yang
disyariatkan oleh Allah disebut syariat sehingga ilmupun disebut sebagai
syariat, sedangkan pengamalannya disebut sebagai tariqah. Adapun hasil dari buah itu, yang diantaranya
adaalah terlihatnya wajah Allah secara tak terduga dan berhenti di atas haqqul
yaqin, disebut sebagai Hakikat.
Yang sampai kepada
Allah yang maha tinggi adalah orang yang ilmu dengan Allahnya telah mencapai
batas akhir. Ini sepereti ilmu para
ulama dibanding makhluk Allah yang lain.
Orang-orang yang berada di tahap ini memiliki berbagai perbezaan yang
tak terbilang.
Barangsiapa
mencapai maqam ini memiliki 2 keadaan.
Salah satunya ialah al Jam’u (kesatuan) iaitu mendalam pengelamannya
tentang keagungan Allah, serta sifat-sifat keindahan dan keagungannya. Sedangkan yang satu lagi adalah Al Farqu
iaitu melihat dengan basirah (jiwanya) akan Allah swt dengant tidak mempunyai
rupa dan bentuk. Apabila dikatakan telah
sampai kepada arif akan Allah, maka dia berada dalam keadaaan fana, iaitu
leburnya peribadi pada kebaqaan Allah.
Dalam keadaan ini tak ada lagi kekhuwatiran dan tidak ada kewujudan
dirinya. Yang tampak hanya Allah
semata-mata. Golongan inilah yang
ciri-cirinya diisyaratkan oleh Nabi saw dengan sabdanya: Waktu tidak mencukupi selain hanya untuk
Tuhanku.
Tidak ada sesuatu
yang dapat membantu seorang hamba untuk sampai kepada Allah, kecuali dengan
memperbanyakkan zikrullah melaksanakan segala perintahnya, serta menjauhi semua
larangannya, dengan menampakkan kerendahan hati, kefakiran dan penyucian
diri. Kekuasan dan kekuatannya
dikembalikan kepada kekuasaan dan kekuatan Allah, serta melihat kurnia dan
pemberian Allah.
KESIMPULAN
Tidak ada hakikat
tanpa amal dengan syariat dan tariqah dan tidak ada tariqah tanpa amal dengan
syariat. Ini merupakan tingkatan di
dalam agama untuk mencapai redha Allah.
PARA SUFI BERPEGANG TEGUH KEPADA SYARIAT
Kata Al
Ghazali: Ketahuilah bahawa salik jalan
Allah itu hanya sedikit, tetapi yang mengaku-ngaku sebagainya banyak sekali. Kami akan memberitahukan kepada anda ciri-ciri
mereka, iaitu bahawa semua amalan ikhtiyariyahnya ditimbang dengan neraca
syariat dan mengikut ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan, baik masuk,
keluar, maju, mundur, sebab suluk jalan ini tidak dapat dilakukan kecuali
setelah seseorang mengenakan pakaian kebaikan syariat secara sempurna. Pun tidak akan sampai ke dalamnya kecuali
orang-orang yang memelihara nawafil.
Mereka, bagaimana mungkin seseorang yang mengabaikan fardhu-fardhu dapat
disampai kepada hal itu?
Imam Abu’l Hasan
Asy Syadzili berkata: Apabila
pengelihatan anda pada kitab dan sunnah terhalang, berpeganglah erat kepada
kitab dan sunnah, lalu lemparkanlah dengan pengelihatan itu ke dinding dan
katakan kepada diri sendiri: Hai nafsu,
Allah sudah menjamin perlindungan bagimu di dalam kitab dan sunnah dan tidak
menjamin bagimu selain kasyaf, ilham dan kesaksian. Tidaklah dia mesti dilakukan dengan kasyaf,
kesaksian atau ilham, kecuali setelah engkau menyangkutkan dengan kitab dan
sunnah.
Kalau anda melihat
seseorang mengajak kepada suatu keadaan tetapi dia sendiri menyimpang dari
perintah syariat maka janganlah mendekatinya.
