Langkau ke kandungan utama

Catatan

AGIHAN BANTUAN BANJIR

Perhatian Kerajaan terhadap mangsa perpindahan banjir yang diceritakan oleh Pengerusi IT (Ibu Tunggal) Daerah Dungun, menyentuh perasaan saya. Bantuan makanan segera yang dibekalkan tidak digredkan sebagaimana resen Tentera dan Polis iaitu grade A, B, dan C juga tidak disenarai barang yang dibekal menyebabkan kekecohan berlaku. Masalah seperti ini pernah berlaku dan menyebabkan mantan guru Sastera saya Yb. Hj. Shabudin H. Md. Nor jatuh di Bachok. Jika dilihat permasalahan  ini, remeh dan kecil tetapi pada hakikatnya membawa kepada merebak seperti penyakit barah. Pemimpin atasan (Tiori Kelawar) beri arahan supaya bahagi dengan adil tetapi pengagihan diperingkat bawah (Sayap Kelawar) tidak jujur dan menyeleweng. Disini perlunya pemantauan dan penyenaraian barangan dan pemangsa banjir sebenar dilakukan untuk menambah baikkan kerja amal yang murni itu.

AL HIKAM

NOTA PENERBIT بِسۡمِ للهِ لرَّحۡمَـٰنِ لرَّحِيمِ Ilmu ketuhanan amat berguna untuk dijadikan rujukan dan peringatan kepada setiap insan yang bergelar Muslim.  Ilmu Allah maha luas untuk manusia yang kerdil menerokainya.  Namun kita dituntut untuk menimbanya sebanyak mungkin. MUQADDIMAH Tuhan yang mengisi hati para walinya dengan kasih sayangnya dan mengistimewakan jiwa mereka dengan memperhatikan kebesarannya dan mempersiapkan sir (rahsia) mereka untuk menerima bahan makrifatnya, maka hati nurani mereka merasa bersuka-ria dalam kebun makrifatnya dan roh mereka bersuka-suka di dalam malakutnya, sedang sir mereka berenang di lautan jabarut, maka keluar dari alam fikiran mereka berbagai permata ilmu dan dari lidah mereka mutira hikmat/pengertian.  Maha suci Allah yang memilih mereka untuk mendekat padanya dan mengutamakan mereka dengan kasih sayangnya. Maka terbahagi antara salik dan majdzub dan menyintai dengan yang dicintai, mereka tenggelam dalam cinta zatnya d...