Barangsiapa
mengajak kepada Allah dengan cara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw,
maka dia adalah orang yang suka melakukan bidah.
Abu Sulaiman Ad
Darani berkata: Mungkin telah jatuh di
dalam hatiku setitik noda dari suatu kaum selama beberapa hari. Maka aku tidak akan menerima hal itu kecuali
dengan 2 saksi yang adil, iaitu kitab dan sunnah.
Imam Junaid
berkata: Barangsiapa tidak hafal Al
Quraan dan tidak menulis hadith, tidak boleh dijadikan teladan dalam masalah
tasawuf, sebab ilmu kita ini dibatasi oleh Kitab dan Sunnah.
Semua jalan
tertutup bagi makhluk kecuali bagi yang mengikuti athar Rasulullah.
Apabila mahu
melihat seseorang berjalanm di atas air atau terbang di langit, janganlah
menghiraukan dia, sebab syaitanpun terbang dari timur ke barat dan berjalan di
atas air. Namun lihatlah dia dalam
meneladani kitab dan sunnah, sebab syaitan tidak mampu melakukan hal itu
selama-lamanya.
Syeikh Abu Yazid
Al Busthami berkata: Andaikata ada
seseorang yang membentang sejadahnya di atas air dan berputar-putar di angkasa,
janganlah kamu terpengaruh kepadanya sampai kamu melihat bagaimana sikapnya
dalam hal-hal yang diperintahkan dan yang dilarang.
Ketika seseorang
berkata kepada Abu Yazid: Si Fulan
berjalan dalam satu malam ke Makkah, dia menjawab: Syaitan berjalan dalam tempoh satu jam dari
Timor ke Barat, tatapi Allah mengutuknya.
Si Fulan berjalan
di atas air dan terbang di udara. Dia
menjawab: Burung terbang di udara dan
ikan berenang di permukaan air.
Andaikata kamu
melihat seseorag menampakkan karamahnya sampai dapat naik ke langit, janganlah
terpengaruh kepadanya sampai engkau melihat bagaimana sikapnya tentang hal-hal
yang diperintahkan dan yang dilarang, serta memelihara hukum dan memenuhi
syariat.
Syeikh Ibrahim Ad
Dasuqi berkata: Jalan kami ini jelas
berdasarkan kitab dan sunnah. Maka
barangsiapa membawa sesuatu yang tidak berasal dari kitab dan sunnah, di bukan
berasal dari golongan kami dan saudara-saudara kami. Kami bebas dari mereka di dunia mahupun di
akhirat, walaupun mereka menyandarkan dirinya kepada kami dengan pengakuannya.
Syeikh Ibnu Atha
illah As Sakandari berkata: Barangsiapa
merutinkan dirinya dengan adab syariat, maka Allah akan menerangi hatinya
dengan cahaya marifat. Dan tidak ada
yang melebihi maqam mengikut al habib Rasulullah saw.dalam perintah, perbuatan,
serta akhlaknya. Maka barangsiapa
mengaku bahawa antara dirinya dengan Allah terdapat sesuatu, maka dia
dikeluarkan dari batas-batas ilmu syariat.
Sesungguhnya dia benar-benar sesat dari kebenaran.
GUGURNYA KEWAJIBAN (TAKLIF) DARI MANUSIA
Mengenai gugurnya
kewajiban ini, tidak ada satu sufi pun yang mengatakannya. Barangsiapa mengakui hal tersebut, bererti
dia keluar dari Islam.
Dikatakan keapada
Al Junaid: Ada ahli makrifat di antara
orang-orang yang berkata bahawa meninggalkan aktiviti (solat, puasa dan
lain-lain) termasuk bahagian dari kebaikan takwa. Al Junaid menjawab: Ini adalah perkataan orang yang bermaksud
menggugurkan amal-amal Bagiku, ini
adalah masalah besar. Orang yang mencuri
dan berzina lebih baik keadaannya daripada yang mengatakan seperti itu. Sesungguhnya orang arif akan Allah mengambil
amal-almalnya dari Allah yang maha tinggi dan kepada Allah pula
dikembalikan. Andaikan aku hidup selama
seribu tahun, nescaya tidak akan kukurangi amal kebaikanku sebutir pun.
KESIMPULAN
Amal dengan
syariat adalah prinsip yang berlaku di kalangan sufi. Barangsiapa mengakuji selain itu, bererti dia
keluar dari Islam.
PRINSIP-PRINSIP AMAL DI DALAM TASAWUF
Prinsip-prinsip
amal bagi sufi didahului oleh beberapa perkara penting, iaitu:
Pertama:
Bertakwa Kepada Allah.
Bukti dari hal ini
adalah adanmya rasa takut dan kepatuhan untuk melaksanakann
perintah-perintahnya serta menjauhi larangan-larangannya. Seorang sufi tidak akan terlihat di tempat
manapun yang dilarang dan tidak akan hilang di tempat manapun yang
diperintahkan. Ini menjadikan ketekunan
di dalam ibadah-ibadah fardhu ataupun sunnah dan semuanya dikerjakan dengan sempurna
syarat, rukun dan adabnya dengan penuh keikhlasn, juga tiak meremehkan ketaatan
terhadap sesuatu walaupun sekecilnya.
Ja’far Ash Shadiq
ra berkata: Sesungguhnya Allah
menyembunyikan 3 di dalam 3: Pertama,
redhanya di dalam taat kepadanya. Maka
janganlah menghina sesuatu, sebab mungkin redhanya berada di dalamnya. Kedua, murkanya di dalam kemaksiatan
kepadanya. Maka jangan mencela sesuatu,
sebab barangkali murkanya berada di dalamnya.
Ketiga, dia menyimpan walayahnya di dalam diri hambanya. Maka janganlah menghina seorang dari mereka
kerana mungkin dia adalah wali Allah.
Menuju kepada
keikhlasan kerana Allah di dalam semua amalan diawali denan niat, meskipun
untuk mengerjakan hal-hal yang kecil.
Maka berniatlah makan untuk bertakwa di dalam ibadah, mendekati isteri
kerana kesucian dirinya dan isterinya dan begitu seterusnya.
Sebahagian sufi
salaf berkata: Aku senang mengerjakan
bagi diriku segala sesuatu dengan meniatkannya, baik dalam makan, minum, tidur,
bahkan masuk ke bilik mandi. Semua itu
termasuk hal yang dapat digunakan untuk bertaqarrub kepada Allah, sebab
seluruhnya merupakan sebab bagi kebaikan tubuh dan terangnya hati untuk
melaksanakan kewajiban-kewajiban agama.
Dari makan seseorang dapat mnenuju kepada ketakwaan di dalam
ibadah. Dari menikah, seseorang dapat
memelihara agamanya dan memberikan ketenangan hati kepada keluaganya. Bertawassul kepada anak yang beribadah kepada
Allah sepeniggalnya akan mengalirkan pahala untuknya. Maka janganlah mencela sesuatu aktiviti dan
perkataan. Hisablah dirimu sebelum kamu
dihisabkan, renungkanlah dirimu sebelum melakukan apa yang hendak engkau lakukan,
dan letakkan niatmu termasuk dalam hal-hal yang akan engkau tinggalkan
Membanyakkan
kebesaran Al Khalik di dalam semua amalan yang dilakukan akan menghantarkan
seseorang ke maqam ihsan. Langkah lain
adalah dengan berusaha memahami kata-kata yang diucapkan di dalam solat, doa
atau bacaan Al Quraan yang mulai, bertaubat dari dosa-dosa dan kesalahan, mencari
rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan makan, minum dan pakaiannya,
mengurangi tidur dan makan hingga terasa takut akan Allah dan sebagainya. Bila hal-hal semacam itu dapat dilakukan,
maka seseorang akan tumbuh rasa takutnya kepada Allah, membatasai matanya dari
memandang hal-hal yang tak perlu (sebab orang yang berlebihan pandangannya akan
banyak kesedihannya pada hari kiamat), selalu merasa kurang dalam ibadah,
bersegera dalam menunaikan fardhu-fardhu bila sudah dekat waktunya,
memperbanyak amal-amal sunat sampai dicintai oleh Tuhan, memelihara wirid
secara istiqamah (berterusan) (sebab Allah paling suka dengan amal yang
istiqamah meskipun sedikit), berusaha mengendaliakn diri sekuat tenaga supaya
tidak cenderung kepada kesenangan (yang sebenarnya meruakan fitrah manusia).
Ibnu Atha Illah As
Sakandari berkata: Bagaimana mungkin
keuntungan akan mendatangimu, sedangkan engkau tidak mahu mendatangi
keuntungan. Sikap sebagaimana disebutkan
di atas tidak bererti berlebih-lebihan atau ekstrim dalamberagama Telah diriwayakan bahawa Nabi saw
bersabda: Sesungguhnya agama ini
kukuh. Maka masuklah ke dalamnya dengan
lemah lembut, sebab asalnya tidak ada tanah yang memotong dan tidak ada
punggung yang tetap (tegak).
Ini merupakan
upaya mencontohi setiap persoalan dengan semangat dan ijtihad yang
sungguh-sungguh, dengan keyakinan di setiap waktu bahawa dia sedang berada
dalam ujian dan cobaan di setiap perbuatan yang dilakukannya, dia akan selalu
ingat bahawa maut dapt ddatang sewaktu-waktu, dan pada saat itu dukacita tak
ada manfaat lagi, dia akan selalu memelihara dirinya dari syubahat, menerapkan
adab ubudiyah dengan meneladani ubudiyah Nabi saw dan agar sentiasa ingat
terhadap ubuydiyah beliau.
UBUDIYAH NABI SAW
Allah
berfirman: Maha suci Allah yang telah menjalankan
hambanya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al Haram di Mekkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
kam. Sesungguhnya Allah jualah yang maha
mendengar, lagi maha mengetahui. (Al
Isra’ 17/1).
Mengapa Allah
mengatakan hambanya? Sebab Allah
mengizinkan beliau pada malak israk dan miraj, diharapkan oleh Allah atas apa
yang dikehendakinya. Maka Rasulullah saw
menghendaki kesempurnaan ubudiyah kepada Allah disandarkan kepada dirinya
kemudian Allah menerima seperti yang dikehendakinya.
Rasulullah saw
bergembira, kerana telah tarkabul cita-citanya pada malam israk dan miraj. Tatakala beliau duduk tanpa beralaskan
sesuatu dalam jarak 2 hujung busur panah dengannya. Dia berfirman kepadanya: Sesungguhnya bila Musa menginginkan, maka
engkaulah yang diinginkan dan kalau Ibrahim mencintai, maka engkaulah yang
dicintai.
Mengapa Allah
berkata: Hambanya dan bukan Nabinya atau
kekasihnya atau Muhammad; Maka kami
dapat menjawab bahawa Allah menggunakan kata itu berdasarkan 2 sebab:
1.
Untuk mencegah agar
umatnya tidak sesat lagi sebagaimana umat Al Masih yang menyebut dia sebagai
Tuhan.
2.
Kerana sebutan ubudiyah
yang digabungkan kepada Allah merupakan maqam yang paling tinggi.
Apakah ubudiyah
dengan penyandaran kepada Nabi saw lebih utama daripada risalahnya? Jawabnya:
Ubudiyah Rasulullah saw lebih utama dibanding risalahnya, sebab ubudiyah
bergantung kepada yang maha pencipta, sedangkan rilasalah bergantung kepada
ciptaan. Oleh itu, Allah berfirman: Telah memperjalankan hambanya atau menurunkan
kepada hambanya, bukan kata: Telah
memperjalankan Rasulnya atau menurunkan kepada rasulnya. Dia mengajarkan syahadat dengan: Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah hambanya
dan Rasulnya. Kesempurnaan adalah bagi
Allah saja. Kalaupun kesempurnaan itu
tampak pada diri seorang hamba, maka itu Cuma bentuk luarannya, sedangkan yang tampak
sebenar adalah Allah yang maha tinggi bersereta kesempurnaannya.
DARJAT-DARJAT UBUDIYAH
1.
Ibadah: Merupakan tampilan yang paling rendah dan
merupakan ibadah orang-orang awam.
2.
Ubudiyah: Merupakan tingkatan tertinggi dari ibadah,
sebab ia merupakan permulaan dari kerendahan dan merupakan ibadah orng-orang
khawash.
3.
Ubudah: Merupakan tingkatan di atas ubudiyah dan
ibadah. Ia adalah mengerjakan
perbuatan-perbuatan yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang kerana
diperintahkan olehnya dan kerana zatnya layak untuk itu dan bukannya kerana takut
terhadap siksanya atau mengharapkan syurganya.
Kepada golongan inilah Allah berfirman:
Oleh itu kerjakan solat kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur). (Al Kauthar: 108/2).
Inilah ibadah orang-orang Khawashul khawash.
Rabiah Al Adawiyah
berkata: Ya Allah, bila aku menyembah
engkau kerana mengharapkan syurgamu, maka haramkanlah aku darinya. Kalau aku menyembah engkau kerana takut
kepada nerakamu, maka bakarlah aku dengannya.
Dan Kalau aku menyembah engkau kerana cinta kepada hadiratmu yang mulia,
maka janganlah kau haramkan aku untuk melihat hadiratmu yang mulia.
Imam Ali
berkata: Ada segolongan orang yang
menyembah Allah kerana maksud tertentu, maka itu adalah ibadah ahli
perniagaan. Ada segolongan orang yang
menyembah Allah kerana rasa gementar maka itu adalah ibadah hamba abdil. Dan ada segolongan orang yang menyembah Allah
kerana rasa syukur, maka itu adalah ibadah orang-orang merdeka.
Sesungguhnya Allah
tidak menciptakan makhluk kecuali untuk beribadah sesuai dengan kemampuan
mereka, supaya mendapatkan penghormatan dan penghagaan di sisinya dan tidak
memaksanya kepada mereka. Kalau dia
memaksanya kepada medreka, maka akan kau temukan hal itu dalam diri mereka,
padahal dia maha kaya daripada mereka dan ibadah mereka.
Mereka diciptakan
untuk beribadah sebagai kewajiban dan pilihan, tanpa menggunakan kekuatan dan
paksaan. Barangsiapa diberi taufik oleh
Allah, dia akan melakukan ibadah sesuai dengan tujuan penciptaan dirinya. Dan barangsiapa dihinakan olehnya, dia akan
diharamkan dari ibadah dan melakukan perbuatan dengan sesuatu yang dia
dicitakan untuk itu.
Amalkanlah, maka
masing-masing akan dimudahkan kepada apa yang dia diciptakan untuknya. (Hadis).
Dan (ingatglah)
Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaku. (Adz Dzaariyaat
51/56).
Makrifat tersimpan
di dalam sifat-sifat ubudiyahnya. Adapun
makrifatnya boleh dibagi menjadi 2, iaitu makrifat sifat keindahannya, dan
makrifat sifat keagungannya, yang setiap satu dari keduanya menunjukkan
penampilan tersendiri. Ubudiyah mencakup
kedua penampilan tersebut secara negatif dan positif. Barangsiapa tertarik kepadanya, kemudian
berserah diri dan merasa ridha sebagaimana diperintahkan kepadanya, maka yang
tampak adalah sifat-sifat keindahan.
Barangsiapa melawannya dengan tentangan dan kesombongan, maka yang
tampak adalah sifat-sifat keagungan.
Allah menciptakan
orang-orang yang diterima untuk mengabdi kepadanya dan ini menampilkan sifat
kelembutannya. Sebaliknya, Allah
menciptakan orang-orang yang ditolak untuk mengabdi kepada hawa nafsu, lalu hal
ini menampilkan sifat-sifat keperkasaannya.
Ubudiyah meliputi
2 penampilan dan hikmahnya tidak menginginkan persertujuan dari siapapun
tentang tauhid, ibadah, keikhlasan dan pendekatan yang semuanya hanya untuk Allah. Sesungguhnya hal-hal itu termasuk yang
diperlukan di dalam arus hidup.
ADAB-ADAB UBUDIYAH
1.
Adab
di Hadapan Allah
Termasuk adab yang
penting bagi seorang sufi terhadap Al Haq adalah mengawasi dirinya secara
lahiriah maupun batiniah di dalam semua hal dan melakukan hal yang sama
meskikpun berada di hadapan seorang Raja, mengingat Allah di setiap waktu,
memelihara dirinya supaya tetap bersih dan suci, sehingga setiap kali buang
angin segera berwudhu dan sesuai wudhu lalu shalat dua rakaat.
Diterima dari Abu
Hurairah ra: Rasulullah bersabda kepada
Bilal: Wahai Bilal, beritahukanlah
kepadaku perbuatan yang paling mulia yang kau kerjakan di dalam Islam sehingga
aku mendengar suara sepatumu di syurga.
Bilal menjawab: Aku tidak
melakukan sesuatu yang ternilai di dalam diriku. Hanya saja kalau bersuci, baik pada waktu
malam atau siang, aku melakukan shalat dua rakaat dengan hal itu selama aku
dapat melakukan shalat. (HR Bukhari dan
Muslim).
Dia tidak
bermunajat kepada Allah kecuali mulutnya bersih, tidak mengeluarkan bau yang
tidak sedap, sebab selalu menjaga pemakaian siwak, baik pada waktu doa, shalat,
maupun meyebut nama Allah.
Abu Yazid ra
berkata: Aku tetap melakukan sejak 30
tahun yang lalu, setiap kali ingin menyebut Allah terlebih dulu berkumur dan mencuci lidahku untuk menghargai Allah yang
hendak ku sebut.
Tidak menjulurkan
kaki ketika sedang berada di mihrab.
Berkatalah Abdullah Al Jurairi:
Selama 20 tahun aku tidak pernah menjulurkan kakiku saat duduk di dalam
khalwat, kerana kesempurnaan adab terhadap Allah adalah hal yang ku utamakan.
As Sirri
berkata: Aku pernah mengerjakan shalat
dan membaca wirid pada suatu malam dengan menjulurkan kaki ke arah mihrab. Mendadak aku diseru: Hai Sirri!
Seperti itukah kalau engkau duduk bersaama sang Raja? Aku langsung melipat kakiku dan berkata: Demi kemuliaanmu, aku tidak akan lagi
menjulurkan kaki sama sekali. al Junaid
berkarta: Maka selama 60 tahun, As Sirri
tidak pernah menjulurkan kakinya, baik pada waktu malam maupun siang.
Rasulullah Saw
bersabda: Makanlah sebagaimana makannya
seorang hamba dan duduklah seperti duduknya seorang hamba (HR Abu Ya’la, Ibnu
Hibban dan Al Hakim di dalam At Tarikh).
Al Muhasibi tidak
pernah duduk dengan bersandar di dinding dan tidak duduk disuatu tempat kecuali
dengan sikap rendah hati.
Abu Ad Daqqaq
tidak pernah bersandar kepada sesuatu.
Pada suatu hari ketika dia berada di dalam sebuah kelompook, seseorang
menaruh bantal di belakang punggungnya.
Dia pun bergeser sedikit, lalu membayangkan bahawa dia sudah terhalang
dari bantal tersebutl. Kerana tidak ada
sarung bantal atau seajadahnya, akhirnya dia berkata: Aku tidak mau bersandar.
Dia menjauhkan
dari hadhirat Allah apa yang ingin dijauhkannya dari yang lain. Maka dari itu, dia tidak mahu duduk di tempat
yang dia sendiri tak suka orang lain duduk di situ. Dia tidak mau bertelanjang dan melarang orang
lain melakukannya meski ke tempat mandi, kerana berpegang kepada sopan santun
terhadap Allah. Dia tidak suka mendustai
dirinya sendiri, tidak berlebihan dalam makan dan minum ketika sendirian, tidak
mau berbuat dosa sekalipun di tepat sepi dan hanya dosa kecil. Apabila memintakan keperluannya kepada Allah,
pertama kali diucapkannya terima kasih kepadanya kerana telah mengutus
kekasihnya, Muhammad saw baru kemudian mengajukan permohonannya.
Allah berfirman: Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan
tentang datangnya kepada kemu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, melalui
seorang lelaki dari golongan kamu, untuk memberi peringatan kepada kamu? Dan kenanglah ketika Allah menjhadikan kamu
khalifah-khalifah sesudah kaum nabi Nuh dan Allah telah menambahkan kamu
kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu. Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah
supaya kamu berjaya. (Al A’raaf 7/69).
Rasulullah
bersabda: Nabi saw mendengar seorang
berdoa di dalam shalatnya tanpa membaca selawat baginya. Nabi saw pun bersabda: Ini terburu-buru. Kemudian beliau memanggil orang itu dan
bersabda kepadanya serta kepada orang-orang lain: Apabila salah seorang dari kamu mendirikan
shalat, maka mulailah dengan memuji dan mengagungkan Allah, lalu membaca selawat
bagi Nabi saw, baru setelah itu mintalah apa yang diperlukan. (Dari Fudhalah Bin’Ubaid ra).
Abu Sulaiman Ad Darani berkata: Barangsiapa ingin memohon suatu kepada Allah,
maka mulailah dengan membaca selawat bagi Nabi saw, lalu mengutarakan
kehendaknya dan mengakhirinya dengan selawat bagi Nabi saw, Nescaya Allah akan
menerima dua selawat dan dia lebih pemurah daripada meninggalkan apa yang ada
di antara kedua selawat itu.
2.
Merendahkan
Diri Dan Merasa Kurang Dari Allah
Perlu diketahui
bahawa di dunia ini tidak ada wujud kecuali Tuhan dan hamba, Maka seorang sufi mesti merasakan keagungan
rububiyah dan kehinaan dirinya, serta menempatkan diri di pintu Tuhannya dengan
penuh kehinaan, kefakiran, ketenangan dan keperluan, sekaligus menjadikan sifat
rububiyah sebagai tempat bergantung dan sifat ubudiyah sebagai sesuatu yang
tetap. Jadi apabila seseorang memohon
sesuatu kepada Allah, Allah memberi dengan sifatnya, bukan dengan sifat
seseorang itu Bukankah iblis tersingkir
dari sifat kesempurnaan dan tidak dapat lagi tinggal di dalam syurga hanya
kerana sesuatu sifat? Dia meminta,
kemudian diberi apa yang diminta.
Katanya setelah terusir: Iblis
berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga
hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). (Al
A’raaf 7/14).
Allah
berfirman: Sesungguhnya engkau dari
golongann yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). (Al A’raaf 7/15).
Apakah seorang
mukmin yang berakal, akan percaya bila hanya diberi dengan menyebut Allah,
setelah dia berfirman: Dan sesungguhnya
engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga hari kiamat. (Shod 38/78).
Namun dia diberi
dengan sifatnya yang baik, sebab Allah merasa malu kalau dimintai sesuatu
menolaknya dengan hampa, sebab Allah adalah maha pemurah dan maha memberi tanpa
janji dan kalau berjanji pasti akan ditepati.
Diantara kata-kata
mereka: Kalau engkau menngarahkan hati
kepada Allah, maka menghadaplah kepadanya dengan keadaan benar-benar fakir dan
hina.
Allah
berfirman: Dan sunggguhnya Allah telah
menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu
berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat
perang). Oleh itu bertakwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangann itu). (Ali Imran 3/123).
Maka tidaklah seseorang
meminta sesuatu kepadanya kecuali dengan berserah diri dan mengembalikan ilmu
kepadanya, bukan dengan menyibukkan diri dalam kenikmatan sampai mengabaikan
sang pemberi nikmat.
Ulasan